MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR DI KALANGAN KANAK-KANAK AUTISTIK
NORKAMARIAH BINTI MAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/17)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL : MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR DI KALANGAN
KANAK-KANAK AUTISTIK
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : NORKAMARIAH BINTI MAN________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
585 KG SURA HUJUNG, Nama Penyelia: PUAN HALIJAH BT IBRAHIM
23000 DUNGUN, TERENGGANU. Tarikh : 17 APRIL 2006 Tarikh : 17 APRIL 2006
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PUAN HALIJAH BINTI IBRAHIM
Tarikh : 17 APRIL 2006
MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR
DI KALANGAN KANAK-KANAK AUTISTIK
NORKAMARIAH BINTI MAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerjaya saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NORKAMARIAH BINTI MAN
Tarikh : 17 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat
Ayahanda Dan Bonda Ku Tersayang
Man Bin Mohamad
Dan
Zainab Binti Mohd Amin
Kakanda Dan Adinda Tercinta
Norhamida, Noranisah, Noraini Dan Ahmad Fauzi
Kekasih Hati Ku
Mohd Faiz Bin Tajudin
Sahabat Ku
Tarveen Kaur Dan Shaney Charmaine Albert
Hadirnya Kalian Adalah Pencetus Sumber Inspirasiku
Semalam, Kini Dan Selamanya
Kan Ku Semai Segar Di Ingatan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani….
Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya kesihatan dan kewarasan
yang baik, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini tepat seperti yang telah
ditetapkan.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada insan
yang telah banyak meyumbangkan tenaga dan idea sepanjang kajian ini dilakukan.
Tanpa bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak ini, tidak mungkin saya akan
berjaya menyelesaikan amanah yang diberikan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah
Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di
dalam penghasilan kajian ini.
Jutaan penghargaan kepada Persatuan Kanak-kanak Kerencatan Johor,
Pengetua, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru,
Johor di atas kerjasama padu yang diberikan.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak autistik ( subjek) di
atas kesudian mengizinkan mereka melibatkan diri di dalam kajian ini.
Buat adik-adik tersayang (subjek), walaupun kalian tidak mengerti, namun ianya
merupakan hadiah paling besar untuk saya menyiapkan kajian ini. Terima kasih………
v
ABSTRAK
Kemahiran motor kasar ialah kemampuan otot-otot besar untuk melakukan
pergerakan tubuh di dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak autistik pula merujuk
kepada individu yang berumur di bawah 18 tahun yang mempunyai kecacatan
perkembangan fungsi otak yang melibatkan masalah rangsangan saraf, perhubungan
sosial, komunikasi, emosi, minat, aktiviti, perangai dan integrasi deria . Kajian ini
dilakukan untuk mengukur tahap keupayaan kemahiran motor kasar di kalangan kanak-
kanak autistik yang melibatkan subjek seramai n=7 iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan.
Kajian ini dijalankan secara eksperimental dan subjek adalah di kalangan populasi
Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru, Johor. Kajian ini dilaksanakan dengan
menggunakan ujian Texas Revision Of Fait’s Basic Motor Skills: Basic Movement
Performance Profile 1974 yang mengandungi 20 item ujian lokomotor, bukan
lokomotor dan manipulatif . Ujian kawalan ke atas 7 orang kanak-kanak normal
berumur lingkungan 9 hingga 17 tahun dilakukan sebagai asas untuk mengetahui tahap
kesukaran tugasan item ujian. Amnya, kanak-kanak normal ini mencapai nilai purata 4
dari skor keseluruhan iaitu 4 markah, manakala terdapat 4 aktiviti yang tidak mendapat
purata penuh iaitu dalam aktiviti guling hadapan, bergantung pada palang, imbangan
statik dan menendang bola. Secara keseluruhannya, kanak-kanak autistik mencapai skor
purata 2. Purata skor untuk setiap aktiviti menunjukkan bahawa aktiviti bukan
lokomotor adalah aktiviti yang sukar dilakukan manakala lokomotor adalah aktiviti
yang boleh dilakukan dengan mudah untuk kumpulan ini. Terdapat perkaitan di antara
keupayaan perlakuan lokomotor dengan bukan lokomotor (r = 0.804, p < 0.05),
lokomotor dengan manipulatif (r = 0.933, p <0.01), manipulatif dengan bukan
lokomotor (r = 0.884, p < 0.01 ) di kalangan kanak-kanak autistik. Berdasarkan dapatan,
kanak-kanak autistik ini menunjukkan prestasi yang sederhana di dalam kemahiran
motor kasar. Oleh yang demikian, kemahiran motor kasar kanak-kanak autistik boleh
diperkembangkan dengan pelbagai pendekatan yang lebih baik dimasa akan datang.
vi
ABSTRACT
Gross motor skills are defined as movements of large muscles in the body.
Autism is defined as a brain dysfunction that involves neurological, social interaction,
communication, emotion, behavior, interest, activities and sense of integration problem
in children below 18 years of age. This research focuses on assessing gross motor skills
towards a total of n = 7, 3 boys and 4 girls autistic children from Sekolah Kanak-kanak
Istimewa Johor Bahru, Johor. This was an experimental research and subjects were
chosen from the population. The research was done using the Texas Revision of Fait’s
Basic Motor Skills Test: Basic Movement Performance Profile 1974 which consist of
20 items. The items were divided into three sections that are locomotor, non locomotor
and manipulative skills. The control group of 7 normal children, 3 boys and 4 girls
between the age of 9-17 years were formed to identify the level of difficulty in the given
test items. Generally, this control group got a mean score of 4 from the overall 4 marks,
where as 4 items were difficult: forward roll, hanging on horizontal bar, kicking ball,
and static balance. Overall, the autistic children got a mean score of 2. The average
score for each activity showed that the non-locomotor activities were more difficult
compared to the locomotor activities. There were correlations between locomotor and
non-locomotor (r = 0.804, p <0.05), locomotor and manipulative (r = 0.933, p <0.01),
manipulative and non-locomotor (r = 0.844, p <0.01) in the autistic children. Based on
the findings of this research, the autistic children showed a moderate level in gross
motor skills. Therefore, gross motor skills in autistic children can be develop with many
other kind of training and practices in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan Penulis ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual viii
Senarai Rajah xi
Senarai Lampiran xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Persoalan Kajian 6
1.4 Kepentingan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Definisi Operasional 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Perkaitan Kajian Kemahiran Motor Kasar 12
viii
2.3 Perkaitan Kajian Terhadap Autism 15
2.4 Kesimpulan 18
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 19
3.2 Reka Bentuk Kajian 19
3.3 Tempat Kajian 20
3.4 Subjek Kajian 20
3.5 Instrumen Kajian 21
3.6 Prosedur Kajian 21
3.7 Pengumpulan Data 24
3.8 Analisis Data 24
BAB 4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 26
4.2 Analisis Diskriptif 27
4.3 Analisis Inferensi 41
4.4 Penutup 42
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan ` 43
5.2 Ringkasan Kajian 43
5.3 Perbincangan Kajian 44
5.4 Kesimpulan 49
5.5 Cadangan 50
5.6 Penutup 52
x
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
4.1 Kemahiran Lokomotor, Bukan Lokomotor 36
dan Kemahiran Manipulatif
4.2 Purata Skor Subjek Berdasarkan Jantina 38
4.3 Purata Skor Subjek Berdasarkan Tahap Umur 39
4.4 Item Ujian Berdasarkan Tahap Kesukaran 40
4.5 Perkaitan Nilai Korelasi Kemahiran Lokomotor, 41
Bukan Lokomotor, dan Kemahiran Manipulatif
xi
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA SURAT
RAJAH
4.1 Peratusan Skor 20 Item Ujian 27
4.2 Skor Imbangan Statik dan Dinamik 28
4.3 Skor Menolak dan Menarik Kerusi Roda 29
4.4 Skor Memanjat Tangga Lipat, Mendaki dan 30
Menuruni Anak Tangga Dewan
4.5 Skor Lompat Ke Bawah dan Lompat Jauh Berdiri 31
4.6 Skor Ujian Manipulatif Alatan 32
4.7 Skor Ujian Berjalan dan Berlari 33
4.8 Skor Ujian Manipulatif Bola 34
4.9 Skor Ujian Merayap, Guling Hadapan, Mengelak 35
Bola Besar dan Bergantung Pada Palang
4.10 Purata Skor Bagi Kemahiran Lokomotor, Bukan 37
Lokomotor, dan Kemahiran Manipulatif
4.11 Purata Skor 20 Item Ujian Bagi Setiap Subjek 38
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Senarai 20 Item Ujian Texas Revision Of Fait’s 57
Basic Motor Skills: Basic Movement Performance
Profile (1974).
B Surat Kebenaran Pihak Sekolah 58
C Jadual Ujian Bagi Subjek 59
D Borang Skor 60
E Prosedur Bateri Ujian 61
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas yang tertentu.
Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau gerakan badan
untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Manakala Maier (1989) berpendapat
bahawa kemahiran ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak perlakuan yang
berhubung dengan persekitaran tertentu dalam arena sukan seperti permainan yang
menggunakan raket, jaring, gelanggang dan bola.
Tingkah laku pergerakan manusia adalah penting dan merupakan satu keperluan
untuk kehidupan yang sempurna. Pergerakan ini berkait rapat dengan kemahiran motor.
Tingkah laku phylogenetic adalah sebahagian daripada warisan biologi dan mampu pula
mempertingkatkan lagi potensi kehidupan manusia. Kanak-kanak mengenali akan
kepentingan pergerakan sejak awal-awal kehidupan mereka lagi dan sedar bahawa
keupayaan bergerak sempurna turut mempengaruhi penerimaan masyarakat serta
persahabatan (Arasoo, 1989). Ini adalah kerana kemahiran motor yang baik selalunya
dapat mendorong seseorang individu kekal aktif dan cergas.
2
Kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran motor asas untuk menghasilkan
pergerakan yang cekap. Kemahiran-kemahiran asas ini perlu untuk cara hidup yang aktif
serta berjaya dalam permainan dan sukan. Dari segi psikososial, kemahiran asas ini turut
mempengaruhi konsep diri yang positif dalam perhubungan rakan sebaya. Kanak-kanak
yang mempunyai kemahiran motor yang rendah akan menghadapi masalah dalam
menguasai kemahiran-kemahiran motor asas (Arasoo, 1989).
Pergerakan dan memperoleh kemahiran motor adalah unsur-unsur asas tingkah
laku manusia. Kebanyakan kemahiran motor asas kanak-kanak yang normal lebih
mudah dikuasai berbanding dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bagi kanak-kanak
yang memerlukan perkembangan motor yang istimewa, penguasaan kemahiran tidak
wujud secara semulajadi kerana dihalang oleh faktor lain seperti ketidakupayaan atau
cacat dari segi fizikal dan mental. Walau apa pun keadaan kanak-kanak itu,
perkembangan kemahiran motor bagi mereka adalah perlu dibangunkan bagi fungsi
fisiologikal dan psikososial terutamanya dalam proses komunikasi.
Terdapat dua faktor utama yang mengawal kemahiran motor iaitu sikap atau
persekitaran dan faktor genetik, termasuk perkembangan sistem saraf pusat dan fungsi
neurologikal (Arasoo, 1989). Kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-
kanak adalah disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor yang disebutkan. Namun yang
demikian, kemahiran motor kanak-kanak ini boleh dibangunkan melalui latihan yang
sesuai.
Menurut McCarthy (1979), kemahiran motor asas ini dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kemahiran motor
kasar ialah pergerakan yang melibatkan otot-otot besar badan seperti otot lengan dan
kaki serta melibatkan perlakuan berjalan, berlari dan memukul. Kemahiran motor halus
pula ialah perlakuan kecil seperti mengutip objek di antara celahan jari tangan serta
3
menguji rangsangan terhadap deria rasa. Kedua-dua kemahiran motor ini penting di
dalam kehidupan seharian kanak-kanak untuk bergaul dan berinteraksi dengan
persekitaran mereka.
Interaksi perlu bagi memenuhi keperluan asas setiap kanak-kanak normal dan
kanak-kanak istimewa semasa proses pembesaran. Menurut Akta Kanak-kanak 2001 di
Malaysia, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur 18 tahun ke bawah.
Dalam kajian ini, kanak-kanak autistik telah menjadi skop utama pengkaji dalam
meneruskan usaha mengukur sejauh manakah tahap keupayaan kemahiran motor kasar
mereka.
Autism merupakan kecacatan perkembangan fungsi otak yang melibatkan
masalah rangsangan saraf. Individu yang mengalami autism mengalami masalah dengan
perhubungan sosial, komunikasi, emosi, minat, aktiviti, perangai dan integrasi deria
(Sposato, 1993).
Kebiasaannya individu yang mengalami autism tidak mengalami kecacatan
fizikal malah kelihatan normal jika melihatnya dari sudut pandangan fizikal. Namun
disebaliknya, tersembunyi rahsia serta beberapa masalah yang telah pun disebutkan
seperti di atas. Menurut Morin dan Reid, 1985, kebanyakan individu yang mengalami
autism mempunyai kemahiran motor yang lemah. Kenyataan ini ditangkas oleh Mangus
dan Henderson, 1988 dimana mereka berpendapat bahawa kanak-kanak autistik masih
boleh menjalankan aktiviti pendidikan fizikal melalui bantuan dan sokongan daripada
guru dan jurulatih yang rapat dengan mereka serta mengetahui latar belakang kanak-
kanak tersebut.
4
Berdasarkan pendapat yang dikemukakan, pengkaji dapat merumuskan bahawa
kanak-kanak autistik ini berupaya untuk melakukan pergerakan kemahiran motor
melalui latihan dengan bantuan tambahan dan sokongan individu yang rapat dengan
mereka untuk mengawal emosi dan tingkah laku semasa aktiviti dijalankan. Namun
yang demikian, kanak-kanak autistik yang dipilih perlulah mempunyai rekod kesihatan
yang bebas daripada kecacatan fizikal serta penyakit kronik yang lain seperti lelah,
jantung, masalah paru-paru dan lain-lain.
1.2 Penyataan Masalah
Kanak-kanak autistik sering dikaitkan dengan masalah tingkahlaku yang tidak
dapat dikawal. Komunikasi yang lemah serta sikap yang suka menyendiri di kalangan
mereka membataskan proses perlakuan dalam kehidupan seharian.
Selain daripada faktor semulajadi yang dialami, masalah ini wujud akibat
beberapa faktor lain iaitu kurangnya perhatian oleh segelintir masyarakat sekeliling
untuk membantu mengembangkan aktiviti lakuan fizikal mereka. Apabila mereka tidak
diendahkan, kanak-kanak ini akan terus hidup dengan dunia mereka sendiri. Kelemahan
ini boleh menjadi salah satu faktor utama kurangnya minat kanak-kanak ini untuk
bermain bersama rakan-rakan yang lain. Semasa bermain, kanak-kanak ini akan
melibatkan aktiviti fizikal yang memerlukan pergerakan anggota badan untuk bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain bagi mewujudkan suasana supaya lebih seronok.
Pergerakan badan manusia melibatkan penggunaan pelbagai jenis otot badan
yang berfungsi untuk menggerakkan tubuh. Kemampuan badan melakukan pergerakan
5
ini dikenali sebagai kemahiran motor kasar. Secara keseluruhannya, aktiviti seperti
berjalan, berlari dan melompat adalah sebahagian daripada kemahiran motor kasar.
Secara amnya, kanak-kanak autistik sebenarnya telah lama menguasai kemahiran motor
kasar dan masih banyak lagi aktiviti yang boleh dikembangkan oleh kanak-kanak ini
melalui pendekatan yang sesuai dengan tingkahlaku semulajadi yang dihadapi oleh
mereka.
Melalui pernyataan yang dijelaskan, pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak
autistik ini masih mempunyai peluang untuk menunjukkan prestasi di dalam kemahiran
motor kasar yang merangkumi keseluruhan aktiviti harian. Pendekatan yang kurang
sesuai dalam usaha memupuk minat kanak-kanak autistik ini mungkin menjadi salah
satu punca batasan kepada keupayaan mereka untuk melakukan aktiviti kemahiran
motor kasar.
Berdasarkan masalah yang dibangkitkan, pengkaji ingin meneruskan usaha untuk
mengkaji tahap keupayaan motor kasar di kalangan kanak-kanak autistik melalui ujian
Texas Revision Of Fait’s Basic Motor Skills: Basic Movement Performance Profile 1974
(Fait, 1978). Ujian ini disediakan untuk kanak-kanak yang mempunyai kecacatan mental
yang merangkumi 20 item ujian melibatkan perlakuan kemahiran motor kasar. Ujian ini
dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kemahiran lokomotor, bukan
lokomotor dan manipulatif. Pengkaji menggunakan pelbagai teknik pendekatan yang
sesuai seperti demonstrasi dan menunjukkan visual gambaran setiap item bagi menarik
minat kanak-kanak ini untuk melakukan ujian.
6
1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan persolan berikut:
1.3.1 Adakah kanak-kanak autistik berupaya melakukan kemahiran motor kasar
melalui 20 item ujian Texas Revision Of Fait’s Basic Motor Skills: Basic
Movement Performance Profile (1974) (Fait, 1978).
1.3.2 Adakah terdapat perkaitan di antara keupayaan melakukan aktiviti lokomotor,
aktiviti bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif di kalangan kanak-kanak
autistik.
1.3.2 Adakah terdapat tahap kesukaran di antara aktiviti lokomotor,
aktiviti bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif di kalangan kanak-kanak
autistik.
1.4 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini akan dapat memberi faedah kepada beberapa perkara
berikut:-
7
1.4.1 Sumber rujukan kepada masyarakat, kerana kajian seperti ini belum pernah
dijalankan di Malaysia. Malah tiada rekod dokumentasi ditemui seandainya
kajian seumpama ini telah dilakukan sebelum ini. Kajian ini diharap akan dapat
dijadikan sumber rujukan bagi individu tertentu seperti guru Pendidikan Jasmani
Suaian, ibu bapa, penjaga dan mana-mana pihak yang berminat untuk
melaksanakan penyelidikan seterusnya.
1.4.2 Dapat mengukur tahap keupayaan kemahiran motor kasar di kalangan kanak-
kanak autistik.
1.5 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-
1.5.1 Untuk mengukur tahap keupayaan kemahiran motor kasar di kalangan kanak-
kanak autistik.
1.5.2 Untuk mengetahui jenis-jenis aktiviti yang dikategorikan sebagai sukar,
sederhana dan mudah dilakukan oleh kanak-kanak autistik.
8
1.6 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah dibataskan kepada:-
1.6.1 Kanak-kanak autistik dari Sekolah Kanak-kanak Istimewa, Johor Bahru,
Johor.
1.6.3 Subjek ialah terdiri daripada 7 orang kanak-kanak autistik .
1.6.4 Subjek terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan.
1.6.5 Semua subjek mempunyai rekod kesihatan yang bebas daripada kecacatan
fizikal serta penyakit kronik seperti lelah, jantung, dan masalah paru-paru.
1.6.6 Semua subjek tidak pernah mewakili mana-mana acara sukan di peringkat tinggi
seperti mewakili sekolah, daerah, negeri mahupun negara.
1.6.7 Guru yang dipilih akan mengawal semua kanak-kanak autistik sepanjang sesi
ujian dijalankan.
1.6.8 Pengujian dijalankan di sekolah subjek bagi tujuan penyesuaian terhadap kanak-
9
kanak autistik itu sendiri.
1.7 Definisi Operasional
Berikut merupakan senarai definisi yang digunakan untuk memberi maksud
tertentu dalam kajian ini:-
1.7.1 Autism
Sejenis kecacatan yang mempengaruhi kemampuan komunikasi lisan dan bukan
lisan, interaksi sosial yang mana kebiasaannya dapat dikesan seawal umur 18 bulan
hingga 3 tahun selepas kelahiran (Federal Register, 1992).
1.7.2 Autistik
Kanak-kanak yang dikategorikan mengalami masalah autism.
10
1.7.3 Kemahiran motor kasar
.
Pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot besar bahagian badan.
1.7.4 Kemahiran Lokomotor
Kebolehan bergerak di dalam satu garisan lurus atau pun bengkok dengan semua
bahagian badan berada pada arah dan kelajuan yang sama.
1.7.5 Kemahiran Bukan Lokomotor
Kebolehan pergerakan badan dalam keadaan tetap dan tidak berulang-ulang.
1.7.6 Kemahiran Manipulatif
Kebolehan melakukan sesuatu terhadap alatan dengan menggunakan anggota
badan seperti tangan dan kaki dengan keadaan tetap dan tidak berubah-rubah.
1.7.7 Kanak-kanak
Semua individu yang berumur kurang daripada 18 tahun.