MODUL PAPAN SINTOK
Modul 1- Mengenal huruf
Modul 2 – Membentuk suku kata
Modul 3 – Membina perkataan
Zulikha Jamaludin
HHC Lab School of Computing
Universiti Utara Malaysia 2018 ©
ii
Senarai Kandungan Modul 1: ................................................................................................................................. 1
MARI ASINGKAN SAYA! ........................................................................................................ 3
MARI PADANKAN SAYA! ....................................................................................................... 6
MARI JEJAKI SAYA! ............................................................................................................... 7
MARI TEKAP SAYA! ............................................................................................................... 9
MARI TEMPATKAN SAYA IKUT WARNA! ........................................................................... 11
MARI TEMPATKAN SAYA IKUT BENTUK! .......................................................................... 12
MARI BINA SAYA! ................................................................................................................ 13
MARI CARI SAYA! ................................................................................................................ 14
MARI TULIS SAYA! .............................................................................................................. 15
Modul 2: ............................................................................................................................... 16
AKTIVITI UNTUK SUKU KATA TERBUKA (KV) .................................................................. 18
AKTIVITI SUKU KATA TERTUTUP ...................................................................................... 25
LATIHAN SUKU KATA TERTUTUP ..................................................................................... 28
Modul 3: ............................................................................................................................... 30
AKTIVITI UNTUK PERKATAAN KV+KV ............................................................................... 32
AKTIVITI UNTUK PERKATAAN KV+KV+KV ........................................................................ 41
AKTIVITI PERKATAAN …LANG & …TANG ........................................................................ 48
2
Objektif:
Mengenali huruf melalui warna, bentuk dan kedudukan.
Mengenali huruf melalui permainan.
Aktiviti:
1. MARI ASINGKAN SAYA!
2. MARI PADANKAN SAYA!
3. MARI JEJAKI SAYA!
4. MARI TEKAP SAYA!
5. MARI TEMPATKAN SAYA IKUT WARNA!
6. MARI TEMPATKAN SAYA IKUT BENTUK!
7. MARI BINA SAYA!
8. MARI CARI SAYA!
9. MARI TULIS SAYA!
5
Asingkan huruf ikut bentuk (lengkung, bersudut, campuran lengkung dan bersududt)
1. Bentuk lengkung
2. Bentuk Bersudut
3. Bentuk campuran (lengkung & bersudut)
11
MARI TEMPATKAN SAYA IKUT WARNA! Susun/ tempatkan huruf ikut warna pada slot huruf Papan Sintok.
merah biru
hijau muda hijau tua
kuning
12
MARI TEMPATKAN SAYA IKUT BENTUK! Susun/ tempatkan huruf ikut bentuk pada slot huruf Papan Sintok.
bentuk lengkung
bentuk bersudut
bentuk campuran
13
MARI BINA SAYA!
Buat binaan dengan menggunakan huruf sambal menyebut setiap huruf yang digunakan
dalam binaan tersebut.
Catatan untuk guru:
Perhatikan strategi binaan murid.
Adakah cara binaan murid berstrategi ataupun tidak?
Adakah murid mula membina dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas?
Adakag murid membina secara rawak/rambang atau ada cara-cara/kaedah tertentu?
q x
v a b
v
14
MARI CARI SAYA! Guru sebut huruf dan murid cari huruf yang telah disebutkan.
Permainan ini boleh diganti dengan mewakilkan identiti diri murid dengan huruf tertentu.
Murid perlu dikenali mengikut huruf yang dipegang masing-masing.
1. Panggil 5-7 orang murid.
2. Setiap murid kenalkan dirinya dengan nama huruf yang telah diberikan kepadanya.
3. Biar mereka berlari-lari dan berhenti apabila guru menyebut ‘berhenti’.
4. Guru sebut huruf dan murid lain dalam kelas perlu kenal pasti murid manakah yang
memegang huruf tersebut.
Nota:
Permainan ini boleh ditingkatkan kepada perkataan, frasa dan ayat juga.
b d c a h
d b a c ?
15
MARI TULIS SAYA!
1. Guru sebutkan huruf dan murid tulis huruf tersebut pada ruang menulis Papan Sintok
yang disediakan.
2. Sebutkan lagi beberapa huruf untuk ditulis pada ruang menulis Papan Sintok yang
disediakan.
3. Bagi murid yang belum mampu kenal huruf yang disebut, letakkan huruf tersebut
pada slot huruf Papan Sintok supaya boleh disalin pada ruang menulis Papan Sintok.
Nota:
Guru kenal pasti arah penulisan murid:
Dari arah kanan ke kiri?
Dari arah kiri ke kanan?
Guru perlu membimbing murid untuk menulis dari kiri ke kanan.
17
Objektif:
Mengenali, menyebut dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Aktiviti:
1. SUKU KATA TERBUKA (KV)
2. SUKU KATA TERTUTUP (KVK)
K: Konsonan
V: Vokal
18
AKTIVITI UNTUK SUKU KATA TERBUKA (KV)
1. Asingkan huruf-huruf VOKAL dan huruf-huruf KONSONAN.
2. Letakkan salah satu huruf VOKAL pada slot kedua.
3. Letakkan mana-mana huruf KONSONAN di slot pertama.
VOKAL
KONSONAN
19
4. Imlak bunyi hasil gabungan KV tersebut.
5. Tulis hasil gabungan KV tersebut di kawasan bawah slot yang diisi. Setelah murid
berjaya menulis huruf di bawah slot (breathing space), padamkan tulisan tersebut
dan minta murid untuk tulis di ruang menulis di sudut kanan bawah Papan Sintok.
20
6. Tukar huruf KONSONAN di slot yang pertama dengan huruf KONSONAN yang lain.
7. Pastikan setiap kali huruf KONSONAN ditukar, pelajar akan sebut dan tulis hasil
gabungan KV di bawah slot yang diisi huruf kemudian diikuti dengan menulis di
ruang menulis di sudut bawah kanan Papan Sintok.
21
8. Kemudian, letakkan pula salah satu huruf KONSONAN pada slot pertama
(keluarkan huruf vokal di slot kedua).
9. Letakkan mana-mana huruf VOKAL di slot kedua.
10. Imlak bunyi hasil gabungan KV tersebut.
22
11. Tulis hasil gabungan KV tersebut di kawasan bawah slot yang diisi huruf. Setelah
murid berjaya menulis huruf di bawah slot, padamkan tulisan tersebut dan minta
murid untuk tulis di ruang menulis di sudut kanan bawah Papan Sintok.
24
13. Pastikan setiap kali huruf VOKAL ditukar, pelajar akan sebut dan tulis hasil
gabungan KV di bawah slot yang diisi huruf kemudian diikuti dengan menulis di
ruang menulis di sudut bawah kanan Papan Sintok.
14. Seterusnya ulang aktiviti di atas menggunakan dua slot terakhir pula.
25
AKTIVITI SUKU KATA TERTUTUP 1. Asingkan huruf-huruf VOKAL dan huruf-huruf KONSONAN.
2. Pilih mana-mana huruf VOKAL, letakkan di slot yang kedua.
3. Pilih mana-mana huruf KONSONAN dan letak di slot pertama untuk membentuk KV.
Imlak, dan tulis di bawah slot diisi diikuti tulis di ruang menulis di sudut bawah kanan
Papan Sintok.
27
5. Tukar gantikan huruf-huruf KONSONAN di slot pertama dan ketiga dengan
mengekalkan huruf VOKAL di slot kedua, membentuk suku kata tertutup (KVK).
6. Setiap kali terbentuk suku kata KV atau KVK, pelajar akan sebut dan tulis di bawah
slot (breathing space) diikuti tulis di ruangan menulis di sudut bawah kanan Papan
Sintok.
7. Kemudian, guru sebut suku kata KVK untuk pelajar isikan slot-slot dengan huruf-
huruf dan membentuk suku kata KVK tersebut.
8. Setelah suku kata KVK yang disebut terbentuk, minta pelajar sebut dan tulis di
bawah slot (breathing space) diikuti tulis di ruang menulis di sudut bawah kanan
Papan Sintok.
28
LATIHAN SUKU KATA TERTUTUP
Uji dengan suku kata tertutup lain.
Ada yang sudah boleh menjadi perkataan juga!
(Lekatkan os/ad pada slot kedua dan ketiga, diikuti kemudiannya suku kata ka/ca pada slot
pertama dan kedua)
_os _ad ka_ ca_
bos wad kan cam
hos kad kad cas
kos had kah cat
pos mad kas cak
Untuk setiap perkataan, tuliskan pada ruang menulis di sudut kanan bawah.
SELAMAT BERMAIN DENGAN SUKU KATA!
31
Objektif:
Membaca dan menulis perkataan.
Aktiviti:
3. PERKATAAN KV+KV
4. PERKATAAN KV+KV+KV
5. PERKATAAN …LANG & …TANG
K: Konsonan
V: Vokal
32
AKTIVITI UNTUK PERKATAAN KV+KV 1. Pilih 4 huruf (2 huruf V + 2 huruf K)
2. Susun menjadi perkataan pada 4 slot huruf pertama
(NOTA: KV pada breathing space adalah petunjuk kepeda ibu bapa dan guru)
Contoh:
Huruf:
gipa/ pagi/ piga/ gapi p a g i
V K
a i g p
34
Huruf:
Biar murid menyusun secara kreatif dan
pastikan ada susunan yang membentuk perkataan bermakna seperti:
l a b u
b a l u
b u a l
V K
u a b l
35
Huruf:
Biar murid menyusun secara kreatif dan pastikan ada susunan
yang membentuk perkataan bermakna seperti:
s a w i
V K
a i s w
36
Huruf:
Biar murid menyusun secara kreatif dan pastikan ada susunan
yang membentuk perkataan bermakna seperti:
V K
i o l r
38
Huruf:
Biar murid menyusun secara kreatif dan pastikan ada susunan
yang membentuk perkataan bermakna seperti:
m u k a
k a m u
V K
u a m k
39
Huruf:
Biar murid menyusun secara kreatif dan pastikan ada susunan
yang membentuk perkataan bermakna seperti:
b a j u
V K
u a j b
40
Huruf:
Biar murid menyusun secara kreatif dan pastikan ada susunan
yang membentuk perkataan bermakna seperti:
l i m a
V K
i a l m
41
AKTIVITI UNTUK PERKATAAN KV+KV+KV 1. Lukis pada ruang menulis pada papan sintok atau boleh juga tunjukkan gambar sebagai
pembayang.
2. Bagi gabungan 6 huruf K dan V.
3. Longgokkan konsonan dan vokal pada 2 tompok.
Contoh:
i. keladi
45
Bil Perkataan KVKVKV Lukisan pembayang Papan Sintok
1 kld eai
keladi
2 spt uae
sepatu
3 skr eui
kerusi
4 ptl oae
petola
5 ltp eia
pelita
6 ntp iae
petani
7 lms eua
semalu
46
Menggunakan kaedah yang sama, pelbagaikan perkataan dari corak KVKVKV
dengan penambahan huruf dari refill Papan Sintok. Contohnya:
1. kereta
2. kemeja
3. tomato
47
4. perigi
Bil Perkataan KVKVKV Lukisan pembayang Papan Sintok
1 krt ee a
kereta
2 kmj ee a
kemeja
3 tmt oo a
tomato
4 prg ii e
perigi
48
AKTIVITI PERKATAAN …LANG & …TANG 1. Lekatkan pada papan di slot 4,5,6,7 dengan huruf lang.
2. Minta murid sambung dengan suku kata lain pada slot huruf lain untuk membentuk
perkataan yang bermakna seperti berikut.
___lang
___tang
belang
bilang
dulang
gelang
halang
hilang
julang
kilang
malang
pulang
selang
silang
tulang
belulang (*)
batang
bentang
bintang
butang
gantang
hutang
kentang
kontang
lantang
matang
pantang
petang
rentang
tentang
49
Nota:
sesetengah perkataan memang murid tidak tahu apa maksudnya, guru boleh imlak
perkataan baru seperti ‘kontang’ dan minta murid eja. setelah berjaya ditulis, terangkan
maksud perkataan tersebut.
3. Rombak perkataan tadi dan ulang dengan mengekalkan 4 huruf yang dilekatkan pada
slot 4,5,6 dan 7. (lang dan tang)
4. Ulang dengan perkataan lain dengan cara yang sama, sama ada melekatkan awalan
pada slot 1,2 atau 3 atau sukukata akhir pada slot belakang.
SELAMAT BERMAIN DAN BERHIBUR DENGAN PERKATAAN!