Download - Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
1/18
PEMIKIRAN MELAYU MENGENAI ILMU
Oleh:
Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
2/18
1. a) Tradisi ilmu dan pengilmuan China sudah amat mantap lantaranketamadunan China adalah tamadun yang wujud lama, maka oleh sebab
itu terdapat hadis Nabi Muhammad s.a.w, bahawa tuntutlah ilmusehingga ke China.
b) Berpusat di tapak teras lagi utama di Sungai Huang Ho (Yellow River),
dan Maharaja China yang terkenal Qin Huangdi yang wujud 200 sebelumMasehi yang berperanan menyatukan kebudayaan China.
c) Negara China sekarang ini telah menjadi salah satu kuasa besarekonomi, politik dan ketenteraan bermula dengan pembaharuan yang
digerakkan oleh Deng Xiaoping.
d) Siapa yang tak kenal konsep Ying-Yang, Seni peperangan Tsun Tzu,
ilmu perubatan China dan sebagainya, yang di antara keagungan ilmudan pengilmuan China.
e) Tulisan ini cuba secara etimologis menelusuri konsep ilmu, danmenghurai sumber ilmu Melayu, bagaimana pula pemikiran Melayumengenai ilmu, dan perubahan yang berlaku.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
3/18
2. a) Penakik pisau dirautAmbil galah batang lintabungSeludang jadikan nyiru
Setitik jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru
b) Kata alam cukup penting untuk orang Melayu sehingga melahirkankonsep peng + alam + an(pengalaman), suatu konsep yang cukupmendalam maknanya. Perbilangan alam terkembang jadikan guru adalahsuatu falsafah praktis (amali) untuk orang Melayu menata dan mengaturkehidupan
rosak kelapa kerana salah kukur, rosak manusia kerana salahatur
c) Manusia Melayu amat menghargai orang yang berpengalaman,orang yang tahu segala selok-belok alam, ibarat melayari lancang kuning
berlayar malam, dan seandainya nakhoda tidak pandai perahu akan
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
4/18
d) Dikatakan lebih dahulu makan garam. Seorang yang tahu
lagi berpengalaman adalah seorang yang memahami seluruhkhazanah alam, sama ada yang manusiawi, bendawi hatta yangghaibi.
e) Menata kehidupan manusia khasnya interaksi sesamamanusia, orang Melayu mengaturnya dengan adat- Ilmu adat
disusun dan dikategorikan dengan adat yang sebenar adat, adatyang teradat, adat istiadatdan adat resam
f) Dilengkapi pula dengan strukturbudiyang mengawal tingkahlaku (budi-pekerti), tutur-kata (budi-bahasa), pertimbangan (budi-bicara), perasaan (hati-budi) dan pemikiran (akal-budi) -diperkukuhkan pula dengan aspek kepercayaan dan keagamaanyang berperanan untuk berinteraksi dengan alam ghaib ataudengan ruang spirituality atau ruang metafizikal.
g) Dari alamiah dan bendawi ke adat dan budi hingga ke yang
metafizikal.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
5/18
3. a) Proses tahu dan kenal, dan sehingga dapat memahami kejadian
setiap objek, usaha ini jelas sekali digambarkan di dalam ungkapan aku tahu asal-usul mu,seperti yang terdapat di dalammantera Melayu - asal-usul ini bukan sekadar tahu mengenaisesuatu objek tetapi juga mengenali dan memahami asal-usul dansusunan setiap sesuatu kejadian, termasuk bagaimana sesuatuobjek itu terjadi, bermula dan berakhir seperti kata asal-usul ini:
Membaca dari alif,
Membilang dari sa;
Mengkaji dari asal,
Asal-usul jangan dilupa.
b) Merupakan kaedah Melayu membuat penjenisan, klasifikasi,pengkategorian (taxanomy) setiap benda atau objek yang terdapatdi dalam alam lahiriah sahaja.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
6/18
c) Usaha penjenisan atau pengklasifikasian terhadap pelbagai
jenis tumbuhan dedaun, buah-buahan, air, tanah, galian, batu-batan, awan-awanan, dan lain-lain sudah mengandung maksudsaintifik dan tidak berbeza dengan sains moden kini.
d) Usaha untuk mengenali alam lahiriah pancaindera
digunakan untuk mengenali setiap benda secara empirikal.
e) Indera batin untuk memahami alam ghaib atau alambatiniah. Dalam usaha untuk mendapat ilmu pengetahuan yangsempurna (holistik) orang Melayu menggabungkan kedua-duaunsur lahiriah dan batiniah.
f) Di dalam masyarakat Melayu tradisi, orang yang tahu, orangyang kenal ialah orang yang pandai. Siapakah orang yang pandai,iaitu orang yang mengkhusus di dalam bidang tertentu sepertitukang kayu, pandai besi, pandai emas, yang disebut jugasebagai tukang atau juru (experts) atau orang yang mahir
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
7/18
g) Jika ia pandai berniaga dipanggil saudagar, pandai ke laut juragan, nakhoda, malim; pandai bersilat dan memiliki ilmupersilatan dipanggil pendekar, panglima; pandai ilmu agamadipanggil Tok Guru, Tok Alim, Tok Lebai.
h) Alam itu sendiri memberi pengetahuan kepada manusia,untuk mengenal siang dan malam; bulan dan matahari; mengenalperedaran dan pergerakan masa; mengenal ruang alam; mengenalsempadan, wilayah negeri, mengenal penjuru alam (kosmologikal).
i) Alam memberi manusia pengetahuan tentang alamnya,pengetahuan tentang budayanya apabila berinteraksi denganmanusia; manusia mengenali sumber air, jenis air, jenis tanah dansebagainya.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
8/18
j) Seperti kata perbilangan; yang pandai teman berunding,
yang alim minta doanya, yang kaya minta emasnya, yangcerdik teman berunding.
Kalau nak tahu dalamnya paya
Tanyalah kepada puyuh
Kalau nak tahu lebarnya rimba
Tanyalah kepada denak
Kalau nak tahu luasnya padang
Tanyalah kepada belalang
Kalau nak tahu panjangnya tanjung
Tanyalah kepada bebarau
k) Tidak menghairankan di dalam masyarakat yang pre-literateterdapat perhatian kepada Tukang Cerita, seperti Tok Selampit,Awang Batil, Tok Dalang, Tukang Syair dan melalui cerita-ceritarakyat inilah digunakan untuk mendidik, mengajar orang ramai sertadiberi maklumat sesuai dengan konteks zaman.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
9/18
Di dalam Syair Martabat Ilmu,
Martabat ilmu amat tingginyaEmas dan intan bukan sandingan
Barang siapa mendapat dianya
Nikmat sejahtera jua kiranya
Berkatalah ilmu akulah sultan
Kuasa perintahku darat dan lautan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan.
L) Begitulah pula dengan pegawai adat yang pandai berthamthilibarat, bergurindam, berpetatah-petitih - Peribahasa pepatah,petitih, perbilangan adat adalah sumber tradisi yang sudah wujudsebelum manusia mengenal tulisan. Ia lahir dari kebijaksanaanorang dahulu dalam menyusun kata-kata; seperti dari alam ikan;siakap senohong, gelama ikan duri, cakap bohong, lama-lamamencuri.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
10/18
m) Peribahasa, empat sudah bersimpul satu, bermaksud,sesuatu kesempurnaan yang telah diperlakukan oleh empat orangiaitu yang berilmu, berakal, mahir dan berusaha - Peribahasa, isidada bekal berjalan, membawa maksud, dengan ilmu, ke manasahaja boleh mendapat kehidupan.
n) orang yang berilmu hendaklah menyampai atau mengajarilmunya, seperti kata peribahasa, Alim yang kikir akan ilmunya ituseumpama senjata yang berkarat di dalam sarungnya; dan si jahilyang enggan belajar seumpama si buta malu bertongkat.Kadangkala orang yang berilmu tidak suka menzahirkan
kemuliaannya; kata peribahasa Melayu, Tempayan yang penuh itutidak berkocak airnya; bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
11/18
Dari alam juga mereka mengetahui asal-usul alam seperti
tergambar dalam mantera asal-usul dunia (alam):Allah belum bernama Allah
Muhammad belum bernama Nabi
Bumi belum bernama bumi
Bumi bernama pusat negeri
Langit bernama payung negeriBumi itu segedang talam
Langit itu segedang payung
o) Apabila menguasai ilmu asal-usul, seorang yang pandai
seperti pawang, bomoh, dukun; mampu melembutkan ataumencairkan yang keras, melemahkan yang kuat, menghilang benci jadi sayang, racun jadi penawar dan sebagainya - Mereka inilahmanusia khas lagi istimewa yang mampu membaca melalui inderabatinnya, melihat melalui mata hati, dan berbicara melalui kata hati
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
12/18
4. Dengan kedatangan Islam di Alam Melayu, Islam
memperkukuhkan ilmu dan pengetahuan Melayu. Di peringkatawal berlaku penyesuaian (sinkretisme), dan kemudian secaraperlahan perubahan berlaku sesuai dengan keyakinan baru(Islam).
a) Dimensi ufuk (horizon) ilmu pengetahuan semakin meluas;ilmu tidak dilihat sebagai milik peribadi. Manusia Melayu telahmampu membezakan antara yang benar dengan yang tidak(yang haqq dengan yang bathil); di dalam waktu yang sama, adattetap dihormati dan agama dijunjung.
b) Pelbagai ilmu baru diketahui oleh orang Melayu seperti Fiqh,Tauhid, Ilmu Kalam, Tasawuf, akhlak, ilmu membaca al-Quran(sains al-Quran) dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini didokumentasimelalui kitab-kitab agama, ditulis, dikarang, disalin-semula olehpara ulama-Melayu di Alam Melayu.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
13/18
Dikatakan Abdullah Arif pada abad ke-12 telah menulis Bahr-ul-
laht, satu kitab fiqh syariah dan tasawuf, manakala Syed Naguib al-Attas (1988), telah menemui pula kitab Aqaid al-Nasafi, yangdianggap beliau sebagai kitab tertua Melayu pada abad ke-15.
c) Kitab-kitab agama ditulis di dalam pelbagai bidang yangbanyak ditulis pada abad ke-17 yang digunakan di pondok ataupesantren di Alam Melayu. Kitab-kitab tersebut terdiri dari kitabagama, perubatan, syair-syair, cerita-cerita Nabi dan sebagainya.
Kitab-kitab tersebut dikembangkan oleh para ulama di seluruhpelosok Alam Melayu. Pengilmuan Islam meresap ke dalam jiwa
orang Melayu melalui proses pembudayaan bukannya melaluipaksaan dan peperangan
d) Konsep ilmu Melayu turut berubah, sudah ada konsep ataukategoriAqlidan Naqli.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
14/18
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
15/18
5. a)Kemasukan tradisi sains Barat ke Alam Melayu, ke dalam akal-budi atau benak akal Melayu, telah secara halus menghakis
seluruh ilmu Melayu dan mengecil lagi menyempitkan peranan ilmuagama Islam.
b) R.O. Winstedt telah memperkecilkan seluruh ilmu budayaMelayu seperti sastera, seni dan pustaka ilmunya sebagai satu
warisan yang penuh mitos, tidak ilmiah, dan tidak rasional. R.O.Winstedt (1961) telah memperkecilkan tamadun Melayu denganberpendapat bahawa tamadun Melayu penuh dengan unsur luaratau asing, unsur peribumi (indigenous) tidak kelihatan.
c) Secara jelas di dalam korpus kesusasteraan Melayu,Winstedt telah mengelompok perundangan Melayu danketatanegaraan Melayu seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Johor sebagai sastera undang-undang. Begitu jugadengan sebahagian kitab keagamaan dikelompokkan pula sebagaisastera kitab atau ada yang menyebutnya sebagai kitab kuning.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
16/18
d) Secara halus Winstedt dan mereka sepertinya sudahmemainkan peranan sebagai reductionist,memperkecilkan ilmuMelayu kepada tahap ilmu tradisional.
Apakah mungkin pintu akal-budi kita akan tertutup dengankemunculan dan usaha pengukuhan tradisi berbahasa Inggeris di
semua peringkat pendidikan dan pengajian.
e) Kita perlu mengkaji apakah tradisi tulis Melayu di dalamkonteks zamannya. Bahawa Sulalatus Salatin, Misa Melayu,Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Patani, Hikayat Aceh dan
seumpamanya bukan sahaja suatu refleksi terhadap tradisi tulis danmengarang Melayu tetapi juga sebagai satu dokumen sejarahdalam konteks zamannya.
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
17/18
f) Barangkali sewajarnya seluruh ilmuan Melayu berusahasemoga yang herot dapat diluruskan, yang tenggelam ditimbulkandan digali, agar, disingkap tabir akalnya, dibuka pintu ilmunya,dibentangkan alam seluasnya.
Apa tanda batang tebuBatang tebu halus uratnya
Apa tanda orang berilmu
Orang berilmu halus sifatnya
-
8/14/2019 Pemikiran Melayu Mengenai Ilmu
18/18
Sekian, terima kasih.