Download - Pengertian hadis dan pembahagiannya
AL-HADIS
AL-MUTAWATIR
LAFZI
MA’NAWI
AL-AHAD
BILANGAN PERAWI
KEKUATAN & KELEMAHAN
KEPADA SIAPA DISANDARKAN
1) HADIS MUTAWATIR
Bahasa: Kata “Mutawatir” adalah isim fa’il dari akar kata “tawara”. Ertinya berturut-turut. Istilah: Hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi, mustahil pada adat mereka bersepakat untuk berdusta. Jenis-jenis : 1) Mutawatir lafzi ~ iaitu mutawatir dari segi lafaz dan maknanya sekali. 2) Mutawatir ma’nawi ~ iaitu mutawatir dari segi maknanya sahaja sedangkan lafaznya berbeza-beza.
2) HADIS AL-AHADBahasa: Berasal dari kata jama’ dari “ahad” yang bererti satu, iaitu khabar yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Istilah: Hadis yang tidak mencukupi syarat hadis Mutawatir.
BILANGAN PERAWI
GHARIB MASYHUR ‘AZIZ
1) HADIS AL-MASYHUR
Bahasa: Isim fa’il dari kata “syaraha” seperti dalam kalimat “syahartul amra” ertinya “saya mengumumkan atau menampakkan suatu perkara”, disebut demikian kerana nampak secara jelas.
Istilah: Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih perawi pada setiap tabaqat, tetapi tidak sampai had mutawatir.
2) HADIS AL-’AZIZ
Bahasa: Sifat musyabahah dari kata “azza ya izzu” , dengan berkasrah, ertinya sedikit atau jarang.
Istilah: Hadis yang perawinya tidak kurang daripada dua orang pada setiap tabaqat sanad.
3) HADIS GHARIBBahasa: Sifat musyabahah, dengan erti bersendirian, atau jauh dari sahabat lain. Istilah: Sesuatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi di semua atau satu tabaqat sanad.
1) GHARIB MUTLAK ~ Hadis yang gharibnya terdapat pada asal sanad, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada permulaan sanad.
2) GHARIB NISBI ~Hadis yang gharibnya terdapat pada pertengahan sanadnya, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi pada permulaan sanad kemudian diriwayatkan oleh seorang perawi daripada semua perawi tersebut.
KEPADA SIAPA DISANDARKAN
QUDSI
MAQTU’
MAUQUF
MARFU’
1) HADIS QUDSI
Bahasa: Suatu yang dinisbahkan kepada “al-Quds” iaitu suci. Sebagaimana dalam kamus bermaksud suatu hadis yang dibangsakan kepada zat yang Maha Suci iaitu Allah s.w.t.
Istilah: Hadis yang disandarkan kepada kita oleh Nabi s.a.w bersama sandarannya kepada Allah s.w.t. Suatu hadis yang man Allah sebagai asal-usul punca matannya. ‘Ulama mentakrifkannya dengan maksud sesuatu hadis yang matannya dilafazkan oleh Rasulullah s.a.w manakala maksudnya disandarkan oleh Baginda kepada Allah secara khusus.
2) HADIS MARFU’
Bahasa: Isim maf’ul dari fi’il berlawanan dari kata “wada’a” , dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada orang yang mempunyai kedudukan tinggi, iaitu Nabi s.a.w.
Istilah: Apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat.
3) HADIS MAUQUF
Bahasa: Isim maf’ul dari kata “al-Waqfu”. Seolah-olah perawi itu menghentikan hadis pada sisi sahabat, dan tidak saling berturutan pada silsilah sanadnya.Istilah: apa yang disandarkan kepada sahabat daripada perkataan, perbuatan ataupun taqrir.
4) HADIS MAQTU’
Bahasa: Isim maf’ul dari “qotho’a” (memutus) lawan dari kata “washala” (sambung).Istilah: Apa yang disandarkan kepada Tabi’in atau selainnya daripada perkataan atau perbuatan.
KEKUATAN & KELEMAHAN
MAQBUL
MARDUD
1)MAQBUL
~ Sesuatu yang disahkan benar oleh perawinya.
2) MARDUD
~ Sesuatu yang tidak disahkan benar oleh perawinya
MAQBUL
SAHIH
LIZATIH
LIGHAIRIH
HASAN
LIZATIH
LIGHAIRIH
SAHIH LIZATIH
• Bahasa:Sahih lawan dari sakit. Hakiki bagi fisik, majaz bagi hadis dan untuk semua pengertian.
• Istilah: Hadis yang bersambung sanadnya dengan pemindahan oleh perawi yang adil dan dhabit daripada perawi yang sama dengannya sehingga ke penghujung sanad tanpa syaz dan ‘illah.
SAHIH LIGHAIRIH
Definisi: Ia adalah hadis Hasan Li Zatih apabila diriwayatkan daripada tariq yang lain yang sama sepertinya ataupun lebih kuat daripadanya.
HASAN LI ZATIH
Bahasa: Sifat mushabahah dari “al-Husn” bermaksud “al-jamal” (bagus).Istilah: Hadis yang bersambung sanad dengan pemindahan oleh perawi yang adil yang kurang sedikit dhabitnya daripada perawi yang sama sepertinya sehingga ke penghujung sanad tanpa syaz dan ‘illah.
HASAN LIGHAIRIH
Definisi: Ia adalah hadis Da’if yang da’ifnya ringan apabila diriwayatkan daripada tariq lain yang sama sepertinya ataupun lebih kuat daripadanya.
MARDUD
GUGUR PADA SANAD
GUGUR PADA PERAWI
MARDUD
~ Bahasa: Lawan kepada kuat, kelemahan itu terbahagi kepada konkrit dan abstrak. Yang dimaksudkan di sini ialah kelemahan abstrak.
~ Istilah: Hadis yang tidak mencukupi sifat hasan kerana ketiadaan salah satu syaratnya.
GUGUR PADA SANAD
ZAHIR
AL-MU’ALLAQ
AL-MURSAL
AL-MU’ADHAL
AL-MUNQATI’
KHAFI
AL-MUDALLAS
TADLIS AL-ISNAD
TADLIS AL-SHUYUKH
TADLIS AL-TASWIYAH
AL-MURSAL AL-KHAFI
ZAHIR AL-MU’ALLAQ
Bahasa: Isim maf’ul dari kata “alaqa” bermaksud menggantung dan mengikatkan dengan sesuatu atau
menjadikan sesuatu tergantung. Dan sanad ini dinamakan tergantung kerana bersambung pada bahagian atasnya sahaja,
dan terputus di bawahnya. Maka jadilah sesuatu yang tergantung pada atas atau seumpamanya.
Istilah: Hadis yang dibuang daripada permulaan sanadnya seorang perawi atau lebih secara berturutan.
ZAHIR AL-MURSAL
Bahasa: Menceraikan atau melepaskan, maka seolah-olah mursal itu lepas atau cerai sanadnya dan tidak terikat pada
perawi yang terkenal. Istilah: Hadis yang gugur perawi di akhir sanadnya selepas
tabi’in.
ZAHIR AL-MU’ADHALBahasa: Tempat memberatkan atau tempat melemahkan.
Istilah: Hadis yang gugur daripada sanadnya dua orang perawi atau lebih secara berturutan.
ZAHIR AL-MUNQATI’Bahasa: Lawannya bersambung
Istilah: Hadis yang tidak bersambung sanadnya, dalam apa bentuk sekalipun sanad tersebut terputus.
AL-MUDALLASBahasa: Tadlis bermaksud menyembunyikan cacat barang
dagangan dari pembeli dan asal kata tadlis adalah pecahan dari kata “al-dalas” bermaksud kegelapan atau bercampurnya
kegelpan-kegelapan. Istilah: Seorang perawi meriwayatkan daripada seseorang yang
beliau mendengar hadis dariapdanya hadis yang beliau tidak mendengar daripadanya tanpa menyebut bahawa beliau
mendengar daripadanya.
Jenis-jenis:
1) Tadlis al-Isnad ~ Bahasa: Tadlis bermaksud menyembunyikan cacat
barang dagangan dari pembeli dan asal kata tadlis adalah pecahan dari kata “al-dalas” bermaksud
kegelapan atau bercampurnya kegelpan-kegelapan.
Istilah: Seorang perawi meriwayatkan daripada seseorang yang beliau mendengar hadis dariapdanya hadis yang beliau tidak mendengar daripadanya tanpa
menyebut bahawa beliau mendengar daripadanya.
2) Tadlis Al-Tasywiyah ~Definisi: Menggugrkan seorang perawi da’if yang berada di antara dua orang perawi yang thiqah dalam
rangkaian sesuatu sanad.
3) Tadlis Al-Shuyukh ~Definisi: Menukar identiti guru agar tidak dikenali
sama ada tukar nama, kinuyah,nasab atau gelarannya.
AL-MURSAL AL-KHAFI
Bahasa: Melepaskan, jadi seolah-olah Mursil telah lepaskan sanad dan tidak menyambungnya. Sedangkan maksud khafi adalah lawan dari kata “jaliy” yang bermaksud nampak atau
jelas. Kerana seperti ini termasuk mursal yang tidak jelas, maka tidak boleh tidak diperoleh melalui perbahasan.
Istilah: Seorang perawi meriwayatkan dari seorang syeikh- yang beliau pernah bertemu atau sezaman dengannya-hadis
yang beliau tidak mendengar daripada syeikh tersebut menggunakan lafaz yang mengandungi maksud mendengar
dan selainnya.
GUGUR PADA PERAWI
PADA KEADILAN
AL-KAZIB
TUHMAH BI AL-KAZIB
AL-FISQ
AL-BID’AH
AL-JUHALAH
PADA KEDABITAN
MUKHALAFAT AL-THIQAAT
KATHRAT AL-GHALAT
KATHRAT AL-GHAFLAH
AL-WAHM
SUU’U AL-HIFZ
RIWAYAT AL-KAZABBahasa: Menurunkan
Istilah: Ia adalah penipuan yang dicipta, dibuat dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.
RIWAYAT AL-MUTTAHAM BI AL-KAZIBBahasa: Tidak berguna lagi.
Istilah: Ia adalah hadis yang terdapat dalam sanadnya perawi yang ditohmah sebagai dusta.
RIWAYAT AL-FISQBahasa: Berlawanan dari sepakat.
Istilah: Hadis yang terdapat dalam sanadnya perawi yang banyak percampuran, banyak juga atau jelas kefasikannya.
RIWAYAT AL-MUBTADI’Bahasa: Mengadakan sesuatu.
Istilah: Perbuatan dalam agama selepas disempurnakan agama ataupun yang direka selepas Nabi s.a.w. berdasarkan hawa nafsu dan amalan.
RIWAYAT AL-MAJHULBahasa: Tidak mengenali perawi
Istilah: Tidak dikenali perawi atau keadaannya
DARI SUDUT KEDABITAN
RIWAYAT MUKHALAFAT AL-THIQAAT
Definisi: Hadis yang diriwayatkan oleh perawi da’if yang bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah.
Jenis-jenis :
1) AL-MUDRAJ ~Bahasa: Isim maf’ul dari kata “adrajtu” seperti dalam kalimah “al-syai’u fi al-syai’ ” bermaksud saya memasukkan sesuatu pada sesuatu
yang lain. ~Istilah: Hadis yang tertukat ‘suyaq’ sanadnya, atau dimasukkan ke
dalam matannya sesuatu yang bukan daripada hadis tersebut tanpa pemisah.
2) AL-MAQLUB ~ Bahasa: Isim maf’ul dari “al-qalbu” iaitu perubahan atau
memalingkan sesuatu dari arahnya. ~Istilah: Menukarkan lafaz dengan lafaz yang lain dala sanad hadis atau matanny, dengan mendahulukan atau kemudiankan lafaz tersebut
atau sebagainya.
3) AL-MAZID FI MUTTASIL AL-ISNAD
~Bahasa: Isim maf’ul dari kata “al-ziyadah”, sedang kata muttasil adalah berlawanan dari kata “ al-munqathi’ ”, sedang kata “Asanid” adalah jama’ dari kata “Isnad”.
~Istilah: Penambahan perawi dalam sanad yang zahirnya bersambung.
4) AL-MUDTARIB
~Bahasa: Tidak teratur sesuatu perkara dan rosak susunanny, dan asalnya adalah goncangannya ombak, ketika semakin banyak gerakannya dan sebahagiannya
memukul sebahagian yang lain.
~Istilah: Hadis yang diriwayatkan dengan wajah-wajah yang berbeza yang sama daripada segi kekuatan.
5) AL-MUSAHHAF DAN AL-MUHARRAF ~Bahasa: Isim maf’ul dar kata “al-Tashkhif” bermaksud kesalahan dalam halaman, sedang kata “al-Syakhafi” adalah orang yang salah dalam membaca halaman kitab,
lalu berubah sebahagian lafaznya disebabkan kesalahan ketika membaca.
~Istilah: Berlaku penukaran kalimah dalam hadis kepada kalimah yang tidak diriwayatkan oleh perawi yang thiqah secara lafaz atau makna.
RIWAYAT KATHRAT AL-GHALAT
Definisi: Sesuatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang Fahish al-Ghalat, iaitu seorang yang dikenal pasti bahawa kesilapannya lebih banyak daripada ketepatannya dalam meriwayatkan hadis. Dikenali juga dengan hadis munkar.
RIWAYAT KATHRAT AL-GHAFLAH
Definisi: Sesuatu hadis yang diriwayatkan oleh seseoaang perawi yang Kathrat al-Ghaflah iaitu perawi yang banyak kelekaan serta kurang daya kepekaan sehingga beliau tidak dapat membezakan manakah
riwayatnya yang sebenar.
RIWAYAT WAHM AL-THIQAH
Definisi: Suatu hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang banyak tersilap dalam meriwayatkan hadis muttasil atau
meriwayatkan hadis mauquf secara marfu’ atau sebagainya.
RIWAYAT WAHM AL-THIQAH
Definisi: Suatu hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang banyak tersilap dalam meriwayatkan hadis muttasil atau meriwayatkan hadis mauquf secara marfu’ atau sebagainya.
RIWAYAT SUU’U AL-HIFZ
Bahasa: Orang yang dari segi kebenarannya tidak dapat dikuatkan atas segi kesalahannya.
Istilah: Berlaku buruk hafazan kepadanya kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin disebabkan usianya yang lanjut (tua), hilang
penglihatannya atau terbakar kitab-kitabnya. Perawi ini dinamakan al-Mukhtalat.
Terbahagi kepada dua:
1) Yang berlaku daripada asal dan berkekalan. 2) Yang berlaku atas sebab-sebab tertentu seperti umur
yang lanjut, buku terbakar atau hilang dan sebagainya.