Download - pelan strategik sumber manusia ump 2011-2015
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 1
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 2
Visi | Misi | Objektif 3
Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang 2013 - 2015 4
Strategi Utama 1 : Sisitem Kualiti Pengurusan Sumber Manusia 5
Definisi Operasi
Rangka Kerja Pembangunan Sistem
Fasa Pembangunan Sistem
Perincian Perancangan Aktiviti
Garis Masa Pelaksanaan
Strategi Utama 2 : Pengurusan Bakat Bersepadu 9
Definasi Operasi
Perincian Perancangan Aktiviti
Garis Masa Pelaksanaan
Strategi Utama 3 : Budaya Kerja Berprestasi Tinggi dan Berteraskan Nilai & Etika 12
Definasi Operasi
Perincian Perancangan Aktiviti
Garis Masa Pelaksanaan
Penutup 15
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 2
Pengenalan
Sumber manusia merupakan aset terpenting yang perlu dibangun dan diurus secara strategik
oleh sesebuah organisasi bagi memastikan pencapaian visi, misi serta objektif yang ditetapkan
dapat direalisasi. Antara langkah untuk merealisasikan pencapaian tersebut, Universiti Malaysia
Pahang (UMP) membangunkan Pelan Strategik Sumber Manusia sebagai satu perancangan yang
komprehensif untuk mengendalikan pengurusan sumber manusia sedia ada dan yang akan
datang.
Pelan Strategik Sumber Manusia (PSSM) UMP 2013 – 2015 disediakan dengan mengambil kira
aspek-aspek utama dalam menentukan hala tuju pengurusan sumber manusia secara sistematik
adalah selari dengan Pelan Strategik UMP 2011-2015. Bagi tujuan tersebut, PSSM ini
dibangunkan secara menyeluruh dan memfokuskan kepada pemantapan sumber manusia
berteraskan empat (4) KRA Pelan Strategik UMP 2011 – 2015, melalui aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan berdasarkan lapan (8) Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan
seperti berikut :-
KRA 1 : Peningkatan Kualiti Akademik
KPI 1 a : Pengambilan pelajar yang berkualiti
KPI 1 b : Staf yang kompeten
KPI 1 c : Graduan berketerampilan
KRA 2 : Kelestarian Kewangan
KPI 2 a : Kelestarian operasi
KRA 3 : Pembangunan Sosio Ekonomi
KPI 3 a : Pembangunan modal insan yang professional
KPI 3 b : Penubuhan enterpris
KRA 4 : Penjenamaan Untuk Penjajaran Strategik
KPI 4 a : Kepuasan Staf
KPI 4 b : Ekuiti jenama
PSSM ini juga disediakan dengan mengambil kira aspek pengambilan, penempatan,
pembangunan kerjaya, latihan, pengiktirafan dan penghargaan serta pelan penggantian staf
UMP. Melalui pelan strategik yang komprehensif ini, akan membolehkan UMP mempunyai
bilangan staf berpengetahuan tinggi, kompeten, berintegriti yang mencukupi serta dapat
melaksanakan tugasan diberi secara cekap dan berkesan.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 3
Visi
Membangunkan sumber manusia yang mengamalkan budaya kerja cemerlang untuk menyokong
Visi dan Misi Universiti.
Misi
Menyediakan pengurusan dan membangunkan sumber manusia yang dapat menarik,
mengekalkan dan melahirkan bakat yang cemerlang.
Objektif
Objektif 1 Budaya kerja Cemerlang dan beretika
Mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan sumber manusia bagi mencapai universiti teknologi bertaraf dunia.
Objektif 2
Persekitaran kerja kondusif
Menyediakan infrastruktur dan iklim yang harmoni, inklusif, selamat dan sihat.
Objektif 3
Kepemimpinan Cemerlang
Menyediakan pengurusan bakat yang berfokuskan strategi, berasaskan nilai dan berpandukan prestasi.
Objektif 4 Inovasi dan Kreativiti;
Menyediakan persekitaran yang menggalakkan inovasi dan kreativiti melalui jalinan kerjasama antara bidang.
Objektif 5
Sistem penyampaian berkualiti yang berfokuskan pelanggan
Menyediakan Perkhidmatan yang Berfokuskan Pelanggan.
Objektif 6
Kelestarian operasi
Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 4
STRATEGI – STRATEGI UTAMA PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2013 - 2015
Dalam menyediakan Pelan Strategik Sumber Manusia (PSSM) UMP bagi tahun 2013 – 2015, tiga
(3) Strategi Utama telah dikenal pasti bagi memantapkan sumber manusia UMP yang kompetetif
dan berteraskan nilai yang ditetapkan. Tiga (3) Strategi Utama ini akan menjadi asas dan
pegangan dalam menentukan hala tuju dan matlamat sumber manusia di UMP bagi tempoh
yang disasarkan iaitu menjelang tahun 2015. Strategi Utama yang dikenal pasti dan mencakupi
semua aspek pengurusan dan pembangunan manusia di UMP adalah seperti berikut :-
Sistem Kualiti Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Bakat Bersepadu
Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Berasaskan Nilai & Etika
STRATEGI UTAMA 2013 - 2015
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 5
1. SISTEM KUALITI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Definasi Operasi
Menyediakan cara yang sistematik berdisiplin untuk
mencapai visi organisasi dengan mengejar tindakan
taktikal diutamakan.
Membangunkan proses yang sesuai dalam pengurusan
dan meningkatkan prestasi sumber melalui
fleksibiliti inovasi dan kelebihan daya saing.
Budaya kecemerlangan
KOMPONEN UTAMA
Rangka Kerja Pembangunan Sistem
Pembangunan sistem sumber manusia memenuhi keseluruhan perspektif pemegang taruh
samada kepada pengguna sistem, pentadbiran sistem mahupun masyarakat umum. Sehingga
kini proses pembangunan dan penambahbaikan sedang giat di pertingkatkan khusunya fasa 1
yang menambahbaik beberapa modul ke arah penggunaan sistem yang lebih dinamik.
Dengan pembangunan sistem ini, kerja-kerja operasi dapat dipertingkatkan dan memberi
kemudahan sistem penyampaian yang terbaik kepada staf UMP khususnya. Permohonan,
pengambilan dan perkhidmatan serta pasca persaraan dapat ditadbir dengan sistematik dan
sempurna.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 6
Fasa Pembangunan Sistem
Rangka Konsep keseluruhan pembangunan sistem sumber manusia telah dikemaskini dengan
menetapkan proses pembangunan setiap modul secara berfasa. Pembangunan ini
mengambilkira kesemua aspek aplikasi, pelaporan dan intergrasi dengan subsistem lain bagi
memastikan kepintaran sistem dalam mengeluarkan laporan data yang dipercayai dan releven
dalam sebarang keputusan pengurusan.
Fasa Pembangunan ini menjurus kepada tiga (3) komponen utama yang merangkumi aspek
perjawatan, latihan dan pengiktirafan dan penganugerahan seperti berikut:-
1. Sistem Strategik
2. Sistem Taktikal
3. Sistem Operasi
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 7
Perincian Perancangan Aktiviti
Strategi Utama 1 : Sistem Kualiti Pengurusan Sumber Manusia
INISIATIF/ KPI PETUNJUK/ INDICATOR
Perancangan & Strategi Sumber
Manusia
Blue-Print Sumber Manusia
Hala tuju dan polisi
Strategi operasi
Pemantauan
Penambahbaikan berterusan
Membangunkan sistem
pengurusan sumber manusia
yang berkualiti dan berinovatif
Executive Information System
Komponen Strategik
KomponenTaktikal
Komponen Operasi
Fasa Pembangunan
Fasa 1 :
Pengurusan Pengambilan dan kemasukan
Fasa 2 :
Pengurusan Orientasi Staf Baharu
Fasa 3 :
Pengurusan Operasi Sumber Manusia
Fasa 4 :
Pra Persaraan & Pasca Perkhidmatan
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 8
Garis Masa Pelaksanaan
Pembangunan sistem kualiti pengurusan sumber manusia akan dilaksanakan secara berfasa dan
dijangkakan kesempurnaan bagi semua modul dan skop sistem adalah pada pertengahan tahun
2015. Namun demikian semua modul yang dibangunkan akan dilaksanakn secara test run &
deploy yang mana sistem boleh diuji secara dalam pembangunan dan secara tidak langsung
permasalahan yang wujud dapat diselesai pada peringkat awal pembangunan serta dapat
meminimumkan masalah teknikal yang tinggi pada akhir pembangunan sistem.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 9
2.PENGURUSAN BAKAT BERSEPADU
Definisi Operasi
Pengurusan Bakat Bersepadu adalah kaedah yang
sistematik bagi memastikan kesesuaian individu
berdasarkan penempatan posisi yang sesuai pada masa
yang tepat dan mempunyai kemahiran yang diperlukan
bagi memenuhi cabaran pada masa hadapan. Pendekatan
ini selaras dengan strategi bakat, pengurusan prestasi
dan pembelajaran dan pembangunan melalui
pembangunan program yang intensif bagi mewujudkan
bakal pengganti dan pemimpin.
Pelaksanaan pengurusan bakat bersepadu ini adalah
elemen yang penting bagi merealisasikan Pelan Strategik
UMP bagi mewujudkan staf yang berprestasi tinggi dalam
persediaan kearah universiti bertaraf dunia.
KOMPONEN UTAMA
Proses Pengurusan Bakat Bersepadu
ANALISA JURANG (GAP ANALYSIS)
PENGURUSAN BAKAT
BERSEPADU
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 10
Perincian Perancangan Aktiviti
Strategi Utama 2 : Pengurusan Bakat Bersepadu
INISIATIF / KPI PETUNJUK / INDICATOR
Pembangunan latihan yang
berstruktur & komprehensif
Kerangka (framework) Latihan
Pelaksanaan Program Latihan
Penilaian Latihan
Penilaian efektif program
Penilaian efektif kompetensi staf
Pelan Penggantian yang
komprehensif
Kerangka (framework) Pelan Penggantian
Senarai Pengganti (Talent Pool)
Pembangunan kepimpinan yang
mampan
Kerangka (framework) pembangunan kepimpinan
Potensi kumpulan berbakat dalam High Impact
Profesional Executive Team (HIPET)
Program pembangunan & kepimpinan
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 11
Garis Masa Pelaksanaan
Proses integrasi adalah satu proses yang kritikal dimana wujudkan hubungkait diantara setiap
proses dengan operasi yang sedia ada. Ia juga akan memperlihatkan penyelarasan menyeluruh
bagi memastikan hasil proses akan menjurus kepada tiga (3) keutamaan berikut:-
1.PDR performance development review
2.Pelan penggantian yang sistematik
3.Kumpulan Bakat dan kepemimpinan yang berwibawa
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 12
3.BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI BERASASKAN NILAI & ETIKA
Definisi Operasi
Mewujudkan warga UMP yang diiktiraf sebagai sebuah
komuniti yang mengamalkan budaya kerja berprestasi
tinggi berteraskan nilai dan sentiasa menyumbang
kepada kesejahteraan sejagat.
KOMPONEN UTAMA
Budaya kerja berprestasi tinggi merupakan elemen utama dalam Pelan Strategik Sumber
Manusia yang mana penerapan identiti yang melambangkan icon UMP perlu dilengkapkan
dengan nilai-nilai teras yang menjadi asas dalam pembentukan warga UMP.
Perincian kepada tiga (3) komponen utama dalam strategi ini menjelaskan kepada beberapa
elemen pentng seperti berikut:-
1. Nilai & Etika
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara kompeten, profesional dan berintegriti
berasaskan nilai teras UMP.
2. Tanggungjawab Sosial
Kewajipan organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang
menambah nilai dan melangkaui kehendak pemegang taruh.
3. Kesejahteraan & Kesihatan
Mewujudkan suatu persekitaran kerja yang kondusif dan harmoni
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 13
Perincian Perancangan Aktiviti
Strategi Utama 3 : Budaya kerja Berprestasi Tinggi Berasaskan Nilai & Etika
INISIATIF / KPI PETUNJUK / INDICATOR
Menyediakan modul Nilai
Teras Staf UMP
Membangunkan Sistem
Penilaian Perkhidmatan
Pelanggan
Modul Nilai Teras
Sistem Maklumbalas Pelanggan
Program Tanggungjawab
Sosial (CSR)
Memperkasakan Kebajikan
Staf
Kemasyarakatan & kesukarelawan
pengiktirafan kepakaran di pelbagai peringkat
Penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang
berimpak tinggi.
Program Sokongan Pekerja (PSP)
Kemudahan Perkhidmatan dan
Infrastruktur
Kesihatan & keselamatan
Persekitaran kerja yang kondusif
Program keselamatan dan kesihatan pekerjaan
secara berterusan
Pelaksanaan Inisiatif Green Campus
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 14
Garis Masa Pelaksanaan
Pelaksanaan yang kukuh dan pemantauan secara berterusan dan menyeluruh memerlukan
kajian penstrukturan asas bagi menganalisa situasi sediada bagi menentukan kaedah terbaik
dalam menghasilkan warga kerja yang berbudaya prestasi tinggi. Oleh yang demikian, satu
penstrukturan semula diusulkan dalam tempoh jangkaan dua (2) bulan pada tahun 2013 bagi
meneliti pembudyaan yang perlu diterapkan dan jurang analisi yang masih wujud dikalangan
staf.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 15
Penutup
Pelan Strategik Sumber Manusia UMP 2013 - 2015 ini diharapkan akan dapat meningkatkan
perkhidmatan staf yang berprestasi tinggi di dalam pelbagai bidang dan kumpulan yang menjadi
penyumbang utama kepada pembangunan pendidikan tinggi khususnya di peringkat universiti
dan negara amnya. Mempunyai sumber manusia yang berkompetensi dan kemahiran tinggi
merupakan satu keperluan untuk menangani cabaran dan perubahan persekitaran organisasi
yang sukar diramal di masa depan. Dengan adanya Pelan Strategik Sumber Manusia ini, akan
memudahkan UMP mengenalpasti keperluan tenaga manusia di masa depan yang menepati ciri
dan berdasarkan keperluan strategik orgasnisasi.