Download - Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
1/127
PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH
Definisi Haji:
Hukum dan Dalilnya:Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam,
sama ada lelaki atau perempuan.
Dalil dari al-Quran:
Firman Allah s.w.t:Yang bermaksud:Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Hajidengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang
kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak
berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi
Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.
Dalil dari hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Islam dibina atas lima rukun." Baginda s.a.w.menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada
ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya
juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan."Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t.
memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji."
Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai
Rasullullah?" Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketigalantas Baginda s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajib mengerjakan pada
setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamu berkemampuan."
Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun
Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.
Fardu:
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
2/127
Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama ada sah atau
tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai
rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira
sebagai rukun Haji.
Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu: 1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara wajib didalam Haji:
Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.
Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.7- Tawaf Wida'
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan
pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dantatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.
Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:1- Mandi sunat Ihram.2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.
JENIS-JENIS HAJI
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
3/127
Haji Tamattu':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Hajipada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji
Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan
seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia hendaklah menyebut:Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin
mengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah,
maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja aku menunaikanibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah. Ketika sampai di
Mekah al-Mukarramah jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf
mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah
sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. JemaahHaji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8
Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat dia turun sambil berkata:
"Aku telah menyahut seruanMuuntuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya akuingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku,
sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana All ah Taala. Telah aku
penuhi seruanMuwahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMuwahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala
puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu.
Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMurambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku,daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yangEngkauharamkan
terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian
alam."
Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cumadia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah padabulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu
menikmati kemudahan dengan mengerjakan."
Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlahia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Orang yang
telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan
Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf
Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhurulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji
Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa
(mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.
Haji Qiran:
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali
pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
4/127
berkata: Yang bermaksud: "Aku telah memenuhi seruanMuuntuk menunaikan ibadat Haji dan
Umrah."
Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia melakukan
Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama
kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah seterusnya disyarakkan di sisiHanafi agar jemaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad manakala
di sisi jumhur memadai bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf
(tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yangdilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah
dan Haji secara serentak.
Haji Ifrad:
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di manajemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut:Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu
permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku."
Lantas bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan pekerjaan Haji
di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji bertakbir kemudian
mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAHdan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf bagi bukanpenduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup
bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama.
Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Mekah tidakboleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie
di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalamkeadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga
selesai mendirikan sembahyang Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan
berada di sana serta mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak
Taqdim). Setelah tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar) sehingga tiba diMuzdalifah lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit matahari pada Hari
Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar.
Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudian menyembelih korban
jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengandemikian jemaah Haji dihalal semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram
kecuali perempuan (bersetubuh).
Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf
ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak
melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul sertadihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di
sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada jemaah Haji yang tergesa-gesa ingin
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
5/127
cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali lagi ke
Mekah melakukan Tawaf Wida'.
Haji Untuk Orang Lain:
Sesiapa yang mempunyai perbelanjaan untuk mengerjakan ibadat Haji tetapi tidak terdaya untukmenunaikannya sendiri, sama ada disebabkan sakit ataupun tua, dia hendaklah menghantar
seseorang supaya mengerjakan Haji untuknya berpandukan kepada hadis Al-Fadli bin Abbas:
Bahawa seorang perempuan dari Khath'am telah bertanya kepada Rasullullah s.a.w.: "Wahai
Rasulullah, Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memfardhukan ibadat haji keatas hambaNya, aku
dapati ayahku terlalu tua dan tidak dapat bertahan diatas kenderaan, bolehkah aku mengerjakan
haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya."
Ini adalah mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah manakala
pendapat Imam Malik: Tidak wajib. Fardu Haji tidak gugur ke atas orang sakit yang sembuhselepas penggantinya menunaikan Haji untuknya dan dia diwajibkan mengulangi ibadat Haji.Mengikut pendapat Imam Ahmad fardu tersebut telah gugur apabila dia sembuh dari sakit.
Sesiapa yang telah menunaikan Haji nazar sedangkan dia belum menunaikan Haji yang fardu,
Haji tersebut akan dikira Haji yang fardu kemudian hendaklah dia menunaikan Haji nazarnya.Sesiapa yang meninggal dunia sebelum menunaikan ibadat Haji, ataupun Haji yang dinazarkan,walinya wajiblah mengupah seseorang untuk menunaikan Haji untuknya daripada harta
peninggalannya dan ini merupakan pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali.
Manakala pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula:
Pewaris tidak diwajibkan menunai Haji untuk si mati melainkan apabila si mati telahmewasiatkannya dan hendaklah dia menunaikan Haji untuk si mati (dengan perbelanjaan) satu
pertiga daripada harta peninggalannya.
Orang yang ingin menunaikan Haji untuk orang lain disyaratkan:
Telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri sama ada dia berkuasa atau tidak. Ini berpandukanriwayat daripada Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah terdengar seorang lelaki
berkata: "Aku telah penuhi seruanMu untuk Syabramah.": Lalu Baginda s.a.w. bersabda:
"Apakah kamu telah mengerjakan haji kamu sendiri?" Dia menjawab: "Tidak". Baginda s a.w.
bersabda lagi: "Kerjakanlah haji untuk diri kamu, kemudian kerjakanlah haji untuk Syabramah."
Ibadat Haji Orang Perempuan:
Orang perempuan tidak wajib mengerjakan Haji sehinggalah dia mempunyai suami atau mahram
yang boleh menemaninya di dalam perjalanannya berdasarkan kepada hadis Ibnu Abbas r.akatanya: Aku mendengarRasulullah s.a.w bersabda: "Orang perempuan tidak boleh bermusafir
melainkan bersama marham." Seorang leleaki telah berdiri lalu berkata: "Wahai Rasulullah,
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
6/127
isteriku telah keluar untuk mengerjakan haji sedang aku ditugaskan menyertai peperangan?" Lalu
Baginda s.a.w. bersabda: "Pergilah dan kerjakan haji bersama isteri kamu."
Mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali, kedua-duanya meletakkan
syarat:
Orang perempuan tidak boleh keluar (untuk mengerjakan Haji) melainkan bersama suami atau
mahram.
Mengikut pendapat Mazhab Syafie:
Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah
(dipercayai) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yang thiqah
sahaja.
Mengikut pendapat Mazhab Maliki:
Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani oleh seorangperempuan yang dipercayai dengan syarat jarak di antara dia dan Mekah adalah perjalanan
selama satu hari satu malam dan apabila seorang perempuan menyalahi syarat ini dan
mengerjakan Haji tanpa ditemani suami atau mahram, Hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.
Meminta Keizinan Suami Untuk Mengerjakan Ibadat Haji:
Suami tidak boleh menegah isterinya dari mengerjakan Haji yang fardu dan Haji yang
dinazarkan manakala Haji sunat bolehlah dia menegahnya. Orang perempuan wajib ditemani
mahram atas perbelanjaannya manakala mahram atau suami tidak diwajibkan bermusafir
bersamanya.
Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas, dia dibolehkan mengerjakan semua
perkara yang dilakukan oleh orang Haji tetapi tidak boleh melakukan Tawaf di Baitullah,berpandukan kepada hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: "Aku tiba di Mekah ketika sedang haid
dan aku tidak melakukan Tawaf, sama ada di Baitullah ataupun di antara Safa dan Marwah."
Katanya lagi: "Aku telah mengemukakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda s.a.w.bersabda: "Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Haji tetapi janganlah
mengerjakan Tawaf di Baitullah sehingga kamu telah suci."
Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Qudumgugurlah pekerjaan tersebut dan dia tidak dikenakan apa-apa. Apabila seseorang perempuan
didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah, dia hendaklah kekal berada di
dalam Ihram sehingga telah suci kemudian bolehlah mengerjakan Tawaf. Sekiranya seseorang
perempuan mengerjakan Tawaf sedangkan dia didatangi haid, Tawaf tersebut tidak sah mengikutpendapat Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, manakala mengikut pendapat
Mazhab Hanafi pula tawaf tersebut sah tetapi makruh yang membawa kepada haram dan dia juga
berdosa serta dikenakan Badanah (Dam seekor unta atau lembu). Apabila seseorang perempuandidatangi haid atau nifas selepas Tawaf Ifadah dia tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Wida'.
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
7/127
Ibadat Haji Anak Kecil (Kanak-kanak):
Kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan Haji tetapi sekiranya dia mengerjakannya, Hajitersebut dikira sah tetapi tidak mendapat ganjaran Haji yang fardu.
Diriwayatkan bahawa seorang perempuan telah mengangkat seorang kanak-kanak (untukditunjukkan) kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Adakah (kanak-kanak) ini boleh
mengerjakan haji?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya dan kamu mendapat pahala."
Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: "Kami telah mengerjakan haji bersama Rasulullah
s.a.w. dan bersama-sama kami juga terdapat wanita dan kanak-kanak, kami telah bertalbiah
untuk kanak-kanak kami juga telah melontar untuk mereka."
Apabila kanak-kanak mengerjakan Haji sebelum sampai umur (baligh), dia diwajibkan
mengerjakan Haji apabila telah sampai umur dan begitu juga dengan seorang hamba, apabila diamengerjakan Haji ketika menjadi hamba kemudian dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan
Haji sekiranya dia mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya.
Ibnu Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Mana-mana kanak-kanak yang telahmengerjakan Haji kemudian dia telah baligh, wajiblah dia mengerjakan Haji sekali lagi. Mana-
mana hamba yang telah mengerjakan Haji kemudian telah dimerdekakan, wajiblah dia
mengerjakan Haji sekali lagi".
Apabila seseorang kanak-kanak telah mumayyiz bolehlah berniat Ihram sendiri dan menunaikan
ibadat Haji, jika belum mumayyiz walinya bolehlah berniat Ihram dan bertalbiah untuknya,
membawanya melakukan Tawaf dan Saie, Wukuf di Padang Arafah serta melontar Jamrahuntuknya. Sekiranya seseorang kanak-kanak sampai umur (baligh) sebelum Wukuf di Padang
Arafah atau ketika berada di sana, Hajinya dikira Haji fardu.
Imam Malik berpendapat:
Tidak dikira Haji fardu.
Pendapat Mazhab Hanafi:
Dikira sebagai fardu sekiranya dia memperbaharui niat Ihram selepas baligh.
JENIS-JENIS DAM
Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-
wangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
8/127
Berpuasa tiga hari
Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengahgantang.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:Boleh memilih jenis Fidyah sama ada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama
atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir
miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
Boleh memilih sama ada memberi makanan atau berpuasa.
Fidyah kerana menggauli isteri:Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.
Fidyah bersetubuh:
Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:
Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tigahari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:
Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.
DAM:
Definisinya:Dam ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan
diri kepada Allah s.w.t.
Dam Tatawwuk
Definisinya:Ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: "Nabi Muhammad s.a.w. telah mengorbankan sebanyak seratus ekor badanah (untadan lembu) semasa mengerjakan Haji Akbar, Baginda s.a.w. juga pernah mengorbankan
kambing."
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
9/127
Hukumnya:Sunat bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan mereka yang mengerjakan Umrah serta
disunatkan memakan daging yang dikorbankan itu kerana Nabi Muhammad s.a.w. telahmemerintahkan supaya sembelihan tersebut dipotong, dimasak dan memakannya serta
menghirup kuahnya." Harus bagi mereka yang tidak berada dalam Ihram menghantar Damnya ke
Mekah supaya dikorbankan di sana untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Tempat Penyembelihan:Tanah Haram.
Jenis-jenisnya:Unta yang berumur genap lima tahun, lembu yang berumur genap dua tahun atau kambing yang
berumur genap enam bulan.
Dam Tamattu:
Definisinya:Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati
kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa
mengerjakan Ibadat Haji.
Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah dia menyembelih Dam yang mudah didapati.
Sekiranya tidak didapati Dam tersebut ataupun harganya hendaklah berpuasa selama tiga harisemasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya (tanah airnya).Firman Allah s.w.t:Yang bermaksud: "Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka
hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila
kamu kembali (ke tempat masing-masing).
Tempat Penyembelihan:
Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan dibahagikan kepada orang-orang miskin dan harus
dibahagikan Dam tersebut kepada seluruh orang Islam yang fakir.
Dam Ihsar:
Definisinya:Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:"Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang
http://openqt%282%2C196%2C%27mal%27%29/http://openqt%282%2C196%2C%27mal%27%29/http://openqt%282%2C196%2C%27mal%27%29/http://openqt%282%2C196%2C%27mal%27%29/ -
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
10/127
daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta)
sembelihlah Dam yang mudah didapati."
Hukumnya:Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat
Haji.
Tempat Penyembelihan:Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.
Jenis-jenisnya:Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.
Korban:
Definisinya:Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Waktu Penyembelihan Korban:Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehingga berakhir
Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).
Hukumnya:Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Amalan anak Adam
pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Al lah s.w.t. ialah penyebelihan korban, sesungguhnya
ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya, sesungguhnyaAl lah s.w.t. akan menerima penyembelihan korban tersebut sebelum darahnya tumpah kebumi,
maka hendaklah kamu ikhlaskan diri kamu semasa kamu melakukan penyembelihan korban
tersebut."
Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyembelihkorban dua ekor kabasy yang berwarna antara putih dan hitam serta mempunyai dua tanduk,
kedua-duanya disembelih oleh Baginda s.a.w. dengan tanganya. Baginda s.a.w. mengucapkan
Basmalah dan bertakbir serta meletakkan kaki dibahagian tepi rusuk kibasy tersebut.
Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur
enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagian sahaja dari tujuhbahagian.
Pembahagiannya:
Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada daging tersebut, satupertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskan memakan lebih dari satu
pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya dia memakan kesemua daging tersebut dan dia
hanya ingin menyedekahkan harga bagi sedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
11/127
demikian.
Penyembelihannya:Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkanBasmalah dan selawat
kepada Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkata: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku!
Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMuaku akan kembali, oleh itu terimalah korbandaripadaku."
Kisah-kisah Al-Quran: Kisah Penyembelihan
1-Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada
Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya
dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika NabiIbrahim a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah
bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalahWahyu. Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s
sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:"Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnyaaku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa
pendapatmu."Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang
bermaksud: "Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkauakan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar.Dikatakan kedua-duanya telah
berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Setelah keduanya berserah
bulat-bulat (menjunjung perintah Allah s.w.t. itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya
dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengankesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami). Setelah kedua-duanya berserah
diri untuk menjalankan perintah Allahs.w.t. dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allahs.w.t telah menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui Malaikat.
Sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai Ibrahim! Engkau telah
menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas
orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujianyang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan
Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian,
salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha
melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka
berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan denganseekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada
menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok
berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai
tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi IbrahimAl-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Nabi
Muhammad s.a.w
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
12/127
Meninggikan Asas (Tapak)
1. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t
supaya membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s:"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memerintahkan aku dengan satu perkara" Lalu Nabi Ismail
a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah s.w.t. kepada kamu" NabiIbrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku
akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan aku
supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunantanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya." Mereka berdua mendirikan tapak asas
Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu
manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s
membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atasbatu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan
batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berduaorang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami
umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-
cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerimataubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul
dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu)
dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan
membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat). Sesungguhnya EngkaulahYang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Sehinggalah Allah s.w.t. menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepadamereka berdua.
2. Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan Baitullah telahpun dibina sebelum Nabi
Ibrahim Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:
"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Baitullah
(untuk membinanya), ataupun Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketikaNabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah
(Kaabah) itu."
Maksud yang dikehendaki pada ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah tersebuttelahpun tetap dalam pengetahuan Allah s.w.t. semenjak menciptakan langit dan bumi. Ini
menunjukkan tempat pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi, manakala pembinaanBaitullah pula telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan anaknya Nabi Ismail a.s.Khabar-khabar yang menyatakan Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s adalah
diriwayatkan daripada Bani Israil, kita tidak boleh membenarkannya dan mendustakannya,
hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Maha Mengetahui.
3. Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:
* Tingginya sembilan hasta.
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
13/127
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah
barat adalah seluas 22 hasta.
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman
adalah sepanjang 31 hasta
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah
seluas 20 hasta
Baginda membina pintu rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna
sehinggalah Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. Bentuk
binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyaidua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya
dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang
terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika
membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Amat Mengetahui.
Seruan Untuk Menunaikan Haji
Setelah Nabi Ibrahim a.s selesai membina Kaabah, Allah s.w.t memerintahkannya supaya
menyeru umat manusia untuk mengerjakan Haji, sebagaimana firman Allah s.w.t: "Dan
serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kerumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus
yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh."
Nabi Ibrahim al-Khalil berkata: "Wahai Tuhan! Apakah yang akan menyampaikan suaraku?"
Lalu Allah Yang Maha Agung menjawab:"Serulah, Aku yang akan menyampaikannya."Lalu
Nabi Ibrahim a.s menaiki bukit Abu Qubis, lantas memasukkan jari ke dalam kedua belah
telinganya sambil menghadap ke arah timur dan barat sambil menyeru: "Wahai sekalianmanusia! Diwajibkan ke atas kamu untuk menunaikan ibadat Haji di Baitul Atiq, oleh itu
sahutlah seruan Tuhan kamu Yang Maha Agung". Seruan tersebut telah didengari oleh setiap
orang yang berada di dalam salbi kaum lelaki dan setiap yang berada di dalam rahim-rahimperempuan. Seruan tersebut juga telah disahut oleh setiap orang yang berada dalam pengetahuan
Allah s.w.t bahawa dia akan menunaikan ibadat Haji, sehinggalah ke hari Kiamat. Mereka
semua berkata: Yang bermaksud: "Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi
seruanMu."
Ibadat Haji Nabi Ibrahim a.s
Setelah Nabi Ibrahim a.s selesai menyeru orang ramai, Jibril a.s telah mengiringi beliau lalu
menunjukkan kepadanya bukit Safa dan Marwah. Jibril a.s juga membawa beliau ke sempadan
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
14/127
Tanah Haram, lalu mengarahkannya supaya mendirikan batu di sempadan tersebut, Nabi Ibrahim
a.s terus melakukan arahan tersebut.
Beliau merupakan orang pertama yang mendirikan sempadan Tanah Haram dengan ditunjukkan
oleh Jibril a.s. Pada hari yang ke 7 Zulhijah Nabi Ibrahim a.s telah berkhutbah sambil berdiri
ketika tergelincir matahari manakala Nabi Ismail duduk mendengarnya. Pada keesokan harinya,kedua-duanya keluar secara berjalan kaki sambil bertalbiah dan berpakaian ihram. Masing-masing membawa bekalan makanan dan bertongkat, oleh itu hari tersebut dinamakan hari
Tarwiah. Apabila kedua-duanya tiba di Mina, mereka berdua mendirikan sembahyang Zuhur,
Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kedua-duanya berhenti rehat di bahagian sebelah kanan dantinggal di situ sehingga keluar matahari di atas bukit Thabir. Selepas itu Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail a.s bertolak secara berjalan kaki sehinggalah tiba di Arafah, ketika itu Jibril a.s ada
bersama mereka. Jibril a.s menunjukkan kepada mereka bukit-bukit di sepanjang perjalanan
sehinggalah mereka berhenti rehat di Namirah. Di situ, Jibril menunjukkan bukit Arafah kepadaNabi Ibrahim a.s tetapi ketika itu Nabi Ibrahim a.s telahpun mengetahuinya, lalu berkatta: Yang
bermaksud: "Aku telah mengetahuinya, oleh itu tempat tersebut dinamakan Arafah."
Apabila matahari tergelincir, Jibril a.s mengiringi mereka berdua meneruskan perjalanan
sehingga sampai di tempat terdapat masjid pada hari ini. Di situ Nabi Ibrahim a.s berdirimenyampaikan beberapa kalimah, manakala Nabi Ismail a.s duduk untuk mendengarnya,kemudian mereka menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar secara jamak. Selepas itu Jibril a.s
mengangkat mereka berdua ke tempat yang tinggi, lalu mereka berdiri dan berdoa sehinggalah
matahari terbenam dan cahayanya hilang. Kemudian mereka berdua bertolak dari Arafah danapabila tiba di Jam'in, mereka berhenti untuk menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di situ
iaitu di tempat orang ramai menunaikan sembahyang pada hari ini. Mereka bermalam di sana
sehingga terbit fajar, mereka berdua menunggu sehingga keluar cahaya sebelum terbit matahari
lalu meneruskan perjalanan. Apabila tiba di Muhassir, kedua-duanya berjalan dengan cepatsehinggalah berjaya melintasi kawasan tersebut, lalu kembali berjalan sebagaimana sebelumnya.
Apabila tiba di kawasan Jamrah, mereka berdua melontar Jamratul Aqabah sebanyak tujuh
lontaran dengan batu yang dibawa dari Jam'in. Mereka keluar dari Mina pada waktu pagi ke
kawasan sebelah kanan kemudian menyembelih korban di tempat penyembelihan dan bercukur.Setelah itu mereka melontar Jamrah pada hari-hari Mina sehinggalah apabila matahari telah
meninggi, mereka berulang-alik secara berjalan kaki. Mereka keluar pada hari Sadr (selesai dari
mengerjakan ibadat Haji) lalu menunaikan sembahyang Zuhur di Abtah. Jibril a.s telahmenunjukkan cara setiap amalan yang telah dilakukan ini.
Kisah Tentera Bergajah
Abrahah telah membina sebuah gereja di San'a (yang dinamakan al-Qalis) dimana pada masa
tersebut tidak terdapat gereja seumpamanya. Abrahah telah menulis surat kepada raja Najasyi
yang berbunyi: "Sesungguhnya aku telah membina untuk kamu sebuah gereja yang tidak pernahdibina seumpamanya kepada mana-mana raja sebelum kamu. Aku tidak akan tenang sehinggalah
orang-orang Arab datang mengerjakan Haji di sini."
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
15/127
Apabila orang-orang Arab memperkatakan tentang surat Abrahah kepada raja Najasyi, perkara
ini menimbulkan kemarahan seorang lelaki dari Kinanah lalu pergi ke al-Qalis dan membuang
najis di dalamnya secara sembunyi, kemudian kembali kepada kaum keluarganya. Perkara itutelah disampaikan kepada Abrahah dan telah menimbulkan kemarahannya lalu bersumpah untuk
menghancurkan Kaabah. Beliau memerintahkan tentera Habsyah untuk bersiap sedia dan setelah
bersedia, Abrahah serta tenteranya terus keluar dengan membawa gajah. Apabila orang-orangArab mengetahui hasrat Abrahah untuh menghancurkan Kaabah, mereka merasa gerun dan takut.Abrahah mengutus seorang lelaki Habsyah yang bernama Al-Aswad bin Mafsud bersama tentera
berkudanya sehingga sampai di Mekah, lalu meminta tebusan daripada kaum Quraisy dan yang
lainnya, di antaranya dua ratus ekor unta kepunyaan Abdul Muttalib bin Hasyim (ketua kaumQuraisy pada masa tersebut). Kaum Quraisy, kaum Kinanah, kaum Huzail dan kaum yang
tinggal berhampiran dengan Tanah Haram telah berazam untuk memeranginya tetapi setelah
menyedari mereka tidak mempunyai kekuatan, mereka membiarkan perkara tersebut begitu saja.
Abrahah juga telah mengutus Hannatah Al-Himyari ke Mekah sambil berpesan kepadanya:
"Tanyalah ketua atau pembesar negeri ini, kemudian katakan kepadanya, raja telah berpesan
kepadaku bahawa, aku datang bukan untuk memerangi kamu tetapi untuk menghancurkanKaabah ini, sekiranya mereka tidak menghalangi kami, maka aku tidak akan memerangi kamu,
sekiranya dia tidak mahu memerangi aku, bawalah dia kepadaku."
Apabila Hannatah memasuki Mekah, beliau bertanyakan tentang ketua atau pembesar negeri
tersebut. Dia telah diberitahu bahawa ketua negeri tersebut ialah Abdul Muttalib bin Hasyim, dia
terus menemuinya dan memberitahu apa yang diperintahkan oleh Abrahah. Abdul Muttalibberkata kepadanya: "Demi Allah! Sesungguhnya kami tidak mahu memeranginya, kami tidak
mampu untuk melawannya. Ini adalah Baitullah al-Haram dan Baitu Ibrahim Al-Khalil a.s (atau
sebagaimana yang diriwayatkan). Sekiranya Dia menghalangnya maka ini adalah rumahNyasekiranya Dia (Allah s.w.t.) membiarkannya, Demi Allah, kami tidak berkuasa
mempertahankannya."
Lalu Hannatah berkata kepadanya: "Marilah bersama aku untuk mengadap Abrahah, kerana
beliau telah memerintahkan aku untuk membawa kamu kepadanya." Hannatah berangkat
bersama Abdul Muttalib dan pengikutnya, apabila sampai di kawasan yang bernama al-Askar,beliau bertanya tentang Zu Nafar iaitu sahabatnya. Apabila masuk menemuinya di dalam
penjara, Hannatah bertanya: "Wahai Zu Nafar! Apakah kamu mempunyai suatu perantaraan atau
penyelesaian yang dapat menolong kami?" Zu Nafar menjawab: "Apakah ada perantaraan atau
penyelesaian daripada seorang lelaki tahanan raja yang menunggu hukuman mati samada sianghari atau malam hari seperti aku ini? Aku tidak mempunyai perantaraan atau penyelesaian untuk
menolong apa yang telah berlaku kepada kamu kecuali sahabatku Anis, seorang pengembala
gajah. Aku akan mengutusinya dengan memberi pesanan tentang diri kamu dan juga kelebihan
yang ada pada kamu. Aku juga akan meminta kepadanya agar meminta keizinan untuk kamudaripada raja supaya kamu dapat mengadap dan berbicara dengan raja tentang apa yang berlaku
kapada kamu. Dia akan menjadi perantaraan yang baik dengan raja, sekiranya dia mampu
melakukan sedemikian, katakanlah cukuplah bagiku." Setelah itu Zu Nafar mengutusi Anisdengan katanya: "Abdul Muttalib adalah ketua kaum Quraisy dan pembesar Mekah, dialah yang
memberi makan kepada orang ramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal di kawasan
wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Sesungguhnya raja telah mengambil dua
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
16/127
ratus ekor unta miliknya, oleh itu mintalah keizinan dan manfaat untuknya daripada raja sekadar
yang kamu mampu." Anis menjawab: "Aku akan melakukannya."
Lalu Anis menyampaikan perkara tersebut kepada Abrahah dengan berkata: "Wahai raja! Ini
adalah ketua kaum Quraisy berada di hadapan kamu, dia datang untuk meminta izin kepada
kamu, dia juga merupakan pembesar negeri Mekah yang sentiasa memberi makan kepada orangramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal di kawasan wadi atau kawasan
perkampungan badwi di bukit-bukit. Aku meminta izin daripada kamu agar dia dapat
memberitahu kamu apa yang dihajatinya."
Lalu Abrahah mengizinkannya Abdul Muttalib adalah seorang yang tampan, perkasa dan cantik
rupa parasnya. Apabila Abrahah melihatnya dia meraikan dan memuliakannya lalu memintasupaya Abdul Muttalib duduk bersamanya tetapi kaum Habsyah yang berada bersama dengannya
tidak suka melihat Abdul Muttalib dijemput oleh raja untuk duduk bersama di atas singgahsana
kerajaannya, lalu Abrahah turun dari singgahsananya dan menjemput Abdul Muttalib duduk
bersama di sampingnya. kemudian Abrahah berkata kepada penterjemahnya: Katakanlah
kepadanya: Apa yang kamu hajati? Lalu penterjemahnya menyampaikan apa yang diperkatakanoleh Abrahah.
Abdul Muttalib berkata: "Hajatku ialah supaya raja dapat memulangkan kembali dua ratus ekor
unta yang dirampas daripadaku." Apabila perkara tersebut disampaikan kepada Abrahah, dia
berkata kepada penterjemahnya: "Katakan kepadanya, aku merasa amat kagum ketika pertamakali melihat kamu tetapi ia hilang lenyap setelah kamu bercakap kepadaku. Apakah kamu hanya
berbicara tentang dua ratus ekor unta yang aku rampas daripada kamu, sedangkan kamu
meninggalkan Kaabah yang menjadi pegangan agama kamu dan bapa-bapa kamu. Aku datang
untuk menghancurkannya tetapi kamu tidak pula bercakap denganku tentangnya?"
Lalu Abdul Muttalib menjawab: "Aku adalah tuan unta tersebut, manakala Kaabah tersebut adatuan yang akan melindunginya." Abrahah berkata: "Tidak ada siapa yang dapat menghalang akuuntuk menghancurkannya." Abdul Muttalib berkata kepadanya: "Biarlah kamu dengan keadaan
kamu." Unta-unta tersebut dipulangkan kembali kepada Abdul Muttalib. Setelah itu Abdul
Muttalib pulang kepada kaum Quraisy lalu menceritakan kisah pertemuannya dengan Abrahahdan memerintahkan mereka agar keluar dari Mekah dan berlindung di atas bukit. kemudian
Abdul Muttalib mengunci pintu Kaabah dan beberapa orang lagi dari kaum Quraisy bersama
dengan Abdul Muttalib berdoa kepada Allah s.w.t. semoga mengalahkan Abrahah dantenteranya.
Apabila menjelang pagi, Abrahah mula bersedia dengan gajah dan tenteranya untuk memasukiMekah dimana gajahnya bernama Mahmud. Setelah mereka mengarahkan gajah menuju ke
Mekah, mereka telah bertemu dengan Nufail bin Habib. Beliau berdiri di sebelah gajah tersebut
kemudian memegang telinganya lalu berkata: "Duduklah Mahmud dan kembalilah semula ke
tempat kamu datang, sesungguhnya kamu berada di negeri yang diharamkan oleh Allah s.w.t.."
Kemudian beliau melepaskan telinga gajah tersebut, lalu gajah tersebut terus duduk. Merekamemukul gajah tersebut supaya bangun tetapi ia enggan berbuat demikian. Kemudian mereka
mengarahkan gajah tersebut kembali ke Yaman, lalu ia terus bangun dan berjalan ke arah
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
17/127
tersebut. Setelah itu mereka mengarahkannya ke Syam, gajah tersebut juga berjalan sebagaimana
diarahkan. Mereka mengarahkan pula menuju ke arah Masyrik (timur), lalu gajah tersebut
berjalan sebagaimana diarahkan. Setelah itu mereka mengarahkan semula menuju ke arah Mekahtetapi gajah tersebut terus duduk.
Lalu Allah s.w.t. mengutuskan kepada mereka sekumpulan burung seumpama burung layang-layang dimana setiap seekor membawa tiga biji batu, sebiji di paruh dan dua biji lagi di kakinya.
Batu tersebut seperti kacang kuda dan kacang dal, sesiapa sahaja yang terkena akan hancur dan
binasa. Tidak semua yang binasa di tempat tersebut, mereka telah keluar dari kawasan tersebuttetapi rebah bergelimpangan di setiap jalan lalu mati dalam keadaan yang penuh dahsyat.
Abrahah terkena lontaran batu tersebut di badannya, mereka membawanya dalam keadaan jari-
jarinya terputus tetapi apabila tiba di San'a, Abrahah meninggal dunia di sana.
Permulaan Wahyu
Saidatina Aisyah r.a berkata: "Wahyu Pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.wbermula dengan mimpi yang baik di dalam tidurnya, Baginda s.a.w. melihat (sesuatu) di dalam
mimpinya seperti cahaya fajar sebelum terbit matahari dan setelah itu Baginda s.a.w.. suka
mengasingkan diri. Baginda s.a.w. mengasingkan diri dan beribadat di Gua Hira' selamabeberapa malam sebelum pulang kepada keluarganya untuk mengambil bekalan. Apabilabekalan habis, Baginda s.a.w. pulang menemui Khadijah untuk mengambilnya lagi, sehinggalah
malaikat datang ketika Baginda s.a.w. berada di Gua Hira' tersebut lalu berkata: "Bacalah".
Baginda s.a.w. menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Kata Baginda s.a.w. lagi: "Malaikatmemelukku sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata:
"Bacalah." Aku menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Malaikat memelukku buat kali yang
kedua sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata:"Bacalah." Aku menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Dia memelukku buat kali yang ketigakemudian melepaskanku lalu berkata:
Yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku, bacalah dan Tuhanmu
yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pen dan tulisan, Dia mengajarkanmanusia apa yang tidak diketahuinya).
Rasulullah s.a.w pulang dengan hati yang gementar, lalu terus masuk menemui Khadijah binti
Khuwailid (isteri Baginda s.a.w) dengan berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijahterus menyelimutinya sehingga hilang perasaan gementar. Baginda s.a.w. menceritakan kepada
Khadijah peristiwa yang berlaku dengan katanya: "Sesungguhnya aku merasa takut terhadap apa
yang menimpa diriku." Khadijah berkata: "Tidak sama sekali. Demi Allah! Sesungguhnya Allah
s.w.t. tidak akan menyusahkanmu selama-lamanya, kerana kamu telah menghubungkan
silaturahim, menolong orang ramai, memberi belanja kepada orang yang harta, memuliakan
tetamu dan menyebelahi orang yang benar." Setelah itu Khadijah membawa Rasulullah s.a.wmenemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah yang beragama
Nasrani pada masa jahiliah. Beliau menulis kitab ke dalam bahasa Ibrani dan telah
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
18/127
menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Ibrani. Beliau seorang yang telah tua lagi buta.
Khadijah berkata kepadanya: "Wahai sepupuku! Dengarlah apa yang akan diperkatakan oleh
anak saudara kamu ini (Rasulullah s.a.w). Lalu Waraqah berkata kepada Baginda s.a.w.:"Wahai anak saudaraku! Apakah yang telah kamu lihat." Rasulullah s.a.w menceritakan
peristiwa yang telah berlaku ke atas diri Baginda s.a.w.. Waraqah berkata kepada Baginda
s.a.w.: "Itulah Malaikat yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa, mudah-mudahan aku masih hidup ketika kamu berada dalam keadaan sedih kerana dihalau oleh kaumkamu" Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: "Apakah mereka akan menghalau aku?" Beliau
menjawab: "Ya. Setiap lelaki yang didatangkannya (Wahyu) akan dimusuhi, sekiranya aku
mampu untuk menolong kamu pada hari itu nescaya aku akan menolong kamu secarabersungguh-sungguh." Tetapi Waraqah bin Naufal tidak sempat bersama kerana beliau
meninggal dunia ketika Wahyu diberhentikan buat sementara waktu.
Sejarah Pembinaan
Pembinaan Telaga Zamzam:
Orang pertama menggunakan kain yang mempunyai
lebihan labuh di belakang dari kalangan wanita ialahibu Nabi Ismail a.s yang digunakan untukmenyembunyikan kesan kakinya daripada Siti Sarah.
Nabi Ibrahim a.s membawa ibu Nabi Ismail (Siti
Hajar) serta anaknya Nabi Ismail a.s yang masih lagimenyusu dan kemudian meninggalkannya
berhampiran Kaabah di sebatang pokok yang besar
di atas Zamzam. Ketika itu Kota Mekah masihbelum berpenghuni serta tidak mempunyai air. Nabi Ibrahim a.s meninggalkan mereka berdua disana. Diletakkan di sisi mereka berdua sebungkus buah tamar dan sebekas air. Kemudian Nabi
Ibrahim a.s bertolak pulang, lalu baginda diikuti oleh ibu Nabi Ismail a.s lalu bertanya: "Wahai
Ibrahim! Ke manakah kamu hendak pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidakmempunyai seorang manusia dan apa-apa pun ini?" Siti Hajar bertanya mengenai perkara itu
berkali-kali, tetapi baginda tidak menghiraukannya. Siti Hajar bertanya lagi: "Adakah Allahs.w.t. memerintah kamu berbuat begini?" Baginda menjawab: "Memang benar." Isterinyaberkata: "Kalau begitu tiada halangan bagi kami." Kemudian ibu Nabi Ismail kembali semula ke
tempatnya, lalu Nabi Ibrahim a.s bertolak pergi sehingga baginda tidak kelihatan lagi. Setelah itu
Nabi Ibrahim a.s menghadapkan mukanya ke arah kiblat (Kaabah sekarang ini) kemudian terus
mengangkat tangan sambil berdoa:
Yang bermaksud: (Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari
zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ditumbuhi tanaman, di sisirumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ)
supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu,
jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datangberamai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
19/127
buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur).
Sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s, ibu Nabi Ismail a.s menyusukan anaknya dan memberi minumair yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s di dalam bekas. Apabila air di dalam bekas itu habis,
anaknya terus kehausan. Oleh kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang kehausan,
Siti Hajar terus menuju ke bukit Safa yang paling hampir dengan tempat beliau duduki. Beliauberdiri di atas bukit itu dan berpaling ke lembah untuk melihat kalau-kalau ada seseorang. SitiHajar tidak melihat walau seseorang pun ada di sana, lalu beliau turun semula dari bukit Safa
sehingga menghampiri perlembahan tersebut. Kemudian beliau menuju ke bukit Marwah dan
berdiri di atasnya untuk melihat kalau-kalau ada seseorang di sana. Tetapi beliau tidak jugamendapatinya. Beliau melakukan keadaan sedemikian sebanyak tujuh kali.
Ketika berada di atas bukit Marwah, Siti Hajar telah mendengar suatu suara membisikkan
kepadanya: "Diamlah." Siti Hajar cuba memerhatikan suara tersebut. Suara itu masih tetapkedengaran, lalu suara tersebut berkata: "Sesungguhnya aku telah mendengar bahawa di sisimu
ada pertolongan." Tiba-tiba dia mendapati malaikat menunjukkan tempat Zamzam, lalu beliau
terus menggalinya dengan tumit, ada yang mengatakan beliau menggali dengan menggunakankedua tangannya sehingga keluar air. Kemudian beliau membatasinya dan beliau berkata dengan
tangannya begini untuk memenuhkan bekasnya dengan air tersebut, setelah bekasnya dipenuhi
dengan air beliau terus berlalu untuk meminum dan menyusu anaknya, lalu malaikat berkata
kepadanya: "Janganlah kamu takut kepada kesusahan, sesungguhnya di sana akan dibina sebuahrumah Allah s.w.t. (Baitullah) yang akan dibina oleh kanak-kanak ini dan ayahnya,
sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menyusahkan keluarganya." Setelah itu beliau bertemu
dengan satu rombongan dari Jurhum lalu mereka turun dan menuju ke kawasan yang palingrendah di Mekah, mereka melihat burung-burung berterbangan dan berkata, sesungguhnya
burung-burung ini berterbangan mengelilingi air, kami percaya bahawa di lembah (wadi) ini
terdapat air, mereka mengutus seorang atau dua orang untuk melihatnya dan utusan tersebut
mendapati di sana terdapat air lalu kembali dan memberitahu kepada rombongan mereka. Lalumereka meminta kebenaran dari ibu Ismail untuk pergi mendapatkan air tersebut, ibu Nabi Ismail
membenarkannya dengan berkata: "Ya, tetapi jangan kamu jadikan air itu sebagai hak kamu."
Mereka menjawab: "Ya."
Menggali Semula Zamzam:
Ketika Abdul Mutalib sedang tidur di Hijir, datang seseorang di dalam mimpinya dan berkata
kepadanya: "Galilah "Barrah"" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "ApakahBarrah?" Sehingga keesokan harinya pula, beliau tidur di tempat yang sama. Lalu datang lagi
seseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Madnunah" (iaitu nama telaga
Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah Madhnunah?" Kemudian beliau pun beredar dari situ
sehinggalah keesokan harinya, beliau kembali tidur di tempat yang sama. Lalu datang lagiseseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Tayyibah" (iaitu nama telaga
Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah Tayyibah?" Pada hari yang keempat, beliau bermimpi lagi
dan telah dikatakan kepada beliau: "Galilah Zamzam." Beliau menjawab: "Apakah Zamzam?"
Beliau berkata: "Janganlah kamu menimba air itu dan membatasnya." Kemudian beliauditunjukkan tempatnya. Setelah itu baginda menggalinya sebagaimana yang telah ditunjukkan
kepadanya. Orang-orang Quraisy bertanya kepada beliau: "Apakah ini semua wahai Abdul
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
20/127
Mutalib?" Beliau menjawab: "Aku diperintahkan supaya menggali telaga Zamzam." Ketika
dijumpai Zamzam dan melihat patung kijang. Orang-orang Quraisy terus mempercayainya.
Abdul Mutalib terus menggalinya. Beliau menemui dua ekor patung kijang yang diperbuat dariemas. Kedua-duanya adalah patung kijang yang di tanam oleh Bani Jurhum ketika mereka keluar
dari Mekah. Tempat tersebut merupakan telaga Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. Setelah Abdul
Mutalib menggali telaga Zamzam dan setelah Allah s.w.t. tunjukkan tempat serta memilih beliauuntuk menggali Zamzam, Allah s.w.t telah menambahkan kemuliaan beliau dengan sebabZamzam tersebut dan kaumnya juga dapat menikmatinya.
Binaan Nabi Ibrahim:
Binaan Nabi Ibrahim a.s merupakan satu-satunyabinaan yang disebut di dalam al-Quran
Meninggikan Asas (Tapak):
1. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekahuntuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya
membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepadaanaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku dengan satu perkara,
lalu Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah s.w.t kepada kamu. Nabi
Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akanmenolongmu." Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan aku supaya
membina sebuah rumah (Kaabah) di sana." sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang
lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan
tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.smembinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawakan hajar ini dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas hajar tersebut semasameneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itumereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnyaEngkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami
berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan
kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dancara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima
taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari
kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan
mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan danmembersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana).
Sehinggalah Allah s.w.t menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada
mereka berdua.
2. Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan Baitullah telahpun dibina sebelum NabiIbrahim Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada firman Allah s.w.t : Yang bermaksud:
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
21/127
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Baitullah (untuk
membinanya),
ataupun Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-
sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu,
Maksud yang dikehendaki pada ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah tersebut
telahpun tetap dalam pengetahuan Allah s.w.t semenjak menciptakan langit dan bumi. Ini
menunjukkan tempat pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi, manakala pembinaan Baitullahpula telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan anaknya Nabi Ismail a.s. Khabar-khabar
yang menyatakan Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s adalah diriwayatkan daripada
Bani Israel, kita tidak boleh membenarkannya dan mendustakannya, hanya Allah s.w.t sahaja
Yang Maha Mengetahui.
3. Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:
* Tingginya sembilan hasta.
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah
barat 22 hasta.
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31
hasta.
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad 20 hasta.
Beliau membina pintu rapat ke bumi, tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurnasehinggalah Tubba' Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. Bentuk
binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah binaan yang sempurna, mempunyai dua
penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalambentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat
pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina
Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah s.w.t sahaja Yang Amat Mengetahui.
Binaan Malaikat:
Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ingin menjadikan
seorang khalifah di muka bumi.
Malaikat bertanya: (Wahai Tuhan kami,) Adakah Engkau ingin menjadikan khalifah selain
daripada kami yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, dengki mendengki danbenci membenci? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu.
Mentaati Engkau dan tidak memaksiati Engkau.
Allah s.w.tberfirman: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
22/127
mengetahuinya.
Malaikat menyangka Tuhan mereka menolak pertanyaan tersebut. Sesungguhnya Allah s.w.tmembenci mereka disebabkan kata-kata mereka. Mereka berlindung di bawah Arasy dengan
mengangkat kepala dan mengisyaratkan dengan jari memohon sesuatu serta menangis kerana
takutkan kebencianNya.
Mereka Tawaf mengelilingi Arasy sangat lama. Allah s.w.t memandang mereka kemudian
menurunkan rahmat kepada mereka. Allah s.w.t membina sebuah rumah di bawah Arasy yang
diberi nama Baitulma'mur. Allah s.w.t memerintahkan para Malaikat supaya tawaf diBaitulma'mur dan tinggalkan Arasy. Para Malaikat telah melakukan tawaf di Baitulma'mur
sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai tujuh puluh ribu malaikat. Mereka
tidak kembali lagi buat selama-lama. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan para Malaikat turun
ke bumi dan berfirman kepada mereka: "Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya."
Allah s.w.t memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Baitullah
sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitulma'mur.
Binaan Nabi Adam a.s:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t telah mengutuskan Jibril kepadaNabi Adam a.s serta Hawa membawa firman kepada keduanya: "Binalah untukKu sebuah
rumah."Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam a.s menggali tanah
manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliaumeminta agar berhenti menggali dengan kata-kata: "Cukuplah wahai Adam!" Setelah selesai
membinanya, Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau supaya tawaf mengelilinginya dan
dikatakan kepada beliau: "Engkau adalah manusia pertama."Inilah rumah pertama yang dibina
sehinggalah setelah beberapa kurun, Nabi Ibrahim a.s telah meninggikan tapak Kaabah tersebut.Orang pertama yang mengasaskan Kaabah kemudian menunaikan sembahyang serta tawaf
mengelilinginya ialah Nabi Adam a.s.
Binaan Syith:
Setelah Nabi Adam a.s wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah
dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah Syith a.s. Mereka sentiasa
mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas
mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh a.s. Kawasan tersebut ditenggelami air dan tidak dapatdikesani. Mengikut sesetengah israiliat (tokok tambah) sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Wahab bin Munabbih bahawa Nabi Adam a.s telah membina khemah pada Kaabah. Apabila
beliau wafat, khemah tersebut telah diangkat oleh Allah s.w.t. Anak-anaknyalah yang membuat
pembinaan pertama terhadap Kaabah.
* Ketiga-tiga pendapat yang lepas iaitu binaan para Malaikat, binaan Nabi Adam a.s atau binaan
Syith a.s tidak mempunyai dalil yang jelas. Kami dapati ketiga-tiga pendapat tersebut terbuktikedhaifannya. Para ulama telah bersepakat bahawa orang pertama yang membina Kaabah ialah
Nabi Ibrahim a.s.
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
23/127
Binaan Al-Umaliqah:
Kaabah telah runtuh setelah beberapa tahun NabiIbrahim dan Nabi Ismail a.s membinanya, lalu ia
dibina semula oleh Kabilah Al-Umaliqah.
* Tidak terdapat huraian secara terperinci dalam
kebanyakan sumber-sumber rujukan tentang
pembinaan ini.
Binaan Jurhum:
Setelah beberapa tahun selepas Al-Umaliqah siap
membinanya, Kaabah telah dilimpahi air banjir dari
sebelah atas Kota Mekah menyebabkan dindingnyapecah tetapi masih belum runtuh. Jurhum telahmemperbaiki segala kerosakan tersebut dan membina
benteng untuk menghalang banjir daripada memasuki
Kaabah. Di dalam riwayat yang lain, Kaabah telahruntuh akibat banjir tersebut. Jurhum membinanya
semula di atas tapak binaan Nabi Ibrahim a.s serta membina sebuah pintu yang mempunyai dua
daun dan satu pengunci.
Binaan Qusai bin Kilab:
Orang pertama yang memperbaharui binaan Kaabahdaripada golongan Quraisy selepas Nabi Ibrahim Al-
Khalil a.s ialah Qusai bin Kilab. Beliau membina atapdengan menggunakan kayu Dum dan pelepah tamar.
Al-A'sya membaca syair berikut dengan irama iaitu
salah satu daripada irama syair Arab.
.
Maksudnya: Aku telah memakaikan pakaian pendita Syam kepada Kaabah yang telah dibinaoleh Qusai datuknya dan Ibnu Jurhum.
Binaan Quraisy:
1. Ketika Rasulullah s.a.w telah cukup umur(baligh), dikatakan juga ketika umur baginda dua
puluh lima tahun, seorang wanita telah melontar
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
24/127
Kaabah. Bunga api yang keluar hasil dari lontaran tersebut terkena pada kelambu Kaabah lalu
terbakar. Kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan pada Kaabah lalu orang-orang
Quraisy membinanya semula. Apabila tiba waktu untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mulabertengkar dan berselisih pendapat tentang kabilah manakah patut mengangkatnya. Mereka
berkata: "Kemarilah kamu semua! Kita akan melantik orang yang mula-mula datang kepada kita
melalui pintu Bani Syaibah sebagai hakim." Setelah beberapa ketika menunggu, ternyataRasulullah s.a.w adalah orang pertama masuk melalui pintu tersebut lalu mereka meminta
baginda s.a.w. menjadi hakim. Baginda s.a.w. memerintahkan agar mereka membentangkan
sehelai kain lalu baginda s.a.w. sendiri meletakkan Hajarulaswad tersebut di tengah-tengah
bentangan kain serta memerintahkan agar setiap orang memegang hujung-hujung kain tersebut.Dikatakan juga: "Mereka mengemukakan ketua kabilah masing-masing agar memegang hujung
kain tersebut lalu mengangkatnya." Kemudian sekali lagi Rasulullah s.a.w mengambil
Hajarulaswad tersebut lalu meletak di tempatnya. Orang Quraisy mendirikan enam batang tiang
di dalam Kaabah.
2. Orang-orang Quraisy meninggikan pintu Kaabah berdasarkan kepada cadangan Abu
Huzaifah bin Al-Mughirah, sebagaimana katanya: "Wahai kaum! Tinggikan pintu Kaabah agaria hanya boleh dimasuki dengan menggunakan tangga sahaja. Kaabah tidak boleh dimasuki
melalui tangga tersebut kecuali seseorang yang kamu benarkan sahaja. Jika seseorang yang kamubenci datang, buanglah tangga tersebut agar mereka terjatuh. Semoga peristiwa itu menjadipengajaran kepada sesiapa yang melihatnya." Berdasarkan kepada cadangan inilah orang-orang
Quraisy terus melakukannya. Mereka juga menambahkan ketinggian Kaabah dari sembilan hasta
kepada lapan belas hasta. Mereka memendekkannya sebanyak enam hasta di arah utara daritapak asas binaan Nabi Ibrahim a.s kerana pembiayaan yang halal yang mereka miliki tidak
mencukupi untuk mereka menyempurnakannya.
Binaan Abdullah Bin Az-Zubair:
1. Kebakaran Kaabah pada zaman pemerintahanYazid bin Muawiyah merupakan kebakaran yang
agak besar pernah berlaku. Abdullah bin Az-Zubair
telah membiarkan keadaan Kaabah yang terbakar itusehingga tiba musim Haji dimana ramai yang
berkunjung untuk mengerjakan Haji. Apabila mereka
semakin ramai, beliau berkata: "Wahai umat Islam!
Tunjukkanlah kepadaku cara memperbaiki Kaabah,sama ada meruntuh, membinanya semula ataupun memperbaiki kerosakannya sahaja." Ibnu
Abbas berkata: "Pada pendapatku kamu perbaiki kerosakannya sahaja. Biarkan binaan asal
Baitullah dan batu-batu binaan asalnya kerana di situlah orang ramai memeluk Islam serta
Rasulullah s.a.w diutuskan." Ibnu Az-Zubair berkata: "Sekiranya rumah salah seorang di antarakamu terbakar, tentu dia tidak redha sebelum memperbaharuinya. Bagaimana pula dengan rumah
Tuhan kamu? Sesungguhnya aku akan memohon kebaikan (beristikharah) daripada Tuhanku
sebanyak tiga kali kemudian barulah melakukan urusanku."
2. Selepas tiga kali beristikharah, mereka telah sepakat untuk meruntuhkannya. Ketika hendakmemulakannya, orang ramai merasa bimbang kalau-kalau orang pertama yang memulakan
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
25/127
kerja tersebut akan di timpa bala dari langit. Kemudian seorang lelaki naik ke atas bumbung
Kaabah lalu mencampakkan batu-bata runtuhan. Apabila orang ramai melihat lelaki tersebut
tidak di timpa bala, mereka terus ikut melakukannya. Mereka membuang kesemua batu-batasehingga menyamai tanah. Ibnu Az-Zubair membina beberapa batang tiang dan membina
dinding di sekeliling tiang tersebut sehingga siap terdiri sebuah binaan. Kemudian mereka
melakukan tawaf mengelilingi binaan Kaabah tersebut. Tiada seorangpun yang ketinggalandari melakukannya.
3. Ibnu Az-Zubair berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Saidatina Aisyah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Seandainya kaummu (orang ramai) telah lama meninggalkan
masa jahiliah (dengan kekufuran) dan seandainya aku mempunyai harta untuk membiayaipenambahan bangunan Baitullah tentu aku akan memasukkan kawasan Hijir Ismail itu
selaras dengan Kaabah sebanyak lima hasta, kemudian aku akan membuat pintu masuk dan
pintu keluar daripadanya." Ibnu Az-Zubair berkata: "Pada hari ini, aku telah mendapat kos
pembinaannya dan tidak perlu bimbang keadaan orang ramai."
4. Setelah Ibnu Az-Zubair meruntuhkan Kaabah dan meratakannya sehingga menyamai bumi,
beliau mencari asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau menemui tapak asas tersebut berada lebih
sedikit daripada enam hasta ke arah Hijir. Batu asas tersebut seolah-olah leher unta iaitu batuyang berwarna merah yang bertaut antara satu sama lain seperti genggaman jari-jari.
5. Ketika sedang menggali asas binaan Nabi Ibrahim a.s, beliau menemui sebuah kubur lalu
berkata: "Ini adalah kubur ibu Nabi Ismail a.s (Siti Hajar)." Seramai lima puluh orang lelaki
berserta dengan para pembesar mereka menyaksikan peristiwa tersebut.
6. Abdullah bin Muti' Al-Adawi telah memasukkan besi penuas yang berada di tangannya pada
salah satu penjuru Kaabah lalu setiap penjuru Kaabah bergerak sedikit demi sedikit. Tanpa
diduga tepi Kaabah telah runtuh menyebabkan seluruh Kota Mekah bergegar dengan kuat.
Gegaran itu telah menakutkan mereka. Ibnu Az-Zubir berkata: "Saksikanlah!" Kemudianbeliau membina binaan tersebut di atas asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga membina dua buahpintu dari atas tanah, kedua-dua pintu tersebut berhadapan antara satu sama lain.
7. Ibnu Az-Zubair menambah ketinggian Kaabah sembilan hasta, menjadikan ketinggiannya
setinggi dua puluh tujuh hasta.
8. Beliau menjadikan lebar dinding Kaabah dua hasta.
9. Beliau membina tiga batang tiang di dalam Kaabah menggantikan enam batang tiang yang
dibina oleh orang-orang Quraisy.
10. Beliau mengambil batu marmar dari San'aa dan meletakkannya di bahagian atas untukmenguatkan pancaran cahaya.
11. Beliau membina pintunya yang terdiri dari dua daun pintu manakala panjang keduanya
adalah sebelas hasta.
12. Beliau juga membina tangga kayu untuk naik ke atas Kaabah.13. Setelah Ibnu Az-Zubair selesai membinanya, beliau menyapu bahagian dalam dan luar
Kaabah dengan wangi-wangian, za'faran dan memasang kelambu.
14. Ibnu Az-Zubair mengeluarkan seratus ekor unta atau lembu lalu tawaf di sekeliling Kaabah
dan melambai di setiap penjurunya.
Binaan Al-Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi:
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
26/127
1. Apabila Al-Hajjaj bin Yusuf memasuki Kota
Mekah selepas pembunuhan Abdullah bin Az-Zubair,
beliau terus menulis surat kepada Abdul Malik binMarwan menyatakan setiap perkara yang telah Ibnu
Az-Zubair lakukan. Abdul Malik bin Marwan
menjawab surat tersebut dengan katanya:"Runtuhkanlah apa yang telah ditambah pada Hijirdan kembalikan ke asalnya serta tutuplah pintu yang
dibuka di sebelah barat, kemudian biarkan bahagian-bahagian yang lain begitu sahaja."
2. Al-Hajjaj telah merobohkan dinding di Hijir dan membina kembali di tempat asalnya yang
pertama kemudian memasukkan ruang ini ke dalam Hijir.
3. Membuang tangga kayu yang diletakkan oleh Ibnu Az-Zubair di dalam Kaabah.
4. Mengurangkan ketinggian pintu Kaabah sebanyak lima hasta.
5. Menutup pintu Kaabah di sebelah barat dan mengekalkan pintu yang lama pada kedudukanasalnya.
Binaan Sultan Murad Khan:
1. Kota Mekah telah dilanda hujan lebat bermulapada hari Rabu 19 Syaaban tahun 1039 H yang
mengakibatkan banjir besar mengalir masuk ke
dalam Masjidil Haram serta memenuhi hampir
keseluruhan kawasannya. Pada hari Khamis, dinding
di sebelah Syam dan sebahagian dinding-dinding disebelah timur dan barat telah runtuh. Hujan yang
masih lagi berterusan sangat membimbangkan orangramai.
2. Orang-orang Islam diperintahkan bersiap-sedia untuk membina Kaabah sebagaimana keadaansebelumnya. Kerja-kerja pembinaan Kaabah diteruskan atas perintah Sultan Murad Khan.
Dengan limpahan kurnia Allah s.w.t, kerja-kerja tersebut siap pada 2 Zulhijah, tahun 1040
Hijrah. Pembinaan tersebut memakan masa enam bulan setengah.
3. Inilah binaan Kaabah yang terakhir dan masih kekal hingga ke hari ini. Projek-projek
pembesaran terus dijalankan pada masa pemerintahan Kerajaan Arab Saudi seperti yang kitaakan dapat lihat dalam tajuk peluasan al-Haram.
Peluasan Hajarulaswad
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
27/127
1. Orang pertama yang meletakkan kedudukan
Hajarulaswad di tempatnya ialah Nabi Ibrahim a.s. Ia
merupakan salah satu daripada permata delima dariSyurga.
2. Apabila Bani Bakar bin Abdu Manat bin Kinanahdan Ghaisyan bin Khuza'ah yang mana kedua-duanya
dari Bani Jurhum keluar dari Mekah, Amru bin Al-
Haris bin Madad Al-Jurhumi mengeluarkan dua ekor patung kijang yang diperbuat daripadaemas dan juga Hajarulaswad lalu menimbusnya di telaga Zamzam. Selepas itu beliau dan
sebahagian dari golongan Jurhum yang bersamanya pergi ke Yaman.
3. Penimbusan Hajarulaswad di telaga Zamzam berlaku tidak begitu lama. Seorang wanita dari
Bani Khuza'ah telah menunjukkan tempat Hajarulaswad ditimbus kerana beliau melihat Bani
Jurhum menimbusnya. Mereka telah mengembalikan Hajarulaswad ke tempatnya. Peristiwa itu
berlaku sebelum Qusai bin Kilab mendirikan Kaabah.
4. Setelah orang-orang Qaramitah berjaya menguasai Mekah (di bawah pimpinan Abu Tahir Al-
Qarmuti), mereka telah membunuh seramai 1,700 jiwa manusia di Masjidil Haram. Mereka dibunuh ketika bergantungan di Kaabah untuk menghalang orang-orang Qaramitah dari
mengambil Hajarulaswad. Mayat mereka dicampakkan ke dalam telaga Zamzam sehingga
penuh. Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya dipenuhi dengan mayat-mayat yangbergelimpangan. Orang-orang Qaramitah merampas harta benda orang ramai, hiasan-hiasan
Kaabah, mencabut kelambu Kaabah dan membahagikannya di kalangan mereka. Mereka juga
memusnahkan rumah-rumah di sekitar Mekah, mencabut pintu Kaabah dan saluran hujan yang
diperbuat dari emas. Abu Tahir Al-Qarmuti telah memerintahkan Jaafar bin Ilaj mencabutHajarulaswad. Hajarulaswad dicabut dari tempatnya pada 7 Zulhijah, tahun 317 selepas berlaku
perbuatan dosa-dosa besar yang amat dikeji iaitu membunuh orang-orang yang sedang tawaf,beriktikaf dan yang mendirikan sembahyang. Setelah itu mereka membawa Hajarulaswad keHajar (Negeri mereka) dan tempatnya di Kaabah hanya tinggal kosong. Orang ramai masih
meletakkan tangan mereka di tempat tersebut untuk mendapatkan keberkatan sehinggalah ia
dikembalikan ke tempat asalnya pada hari selasa iaitu Hari Raya Korban, tahun 339. Denganpengembalian tersebut, bermakna Hajarul Aswad hilang dari mereka lebih kurang dua puluh dua
tahun. Orang yang mengembalikannya ialah Sinbar bin Hasan Al-Qarmuti.
5. Pada tahun 363, seorang lelaki dari negeri Rom datang ke Mekah lalu menghina dan
memukul Hajarulaswad dengan sebilah cangkul di bahagian penjuru (Hajarulaswad) dengan
pukulan yang kuat sehingga pecah. Beliau mengangkat tangannya sekali lagi untuk memukul
tetapi telah ditikam oleh seorang lelaki Yaman dan berjaya mengalahkannya.
6. Pada tahun 413 Kerajaan Fatimiah menghantar sebahagian daripada pengikutnya dari Mesir
yang telah dihasut oleh Hakim Al-Ubaidi. Di antara mereka terdapat seorang lelaki yangmemiliki kulit berwarna merah, berambut perang, mempunyai badan yang perkasa dan tinggi
lampai. Sebelah tangannya memegang sebilah pedang yang terhunus dan membawa "Dabus"
(Sejenis alat seperti besi penuas). Beliau memukul permukaan Hajarulaswad tiga kalimenyebabkan serpihannya berguguran jatuh. Beliau berkata: "Sampai bilakah Hajarulaswad ini
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
28/127
akan disembah. Tiada siapa dapat menghalang aku dari melakukannya walaupun Muhammad
dan Ali. Hari ini aku ingin meruntuhkan Kaabah." Tetapi sepasukan tentera berkuda telah
mengepung beliau dan berjaya membunuh serta membakar beliau berserta pembantu-pembantunya.
7. Pada tahun 990 pula, seorang lelaki asing telah datang dengan membawa sebatang besi lalumemukul Hajarulaswad. Lantas Al-Amir Nasir menetak beliau dengan sebilah pedang lalu mati.
8. Pada akhir bulan Muharam tahun 1351, seorang lelaki dari negara Afghanistan datang keKaabah lalu mencabut dan mencuri sedikit Hajarul Aswad, secebis kelambu Kaabah serta seketul
perak dari tangga Kaabah. Perbuatan lelaki tersebut diketahui oleh penjaga-penjaga Kaabah.
Mereka berjaya menangkapnya dan kemudian dihukum gantung sebagai balasan terhadapperbuatannya. Pada 28 Rabiulakhir tahun 1351 Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al-Faisal,
keluarga As-Saud dari Taif datang ke Masjidil Haram bertujuan untuk melekatkan kembali
serpihan yang dicabut oleh tentera durjana. Usaha melekatkan serpihan itu dilakukan selepas
dijalankan ujikaji adunan bahan kimia yang dicampur dengan kasturi dan ambar oleh mereka
yang didatangkan khas untuk melekatkan serpihan Hajarulaswad.
Maqam Nabi Ibrahim
1. Ia merupakan batu tempat al-Khalil Nabi Ibrahim
a.s berdiri ketika meninggikan binaan Kaabah darikedudukannya. Batu ini diletakkan oleh Nabi Ismail
a.s untuk meninggikan beliau.
2. Sebagaimana yang kita maklumi, ketinggianKaabah hanya mencapai sembilan hasta sahaja ketika
al-Khalil Nabi Ibrahim a.s membinanya. Kemudianorang-orang Quraisy menambah ketinggian Kaabah sehingga menjadi 18 hasta ketika mereka
membinanya. Kemudian Abdullah bin Az-Zubair pula menambah ketinggiannya sehingga 27
hasta dan kekal dengan ketinggian tersebut.
3. Batu tersebut kekal berdekatan dinding Kaabah semenjak dahulu hinggalah ke masa
pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a di mana selepas itu ia dijauhkan dari Baitullah agar tidak
mengganggu orang yang mengerjakan sembahyang di sekitar Maqam dan orang ramai yangmengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.
4. Kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu tersebut masih lagi kekal dan berterusan.Abu Talib telah berkata di dalam qasidahnya yang masyhur iaitu: Yang bermaksud: Tempat
berpijak Nabi Ibrahim a.s menjadi lembut beliau berdiri di atas kedua kakinya tanpa memakai
alas kaki. Iaitu: Sesungguhnya kakinya yang mulia itu tenggelam pada batu, oleh itutertinggallah kesan tersebut sekadar tapak kakinya.
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
29/127
Pintu Kaabah
1. Binaan Nabi Ibrahim a.s: Sebuah pintudirapatkan pada tanah.
2. Binaan orang-orang Quraisy: Orang-orangQuraisy meninggikan pintu Kaabah mengikut
pandangan Abu Huzaifah bin Al-Mughirah.
3. Binaan Ibnu Az-Zubair: Pintu dirapatkan pada
tanah kemudian membina sebuah pintu lain di sebelah barat yang berada di antara penjuru Syamdan penjuru Yaman.
4. Binaan Al-Hajjaj: Pintu ditinggikan kembali sebagaimana yang asal dan menutup pintu di
sebelah barat.
5. Pintu yang ada sekarang: Ia diperbuat dari emas tulin, dibina oleh Jalalah Al-Malik Khalidbin Abdul Aziz.
Hijir Ismail
1. Semasa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina
Kaabah, ketinggiannya adalah 9 hasta sahaja iaitu
satu pertiga daripada ketinggian Kaabah pada hariini. Beliau membina Kaabah tersebut di atas
tapaknya. Pada hari ini tapak tersebut berada enamhasta ke dalam Hijir Nabi Ismail a.s. Mengikutbinaan Nabi Ibrahim a.s, Kaabah berada di kawasan
Hijir. Anda boleh membezakan ketebalan antara Hijir
lama dan Hijir yang ada sekarang dengan mudah iaitu sebahagian besar dinding Hijir yang lurus
serta yang menghala ke arah utara Kaabah, ia merupakan sebahagian dari Kaabah.
2. Semasa orang-orang Quraisy membina Kaabah, mereka memasukkan binaan dinding Kaabahdi sebelah utara ke sebelah selatan sebanyak enam hasta (mengecilkan binaan Kaabah) untuk
meluaskan kawasan Hijir.
3.Semasa Abdullah bin Az-Zubair membina Kaabah, beliau membinanya semula sebagaimanabentuk dan saiz (diatas tapak) yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan mengecilkan sedikit
kawasan Hijir (kerana ingin meluaskan Kaabah).
4. Al-Hajjaj bin Yusuf mengubah kembali kedudukan Hijir kepada kedudukannya sebagaimana
sekarang ini.
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
30/127
Batu Marmar dan Pembinaan Hijir Nabi Ismail a.s
1. Orang pertama yang meletakkan batu marmar di atas batu-bata Hijir Ismail ialah Khalifah
Al-Abbas Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 140 H.
2. Kemudian ia diperbaharui oleh Khalifah Al-Mahdi pada tahun 161 H.
3. Pada tahun 241 H ia diperbaharui pula oleh Khalifah Al-Mutawakkil Alallah.
4. Pada tahun 283 H ia dibina oleh Al-Mu'tadid Al-Abbas pada masa pemerintahannya.Kemudian ia dibina pula oleh seorang menteri bernama Jamaluddin yang dikenali dengan
pemurah, pada tahun 550 H.
5. Pada tahun 576 H ia dibina oleh Nasir Al-Abbasi.
6. Tahun 720 H ia dibina oleh Nasir Qallawun.
7. Pada tahun 781 H ia dibina oleh Al-Mansur Ali bin Al-Malik Al-Asyraf Sya'ban bin Husinbin Al-Malik An-Nasir Muhammad bin Qallawun.
8. Kemudian ia dibina pula oleh Al-Amir Bisaq.
9. Pada bulan Rejab tahun 822 H ia dibina oleh panglima Alauddin.
10. Tahun 826 H ia dibina oleh Al-Amir Zainuddin Muqbil Al-Qadidi.
11. Pada tahun 838 H ia dibina oleh Sudun Al-Muhammadi dengan marmar yang dibawa dariMesir.
Nama-nama Mekah
Tidak diketahui negeri lain yang mempunyai banyak
nama selain dari Mekah dan Madinah, ini disebabkan
kedua-duanya merupakan tempat yang paling mulia.
Di antara nama-nama bagi negeri MekahMukarramah ialah:-
Balad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Aku bersumpah dengan negeri
(Mekah) ini, sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini
(sentiasa ditindas).
Baladul Amin: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Serta negeri (Mekah) yang aman
ini."
Khuzaimah bin Thabit bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenaiayat tersebut lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Mekah."
Baldah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "(Katakanlah wahai Muhammad) Aku
hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah)
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
31/127
ini."
Bakkah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Rumah Ibadat yangmula-mula dibina untuk manusia (untuk beribadat kepada Tuhannya) ialah
Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi
umat manusia."
Mekah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Di kawasan Mekah, sesudah Dia
menjadikan kamu dapat menewaskan mereka."
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Bakkah adalah tempat terletaknyaBaitullah, Mekah dan kawasan persekitarannya.
Qaryah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (berhubung dengan hal kaum
ang kufur ingkar) Allah memberi satu contoh sebuah negeri."
Mujahid berkata: Maksudnya ialah Mekah.
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah
menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam(di Mekah) ke Masjidilaqsa (di Palestine)".
Ma'aad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah yang
mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahaiMuhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang
engkau ingini dan cintai."
Ummul Qura: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Supaya engkau memberi peringatan
dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekalian pendudukdunia di sekelilingnya."
Makhraja Sidqin: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan pohonkanlah (wahaiMuhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam
urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta
keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan
ang menolongku."
Bassah: Kerana ia membinasakan golongan ateis yang terdapat di dalamnya iaitu
menghancurkan dan memusnahkannya.Basaq: Iaitu si polan itu lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya. Mekah merupakan
negeri yang berkedudukan paling tinggi kerana ia membinasakan golongan
ateis.
-
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
32/127
Nama-namatambahan:
Barr ah - Ar -Raks - Ar -Ritaj - Sabuhah - Salam - Salah - Tibah - A l-Azra' -
Al -Arsyu - Al-Ar isy - Al-Arudh - Faran - Al-M uqaddasah - Al-Qadis -
Qarbatul H ima - Qarbatul Naml - Tukratul Ghurab - Kutha - Al -
Makkatan - Nadir - Al-Wadi - Ummu Rahim - Ummu Ruhm - Ummu Ar -
Ruhm - Ummul Rahamat - Ummu Rauh - Ummu Zuhm - Ummu Sabih -
Ummu Kutha.An-Nasah-An-
Nasyah:
Kerana ia mengeluarkan zionis yang berada di dalamnya, iaitu mengusirnya.
An-Nassasah: Kerana airnya berkurangan disebabkan terkeluar iaitu kekeringan.
MASJIDILHARAM
Masjidilharam mempunyai banyak nama, di antaranya ialah:
Baitulharam: Firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: "Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu,
sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup)."
Kaabah: Dinamakan dengan nama Kaabah: Kerana bentuknya adalah empat
persegi, setiap binaan yang tinggi dan berbentuk empat persegi
dinamakan Kaabah.
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Oleh itu palingkanlah
mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah); dan di mana
sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya."
Baitul Atiq: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka tawafakan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t namakan Masjidil
haram dengan Baitul-Atiq kerana Dia telah membebaskannya
daripada golongan penceroboh yang degil lagi zalim, golongan initidak dapat memasukinya." Dikatakan juga kerana binaannya yang
lama dimana ia merupakan rumah pertama yang dibina untuk
manusia.
http://openqt%285%2C97%2C%27mal%27%29/http://openqt%285%2C97%2C%27mal%27%29/http://openqt%282%2C144%2C%27mal%27%29/http://openqt%282%2C144%2C%27mal%27%29/http://openqt%282%2C144%2C%27mal%27%29/http://openqt%282%2C144%2C%27mal%27%29/http://openqt%285%2C97%2C%27mal%27%29/ -
7/28/2019 Panduan Lengkap Haji Dan Umrah
33/127
Baniyyah: Di dalam hadis Barra' daripada Ma'rur: Aku berazam tidak akanmenjadikan Baniyyah berada di belakangku. (Baniyyah bermaksudKaabah).
Telaga Zamzam
Di antara nama bagi Zamzam ialah sebagaimana berikut:
Zummizmu Hazmatu Jibril Siidah Zammamu
Barakah Suqya Ismail Madnunah Syia'ah
Mubarakah Ghuslu Qalbi Muhammad Safiah Maktumah
Kaafiah Ta'aamu Tu'mu Barratu Asy-Syuba'atu
Aafiah Syifau Suqmi Marwiyyah Syuba'atul Iyal
Mughazziah Syarabul Abrar Aunah Tuktamu
Tahirah Qaryatul Naml Busyra Hazmatu Ismail
Hurmah Nuqratul Ghurabil A'sam Ismah Hazmatul Bi'ri
Mu'nah La Tutrifu wala Tuzammu Tayyibah Abyar
Nafi'ah Hafirah Abdul Muttalib Hirfah Hazmatu Jibril
Haji Wida' - Madinah
Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M
1. Rasulullah s.a.w. tinggal diMadinah selama sepuluh tahun. Baginda s.a.w. berkorban setiaptahun tetapi belum lagi mengerjakan Haji sehingga pada bulan Zulkaedah tahun kesepuluhHijrah, Baginda s.a.w. telah membuat keputusan untuk keluar mengerjakan Haji. Setelah
Baginda s.a.w. memberitahu ha