UNITAR International University
Project Paper In Early Childhood Studies
(EPB4903)
Penggunaan Lagu Kanak-kanak Dalam Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris
NORLIANA BINTI MOHD ANUAR
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
(AS 1110662 )
PENSYARAH PEMBIMBING
PN NOOR EZZAH AZLINDA BINTI MOHD PILUS
UNITAR INTERNATIONAL [email protected]
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan keizinannya saya telah berjaya
menyelesaikan kajian tugasan ini. Saya amat berterima kasih kepada orang perseorangan dan pihak-
pihak tertentu yang banyak membantu dalam proses menyiapkan kajian ini.
Pertama, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khas buat pensyarah saya Pn. Noor
Ezzah Azlinda bt Mohd Pilus yang banyak memberi bantuan dan bimbingan mengenai tugasan ini.
Saya juga amat terhutang budi kepada kawan – kawan yang memberi idea dan khidmat
nasihat dalam menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, saya juga amat berterima kasih kepada ahli keluarga saya khususnya kepada
suami yang banyak memberi sokongan dan berkorban menjaga anak-anak sepanjang pengajian saya
sehingga selesainya kajian ini.
Terima kasih semua.
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Objektif kajian ini
adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Subjek kajian terdiri daripada
empat orang murid prasekolah di Kelas Prabestari Sekolah Kebangsaan Mengkuang di negeri Pulau
Pinang. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Data dianalisis dengan
menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan murid-murid
ini kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di
bilik darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu kanak-kanak digunakan
untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi dengan meningkatkan penguasaan
kosa kata bahasa Inggeris mereka. Dua buah lagu kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang
dijalankan. Kosa kata yang ingin ditekankan menjadi fokus utama agar murid-murid dapat menguasai
kosa kata tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu
kanak-kanak ini dinyanyikan dalam slot perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
murid-murid meningkat. Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata murid-
murid tersebut meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanak-kanak
dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah.
Kata kunci : prasekolah , lagu, Bahasa Inggeris
ABSTRACT
This action research is done to value how children songs can improve the vocabulary of pre-school
students. The aims are to enhance English vocabulary. The respondents for this research are 6 pre-
school students in PraBestari Sekolah Kebangsaan Mengkuang at penang area. The data were
collected from the observation, enquiry and interviews. The data were analyzed by using descriptive
analysis. Moreover, the results shows that kids rarely gave respond in class because of them were
lack of English vocabulary. Children songs are used to help the kids to attain the problems faced by
enhance their vocabulary. Two songs were used during the intervention. In this intervention, the
teacher will focus on the target words in the songs so they can master them. This activity should
become a routine in pre-school. These songs are suitable to sing in circle time especially in teaching
and learning slot. With these activities, the kids can improve their language automatically and they
can respond towards the lesson. It is proven that the kids' vocabulary improved drastically right after
the intervention was done. Thus, children songs can help the kids to master and improve their
vocabulary in English.
Isi Kandungan
Perkara m/s
PENGHARGAAN i
ABSTRAK BM ii
ABSTRAK BI iii
KANDUNGAN iv-v
BAB 1 : PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Pernyataan Masalah 2
1.2 Tujuan Kajian 2
1.3 Persoalan Kajian 2
1.4 Kepentingan Kajian 3
1.5 Batasan Kajian 3
1.6 Kesimpulan 3
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan 4
2.1 Definisi Lagu 4
2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai 4
2.3 Kecerdasan Muzik 5
2.4 Pancaindera 5
2.5 Rangsangan Muzik 5
2.6 Soroton Literatur 6-7
2.7 Rumusan 7
BAB 3 : METODOLOGI
3.0 Pendahuluan 8
3.1 Sampel Kajian 8
3.2 Instrumen Kajian 8-9
3.3 Prosedur Kajian 9-10
3.4 Teknik Mengumpul Data 10-11
3.5 Kesimpulan 11
BAB 4 : PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
4.0 Pendahuluan 12-13
4.1 Persoalan Kajian Pertama 12-14
4.2 Persoalan Kajian Kedua 16-18
4.3 Kesimpulan 19
BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 20
5.1 Rumusan 20
5.2 Cadangan Untuk Masa Akan Datang 20-21
5.3 Kesimpulan 21
SUMBER RUJUKAN 22
LAMPIRAN 23-25
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian pada masa ini amat penting sejajar dengan
perkembangan pendidikan di Malaysia sehingga ke peringkat globalisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mewajibkan semua pelajar di sekolah – sekolah di Malaysia ini untuk menguasai bahasa Inggeris dalam
pelajaran mereka. Oleh itu, bagi merealisasikan impian Kementerian maka para pelajar perlu diajar sejak
mereka dari bangku prasekolah lagi. Jika dari awal persekolahan lagi murid sudah dapat menguasai bahasa
Inggeris maka mereka akan dapat menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris ini apabila mereka sudah berada di
bangku sekolah perdana. Maka, menjadi tanggungjawab besar kepada guru prasekolah untuk mendidik serta
melatih muridnya agar mereka sudah dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik sebelum melangkahkan kaki
mereka ke alam persekolahan perdana nanti.
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan penguasaan kosa kata
dalam bahasa Inggeris dan seterusnya untuk melihat keberkesanan kaedah nyanyian ini dapat menarik dan
mengekalkan minat murid untuk belajar. Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak dalam
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kanak-
kanak akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan membaca sahaja.
Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telah membuktikan bahawa nyanyian dapat
membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda.
Nyanyian merupakan alat yang menyeronokkan kanak-kanak untuk membina kemahiran mendengar.
Aktiviti yang melibatkan nyanyian dapat memberi peluang untuk meningkatkan bahasa dan literasi serta
menimbulkan keseronokkan dengan perkataan. Nyanyian yang dilakukan secara berulang-ulang dapat
meningkatkan ingatan kanak-kanak. Pengulangan adalah strategi untuk belajar dengan menyeronokkan.
Nyanyian menjadi mudah dan kekal diingatan secara tidak langsung menjadi sebahagian linguistik kanak-kanak
dan sumber intelektual untuk kehidupannya.
1.1 Pernyataan Masalah
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan
Uji Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon di Prasekolah KPM semua negeri
pada tahun 2010. Hasil dapatan uji rintis itu mendapati bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam
Bahasa Inggeris sangat lemah. Konstruk yang diuji adalah seperti Listening skills, Speaking skills, Reading
skills dan Writing skills. Bagi Listening skills sebanyak 14.9% responden masih belum menguasai kemahiran
ini. 18.5% masih belum menguasai speaking skills, 17.7% masih belum menguasai reading skills dan 12.0%
bagi writing skills. Peratusan ini benar-benar membimbangkan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang
penting untuk dipelajari di negara kita.
Penggunaan Bahasa Inggeris amat lemah terutamanya di kalangan kanak-kanak berbangsa Melayu dari
segi perbendaharaan kata dan juga perbualan mudah. Kanak –kanak tidak memahami apa yang diajar oleh guru
dan pasif setiap kali slot dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian slot pengajaran dan pembelajaran menjadi
hambar dan murid hanya bergantung kepada kawapan daripada guru. Beberapa faktor seperti latar belakang
keluarga , masalah keluarga, kurang perhatian daripada ibu bapa menyebabkan kanak-kanak prasekolah tidak
menguasai perkataan-perkataan yang mudah dalam Bahasa Inggeris. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini
perlu ditangani dengan lebih awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka
menjejakkan kaki ke kelas arus perdana.
1.2 Tujuan Kajian
Tujuan bagi kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan kaedah nyanyian bagi
meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid prasekolah dan seterusnya dapat
meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
1.3 Persoalan Kajian
Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam Bahasa
Inggeris?
Adakan penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris?
1.4 Kepentingan Kajian
Membantu murid-murid prasekolah menguasai penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris
dengan lebih berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat
murid untuk belajar.
Dapat mengatasi murid yang lemah bertutur menggunakan perbualan yang mudah dalam
komunikasi Bahasa Ingggeris.
1.5 Batasan Kajian
Kajian ini hanya difokuskan kepada enam orang kanak-kanak prasekolah di kelas PraBestari
berdasarkan kepada tahap pencapaian yang lemah dalam aspek Bahasa Inggeris, dan sukar memberi perhatian
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini juga hanya dijalankan di dalam kelas sepanjang
tempoh 4 minggu sahaja.
1.6 Kesimpulan
Oleh itu, kaedah nyanyian lagu kanak-kanak diaplikasikan dalam kajian ini. Nyanyian lagu kanak-
kanak banyak memberikan manfaat kepada murid-murid dari segi kognitif dalam penghafazan dan memahami
kosa kata. Melalui soal selidik dan pemerhatian yang dilaksanakan, murid lebih cepat menguasai kosa kata
dengan menggunakan teknik nyanyian. Hal ini disokong oleh Campbell & Scott-Kassner (1995) yang
mengatakan hubungan antara bahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat dinafikan kerana kanak-kanak dapat
menambahkan perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap perkataan baharu yang dipelajari mereka
apabila mereka mempelajari lagu baharu. Hujah ini turut disokong oleh pendapat Krogh (1995) yang
mengatakan aktiviti mengulang-ulang menyanyikan rangkap lagu yang betul dari segi hukum tatabahasa juga
akan membantu kanak-kanak menggunakan bahasa dengan tatabahasa yang betul pada masa akan datang.
Pengajaran ini juga sangat sesuai diintegrasikan dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh Hurwitz, Wolff, Bortnick & Kokas pada tahun 1975 yang menunjukkan bahawa
murid-murid yang menerima pengajaran muzik mendapat markah yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan
yang hanya terlibat dalam aktiviti membaca.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dijalankan oleh orang lain. Ianya adalah
berpandukan bahan-bahan bercetak antaranya seperti buku, jurnal, tesis dan suratkhabar. Kebanyakan buku yang
digunakan serta jurnal yang dijadikan sumber rujukan kajian adalah hampir kesemuanya boleh didapati di
perpustakaan. Selain daripada bahan- bahan bercetak, tinjauan literatur turut berpandukan bahan-bahan yang
diperolehi menerusi media elektronik iaitu menerusi laman-laman web di internet.Sesebuah tinjauan literatur
amat penting bagi seseorang pengkaji. Ia memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan
dilakukan.
2.1. Definisi lagu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lagu ialah gubahan muzik yang biasanya dilengkapi
dengan seni kata. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang
belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun). Dalam kajian yang dijalankan ini, bahasa Inggeris
merupakan bahasa kedua kepada subjek kajian. Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang diperoleh
selepas bahasa pertama dan boleh dipelajari tanpa atau dengan pengajaran fomal (McLaughlin, 1987).
2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai
Kanak-kanak belajar dalam pelbagai cara. Baru-baru ini, definisi baru kecerdasan telah diterima dan
meningkatkan penilaian kompetensi manusia secara dramatik. Howard Gardner, seorang ahli psikologi
Universiti Harvard, membawa teori kecerdasan pelbagai. Beliau menyatakan bahawa setiap orang mempunyai
sembilan kecerdasan yang berbeza yang berkaitan tetapi wujud dengan kekuatan yang berbeza pada individu
yang berbeza. Jika kita boleh membangunkan cara-cara untuk mengajar dan belajar dengan melibatkan ketuju-
tujuh kecerdasan, kita akan meningkatkan kemungkinan untuk kejayaan pelajar. Tujuh kecerdasan tersebut
ialah verbal-lingguistik, logik matematik, naturalis, intrapersonal, interpersonal, kinestetik dan akhir sekali ialah
muzik.
2.3 Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik ialah kecerdasan yang peka kepada bunyi bukan verbal dalam persekitaran
termasuk melodi dan nada. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan untuk mengubah
tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Individu ini gemar mendengar, menyanyi, bermain muzik,
mencipta lagu serta boleh mengingat muzik yang berlainan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi Dr. Frances Rauscher (1994) dari Universiti Wisconsin
telah membuktikan bahawa muzik boleh meransangkan fungsi otak yang diperlukan dalam pembelajaran.
Kajian Rausher et al (1994) dalam catatan Denie (2000) juga membuktikan bahawa kanak-kanak yang
didedahkan kepada muzik pada awal umur mereka, mereka mempunyai perkembangan sosial, mental dan fizikal
yang lebih matang. Selain itu Dr Georgi Lozanov mengatakan muzik dapat menguatkan daya ingatan dan
memudahkan pembelajaran sekiranya digunakan dengan baik (Radin, 2003).
2.4 Pancaindera
Penggunaan muzik dan nyanyian dalam proses pengajaran meransang pancaindera komunikasi murid
seperti pancaindera pendengaran. Ransangan terhadap pancaindera murid mempengaruhi keberkesanan
pembelajaran murid. Ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul
Akhmar (1993) yang membuktikan bahawa apabila pancaindera digunakan dengan bijak peratus pemahaman
adalah sebanyak 30 peratus dan peratus ingatan ialah 40 peratus. Kesimpulannya penggunaan kaedah nyanyian
meransang pancaindera murid dan dapat meningkatkan pencapaian murid.
2.5 Ransangan Muzik
Murid-murid lebih biasa dengan muzik berbanding dengan buku. Menurut Alex Zukas, seorang guru
di Amerika Syarikat, beliau terfikir untuk mempelbagaikan kaedah pengajarannya untuk menarik minat murid
beliau. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah nyanyian dengan menukar lirik lagu sedia ada kepada lirik
yang mengandungi isi pembelajaran dan memilih lagu yang mendapat sambutan pada ketika itu. Menurut beliau
lagi di dalam Jurnal tulisan beliau “Using Music to Teach History” murid memberi reaksi yang amat berbeza
berbanding sebelumnya. Murid lebih gembira dan menyertai aktiviti pengajaran sepenuhnya.
2.6 Sorotan Literatur
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat
perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang
guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya sematamata, tetapi juga kreativiti
yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan
bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan
kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu
“Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar”.
Dalam kajian yang dijalankan ini, nyanyian lagu kanak-kanak dijadikan sebagai rutin dalam bilik
darjah di mana tiga buah lagu tersebut akan dinyanyikan pada waktu perbualan pagi dan semasa slot pengajaran
dan pembelajaran bahasa Inggeris. National Association for the Education of Young Children (NAEYC) yang
disebut dalam Salmon (2010) mencadangkan agar aktiviti rutin diterapkan kepada kanak-kanak kerana ia dapat
membantu kanak-kanak menyusun pengetahuan dan pengalaman lepas mereka dengan baik dan bermakna.
Salmon (2008) juga berpendapat bahawa kebaikan aktiviti rutin bukan sahaja dapat memberi keyakinan dan rasa
selamat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi aktiviti rutin juga dapat membantu kanak-kanak untuk
memperkembangkan budaya berfikir.
Selain itu, nyanyian juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan pemikiran kritikal kanak-kanak.
Bygrave (1995) telah menjalankan kajian untuk kesan muzik dalam usaha mengekalkan kemahiran
perbendaharaan kata kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapat dalam program muzik untuk pembelajaran
dalam kajian tersebut termasuklah aktiviti seperti nyanyian, pergerakan, persembahan alat-alat muzik dan
mendengar. Hasil kajian mendapati program muzik memberikan kesan yang sangat positif untuk meningkatkan
kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang menerima pendidikan muzik
menunjukkan kemajuan secara menyeluruh.
Menurut Drosher (2006) pula, pendedahan terhadap teknik nyanyian dapat meningkatkan IQ dan
perkembangan mental. Manakala bagi pandangan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) kaedah nyanyian
dapat mewujudkan hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian. Menyanyi juga dapat
menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Selain daripada itu juga, aktiviti nyanyian
dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.(Hawijah Ahmad dan Md. Safea
Mohamad, 1992). Kanak-kanak berasa gembira dan seronok apabila menyanyi kerana nyanyian boleh
meransang minat kanak-kanak bagi mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka dan
memberi peluang mereka melakukan pergerakan (Ahmad Ramli Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992).
Menurut Nani Menon ( 2005), kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam
kumpulan besar.
Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna dan boleh mebantu murid-
murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga
membantu dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian
Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau
mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Arab.
Secara tidak langsung, telah berjaya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.
Hasil kajian oleh Salcedo (2002) juga mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah bahasa
asing mungkin membantu mengingati sesuatu teks. Selain itu, kejadian latihan mental dengan tidak sengaja
(involuntary mental rehearsal / din) juga meningkat dengan wujudnya muzik. Justeru, muzik mungkin
merupakan cara yang berkesan untuk perolehan bahasa. Menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Elisabeth
(2005), keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyenangkan kanak-kanak. Seseorang
kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak. Justeru, lagu dan aktiviti pergerakan adalah salah satu
pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa. Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami
melalui aktiviti nyanyian. Walau bagaimanapun, hasil kajian oleh Allen (2007) telah menunjukkan bahawa tiada
terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian kemahiran membaca bagi murid ELL (English Language
Learners) selepas satu tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan muzik dalam mempelajari
bahasa (language-rich music lessons).
2.7 Kesimpulan
Banyak kajian yang telah dibuat membuktikan pengaruh nyanyian terhadap pebelajaran kanak-kanak
terutamanya dalam pemerolehan bahasa kedua. Diharapkan agar kajian ini dapat mendapat hasil yang positif
seperti kajian-kajian lepas.
BAB 3
METODOLOGI
3.0 Pendahuluan
Dalam bahagian ini, penyelidik akan menjelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
metodologi kajian yang akan dijalankan iaitu mengumpul dan menganalisa data yang diperolehi. Metodologi
penyelidikan memberikan panduan dalam pelaksanaan penyelidikan. Ianya merangkumi rekabentuk kajian,,
sampel kajian, alat yang digunakan, proses pengumpulan data, prosedur kajian dan prosedur analisis data yang
dikutip.
3.1 Sampel kajian
Kajian ini dijalankan dengam melibatkan 6 orang murid Prasekolah Bestari SK Mengkuang. 6 orang
murid ini terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan. Kesemua kanak-kanak ini berumur enam tahun. Kanak-
kanak ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Murid-murid ini dipilih berdasarkan prestasi
akademik mereka di dalam kelas yang kurang memberangsangkan dan lemah dalam penguasaan Bahasa
Inggeris. Mereka kurang memberikan respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Murid –murid ini juga mempunyai latar belakang pendidikan yang kurang baik di mana diantara mereka lahir
daripada keluarga yang kurang didedahkan dengan kepentingan pendidikan. Selain itu, mereka juga dating
daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
3.2 Instrumen Kajian
Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris, pengkaji
dua alat kajian iaitu pemerhatian dan temu bual secara individu dengan subjek sebagai tinjauan awal
menggunakan borang senarai semak. Jadual 1 di bawah adalah cara tinjauan penggunaan instumen kajian
dibuat;
Jadual 1: Cara Tinjauan
Langkah Cara tinjauan masalah Kumpulan
sasaran
Tujuan
Langkah 1 Pemerhatian
catatan pemerhatian
menggunakan Borang
Rekod Pemerhatian pada
Lampiran A
20 orang murid-
murid prasekolah
- Melihat penggunaan kosa kata
Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid
- Melihat respon murid semasa
P&P slot Bahasa Inggeris
Langkah 2 Tinjauan awal
menggunakan Senarai
Semak pada Lampiran B
6 orang subjek
yang terlibat
- Mengenal pasti dan mengetahui
tahap penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris subjek
Alat kajian 1: Pemerhatian
Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek akan direkodkan. Kekerapan ini akan
dijumlahkan selepas 5 pemerhatian dibuat.
Alat kajian 2: Borang senarai semak
Borang senarai semak untuk tinjauan awal yang digunakan adalah set soalan sama yang akan digunakan dalam
penilaian selepas intervensi. Dalam senarai semak ini, murid perlu menjawab soalan-soalan guru dengan
jawapan dalam Bahasa Inggeris. Sebanyak 25 perkataan mudah telah dipilih untuk diuji.
3.3 Prosedur Kajian
Jadual 2 di bawah adalah jadual perancangan langkah-langkah untuk menjalankan kajian ini;
Kaedah / Teknik Penggunaan lagu kanak-kanak (Nursery rhymes)
Cara pelaksanaan Langkah 1
Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak menggunakan carta lagu
bergambar sehingga murid benar-benar dapat menghafaz 2 lagu tersebut
Langkah 2
Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik untuk
mendapatkan rentak dan tempo yang betul
Langkah 3
Beberapa perkataan yang dipilih diberi penekanan yang lebih. Murid akan
diterangkan dengan maksud atau pengertian dalam Bahasa Melayu setiap
perkataan yang ingin diuji
Langkah 4
Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan sebagai salah satu rutin dalam
prasekolah iaitu seperti pada waktu Perbualan Pagi, waktu Rehat atau dalam
waktu P&P
Lagu kanak-kanak yang
digunakan
1. I am a little Teapot
2. Head, Shoulders, Knees and Toes
3. Five Little Ducks
Bahan bantu belajar Radio, cakera padat, carta lirik bergambar
3.4 Teknik Mengumpul Data
Jadual 3 di bawah adalah jadual perancangan pengumpulan data untuk menjalankan penyelidikan ini;
Jadual 3: Perancangan cara mengumpul data
Langkah /
Tarikh
Cara Mengumpul Data Kumpulan
Sasaran
Tujuan
Langkah 1 Pemerhatian 20 orang murid
prasekolah
Melihat percakapan dan penggunaan
kosa kata Bahasa Inggeris sepanjang
slot P&P Bahasa Inggeris
Langkah 2 Tinjauan awal 6 orang subjek yang
terlibat
Mengenal pasti kelemahan subjek
Langkah 3 Selepas intervensi 6 orang subjek yang
terlibat
Melihat pencapaian subjek selepas
penggunaan lagu kanak-kanak
Jadual 4 di bawah adalah jadual perancangan cara menganalisis data dalam kajian ini;
Jadual 4: Perancangan cara menganalisis data
Langkah / Tarikh Cara mengumpul data Cara menganalisis data
Langkah 1 Pemerhatian Data akan dikumpulkan dengan menjumlahkan kekerapan
kosa kata yang dituturkan oleh subjek
Langkah 2 Tinjauan awal Data akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan
yang betul.
Langkah 3 Selepas intervensi Data akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan
yang betul.
Perbezaan data dalam bentuk peratusan sebelum dan selepas intervensi akan dibandingkan bagi
menunjukkan perubahan peningkatan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid. Data yang
dikeluarkan adalah dalam bentuk kuantitatif deskriptif.
3.5 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab 3 membincangkan bagaimana pengumpulan data dikutip dari permulaan
pemerhatian dan seterusnya cara menganalis data. Kajian digunakan dengan reka bentuk kuantitatif dan cara
pengumpulan data digunakan dengan kaedah data jenis pemerhatian dan senarai semak.
BAB 4
PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAM
4.0 Pendahuluan
Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterpretasi. Dengan
menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian, seterusnya membuat ulasan
mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian.
4.1 Persoalan Kajian Pertama
Apakah tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid- murid prasekolah selepas penggunaan lagu
kanak-kanak?
Hasil analisis soal selidik yang dijalankan telah dapat mengenal pasti tahap penguasaan kosa kata
bahasa Inggeris kanak-kanak dengan penggunaan lagu kanak-kanak.
Jadual 5 : Perbandingan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris setiap subjek sebelum dan selepas
intervensi mengikut lagu
Subjek Lagu 1 Lagu 2 Lagu 3 Jumlah Peratusan
( % )
M1 Sebelum 1/7 1/10 0/8 2/25 8
Selepas 6/7 10/10 5/8 21/25 84
M2 Sebelum 1/7 2/10 0/8 3/25 12
Selepas 6/7 10/10 4/8 20/25 80
M3 Sebelum 0/7 1/10 0/8 1/25 4
Selepas 7/7 10/10 8/8 25/25 100
M4 Sebelum 0/7 1/10 0/8 1/25 4
Selepas 5/7 10/10 5/8 20/25 80
M5 Sebelum 1/7 2/10 1/8 4/25 16
Selepas 5/7 9/10 5/8 19/25 76
M6 Sebelum 2/7 2/10 0/8 4/25 16
Selepas 7/7 10/10 7/8 24/25 96
Petunjuk :
Lagu 1 : Seven days in a week
Lagu 2 : Itsy Bitsy Spider
Lagu 3 : Head , shoulders, knees and toes
Jadual 5 adalah dapatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris setiap subjek sebelum dan selepas
intervensi mengikut lagu. Berdasarkan kepada dapatan di atas, seramai lima orang subjek dapat menjawab
kesemua soalan untuk kosa kata dalam Lagu 2 selepas intervensi dijalankan. Manakala hanya Kanak-kanak M5
sahaja tidak dapat menjawab 1 soalan daripada 10 soalan yang dikemukakan daripada kosa kata dalam Lagu 2.
Ini menunjukkan bahawa kesemua subjek lebih mudah mengingati dan memahami kosa kata dalam Lagu 2
berbanding dua buah lagu lagi.
Jadual 6 : Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak bagi meningkatkan penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris
Jawapan MI M2 M3 M4 M5 M6Jumlah Skor 21/25 20/25 25/25 20/25 19/25 24/25Peratusan % 84 80 100 80 76 96
Berdasarkan jadual 4, didapati seorang kanak-kanak mendapat peratusan 100% iaitu Kanak- kanak M3.
Kanak-kanak ini telah berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan kepadanya dengan betul berdasarkan
kepada lirik lagu kanak-kanak yang diajar. Sementara itu, Kanak-kanak M6 mendapat skor kedua tertinggi
dengan peratusan sebanyak 96%. Kanak-kanak M1 mendapat peratusan sebanyak 84% dengan menjawab 21
soalan dengan betul. Kanak-kanak M2 dan Kanak-kanak M4 dapat menjawab 20 soalan dengan betul daripada
25 soalan yang diberikan. Dua orang kanak-kanak ini mendapat peratusan sebanyak 80%. Peratusan terendah
pula telah diperoleh oleh Kanak-kanak M5 iaitu dengan 76%.
Rumusannya, hasil analisis soal selidik yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak mendapati bahawa
kanak-kanak dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka dengan baik berbanding sebelum intervensi.
Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan menunjukkan bahawa penguasaan kosa kata
kanak-kanak telah meningkat. Oleh itu, penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan kosa kata bahasa
Inggeris mereka.
Jadual 7 Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan penguasaa kosa kata
Bahasa Inggeris kanak-kanak
Kanak-kanak Sebelum intervensi
(%)
Selepas intervensi
(%)
Jumlah peningkatan
(%)
M1 8 76 68
M2 12 80 68
M3 16 100 84
M4 4 80 76
M5 4 76 72
M6 16 96 80
Jadual 7 menunjukkan jumlah peratusan peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-
kanak iaitu sebelum menjalankan intervensi dan selepas menjalankan intervensi. Kanak-kanak M3 mendapat
peratusan peningkatan tertinggi iaitu 84%. Peratusan peningkatan yang kedua tertinggi pula adalah Kanak-kanak
M6 iaitu sebanyak 80%. Kanak-kanak M1 dan Kanak-kanak M2 mendapat 68% peningkatan. Manakala Kanak-
kanak M5 dan Kanak-kanak M4 masing-masing mendapat skor 76% dan 72% peningkatan setelah menjalankan
intervensi.
Rajah 1 : Hasil analisis soal selidik terhadap penguasaan lagu kanak-kanak meningkatkan kosa kata Bahasa
Ingggeris
Rajah 1 menunjukkan hasil analisis soal selidik terhadap penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris subjek kajian. Hasil analisis selepas intervensi
menggunakan alat kajian soal selidik pula mendapati bahawa kanak-kanak ini dapat menjawab soalan yang telah
diberikan kepada mereka dengan betul dan lancar. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan
menunjukkan bahawa peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Berbanding dengan hasil
dapatan soal selidik yang dijalankan sebelum intervensi mendapati bahawa kanak-kanak tidak dapat menjawab
soalan yang diberikan dengan baik. Hasil soal selidik telah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan soalan yang
dijawab adalah rendah. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak yang
terhad menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti perbualan pagi serta aktiviti slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Hasil analisis ini dapat menjawab persoalan kajian yang pertama
di mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid
Prasekolah.
4.2 Persoalan Kajian Kedua
Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?
Hasil analisis pemerhatian yang dibuat telah dapat mengenal pasti murid-murid prasekolah lebih yakin untuk
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris dengan penggunaan lagu kanak- kanak.
Jadual 8 kekerapan respos subjek terhadap soalan guru dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris serta aktiviti perbualan pagi
Jumlah Kekerapan
Subjek Tinjauan
awal
Pemerhatian
1
Pemerhatian
2
Pemerhatian
3
Pemerhatian
4
Pemerhatian
5
M1 4 5 6 6 7 9
M2 5 7 9 8 9 10
M3 4 6 7 7 9 10
M4 2 6 6 7 8 9
M5 1 6 7 6 9 10
M6 2 5 7 8 7 8
Jadual 8 menunjukkan jumlah kekerapan respons kanak-kanak terhadap soalan guru dalam slot aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris serta dalam aktiviti perbualan pagi. Hasil analisis pemerhatian ini
mendapati bahawa jumlah kekerapan respons kesemua subjek meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal
ke pemerhatian 1, pemerhatian 2, pemerhatian 3, pemerhatian 4 dan pemerhatian 5.
Berdasarkan hasil dapatan ini, jumlah kekerapan respons yang diberikan oleh Kanak-kanak M2
meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 2, tetapi jumlah kekerapan respons
menurun pada pemerhatian 3 iaitu sebanyak 1 respons kerana pada ketika itu kanak-kanak M2 mengalami
masalah kesihatan iaitu asma. Jumlah kekerapan ini terus meningkat pada pemerhatian 4 dan pemerhatian 5.
Pada pemerhatian 5, Kanak-kanak M2 memberi respons terhadap kesemua sepuluh soalan yang dikemukakan
oleh guru.
Kanak-kanak M5 memberikan jumlah kekerapan respons yang meningkat dari pemerhatian semasa
tinjauan awal hingga pemerhatian 3, tetapi jumlah kekerapan respons ini menurun sebanyak 1 respons
menjadikan jumlah respons pada pemerhatian 3 adalah sebanyak 6 respons dan terus meningkat pada
pemerhatian 4 dan pemerhatian 5. Kanak-kanak M6 memberikan jumlah kekerapan respons yang meningkat
dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 3 tetapi jumlah kekerapan ini menurun pada
pemerhatian 4. Jumlah kekerapan respons ini meningkat semula pada pemerhatian 5.
Selain itu, jumlah kekerapan respons yang diberikan oleh Kanak-kanak M1, Kanak-kanak M3 dan
Kanak-kanak M4 terus meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian yang kelima.
Hasil analisis ini mendapati bahawa Kanak-kanak M2, Kanak- kanak M3 dan Kanak-kanak M5 dapat
memberikan respons terhadap kesemua soalan yang diberikan oleh guru pada pemerhatian 5 iaitu sebanyak 10
respons terhadap 10 soalan yang dikemukakan.
Hasil analisis pemerhatian juga mendapati kanak-kanak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
dengan menggunakan bahasa mudah apabila mereka banyak mempunyai kosa kata. Sepanjang pemerhatian
dijalankan iaitu pada waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris,
kanak-kanak berkeyakinan untuk memberikan respons dalam aktiviti yang dijalankan. Ini membuktikan mereka
mampu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun tidak lancar. Namun demikian, mereka kelihatan lebih
yakin berbanding sebelum intervensi yang tidak mahu langsung berinteraksi dalam sebarang aktiviti slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Dengan itu, kanak-kanak berupaya meningkatkan penguasaan
kosa kata bahasa Inggeris mereka dengan aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak di samping dapat membina
keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Rajah 2 Hasil analisis pemerhatian terhadap penggunaan lagu kanak-kanak bagi meningkatkan
keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
Rajah 2 menunjukkan hasil analisis pemerhatian terhadap penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hasil analisis selepas intervensi
menggunakan alat kajian pemerhatian yang dijalankan terhadap kanak- kanak mendapati kanak-kanak memberi
respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan menggunakan kosa kata yang
dipelajari daripada lagu yang dipelajari dan dinyanyikan. Kebolehan kanak-kanak ini memberi respons dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa kanak-kanak ini berupaya meningkatkan keyakinan
mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Berbanding dengan hasil dapatan sebelum intervensi
dijalankan didapati bahawa kurang memberikan respons terutamanya dalam aktiviti slot pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris. Kanak-kanak ini tidak memberikan sebarang respons terhadap soalan yang
diberikan oleh guru semasa waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
Kanak-kanak ini juga tidak mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dijalankan. Hasil analisis
ini telah dapat menjawab persoalan kajian yang kedua di mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Prasekolah.
4.3 Kesimpulan
Hasil analisis mendapati bahawa penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa
kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Penggunaan lagu kanak- kanak juga dapat meningkatkan keyakinan kanak-
kanak untuk mengikuti aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan aktif.
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
Bab ini merupakan bab yang terakhir ianitu bab penutup dan mengandungi rumusan-rumusan yang
dibuat hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Bab ini juga mengandungi cadangan penambahbaikan untuk
dijalankan pada masa akan dating.
5.1 Rumusan
Hasil kajian mendapati penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata
bahasa Inggeris kanak-kanak. Penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak meningkat apabila
menggunakan lagu kanak-kanak. Komunikasi dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris
juga bertambah baik dan lancar menunjukkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak ini telah
meningkat.
5.2 Cadangan Untuk Masa Akan Datang
1. Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan semasa waktu perbualan pagi dan waktu slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya
dilaksanakan pada waktu lain juga seperti pada waktu rehat, waktu aktiviti permainan luar dan waktu-
waktu slot pengajaran lain.
2. Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berbangsa Melayu
sahaja. Mereka ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Penyelidik mencadangkan
agar kajian seterusnya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berbangsa lain seperti bangsa Cina dan
bangsa India atau bangsa lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak itu.
3. Kajian ini juga dilaksanakan dengan menggunakan tiga buah lagu kanak-kanak sahaja. Dicadangkan
agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan menggunakan lebih banyak lagu dan lagu-lagu tersebut
dipilih banyak mempunyai kosa kata yang mudah dipelajari dan dihafaz oleh kanak-kanak berusia 5
hingga 6 tahun.
4. Dapatan yang diperoleh hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini merupakan hasil dapatan
daripada jumlah subjek yang sangat kecil iaitu seramai 6 orang dari sebuah kelas prasekolah sahaja.
Dicadangkan agar kajian sebegini juga boleh dijalankan terhadap bilangan subjek yang lebih besar
jumlahnya dan dijalankan di beberapa buah sekolah yang lain, di daerah atau di negeri lain untuk
melihat sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris
murid-murid prasekolah secara keseluruhannya.
5.3 Kesimpulan
Kajian yang seterusnya perlu dilaksanakan agar dapat menarik minat kanak- kanak untuk belajar di
prasekolah. Rohaya (1988) memetik pendapat Montessori yang percaya bahawa proses pembelajaran yang
paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan bagi kanak-kanak iaitu
dengan aktiviti bernyanyi, bermain, menari dan bermain alat muzik. Penggunaan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan juga dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan perkembangan
bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.
SUMBER RUJUKAN
Rujukan dari buku
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008), Guru Sebagai Penyelidik: PTS Professional: Kuala Lumpur.
Ahmad Ramli Zakaria & Osni Anuar Othman (1992), ‘Projek’ Teknik Pengajaran dan Pembelajaran: Siri
Panduan Guru KBSR. Jilid 4. Kementerian Pendidikan. DPB: KL.
Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, (1992) ’Nyanyian’ Aktiviti Bahasa: Siri Panduan Guru KBSR. Jilid
7. Kementerian Pendidikan. DBP: KL.
Kamus Dewan, Edisi Baru, (2010) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah: Dokumen Standard
Prasekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Dokumen Standard
Prasekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Madzniyah Md.Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Hj.Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd Sani
dan Zakiah Idris. (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Program PIER (Program forInnovation,
Excellence and Research)
Nani Menon (2005), Permainan, Lagu Dan Puisi Kanak-kanak: PTS Professional: Bentong.
LAMPIRAN A
BORANG
REKOD PEMERHATIAN
Di bawah ini adalah borang rekod pemerhatian bagi merekod kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang
dituturkan oleh subjek di dalam bilik darjah. Sila isikan kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan
pada ruang yang disediakan. Sila catat jumlah kekerapan kosa kata di dalam kotak yang telah disediakan.
Nama subjek : ...............................................................................................................
Tarikh : ...............................................................................................................
PEMERHATIAN: 1 2 3 4 5
(Bulatkan nombor mengikut pemerhatian)
WAKTU
PEMERHATIAN
KOSA KATA BAHASA INGGERIS YANG DITUTURKAN ANALISIS
Masa : ..................
Jumlah kekerapan
LAMPIRAN B
SENARAI SEMAK
UJIAN TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS
UJIAN FASA* 1 2
(Bulatkan nombor mengikut fasa)
Nama : ........................................................................................................
Tarikh : ........................................................................................................
Masa : ........................................................................................................
Arahan:
(i) Murid : Jawab soalan dalam Bahasa Inggeris apabila diajukan soalan.
(ii) Guru : Tandakan / pada kotak yang disediakan sama ada jawapan murid betul atau salah. Jika
salah, tuliskan jawapan yang diberikan pada ruangan catatan.
Bil Perkataan / Objek Jawapan Catatan
Betul Salah
1 Kepala
2 Bahu
3 Lutut
4 Kaki
5 Mata
6 Hidung
7 Mulut
8 Telinga
9 Badan
10 Angka 1
11 Angka 2
12 Angka 3
13 Angka 4
14 Angka 5
15 Teko
16 gemuk
17 Jerit
18 Ambil
19 Panas
20 Matahari
21 Air
22 Hari
23 Jauh
24 Ibu
25 Itik
Jumlah
* Ujian Fasa 1 - Tinjauan Awal
2 – Selepas Intervensi
ATTENDANCE SHEET
No. Remarks / Progress Date, sign and stamp (by Supervisor)
1 Berbincang dengan Puan Noor Ezzah Azlinda cara memulakan kajian
11.10.2014
2 Memulakan kajian di prasekolah 13.10.2014
3 Berbincang dengan Puan Ezzah Azlinda tentang format penulisan kajian
8.11.2014
4 Berbincang dengan Puan Noor Ezzah Azlinda mengenai kajian dari bab 1 – bab 3
6.12.2014
5 Menghantar kajian yang telah siap dibuat dari bab 1 – bab 5 secara email kepada Puan Noor Ezzah Azlinda untuk membuat penyemakan
15.12.2014
6 Membuat pembetulan kajian yang telah disemak oleh Puan Noor Ezzah Azlinda
18.12.2014
7 Mencetak hasil kajian yang telah siap 19.12.2014