PEMBINAAN PERISIAN INTERAKTIF PENAMBAHAN DAN
PENOLAKAN INTEGER DALAM SISTEM PENGOPERASIAN LINUX
SURAYA BINTI ABDUL RAHMAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iv
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Semoga kejayaan ini akan mendekatkan lagi diri ini
Kepada Mu...
Teristimewa...
Ayahanda Abdul Rahman dan Bonda Midah,
Yang amat dikasihi dan dihormati,
Terima kasih di atas sokongan dan pengertianmu selama ini
Kejayaan ini adalah hasil dari kasih sayang dan doa restumu jua
Buat...
Abang Sukri, Kak Suraida, Adik Suhaidi dan Suhaima
Yang juga memberi dorongan dan semangat
Semoga kejayaan ini akan membuahkan keazaman
Untuk terus mengecap kegemilangan
Juga...
Buat teman-teman seperjuangan,
Jasa kalian ku hargai dan ku kenangi selalu.
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya
maka saya dapat menyiapkan laporan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih saya ucapkan kepada PM Dr. Zaleha Ismail selaku penyelia
projek yang banyak memberi bimbingan, nasihat dan teguran sepanjang tempoh
menyiapkan projek ini.
Ucapan setinggi penghargaan juga turut ditujukan kepada En. Mohd Khalid
Kasmin selaku penyelia kedua yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk
ajar sepanjang proses membangunkan perisian. SesungguhNya hanya Allah sahaja
yang dapat membalas segala jasa beliau.
Buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang, terima kasih di atas pengorbanan,
dorongan dan semangat yang tidak jemu-jemu diberikan kepada diri ini. Terima
kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan 5 SPT. Kenangan bersama kalian tidak
akan ku lupakan. Tidak lupa juga kepada sesiap sahaja yang terlibat secara langsung
mahu pun tidak dalam menjayakan projek ini. Semoga kalian sentiasa diberkati dan
dirahmati Allah S.W.T.
vi
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk membina perisian interaktif Matematik Tingkatan
Satu yang bertajuk Penambahan dan Penolakan Integer dalam sistem pengoperasian
LINUX. Pembinaan perisian ini bertujuan menambahkan bahan pengajaran
berbantukan komputer dalam versi Bahasa Inggeris. Proses pembangunan perisian
PBK ini berteraskan model rekabentuk instruksi bersistem Hannafin & Peck yang
mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisa keperluan, fasa rekabentuk serta fasa
pembangunan dan perlaksanaan. Manakala teori pembelajaran yang digunakan dalam
perisian ini ialah teori konstruktivisme. Perisian ini dibangunkan menggunakan
perisian sumber terbuka seperti Open Office.org, Glade, Gimp Image Editor,
Audacity, KolourPaint, Kwrite dan Kate. Perisian ini menyediakan suasana
pembelajaran yang memberi kebebasan kepada pelajar memilih tahap aktiviti dan
menggunakan bantuan fasilitator apabila diperlukan. Perisian ini diharapkan dapat
menjadi sumber pembelajaran alternatif kepada pelajar dalam mempelajari
penambahan dan penolakan integer terutama kepada pelajar yang memerlukan
banyak latihan. Bagi pembangun, usaha ini merupakan pengalaman cukup mencabar
bagi mempelajari bahasa pengaturcaraan dalam sistem pengoperasian LINUX
menggunakan perisian sumber terbuka.
vii
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop an interactive software for
Mathematics Form One entitled Addition and Subtraction of Integers in the
LINUX operating system. The purpose of this software development is to add
up the number of computer aided learning precisely in English version. The
development of this software is based on systematic instructional design by
Hannafin & Peck model, including three main phases which are need assess,
design, and development and implementation. Meanwhile the learning theory
in this software is based on constructivisme. This software is developed by
using open source software such as Open Office.org, Glade, Gimp Image
Editor, Audacity, KolourPaint, Kwrite and Kate. This software provides
learning environment which is students are free to make choices in terms of
activity levels and use facilitator’s help when needed. It is hoped that this
software will provide an alternative resource for learning addition and
substraction of integers for those who need plenty of practice. For the
developer, this effort has been a very challenging learning experience in
programming in LINUX using open source software.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1
TAJUK
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Rasional dan Kepentingan Projek
1.5.1 Rasional PBK
1.5.2 Rasional Penggunaan
Perisian Sumber Terbuka
1.5.3 Rasional Pemilihan Tajuk
1.6 Skop Kajian
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
xii
xiii
1
3
6
6
7
7
9
11
13
ix
2
3
1.7 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran
Topik Integer
2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik
2.4 Perisian Sumber Terbuka
2.5 Rekabentuk dan Teori Pengajaran
Pembelajaran
2.5.1 Pendekatan Konstruktivisme
Dalam Komponen PBK
2.6 Penutup
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Kaedah Perlaksanaan
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan
3.2.1.1 Penentuan Matlamat
Pembangunan Perisian
3.2.1.2 Penentuan Kandungan
Pelajaran
3.2.1.3 Mengenalpasti Kumpulan
Sasaran
3.2.2 Fasa Rekabentuk Perisian
13
14
14
17
19
21
21
24
25
25
26
26
27
32
32
x
4
3.2.2.1 Isi Kandungan Perisian
3.2.2.2 Carta Alir dan Papan Cerita
3.2.2.3 Reka bentuk Antaramuka
dan Skrin
3.2.3 Fasa Pembangunan dan
Perlaksanaan
3.2.3.1 Perkakasan Pembangunan
3.2.3.2 Perkakasan Main Balik
3.2.3.3 Perisian dan Bahasa
Pengaturcaraan
3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan
3.3 Penutup
HASIL REKABENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Penggunaan Perisian
4.3 Struktur Asas Perisian
4.3.1 Permulaan Perisian
4.3.2 Memasukkan Nama Pengguna (Log
In) dan Set Induksi
4.3.3 Menu Utama Perisian
4.3.4 Objektif Pembelajaran (Learning
Outcomes)
4.3.5 Aktiviti Perisian
4.3.6 Post Test
4.3.7 Kemudahan Lain dalam Perisian
4.4 Ciri-ciri Multimedia Perisian
4.4.1 Teks
33
34
37
38
39
39
40
43
44
45
45
46
46
47
51
52
53
54
55
57
57
xi
5
4.4.2 Grafik
4.4.3 Animasi
4.4.4 Audio
4.5 Penutup
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Perisian Bahasa Inggeris
5.2.2 Perisian dalam Sistem
Pengoperasian LINUX
5.2.3 Perisian Berasaskan Teori
Konstruktivisme
5.2.4 Perisian Berasaskan Model
Rekabentuk Hannafin & Peck
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi
5.3.1 Masalah Kemahiran
5.3.2 Masalah Masa
5.4 Kekuatan Perisian
5.5 Kelemahan Perisian
5.6 Cadangan
5.7 Penutup
RUJUKAN
57
57
58
58
59
59
60
60
61
62
63
63
64
64
65
65
66
68
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Contoh cara mereka item berdasarkan hasil
Pembelajaran 28
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hannafin &
Peck 26
3.2 Papan cerita bagi Menu Utama Perisian 34
3.3 Carta Alir Perisian 35
3.4 Carta Alir Activity 36
3.5 Carta Alir Post Test 36
3.6 Paparan Skrin Glade 41
3.7 Paparan Skrin GIMP Image Editor 42
3.8 Paparan Skrin KolourPaint 42
3.9 Paparan Skrin Audacity 43
4.1 Paparan Permulaan 47
4.2 Paparan Log In 48
4.3 Paparan Welcome 48
4.4 Paparan New User 49
4.5 Paparan Set Induksi 49
4.6 Paparan Penyelesaian Set Induksi 50
4.7 Paparan Test Instruction 50
4.8 Paparan Pre Test 51
4.9 Paparan Menu Utama 52
4.10 Paparan Learning Outcomes 52
4.11 Paparan Menu bagi Activity 53
4.12 Paparan bagi Activity Level 1 54
4.13 Paparan Post Test 54
xiv
4.14 Paparan Dictionary 55
4.15 Paparan User Guide 56
4.16 Paparan Facilitator bagi Activity 56
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi di mana bidang sains dan teknologi
ini telah diletakkan sebagai teras pendidikan yang bertujuan melahirkan masyarakat
yang berinovasi dan berkemahiran tinggi. Kebanyakan idea dan penemuan saintifik
dibangunkan menggunakan matematik. Sejarah menunjukkan bagaimana matematik
berfungsi membina tamadun manusia. Contohnya dalam sejarah Tamadun Islam,
penggunaan sistem nombor yang meluas seawal abad kesembilan dan penguasaan
bidang matematik seperti geometri dan trigonometri menyaksikan perkembangan
ilmu astronomi, seni bina Islam dan bidang sains lain.
Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran mengira yang
melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran matematik
memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan mantap dan menyeluruh.
Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran matematik perlu mengambil kira
keperluan dan tahap pencapaian para murid.
2
Murid haruslah berkebolehan memperluaskan penggunaan kemahiran operasi
asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan
Perkaitan sepertimana yang ditekankan dalam kurikulum matematik sekolah
menengah. Kajian menunjukkan bahawa kemahiran menggunakan nombor dan
menjalankan operasi menggunakan nombor seperti menambah, menolak, mendarab
dan membahagi ialah asas penting bagi pendidikan matematik dan sains pada tahap
lebih tinggi.
Kurikulum matematik sekolah menengah bertujuan untuk membentuk
individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan
pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani
cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan
teknologi. Namun, untuk melahirkan pelajar seperti yang dinyatakan dalam
kurikulum matematik sekolah menengah bukanlah suatu tugas yang mudah.
Memandangkan matematik merupakan suatu perkara yang abstrak, maka satu
pendekatan pengajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai haruslah digunakan
untuk memberi kefahaman yang menyeluruh kepada pelajar dalam mempelajari
matematik.
Justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan matematik merupakan
salah satu langkah bijak untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran matematik ke arah mewujudkan masyarakat yang berilmu dan
berteknologi. Penggunaan sumber untuk membantu murid membentuk konsep-
konsep matematik adalah sesuatu yang amat perlu. Guru perlu menggunakan objek
sebenar atau objek konkrit dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman dan
membantu murid membina idea-idea yang abstrak, mereka cipta, membina
keyakinan diri, menggalakkan sifat berdikari dan memupuk sikap bekerjasama.
Namun begitu, teknologi menghasilkan perisian multimedia pendidikan
dalam sistem pengoperasian LINUX adalah masih baru berbanding penghasilan
perisian multimedia menggunakan Windows. Sejajar dengan seruan kerajaan yang
secara serius menggalakkan penggunaan perisian sumber terbuka sebagai langkah
untuk menyuburkan lagi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
3
tempatan serta merancakkan lagi budaya mencipta di negara ini, maka penghasilan
perisian multimedia dalam sistem pengoperasian LINUX ini merupakan suatu usaha
yang murni.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kurikulum Matematik KBSM merupakan satu kontinum daripada Tingkatan
Satu hingga Tingkatan Lima. Kandungan kurikulum ini diolah mengikut tiga bidang
yang saling berkait iaitu Nombor, Bentuk & Ruang dan Perkaitan. Olahan ini dipilih
kerana dalam situasi umum seseorang itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran
berhubung dengan membilang dan mengira, mengenali bentuk dan ukuran serta
perkaitan antara nombor dengan bentuk (KPM 2001).
Nombor Negatif merupakan salah satu tajuk yang diajar kepada pelajar
sekolah menengah rendah dan konsep nombor negatif akan terus digunakan pada
peringkat menengah atas. Para pelajar tingkatan satu akan diperkenalkan dengan
tajuk nombor negatif ini buat pertama kali di dalam topik Integer. Mereka akan diajar
konsep yang melibatkan operasi penambahan dan penolakan sahaja. Penguasaan
pelajar dalam operasi penambahan dan penolakan nombor negatif ini merupakan titik
asas bagi mereka menguasai konsep pendaraban dan pembahagian nombor negatif
pada tingkatan dua nanti.
Pengetahuan dan kemahiran menjalankan operasi yang membabitkan nombor
negatif merentas kebanyakan tajuk dalam Sukatan Pelajaran Matematik seperti dalam
tajuk Pecahan, Nombor Perpuluhan dan Algebra. Kajian yang lepas telah
menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran dan memahami konsep
abstrak yang membabitkan operasi nombor negatif dalam pecahan, penjelmaan dan
algebra. Walaupun integer dan operasi yang membabitkan nombor negatif diberi
penekanan dalam kurikulum matematik di Malaysia, prestasi pelajar dalam aspek ini
tetap kurang memuaskan (Kementerian Pendidikan, 1994).
4
Menurut Kim (1999), topik nombor negatif dianggap sukar bagi pelajar
tingkatan satu disebabkan oleh miskonsepsi guru atau murid terhadap tanda negatif
dalam matematik. Konsepsi yang menganggap tanda negatif sebagai tolak atau
kurang sahaja mungkin menghalang pelajar memahami nombor-nombor negatif yang
baru diperkenalkan pada Tingkatan 1. Ramai pelajar sekolah menengah rendah
kurang memahami konsep nombor negatif dan tidak mengetahui penggunaan nombor
negatif pada situasi yang sesuai. Ini menyebabkan mereka mendapati tajuk ini adalah
sukar dan mewujudkan kebimbangan di kalangan pelajar seterusnya menjejaskan
hasil usaha mereka untuk memahami matematik sehingga masalah ini menjadi
semakin serius dan menjejaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan.
Selain buku teks, guru-guru matematik di sekolah turut dibekalkan dengan
perisian myCD. Perisian tersebut merangkumi ringkasan bagi keseluruhan bab
mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulis ingin
menghasilkan suatu perisian PBK sebagai alternatif lain yang memberi lebih
tumpuan terhadap keseluruhan topik Integer tingkatan satu.
Di Malaysia, penggunaan PBK masih lagi merupakan satu perkara yang baru.
Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan di Malaysia masih di peringkat awal
dan terhad. Selain itu kekurangan perisian yang menepati sukatan pelajaran yang
ditetapkan oleh KPM untuk kegunaan sekolah juga menyebabkan ia tidak dapat
dijalankan dengan berkesan.
Mata pelajaran matematik merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh
semua pelajar sekolah. Memandangkan matematik merupakan suatu subjek yang
kritikal dan memerlukan kaedah pembelajaran yang konkrit, penggunakan pakej
pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran ini adalah sangat bertepatan
(Noraidah, Abdul Azim, Hasan, Aida Suraya dan Noor Faezah, 2005).
Selain itu, masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran integer
juga boleh diselesaikan menerusi penggunaan perisian Pembelajaran PBK yang
menawarkan satu pendekatan yang inovatif dan praktik untuk meningkatkan mutu
pengajaran dalam bidang matematik. Penggunaan PBK dapat mewujudkan suatu
persekitaran baru yang positif kepada para pelajar. Ini kerana pelajar tidak akan
5
berasa segan atau takut kepada persekitarannya seperti malu kepada guru dan rakan-
rakan mereka seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.
Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran memberi
peluang kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran mengikut kebolehan,
minat dan kecenderungan masing-masing. Penggunaan PBK dipercayai berpotensi
untuk merangsang dan menarik minat pelajar untuk mengikuti sesuatu mata
pelajaran. Paparan grafik yang menarik dan kesan audio yang menyeronokkan boleh
menarik minat pelajar.
Oleh itu, satu perisian multimedia bagi mata pelajaran Matematik KBSM
untuk topik Integer dihasilkan bagi memenuhi bahan pengajaran dan pembelajaran
yang masih berkurangan. Perisian PBK ini telah dirancang dan disusun untuk
memperkayakan pembelajaran matematik secara interaktif yang merangkumi
pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran bagi tajuk Integer.
Di Malaysia, penggunaan perisian sumber terbuka di kalangan masyarakat
kita masih dianggap baru kerana ia mula diperkenalkan di negara kita pada tahun
1994. Namun penggunaannya kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna
teknologi maklumat dan komunikasi di negara ini. Ini adalah kerana ia merupakan
satu alternatif yan lebih baik, murah dan berkesan. Ia juga boleh digunakan secara
percuma dengan kos lebih murah dan lesen penggunaan bernilai sifar.
Penggunaan perisian sumber terbuka boleh dianggap suatu langkah bijak
kerana faedah-faedah yang diperoleh. Antaranya faedah termasuklah menggalakkan
usaha membangunkan perisian versi tempatan. Penggunaannya turut memberi impak
yang sangat besar dalam proses pembelajaran perisian, perkakasan dan rangkaian.
Kekurangan perisian pendidikan yang dibangunkan dalam sumber sistem operasi
menguatkan lagi semangat penulis untuk mebina perisian ini menggunakan sumber
terbuka iaitu dalam sistem pengoperasian LINUX. Perisian PBK yang dibangunkan
menggunakan perisian sumber terbuka ini diharapkan dapat menambahkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran topik Integer tingkatan satu.
6
1.3 Penyataan Masalah
Masalah pembelajaran berlaku apabila pelajar tidak dapat mentakrifkan
sesuatu masalah secara sendiri daripada pengalaman atau latihan yang diberikan.
Salah satu penyelesaian kepada masalah pembelajaran matematik ialah dengan
menggunakan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Hasil projek ini
diharap dapat membantu mempertingkatkan pemahaman dan perkembangan pelajar
terhadap salah satu topik matematik yang dianggap abstrak iaitu pemahaman
mengenai konsep nombor negatif dan juga dapat menambahkan lagi koleksi perisian
PBK yang bertujuan mempelbagaikan pendekatan pedagogi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan lebih mudah dan
berkesan.
1.4 Objektif Projek
Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu perisian aplikasi
PBK multimedia bertajuk Integer Matematik KBSM Tingkatan Satu mengikut
sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Satu yang dikeluarkan oleh KPM
2005. Projek ini akan menghasilkan PBK yang memenuhi aspek-aspek berikut:
i. Versi Bahasa Inggeris mengikut sukatan KBSM terkini.
ii. Boleh beroperasi dalam sistem pengoperasian LINUX.
iii. Memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dan mengikut prinsip KBSM.
iv. Berdasarkan model Rekabentuk Hannafin & Peck.
7
1.5 Rasional dan Kepentingan Projek
Kepentingan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
memang tidak dapat dinafikan. Seperti yang telah dinyatakan oleh beberapa tokoh
sebelum ini mengenai keberkesanan penggunaan komputer yang banyak
mendatangkan kesan positif berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional. Melalui projek ini, penulis berharap dapat menghasilkan satu perisian
yang dapat membantu pelajar tingkatan satu di Malaysia menguasai konsep nombor
negatif dengan baik.
1.5.1 Rasional PBK
Di Malaysia penggunaan pakej pembelajaran berasaskan komputer (PBK)
masih lagi dianggap setahun jagung berbanding dengan negara maju yang lain.
Namun begitu usaha ke arah memajukan industri pendidikan selari dengan kemajuan
penggunaan ICT memberi peluang kepada sistem pendidikan kita untuk mencuba
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah terbukti berkesan. Bagi tujuan itu,
pada tahun 1994, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Projek
Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris dan Matematik (Noraidah et.al, 2005).
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) merupakan suatu alat bantu
mengajar (ABM) yang memudahkan proses P&P dilaksanakan dalam dunia
pendidikan sama ada di peringkat rendah mahu pun di peringkat pengajian tinggi
(Siti Aishah, Hazura, Masnizah dan Ho, 2005). Penggunaan Alat Bantu Mengajar
telah diberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengatasi
masalah-masalah yang dinyatakan serta mempertingkatkan keberkesanan hasil
pembelajaran.dalam era teknologi maklumat kini adalah perlu merevolusikan
pendekatan terkini dalam pendidikan dengan melaksanakan Pengajaran berbantukan
komputer di sekolah. Pelaksanaan tersebut membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan secara individu atau dalam kumpulan kecil. Komputer
8
sebagai alat bantu mengajar dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran matematik.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Liew (2000), peningkatan secara positf
dan perbandingan keputusan ujian pos dan ujian pra serta perubahan secara positif
daripada temubual dan cerapan sebelum dan selepas penggunaan perisian PBK yang
dibangunkan membawa mesej bahawa pelajar dapat mengasimilisasikan maklumat
baru melalui animasi dan persembahan dalam perisian PBK tersebut.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Chin (1999), hampir tiada alat bantu
mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran nombor negatif. Jika
ada pun cuma garis nombor yang dilukiskan di papan hitam untuk menolong guru
menyampaikan konsep atau kemahiran mengira melibatkan nombor negatif.
Menurut Tringa dan Lipitakis (2003), peranan PBK yang dipercayai boleh
membantu meningkatkan proses pembelajaran menjadikan ia sebab utama mengapa
perlu diperkenalkan dalam program pendidikan. Ini kerana komputer berkebolehan
mempersembahkan keseluruhan proses pembelajaran manusia yang tidak
membataskan imaginasi dan kreativiti manusia.
Peranan guru sebagai sumber atau 'serba tahu' di negara kita kini diambil alih
oleh komputer. Guru hanya perlu bertindak sebagai fasilitator dan penilai kepada
kemajuan murid. Guru yang celik komputer diharapkan dapat membangunkan
perisian multimedia yang berlandaskan teori-teori pembelajaran di mana pembinaan
bahan multimedia yang baik akan menjadikan para pelajar lebih produktif, kreatif
dan inovatif. Kebanyakan penyelidikan telah membuktikan bahawa pembelajaran
berbantukan komputer yang dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan
pengetahuan dan mengubah sikap pelajar.
Penggunaan PBK adalah pengunaan komputer dalam proses pembelajaran
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan
menyeronokkan. Dengan tafsiran ini menunjukkan peranan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sangat berguna terutama kepada para pelajar untuk
9
memahami sesuatu kemahiran yang dipelajari. Penggunaan PBK boleh mewujudkan
suatu persekitaran baru yang positif kepada pelajar. Pelajar tidak akan berasa segan
atau takut kepada persekitarannya misalnya malu kepada guru dan rakan-rakan
mereka. Ini kerana interaksi yang berlaku adalah interaksi dua hala iaitu antara
pelajar dan komputer. Guru pula bertindak sebagai fasilitator kepada pelajar.
Sehubungan itu, projek ini adalah satu usaha ke arah penghasilan satu
perisian PBK yang berunsur tempatan, bersifat interaktif, menepati konsep asas serta
memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Untuk menyeru seruan kerajaan,
penulis menggunakan perisian sumber terbuka untuk membina perisian PBK di mana
kerajaan Malaysia amat mengalu-alukan penggunaan perisian tersebut untuk sektor
kerajaan.
1.5.2 Rasional Penggunaan Perisian Sumber Terbuka
Untuk membangunkan perisian PBK ini, penulis memilih untuk
menggunakan perisian sumber terbuka berasaskan Linux. Sumber terbuka adalah
konsep manakala Linux pula adalah pakej perisian yang dikeluarkan di bawah lesen
sumber terbuka. Kelebihan Linux yang diedarkan secara percuma di samping
ketahanannya, memiliki kepelbagaian fungsi dan mudah dimanfaatkan. Faedah
terbesar perisian sumber terbuka ialah ia mengurangkan kos memilikinya. Faedah
lain yang boleh diraih daripada perisian sumber terbuka termasuk menggalakkan
usaha membangunkan perisian versi tempatan (Berita Harian, 2004).
Kerajaan menggalakkan secara serius penggunaan perisian sumber terbuka
menerusi pelaksanaan Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka untuk sektor kerajaan.
Pelaksanaan inisiatif sumber terbuka bagi sektor kerja adalah sebahagian daripada
pelan Inisiatif Sumber Terbuka Kebangsaan bertujuan untuk meningkatkan
kebebasan bagi memilih perisian yang hendak dimanfaatkan, menggalakkan
perkembangan industri ICT tempatan dan mengurangkan jurang digital. Maka
penulis rasa terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan menggunakan perisian
sumber terbuka.
10
Sektor pendidikan merupakan salah satu daripada bidang yang boleh
memperoleh banyak faedah dengan penggunaan perisian sumber terbuka. Ia boleh
memberi impak yang sangat besar dalam proses pembelajaran perisian, perkakasan
dan rangkaian. Dengan penggunaan aplikasi sumber terbuka di sekolah, ia akan
menggalakkan perkembangan penyelidikan dan pembangunan teknikal. (Berita
Harian, 2004).
Penulis tidak menggunakan perisian-perisian multimedia seperti Macromedia
Authorware dan Macromedia Flash Player kerana harga perisian tersebut di pasaran
adalah tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh penulis. Sedangkan perisian sumber
terbuka adalah percuma, maka penulis tidak mengeluarkan apa-apa kos untuk
membelinya. Berikut adalah senarai harga perisian berdasarkan kepada tinjauan
penulis terhadap pasaran semasa:
i. Macromedia Authorware 7.0 Education - RM1996
ii. Macromedia Flash MX Professional 2004 Educational - RM 596
iii. Sonic Foundry Sound Forge 6.0 - RM 716
iv. Borland C++ Builder 6 Pro - RM1436
v. Acrobat Reader - RM 673
vi. Swish v2.0 - RM 356
Perisian yang dibangunkan ini boleh dilarikan pada mana-mana landasan
persekitaran sumber terbuka. Ini kerana sifatnya yang multi-platform iaitu boleh
dipasang di mana-mana pelantar. Kekurangan perisian pendidikan yang dibangunkan
dalam sumber sistem operasi menguatkan lagi semangat penulis untuk mebina
perisian ini menggunakan sumber terbuka. Kelebihan lain menggunakan perisian
sumber terbuka ialah penulis bebas untuk membangunkan perisian mengikut
kehendak tanpa sebarang kos tambahan. Timbulnya isu cetak rompak perisian yang
semakin berleluasa menjadi salah satu sebab penulis tidak memilih untuk
menggunakan perisian multimedia yang ada. Tambahan pula perisian aplikasi
sebegitu senang diserang virus.
11
Perisian PBK yang dibangunkan menggunakan perisian sumber terbuka ini
diharapkan dapat menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tajuk
Integer tingkatan satu. Tajuk nombor negatif ini merupakan salah satu tajuk yang
dianggap susah oleh kebanyakan pelajar dan guru disebabkan konsepnya yang
abstrak. Maka perisian PBK ini memainkan peranan kerana berfungsi sebagai salah
satu perisian aplikasi multimedia yang menyampaikan konsep nombor negatif secara
lebih konkrit dan secara visual.
1.5.3 Rasional Pemilihan Tajuk
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar kepada
semua pelajar dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 5. Kandungan sukatan pelajaran
Matematik Kurikulum Sekolah Menengah (KBSM) yang digubal bagi Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5 telah disusun di bawah tiga bidang iaitu Nombor, Bentuk &
Ruang dan Perkaitan beserta aspek-aspek lain yang terdiri daripada penyelesaian
masalah, penaakulan dan pemikiran mantik, nilai-nilai sejagat dan sejarah
matematik. Ini bertujuan memberikan pendidikan matematik yang bersepadu ke arah
penghasilan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani dan
emosi.
Nombor Negatif merupakan salah satu tajuk yang diajar kepada pelajar
sekolah menengah rendah dan konsep nombor negatif akan terus digunakan pada
peringkat menengah atas. Para pelajar tingkatan satu akan diperkenalkan dengan
tajuk nombor negatif ini buat pertama kali di dalam topik Integer. Mereka akan diajar
konsep yang melibatkan operasi penambahan dan penolakan sahaja.
‘Nombor’ merupakan bidang yang pertama dalam pengolahan kandungan
Matematik KBSM. Integer pula merupakan unit-unit asas bagi pembentukan semua
jenis nombor, misalnya nombor tabii, nombor perpuluhan, nombor pecahan, nombor
tidak nisbah dan juga nombor-nombor kompleks sendiri. Oleh itu pengetahuan yang
tepat tentang konsep integer negatif perlu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar supaya
12
pembelajaran ilmu matematik mereka yang selanjutnya tidak terganggu dan
seterusnya mencapai kejayaan dalam bidang matematik.
Malangnya didapati ramai pelajar sekolah menengah yang kurang memahami
konsep nombor negatif. Mereka mempelajari konsep nombor negatif dan operasi
yang melibatkan nombor itu secara hafalan sahaja malahan ada guru matematik yang
kurang memahami konsep nombor negatif secara mendalam. Jika masalah ini tidak
diatasi, bagaimana pelajar kita boleh maju dan berminat dengan matematik serta
subjek-subjek lain yang berkait dengan dengan nombor negatif seperti fizik, kimia
dan sains? Dengan ini jelaslah bahawa minat minat pelajar untuk menuntut ilmu akan
terbantut dan masa depan mereka dan masa depan negara pada keseluruhannya akan
terjejas.
Kajian yang lepas menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran dan
memahami konsep abstrak yang membabitkan operasi nombor negatif dalam
pecahan, penjelmaan dan algebra. Walaupun integer dan operasi yang membabitkan
nombor negatif diberi penekanan dalam kurikulum matematik di Malaysia, namun
prestasi pelajar tetap kurang memuaskan (KPM 1994). Sebilangan guru menjelaskan
bahawa tajuk nombor negatif yang membabitkan integer dan operasi ke atas integer
merupakan tajuk yang sukar difahami oleh pelajar (KPM 1993).
Menurut Chin (1999), kebanyakan guru berpendapat bahawa operasi
penolakan dan penambahan merupakan bahagian yang paling susah diajar. Melalui
kajiannya juga beliau mendapati kelemahan proses pengajaran merupakan salah satu
punca pelajar sukar menguasai topik ini. Guru-guru tidak harus mengabaikan
kepentingan ‘kurungan’. Fungsi kurungan ‘( )’ harus diterangkan kepada pelajar-
pelajar dengan jelasnya semasa guru menggunakannya. Terdapat kemungkinan di
mana guru terpaksa mengulang penerangan yang sama banyak kali, tetapi kesemua
usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya pelajar tidak lagi keliru antara ‘operasi’
dengan ‘sifat’ bagi tanda yang sama dalam sesuatu ayat matematik.
Menurut Kim (1999), topik nombor negatif dianggap sukar bagi pelajar
tingkatan satu disebabkan oleh miskonsepsi guru atau murid terhadap tanda negatif
dalam matematik. Konsepsi yang menganggap tanda negatif sebagai tolak atau
13
kurang sahaja mungkin menghalang pelajar memahami nombor-nombor negatif yang
baru diperkenalkan pada Tingkatan 1.
1.6 Skop kajian
PBK yang dibangunkan ini dihasilkan untuk kegunaan pelajar-pelajar
tingkatan 1 dan pelajar-pelajar yang mempelajari subjek matematik peringkat
sekolah menengah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana topik
penambahan dan penolakan integer yang diterangkan dalam perisian ini berdasarkan
huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 1. Berikut merupakan
sukatan mata pelajaran matematik bagi topik Integer Tingkatan Satu:
6.0 Integer
6.1 Penambahan Integer
6.2 Penolakan Integer
1.7 Penutup
Melalui perisian PBK ini, diharapkan dapat membuka lembaran baru dalam
cara pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa kini. Para pelajar dan guru
akan mendapat suatu suasana pembelajaran yang baru dan menyeronokkan. Dengan
ini matematik yang merupakan perkara yang abstrak tidak lagi dianggap sebagai
suatu perkara yang membosankan tetapi menyeronokkan sekiranya pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diambil. Selain itu, menerusi perisian ini
penulis berharap dapat membuka mata orang lain untuk menghasilkan perisian
seperti ini supaya perisian PBK dapat diperbanyak dan dipelbagaikan.