PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ)
LEE CHOU BUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ)
SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya LEE CHOU BUN______________________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
Disahkan oleh
( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )
Alamat Tetap: 9, Jalan Putra 1/40, Bandar Putra, 85000, Segamat, Johor. Tarikh: ____________________
DR. ZALEHA ISMAIL Nama Penyelia Tarikh : ________________
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : _____________________
Nama Penyelia : DR. ZALEHA ISMAIL
Tarikh : _____________________
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI
SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ)
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
LEE CHOU BUN
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : LEE CHOU BUN
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Kepada ayah yang tersayang,
(Lee Kong Hwee)
Ibu yang dikasihi,
(Koh Bee Teck)
Abang dan adik yang disayangi,
(Lee Sian Yee, Lee Kian Hong, Lee Kian Chong, Lee Chou Hui dan Lee Chou Du)
Kawan yang dikasihi,
(Lim Chun Siong)
Setinggi- tinggi terima kasih atas sokongan, prihatin, dan bantuan anda
iv
PENGHARGAAN
Dalam ruangan yang dikhaskan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk
merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, iaitu Dr. Zaleha
Ismail atas bimbingan dan dorongan tanpa jemu yang diberikan oleh beliau sehingga
projek ini berjaya disiapkan. Jasa baik dan sumbangan itu amatlah dihargai.
Berbanyak-banyak terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah yang
pernah mengajar dan membimbing sama ada secara langsung atau tidak langsung
sepanjang saya berada di Universiti Teknologi Malaysia. Semoga ilmu yang telah
dicurahkan selama ini diredhai buat saya amalkan sepanjang hidup.
Terima kasih kepada rakan-rakan kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains) yang sedia menghulurkan bantuan kepada saya apabila saya menghadapi
masalah.
Penghargaan juga ditujukan kepada saudari Yong Lai Vang, rakan sekursus
dengan saya yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya tentang perisian
Macromedia Authorware.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, adik-
beradik saya serta Lim Chun Siong atas sokongan moral mereka kepada saya.
v
ABSTRAK
Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian multimedia
pendidikan yang bertajuk Pembentukan Imej bagi mata pelajarn Sains KBSM Tingkatan
Empat. Isi pelajaran dalam perisian PBK ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran
tingkatan 4 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Perisian ini
dibangunkan dalam versi Bahasa Inggeris kerana Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah
membuat keputusan untuk melaksanakan mata pelajaran sains dan matematik dalam
Bahasa Inggeris. Di samping itu, tajuk Pembentukan Imej merupakan satu bab yang
penting dalam peperiksaan SPM kerana bab ini selalunya diuji. Skop dalam perisian ini
meliputi Pembentukan Imej oleh Cermin Satah, Kanta Cembung, dan Kanta Cekung.
Tajuk Pembentukan Imej ini sesuai dipersembahkan dalam perisian multimedia kerana
gabungan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan sebagainya
memudahkan penerangan konsep-konsep yang abstrak di samping mencungkil minat
pelajar untuk belajar mata pelajaran Sains. Perisian PBK ini dibangunkan dengan
menggunakan kombinasi program-program seperti Macromedia Authorware 6.5, Adobe
Photoshop 6.0, Adobe Premiere 6.5, Ulead Cool 3D 3.5, Sound Forge 4.5, Ulead Gif
Animator 5.0, dan Windows sound recorder. Diharapkan perisian yang dibina ini dapat
meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta
menghasilkan generasi yang mahir menggunakan komputer dalam bidang pendidikan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop a multimedia educational software on
‘Image Formation’ for KBSM Form Four Science. The content in this CAI software is
based on form four secondary school syllabus designed by the Ministry of Education.
This software was written in English because the government has decided to carry out
the teaching of science and mathematics in English. The topic of ‘Image Formation’ is
selected because this material is always been tested in SPM. The software covers the
content on ‘Image Formation by Plane Mirrors, Convex Lenses, and Concave Lenses’.
‘Image Formation’ is suitable to be presented in multimedia software because
combination of multimedia elements such as texts, graphics, audio, and video, help in
presenting the abstract concepts more effectively as well as to cultivate students’ interest
in science. This CAI software is developed using the combination of Macromedia
Authorware 6.5, Adobe Photoshop 6.0, Adobe Premiere 6.5, Ulead Cool 3D 3.5, Sound
Forge 4.5, Ulead Gif Animator 5.0, and Windows sound recorder. Finally, it is hoped
that this software can help in improving science learning and teaching as well as giving
the opportunity for the young generation to be more computer literate.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah Projek 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Skop Projek 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 7
1.6 Penutup 8
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 9
2.1 Teori Pembelajaran dalam PBK –Teori 9
Pembelajaran Konstruktivisme
viii
2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer - PBK 10
2.2.1 Definisi PBK 11
2.2.2 Jenis-jenis PBK 11
2.2.2.1 Latih Tubi 12
2.2.2.2 Tutorial 12
2.2.2.3 Simulasi 13
2.2.2.4 Permainan 13
2.2.2.5 Penyelesaian Masalah 13
2.2.3 Masalah Pelaksanaan PBK Di Sekolah 14
2.2.3.1 Kurangnya Perisan Yang Sesuai 14
Untuk Tujuan Pembelajaran dan
Pengajaran
2.2.3.2 Kurangnya Tenaga Mahir Di Dalam 15
Penggunaan Perisian-Perisian
Pembelajaran Dan Pengajaran
2.2.3.3 Kekurangan Komputer Di 15
Sekolah-sekolah Untuk
Menampung Keperluan Pelajar
Yang Ramai.
2.3 Multimedia 15
2.3.1 Definisi Multimedia 16
2.3.2 Elemen-elemen Dalam Multimedia 16
2.3.2.1 Teks 16
2.3.2.2 Grafik 17
2.3.2.3 Audio 18
2.3.2.4 Animasi 18
2.3.2.5 Video 19
2.3.2.6 Interaktiviti 20
2.3.3 Kebaikan Multimedia Dalam Pendidikan 20
2.3.3.1 Format yang Interaktif dan 21
Merangsang
ix
2.3.3.2 Komunikasi Maklumat Yang 21
Efektif
2.3.3.3 Pengekalan Informasi Yang 21
Berkesan
2.3.3.4 Memudahkan dan 22
Mempercepatkan lagi Proses
Pengajaran dan Pembelajaran
2.3.3.5 Membolehkan Pelajar Belajar 22
Mengikut Kehendak Mereka
Sendiri
2.3.3.6 Pembelajaran Kendiri 22
2.3.4 Kelemahan Penggunaan Multimedia 23
Dalam Pendidikan
2.3.4.1 Kos Perbelanjaan dan 23
Pembinaan Perisian
2.3.4.2 Tempoh Penghasilan Perisian 23
Multimedia
2.3.4.3 Kualiti Perisian 23
2.4 Penutup 24
BAB III METODOLOGI
3.0 Pengenalan 25
3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem 25
- Model ADDIE
3.1.1 Analisis 26
3.1.1.1 Analisis Terhadap 27
Pengguna – Temubual
dengan guru Sains
3.1.1.2 Analisis Terhadap 27
Persekitaran Pembelajaran
- Perisian Yang Ada Di
x
Pasaran
3.1.1.3 Analisis Terhadap 28
Persekitaran Pembelajaran
–Kurikulum Pelajaran yang
Lepas
3.1.2 Reka bentuk 31
3.1.2.1 Carta Alir 31
3.1.2.2 Pemilihan Perkakasan 38
Pembangunan Multimedia
3.1.2.3 Pemilihan Perisian 38
Pembangunan Multimedia
3.1.2.4 Objektif Pengajaran 39
3.1.3 Pembangunan 39
3.1.4 Pelaksanaan 40
3.1.5 Penilaian 41
3.2 Penutup 41
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.0 Pengenalan 42
4.1 Pempakejan Perisian 42
4.2 Cara Mengguna Perisian 43
4.3 Struktur Asas Perisian 43
4.3.1 Paparan Persembahan Permulaan 44
4.3.2 Paparan Memasukkan Nama 44
Pengguna
4.3.3 Paparan Objektif Perisian 45
4.3.4 Paparan Panduan Menggunakan 46
Perisian
4.3.5 Paparan Menu Utama 46
4.3.6 Paparan Bahan Pengajaran 47
4.3.6.1 Cermin 47
xi
4.3.6.2 Cermin Satah 48
4.3.6.2.1 Pengenalan tentang 49
Cermin Satah
4.3.6.2.2 Hukum Pantulan 49
4.3.6.2.3 Ciri-ciri Imej yang 50
Dibentukkan dalam
Cermin Satah
4.3.6.2.4 Kepentingan Cermin 51
Satah dalam Kehidupan
Seharian
4.3.6.3 Kanta (Lenses) 51
4.3.6.4 Kanta Cembung (Convex Lenses) 52
4.3.6.5 Kanta Cekung (Concave Lenses) 53
4.3.7 Paparan Tambahan (Extra) 53
4.3.7.1 Istilah yang Penting dalam 54
Gambar Rajah Sinar Kanta
Cembung
4.3.7.2 Istilah yang Penting dalam 55
Gambar Rajah Sinar Kanta
Cekung
4.3.8 Paparan ujian 55
4.3.9 Paparan keluar 56
4.4 Keistimewaan Perisian 57
4.4.1 Kemudahan Glosari (Glossary) 57
4.4.2 Kemudahan Laman Web (Internet) 58
4.4.3 Butang-butang Navigasi 59
4.5 Penutup 59
BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 60
5.1 Perbincangan dan Kesimpulan 60
xii
5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi 61
5.3 Kekuatan Perisian 62
5.4 Kelemahan Perisian 63
5.5 Cadangan 63
5.6 Penutup 64
RUJUKAN 65
xiii
SENARAI JADUAL NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29
dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan
Penglihatan”
3.2 Analisis Soalan Kertas SPM dalam tajuk 31
“Cahaya, Warna, dan Penglihatan”
xiv
SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.0 Model ADDIE 26
3.1 Perisian di Pasaran Yang 28
Bertajuk “Science Smart”
3.2 Perisian di Pasaran Yang Bertajuk 28
“Arcade Education Science 1216”
3.3 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 30
dalam tajuk “Cahaya, Warna, dan
Penglihatan”
3.4 Carta Alir Utama Perisian Dalam 32
Topik “Image Formation”
3.5 Carta alir terperinci topik “Mirrors” 33
3.6 Carta alir terperinci topik “Plane Mirrors” 34
3.7 Carta alir terperinci topik “Lenses” 35
3.8 Carta alir terperinci topik “Convex Lenses” 35
3.9 Carta alir terperinci topik “Concave Lenses” 36
3.10 Carta alir “Extra” 36
3.11 Carta alir “Test” 37
3.12 Paparan cerita bagi Menu Utama 40
4.1 Paparan Persembahan Permulaan 44
4.2 Paparan Memasukkan Nama Pengguna 45
4.3 Paparan Objektif Perisian 45
4.4 Paparan Panduan Menggunakan Perisian 46
4.5 Paparan Menu Utama 47
xv
4.6 Paparan Mirrors 48
4.7 Paparan Plane Mirrors Menu 48
4.8 Paparan Introduction 49
4.9 Paparan The Law of Reflection 50
4.10 Paparan Image Characteristics 50
4.11 Paparan Importance of Plane Mirrors in 51
Our Daily Life
4.12 Paparan Lenses 52
4.13 Paparan Convex Lenses 52
4.14 Paparan Concave Lenses 53
4.15 Paparan Extra Menu 54
4.16 Paparan Important Terms for 54
Convex Lenses Ray Diagram
4.17 Paparan Important Terms for 55
Concave Lenses Ray Diagram
4.18 Paparan Test 56
4.19 Paparan Untuk Keluar Dari Perisian 57
4.20 Paparan Glossary 58
4.21 Paparan Laman Web 58
4.22 Paparan Butang di Sebelah Kiri 59
Paparan Isi
4.23 Paparan Butang di Sebelah Bawah 59
Paparan Isi
BAB I
PENGENALAN 1.0 Pendahuluan
Pendidikan sains merupakan satu ejen yang bertujuan untuk mencungkil lebih
banyak bakal sains bagi menyumbangkan ilmu sains mereka terhadap kemajuan sains
dan teknologi dalam pembangunan negara. Ini adalah bagi menyahut cabaran ke enam
dalam Wawasan 2020 yang telah dinyatakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir bin
Mohamed, iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian pendidikan Malaysia dan pihak
sekolah telah berusaha memperkenalkan pelbagai alat bantu mengajar (ABM) bagi
membantu proses pengajaran dan pembelajaran sains.
Dunia pendidikan sekarang telah mengalami perubahan yang pesat akibat
ledakan teknologi maklumat. Era perkembangan teknologi ini telah menyedarkan
Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa pengabungan aspek teknologi dengan
kurikulum sekolah adalah berkesan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih dikenali sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Atas galakkan
dan seruan Kementerian Pendidikan, para pendidik sains telah berusaha secara
2
bersungguh-sungguh bagi memanfaatkan PBK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains.
Sesebuah persembahan sains itu akan menjadi lebih efektif kepada para
pengguna kerana perkembangan teknologi yang pesat telah menyebabkan sistem
komputer bukan sahaja dapat memaparkan teks tetapi juga dapat menyelitkan unsur-
unsur grafik, fotografi, animasi, audio, video dan interaktiviti. Maka pengaplikasian
sistem komputer ini ke dalam pembelajaran sains akan membantu meningkatkan
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kaedah pembelajaran yang
mengabungkan pelbagai media dalam komputer ini dinamakan Multimedia.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, program multimedia yang
menerapkan unsur-unsur hiburan, iaitu “edutainment” merupakan satu dimensi baru.
Bagi merealisasikan dimensi baru ini, kerajaan terus berusaha mengalakkan penghasilan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif yang dihasilkan sendiri
oleh guru-guru (Berita Harian, 11 Januari 2001). Ini telah dinyatakan oleh Menteri
Pendidikan,YB Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad semasa berucap dalam majlis
perutusan tahun baru 2001, di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara,
Kuala Lumpur.
Pada hari ini, seseorang guru sains itu tidak perlu menggunakan buku teks, papan
hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna-warni, peta, gambar dan suaranya
sendiri untuk mengajar lagi, tetapi hanya dengan membawa sebuah perisian multimedia
yang merangkumi semua aspek ini. Computer Technology Research (CTR) melaporkan
bahawa orang ramai telah menggunakan 80% keupayaan untuk mengingat berdasarkan
kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan; 50% dari apa yang mereka lihat serta
dengar; 30% daripada apa yang mereka dengar dan 20% daripada apa yang mereka lihat
(Hofstetter,1995). Oleh hal yang demikian, penggunaan multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains ini akan membantu pelajar membentuk corak ingatan
3
yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat tersebut di
masa hadapan.
Pada tahun 1999, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
penggunaan multimedia di sekolah bestari. Subjek Sains merupakan salah satu subjek
yang akan diajar menggunakan multimedia. Pelaksanaan multimedia dan pembelajaran
berbantukan komputer (PBK) ini telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan
pelaksanaan “Sekolah Bestari” atau “Smart School”. Menurut YB Menteri Pendidikan
Malaysia, seramai 225 orang pengurus sekolah perintis telah dilatih untuk menggunakan
perisian sistem pengurusan sekolah Bestari, dan 480 orang guru pula dilatih untuk
menggunakan perisian empat mata pelajaran (Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris) (Berita Harian,11 Januari 2001).
Di dalam bab ini akan menjelaskan lagi mengenai latar belakang masalah projek,
pernyataan masalah, skop projek, objektif projek, kepentingan projek.
1.1 Latar Belakang Masalah Projek
Pada Jun 2003, sistem pendidikan di Malaysia sekali lagi mengalami reformasi
akibat Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah membuat keputusan untuk melaksanakan
mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Menteri Pendidikan
Malaysia telah menyatakan bahawa, pendedahan awal kepada sains dan matematik
dalam Bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas
bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang sains dan matematik,
selain menambah masa kontak terhadap Bahasa Inggeris (Mingguan Malaysia, 20 Julai
2002). Oleh hal yang demikian, ianya menjadi penghasilan perisian-perisian sains
dalam bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang mendesak. Pernyataan ini telah disokong
oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir
dengan berkata;
4
“ pelajaran sains dan matematik lebih sesuai diajar menggunakan bahasa Inggeris
bagi memudahkan pelajar mengumpul maklumat menerusi digital (Utusan Melayu, 27
Jun 2002).”
Hasil Kajian yang dilakukan oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, terhadap keberkesanan program KBSM
menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar (ABM) oleh guru kurang
berkesan disebabkan tulisan atau rajah terlalu kecil, penyampaian pelajaran satu hala
kerana terlalu memusat kepada guru, dan perkembangan kemahiran berfikir pelajar
sangat terbatas kerana pelajar hampir tidak diberi peluang menjawab soalan (Meor
Ibrahim Kamaruddin, 2001). Maka, penghasilan multimedia interaktif dapat menjadi
ABM guru dan sebagai bahan pembelajaran dan bahan ulangkaji pelajar.
Pada masa kini, didapati kebanyakan perisian-perisian pendidikan sains di
pasaran adalah kurang bersesuaian dengan kurikulum kebangsaan. Kebanyakan
perisian-perisian ini bercirikan komersial dan tidak bercorak tempatan. Baharuddin
Aris, et al. (2000) menyatakan bahawa, pembangunan sesebuah perisian di pasaran kini
sering kali hanya bertumpu kepada nilai komersial yang mana kualiti hanya dinilai
berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai pengajaran
dan pembelajaran serta perubah tingkah laku pelajar yang ingin dicapai. Malah,
perisian-perisian sains yang memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk KBSR
mahupun KBSM masih juga terhad di pasaran. Oleh hal yang demikian, penghasilan
sesebuah perisian multimedia yang mengikut kurikulum kebangsaan amat diperlukan.
Menurut YAB Menteri Pendidikan, perisian yang dibina mestilah berdasarkan
kurikulum kebangsaan kita. (Mingguan Malaysia, 7 Julai 1996).
Kerangka alternatif pelajar juga merupakan suatu masalah yang telah
menghambatkan proses pengajaran dan pembelajaran sains. Terdapat hasil penyelidikan
yang menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mempunyai kerangka alternatif
terhadap apa yang telah dipelajari dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,
5
walaupun mereka memperolehi pencapaian yang baik dalam peperiksaan,misalnya di
peringkat SPM (Meor Ibrahim Kamaruddin , 2001). Jadi, dengan adanya pembinaan
perisian-perisian pendidikan sains, kerangka alternatif pelajar dapat dikenal pasti dahulu
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan.
Dalam pembelajaran sains, kebanyakan ilmu yang hendak disampaikan kepada
pelajar adalah dalam bentuk abstrak. Sebagai contoh, dalam proses pembentukan imej
oleh cermin satah, pantulan cahaya akan berlaku ke atas permukaan cermin. Jadi, bagi
mempelajari pembelajaran yang abstrak ini, kematangan pemikiran pelajar adalah sangat
penting bagi memahami sesuatu konsep. Pembangunan perisian multimedia dapat
menguji sama ada pelajar sasaran itu sudah bersiap sedia menerima konsep abstrak atau
masih dalam tahap pemikiran konkrit.
Mata pelajaran Sains Tingkatan 4 dipilih adalah kerana mata pelajaran ini
merupakan satu mata pelajaran teras yang penting bagi pelajar-pelajar aliran sastera.
Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan” dalam sub topik “Pembentukan imej”
dikhususkan dalam mereka bentuk perisian multimedia interaktif ini. Sub topik
“Pembentukan Imej” ini dikatakan agak sukar bagi pelajar-pelajar kerana sebahagian
besar konsepnya adalah berbentuk abstrak. Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin
satah, kanta cembung dan kanta cekung adalah berbeza-beza. Proses pembentukan imej
ini juga dikatakan agak kompleks. Jadi, pelajar mungkin akan mengeliru dalam
mempelajari proses pembentukan imej dan juga ciri-ciri yang terbentuk. Majoriti guru
yang mengajar sains berpendapat bahawa topik ini mengambil masa yang panjang untuk
diajar dan sukar diajar secara tradisional. Maka, dengan adanya penggunaan grafik
beranimasi dan video, pelajar akan dapat melihat bagaimana proses pembentukan imej
oleh cermin satah dan kanta dengan lebih jelas. Ini dapat mengukuhkan kefahaman
pelajar tentang topik ini. Latihan yang interaktif dapat membantu pelajar mengingati
ciri-ciri imej yang dibentuk serta proses pembentukan imej dengan lebih berkesan.
6
1.2 Pernyataan Masalah
Perkembangan teknologi pada masa kini telah menyebabkan perisian multimedia
interaktif menjadi salah satu alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, pendidik yang menggubal perisian
harus mengkaji kesesuaian topik itu untuk digubal dalam perisian multimedia bagi
memastikan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping
itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dalam Bahasa Inggeris juga
menggalakkan perisian multimedia dihasilkan. Tambahan pula, perisian-perisian yang
terdapat di pasaran sekarang jarang serasi dengan kurikulum kebangsaan dan biasanya
bersifat komersil. Sehubungan dengan itu, projek ini adalah suatu usaha untuk
menghasilkan sebuah perisian PBK yang bercorak tempatan, mengikut kurikulum
kebangsaan sekolah dan juga dalam versi Bahasa Inggeris. Dalam projek ini, topik
Pembentukan Imej dalam sukatan pelajaran KBSM Sains Tingkatan 4 dipilih untuk
dibangunkan secara multimedia.
1.3 Skop Projek
Penyediaan perisian yang dibina ialah mengenai mata pelajaran sains bagi semua
pelajar-pelajar aliran sastera tingkatan 4 yang mana isi mata pelajaran ini tertakluk
kepada sukatan pelajaran Sains tingkatan 4 yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan. Ianya juga berdasarkan buku teks keluaran Pustaka Alhas (M) Sdn. Bhd. ,
dan buku-buku ulangkaji.
Tajuk yang lebih spesifik untuk penyediaan perisian ini ialah “Cahaya, Warna,
dan Penglihatan” dalam sub topik “Pembentukan imej”. Di dalam tajuk ini akan
menerangkan tentang pembentukan imej oleh cermin satah, pembentukan imej oleh
kanta cembung, dan pembentukan imej oleh kanta cekung. Skop projek ini juga terhad
setakat memenuhi kehendak-kehendak sukatan pelajaran bagi Tingkatan 4 bagi tajuk
7
yang telah dinyatakan. Namun begitu, perisian ini juga akan mempunyai bahan-bahan
tambahan bagi memperkayakan lagi pengetahuan pelajar.
1.4 Objektif Projek
Objektif pembinaan PBK ini adalah untuk menghasilkan sebuah perisian PBK
multimedia bertajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan” dalam sub topik “Pembentukan
imej” mengikut Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 4 yang mempunyai unsur-
unsur berikut:-
1.4.1 bercorak tempatan dengan berpandukan KBSM.
1.4.2 Menggunakan Bahasa Inggeris
1.4.3 Berasaskan model reka bentuk instruksi bersistem - Model ADDIE
1.4.4 Berasaskan teori konstruktivisme
1.4.5 menggunakan ketujuh-tujuh elemen multimedia mengikut kesesuaian bagi
membantu pelajar memahami konsep yang berbentuk abstrak dalam sub topik
“Pembentukan Imej”.