Download - PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
1/34
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
2/34
2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan di adalah untuk :-
2.1 Mengenal pasti reka bentuk organisasi Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
2.2 Menjelaskan proses pengorganisasian Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
2.3 Menjelaskan konsep pengorganisasian Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
2.4 Menjelaskan gaya kepimpinan tertinggi yang diamalkan Hotel Seri
Malaysia , Kepala Batas
3.0 LATAR BELAKANG / LOKASI KAJIAN
Hotel Seri Malaysia Sdn . Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan telah
mempunyai 21 satu cawangan di seluruh negara pada hari ini . Antara
cawangannya ialah Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas . Hotel Seri Malaysia ,
yang dipilih sebagai fokus kajian . Hotel ini menjalankan perkhidmatannya di No.
2 . Jalan Usahawan 5 , Pusat Perniagaan Dato Kailan , 13200 Kepala Batas
Seberang Perai Utara , Pulau Pinang .
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas ini sebenarnya telah dirasmikan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia ke -5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Mac
2009 . Hotel ini semakin berkembang dan giat beroperasi dengan mempunyai 55
orang staf . Hotel yang berada di kawasan bandar Seberang Perai Utara ini
dianggap strategik kerana lokasinya sering menjadi tumpuan orang ramai yang
berurusan di sekitar Kepala Batas . Hal ini demikian kerana , lokasi kajian ini
berhampirang dengan Hospital Kepala Batas , Balai Polis , Makhamah , Wisma
Persekutuan , Dewan Melinium , Perpustakaan Awam , Balai Bomba dan
sebagainya .
Di samping itu , hotel ini turut mempromosikan Restorant Delima yang
menyediakan pelbagai juadah untuk penginap atau tetamu untuk sesuatu majlis
mengikut menu yang telah dipersetujui . Bukan itu sahaja , hotel ini turut
mempromosikan tiga buah Dewan Zamrud untuk pelbagai fungsi seperti seminar ,
persidangan , mesyuarat dan acara-acara lain . Hotel yang memfokuskan
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
3/34
3
perkhidmatan penginapan ini menawarkan sebanyak 100 buah bilik mengikut 5
jenis kategori iaitu standard roomsama adastandard twin ataustandardqueen ,
family room , studio suitedanpenang suite. Hotel ini juga menawarkan promosi
harga murah untuk bilik penginapan mengikut keadaan semasa .
Berikut merupakan peta lokasi kajian :-
Rajah 1 :
Lokasi Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
Petunjuk :
A = Lokasi Kajian
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
4/34
4
4.0 KAEDAH KAJIAN
Sepanjang kajian dijalankan pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian
untuk membantu pengkaji dalam mencari maklumat iaitu melalui edaran borang
soal selidik , temu bual bersama responden , melakukan tinjauan persekitaran di
lokasi kajian dan rujukan daripada internet dan buku-buku yang berkaitan dengan
kajian.
4.1 Soal selidik
Kajian yang menggunakan kaedah soal selidik digunakan untuk
mengumpul data kuantitatif dan untuk mendapatkan maklumat
daripada hasil maklum balas responden . Kajian ini bertujuan
untuk mengetahui tentang gaya kepimpinan yang diamalkan oleh
pemimpin tertinggi di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas . Dapatan
kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan pada 6 Julai
2013 kepada 20 orang responden yang terdiri daripada pekerja-pekerja
hotel tersebut . Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan
kelapangan mereka untuk menjawab soal selidik . Seterusnya maklumat
yang diterima akan dianalisis untuk mengenal pasti gaya kepimpinan
yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi . Hasil dapatan kajian tersebut
juga akan digunakan untuk menjelaskan objektif kajian yang keempat iaitu
menjelaskan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi
organisasi tersebut .
Dalam kajian ini juga , pengkaji menggunakan soal selidik sebagaiinstrumen kajian kerana ia memudahkan dan menjimatkan masa kerana
soal selidik ini dapat dijawab dalam jangka masa yang singkat untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian dan memudahkan
responden tidak terpengaruh dengan unsur-unsur bias . Pengkaji turut
menyediakan item-item soalan pilihan sama ada responden tersebut
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
5/34
5
bersetuju atau tidak dengan penyataan yang diuatarakan kepada mereka .
Hasil daripada kajian soal selidik ini pengkaji dapat gunakan sebagai
sumber maklumat untuk dianalisis sebagai dapatan kajian .
4.2
Tinjauan Persekitaran
Untuk mendapatkan maklumat tentang reka bentuk organisasi dan konsep
organisasi , pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap Hotel Seri
Malaysia pada 24 Jun 2013 dan 6 Julai 2013. Tinjauan persekitaran ini
membolehkan pengkaji memahami situasi sebenar bagaimana hotel ini
mempraktikkan reka bentuk dan konsep organisasinya . Hasil dapatan
kajian tersebut , pengkaji telah gunakan sebagai maklumat tambahan dan
data kuantitatif untuk dapatan kajian bagi menjelaskan reka bentuk
organisasi dan konsep pengorganisasian .
4.3 Temu Bual
Melalui kaedah kajian Temu bual (kemahiran kualitatif) pula , pengkaji
telah menemu bual Cik Wan Shahira Bt Wan Rosli atau lebih mersa
dipanggil Cik Syira sebagai responden pada 24 Jun 2013 dan 6 Julai
2013 . Responden tersebut telah diajukan beberapa soalan berhubung
dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan objektif kajian ini iaitu
menjelaskan proses pengorganisasian yang telah digunakan oleh Hotel
Seri Malaysia , Kepala Batas . Ketika temu bual dijalankan responden
tersebut telah memberikan kerjasama yang baik terhadap kajian ini
. Melalui kaedah temu bual ini juga pengkaji dapat meningkatkan
keyakinan diri dan membuatkan pengkaji lebih bermotivasi tinggi untuk
berkomunikasi dengan responden dengan baik . Hasil dapatan kajian temu
bual tersebut telah digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih jelas .4.4 Rujukan
Kajian ini turut dijalankan melalui rujukan iaitu pengkaji telah merujuk
beberapa buah buku berkaitan dengan kajian dan melakukan pembacaan di
pusat sumber untuk mencari maklumat tentang konsep dan mencari
maklumat sampingan yang berkaitan dengan kajian ini . Bukan itu sahaja ,
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
6/34
6
melalui pembacaan tersebut pengkaji dapat meningkatkan pemahaman
tentang tajuk dan kehendak kajian yang diinginkan sebagai persediaan
sebelum melakukan sesi temu bual bersama responden atau merangka
borang soal selidik untuk diedarkan kepada 20 responden malah pengkaji
juga menggunakan beberapa buah buku sebagai rujukan untuk
memantapkan lagi maklumat kajian ini . Maklumat-maklumat tersebut
banyak membantu pengkaji dalam kajian untuk mencari maklumat yang
kukuh dan mantap agar kajian ini tidak mempunyai penipuan maklumat .
Selain itu pengkaji juga menggunakan kaedah ini untuk memuat turun
peta melalui muat turun daripada rangkaian jalur lebar bagi menentukan
lokasi kajian .
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Reka Bentuk Organisasi Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
Dalam sesebuah organisasi , biasanya struktur organisasi dipaparkan
dengan menggunakan carta organisasi . Carta organisasi merupakan
gambar rajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit dan
individu serta bagaimana mereka berkait di antara satu sama lain . Carta
organisasi mengandungi kotak-kotak yang disambung oleh garis lurus .
Setiap kotak mewakili pengkhususan kerja atau fungsi-fungsi kerja . Carta
organisasi mempunyai banyak kegunaan dalam menjelaskan rangka
struktur sesebuah organisasi , cadangan untuk memberikan latihan dan
motivasi serta menjadikan rujukan untuk membuat sebarang perubahan
dalam struktur organisasi .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
7/34
7
Berdasarkan carta organisasi di bawah , dapat disimpulkan bahawa reka
bentuk Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas ialah penjabatan mengikut
fungsian . Berikut merupakan carta organisasi fokus kajian :-
Rajah 2 :
Carta Organisasi Hotel Seri Malaysia Kepala Batas
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
8/34
8
5.1.1 Rasional Pemilihan Struktur Fungsian
Penjabatan mengikut fungsi adalah pembahagian jabatan yang
dilakukan secara menggabungkan kemahiran aktiviti dan kerja
yang saling berkaitan dalam jabatan yang sama (Noor azuan
Hashim , 2000 ) . Oleh itu , dapat disimpulkan bahawa reka bentuk
yang digunakan oleh Hotel Seri Malysia , Kepala Batas ialah
penjabatan fungsian . Hal ini demikian kerana , terdapat sembilan
jabatan yang telah dipecahkan olehResident Manager iaitu:-
1) Acount Assistant Controller
2) Sales Manager
3) Fornt Office Executive
4) Food And Beverage
5) Human Resources
6) Maintenance Officer
7) Housekeeper
8) Head Chef
9) Security Officer
Struktur fungsian sesuai digunakan dalam organisasi ini kerana
pengkhususan kerja boleh dilakukan dengan berkesan kerana
setiap pekerja mahir dengan tugas yang diberikan . Secara tidak
langsung dapat memudahkan perlaksanaan kawalan dan penyeliaan
terhadap semua aktiviti dalam satu-satu jabatan .
5.2 Proses Organisasi yang dijalankan di Hotel Seri Malaysia , Kepala
Batas
Sebagai asas membentuk struktur organisasi , pengurus haruslah
menumpu kepada langkah yang perlu diambil oleh organisasi bagi
mencapai matlamat . Pihak pegurusan perlu menganalisis kerja yang akan
dilaksanakan . Penyelarasan kerja adalah menjadi tanggungjawab
pengurus bagi memastikan kelicinan perjalanan sesebuah organisasi .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
9/34
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
10/34
10
5.2.2 Mengenal pasti aktiviti
Pada peringkat ini , seorang pengurus perlu mainkan peranannya
dalam aktiviti yang perlu diambil perhatian dan dilakukan untuk
memastikan matlamat organisasi dapat dicapai dengan mudah .
Setelah itu barulah , pengenalpastian aktiviti secara khusus dapat
dilakukan oleh setiap staf untuk melaksanakan tugas yang telah
diperincikan kepada mereka .
Untuk memastikan matlamat fokus kajian iaitu Hotel Seri
Malaysia , Kepala Batas dapat dicapai , Resident Manager iaitu
Encik Kamal Johari Bin Mustafa telah mengenal pasti aktiviti-
aktiviti perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepala pelanggan .
Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan ialah
pelbagai jenis bilik penginapan , dewan untuk pelbagai kegunaan
dan restoran .
Aktiviti utama yang hotel tersebut fokuskan ialah perkhidmatan
bilik yang ditawarkan . Bilik yang ditawarkan dapat dibahagikan
kepada lima kategori iaitu
kategori standard room sama adastandard twinatauqueen , family room , studio suite dan penang
suite . Terdapat juga pelbagai jenis promosi bilik mengikut
keadaan semasa . Sebagai contoh , Ramadhan Room Promotion
yang dijalankan khusus untuk menyambut kedatangan bulan
Ramadhan .
Selain itu , hotel ini turut menjalankan aktiviti sampingan iaitu
mempromosikan makanan . Restoran Delima menawarkan
pelbagai promosi yang berkaitan dengan makanan seperti Iftar
Ramdhan yang berkonsepkan citarasa timur tengah dan Steamboat
Food yang dihidang bersama Nasi Goreng Thai yang boleh
didapati dengan harga yang berpatutan .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
11/34
11
Di samping itu , Dewan Delima turut menawarkan pelbagai pakej
untuk mengadakan Pakej Perkahwinan, seminar untuk Corporate
Package dan Government Package . Dalam Pakej tersebut juga
ditawarkan kemudahan sampingan seperti Pa sistem , skrin
projekter , mikrofon , pentas dan rostrum dan meja pendaftaran
bagi memastikan keberlangsungan sesuatu majlis .
5.2.3 Pengelasan aktiviti
Pengelasan aktiviti merujuk kepada kerja menyusun aktiviti
mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja atau kriteria tertentu .
Dalam sesebuah organisasi , terdapat pelbagai aktiviti yang perlu
dijalankan untuk mencapai objektif tertentu dan pelbagai
kemahiran perlu dimiliki oleh pekerja untuk melaksanakan aktiviti
tersebut .
Berdasarkan fokus kajian , aktiviti yang dijalankan oleh Hotel Seri
Malaysia dapat dikelaskan mengikut kelas masing masing .
Contohnya aktiviti pemasaran . Kesemua aktiviti yang berkaitan
dengan memasarkan produk hotel tersebut berada bawah
tanggungjawab jabatan Sale Manager . Sebagai contoh , jika
terdapat pelanggan yang ingin menempah perkhidmatan yang
berkaitan dengan restoran ataupun dewan , pelanggan tersebut
boleh menghubungi Pn Jannah atau Cik Eida yang berada di bawah
jabatan Sale Manager.
Selain itu , jabatan Account Assistant Controller pula perlu
menguruskan segala hal yang berkaitan dengan kewangan dengan
pemantauan daripada ketua jabatan Account Assistant Controller
iaitu Pn . Nazrina Bt Nazril . Jabatan Front Office Executive pula
bertanggungjawab atas segala hal yang berkaitan dengan
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
12/34
12
pendaftaran keluar masuk pelanggan dan juga merupakan orang
yang melayan tetamu hotel .
Namun begitu , terdapat juga perkhidmatan lain yang ditawarkan
dikelaskan mengikut kepakaran masing-masing . Sebagai contoh ,
Head Chef perlu memastikan kualiti makanan dari segi citarasa ,
persembahan makanan dan tempoh penyediaan bagi satu-satu
hidangan bagi memastikan pelanggan berpuas hati terhadap
perkhidmatan yang ditawarkan .
Contoh yang pula dapat dilihat daripada perkhidmatan penginapan
bilik iaitu bilik-bilik tersebut perlu dipantau oleh Housekeeper .
Hal ini demikian kerana , Housekeeper merupakan orang yang
mahir dalam menguruskan bilik dari segi kebersihan dan
kekemasan sesuatu bilik . Jabatan Food And Beverage pula
bertanggungjawab terhadap segala hal yang berkaitan dengan
layanan terhadap pelanggan atau penginap dari segi penghantaran
atau pesanan makanan atau minuman daripada pelanggan atau
penginap .
Begitu juga untuk jabatan Maintenance Officer yang
bertanggungjawab menyelia segala hal yang berkaitan dengan
elektrik dan eletronik yang terdapat di hotel . Hal ini demikian
kerana , jabatan ini merupakan jabatan yang menyelenggara segala
kerosakan yang dihadapi oleh hotel dalam hal elektronik dan
elektrik manakala jabatan Security Officer pula perlu memainkan
peranan untuk memastikan keselamatan penginap atau pengguna
terjamin .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
13/34
13
5.2.4 Mengelompokan aktiviti
Peringkat ini memerlukan proses menggelompokan jenis kerja
mengikut tabii kerja atau fungsi yang mudah diuruskan . Langkah
ini melibatkan tiga proses yang perlu dititikberatkan oleh seorang
pengurus iaitu :-
a) Menentukan tabii kerja atau corak kegiatan sama ada
berdasarkan pengeluaran , kewangan atau lain-lain .
b) Mengelompokan kegiatan ke dalam jabatan yang berkaitan
c) Mewujudkan asas reka bentuk jabatan untuk struktur organisasi
mengikut penjabatan yang dibincangkan dalalm topik asas
struktur organisasi
Berdasarkan fokus kajian , pengelompokan aktiviti dilakukan
mengikut fungsi masing-masing iaitu sebanyak sembilan
jabatan yang diperkenalkan . Sebagai contoh , jabatan Account
Assistant Controller merupakan satu pengelompokan aktiviti
yang berkaitan dengan kewangan yang merangkumi Assistant
Accountdan Purchasing telah dikelompokan di dalam jabatan
ini .
Contoh yang lain pula dapat dilihat apabila Chef de Partie ,
Cook , Kitchen HelperdanDemi Chefdiletakkan dibawah satu
jabatan yang sama iaitu Head Chef . Hal ini dapat membantu
keberlangsungan proses penyediaan makanan dapat dilakukan
dengan lebih sistematik . Manakala jabatan Food And
Beverage pula melibatkan pengelompokan aktiviti yang
merangkumi Supervisor , Captain dan Waiter / Waitress .
Jabatan Sale Managerpula merupakan pengelompokan aktiviti
yang melibatkan Sales Executive , Sales Coordinator dan Sales
Clerk manakala jabatanFront Officer pula merangkumiFront
Office Assistant dan Front Office Supervisor . Jabatan
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
14/34
14
Maintenance Officer yang diselia oleh En . Syaful Nazri pula
merangkumi Supervisor dan Technician manakala Jabatan
Security Officer melibatkan supervisor dan Guard . Jabatan
Housekeeper pula melibatkan aktivtiti pengelompokan Room
Maid danPublic Area .
5.3.4 Pengagihan tugas , autoriti dan tangunjawab
a) Pengagihan Tugas
Pada peringkat yang terakhir ini , pengurusan atasan akan
mengagihkan tugas kepada ketua jabatan dan memberi
penerangan tentang sasaran yang perlu dicapai oleh setiap
jabatan . Setelah itu , ketua setiap jabatan pula akan
mengagihkan tugas kepada pekerja mereka mengikut
kemahiran yang dimiliki oleh setiap pekerjanya .
Berikut merupakan pengagihan tugas untuk setiap jabatan
di Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas :-
Nama Jawatan Bidang Tugas
Encik . Kamal
Johari Bin
Mustafa
Resident Manager Memantau kerja-kerja pentadbiran
termasuk menyelaras dan memantau
semua aktiviti jabatan
Pn . Nazrina Bt
Nazril
Account Assistant
Controller
Mengawal semua hal yang berkaitan
dengan kewangan , membuat laporan
kewangan dan menilai perbelanjaan
organisasi
Vacant Sale Manager Menarik pelanggan , Memasarkan
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
15/34
15
perkhidmatan dan menjana idea untuk
menarik pelanggan seperti promosi
Vacant Front Office
Excutive
Melayan tetamu , tidak boleh memberi
maklumat penginap kepada dengan
seweng-wenangnya kepada orang luar
kecuali pihak polis
Vacant Food And
Beverage
Memastikan makanan dan minuman
sampai kepada pelanggan
Pn . Mazliza
Hassan
Human Resources
Excutive
Memantau dan melihat prestasi pekerja
Chef Mohd
Tamrin
Head Chef Menyediakan makanan , Menjamin
kualiti makanan
Encik Syaiful
Nazri
Maintenance
Officer
Menyelia dan bertanggungjawab
terhadap semua yang berkaitan dengan
elektrik dan elektronik yang ada dalam
hotel
En. Hisham Bin
Che Aman
Housekepper Menjaga kebersihan dan mematikan tiada
rugutan dari pelanggan berkaitan dengan
perkhidmatan bilik
Vacant Security Officer Menjaga keselamatan penginap termasuk
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
16/34
16
Jadual 1 : Pengagihan Kuasa
b) Autoriti dan Tanggungjawab
Setelah jabatan-jabatan tersebut telah diagihkan kuasa ,
ketua jabatan akan diberikan autoriti dan tanggungjwab
untuk memastikan jabatan dibawah seliaannya dan
pemantauan mereka dapat berjalan dan beropersi dengan
lancar agar matlamat organisasi dapat dicapai dengan
mudah . Dengan autoriti iaitu kuasa atau hak yang sah
kepada setiap ketua jabatan mereka boleh membuat
keputusan dan memberikan arahan kepada pekerja
bawahannya . Sebagai contoh , Pn. Mazliza Hassan iaitu
ketua jabatanHuman Resources Executiveboleh bertindak
tegas terhadap pekerja yang mempunyai masalah disiplin
seperti memberi amaran atau mengambil tindakan displin
setimpal dengan kesalahan pekerja tersebut . Contoh yang
lain juga boleh dilihat apabila Chef Mohd Tamrin iaitu
ketua jabatan Head Chef sentiasa memantau pekerja
bawahnnya untuk menjaga kualiti makanan yang
disediakan di Restoran Delima .
5.3 Konsep Pengorganisasian Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
Setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai beberapa elemen penting
yang perlu diambil kira dalam aspek pengurusan iaitu perancangan ,
pengorganisasian , kepimpinan dan pengawalan . Aspek tersebut amat
penting dalam menentukan matlamat agar objektif sesebuah syarikat dapat
dicapai .
kenderaan dan segala yang berkaitan
dengan keselamatan pelanggan
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
17/34
17
Secara amnya mengikut Gatewood , Taylor dan Ferrel , pengorganisasian
adalah aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam mereka bentuk suatu struktur
organisaisi yang sesuai , memberikan tugas kepada pekerja serta
membentuk perhubungan yang berguna di antara pekerja-pekerja dan
tangungjawab . Mengikut Jaafar Muhammad pula , pengorganisasian ialah
penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan dengan
cara yang berkesan agar matlamat dan objektif yang dirancang dapat
dicapai . (Noor Azuan Hashim , 2000 ) .
Bukan itu sahaja untuk memastikan sesuatu organisasi dapat beroperasi
dengan lebih teratur dan terurus beberapa konsep pengorganisasian perlu
difahami dengan lebih mendalam untuk menjadi seseorang pengurus yang
mampu mengendalikan organisasi dengan lebih sistematik .
5.3.1 Autoriti
Autoriti merupakan hak yang sah untuk membuta keputusan ,
memberi arahan dan memberitahu orang lain apa yang perlu
dibuat . Oleh itu , autoriti adalah satu bentuk kuasa yang berkait
dengan struktur organisasi dan pengurusan . Seseorang pengurus
akan kehilangan kuasa atau hak yang sah untuk membuat
keputusan atau memberi arahan apabila ia telah berhenti daripada
memegang jawatan tersebut . Autoriti bermula dari titik atau
peringkat paling atas dan kemudian dialirkan ke bawah lapisan
demi lapisan secara sah . Sekiranya keadaan ini dapat diteruskan
dalam sesuatu organisasi , maka pencapaian objektif organisasi
dapat dicapai dengan mudah.
Bedasarkan fokus kajian , Encik Kamal Johari Bin Mustafa ,
Resident Manager telah diberikan kuasa yang sah dan diiktiraf
oleh pekerjanya . Hal ini membolehkan beliau memberi arahan dan
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
18/34
18
pekerja peringkat pertengahan atau bawahan dan nereka terpaksa
akur dengan arahan yang diberi . Beliau juga boleh menggunakan
kuasa yang diberi untuk memastikan matlamat organisasi dapat
dicapai dengan mudah . Selain itu , beliau juga diberi
tanggungjawab untuk memastikan Hotel Seri Malaysia , Kepala
Batas dapat beroperasi tanpa sebarang masalah walaupun terdapat
sebarang perubahan persekitaran seperti ekonomi meleset dan
sebagainya .
5.3.2 Tanggungjawab
Tanggungjawab merupakan obligasi pekerja menyelesaikan tugas
atau aktiviti yang telah diberikan . Seseorang pengurus
bertanggungjawab kepada tugas-tugas tertentu dan juga tindakan
subordinatnya . Kadang kala seseorang pengurus diberikan
tanggungjawab tetapi tiada autoriti yang sepadan dengannya .
Misalnya , seorang kerani kanan menghadiri mensyuarat di
peringkat eksekutif . Tugas ini dapat diselesaikan tetapi dia tidak
berhak untuk membuat sebarang keputusan .
Berdasarkan fokus kajian , Pn . Nazrina Bt Nazril , Account
Assistant Controller telah diberikan tanggungjawab untuk
memastikan agar segala hal yang berkaitan dengan kewangan tidak
mengalami masalah seperti penyelewengan wang atau berlakunya
sebarang jenayah kolar putih manakala Cik Armawida Bt Abd
Aziz yang merupakan Sales Executivediberi tanggungjawab untuk
memastikan sebarang pengurusan pemasaran tetapi tidak diberikan
kuasa untuk membuat keputusan . Hal ini demikian keranan
terdapat kekosongan jawatan ketua jabatan Sale Manager . Oleh
itu , beliau perlu mendapatkan pandangan atau sebarang
persetujuan daripada Resident Manager untuk mengelakkan
perlakunya kekeliruan dalam bahagian pemasaran .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
19/34
19
5.3.3 Akauntabiliti
Akauntabiliti merupakan jangkaan bahawa setiap pekerja akan
menerima kredit atau sebaliknya bagi setiap hasil daripada tugas
yang telah dilakukannya . Ia merupakan titk di mana autoriti dan
tanggungjawab bertemu yang mewajibkan pemberian laporan dan
justifikasi ke atas hasil sesuatu tugas kepada mereka di atas
mengikut rantaian perintah organisasi . Pengurus mengharapkan
pekerja melakukan kerja-kerja dengan betul dan mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan .
Berdasarkan fokus kajian , setiap staf atau ketua jabatan akan
diberikan manual organisasi sebagai panduan untuk melaksanakan
sesuatu tugasan . Jika mereka mendapat manual tersebut ,
bermakna mereka telah diberikan tanggungjawab untuk membuat
tugasan yang diberikan mengikut garis panduan seperti yang
terdapat dalam manual . Sebagai contoh , staf dalam jabatan Food
And Beverageperlu bertanggungjwab di atas setiap kesalahan yang
dilakukan sepanjang melaksanakan tugasnya yang berkaitan
dengan makanan dan minuman . Kesalahan staf tersebut akan
dikendalikan oleh ketua jabatan . Jika ketua jabatan tidak boleh
menyelesaikan masalah tersebut maka masalah tersebut akan
dibawa kepadaResident Manager dan dibantu oleh jabatanHuman
Resources Executive .
5.3.4 Pemusatan dan Pemecaran Autoriti
Pemencaran autoriti membolehkan setiap jabatan membuat
keputusan dan tindak balas dengan lebih cepat tanpa merujuk
kepada pengurus atasan . Dengan ini pemencaran akan
mewujudkan kecenderungan mencipta keadaan pertumbuhan dan
pembanggunan individu yang lebih cepat . Sebaliknya , sekiranya
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
20/34
20
semua keputusan dan arahan datang dari satu sumber sahaja ia
akan menyebabkan ahli ahli organisasi berkecenderungan
berkelakuan seperti robot .
Berdasarkan fokus kajian , Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
lebih menumpukan pemecaran autoriti . Hal ini demikian kerana ,
setiap ketua jabatan boleh berbincang bersama dengan pekerja
bawahannya untuk membuat keputusan bersama . Sebagai contoh ,
Account Assistant Controller mempunyai ramai pekerja yang
terlibat dalam membuat keputusan berkaitan strategi mengawal
keluar masuk kewangan hotel yang boleh dijalankan . Dengan itu ,
percambahan idea dapat dilaksanakan tanpa mengira sebarang
jawatan .
5.3.5 Penugasan Autoriti
Penugasan autoriti melibatkan pengagihan tanggungjawab
daripada seseorang ketua kepada pekerja bawahannya . Setiap
pengurus harus melaksanakan penugasan autoriti untuk
mengelakkan mana-mana individu dalam ornagisasi memikul
tanggungjawab yang terlalu berat . Pengurus biasannya bergantung
pada pekerja bawahannya untuk membantu melaksanakan
tanggungjawab yang diagihkan .
5.3.6 Empowermen
Dari segi istilah , empowermen boleh didefinisikan sebagai satu
proses pengurus membuat penyerahan kuasa dan autoriti kepada
pekerja dalam membuat sesuatu keputusan . Proses ini merupakan
tertumpu kepada sesuatu indivudu . Pekerja yang menerima kuasa
atau autoriti boleh mewujudkan perasaan dan sikap
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
21/34
21
kebertanggungjawaban kepada pekerja dalam setiap kuasa yang
diperoleh dan dalam setiap keputusan yang dibuat ( Mokhtar Pet ,
2013 ) .
Berdasarkan fokus kajian , jika sesuatu terdapat sesuatu
kekosongan ketua jabatan atau ketua jabatan tersebut bercuti atas
sebab-sebab tertentu maka pembantunya akan mendapat
Empowermen untuk membuat keputusan bagi jabatan tersebut .
Oleh itu , secara automatik mereka akan diberikan tanggungjawab
untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan jabatan
tersebut . Namun , mereka juga perlu merujuk kepada Resident
Manager untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa
semasa ketiadaan ketua jabatan .
5.3.7 Lini dan Staf
Organisasi lini dan staf adalah jenis struktur di mana organisasi
mempunyai hubungan tegak dan langsung antara peringkat yang
berlainan dan bertanggungujawab untuk menasihati dan membantu
pengurus lain . Para pengurus lini bertanggungjawab secara
lansung dalam melaksanakan tugas-tugas bagi pencapaian
matlamat organisasi .
Berdasarkan fokus kajian , organisasi lini melibatkan jabatan
Account Assistant Controller dan Sale Manager . Jabatan ini
berperanan dan berkaitan langsung dalam memastikan organisasi
dapat mencapai matlamat .
Sebaliknya , pengurus staf pula berperanan sebagai pembantu ,
penasihat atau pembimbing kepada pengruus lini bagi mencapai
matlamat organisasi dengan lebih berkesan . Unit staf ditubuhkan
dan diberikan tugas yang spesifik dalam fokus kajian ialah seperti
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
22/34
22
jabatan Front Office Executive , Food And Beverage dan Human
Resources Executive , Housekeeper , Maintenance Officer ,
Security Officer danHead Chef .
5.3.8 Jangkauan Kawalan
Prinsip ini merujuk keadaan di mana sekumpulan subordinat yang
bertanggungjawab kepada seorang eksekutif atau penyelia . Kita
perlu melihat berapa orang subordinat yang perlu diletakkan di
bawah seorang pengurus . Seseorang pengurus yang memimpin
ramai pekerja akan menjadi kurang berkesan sekiranya menyelia
bilangan pekerja yang terlalu ramai .
Oleh itu , Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas mengamalkan
jangkaun kawalan sempit iaitu sebanyak sembilan orang ketua
telah dilantik untuk membantu Resident Manager menguruskan
pengendalian hotel tersebut . Dibawah ketua-ketua jabtan tersebut
pula mempunyai beberapa pekerja peringkat bawahan untuk
membantu ketua jabatan . Setelah itu ketua jabatan akan menjadi
penghubung Resedent Manager dengan pekerja bawahan untuk
memastikan semua operasi dapat berjalan lancar . Berikut
merupakan contoh carta jangkawalan sempit yang terdapat di Hotel
seri Malaysia , Kepala Batas :-
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
23/34
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
24/34
24
5.3.9 Rantaian Arahan
Berikut merupakan contoh carta rangkaian arahan yang dijalankan
di Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas :-
Rajah 4 : Rangkaian Arahan di Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
Berdasarkan fokus kajian , ketua jabatan Sale Manager dan
Account Assistant Controller boleh menerima arahan daripada
Resident Manager kerana mengikut prinsip skalar . Prinsip skala
merupakan rantaian arahan yang jelas dan berterusan . Seseorang
ketua jabatan perlu jelas dengan siapa pihak yang boleh mengarah
iaitu Resident Manager . Manakala Assistant Account boleh
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
25/34
25
menerima arahan berdasarkan prinsip satu arahan daripada ketua
jabatan Assistant Account Controller . Prinsip satu arahan ini
merupakan seseorang pekerja boleh diarahkan oleh ketua jabatan
dan melaporkan kepadaResident Manager.
5.4 Gaya Kepimpinan yang diamalkan oleh di Hotel Seri Malaysia
5.4.1 Definisi kemimpinan dan pemimpin
Kajian ini turut menganalisis tentang gaya kepimpinan satu
organisasi . Menurut Luthan , kepimpinan ialah kemampuan
seseorang untuk mempengaruhi individu lain supaya melakukan
sesuatu yang diinginkan oleh individu tersebut . Luthan turut
menyatakan bahawa pemimpin ialah individu yang mampu
mempengaruhi aktiviti individu lain untuk melakukan apa yang
dikehendaki individu tersebut ( Mokhtar Pet , 2013) .
Berikut merupakan rajah yang menunjukkan jenis kuasa yang
diamalkan di Hotel Seri Malaysia :-
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
26/34
26
Rajah 4 : Analisi Edaran Borang Soal Selidik terhadap Jenis Kuasa
yang Diamalkan oleh Pemimpin Tertinggi Di Hotel Seri Malaysia ,Kepala Batas
5.4.2 Jenis Kuasa yang diamalkan
5.4.2.1Kuasa Sah
Kuasa sah ialah punca kuasa yang diperoleh pemimpin
melalui sumber jawatan yang dimiliki dan diiktirafkan oleh
organisasi . Seseorang itu dilantik ke sesuatu jawatan
melalui syarat dan prosedur tertentu yang ditetapkan oleh
organisasi. Kuasa seseorang pemimpin tersebut tertakluk
pada hierarki struktur perjawatan di dalam organisasi .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
27/34
27
Hasil analisis edaran soal selidik menunjukkan sebanyak 18
orang atau 90 % daripada 20 responden bersetuju bahawa
Resident Manager iaitu Encik Kamal memegang jawatan
yang diiktiraf oleh organisasi . Oleh itu , beliau berhak
memberi arahan yang jelas dengan penuh keyakinan
kepada pekerjanya .
5.4.2.2Kuasa Ganjaran
Kuasa ganjaran merujuk kepada keupayaan seseorang
pemimpin memberi ganjaran kepada para perkerja jika
berjaya mencapai matlamat seseorang pemimpin . Ganjaran
yang diberikan oleh pemimpin kepada para pekerja terdapat
dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan . para
pekerja perlu akur kepada kuasa pemimpin tersebut jika
ingin memperoleh ganjaran tersebut.
Berdasarkan maklum balas melalui edaran soal selidik
pengkaji mendapati bahawa sebanyak 19 orang atau 95 %
di Hotel Seri Malaysia bersetuju bahawa , pekerja terbaik
akan dipilih oleh ketua jabatan dan dibantu oleh jabatan
Human Resources untuk menilai prestasi kerja seseorang
staf dengan ganjaran 50 % diskaun makanan di Restoran
Delima selama sebulan . Dengan kuasa ganjaran tersebut ,
dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi seseorang
pekerja dalam usaha mencapai matlamat organisasi .
Sebagai contoh , Pn. Farah Nabila Bt Dollah daripada
jabatan Account Assistant Controller telah dipilih sebagai
pekerja terbaik bagi bulan April 2013 .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
28/34
28
5.4.2.3Kuasa Desakan
Hasil analisis boring soal selidik mendapayi bahawa
sebanyak 12 orang atau 60 % bersetuju dengan jenis kuasa
ini kerana kuasa desakan ini memberi keupayaan kepada
pemimpin untuk memaksa para pekerja agar mematuhi
keputusan dan tindakan pemimpin bagi mengelakkan
sebarang hukuman dikenakan ke atas mereka sekiranya
para pekerja gagal mematuhi arahan yang diberikan kepada
mereka.Antara tindakan hukuman yang boleh dilaksanakan
ialah tidak dinaikkan pangkat, disekat kenaikan gaji
tahunan, dipotong gaji , diberhentikan perkhimatan pekerja
dan sebagainya kerana melanggar perintah .
5.4.2.4Kuasa Rujukan
Seseorang pemimpin yang dimiliki kuasa rujukkan akan
dijadikan role model oleh pekerja dalam sebarang tindakan
iaitu sebanyak 16 orang atau 80 % responden bersetuju
dengan penyataan tersebut . Hal ini demikian kerana , para
pekerja akan menjadi lebih bermotivasi dan melakukan
sebarang tindakan secara sukarela kerana mempunyai
hubungan yang baik dengan pemimpin . Kuasa rujukan
wujud disebabkan ciri peribadi berkarisma yang ada pada
seseorangResident Manager .
5.4.2.5
Kuasa Kepakaran
Kuasa kepakaran berlaku apabila pekerja lain mengiktiraf
seseorang itu mempunyai kebolehan tentang pengetahuan
dalam bidang tertentu dan kemahiran yang mampu
menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak dapat
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
29/34
29
diselesaikan kumpulan tersebut. Berdasarkan edaran boring
soal selidik menunjukkan bahawa sebanyak 12 orang atau
60 % responden bersetuju dengan penyataan tersebut .
5.4.3 Jenisjenis Kepimpinan
Setiap jenis kepimpinan mempunyai ciri-ciri tertentu yang
mempunyai persamaan antara satu sama lain . Terdapat beberapa
jenis kepimpinan yang lazim diamalkan oleh seseorang pemimpin .
Jenis-jenis kepimpinan termasuklah kepimpinan transactional ,
kepimpinan transformational, kepimpinan karismatik , dan
kepimpinan berwawasan (visionary) . Berikut merupakan hasil
analisis berdasarkan edaran borang soal selidik yang
dipersembahkan dalam bentuk rajah :-
Rajah 5 : Analisi Edaran BOrang Soal Selidik terhadap Jenis Kepimpinan yang
diamalkan oleh Pemimpin Tertinggi
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
30/34
30
5.4.3.1Transactional
Jenis kepimpinan ini menekankan pada pemberian arahan
daripada pemimpin kepada pekerja untuk mencapai sesuatu
matlamat seseorang pemimpin iaitu sebanyak 19 orang atau
95 % bersetuju dengan penyataan ini . Hal ini demikian
kerana , dalam kepimpinan ini , staf-staf hotel akan
diberikan tugasan , struktur dan ganjaran untuk
melaksanakan arahan pemimpin bagi mencapai matlamat
organisasi .
5.4.3.2Tranformational
Kepimpinan transformational merujuk kepada satu proses
seseorang pemimpin mempengaruhi para pekerjanya dalam
melakukan sesuatu perubahan di dalam sesebuah
organisasi . Perubahan-perubahan termasuklah aspek
perubahan pemikiran dan sikap pekerja serta komitmen
untuk mencapai wawasan , misi , strategi dan taktik
sesebuah organisasi . Sebanyak 18 orang atau 90 %
responden bersetuju bahawa Resident Manager perlu
melakukan perubahan dalam mencuba idea-idea baharu
untuk kepuasan pelanggan dari semasa ke semasa .
5.4.3.3Berwawasan
Seseorang pemimpin berupaya membayangkan masa
hadapan dalam mencapai dan menetapkan setiap matlamat .
Jenis kepimpinan ini juga berfikiran futuristik dan berupaya
mempengaruhi pekerja untuk terus berusaha mencapai
matlamat organisasi dalam tenpoh masa panjang .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
31/34
31
Sebanyak 16 0rang atau 80 % responden bersetuju dengan
penyataan tersebut .
5.4.4 Gaya Kepimpinan
Dalam konteks kajian ini , gaya kepimpinan pemimpin tertinggi
merujuk kepada gaya kepimpinan Resident Manager , Hotel Seri
Malaysia , Kepala Batas . Berikut merupakan persembahan data
berdasarkan analisis edaran boring soal selidik :-
Rajah 5 : Analisi Edaran Borang Soal Selidik Terhadap Gaya Kepimpinan yang
diamalkan oleh Pemimpin Tertinggi Di Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
32/34
32
5.4.4.1Demokratik
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa jenis
gaya kepimpinan yang diamalkan Encik Kamal yang
merupakan Resident Manager adalah berasaskan gaya
kepimpinan demokratik iaitu sebanyak 17 orang responden
atau 85 % bersetuju dengan penyataan tersebut . Hal ini
demikian kerana Resident Manager lebih mengutamakan
dan memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk menjana
idea agar sesuatu keputusan yang terbaik dapat dicapai .
Secara kebiasaanyaan Resident Manager akan
menyuarakan masalah yang sedang dihadapi dan meminta
pekerja memberi cadangan yang bernas untuk
menyelesaikan masalah berkenaan dalam mesyuarat yang
diadakan setiap pagi kecuali hari sabtu .
5.4.4.2Laissez-faire
Gaya kepimpinan ini kurang diamalkan oleh Resident
Manager kerana beliau kurang memberi kebebasan kepada
staf-stafnya untuk membuat keputusan dan bertindak . . Hal
ini demikian kerana , Resident Manager tidak memberi
kuasa sepenuhnya kepada pekerja bawahannya untuk
membuat sesuatu keputusan . Organisasi ini lebih
mengutamakan perbincangan bersama . Sebanyak 12 orang
tau 60 % responden tidak bersetuju dengan penyataan
tersebut .
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
33/34
-
8/10/2019 PBS PP 2013-FINAL DRAF.pdf
34/34
7.0 RUJUKAN
1) Abu Bakar Hamed et al., Asas Pengurusan Perniagaan Edisi Kedua , 1998 .
Kedah Darul Aman : UUM , Sintok
2) Cik Wan Shahira Bt Wan Rosli , Sale Clerk, Hotel Seri Malaysia , Kepala
BatasNo. 2 . Jalan Usahawan 5 , Pusat Perniagaan Dato Kailan , 13200
Kepala Batas Seberang Perai Utara , Pulau Pinang .
3) https://maps.google.com/maps?ie=UTF-
8&q=hotel+seri+malaysia+kepala+batas+penang+map&fb=1&hq=hotel+seri
+malaysia+kepala+batas+penang+map&hnear=hotel+seri+malaysia+kepala+
batas+penang+map&cid=0,0,1902397915072171676&ei=jfvbUaa8Eo_IrQfC
wIHoDA&ved=0CMcBEPwSMAM
4) http://booking.serimalaysia.com.my/about-us/management-team/
5) http://pengajianperniagaanstpm.blogspot.com/
6) Mokhtar Pet et al., Pengajian Perniagaan Penggal 2 2013. Ace Ahead.
Cetakan Pertama . Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn Bhd .
7) Noor Azuan Hashim et al. , Pengajian Perniagaan Jilid 1 STPM , 2000 .
Cetakan Pertama . Selangor Darul Ehsan : Fajar Bakhti Sdn . Bhd .
8.0
LAMPIRAN
http://booking.serimalaysia.com.my/about-us/management-team/http://pengajianperniagaanstpm.blogspot.com/http://pengajianperniagaanstpm.blogspot.com/http://booking.serimalaysia.com.my/about-us/management-team/