PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
PROGRAM PRASISWAZAH PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH
PERINGATAN
PIHAK UNIVERSITI BERHAK MENARIK BALIK TAWARAN SEKIRANYA
SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN TIDAK DIPATUHI DAN SEKIRANYA
CALON MENGEMUKAKAN MAKLUMAT ATAU DOKUMEN PALSU SEMASA
PERMOHONAN/PENDAFTARAN
PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PLUMS)
Tingkat 1, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu Tel : 088-314600 / 314601 Faks : 088-314606
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan ikemaskini pada Ogos 2019 ii
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UMS telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan Universiti
ke Sembilan di Malaysia. UMS telah menumpukan penawaran pengajiannya dalam
bentuk sekolah untuk melahirkan siswazah yang berpandangan luas dan
berketrampilan yang dilengkapkan dengan kemahiran yang dapat dipraktikkan dalam
kehidupan bermasyarakat dan kerjaya. UMS merancangkan melalui program
pengajiannya untuk mewujudkan siswazah yang berilmu dan intelek serta mempunyai
kemahiran-kemahiran yang tertentu, sesuai dengan keperluan semasa Negara di masa
akan datang.
FALSAFAH UNIVERSITI
Pendidikan yang berteraskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan pembinaan masyarakat terpelajar yang bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani
dan rohani untuk berbakti mencapai kesejahteraan masyarakat dan Negara.
MISI UNIVERSITI
Universiti Malaysia Sabah bertekad mencapai Kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu Ke arah kemasyhuran di peringkat antarabangsa menerusi pembangunan
kurikulum, pengajaran, penyelidikan dan penerbitan, khidmat masyarakat serta keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan
produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan Negara.
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan ikemaskini pada Ogos 2019 iii
AMARAN
Pelajar yang didapati memberi maklumat salah / tidak benar / manipulasi maklumat
dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan :
* Kewarganegaraan Malaysia, Bangsa Melayu / Bumiputera Sabah / Sarawak
* Kelayakan / Keputusan Peperiksaan
Akan diambil tindakan dengan :
* Menarik balik surat tawaran
* Dikenakan tindakan undang-undang
PERINGATAN PENTING
JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN
KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR UMS
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan ikemaskini pada Ogos 2019 iv
ISI KANDUNGAN M/SURAT
1.0
PENDAHULUAN
1
2.0
PENERIMAAN TAWARAN KEMASUKAN
1
3.0
MAKLUMAT HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
1
4.0
PANDUAN PENDAFTARAN
2
4.1 SEBELUM HARI PENDAFTARAN
2
4.2 BAYARAN YURAN PENDAFTARAN
2 – 3
4.3 SEMASA PENDAFTARAN
3 – 4
5.0
PENGGUGURAN TAWARAN
4
6.0
PERATURAN SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN
4
7.0
ETIKA PENAMPILAN PELAJAR
5
8.0
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
5
9.0
MAKLUMAT KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PELAJAR
6
STRUKTUR YURAN PENGAJIAN PROGRAM PRASISWAZAH (PLUMS)
7
10.0
PENANGGUHAN / MENARIK DIRI DARI PENGAJIAN & BAYARAN BALIK YURAN
8
11.0
CARTA ALIR PENDAFTARAN
9 - 10
CARTA ALIR PRA-PENDAFTARAN UNIVERSITI SECARA ATAS TALIAN
10
CARTA ALIR PRA-PENDAFTARAN UNIVERSITI SECARA ATAS TALIAN
10
12.0
SENARAI SEMAK DAN BORANG-BORANG PENDAFTARAN
11 - 20
Maklumat dalam panduan ini adalah benar pada tarikh ianya dikeluarkan.
Universiti berhak memindanya dari semasa ke semasa.
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 1
1.0 PENDAHULUAN
Sekalung tahniah diucapkan kepada anda kerana terpilih untuk mengikuti program pengajian di
Universiti Malaysia Sabah.
Anda seharusnya menerima dokumen berikut:
1.1 Surat Tawaran Kemasukan mengikuti Program Prasiswazah di bawah kendalian Pusat
Luar UMS (PLUMS) di Universiti Malaysia Sabah.
1.2 Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Prasiswazah (PLUMS) yang dimuat naik
atas talian.
1.3 Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
1.3.1 Pengesahan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah;
1.3.2 Pengesahan dan kelulusan doktor bahawa calon berada dlam keadaan sihat
untuk mengikuti kursus pengajian di Universiti;
1.3.3 Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi
oleh calon untuk diterima masuk oleh Universiti ini;
1.3.4 Tiada maklumat yang tidak benar dibenarkan atau dirahsiakan semasa
permohonan masuk ke Universiti.
2.0 PENERIMAAN TAWARAN KEMASUKAN Sekiranya anda menerima tawaran kemasukan, anda perlu membuat pengesahan setuju terima
melalui laman web semakan http://smp.ums.edu.my/SemakanTawaran/PrasiswazahPlums.
Sekiranya pihak Universiti tidak menerima maklumbalas dalam tempoh 1 minggu (7 hari)
tawaran akan terbatal serta-merta. Universiti tidak akan menghantar PERINGATAN.
3.0 MAKLUMAT HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Sila ikuti semua arahan yang terkandung dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu
Prasiswazah (PLUMS) yang boleh dimuat turut dari laman web semakan.
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 2
4.0 PANDUAN PENDAFTARAN
4.1 SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Persediaan Sebelum hari pendaftaran adalah seperti berikut:
4.1.1 Penerimaan Tawaran
i. Anda dikehendaki membuat pengesahan Penerimaan Tawaran dan
mencetak surat tawaran sementara;
ii. Membuat Pra-Pendaftaran pada pautan https://smp.ums.edu.my/edaftar
dalam tempoh yang ditetapkan. Rujuk Carta Alir 2 mengenai Carta Alir
Pra-Pendaftaran Universiti Secara Online;
4.1.2 Pembayaran Yuran Universiti
i. Pelajar yang menerima tawaran kemasukan WAJIB menjelaskan yuran
Universiti tujuh (7) hari sebelum tarikh pendaftaran rasmi; dan
ii. Sila rujuk perkara 4.2 bagi kaedah pembayaran yuran Universiti.
4.1.3 Pemeriksaan Kesihatan
i. Anda hendaklah menjalani peperiksaan kesihatan termasuk pemeriksaan
x-ray dada dan pemeriksaan air kencing untuk dadah yang boleh dilakukan
di mana-mana hospital / klinik kerajaan / swasta yang diiktiraf dan
bertauliah. Sila gunakan Borang UMS/PLUMS/03.
ii. Dapatkan pengesahan surat izinan pembedahan dengan mengisi borang
Borang UMS/PLUMS/04.
4.2 BAYARAN YURAN PENDAFTARAN
Proses Pembayaran Yuran Pendaftaran Pelajar ialah berdasarkan panduan
pembayaran seperti berikut:
4.2.1 Pelajar-pelajar baharu adalah dikehendaki membuat pembayaran pendaftaran
sebanyak RM1,080.00 (Bidang bukan sains) dan RM1,130.00 (Bidang sains)
seperti yang tertera pada surat tawaran belajar.
4.2.2 Yuran Pendaftaran hendaklah DIJELASKAN sebelum atau semasa hari
pendaftaran rasmi.
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 3
4.2.3 Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad
di seluruh Malaysia atau menggunakan kaedah bayaran secara atas talian
melalui FPX, Jompay atau Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) Kaunter
Kewangan PLUMS.
4.2.4 Pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk membuat bayaran secara TUNAI
di Kaunter Kewangan PLUMS, Pusat Pengajian Pascasiswazah atau di Jabatan
Bendahari, Universiti Malaysia Sabah.
4.2.5 Proses pengesahan bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Seksyen
Kewangan PLUMS menerima pengesahan Terimaan bayaran daripada pihak
bank bagi kaedah bayaran secara atas talian.
4.2.6 Bagi bayaran yang dibuat pada hari Jumaat / Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum,
pengesahan bayaran hanya akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.
4.2.7 Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, pelajar adalah dipohon memberikan
sesalinan bukti bayaran kepada pihak PLUMS atau emelkan ke alamat
[email protected]. atau membawa salinan bukti bayaran semasa
hari pendaftaran rasmi.
4.3 SEMASA PENDAFTARAN
4.3.1 Anda dikehendaki hadir semasa hari pendaftaran pada masa dan tempat yang
telah ditentukan dalam surat tawaran dengan membawa semua dokumen-
dokumen asal serta satu Salinan telah disahkan benar seperti berikut:-
i. Kad Pengenalan dan Salinan (Salinan Pengenalan benar JPN);
ii. Sijil SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi yang asal dan Salinan disahkan
benar;
iii. Salinan asal surat tawaran pembiayaan pengajian / biasiswa / bantuan
kewangan (sekiranya ada);
iv. Borang yang sudah diisi lengkap iaitu Student Medical Examination Form
dan Surat Kebenaran Pembedahan; dan
v. Bukti pembayaran, jika anda telah menjelaskan pembayaran melalui FPX
atau Bukti Pembayaran.
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 4
4.3.2 Anda dikehendaki hadir semasa hari pendaftaran berdasarkan mengikut
ketetapan berikut:
TARIKH MASA AKTIVITI
7 SEPTEMBER 2019 (SABTU)
8:30 PAGI – 12:00 TENGAHARI
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PLUMS
4.3.3 Semua pelajar DIWAJIBKAN mengikuti Taklimat Universiti mengikut ketetapan
seperti berikut:
TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
7 SEPTEMBER 2019 (SABTU)
1:00 PETANG – 4:00 PETANG
TAKLIMAT UNIVERSITI
SEMUA PELAJAR
5.0 PENGGUGURAN TAWARAN
5.1 Pihak Universiti berhak menolak permohonan atau menarik balik tawaran sekiranya
syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi.
5.2 Pihak Universiti berhak membatalkan tawaran anda sekiranya didapati mengemukakan
maklumat / dokumen palsu semasa permohonan / pendaftaran.
5.3 Calon yang tidak mendaftar sebagai pelajar pada tarikh dan tempat pendaftaran yang
ditetapkan tanpa memberikan alasan maka dengan sendirinya tawaran tersebut terbatal.
6.0 PERATURAN SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN
Peraturan yang ditetapkan semasa berada di dalam kawasan kampus adalah seperti berikut:
6.1 Patuh kepada Undang-undang Negara dan undang-undang Universiti termasuk Akta
Universiti dan Kolej Universiti; kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar Universiti serta Fakulti /
Pusat yang berkenaan;
6.2 Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan
perkhidmatannya;
6.3 Menghormati para pegawai Universiti;
6.4 Patuh kepada peraturan lalulintas dan undang-undang Lalulintas Negara serta
Peraturan Keselamatan Universiti;
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 5
6.5 Mengambil bahagian dalam segala kesihatan akademik, ko-kurikulum, khidmat
masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh Universiti dan Negara;
6.6 Tidak terlibat dalam sebarang kegiatan yang menghalang Universiti;
6.7 Menjelaskan semua Yuran yang dikenakan oleh Universiti;
6.8 Patuh pada Etika Pakaian Universiti.
7.0 ETIKA PENAMPILAN PELAJAR
7.1 Berpakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan;
7.2 DILARANG berpakaian tidak sopan dan menjolok mata seperti berikut:
Berselipar;
Memakai skirt atau berseluar pendek di atas paras lutut;
Berbaju T tanpa kolar;
Berbaju tanpa lengan;
Berseluar terlalu ketat; dan
Berpakaian nipis
7.3 Pakaian yang menutup sebahagian MUKA (BERPURDAH) JUGA TIDAK DIBENARKAN
kerana menyukarkan pihak berkuasa universiti mengenali pelajar.
7.4 Pelajar lelaki dilarang berambut panjang, berekor, berwarna (warna rambut hanya hitam
dan putih) rambut hendaklah tidak mencecah kolar baju.
Peraturan ini bertujuan untuk memberi garis panduan sahsiah rupa diri yang sesuai dan
kemas supaya dipatuhi oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah serta menjaga nama baik
Universiti. Untuk rujukan selanjutnya, sila rujuk buku Etika Berpakaian Siswa Siswi
yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah.
8.0 MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di alamat perhubungan berikut:
PENGARAH Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) Tingkat 1, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
No. Telefon : 088-314600/601 No. Faks : 088-314606 Email : [email protected]
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 6
9.0 MAKLUMAT KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
Selepas pendaftaran kursus dilakukan, Seksyen Kewangan akan mengemaksini baki yuran jam
kredit di portal SMPB (Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu) selepas minggu kelima
pendaftaran. Yuran jam kredit boleh dibayar melalui kaedah seperti di bawah;
i. Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:
(a) ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-
mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
(b) Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
(c) Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
ii. Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:
(a) Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi semua pemegang akaun bank.
(b) Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Kewangan
PLUMS sahaja.
(c) Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank
tempatan di dalam Malaysia sahaja.
iii. Kaedah Jompay (Untuk pengguna perbankan internet semua akaun bank)
Cari logo
Masukkan Biller Code Universiti Malaysia Sabah: 25650
Masukkan Ref 1: Nombor Pelajar (contoh: YA19110000)
Masukkan Ref 2: Nombor IC (Contoh: 001201125634)
Lakukan proses selanjutnya sehingga selesai.
(Sila emelkan sesalinan bukti bayaran ke [email protected] untuk tindakan
pengemaskinian pendaftaran e-daftar)
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 7
iv. Biasiswa / Tajaan / Pinjaman
Pelajar yang mendapat biasiswa / tajaan / pinjaman, DIWAJIBKAN untuk mengemukakan
surat tawaran tajaan tersebut kepada Seksyen Kewangan PLUMS semasa hari
pendaftaran atau pada bila – bila masa setelah mendapat tawaran daripada pihak penaja.
v. Bayaran melalui Pengeluaran KWSP
Pelajar yang mempunyai caruman KWSP boleh membuat pengeluaran pendidikan
melalui Akaun 2, KWSP bagi membayar baki yuran pengajian pada semester semasa.
Pelajar perlu mengemukakan salinan surat tawaran belajar dan penyata KWSP Akaun 2
untuk tujuan permohonan pengeluaran surat pengesahan kepada KWSP.
STRUKTUR YURAN PENGAJIAN PROGRAM PRASISWAZAH (PLUMS)
Bil. Perkara Yuran
KADAR (RM)
Bidang Sains & Teknologi Maklumat
Bidang Bukan Sains
1
Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian (Pendaftaran Kemasukan) - Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu
440.00
415.00
2
(a) Bayaran Setiap Semester - 18 Minggu/Semester (2 Semester Setahun)
305.00
280.00
3
(b) Yuran Pengajian (Jam Kredit/Kursus) - Subjek Sains Per Jam Kredit - Subjek Bukan Sains Per Jam Kredit
150.00 120.00
Nil 120.00
4
Bayaran Setiap Permulaan Sesi (Tahunan) - Yuran Insuran Kelompok
25.00
BIDANG KOD PROGRAM
Sains HC / HG
Bukan Sains HA / HE / HT
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 8
10.0 PENANGGUHAN / MENARIK DIRI DARI PENGAJIAN & BAYARAN BALIK YURAN
10.1 Calon yang telah mendaftar sebagai pelajar pengajian program komersil adalah TIDAK
DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk;
(a) Menangguh pengajian, dan/atau;
(b) Menarik diri dari pengajian tanpa alasan-alasan yang munasabah oleh pihak
Universiti.
10.2 Jika pelajar tidak mematuhi peraturan di atas, pihak Universiti berhak untuk tidak
membayar balik baki yuran pengajian yang telah dibayar kepada pelajar berkenaan.
10.3 Pelajar hanya layak membuat tuntutan bayaran balik jika;
(a) Mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk tidak meneruskan pengajian
mereka.
(b) Menarik diri dalam tempoh tiga (3) semester pertama.
10.4 Bayaran balik yuran pengajian adalah mengikut formula yang berikut:
2 minggu
sebelum sesi
kuliah bermula
Minggu Pertama
hingga ke-8
selepas sesi kuliah
bermula
Selepas minggu ke-8
sesi kuliah
bermula
(I)
Bayaran Sekali Sepanjang
Tempoh Pengajian
(Pendaftaran Kemasukan)
Luput
Luput
Luput
(II)
Bayaran Setiap Semester -18
minggu/ Semester (2
Semester Setahun)
65% dari jumlah
bayaran
40% dari jumlah
bayaran
(III)
Bayaran Setiap Permulaan
Sesi (Tahunan)
Luput
Luput
Nota: pelajar yang menarik diri atau berhenti belajar dikehendaki melengkapkan borang
tuntutan bayaran balik yuran (jika ada) dan mendapatkan surat kelulusan daripada Fakulti yang
berkenaan melalui Seksyen Akademik PLUMS.
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 9
CARTA ALIR 1
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN UNIVERSITI
SEBELUM PENDAFTARAN
Klik pada pautan http://smp.ums.edu.my/SemakanTawaran/PrasiswazahPlums
Status Kemasukan
Tidak Berjaya
Berjaya
Laman Semakan Keputusan
Tidak
Ya
Buat Pengesahan Setuju Terima
Cetak Surat Tawaran secara atas talian
Data akan digugurkan
Pra Pendaftaran Universiti secara atas talian Sila rujuk Carta 2
Selesai
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH (PLUMS)
Panduan dikemaskini pada Ogos 2019 10
CARTA ALIR 2
CARTA ALIR PRA-PENDAFTARAN UNIVERSITI SECARA ATAS TALIAN
Klik pada pautan http://smp.ums.edu.my/edaftar
Masukkan nombor matrik, dan nombor kad pengenalan untuk masuk ke dalam sistem Pra-Pendaftaran Universiti
Kemaskini / lengkapkan maklumat peribadi, kesihatan dan maklumat bank
Buat pembayaran melalui FPX (sekiranya terdapat masalah bayaran, sila hubungi Seksyen Kewangan PLUMS, di talian 088-314600/314601 dan melalui email [email protected])
Pengaktifan Akaun Pengguna
Muat turun borang
Selesai
SENARAI SEMAK DOKUMEN SEMASA PENDAFTARAN
NAMA PELAJAR
:
NO. PELAJAR
:
NO. KP / PASPORT
:
PROGRAM
:
FAKULTI / PUSAT / INSTITUT
:
NO.
DOKUMEN
CATATAN
1
Salinan Slip Bayaran
2
Salinan Surat Tawaran Tajaan Pengajian
3
Salinan Kad Pengenalan (Disahkan oleh Pegawai JPN / Pasport
4
Salinan Sijil SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi yang disahkan benar
5
Borang Ikrar (UMS/PLUMS/01)
6
Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (UMS/PLUMS/02)
7
Surat Kebenaran Pembedahan (UMS/PLUMS/03)
8
Borang Aku Janji (UMS/PLUMS/04) * Saksi adalah Pegawai Tadbir Pusat Luar UMS (PLUMS)
Nota : Sila bawa salinan dokumen yang dinyatakan di atas semasa Hari Pendaftaran dan telah
DISAHKAN BENAR SEPERTI DOKUMEN ASAL OLEH PEGAWAI KERAJAAN GRED 41
DAN KE ATAS ATAU PENSYARAH di Fakulti/Pusat/Institut masing-masing (KECUALI
SALINAN KAD PENGENALAN HENDAKLAH DISAHKAN BENAR OLEH PEGAWAI
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA – JPN)
IKRAR
Nama
:
No. Kad Pengenalan
:
Tandatangan
:
Tarikh
:
UMS/PLUMS/01
BAHAWASANYA saya sebagai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah BERIKRAR dan
MENGAKU bahawa saya akan:
- MEMATUHI AKTA, PERLEMBAGAAN, STATUT, PERATURAN DAN
TATATERTIB YANG BERKUATKUASA DI UNIVERSITI INI.
- MENCAPAI KECEMERLANGAN KESARJANAAN AKADEMIK DAN
MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN BERBUAT DEMIKIAN.
- MENJADI WARGA YANG BERDISIPLIN DAN MENGUTAMAKAN KUALITI
DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI
- MENINGKATKAN MARTABAT DAN PRESTIJ UNIVERSITI INI DAN BERBAKTI
MENCAPAI KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DAN NEGARA.
AKU JANJI ETIKA BERPAKAIAN
Nama
:
No. Kad Pengenalan
:
Tandatangan
:
Tarikh
:
UMS/PLUMS/02
Saya bersetuju akan mematuhi etika dan tatatertib pelajar seperti yang ditetapkan di dalam
AUKU Universiti Malaysia Sabah dan berjanji akan patuh sepanjang tempoh pengajian
di Universiti Malaysia Sabah.
Saya sedar bahawa jika saya melanggar peraturan etika berpakaian atau peraturan-
peraturan lain yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti, pihak Universiti berhak mengambil
sebarang tindakan yang sewajarnya terhadap saya pada bila-bila masa sepanjang pengajian
saya.
PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR
MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR
NAMA PELAJAR
:
NO. KP / PASPORT
:
FAKULTI / PUSAT / INSTITUT
:
PROGRAM
:
ALAMAT TETAP
:
NO. TELEFON
:
JANTINA
:
LELAKI
PEREMPUAN
AGAMA
:
BANGSA
:
TARIKH & TEMPAT LAHIR
:
UMUR
:
UMS/PLUMS/03
MAKLUMAT KELUARGA
NAMA IBUBAPA / PENJAGA
:
NO. KP / PASPORT
:
PEKERJAAN
:
ALAMAT SURAT MENYURAT
:
NO. TELEFON
:
NAMA KELUARGA TERDEKAT
:
PEKERJAAN
:
HUBUNGAN
:
ALAMAT SURAT MENYURAT
:
NO. TELEFON
:
UMS/PLUMS/03
PEMERIKSAAN KESIHATAN (DILENGKAPI OLEH PEGAWAI PERUBATAN)
KEADAAN TUBUH BADAN
Tinggi (Height) cm
Berat (Weight) kg
Kadar Nadi (Pulse) /min
Tekanan Darah (Blood Pressure)
Tandakan di kotak yang berkenaan Biasa
(Normal)
Luarbiasa
(Abnormal)
Kulit (Skin)
Paru-paru (Lung)
Jantung (Heart)
Abdomen (Abdomen)
Gigi (Teeth)
Telinga (Ear)
Sistem Urat Saraf (Neuro System)
Sistem Otot dan Rangka (Musculoskeletal System)
PEMERIKSAAN MATA
Tanpa Kacamata / Kanta Lengkap
Berkacamata / Kanta Lengkap
Rabun Warna
PEMERIKSAAN AIR KENCING (Sila tandakan di kotak yang berkenaan)
a. Glukos (Glucose) Ada Tiada
b. Albumin Ada Tiada
c. Darah (Blood/RBC) Ada Tiada
d. Dadah (Drugs) Ada Tiada
e. Kehamilan (Pregnancy) Ada Tiada
Laporan X-RAY (Tertakluk kepada nasihat Pegawai Perubatan)
Nombor X-Ray
Laporan X-Ray :
UMS/PLUMS/03
PENGESAHAN KESIHATAN PELAJAR (DISAKSIKAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN) Sila tandakan di kotak yang berkenaan
1. Penyakit (Pernahkan anda mempunyai masalah / menerima rawatan bagi penyakit berikut:
Sila nyatakan penyakit sekiranya menghidap penyakit kronik:
2. PERAKUAN PELAJAR*
Saya No. Kad Pengenalan (Seperti tertera dalam kad pengenalan)
Dengan ini mengaku bahawa segala maklumat dinyatakan di atas adalah benar.
Tandatangan Pelajar Tarikh
* Hendaklah ditandatangani di hadapan pegawai perubatan
3. PERAKUAN PELAJAR (PEREMPUAN YANG MENGANDUNG LEBIH 6 BULAN) *
Saya No. Kad Pengenalan (Seperti tertera dalam kad pengenalan)
Dengan ini mengaku bahawa segala maklumat dinyatakan di atas adalah benar.
Tandatangan Pelajar Tarikh
* Hendaklah ditandatangani di hadapan pegawai perubatan
YA TIDAK YA TIDAK
Lelah (Asthma) Batuk Kering (Tuberculosis)
Sakit Jantung (Heart Disease) Darah Tinggi (High Blood)
Kencing Manis (Diabetes) Penyakit Buah Pinggan (Kidney Disease)
Sawan (Fit) Penyakit Jiwa (Mental Illness)
Barah (Cancer) Penyakit Kulit Kornik (Chronic Skin Disease)
Alahan Ubat / Makanan (Allergy to medicine/food)
Lain-lain penyakit kronik (Other Chronic Disease)
UMS/PLUMS/03
4. PENGESAHAN PEGAWAI PERUBATAN
Sila tandakan di kotak yang berkenaan
Saya
(Nama Pegawai Perubatan seperti yang tertera dalam kad pengenalan)
No. Kad Pengenalan mengakui bahawa saya telah memeriksa pelajar
dan mendapati pelajar ini.
(Nama calon seperti tertera dalam kad pengenalan)
Sihat dan tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan layak untuk belajar
di Universiti Malaysia Sabah.
Menghidap penyakit ringan dan sedang / sudah dirawat dan beliau layak untuk mendaftar
di Universiti Malaysia Sabah.
Penyakit :
Rawatan :
Tidak sihat dan dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan lanjut sebelum mendaftar
di Universiti Malaysia Sabah.
Tandatangan Pegawai Perubatan
Cop Rasmi Tarikh
UMS/PLUMS/03
SURAT KEBENARAN PEMBEDAHAN
SAYA (NAMA IBU/BAPA / PENJAGA)
:
NO. KP / PASPORT
:
ALAMAT TETAP
:
Dengan ini secara sukarela hati membenarkan Universiti Malaysia Sabah sebagai waris terdekat menandatangani
borang keizinan pembedahan bagi pihak saya jika berlaku apa-apa kemalangan atau kecederaan yang
memerlukan pembedahan terhadap penama di bawah;
NAMA PELAJAR
:
Dan saya mengaku bahawa saya akan melepaskan atau membebaskan tanggungan Universiti Malaysia Sabah
dari sebarang tuntutan sama ada dari pihak saya sendiri atau dari pihak-pihak lain sekiranya berlaku apa-apa
perkara, kesan atau akibat dari pembedahan tersebut.
TANDATANGAN : TARIKH :
DIHADAPAN SAKSI
:
NO. K/P / PASPOT : HUBUNGAN :
TANDATANGAN SAKSI : TARIKH :
UMS/PLUMS/04
AKU JANJI
Saya …………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan ………………………………….……….
Dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, statut, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan
apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (selepas daripada ini disebut “Universiti”), yang dibuat dari semasa ke
semasa sepanjang saya menjadi pelajar Universiti Malaysia Sabah. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:
1. akan mematuhi subsekyen 15(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]. Untuk tidak menjadi ahli, atau apa-apa cara bersekutu dengan,
mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan kerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ianya
ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya di dalam Universiti atau luar Universiti dan sama ada ianya di dalam Malaysia
atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah perlembagaan Universiti, atau kecuali sebagaimana yang
diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.
2. akan mematuhi subsekyen 15(3) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh mentafsirkan
sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan
sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.
3. akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Universiti Malaysia Sabah
(Tatatertib Pelajar-pelajar [1991] termasuklah;
a. tidak akan melanggar peruntukan berhubungan dengan tatatertib am, yang antara lain termasuklah; i. Tidak akan merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik Universiti, mana-mana pelajar , kakitangan,
pegawai atau pekerja Universiti.
ii. Tidak akan merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tertib, dan
iii. Tidak akan mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam atau di luar kampus.
b. peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, sekatan tentang penggunaan teks kuliah dan plagiarism;
c. peruntukan berkenaan dengan peperiksaan dan kelakuan pelajar semasa peperiksaan dijalankan;
d. peruntukan berkenaan dengan perhimpunan, penggunaan pembesar suara dan sepanduk;
e. peruntukan berkenaan dengan kegiatan pelajar diluar kampus dan penglibatan pelajar dalam bidang pekerjaan;
f. peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum minuman keras, berkelakuan tidak senonoh, memiliki bahan-bahan lucah, memiliki dan
menggunakan dadah dan racun; dan
g. peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus dan pakaian pelajar.
4. akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Universiti Malaysia Sabah
(Tatatertib Pelajar-pelajar) [1991]; dan
5. akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Universiti Malaysia
Sabah (Tatatertib Pelajar-pelajar) [1991]; dan
Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, statut, peraturan-peraturan, kaedah-
kaedah atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya menurut undang-undang, statut, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau
arahan berkenaan termasuklah disingkirkan daripada Universiti.
__________________________________________________
Tandatangan Pelajar
____________________________________________________
Tandatangan Saksi
Nama Pelajar : __________________________ Nama Saksi : ___________________________
No. Pelajar : __________________________ Cop Rasmi : ___________________________
Fakulti / Pusat / Institut : __________________________ Tarikh : ___________________________
UMS/PLUMS/05