PAKALAN SERAGAM YANG PRAKTIKAL UNTUK KANAK- KANAK TADIKA
Norfazlina Bt Mohamed Nasarudin
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Senireka)
2008
t'usat KkidIilzt Maklum2t Ak2demik UNiVFRSITI MALAVS1A SARAWA! {
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
UNIMAS
11
11111liiii1000273898
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PAKAIAN SERAGAnI YANG PRAKTIKAL UNTUK KANAK-KANAK TADI KA.
SESI PENGAJIAN: 2005/2008
Saya \ORFA"/. LI\A B'I' MOIIAMED NASARUDIN mengaku membenarkan tesis/laporan ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan svarat-syarat kcgunaan sepcrti berikut:
I .
"lesis Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesiti laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi *Sila tandakan 0
S U I I'1,
1' F P. 11 Al)
"I'IDAK TERI IAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan
ý 1.
Tatulatanan enulis Tarikh: ý/5
/og
: 'llamat 'I_etap: Nul, jlnsjh, I aºllall Setlajasa, - 2SOOO 'Ienlerllºh, Pahang.
Tandatangan Penyelia Tarikh: 31 S(oB
. 44 )bäuftä sü"»
IaCLQ1+Ci AeM d Applied and Caeative
UrnvBRSrrt MALAYSIA sARAw4
(atat. ut: * lesis I aporan (iimaksudkan sebagai tesis hagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Satjana Muda *. lika I esis Lahuran im Sl'Ll r atau TERHAI), sila lampirkan surat daripada pihak
herkuasa urganisasi berkenaan dengan menýatakan sebab dan tempoh Tesis'Laporan ini perlu dikelaskan SI'I. I1 atau TERIIAD
Projek bertajuk Pakaian Seragam Yang Praktikal Untuk Kanak-Kanak Tadika telah
disediakan oleh Norfazlina Bt Mohamed Nasarudin dan telah disediakan kepada
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda
Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen).
Diterima untuk diperiksa oleh:
Norhayati Bt Suleman xmh"dsulftm
Lecpm Tarikh: -1-'q'0 4 July ol Applied and Cmative
UNNERSTTi MALAYSIA SARAWA, u
t'usat Khidmat Maklurnat Akademik UNIVERSTT[ MALAYSIA SARAWAK
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan ........................................................... i-iv
Penghargaan .................................................................... v
Abstrak .................................................................... vi
Abstract ..................................................................... Vll
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan ...............................................................................
1-2
1.1 Permasalahan kaj ian .......................................................................... 3
1.2 Objektif kajian ....................................................................
4
1.3 Hipotesis ....................................................................
4
1.4 Skop kajian ................................................................................
5
1.5 Limitasi kajian ...........................................................................
5
1.6 Kesimpulan ................................................................................ 6
BAB 2 METODOLOGI KAJIAN
2.0 Pengenalan ................................................................................. 7-8
2.1 Data primer .............................................................................. 8
2.1.1 Temubual ......................................................
8-9 2.1.2 Soal selidik ...................................................... 9-11 2.1.3 Eksperimen ...................................................... 11
2.2 Data Sekunder
2.2.1 Pembacaan 2.2.2 Pemerhatian 2.2.3 Visualisasi
......................................................
......................................................
......................................................
12
12 12 13
2.4 Kesimpulan .............................................................................. 13
1
BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan 14
3.1 Pemerhatian ............................................................................ 14 -20
3.2 Temuramah ............................................................................ 20-21
3.3 Analisa Data Soalan Kaji Selidik 20-22
3.3.1 Jawapan Daripada Bahagian A (Demografik) .........
22-29 3.3.2 Analisa Jawapan Dari Bahagian B, Seksyen A
........ 29-33
3.3.3 Analisa Data Daripada Bahagian B, Seksyen B .......
33-47
3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi ............................. 47-49
3.5 Kesimpulan ..............................................................................
50
BAB 4 EKSPERIMENTASI KAJIAN
4.0 Pengenalan .........................................................
51
4.1 Proses eksperimen ......................................................... 51
4.1.1 Pemilihan fabrik 4.1.2 Rekaan pola 4.1.3 Pemotongan 4.1.4 Percantuman 4.1.5 Pemakaian 4.1.6 Pembetulan pola 4.1.7 Kerja-kerja akhir
4.2 Eksperimen Persampelan (Toile)
......................................... ........................................ .......................................... ......................................... .......................................... ......................................... .........................................
52 52 52 53 53 54 54
54-57
4.3 Kesimpulan .............................................................................. 58
ii
BAB 5 PRODUK AKHIR
5.0 Pengenalan ................................................................................ 59
5.1 Rekabentuk pakaian seragam tadika yang praktikal ................... 59
4.1.1 Rekaan pertama .............................................................. 59-60
4.1.2 Rekaan kedua ...................................................................
61-62 4.1.3 Rekaan ketiga ...................................................................
63-64
4.2 Kesimpulan .................................................................................
64
BAB 6 VALIDASI PRODUK
6.0 Pengenalan .............................................................................. 65
6.1 Kelebihan produk ................................................................... 65
6.1.1 Material .................................................................. 65-66
6.1.2 Bukaan dan jenis bukaan .......................................... 67
6.1.3 Warna fabrik .............................................................
67
6.2 Kelemahan produk ................................................................. 68
6.3 Batasan kajian ......................................................................... 69
Lampiran A
Tuntutan (Claim)
Lampiran B
Borang kaji selidik
Lampiran C
Analisa borang kaji selidik
III
Lampiran D
Rekaan pakaian Pertama
Rekaan pakaian Kedua
Rekaan pakaian Ketiga
Lampiran E
Konsep Board
Lampiran F
Pattern Layout
Lampiran G
Flow chart
Lampiran H
Costing Sheet
Rujukan
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan berkat dan kurnianya dapat
juga saya menyiapkan penyelidikan Kajian Pakaian Seragam Yang Praktikal Untuk
Kanak-Kanak Tadika ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan
penyelidikan ini.
Beribu-ribu ucapan terima kasih ditujukan khas buat penyelia utama saya iaitu
Cik Norhayati Suleiman dan penyelia kedua saya, Dr. Nazlina Shaari serta Dr. June
Ngo Siok Kheng, yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul, memberi pendapat-pendapat yang bernas, serta memberi
dorongan dengan kata-kata semangat sepanjang menjalankan kajian ini. Sekalung
ucapan terima kasih juga kepada Tutor Tekstil dan Fesyen, Cik Dayang Marina yang
juga banyak menyumbangkan pendapat dan membantu saya dalam kajian ini.
Kepada mak dan abah tercinta yang terlalu banyak membantu saya sepanjang
saya belajar di UNIMAS, Hajah Hasnah bt Adnan dan Haji Mohamed Nasarudin b
Salleh, abang-abang, Hasnol Fadly dan Mohd Faizal, dan adik, Mohd Fakhri. Kata-
kata semangat kalian tidak pernah dilupa sepanjang berada di Universiti Malaysia
Sarawak.
Akhir sekali, kepada rakan-rakan sekelas sesi 2005/2006, yang banyak
memberi semangat dan sentiasa bersusah senang bersama saya sepanjang berada di
UNIMAS demi kejayaan ini, berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada kalian
semua dan kepada semua pihak yang terlibat, jasa anda semua akan saya hargai
hingga ke akhir hayat. Sekian, terima kasih.
V
ABSTRAK
"Pakaian Seragam Yang Praktikal Untuk Kanak-Kanak Tadika"
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasilkan pakaian seragam yang
praktikal untuk kanak-kanak tadika bagi mengelakkan kebarangkalian kanak-kanak
tersebut mengalami kecederaan ringan di bahagian siku dan lutut semasa menjalankan
aktiviti di tadika. la juga memberi tumpuan kepada pemotongan rekaan dan kesesuaian
material yang digunakan untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Keseluruhan
konsep rekaan adalah berdasarkan keselesaan dan keselamatan yang menepati keperluan
pengguna.
V1
ABSTRACT
"A New Practical Design for Kids at the Kindergarten"
This research is conducted to design practical kindergarten uniform which helps to avoid
the possibilities of minor injuries during the kid's activities in kindergarten. The
experiments are focuses on pattern cutting design and suitability of material application
to solve the identified problem. Overall the design concept is base on ease, comfort and
safety that suitable with consumer needs.
vii
BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan prasekolah iaitu tadika adalah pendidikan asas yang penting. la
merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas
pendidikan di rumah. la menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu
pengetahuan dan sukakan sekolah. Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud
pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-
kanak dari umur empat hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat
`kindergarten'. Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya
meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun.
Kanak-kanak yang berumur antara 4-6 tahun diberi peluang mengikut pendidikan
prasekolah untuk merangsang dan membentuk perkembangan potensi dan kebolehan
mereka seawal mungkin. Oleh itu perlaksanaan pendidikan prasekolah perlu mengambil
kira keperluan yang bersesuaian dengan masalah individu kanak-kanak itu. Selain dari
pengubahsuaian sesi pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan keperluan,
kemampuan dan minat kanak-kanak khas, perkhidmatan sokongan lain juga perlu
disediakan seperti terapi pertuturan dan terapi cara kerja.
Dalam perkembangan mental kanak-kanak, selain daripada perkembangan
kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga
penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak-kanak boleh diklasifikasikan dalam dua
cara yang paling umum iaitu faktor luaran iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan
I
reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka,
tidak berkata apa-apa dan faktor dalaman pula adalah perasaan emosi yang dilahirkan
melalui tingkah laku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk
menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya.
Kanak-kanak juga merupakan individu unik yang belajar memahami keadaan
sekeliling melalui pemerhatian, pendengaran dan sentuhan semasa meneroka persekitaran
mereka. Kanak-kanak yang cemerlang dalam semua aspek perkembangan yang meliputi
aspek jasmani, sosioemosi, rohani dan intelek adalah basil daripada aktiviti-aktiviti yang
berlaku di tadika, sama ada di bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Menurut Friedrich Wilhelm Froebel (1782-1852) Bapa Kindegarten telah
meneroka dan membina satu sistem pendidikan untuk awal kanak-kanak yang berasaskan
kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau berpendapat kanak-kanak
mengembangkan keunikan diri mereka melalui bermain. Froebel juga berpendapat
bermain adalah aktiviti yang suci dan berunsurkan kerohanian. Ia memberi keseronokan,
kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia
mereka. Pada peringkat di awal kanak-kanak ini bermain bukanlah aktiviti remeh temeh
tetapi sesuatu yang serius dan mempunyai signifikan yang mendalam ke atas
perkembangan psikologi kanak-kanak.
Dengan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaiamana kerap kalinya
berlaku kemalangan kecil ketika kanak-kanak melakukan aktiviti di sekolah tadika seperti
luka di bahagian lutut, siku, dagu, dahi dan tapak tangan. Kajian ini berharap dapat
mengenalpasti dan menyelesaikan permasalahan tersebut secara menghasilkan pakaian
seragam yang praktikal untuk kanak-kanak tadika.
2
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN
Daripada kajian awal melalui pembacaan, temuramah dan pemerhatian permasalahan
yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut:
1. Pakaian seragam tadika yang sedia ada tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan
untuk kanak-kanak (rujuk rajah 1).
2. Fabrik pada pakaian tidak mempunyai pilihan warna dan motif yang bersesuaian
dengan penampilan kanak-kanak tadika.
3. Material yang digunakan tidak bersesuaian dengan pakaian seragam tadika.
Rajah 1. Bahagian pakaian yang tidak bercirikan keselamatan.
3
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan yang telah
dikenalpasti seperti di atas. Objektif kajian tersebut adalah:
1. Mengkaji rekaan dan potongan pakaian seragam tadika yang dapat membantu
mengurangkan kanak-kanak daripada kecederaan ringan (lutut dan siku).
2. Mengkaji warna, motif dan material yang bersesuaian dalam merekabentuk
pakaian seragam tadika yang memberi keselesaan pada pemakaian.
3. Mengkaj i material yang bersesuaian serta rekaan yang praktikal untuk
diaplikasikan pada pakaian seragam tadika.
1.3 HIPOTESIS
Menghasilkan pakaian seragam yang praktikal untuk kanak-kanak tadika yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti mengaplikasi material yang bersesuaian
dibahagian yang selalu mudah tercedera, fabrik yang dapat menyerap peluh dan rekaan
corak, motif dan warna yang menarik bersesuaian dengan citarasa kanak-kanak.
Rekaan ini secara tidak langsung akan membantu mengurangkan kanak-kanak
daripada kecederaan ringan yang biasanya berlaku pada bahagian lutut dan siku. Rekaan
ini akan menggunakan material yang dapat menyerap peluh, mudah diuruskan dan tahan
lasak seperti 100% cotton, cotton drill dan fabrik koderoi. Hal ini supaya pakaian tersebut
tahan lama daripada kerosakan seperti terkoyak kerana si pemakai adalah kanak-kanak
yang bersifat agresif dan aktif.
4
Fusst Khidmat Maklumat Akademik UNTVERSITI MALAYSIA SARAWAK
1.4 SKOP KAJIAN
Rekaan ini difokuskan kepada penduduk di Malaysia yang berumur antara 4-6
tahun dan sama ada bagi kanak-kanak lelaki ataupun perempuan. Baju seragam tadika ini
juga dihasilkan khas untuk kanak - kanak yang bersekolah tadika.
Memfokuskan pada rekaan dan potongan yang membantu mengurangkan kanak-
kanak daripada kecederaan ringan seperti di bahagian lutut dan siku. Selain itu, dengan
menumpukan pada material yang bersesuaian untuk diaplikasikan pada rekaan pakaian
seragam tadika dan menggunakan material yang mempunyai warna dan motif yang
bersesuaian dan lebih selesa.
1.5 LIMITASI KAJIAN
Penyelidikan ini adalah bagi kanak-kanak yang berumur antara 4-6 tahun yang
bersekolah tadika dalam proses pengumpulan data, pemprosesan data serta
merekabentuk idea-idea barn dalam rekaan pakaian seragam yang praktikal untuk kanak-
kanak tadika yang bertekstura lembut serta menyakinkan sesuatu produk yang dihasilkan
adalah berkesan dan diterima pada pandangan masyarakat.
5
1.6 KESIMPULAN
Dalam penyelidikan ini dari segi pengenalan, objektif, penyataan masalah,
hipotesis, skop kajian dan limitasi memainkan peranan penting pada permulaan sesuatu
kajian yang hendak dilakukan kerana kaedah ini dapat memastikan segala produk yang
ingin dihasilkan adalah mengikut keperluan dan kehendak seseorang. Selain itu, ianya
dapat menyakinkan sesuatu produk yang dihasilkan adalah berkesan dan diterima pada
pandangan masyarakat
6
BAB 2
METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN
Kaedah metodologi dalam kajian akan menekankan kepada aspek pemerhatian,
mengumpul maklumat, mengenalpasti permasalahan dengan mengedarkan borang kaji
selidik supaya dapat memahami kajian serta menghasilkan produk yang baru berdasarkan
permasalahan yang telah dikenalpasti. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua
kaedah iaitu data primer dan data sekunder.
Metodologi penyelidikan
Data primer i) Temubual
ii) Borang selidik iii) Persampelan
Data sekunder i ) Pengumpulan data dan pembacaan
ii) Pemerhatian
Rajah 2. Menerangkan tentang pembahagian metodologi kajian.
Kajian ini menggunakan kaedah metodologi kajian yang terbahagi kepada dua
iaitu dengan mengumpulkan data secara primer dan sekunder. Data primer adalah data
yang penting kerana ia bertujuan untuk mengumpul segala maklumat penting dengan tiga
cara pengumpulan secara langsung iaitu temubual, pengedaran soal selidik dan dengan
7
membuat persampelan. Manakala data sekunder adalah data yang diperolehi daripada
data kajian sebelumnya dan pengalaman. Data ini dapat menyokong maklumat yang
diperolehi daripada data primer.
2.1 Data primer
Data primer merupakan data yang dirujuk melalui pengumpulan segala makiumat
secara langsung iaitu temubual, pengedaran borang soal selidik dan dengan membuat
persampelan.
2.1.1 Temubual
Menerusi kaedah ini, temubual akan dilakukan terhadap beberapa orang pakar
kanak-kanak. Ini adalah sebagai langkah untuk mengenalpasti dan memahami
perwatakan serta perilaku kanak-kanak. Selain itu, temubual secara rawak juga dibuat
dengan ibubapa kanak-kanak, tenaga pengajar dan kanak-kanak tersebut. Bertujuan untuk
mengetahui rekabentuk dan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada pakaian seragam
tadika yang akan dihasilkan.
Soalan yang di soal terbahagi kepada dua bahagian iaitu soalan demografik
seperti nama, umur, pekerjaan dan status. Soalan kedua ialah soalan rekabentuk yang
terbahagi kepada dua iaitu bagi seksyen A adalah soalan umum dan Seksyen B adalah
soalan berkala.
8
Antara soalan-soalannya ialah:
i) Rekabentuk pakaian seragam yang sesuai untuk kanak-kanak tadika.
ii) Warna dan motif pada pakaian seragam tadika yang sesuai.
iii) Ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada sesuatu pakaian seragam untuk
kanak-kanak tadika.
iv) Kriteria yang perlu ada pada pakaian seragam tadika yang bakal
penyelidik hasilkan.
2.1.2 Soal Selidik
Borang soal selidik ini diedarkan adalah bertujuan untuk mengkaji tentang
pakaian seragam yang praktikal untuk kanak-kanak tadika dengan menerima pendapat
setiap responden dan soalan kaji selidik ini akan diedarkan kepada 100 orang responden.
Penyelidik telah membahagikan soalan kaji selidik kepada dua bahagian iaitu,
Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merangkumi soalan tentang demografik iaitu,
maklumat peribadi responden. Manakala, Bahagian B pula berkisarkan tentang visual
Pakaian Seragam Untuk Kanak-Kanak Tadika. Bahagian ini terbahagi kepada dua
seksyen iaitu, Seksyen A dan Seksyen B. Soalan di bahagian Seksyen A merangkumi
tentang general atau umum iaitu, soalan Kajian Tentang Masalah Pakaian Tadika yang
sedia ada. Soalan di Bahagian B Seksyen B pula ialah tentang Rekabentuk Pakaian
Seragam Untuk Kanak-Kanak Tadika.
9
Bahagian B: Visual (rekabebtuk)
a) Seksyen A : General atau umum
i) Soalan dalam bahagian ini adalah mengenai masalah
seharian atau masalah rutin yang berlaku kepada kanak-
kanak tadika disebabkan pakaian yang sedia ada kurang
sesuai untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan.
Penyelidik telah melampirkan borang soal selidik di
bahagian lampiran dan untuk keterangan lanjut sila rujuk di
bahagian lampiran.
b) Seksyen B: Rekabentuk
i) Jenis fabrik yang sesuai untuk pakaian seragam tadika.
ii) Bahagian kecederaan yang sering berlaku pada kanak-
kanak.
iii) Motif dan corak pada fabrik yang sesuai.
iv) Jenis kocek.
v) Jenis kancing.
vi) Jenis kolar.
Melalui kajian ini penyelidik dapat mengetahui serta mengenal pasti kehendak
pengguna dan kriteria-kriteria yang perlu ada untuk menghasilkan pakaian seragam yang
praktikal untuk kanak-kanak tadika.
10
Data daripada soalan kaji selidik ini akan dianalisa melalui kaedah likert scale
iaitu kaedah purata menggunakan lima pembahagian kod (rujukjadual 1 dan rajah 2).
Jadual 1. Jadual menunjukkan kod jawapan bagi kaedah likert scale.
1 2 3 4 5
Sangat tidak suka Tidak suka Tidak pasti Suka Sangat suka
sangat tidak setuju Tidak pasti Sangat setuju
1 1 3 4 S
Rajah 3. Rajah menunjukkan skala likert scale.
2.1.3 Eksperimen
Selain itu juga, data primer juga akan diperolehi melalui eksperimen yang akan
dijalankan. Cadangan sampel produk (toile) lebih memfokuskan kepada eksperimentasi
ke atas jenis dan lokasi bahagian yang sering berlaku kecederaan sama ada ia lebih sesuai
dan memberi keselesaan apabila menggunakan fabrik yang dapat mengelakkan ia
daripada mudah terkoyak. Jenis rekabentuk juga diambil kira dalam eksperimen tersebut.
11
2.2 Data sekunder
Data sekunder adalah data yang diperolehi daripada data kajian sebelumnya dan
pengalaman. Data ini dapat menyokong maklumat yang diperolehi daripada data primer.
2.2.1 Pembacaan
Penyelidikjuga mengumpul maklumat dari pembacaan melalui bahan rujukan dan
bacaan seperti di jurnal mengenai masalah kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak,
majalah fesyen dan kanak-kanak, buku pemotongan pakaian untuk kanak-kanak dan
jenis-jenis kemalangan kecil, laporan kesihatan kecederaan yang biasa dialami oleh
kanak-kanak dan internet mengenai perkembangan warna terkini, jenis-jenis pakaian
seragam tadika sama ada dalam dan luar negara dan motif-motif yang sesuai untuk
kanak-kanak tadika. Ini adalah sebagai mengukuhkan lagi bukti kajian.
2.2.2 Pemerhatian
Pemerhatian ini dibuat untuk melihat sejauh mana perilaku kanak-kanak semasa
aktiviti di dalam kelas dan di luar pada waktu rehat sehingga waktu tamat sesi
pembelajaran untuk hari tersebut. Tujuannya adalah untuk memastikan keselesaan
pemakaian pakaian seragam tadika yang sedia ada dan juga mengenalpasti bahagian
anggota badan yang mudah serta sering berlakunya kecederaan pada kanak-kanak
tersebut. la merangkumi proses-proses mengambil gambar kanak-kanak tersebut. Selain
itu, ia juga dibuat terhadap pakaian seragam tadika yang sedia ada di pasaran untuk
mengkaji dari segi material, rekabentuk, warna dan motif serta ciri-ciri praktikal.
12
2.2.3 Visualisasi
Rakaman seperti mengambil gambar dan video bertujuan untuk menganalisa,
mengenalpasti dan memastikan kajian didokumentasi dengan teratur dengan fakta serta
bukti yang kukuh.
2.3 KESIMPULAN
Kesimpulannya bab ini menerangkan tentang kaedah kajian yang dijalankan oleh
penyelidik dalam projek tahun akhir berdasarkan tajuk pakaian seragam yang praktikal
untuk kanak-kanak tadika. Kajian ini bukan sahaja menjurus dari kesimpulan bab 1 tetapi
juga menitikberatkan ciri-ciri keselamatan seperti mengaplikasikan rekabentuk yang
bercirikan keselamatan untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak yang
bersekolah tadika seperti leather atau fabrik tebal pada bahagian-bahagian tertentu bagi
mengurangkan risiko geseran atau kecederaan semasa terjadinya kemalangan -
kamalangan kecil. Selain itu bahagian ini juga mengkaji mengenai keselesaan bagi
kanak-kanak, dan ciri-ciri yang praktikal untuk mengurangkan kecederaan serta jalur
pantulan cahaya pada bahagian-bahagian tertentu untuk mengurangkan kemalangan.
13
Pakai; m 5rra;, -; 11n 1an{; Praktikal I'nluk Ranak-
6anak Taska Il: w Iadika
PEh1EkHAfIA'J
Tiniauan mehhat aktiviti kanak-kanak
sekolah tadika
1Jems uniform yang Jipakai
Jenis kcccdcraan dan punca
}'xiMFk`pemerhatian 'temubual
! 3ORAN(I SOA1. SIiLIlllhi
I'EMIJRAM: 11I
Demografi (nama, umur, asal,
pekerjaan dll 1
1
MEMO
\ /
/I Mengedarkan boring kaji selidik kpd guru tadika,
kanak-kanak dan
penjaga.
Menemuramah pakar kanak"kana{,
SI-KUN1) I: K
*pengumpulan data
pemerhatian
PI ? hl LRI IA11AN
SKFI('HJ S
*idea development *rekaan terpilih *sampeling
PP. N(iUNIPI'LAN DATA DAN
PFNIRAC AAN
äf1dlIS15 TwAat
-who
Rakaman sebagai bukti
problem solving
konsep
Iidea development
*membuat sketches rekaanl
Design rekaan
*mcntilih matcria yang scsuai
sampeling *s, mipel fabrik *sampel nrate. ri; *sampel pakaia
pemilihan rekaan
ksperimentaI
I-
penghasilan rekaan
PIiKSANPfI_AN
Menghasilkan sampel produk setelah rekaan
diterima
likspcrimcn pcrilaku kanak-kanak
Mcndapat maklumat dari pemhacaan
-jumal majalah
- -laporan kesihatan
-mtcrnct
r
1
J
prudu6