PEMANGKASAN
(PRUNING)
3. Pemangkasan Pucuk Atas
Pada peringkat matang (tahun ketiga dan se-
terusnya), pucuk-pucuk yang tidak berkembang
akan tumbuh di bahagian atas pokok. Pucuk-
pucuk ini perlu dipangkas sebab tidak membawa
hasil serta mengelak pembaziran baja.
4. Pemangkasan Cabang Sisi/ Dahan di Baha-gian Bawah Pokok Cabang-cabang atau dahan yang tumbuh di baha-gian bawah pokok jika jarak tidak melebihi 1/2 kaki dari permukaan tanah sebaiknya dipangkas atas sebab:- 1. Mengelakkan jangkitan penyakit soil borne
pada daun atau dahan. 2. Mencegah penyakit akar dan pangkal seperti
penyakit akar buruk, akar putih dan cacing nematod.
MALAYSIAN PEPPER BOARD
(LEMBAGA LADA MALAYSIA)
5. Pengurangan Daun Pengurangan daun pada peringkat matang pokok merupakan salah satu jenis pemangkasan. Dalam penanaman lada, pengurangan daun tua amatlah diga-lakkan jika daun terlalu lebat sehingga pancaran ma-tahari tidak dapat menembusi dahan-dahan dan pucuk-pucuk dalaman pokok. Selain sebagai langkah pencegahan penyakit, langkah ini juga boleh mengga-lakkan pembungaan pokok lada. Ini kerana langkah pembuangan daun boleh merangsang pembentukan daun baru. Pembentukan daun baru akan diikuti oleh penghasilan bunga lada. Maka, ia secara langsung membantu peningkatan hasil pungutan. Langkah pembuangan daun boleh dijalankan secara manual. Penyemburan bahan kimia penggalak kegugu-ran daun tidak digalakkan.
C. KEPENTINGAN 1. Penghasilan benih lada Pucuk utama yang dipangkas boleh dijadikan sebagai keratan (anak benih).
Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, 93450 Kuching, Sarawak
Tel: 082-331811 Fax: 082-336877 Email: [email protected]
Homepage: www.mpb.gov.my
2. Menggalakkan pertumbuhan cabang sisi Pemangkasan pucuk utama boleh merangsang pembentukkan cabang sisi yang lebat. Cabang sisi ataupun dahan yang lebat amatlah penting sebab pembungaan dan pembuahan hanya berlaku pada bahagian ini. Dengan kata lain, semakin banyak cabang semakin banyak hasil pungutan. Jadi, pemangkasan pucuk utama mempunyai perkaitan secara terus dengan hasil pungutan. 3. Mengelakkan jangkitan penyakit Pemangkasan cabang-cabang yang mendekati tanah dan pengurangan daun merupakan langkah pencegahan penyakit-penyakit kulat yang berke-san. D. KAEDAH PEMANGKASAN 1. Masa Masa yang paling sesuai ialah pada awal pagi dan elakkan pada musim hujan. 2. Peralatan - Guntung pokok - Pisau kecil
Sebelum pemangkasan Selepas pemangkasan
Pemangkasan dahan-dahan dan daun di bahagian bawah pokok
keratan-keratan lada daripada pucuk terminal
Pucuk-pucuk yang tumbuh melebihai tiang
A. APA ITU PEMANGKASAN? Pemangkasan merupakan langkah membuang pucuk, dahan atau daun yang lazimnya dilaksanakan pada peringkat pertumbuhan pokok yang tertentu dengan tujuan tertentu. Amalan pemangkasan dalam penanaman lada sudah diperkenalkan sejak zaman awal pertapa-kan tanaman lada di negara kita. Amalan ini seolah-olah sudah menjadi satu kewajiban dalam proses penanaman lada sebab ia merupakan kunci bagi mencapai pungutan hasil yang tinggi. Dengan kata lain, pemangkasan boleh merang-sang pembungaan pokok lada dan seterusnya meningkatkan hasil pungutan lada. B. JENIS-JENIS PEMANGKASAN 1. Pemangkasan Pucuk Terminal Pucuk terminal ataupun pucuk utama bagi lada merupakan bahagian yang paling aktif bertumbuh. Pemangkasan pucuk terminal bagi lada dica-dangkan sebanyak 3 pusingan dalam masa dua tahun iaitu pada peringkat sebelum matang (tahun pertama dan kedua penanaman).
Untuk pusingan pertama, pemangkasan dijalankan kira-kira pada bulan ke-6 sehingga bulan ke-8 buat kali pertama. Semua pucuk utama (di bahagian atas) yang melekat pada tiang akan dipangkas sehingga ke paras ketinggian kira-kira 30 cm dari permukaan tanah. Pucuk utama yang dipangkas akan dijadikan sebagai anak benih (keratan) untuk penanaman baru.
Selepas pemangkasan pusingan pertama, beberapa
pucuk utama yang baru akan mula bercambah. Ama-
lan penanaman lada yang baik mencadangkan hanya
membenarkan tiga pucuk utama terus bertumbuh
manakala pucuk-pucuk yang berlebihan perlu di-
pangkas. Tujuan pengawalan pucuk utama kepada
tiga sahaja ialah untuk mengelakkan persaingan anta-
ra pucuk dan cabang sisi yang boleh menjejaskan
pertumbuhan pokok lada pada tahun seterusnya.
Pusingan kedua pemangkasan akan dijalankan kira-
kira pada bulan ke-12 sehingga bulan ke-14 selepas
penanaman (pada tahun kedua) iaitu apabila pokok
mencapai ketinggian setengah tiang. Ini melibatkan
pemangkasan kira-kira 6 hingga 7 buku (nodes) da-
lam satu pucuk utama. Pemangkasan pusingan
kedua bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan
cabang sisi. Pucuk utama berlebihan yang muncul
pada pusingan ini juga perlu dipangkas. Adalah dica-
dangkan hanya tiga pucuk utama yang asal dibiarkan
terus bertumbuh.
Pusingan ketiga pemangkasan akan dijalankan
apabila pucuk-pucuk utama telah mencapai puncak
tiang lada. Kaedah pemangkasan untuk pusingan ini
menyerupai pusingan kedua. Ia dijalankan sebelum
pokok dibiarkan berbunga dan berbuah.
Pemangkasan pucuk terminal dengan menggunakan gunting
Gambar menunjukkan pokok sebelum dan selepas pemangkasan pada pusingan kedua
Gambar menunjukkan pokok sebelum dan selepas pemangkasan pada pusingan ketiga
2. Pemangkasan Stolon
Pucuk sisi (stolon) ataupun lebih dikenali sebagai
pucuk ular biasanya akan muncul di bahagian
bawah pokok dan kadang kala boleh didapati di
badan pokok yang matang juga. Ia perlu dipangkas
sebab pucuk ini tidak membawa hasil serta menge-
lak pembaziran baja.
Stolon di bahagian bawah pokok
Stolon di bahagian badan pokok