TUGASAN
SEMESTER SEPTEMBER 2013
KOD KURSUS EIT 311
NAMA KURSUSTEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN
PROGRAMSARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN
NO. MATRIK E30209121175
NAMA FASILITATORAKADEMIK
EN. SAMRI BIN SUHAILI
PUSAT PEMBELAJARAN
AEU ( UPM BINTULU)
1
BAHAGIAN A
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995) menyatakan
bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga
menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi
guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran
pembelajaran. Maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat khususnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk
generasi yang akan datang.
Perkembangan pendidikan masa kini sedang menuju ke arah penggunaan komputer
sebagai alat pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu didedahkan
dengan ilmu dan kemahiran menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dengan menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kualiti dan hasil dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah dan bilik-bilik darjah dapat
ditingkatkan.
Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan dan kapur;
bertukar kepada penggunaan komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display
(LCD),kamera video dan teknologi lain yang terdapat di dalam bilik darjah. Dari semasa ke
semasa,pendidikan melalui perubahan selaras dengan kemajuan fikiran, kehendak dan
teknologi pengajaran. Teknologi maklumat berasaskan komputer bukan sahaja merupakan
bahan perantara yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga dapat
menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran (Nor
Hashim, Maznah& Azlinda, 1996). Warga pendidik terutamanya guru menjadi nadi dan
tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati
semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Bilangan guru yang
mempunyai akses kepada internet sudah semakin bertambah malahan telah menganggap
teknologi maklumat sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses Pengajaran dan
Pembelajaran mereka.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah
banyak membantu pelajar mengikuti sesuatu tajuk yang disampaikan. Bahan bantu mengajar
yang sesuai dengan tahap dan isi kandungan tajuk yang diajar telah memudahkan pelajar
cepat memahami isi pelajaran di samping menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya ialah bahan bantu mengajar yang digunakan untuk
2
menyampaikan kandungan pengajaran bagi tajuk komputer menggunaan beberapa perisian
dalam bentuk CD ROM dalam bahasa Inggeris yang bertajuk “How to Build Your Own PC,
PC Maintenance, Guide To Know PC. Perisian ini amat sesuai digunakan untuk mengajar
tajuk perkakasan komputer dan ianya memberikan kesan yang amat besar kepada pelajar
dalam memahami tajuk perkakasan komputer.
Selain daripada itu slaid Powerpoint juga digunakan dalam proses
pengajaran dan dipaparkan pada skrin menggunakan projektor ( LCD Panel) untuk
menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar. Penggunaan slaid ini akan menambahkan minat
dan memudahkan pelajar memahami tajuk yang disampaikan . Dalam usaha untuk
membolehkan pelajar lebih memahami tentang komponen dan perkakasan komputer,
beberapa contoh komponen utama sistem komputer digunakan dan dipamerkan kepada pelajar
untuk mempastikan pelajar melihat secara langsung dan benar-benar mengetahui dan
memahami fungsi setiap komponen perkakasan tersebut. Nota disediakan bagi setiap tajuk
yang disampaikan oleh guru. Biasanya nota ini diedarkan pada awal pengajaran.
Teknologi Maklumat pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan . Oleh yang demikian , kebanyakan guru di sekolah saya menjadikan
teknologi maklumat berasaskan komputer sebagai alat bantu mengajar utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah sesuai dengan keperluan murid, serta dapat
membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek
pengajaran (penggunaan oleh guru) dan aspek pembelajaran (penggunaan oleh murid). Oleh
itu, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada
yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan
minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan
pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di
peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan
pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat dapat membantu guru dalam
proses penyampaian isi pelajaran dengan lebih efektif dan menarik bersesuaian dengan
objektif pembelajaran.
3
Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga
yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada
peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang
tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan program
pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang dapat melahirkan warganegara yang
berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi kehendak
ini. Untuk menjayakan pelaksanaan program PTV dengan lebih berkesan, kemudahan
infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat
membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu
dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu
dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar.
Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan
sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian
Tahap kemahiran guru di sekolah dalam menggunakan teknologi dapat dilihat dari segi
perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer dan sebagainya Guru mempunyai sikap dan
persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan dapat menggunakan ICT
sebagai alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) menjalankan kajian terhadap guru-
guru pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh model
peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah membawa sikap positif
terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan
menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru yang telah mendapat
pendedahan awal terhadap penggunaan komputer telah memberi impak yang positif terhadap
pembentukan sikap para guru.
Berdasarkan kajian awal, pemerhatian dan pemantauan terhadap guru-guru Sains di
salah sebuah sekolah rendah telah menunjukkan bahawa guru-guru Sains jarang
menggunakan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Keadaan ini dapat dilihat melalui proses penyeliaan guru semasa mengajar
di dalam kelas dan buku log penggunaan perisian pendidikan. Oleh yang demikian, satu
kajian secara umum bagi penggunaan perisian pendidikan telah dijalankan untuk mengenal
pasti tahap kekerapan penggunaan perisian pendidikan di sekolah selain mengesan kekangan
dan mengkaji kelemahan penggunaan bahan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.
4
Berdasarkan satu pemerhatian yang telah dibuat di sekolah saya, saya telah merekod dan
menganalisi data yang diperolehi
1. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan boleh dilihat pada Jadual 1.
No.
ItemItem Min Tahap
1.Saya sentiasa menggunakan perisian pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.3.54 Sederhana
2.Saya hanya menggunakan perisian pendidikan apabila
diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.3.90 Tinggi
3.Saya menggunakan perisian pendidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.3.80
Tinggi
4.Saya yakin kekerapan menggunakan perisian kandungan
pendidikan membantu pengajaran dan pembelajaran.4.00
Tinggi
5.Saya menggunakan perisian pendidikan setiap kali pengajaran
dan pembelajaran.3.00 Sederhana
6.Saya sering membuat catatan penggunaan perisian pendidikan
dalam buku log penggunaan.3.54 Tinggi
7.Saya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perisian
pendidikan yang dibekalkan ke sekolah3.70 Tinggi
Purata Min 3.64 Sederhana
Peratusan tertinggi yang menjawab sangat setuju iaitu sebanyak 78 peratus yang
menyatakan persetujuan bahawa kekerapan menggunakan perisian pendidikan dapat
membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. . Sebanyak 73 peratus
bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan perisian pendidikan apabila diperlukan di
dalam kelas dan mereka menggunakan perisian untuk proses pengukuhan pengajaran dan
pembelajaran. Kekerapan penggunaan perisian adalah oleh guru Sains dan Bahasa Inggeris
yang mencatat penggunaan perisian pendidikan Sains adalah sebanyak 12 sehingga tempoh
kajian pada tahun 2013
.
5
2. Kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru mata pelajaran
No.
ItemItem Min Tahap
1.Saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan
komputer.3.45 Sederhana
2.Saya dapat kandungan dalam perisian pendidikan mempunyai
aras pengetahuan yang sesuai.3.70 Tinggi
3.
Saya mendapat pendedahan yang mencukupi untuk
menggunakan perisian pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3.65 Sederhana
4.Perisian kandungan pendidikan yang dihantar ke sekolah
mencukupi.3.50 Sederhana
5.Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD dan BTP dan JPN
mencukupi.3.00 Sederhana
6.Kawalan kelas tidak terjejas akibat penggunaan perisian
pendidikan di dalam kelas,3.85 Tinggi
7.Kandungan perisian pendidikan yang dihantar ke sekolah
adalah berkualiti tinggi.3.45 Sederhana
Purata Min 3.52 Sederhana
Jadual 2 menunjukkan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan
dalam penjajaran dan pembelajaran di kelas.
Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan hampir kesemua item kecuali item 2 dan item 6,
menunjukkan min yang sederhana. Ini menunjukkan mereka sederhana setuju dengan
pernyataan yang diajukan. Min purata adalah sebanyak 3.52 di mana berada pada tahap
sederhana setuju.
6
3. Impak penggunaan perisian pendidikan
Jadual 3 di bawah menunjukkan taburan impak penggunaan perisian pendidikan sebagai alat
bantu mengajar.
No.
ItemItem Min Tahap
1. Murid-murid berasa seronok 4.45 Tinggi
2. Murid-murid mudah memahami isi pengajaran. 4.00 Tinggi
3.Saya yakin penggunaan perisian pendidikan boleh membantu
proses pembelajaran murid.4.40
Tinggi
4.Perisian kandungan pendidikan dapat menghidupkan suasana
pengajaran dan pembelajaran.4.45
Tinggi
5.Perisian kandungan pendidikan mengandungi pelbagai yang
sesuai mengikut kemampuan murid.3.40 Sederhana
6.Perisian kandungan pendidikan menggalakkan murid berfikir
secara kritis dan kreatif.3.85 Tinggi
7.Kandungan perisian pendidikan membolehkan objektif
pelajaran dapat dicapai dengan mudah.4.45 Sederhana
Purata Min 4.14 Tinggi
Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan ramai guru bersetuju dan yakin dengan impak yang
ditunjukkan selepas menggunakan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar.
Hanya pada item 5 dan item 7, guru sederhana setuju terhadap penyataan bahawa perisian
pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.
Di samping penggunaan perisian kandungan pendidikan, aplikasi pemprosesan
perkataan juga digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah kerana terdapat impak
yang signifikan dalam penggunaan aplikasi persembahan dalam bilik darjah dan penggunaan
aplikasi ini adalah dalam trend meningkat khususnya dalam komunikasi dan penyampaian. Ini
disebabkan perisian persembahan elektronik adalah verstail kerana ia boleh digunakan oleh
guru-guru untuk semua subjek dan kurikulum. Guru-guru boleh membina dan
menyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz,
peperiksaan dan sebagainya. Ini diperkukuhkan lagi dengan ulasan daripada How Stuff Works
(2005) yang menyatakan bahawa Microsoft Powerpoint (contoh perisian persembahan
elektronik) adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat. Aplikasi
7
ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang
boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan.How Stuff Works (2005) juga menambah,
bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain
seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat.
Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan
komputer dalam pengajaran. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan
pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Guru juga menghadapi
masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam
menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam
pengajaran. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi
kapasiti dan teknologi .
Di samping itu, terdapat kekangan terutamanya penyelenggaaan komputer yang tidak cekap
di sekolah . Ketiadaan bilik komputer juga menjadi faktor mengganggu kelancaran
penggunaan komputer dalam pengajaran. Namun begitu, bahan yang digunakan dalam
persembahan mestilah relevan dengan mata pelajaran dan aktiviti yang dijalankan, jika tidak
ia tidak akan dapat membantu guru dalam keberkesanan pengajarannya dan pelajar secara
khusus dalam pemahaman pelajarannya.
8
RUJUKAN
Hayazi Mohd Yasin (2008). “Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Ismail Sheikh Ahmad et. al (2005). “Laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah” International Islamic University Malaysia (IIUM).
Lee Lai Guan (2000) Pengendalian Pengajaran Pembelajaran Bestari di Sekolah Bestari printis negeri Kedah dan Perlis.“Prosoding di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2000: Ke arah Peningkatan Prestasi Pembelajaran Pelajar” 8-11 November 2002.Hotel Bayview, Pulau Langkawi.
Naisbitt, J. (1982). “Megatrends” New York:Warner Books.
Nor Hashim, Maznah& Azlinda, (1996) Pengajaran Berbantu Komputer, Johor Bahru, UTM
Noor Azliza & Lilia, (2002) “Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM”. Jurnal Teknologi 36(E), 19-38.
Pispa, J. (1994) in William, D.M. (2000). “Intergrating Technology into Teaching and Learning” Singapore:Prentice Hill.
Hamidah B. (2000). Multimedia pendidikan dalam P&P sekolah bestari. Jurnal Bahagian
Teknologi Pendidikan, 2, 7-16.
Penintegrasian ICT dalam pendidikan, penyelidikan, amalan dan aplikasi, 2008, Norazah
Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi
Tranformation of knowledge through classroom interaction, 2009 by Routledge, Baruch
Schwarz, Rina Hershkowitz
Teaching with Technology, 2003 second edition, Priscilla Norton, Karin M.Wiburg
Rahmad Sukor, A. S., & Mohd Subhi, M. (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi. Issues in Education,
9
BAHAGIAN B :
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 2
Tarikh : 1 April 2013
Masa : 10.50 pagi-11.50 pagi
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Kuih tradisional
Bilangan Murid : 25 Orang
Fokus utama Standard kandungan
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard pembelajaran
2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.
Fokus sampingan Standard Kandungan
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas
Standard Pembelajaran
3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.
ObjektifPada akhir pembelajaran murid dapat :
Membaca kuat lapan daripada dua belas ayat penyata dengan lancar dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Menulis sekurang-kurangnya lima ayat majmuk yang lengkap dengan betul dan kemas.
Kemahiran Berbahasa
Kemahiran membaca Kemahiran menulis Kemahiran mendengar dan bertutur
Pengisian kurikulum
Pengisian Kurikulum : KB : Menghubung kait, menjana idea, menganalisis. KP : Verbal linguistik, visual ruang, intrapersonal. BCB : Mencatat maklumat, kemahiran membaca
10
Pengetahuan Sedia Ada
Murid mengetahui jenis-jenis kuih tradisional dan telah mempelajari ayat tunggal.
Penerapan Nilai Bekerjasama, keyakinan diri, keberanian
Penekanan Konsep
Penggabungjalinan : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penggabungjalinan topik.
Penyerapan : Kajian tempatan Penilaian : Menerangkan maksud ayat penyata
dan ayat majmuk Pemulihan : Menulis dan membaca ayat penyata
dengan bimbingan guru. Pengayaan : Menghasilkan buku skrap.
Sistem Bahasa Tatabahasa : Ayat penyata, ayat majmuk
Media Tayangan slaid“ Microsoft power point”, lembaran kerja, LCD, pembesar suara, komputer riba
LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN
Set induksi
( 5 minit )
Video kuih tradisional
Apakah yang kamu
lihat ?
Pernahkah kamu makan
kuih ini?
Di manakah biasanya
kamu boleh
mendapatkan kuih ini?
Guru menayangkan video kuih
tradisional.
Guru meminta murid agar
memberi perhatian dan meneliti
kuih yang terdapat dalam video
ditunjukkan oleh guru.
Guru bersoal jawab berdasarkan
kuih-muih yang telah
ditunjukkan.
Guru mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk pelajaran hari ini
iaitu “ kuih Tradisional”.
BBM :
Video kuih
tradisional.
KP :
Visual-ruang
Interpersonal
KB :
Menghubung
kait
Nilai :
Kerjasama
Ilmu :
Kajian
Tempatan
11
Langkah 1
( 5 minit )
Power Point: Kuih-
muih tradisional
Apakah yang kamu
faham tentang gambar
ini ?
Pernah kah kamu
melihat kuih ini?
Baca nama-nama kuih
yang ditunjukkan.
Guru menayangkan gambar-
gambar kuih-muih tradisional.
Murid diminta menamakan
gambar kuih yang ditunjukkan
oleh guru.
Murid diminta membaca nama-
nama kuih yang ditunjukkan.
Guru membetulkan sebutan
murid.
BBM :
Gambar
( Power Point )
LCD Skrin
KB :
Menganalisis
KP :
Verbal-linguistik
BCB :
Melaporkan
maklumat
Langkah 2
( 10 minit )
Ayat penyata.
Kuih baulu enak
rasanya.
Kuih baulu berwarna
keperang-perangan
apabila telah masak.
Kuih lapis lembut
dimakan.
Kuih lapis manis
rasanya.
Kuih keria berbentuk
bulat.
Kuih keria berwarna
keperang-perangan.
Kuih apam sangat
lembut.
Kuih apam harum
baunya.
Kuih koci selalunya
berintikan kelapa.
Guru menerangkan maksud ayat
penyata.
Guru membahagikan murid
kepada enam kumpulan.
Guru meminta murid memilih
nombor yang tertera dalam slaid
power point.
Murid diminta membaca kuat
ayat yang ditunjukkan dalam
persembahan power point.
tersebut secara kelas.
Kemudian, guru meminta murid
membaca secara kumpulan.
Guru memperbetulkan sebutan
dan intonasi murid yang salah.
BBM :
Gambar
( Power Point )
LCD Skrin
KB :
Menganalisis
BCB :
Kemahiran
membaca
KP :
Verbal-linguistik
Intrapersonal
Nilai Murni :
Keberanian
12
Kuih koci enak
rasanya.
Kuih lempeng
harum baunya.
Kuih lempeng enak
dimakan bersama kuah
kari.
Langkah 3
(10 minit)
Ayat majmuk
Bapa mengajar adik
berenang sementara
emak sibuk
menghidangkan
makanan di pantai.
Guru menayangkan contoh ayat
majmuk melalui slaid power
point.
Guru menerangkan maksud ayat
majmuk kepada murid-murid.
Guru meminta murid membaca
contoh ayat majmuk yang
dinyatakan dalam slaid power
point secara kelas.
Pendekatan
pengajaran :
Pendekatan
deduktif
BBM :
Gambar
( Power Point )
LCD Skrin
KB :
Menganalisis
Menyelesaikan
masalah.
BCB :
Kemahiran
membaca
KP :
Verbal-linguistik
Intrapersonal
Nilai Murni :
Kerjasama
Langkah 4
(10 minit)
Power point : Latihan
ayat majmuk
Guru membahagikan murid
kepada enam kumpulan.
Guru mengedarkan lembaran
BBM :
Gambar
( Power Point )
13
-Pilih ayat majmuk
yang betul.
-Baca jawapan anda
dengan kuat.
-Tuliskan ayat majmuk
yang anda bina dalam
lembaran kerja yang
telah diedarkan.
kerja.
Guru menayangkan slide power
point.
Setiap kumpulan diminta untuk
memilih padanan ayat majmuk
yang betul berpandukan
tayangan slide power point yang
disediakan.
Murid diminta membaca
jawapan yang betul secara kelas.
Murid diminta menulis ayat
majmuk dalam lembaran kerja
berdasarkan ayat penyata yang
ditunjukkan oleh guru dalam
slaid power point.
LCD Skrin
KB :
Menganalisis
Menyelesaikan
masalah
KP :
Visual-ruang
Verbal-linguistik
BCB :
Mencatat
maklumat
Kemahiran
membaca
Nilai murni
Keberanian
Kerjasama
Pentaksiran
(15 minit)
Murid diminta membina ayat
penyata menggunakan perkataan
yang diberikan oleh guru.
Murid diminta membaca ayat
penyata yang dibina dengan
menggunakan intonasi dan
sebutan yang betul.
Murid diminta membina ayat
majmuk berdasar ayat penyata
yang telah dibina.
14
Pengayaan/
Pemulihan
(5 minit)
Murid diminta menghasilkan
buku skrap mengenai kuih
tradisional yang terdapat di
Malaysia dengan menggunakan
ayat penyata yang sesuai.
Murid diminta mengisi tempat
kosong untuk melengkapkan
ayat penyata.
Penutup Meneka nama kuih BBM :
Gambar
( Power Point )
LCD Skrin
( Sama seperti
gambar untuk
langkah 2)
15
Lembaran Kerja
Bahasa Melayu Tahun 2
Nama : Kelas : Tarikh:
Tulis ayat penyata bagi setiap gambar berikut;
1.
2.
3.
4.
5.
16
Pengayaan
Bahasa Melayu Tahun 2
Nama : Kelas : Tarikh:
1. Tulis lima ayat majmuk tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?
1.
2.
3.
4.
5.
17
1
2
3
4
5
Pemulihan
Bahasa Melayu Tahun 2
Nama : Kelas : Tarikh:
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan perkataan atau frasa yang sesuai.
1. Beberapa orang murid ________________________ untuk membeli makanan.
2. Suzie _____________________________________________ yang baru dibelinya.
3. Beberapa orang murid _________________________________________ di kantin sekolah.
4. Muhammad Anwar ________________________________________ ke dalam tong sampah.
5. Seorang pekerja kantin ________________________ murid yang hendak membeli makanan.
18