Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar
Persoalan mengenai jaringan usahawan telah dibangkitkan kerana ini dianggap penting dalam
proses pembangunan usahawan. Adalah disarankan supaya agensi-agensi pembangunan luar
bandar menubuhkan kemudahan jaringan (networking) bagi membantu usahawan-usahawan luar
bandar mewujudkan interaksi dengan rakan sejawat mereka di dalam mahupun di luar
negara. Pengalaman menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada golongan usahawan amat
bergantung kepada pengaruh politik dan kuasa untuk mengembang dan memperluaskan jaringan
perniagaan mereka. Pendekatan ini dirasakan tidak sesuai. Sebaliknya para usahawan hendaklah
mengambil inisiatif sendiri untuk mengembangkan jaringan perniagaan mereka. Banyak
pendapat mengatakan bahawa jaringan usahawan merupakan teras kepada kejayaan dan daya
saing perusahaan. Oleh demikian usahawan-usahawan perlu meluangkan masa dan tenaga untuk
membina pangkalan data mengenai perniagaan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan
Takrifan keusahawanan juga turut dibincangkan. Jelas bahawa takrifan atau definasi usahawan
yang sediada perlu diperjelaskan lagi berdasarkan ciri-ciri dan parameter-parameter yang lebih
seragam supaya ia dapat digunakan dengan berkesan dalam pengubalan dasar atau strategi
pembangunan keusahawanan. Tafsiran usahawan yang berbeza-beza menimbulkan kekeliruan
bukan sahaja kepada penggubal dasar tetapi juga kepada pihak-pihak lain seperti institusi-
institusi kewangan, agensi-agensi khidmat sokongan dan penyelidik-penyelidik
Penekanan juga hendaklah diberikan kepada usaha mengumpul maklumat dan pengalaman
dalam bidang keusahawanan daripada negara-negara lain untuk dijadikan contoh. Pihak
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) disaran supaya menubuhkan urusetia yang
dapat berfungsi sebagai depositari atau tempat menyimpan maklumat yang diperlukan itu.
Seterusnya, perancangan pembangunan usahawan perlu membentuk institusi yang dapat
menyelaras dan mengendalikan aktiviti usahawan. Pembentukan institusi ini hendaklah
dijalankan di semua peringkat iaitu negeri, daerah dan bandar. Ia sesuai dilaksanakan oleh para
usahawan sendiri samada dengan mengwujudkan persatuan ataupun kumpulan tindakan. Selain
menjadi penghubung di kalangan para usahawan institusi yang ditubuhkan itu, ia juga boleh
bertindak sebagai pusat sumber, badan khidmat nasihat dan tempat rujukan.
Akhir sekali, aspek gender hendaklah sentiasa ditegaskan dalam program-program pembangunan
keusahawanan yang dijalankan oleh KPLB mahupun agensi-agensi pembangunan yang lain. Ini
bertujuan mengambil kira perbezaan antara gender dan juga bagi memastikan supaya keperluan-
keperluan khusus untuk golongan usahawan wanita dapat dikenalpasti.
Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar: Pengalaman Malaysia
Banyak program keusahawanan telah dijalankan di negara ini dan penyertaan usahawan wanita
luar bandar didapati amat menggalakkan. Namun demikian apa yang diperhatikan ialah
sebilangan besar daripada ushawan wanita tersebut terlibat dalam aktiviti perniagaan dan
perusahaan secara kecil-kecilan. Kebanyakan mereka juga tidak mempunyai modal yang
mencukupi dan pasaran yang luas. Jelas bahawa usahawan wanita luar bandar lebih banyak
tertumpu kepada bidang-bidang tradisi dan pertanian yang kurang produktif berbanding dengan
aktiviti perkilangan ataupun perkhidmatan.
Tahap pengetahuan dan kemahiran usahawan wanita luar bandar masih rendah untuk
membolehkan mereka bersaing dan meneroka bidang-bidang baru dengan berkesan. Kekurangan
keupayaan pengurusan dan teknologi menjadi penghalang kepada perkembangan usahawan
wanita diperingkat antarabangsa
Pihak kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai bantuan kepada golongan usahawan
wanita. Ketersediaan kemudahan-kemudahan ini kadangkala menggalakkan sindrom bantuan
sehingga menghalang para usahawan wanita untuk berdikari dan menghadapi cabaran. Adalah
disarankan supaya program-program bantuan membezakan usahawan wanita kepada tiga
kategori; usahawan di tahap tinggi, usahawan di tahap pertengahan dan usahawan di tahap
rendah. Memandangkan setiap kategori tersebut memerlukan jenis bantuan yang berbeza
Kementerian Pembanguanan Luar Bandar (KPLB) merancang untuk menubuhkan Dewan-dewan
Usahawan Industri Desa. Persoalannya, apakah peranan yang boleh dan perlu dimainkan oleh
dewan-dewan berkenaan? Apakah mereka harus terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
dalam pembangunan usahawan luar bandar. Persoalan ini dirasakan penting kerana pihak KPLB
tidak mahu mewujudkan sindrom bantuan dan juga sindrom subsidi di kalangan usahawan
industri desa.
Kebanyakan usahawan wanita di negara ini terlibat dengan enterprais mikro yang memerlukan
pembiayaan modal kurang daripada RM10,000. Namun demikian dasar perindustrian dan
pertumbuhan negara tidak mentakrifkan enterprais mikro sebagai kumpulan sasaran dalam
penggubalan strategi. Perkara ini perlu dikaji semula memandangkan terdapat banyak enterprais
mikro, terutamanya diluar bandar, yang boleh memberi sumbangan berkesan kepada kemajuan
negara
Adalah dicadangkan agar institusi-institusi kewangan mengenakan kadar faedah terhadap
pinjaman dan kredit yang disediakan agar usahawan wanita berpeluang menikmati kemudahan
tersebut. Selain daripada itu adalah disarankan supaya institusi-institusi penyelidikan dan
universiti-universiti tempatan meningkatkan lagi penyelidikan dalam bidang teknologi
pengeluaran yang sesuai digunakan oleh enterprais mikro. Selain daripada itu usaha hendaklah
dibuat untuk mengeluarkan alat perkakas yang mudah dan murah untuk kegunaan usahawan
wanita
Ramai usahawan wanita luar bandar tidak mengetahui tnetang program-program latihan
keusahawanan. Jesteru itu adalah dicadangkan supaya agensi-agensi pembangunan usahawan
dan keusahawanan berusaha menyebarkan maklumat mengenai program-program tersebut
dengan lebih agresif lagi
Aspek gender hendaklah sentiasa diambil kira apabila agensi-agensi pembangunan usahawan
membentuk dasar dan strategi mereka. Adalah dicadangkan supaya lebih banyak program yang
sensitif kepada gender dilaksanakan.
Cabaran Sosial, Kebudayaan & Politik Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar
Bandar
Memandangkan pembangunan usahawan wanita kini sudah menjadi penting dalam
pembangunan negara maka amat perlu dikenalpasti strategi-strategi khusus bagi merangka
program yang bersesuaian dengan keperluan usahawan wanita termasuk di luar bandar. Selain
daripada itu garis panduan dasar juga perlu digubal untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang
akan dihadapi oleh usahawan menjelang alaf ke-21. Halacara yang komprehensif hendaklah
dibentuk untuk menjadikan pembangunan usahawan wanita luar bandar lebih efektif dan berdaya
maju.
Aspek jaringan serta rangkaian khidmat sokongan hendaklah diberi perhatian kerana ini dapat
membantu para usahawan wanita dalam mengendalikan kegiatan perniagaan dan perusahaan
mereka. Selain daripada itu keperluan latihan kemahiran berkaitan dengan pengeluaran,
pengurusan dan pemasaran juga hendaklah diambilkira dalam perancangan memandangkan
kritikal kepada kejayaan usahawan.
Pembangunan usahawan wajar membezakan keperluan kalangan usahawan individu, komuniti
usahawan dan peniaga serta keluarga yang terlibat dalam perusahaan. Jelas, bahawa setiap
kategori usahawan tersebut memerlukan asas dan khidmat susulan yang khusus selaras dengan
tahap perusahaan yang dijalankan.
Struktur pembangunan usahawan yang seimbang hendaklah memberi penekanan yang sama rata
kepada empat komponen iaitu kerohanian, fizikal, sosial, dan ekonomi. Tumpuan terhadap aspek
ekonomi sahaja tidak boleh menjamin kejayaan sesuatu perusahaan dan ini juga boleh membawa
kepada sikap materialistik sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial dan sumbangan kepada
masyarakat setempat.
Beberapa masalah utama yang mengekang pembangunan usahawan wanita luar bandar telah
dikenalpasti. Wanita yang telibat dalam perusahaan mikro biasanya tidak berpeluang
memperolehi bantuan kredit daripada institusi kewangan. Oleh demikian mereka terpaksa
bergantung kepada modal sendiri dan ini membantutkan perkembangan perusahaan yang
dijalankan. Selain daripada itu, usahawan wanita luar bandar sering menghadapi masalah
pengurusan dan pemasaran. Program latihan dan bantuan teknikal harus mengambilkira batasan
tersebut.
Kebanyakan usahawan wanita luar bandar juga berperanan sebagai pengendali rumahtangga
selain daripada melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan perusahaan. Ini menimbulkan
konflik kepada diri mereka kerana terpaksa membahagikan masa dan tenaga kepada kegiatan
yang dijalankan dan juga keperluan rumahtangga.
Sebahagian besar usahawan wanita di luar bandar tidak mempunyai pendidikan formal
berbanding dengan usahawan lelaki. Ini membataskan keupayaan mereka di segi menerapkan
kemahiran dan teknik perniagaan dan perusahaan. Kajian juga menunjukkan ramai usahawan
wanita tidak mendapat peluang latihan dan pendidikan kerana ia lazimnya dijalankan di pusat-
pusat yang lokasinya jauh daripada tempat tinggal mereka. Akibatnya ramai usahawan wanita
yang berpotensi terpaksa mengundurkan diri daripada kursus-kursus yang dijalankan.
Terdapat bukti bahawa tidak ramai pengusaha mikro wanita yang menerima bantuan di bawah
program pembasmian kemiskinan. Pada masa yang sama juga mereka dianggap kurang layak
untuk mendapat bantuan yang ditawarkan di bawah program pembangunan perusahaan kecil
anjuran beberapa agensi kerana perniagaan dan perusahaan yang mereka jalankan masih belum
mencapai tahap yang dianggap layak untuk diberi bantuan.
Peluang Pendidikan dan Latihan Untuk Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar
Satu aspek yang dianggap kritikal dalam proses pembangunan usahawan wanita di luar bandar
ialah latihan dan pendidikan. Ia perlu dilihat sebagai satu strategi ke arah meningkatkan prestasi
usahawan luar bandar dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Dalam konteks ini perlu
diwujudkan program khas bertujuan menerbitkan peluang-peluang latihan, pengembangan dan
pendidikan dikalangan usahawan luar bandar termasuk usahawan wanita. Ini adalah selaras
dengan strategi penyusunan semula masyarakat yang telah disarankan di bawah Dasar Ekonomi
Baru (DEB). Tumpuan latihan dan pendidikan ialah untuk mendedahkan masyarakat usahawan
wanita luar bandar kepada pengetahuan moden disegi perniagaan dan perusahaan serta
mendedahkan mereka kepada perubahan dan cabaran yang berlaku ekoran daripada globalisasi
dan liberalisasi.
Pendedahan ilmu pengetahuan boleh difokuskan kepada tiga komponen. Komponen pertama
ialah di peringkat sekolah di mana boleh diwujudkan program-program specifik seperti program
usahawan muda. Komponen kedua pula ditujukan kepada institusi pengajian tinggi dan universiti
dan ini boleh mengambil bentuk program pembangunan siswa yang boleh menggunakan
peruntukkan khas yang disediakan oleh bahagian hal- ehwal pelajar masing-masing. Komponen
ketiga merangkumi latihan di kalangan para belia melalui kursus-kursus latihan tertentu yang
boleh diwujudkan mengikut keperluan.
Aspek pendedahan dan pembudayaann masyarakat luar bandar khususnya usahawan wanita juga
perlu menjadi salah satu teras pembangunan masyarakat perniagaan dan perindustrian luar
bandar. Bagi mencapai matlamat tersebut usaha gigih hendaklan di buat untuk menarik minat
golongan wanita luar bandar kepada aktiviti perniagaaan dan menanamkan sikap berdikari dalam
aktiviti yang dijalankan. Perubahan sikap dianggap penting kerana apa jua aktiviti yang
dijalankan memerlukan pengetahuan asas, konsep perniagaan dan maklumat mengenai bidang
yang diceburi. Hanya melalui pendekatan yang agresif sesuatu kejayaan akan dapat dicapai. Para
usahawan wanita juga digalakkan menambah pengetahuan mereka dalam perkara-perkara asas
perniagaan seperti pengurusan modal, perakaunan, strategi pemasaran dan pembentukan
jaringan. Mereka juga perlu fasih dalam hal ehwal mendaftar dan melaksanakan aktiviti mereka
Dari perspektif latihan, program yang dicadangkan merangkumi tiga peringkat. Kursus Peringkat
pertama merupakan tahap permulaan di mana asas-asas perniagaan diperkenalkan kepada bakal-
bakal usahawan. Jangkamasa kursus ini adalah dalam lingkungan lima hari dan ia menumpukan
kepada pengenalpastian jenis-jenis perniagaan yang berpotensi serta langkah-langkah
susulan. Peringkat kedua pula memberi penekanan kepada perlaksanaan perniagaan yang telah
dikenalpasti. Dalam kursus ini para usahawan akan didedahkan kepada aspek-aspek organisasi
dan pengurusan perniagaan disamping penyediaan akaun serta kawalan mutu dan
perkhidmatan. Peringkat ketiga merangkumi kursus bagi usahawan-usahawan yang sudah
mantap, yakni sudah lama menjalankan perniagaan. Tumpuan kursus di peringkat ini adalah
terhadap peningkatan motivasi pengwujudan daya maju dan daya saing perniagaan mereka
Kajian-kajian lampau menunjukkan bahawa di antara punca-punca kegagalan perniagaan ialah
kelemahan pengurusan, kekurangan kawalan kewangan dan kelemahan mengendalikan
kakitangan. Justeru itu amat perlu perkara-perkara ini diberi penekanan diperingkat awal
penubuhan perniagaan yang dijalankan oleh para usahawan.
Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempunyai fungsi untuk memenuhi
keperluan latihan dan pendidikan bagi golongan usahawan luar bandar. Program-program latihan
dijalankan melalui agensi-agensi di bawah kementerian seperti FELCRA dan Koperasi-koperasi
Desa bergantung kepada permintaan daripada kumpulan sasaran. Para usahawan disyorkan
supaya membuat permohonan kepada kementerian sekiranya mereka memerlukan program
latihan dan kemahiran ataupun ingin menerima pendedahan praktikal berkaitan dengan
perniagaan masing-masing.
Sumber Pembangunan Usahawan : Kewangan, Teknologi dan Perkhidmatan Sokongan
Satu jawatankuasa penyelarasan diperingkat nasional perlu diwujudkan untuk meneliti dasar dan
menentukan halatuju pembangunan usahawan wanita. Ia juga akan menyelaraskan aktiviti agensi
kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) serta kesemua program
pembangunan keusahawanan yang sedia ada. Selain daripada itu sebuah agensi seranta juga
perlu ditubuhkan untuk menyediakan maklumat mengenai sumber-sumber modal, sokongan
teknikal, saluran pasaran, latihan dan lain-lain khidmat sokongan.
Dalam masa yang sama para usahawan wanita juga mestilah berusaha untuk mendaftarkan diri
mereka dengan pertubuhan-pertubuhan yang menyediakan skim-skim bantuan. Mereka juga
hendaklah mengambil inisiatif untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan kesepakaran bagi
membolehkan pertukaran pengalaman mengenai aktiviti yang dijalankan. Ini adalah strategi
perkongsian bijak yang boleh memberi manfaat kepada golongan usahawan wanita.
Pembentukan jaringan dikalangan usahawan wanita juga hendaklah dipergiatkan.
Adalah dicadangkan supaya institusi-institusi yang serupa ditubuhkan diperingkat ASEAN. Ini
akan membolehkan kerjasama yang lebih erat dikalangan usahawan-usahawan wanita dalam
berbagai-bagai bidang termasuk perdagangan usahasama dan pelaburan luar pantai.
Bagi mengatasi masalah kredit dikalangan enterprais mikro, sistem pinjaman dan kredit
hendaklah menjadi lebih fleksibel dan menjurus kepada keperluan pengusaha disegi saiz
pinjaman, tempoh bayaran balik dan kegunaan bantuan. Syarat-syarat pinjaman wajarlah
dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai usahawan wanita yang tidak memiliki cagaran
mendapatkan pinjaman dari kredit.
Setiap program bantuan haruslah mengenal pasti kumpulan sasaran yang utama. Ini bertujuan
menjalinkan peraturan dan aturan pinjaman dan kredit yang lebih sesuai dengan kehendak
kumpulan tersebut.
Aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga harus diberi penekanan untuk menyokong
pembangunan enterprais mikro wanita luar bandar. Kajian-kajian mengenai peralatan dan
teknologi yang selaras dengan kemampuan dan keupayaan usahawan hendaklah dipesatkan.
Kerajaan hendaklah memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita dalam proses
penggubalan dasar pembangunan negara. Ini termasuklah pembangunan industri, pertanian dan
sektor-sektor lain. Tujuannya ialah untuk mengambilkira kepentingan golongan wanita dalam
pembentukan dasar dan strategi pembangunan. Penglibatan wanita juga amat perlu dalam
bidang-bidang tertentu seperti perniagaan francais, pembinaan teknologi, inkubator perniagaan
dan khidmat bimbingan. Secara keseluruhannya kepekaan gender perlu diserapkan ke dalam
proses penggubalan dasar disemua peringkat.
Skim-skim tertentu boleh dipesatkan bagi faedah usahawan wanita. Ini termasuklah program satu
produk satu kawasan yang membuka peluang kepada pengusaha wanita untuk turut serta. Namun
bagi menjayakan program tersebut kemudahan kewangan dan pemasaran hendaklah disediakan.
Dari sudut kewangan pula kebanyakan enterprais mikro tidak mempunyai akses kepada institusi
pinjaman. Ini disebabkan oleh sifat enterprais mikro yang tidak formal dan kurang menyakinkan
kepada institusi pinjaman disegi keupayaannya untuk membayar balik. Adalah juga didapati
bahawa kebanyakan skim-skim pinjaman dan kredit yang disediakan oleh instituti keewangan
tidak mempunyai program menabung untuk para usahawan wanita dan ini membantutkan usaha
mengujudkan satu sistem pusingan modal yang berkesan.
Keberkesanan Mikro-Kredit dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar :
Pengalaman AIM
Bagi meninjau keberkesanan program mikro kredit yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) satu kaji selidik telah dijalankan keatas 294 peminjam yang mempunyai
pendapatan antara RM400 hingga RM13,000 sebulan dan tertlibat dengan aktiviti pertanian,
perikanan, perniagaan dan lain-lain. Walaupun aktiviti-aktiviti ini diusahakan secara warisan
namun hasil daripada program berpenyeliaan yang diperkenalkan oleh AIM, ia telah berjaya
meningkatkan pendapatan peminjam.
Menerusi sistem berpenyeliaan rapi dan pinjaman mudah yang diperkuatkan dengan penerapan
disiplin, pihak AIM telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat miskin untuk sama-sama
menikmati arus perdana pertumbuhan negara. Penyeliaan yang rapi serta tunjuk ajar dan
bimbingan yang diberikan oleh AIM telah mempastikan agar para peminjam tidak kembali
semula ke bawah garis kemiskinan.
Kaji selidik ini telah mendapati bahawa masalah utama kemiskinan ialah kekurangan mdoal dan
disinilah AIM memainkan peranannya dengan menyediakan pinjaman dan kredit. Disamping
menyediakan modal AIM juga memberi latihan secara berterusan kepada peminjam. Penekanan
diberikan kepada aspek disiplin dan tanggungjawab supaya modal yang diberikan oleh AIM
akan digunakan secara berkesan. AIM juga memainkan peranan disegi pembangunan masyarakat
dan kepimpinan di kalangan peminjam. Dalam aspek ini AIM menganjurkan mesyuarat
Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) yang berfungsi sebagai penyelaras kegiatan peminjam.
Bagi memantapkan daya tahan dan daya saing peminjam AIM telah memperkenalkan kursus
sahsiah. Ini dirasakan kritikal memandangkan dunia perniagaan dan perusahaan kini menjadi
semakin bersaing. Selain daripada itu latihan-latihan profesional juga disediakan merangkumi
penyediaan akaun, pemasaran dan organisasi.
Penemuan kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa para peminjam berpuas hati
dengan program AIM. Mereka berpendapat peraturan pinjaman dan kredit AIM amat mudah dan
fleksibel. Mereka juga berpendapat bahawa AIM sememangnya prihatin kepada keperluan dan
kehendak peminjam. Walau bagaimanapun terdapat sebilangan daripada peminjam yang
merasakan bahawa tahap latihan dan kursus yang diberikan oleh AIM agak terlalu tinggi
berbanding dengan daya pemahaman mereka
Impact of Economic & Financial Crises in the ASEAN Region on Microcredit
Programmes
Sejak pertengahan tahun 1997 beberapa negara dirantau ini telah dilanda krisis kewangan dan
ekonomi ekoran daripada pengapongan mata wang baht. Krisis tersebut telah berlaku kerana
beberapa sebab dalaman dan luaran dan di antara negara-negara yang terjejas termasuklah
Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Korea. Di antara impak yang ketara ialah terhadap
pembangunan sosial akibat daripada peningkatan kadar pengangguran, kenaikan kadar inflasi
dan kemerosotan pendapatan. Kadar pengangguran telah meningkat kepada 23 peratus di
Indonesia, 6 peratus di Malaysia, 7.7 peratus di Filipina dan 8.8 peratus di Thailand. Kadar
inflasi dan kemiskinan telah meningkat dengan hebat di Indonesia berbanding dengan negara-
negara lain. Kegawatan ekonomi yang berlaku turut menjejaskan program-program mikro kredit
yang dilaksanakan di negara-negara berkenaan. Umpamanya, satu kajian berkaitan dengan
program mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menunjukkan bahawa keperluan
pinjaman telah meningkat. Ini merupakan petanda bahawa krisis yang berlaku telah mendorong
para peminjam untuk memohon amaun kredit dan pinjaman yang lebih besar bagi mengatasi
masalah pembiayaan dan modal aktiviti mereka yang teruk terjejas akibat krisis tersebut. Selain
daripada itu terdapat juga penambahan dalam pinjaman untuk tujuan pendidikan yang mana ini
menggambarkan kenaikan dalam perbelanjaan persekolahan dan pendidikan anak-anak
peminjam. Rumusan yang boleh dibuat ialah program-program berbentuk jaring keselamatan
(safety nets) hendaklah dilaksanakan untuk membantu para usahawan termasuk di luar bandar
menghadapi cabaran-cabaran yang terbit daripada krisis kewangan dan ekonomi itu.
Conclusion
The combination of weakening economic fundamentals and poor management of Iiberalisation
process has contributed to the current economic and financial crisis in ASEAN. The socio-
economic impact of the crisis is undoubtedly painful. However, at the micro level, microcredit
programmes are useful and important in cushioning the negative impact of the crisis on the
poor. Since some economic sectors such as agriculture including food and tourism have
continued to grow despite the crisis, it thus appears imperative to micro-credit practitioners to
concentrate on these strategic areas. Available evidence has shown that at least in Malaysia,
microcredit borrowers have already developed their entrepreneurship and probably also niches in
these clusters. It is during the recession that the poor must be given more attention and support.
Entrepreneurship Development for Rural Women and Poverty Alleviation Through the
ACLEDA Activities
Kemboja telah lama menghadapi peperangan dan pemerintahan yang silih berganti dan ini telah
mengakibatkan ketidakstabilan sosial dan politik serta kemunduran ekonomi. Banyak
infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam telah musnah akibat peperangan yang
berlaku. Menerusi bantuan masyarakat antarabangsa berbagai-bagai program pemulihan telah
dirancang dan dilaksanakan. Salah satu daripada inisiatif-inisiatif tersebut ialah pembangunan
sosio-ekonomi oleh Association of Cambodian Local Economic Development Agencies
(ACLEDA). Matlamat utama persatuan ini ialah untuk menjana peluang-peluang pekerjaan dan
pendapatan menerusi penyediaan kewangan dan bantuan teknikal serta latihan dalam bidang
pengurusan untuk perniagaan-perniagaan kecil. Tumpuan program ACLEDA ialah terhadap
wanita luar bandar memandangkan golongan ini merupakan penjana pendapatan keluarga-
keluarga desa. Sehingga kini ACLEDA telah menjalankan aktivitinya di sebelas jajahan dan 22
daerah. Program kredit yang dianjurkan oleh ACLEDA merangkumi mikro kredit untuk
perkhidmatan, kredit untuk perniagaan dan perusahaan kecil dan kredit untuk firma
sederhana. Dalam melaksanakan aktivitinya ACLEDA telah menjalinkan rantaian dengan
beberapa institusi kewangan dan kredit antarabangsa termasuk dari Jerman, Kanada, Amerika
Syarikat dan New Zealand. Institusi-institutsi tersebut telah memberi sumbangan di antara
US$0.1 juta hingga US$1.3 juta kepada dana yang diwujudkan. Di antara aspek-aspek bantuan
teknikal yang disediakan oleh ACLEDA termasuklah pengurusan perniagaan, maklumat pasaran,
penubuhan kumpulan, anjuran bengkel serta pemantauan projek. Ini bertujuan menerapkan ciri-
ciri keusahawanan dan kemahiran asas perniagaan atau perusahaan. ACLEDA sentiasa menilai
dan mengawas prestasi para peminjam untuk memastikan agar kredit dan pinjaman yang telah
diberi dapat digunakan dengan berkesan. Di dapati 66 peratus daripada mereka memperolehi
keuntungan yang baik daripada aktiviti yang dijalankan manakala 60 peratus daripada enterprais
pertanian telah menunjukkan peningkatan produktiviti yang ketara. Kejayaan ACLEDA
bergantung kepada personaliti dan motivasi peminjam selain daripada jenis-jenis kegiatan yang
dijalankan. Salah satu kumpulan sasaran yang penting ialah usahawan pertanian wanita. Ini
memandangkan mereka kekurangan maklumat dan kemahiran mengenai sistem pertanian. Dalam
konteks ini ACLEDA telah mewujudkan satu program latihan khas untuk meningkatkan
kemahiran pertanian di kalangan mereka. Rancangan jangka panjang ACLEDA ialah untuk
mengembangankan pinjaman dan kredit ke kawasan-kawasan baru dan kepada kumpulan-
kumpulan yang berisiko seperti keluarga terpinggir dan belia lepasan sekolah. Wawasan
ACLEDA ini ialah untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat miskin tanpa mengira
latarbelakang gender dan etnik mereka.
Concluding Remarks
The evidence so far suggests that ACLEDA has played a significant role and has made a useful
contribution to promoting entrepreneurs in Cambodia. This to a large extent has helped to reduce
the incidence of poverty especially among the rural population and women. Through its training
programmes ACLEDA has successfully developed a core of small and medium scale enterprises
and entrepreneurs who have contributed to the socio-economic development of the country.
It is ACLEDA' s plan to expand its scope of activities geographically and functionally. The plan
is to extend its loan and credit schemes to new areas, productive sectors and vulnerable groups
such as the school leavers and single parents. The vision is to eradicate poverty among the poor
irrespective of their background, gender and ethnicity.
Replication of the Grameen Bank Model in Mitra Karya East Java (KKEJ) Indonesia
Pada tahun 1992 Pusat Penyelidikan Universiti Brawibowo (UNIBRAW) telah menerima
tawaran daripada Institut Bank Indonesia untuk menyediakan bantuan kepada golongan miskin
melalui perlaksanaan model Bank Grameen. Susulan kepada tawaran ini dan berasaskan kajian
susulan projek mikro kredit UNIBRAW telah dilancarkan pada bulan Oktober 1993 dengan
modal awal sebanyak 7 juta Rupiah. Projek ini telah dinamakan Projek Mitra Karya East Java
(MKEJ). Menjelang tahun 1994 seramai 75 peminjam telah terlibat dalam projek mikro kredit
yang dijalankan. Matlamat-matlamat projek MKEJ ialah untuk memperbaiki kebajikan golongan
miskin dengan menyediakan pinjaman mudah, memberi bantuan kepada wanita miskin,
melaksanakan pembangunan sumber manusia melalui perkhidmatan pendidikan, menjana
peluang-peluang pekerjaan di luar bandar dan meningkatkan penglibatan keluarga miskin dalam
kegiatan ekonomi. Pendekatan utama projek MKEJ merangkumi penubuhan sebuah yayasan
untuk mengendalikan projek, pembentukan jaringan dikalangan institusi-institusi mikro kredit
dan kewangan, penganjuran sesi pertemuan untuk pihak-pihak yang terlibat dan pengujudan
sistem maklumat di semua peringkat perlaksanaan projek.
Model Bank Grameen telah digunakan dengan beberapa perubahan untuk menyesuaikannya
dengan situasi tempatan menerusi projek yang dijalankan. Pinjaman-pinjaman jangka pendek
dan panjang telah diberikan kepada usahawan. Selain daripada itu satu skim pinjaman
perumahan juga telah dilaksanakan namun ia tidak dapat dipertahankan kerana prestasi
membayar balik yang rendah. Beberapa perkhidmatan sampingan juga turut disediakan dibawah
projek MKEJ seperti bantuan perubatan, permbangunan kemahiran, pengembangan pemasaran,
promosi produk dan kemahiran komunikasi. Pemantauan dijalankan dengan tegas oleh pengurus
cawangan MKEJ untuk memastikan supaya usahawan menjalankan kegiatan mereka dengan
baik. Prestasi yang dicapai setakat ini adalah menggalakkan di mana cawangan-cawangan MKEJ
telah berjaya mencatatkan lebihan pendapatan bersih. Keseluruhannya projek MKEJ dianggap
telah mencapai matlamatnya. Namun demikian beberapa batasan dan kelemahan telah
dikenalpasti dan pihak pengurusan MKEJ kini dalam proses menyediakan langkah-langkah
strategik untuk mengatasinya.
Conclusions and Recommendations
Overall the MKEJ project has achieved its objectives. Through a stringent self-assessment
procedure, the project has been able to identify its constraints and thereon find the solutions.
Having said that, it is paramount that for it to remain viable, the project has to be able to generate
incomes that can adequately cover its operation and ancillary costs.
Foremost, hard work is needed to ensure that the project can proceed. In addition, there
should be enough seed money or initial capital in order to support a basic minimum number of
beneficiaries. Staff motivation is also crucial as this can enhance their commitment and
dedication to the project | top |
Current Microcredit Practice and Microenterprise Development and Their Contributions to
Malaysia Development - Mohd. Asri Abdul Bahagian Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia
Abstrak
Sepanjang sebelas tahun yang lampau Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah berjaya
menyediakan bantuan kredit kepada 54,000 keluarga miskin di negara ini. Bantuan tersebut
merangkumi 15,920 pinjaman SPI 2 (RM5,000 – RM9,900) dan 1,334 pinjaman SPI 3
(RM10,000 atau lebih). Pemberian kredit ini telah berjaya mengeluarkan keluarga-keluarga
berkenaan daripada lingkaran kemiskinan. Daripada jumlah sahabat yang menerima bantuan
AIM dianggarkan lebih kurang 3,000 dijangka akan berjaya melonjak untuk menjadi usahawan
mikro. Golongan inilah yang akan diberi fokus khusus dalam konteks pembangunan
keusahawanan anjuran AIM. Adalah dirasakan bahawa keperluan-keperluan yang dikenakan
terhadap para sahabat AIM pada masa ini amat sesuai dan perlu diteruskan sebagai asas
penyediaan mereka untuk menjadi usahawan mikro. Ini termasuklah keperluan sahabat menjadi
ahli sesebuah kumpulan dan menghadiri mesyuarat di peringkat kumpulan. Bagi tujuan ini juga
AIM merancang untuk mengujudkan pakatan-pakatan strategik dan usahasama serta projek-
projek berkumpulan sebagai alat untuk meningkatkan saling bergantungan di kalangan
sabahat. Salah satu aspek yang diberi penekanan dalam perancangan AIM seterusnya ialah isu
gender. AIM akan terus memberi tumpuan bukan sahaja kepada pembangunan usahawan wanita
malahan juga pembangunan keluarga. Fokus bantuan akan bermula dengan golongan wanita
namun matlamatnya ialah supaya impak bantuan yang diberikan kepada mereka akan beransur-
ansur berkembang kepada keseluruhan keluarga melalui penglibatan ahli isirumah dan
keluarga. Peralihan juga akan dibuat untuk meningkatkan program kredit mikro yang bertujuan
menjanakan pendapatan kepada pembentukan enterprais mikro yang berdaya maju dan berdaya
tahan.
Concluding Remark
As the thrust of micro credit programme shifts from income generating activities to micro
enterprises, some revision will need to be made in respect of certain micro credit conventions as
well as to the roles of husband and wife in enterprise development and scaling-up.
Country Paper -TSPI Development Corporation Microcredit Practice, Microenterprise
Development and Their Contributions to National Development : The TSPI Kadar kemiskinan di
Filipina telah menurun daripada 36.5 peratus pada tahun 1994 kepada 32.1 peratus pada
1997. Namun demikian bilangan warga miskin telah meningkat daripada 4.53 juta kepada 4.55
juta dalam tempoh masa yang sama dan daripada bilangan ini isirumah miskin di luar bandar
telah bertambah daripada 3.0 juta kepada 3.3 juta. Keadaan ini telah menggesa pemerintah untuk
meningkatkan usaha membasmi kemiskinan dengan menggalakkan sektor swasta dan juga rakyat
supaya turut serta dalam program pembasmian kemiskinan. Tumpuan diberikan kepada
pembangunan enterprais mikro sebagai saluran utama untuk meningkatkan pendapatan dan
gunatenaga sebilangan besar keluarga miskin. Pada bulan Oktober 1991 TSPI Development
Corporation, sebuah badan bukan-Kerajaan, telah ditubuhkan untuk menyediakan peluang-
peluang kepada golongan miskin untuk membantu diri mereka mengatasi belenggu
kemiskinan. Sejak penubuhannya, TSPI telah melaksanakan berbagai-bagai skim dan program ke
arah meningkatkan pendapatan dan gunatenaga rakyat miskin. Falsafah yang digunakan dalam
perlaksanaan programnya ialah menjadikan rakyat miskin sebagai rakan kongsi yang mempunyai
tanggungjawab dan kecenderungan untuk menjayakan enterprais mereka. Sehingga kini TSPI
telah berjaya meningkatkan pendapatan 30,000 usahawan di tiga kawasan utama iaitu Metro
Manila, Kabuhayan dan Sakbayan. Sebanyak P468 juta atau USD11 juta telah
dibelanjakan. Program TSPI Kabuhayan merupakan satu kes pembangunan usahawan melalui
pemberian kredit yang di dapati berjaya. Dimulakan pada November 1991 TSPI telah
menerapkan model Bank Grameen tetapi dengan melakukan beberapa pengubahsuaian untuk
keperluan masyarakat tempatan. Di antara ciri-ciri utama program ini ialah tumpuannya terhadap
golongan wanita yang miskin terus (hardcore pure), latihan yang dimestikan, pembentukan
kumpulan-kumpulan, penggunaan pinjaman untuk projek yang menjanakan pendapatan sahaja,
bayaran balik setiap minggu, penubuhan tabung simpanan kumpulan dan penerapan ciri-ciri
pembangunan sosio-ekonomi. Sehingga bulan Jun 1998, 10 buah cawangan dan 8,462 ahli
terangkum di bawah program ini yang melibatkan jumlah pemberian kredit dan pinjaman
sebanyak P120 juta. Kini program ini sedang dikembangkan ke lain-lain kawasan dan
matlamatnya ialah untuk menjadikan setiap cawangan yang melaksanakannya mampu berdaya
maju. Matlamat jangka panjang program ini ialah untuk meliputi seramai 21,000 orang dan
tambahan 10 buah cawangan lagi. Pengalaman program TSPI ini menunjukkan beberapa faktor
kejayaan yang utama. Di antaranya ialah perlunya dilaksanakan pemantauan dan penyeliaan
yang ketat; sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku; motivasi kakitangan terutamanya
diperingkat cawangan; penglibatan penuh oleh peminjam dan pengupayaan
(empowerment). Program ini juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan prestasinya
dengan memperkenalkan inovasi terhadap skim pinjaman, mempiawaikan proses dan amalan di
peringkat cawangan, pemberian kuasa kepada pegawai pelaksana skim dan pembentukan sistem
maklumat pengurusan
Conclusion
After much has been said about what works and what does not work in approaches to poverty
alleviation, we remain mystified by the unavailability of an exact formula to successful
implementation of programs for the poor. What is certain is that what we do and have done so far
is yet modest compared to the magnitude of the task. Microlending such as ours, providing credit
accessibility to develop micro enterprises, is just one of many ways to solve the global issue of
poverty.
We still need to do much more to expand our outreach and make a significant impact on the face
of poverty in the Philippines. We need to discard practices and methods which hinder us from
implementing our programs efficiently and effectively. Most of all, we need to prepare to meet
the challenges of helping the poor lift themselves out the poverty.
Pelan Tindakan
Pendahuluan - Salah satu tujuan Seminar Kebangsaan Pembangunan Usahawan Wanita Luar
Bandar Ke Arah Pembasmian Kemiskinan ialah membentuk Pelan Tindakan yang mengandungi
strategi dan program pembangunan usahawan, khususnya usahawan wanita luar bandar. Pelan
tindakan ini dirumuskan daripada pembentangan kertas kerja, perbincangan bengkel dan
persembahan laporan antarabangsa, dan mengambilkira dimensi serta aspek utama yang
dianggap kritikal kepada pembangunan usahawan wanita.
Rasional - Selaras dengan tema Wanita Dalam Pembangunan yang didokong oleh Kerajaan maka
Pelan Tindakan ini menggesa supaya dilaksanakan perancangan dan pembangunan usahawan
wanita secara lebih agresif bagi menjamin penyertaan aktif mereka dalam proses pertumbuhan
negara. Memandangkan usahawan wanita berpotensi menjadi sumber pembangunan nasional
maka Pelan Tindakan ini menyokong pembentukan dan pelaksanaan dasar yang menonjolkan
peranan mereka dalam masyarakat.
Matlamat - Menjamin peruntukan yang saksama dalam penyediaan kemudahan sumber dan
maklumat, penjanaan peluang-peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada usahawan
wanita bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan
negara. Mengintegrasikan usahawan wanita dalam semua sektor pembangunan negara bagi
membolehkan mereka mempertingkatkan kualiti hidup, membasmi kemiskinan, menghapuskan
kejahilan dan menjanakan kesejahteraan
Prinsip dan Garis Panduan - Perkembangan dan pengintegrasian usahawan wanita ke dalam arus
perdana pertumbuhan negara hendaklah tidak terbatas kepada sektor-sektor tradisional sahaja,
malah hendaklah menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi, perniagaan dan perusahaan.
Usaha pengintegrasian usahawan wanita ke dalam pembangunan negara hendaklah menjadi
tanggungjawab bersama semua pihak - Kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan
bukan-Kerajaan (NGOs) - dan perlaksanaan dasar, strategi dan program usahawan wanita
hendaklah dijadikan satu usaha bersama. Dasar pembangunan usahawan wanita perlu
mempertahankan hak asasi dan keistimewaan mereka di segi tanggungjawab keluarga, nilai serta
kehormatan diri, dan sebarang diskriminasi yang berasaskan gender dan kaum wanita hendaklah
dihapuskan.
Tindakan
Tindakan-tindakan spesifik diperlukan dalam sektor-sektor yang berkait rapat dengan kemajuan
dan pembangunan usahawan wanita, seperti berikut
Rangka Sosio-Politik
Menyediakan suasana perundangan dan aturan pentadbiran bertujuan memberi laluan kepada
usahawan wanita mengambil peluang dan melibatkan diri dalam proses pertumbuhan ekonomi
Menentukan penyertaan usahawan wanita yang lebih berkesan pada peringkat penggubalan dasar
di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan supaya perwakilan gender yang lebih saksama
dapat dicapai.
Kerajaan hendaklah juga menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap
kemunculan lebih lebih ramai usahawan wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif di
peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.
Meningkatkan komitmen politik di kalangan agensi dan pegawai pembangunan usahawan
wanita, termasuk memberi latihan kepada mereka untuk meningkatkan kepekaan gender serta
mengintegrasikan isu gender dalam latihan pegawai berkenaan.
Strategi Makro
Membentuk dan menyokong dasar-dasar makro yang menyokong pertumbuhan aktiviti ekonomi
dan menjana peluang-peluang perniagaan dan perusahaan khususnya dalam industri kecil dan
sederhana, terutamanya dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan kepada golongan
usahawan wanita.
Menggubal dasar-dasar yang mendokong pertumbuhan berdaya kekal untuk membolehkan
peluang-peluang pelaburan dan pengeluaran yang berterusan di kalangan usahawan wanita.
Menggesa agensi-agensi perancang pembangunan supaya mengambilkira kepentingan wanita
dalam pembangunan dalam dasar, pelan dan rangka rancangan termasuk Dasar Pertanian Negara
(DPN), Pelan Induk Pelancongan, Dasar Teknologi Maklumat dan Pelan Induk Perindustrian
(PIP).
Susunatur dan Peranan Institusi
Mempertingkatkan keupayaan Bahagian Hal-Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentera induk
pembangunan usahawan wanita bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya dengan lebih
bersepadu, meluas dan berkesan.
Menubuhkan ragkaian institusi di antara HAWA dengan Kementerian-Kementerian dan
Kerajaan-Kerajaan Negeri supaya pembangunan usahawan wanita dapat dilaksanakan dengan
lebih integrasi.
Menubuhkan Dewan-Dewan Industri Desa di semua peringkat - persekutuan, negeri dan daerah -
bertujuan menjalankan fungsi penyelarasan, pemantauan dan penilaian usahawan wanita luar
bandar di samping bertindak sebagai pusat sumber dan pusat pakar
Menggalakkan penglibatan pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan (NGOs) dalam usaha
membangunkan usahawan wanita luar bandar dan pengintegrasian mereka ke dalam
pembangunan negara
Menubuhkan satu badan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang
bertanggungjawab tentang keperluan teknikal, pengeluaran, kawalan mutu dan pembangunan
produk usahawan-usahawan wanita.
Menggalakkan agensi-agensi pembangunan usahawan wanita membentuk sistem maklumat dan
pangkalan data bagi memantapkan fungsi mereka di segi peraturan, pelaksanaan dan
pemantauan.
Pendidikan dan Latihan
Memperluaskan lagi peluang-peluang latihan dan kemahiran dalam berbagai-bagai bidang
kepada para usahawan wanita termasuk yang di luar bandar bagi memudahkan mereka
menceburi sektor perniagaan dan perusahaan.
Menggemblingkan sumber-sumber pendidikan di luar bandar untuk menyediakan kemudahan-
kemudahan pendidikan, latihan dan pengembangan kepada golongan usahawan wanita luar
bandar.
Membentuk program dan modul latihan yang fleksibel dan sesuai dengan kehendak dan
kemampuan usahawan wanita.
Memberi latihan secara berterusan kepada pegawai pengembangan di agensi-agensi
pembangunan usahawan wanita bagi membolehkan mereka memberi bimbingan dengan
berkesan dan secara berterusan.
Menggalakkan sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan turut serta secara aktif
dalam meningkatkan peluang-peluang pendidikan kepada pengusaha wanita.
Khidmat Sokongan
Menggesa institusi-institusi kewangan memperuntukkan lebih banyak sumber modal dan skim
pinjaman dan kredit yang mudah kepada usahawan wanita luar bandar.
Membentuk tabung pembangunan usahawan luar bandar untuk membantu projek usahawan
wanita yang berdaya maju mengambil faedah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian
Pembangunan Usahawan (KPU)
Menggalakkan institusi-institusi pinjaman dan kredit menawarkan khidmat-khidmat sokongan
seperti bantuan teknikal, maklumat pasaran serta pemantauan prestasi enterprais usahawan
wanita.
Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk menyokong kegiatan usahawan wanita,
termasuk perhubungan, pengangkutan, pasaran, pusat latihan dan ameniti sosial, oleh pihak
sektor awam dan juga swasta.
Menggalakkan penyertaan usahawan wanita dalam program penyelidikan dan teknologi bagi
menjamin penemuan teknologi yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan mereka.
Menggalakkan sektor swasta memudahkan pemindahan teknologi kepada para usahawan wanita
termasuk menyediakan latihan dan skim pemilikan teknologi yang mudah dan murah.
Membentuk direktori perusahaan mikro bagi menggalakkan pembentukan jaringan dan pakatan
strategik di kalangan usahawan dan enterprais mikro wanit.