PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DAN EDUWEBTV DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR BANDARAYA
JOHOR BAHRU, JOHOR
NOR HAFIZAH BINTI SULAIMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS·
JUDUL: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DAN EDUWEBTV DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: -..o....N'-"::O=R"""HAFI==Z=AH='-"=B=INT:o...:....:::...:..I=SUL==AIMAN=:o.=..'----- _ (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sll:Ijftl'lBIDektef FaI3!lfal't)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
I. Tesis adalah hak mil ik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran anura institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( " )
(TANDATANGAN PENULIS)
o SULIT
dalam
o TERHAD
W TIDAK TERHAD
~
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
AKTA RAHSIA RASM11972).
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO 39, JALAN 112, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
Tarikh: }.~.!?y../~.5 .
EN. JOHARI BIN HASSAN
Nama Penyelia
. 30 / 0 '1-/'04Tarikh: ; .
CATATAN * **
Potong yang tidak berkenaan Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak: berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan S<U:iana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian seeara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sllljana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dan segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)."
Tandatangan .......~ . Nama Penyelia EN. JOHAR! BIN HASSAN
Tarikh ·········~··~·!·~··y./··~··1 .
PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DAN EDUWEBTV DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR
BANDARAYA JOHOR BAHRU, JOHOR
NOR HAFIZAH BINTI SULAIMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
11
PENGAKUAN
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nubIan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan srunbemya"
Tandatangan
Nama Penulis NOR HAFIZ BINTI SULAlMAN
50/ o~! 04Tarikh .....................................................
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Teristimewa buat ibu tercinta, Halimah Binti Hj. Mohd. Isa
Terima kasih atas segala pengorbananmu yang amat tidak ternilai harganya
Ketekalan dan ketabahan dirimu memberi inspirasi kepada ku.
Buat insan yang amat dirindui,
Arwah ayah yang tercinta, Sulaiman Bin Hj. Mohd Salleh,
Jasa dan pengorbananmu tidak akan kulupakan
Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
Untuk adik-beradikku yang dikasihi,
Suhaiza & Ahmad Shahabuddin serta Ahmad Suhaimi & Noreen Erna,
Segala sokongan yang diberikan amatlah ku hargai.
Khas buat insan yang amat ku sayangi,
Shamsul Bin Hj. Ismail,
Semoga ikatan kita ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku yang sejati,
Nor Hafiza Azne Binti Abd Aziz,
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu.
Amin...
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Laporan Projek
Sarjana Muda ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tulus dan ikhlas ditujukan khas buat
Tuan Haji Johari Bin Hassan, selaku pensyarah pembimbing dan penasihat yang tanpa
jemu memberi bimbingan, tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan yang sangat berguna serta
membantu menyelia penulisan ilmiah ini sejak awal sehinggalah ke akhirnya. Didoakan
semoga setiap usaha murni yang telah beliau taburkan mendapat rahmat dari Allah
S.W.T .
Penghargaan terima kasih juga ditujukan kepada guru-guru di SMK (P) Sultan
Ibrahim, SMK Sultan Ismail, SMK Infant Jesus Convent, SMK Taman Desa Skudai,
SMK Taman Universiti 2 dan SMK Bandar Baru Uda yang telah memberi kerjasama
sepenuhnya dalam memberi maklum balas terhadap kajian yang telah dijalankan, tidak
ketinggalan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan dan semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu projek ini.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga
tercinta dan orang yang amat saya sayangi. Segala sokongan dan kerjasama kalian
selama ini amatlah dihargai dan sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja sebaik-
baiknya memberi balasan. Semoga kita diberkati Allah hendaknya. Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan TV Pendidikan dan
EDUWEBTV dalam kalangan guru sekolah menengah di sekitar Bandaraya Johor
Bahru. Kajian ini tertumpu kepada penggunaan TV Pendidikan, kepentingan TV
Pendidikan serta masalah yang dihadapi dalam menggunakan TV Pendidikan. Selain itu,
kajian ini juga tertumpu kepada tahap kesediaan dan penerimaan guru terhadap
EDUWEBTV serta masalah-masalah awal yang dihadapi dalam menggunakan
EDUWEBTV. Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan kepada
150 orang responden dari 2 kategori sekolah menengah yang dipilih secara rawak
berkelompok. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
For Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan
peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t juga digunakan dalam kajian ini. Hasil
kajian menunjukkan bahawa kadar penggunaan TV Pendidikan adalah di tahap yang
sederhana. Namun majoriti responden menyedari akan kepentingan TV Pendidikan di
mana siaran TV Pendidikan mampu meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Masalah
utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam menggunakan TV Pendidikan ialah masalah
percanggahan jadual waktu. Bagi EDUWEBTV, tahap kesediaan dan penerimaan guru
menggunakan EDUWEBTV adalah di tahap yang sederhana. Manakala, masalah utama
yang dihadapi ialah mereka tidak dapat melayari laman EDUWEBTV dengan cepat pada
setiap masa dan boleh mengganggu proses P&P.
vi
ABSTRACT The purpose of this research is to determine the level of usage of the Educational
Television and EDUWEBTV among the teachers from secondary school located at
Johor Bahru Town. The usage of Educational Television, the benefit of Educational
Television and the problem in using the Educational Television are the main focus of
this research. This research also focus on the readiness and acceptance of the
EDUWEBTV among teachers and also the problems in using the EDUWEBTV. A
questionnaire was used as the instrument of this research and distributed to 150
respondents from 2 categories of secondary school through a randomize group sampling.
All the data were analyzed using the Statistical Package For Social Sciences (SPSS)
software version 11.5 and was presented in the form of means, frequencies and
percentages. Inferential statistics such as t-test were also used in this research. The
results showed that the usage of Educational Television were at the average level. But,
the majority of the respondents agreed that the Educational Television programme can
increased their performance in the teaching and learning process. The main problem
faced by the teachers was clashed of the timetable with the Educational Television
programme schedule. For EDUWEBTV, the level for readiness and acceptance was at
the average. While, the process of teaching and learning was disturbed by the problem of
slow EDUWEBTV signal.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan / Rasional Kajian 8
1.6.1 Kepentingan Kepada Pihak Guru 8
1.6.2 Kepentingan Kepada Pihak Ibubapa 9
1.6.3 Kepentingan Kepada Pihak KPM 9
viii
1.7 Skop / Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Internet 10
1.8.2 Komputer 11
1.8.3 Teknologi 11
1.8.4 Penggunaan 11
1.8.5 Televisyen 12
1.8.6 Kesediaan 12
1.9 Rumusan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13
2.2 Pengajaran Melalui TV Pendidikan 14
2.3 Kelebihan Televisyen Dalam Pendidikan 15
2.4 Penerimaan TV Pendidikan Di Sekolah Menengah 16
2.5 Perkembangan Teknologi Dalam Sistem 17
Pendidikan
2.6 Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer 19
Dalam Proses P&P
2.7 Rumusan 23
BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Analisis Data 30
ix
3.9 Jangkamasa Kajian 31
3.10 Anggaran Perbelanjaan 32
3.11 Rumusan 32
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Bahagian A 34
4.2.1 Latar belakang responden 34
4.2.2 Corak penontonan 36
4.3 Analisis Bahagian B 39
4.3.1 Penggunaan TV Pendidikan 40
4.3.2 Kepentingan TV Pendidikan 43
4.3.3 Masalah Penggunaan TV Pendidikan 46
4.3.4 Pengetahuan Tentang EDUWEBTV 52
4.3.5 Masalah Penggunaan EDUWEBTV 58
4.4 Analisis Bahagian Soalan Terbuka 61
4.4.1 Taburan pendapat dalam kalangan guru 62
sekolah menengah terhadap pertukaran
bentuk siaran TV Pendidikan dari
konvensional ke EDUWEBTV
4.4.2 Taburan masalah yang mungkin dihadapi 63
oleh responden apabila menggunakan
laman EDUWEBTV sebagai BBM
4.5 Analisis Data 64
4.5.1 Kategori sekolah dengan penggunaan 64
EDUWEBTV dalam P&P
4.5.2 Memiliki komputer peribadi dengan 65
Penggunaan EDUWEBTV walaupun
baru dilancarkan
4.6 Rumusan 65
x
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 67
5.2.1 Latar belakang responden 68
5.2.2 Bentuk Penggunaan TV Pendidikan 68
5.2.3 Penggunaan TV Pendidikan sebagai BBM 69
5.2.4 Kesediaan dan penerimaan guru-guru 70
terhadap EDUWEBTV
5.2.5 Masalah-masalah yang sering dihadapi 71
dalam menggunakan TV Pendidikan /
EDUWEBTV
5.3 Rumusan 72
5.4 Kekangan Kajian 73
5.5 Cadangan 74
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.7 Penutup 76
RUJUKAN 77 LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.4.1 Bilangan Sampel Guru 26
3.8.1 Skala Pemeringkatan Skor Min 30
3.8.2 Skala Pemeringkatan Skor Peratus 30
3.9.1 Takwim PSM 31
3.10.1 Perbelanjaan PSM 32
4.2.1.1 Taburan status perkahwinan 34
4.2.1.2 Taburan tempoh berkhidmat 35
4.2.1.3 Taburan responden memiliki komputer peribadi 36
4.2.2.1 Taburan tempoh menonton TV 37
4.2.2.2 Taburan kekerapan menonton TV Pendidikan 37
4.2.2.3 Taburan bentuk siaran TV Pendidikan yang lebih 38
diminati
4.2.2.4 Taburan waktu siaran TV Pendidikan yang lebih 38
disukai
4.3.1.1 Analisis penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan 41
responden Sekolah Menengah Premier
4.3.1.2 Analisis penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan 42
responden Sekolah Menengah Harian Biasa
4.3.2.1 Analisis kepentingan TV Pendidikan dalam kalangan 44
responden Sekolah Menengah Premier
4.3.2.2 Analisis kepentingan TV Pendidikan dalam kalangan 46
responden Sekolah Menengah Harian Biasa
xii
4.3.3.1 Analisis masalah penggunaan TV Pendidikan dalam 48
kalangan responden Sekolah Menengah Premier
4.3.3.2 Analisis masalah penggunaan TV Pendidikan dalam 51
kalangan responden Sekolah Menengah Harian Biasa
4.3.4.1 Analisis pengetahuan tentang EDUWEBTV dalam 54
kalangan responden Sekolah Menengah Premier
4.3.4.2 Analisis pengetahuan tentang EDUWEBTV dalam 57
kalangan responden Sekolah Menengah Harian Biasa
4.3.5.1 Analisis masalah penggunaan EDUWEBTV dalam 59
kalangan responden Sekolah Menengah Premier
4.3.5.2 Analisis masalah penggunaan EDUWEBTV dalam 61
kalangan responden Sekolah Menengah Harian Biasa
4.4.1.1 Taburan pendapat responden 62
4.4.2.1 Taburan masalah 63
4.5.1.1 Kategori sekolah dengan penggunaan EDUWEBTV 64
dalam P&P menggunakan Ujian-t
4.5.2.1 Memiliki komputer peribadi dengan penggunaan 65
EDUWEBTV walaupun baru dilancarkan
menggunakan Ujian-t
xiii
SENARAI SINGKATAN
ASTRO - Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama Malaysia
BBM - Bahan Bantu Mengajar
Bhd. - Berhad
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
EDUWEBTV - Education Web Television
ICT - Information Communication Technology
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LCD - Liquid Crystal Display
PJJ - Pendidikan Jarak Jauh
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbentuk Komputer
RTM - Radio Televisyen Malaysia
Sdn. - Sendirian
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Sciences
TV - Televisyen
WWW - World Wide Web
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 81
B Surat Kebenaran dari BPPDP 90
C Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 91
D Surat Kebenaran dari Fakulti Pendidikan 92
E Pengesahan Instrumen Kajian 93
F Keputusan Kajian Rintis 97
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi, khususnya teknologi
informasi pada masa kini telah membawa kepada satu perubahan yang amat besar
dalam bidang kehidupan termasuk dalam kegiatan pendidikan. Seperti yang sudah
kita maklum, pendidikan merupakan suatu proses yang digunakan oleh individu
untuk memperoleh pengetahuan atau wawasan serta untuk mengembangkan sikap.
Justeru itu, seiring dengan kemajuan teknologi informasi tersebut telah membuatkan
satu perubahan yang besar dalam sistem pendidikan Malaysia.
Sebelum ini pendidikan kita merupakan warisan dari sistem pendidikan yang
lama. Para pelajar hanya mengharapkan seratus peratus kepada guru. Segala usaha
dalam proses P&P hanya dilakukan oleh guru manakala para pelajar hanya
menghafal fakta-fakta tanpa erti. Sistem pendidikan yang baik harus dapat
menyediakan pendidikan yang bermutu kerana pendidikan bertujuan menyalurkan
nilai-nilai murni serta membina kemampuan dalam diri pihak lain sehingga
diharapkan dapat mencari dan menciptakan sesuatu yang baru. Pengaruh globalisasi
kini kian terasa dengan semakin banyak terbinanya saluran informasi terutama dalam
bentuk elektronik. Contoh yang terbaik bagi teknologi informasi dalam bentuk
elektronik adalah TV dan internet.
2
TV dan internet adalah suatu teknologi yang digunakan untuk mengolah data
termasuk memproses data, mendapatkan data, menyusun data, menyimpan data dan
memanipulasi data dalam berbagai cara bagi menghasilkan informasi yang berkualiti
iaitu informasi yang relevan dan tepat, yang boleh digunakan untuk keperluan
pendidikan. Dengan wujudnya teknologi ini beberapa siaran rancangan dan laman
web dapat dibina serta digunakan untuk menyiarkan program pendidikan.
Memanfaatkan penggunaan TV dan internet dalam bidang pendidikan sudah menjadi
satu kelaziman. Dengan adanya teknologi ini tiada lagi batasan waktu mahu pun
jarak dalam menimba ilmu. Justeru itu, salah satu daripada cabaran Wawasan 2020
juga hampir terlaksana iaitu dapat mewujudkan masyarakat yang saintifik dan
progresif dan mempunyai daya perubahan yang tinggi serta sentiasa memandang ke
hadapan (Tajul Ariffin Noordin, 1992).
1.2 Latar Belakang Masalah
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) atau suatu ketika dahulu lebih di
kenali dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan telah diwujudkan
pada tanggal 19 Jun 1972. Kewujudan BTP adalah atas kelulusan yang telah dibuat
oleh Kabinet dalam tahun 1971. Antara fungsi utama BTP pada waktu itu adalah
memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan
perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun pada tahun 1988,
nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan telah ditukarkan kepada Bahagian
Teknologi Pendidikan kerana fungsinya diperluaskan lagi bagi merangkumi
perkhidmatan pusat sumber sekolah. Kini BTP telah memiliki 11 sektor dan 15
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
Sektor TV Pendidikan merupakan sektor yang terulung di BTP. Siaran TV
Pendidikan merupakan sebuah program yang telah dilancarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dengan tujuan bagi menghebahkan pelbagai bentuk
maklumat bagi mempertingkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
3
Menurut Atkinson (1984), adalah menjadi satu pengalaman yang menarik dan
berfaedah apabila televisyen digunakan sebagai bahan pengajaran untuk melatih atau
mengajar di semua peringkat pengajian.
Sebahagian besar daripada tugas utama BTP diusahakan melalui sektor ini
adalah untuk menerbitkan rancangan TV Pendidikan berasaskan kurikulum
pendidikan, menyebarkan maklumat mengenai isu-isu semasa khususnya tentang
dunia pendidikan, menerbitkan program motivasi pendidikan khususnya bagi para
pelajar dan ibubapa serta bertanggungjawab mengadakan siaran TV Pendidikan
secara langsung dan interaktif melalui panggilan telefon. Justeru itu, teknologi ini
diharapkan dapat memperbaiki mutu pendidikan dengan cara mendedahkan kepada
pelajar bahan-bahan kurikulum dengan lebih jelas, teratur dan menarik di samping
terdapatnya pengajaran yang teratur dari guru-guru yang cekap dan berpengalaman
(Abdul Rahim, 1987).
Setiap tahun Sektor TV Pendidikan ada menerbitkan berbagai-bagai jenis
rancangan untuk disiarkan dimana ia meliputi rancangan yang berasaskan kurikulum
sekolah menengah. Antara jenis-jenis rancangan yang diterbitkan ialah Rancangan
Kurikulum (diterbitkan oleh para Penerbit BTP di mana rancangannya meliputi mata
pelajaran di sekolah menengah), Rancangan Secara Pembelian (dibeli daripada
syarikat tempatan atau luar negeri), Rancangan Secara Usaha Sama (diterbitkan
secara usaha sama antara BTP dengan syarikat luar yang berkisar kan tentang topik
kerjaya, teknologi maklumat, pedagogi yang bermatlamat mempertingkatkan
kemahiran guru dalam P&P), Rancangan ‘Lensa TV Pendidikan’ (rancangan yang
memaparkan peristiwa-peristiwa semasa pendidikan tanah air), Rancangan ‘Bicara
TV Pendidikan’ (rancangan secara langsung dari Studio 1 BTP yang berbentuk
forum) dan yang terakhir Rancangan Khas.
Pada 17 Januari 2000, Rancangan TV Pendidikan mula disiarkan melalui
ASTRO saluran 28 dan melalui satelit ia dapat dilihat dengan lebih jelas oleh semua
sekolah di seluruh negara termasuk sekolah-sekolah di kawasan pendalaman. Mulai 7
Januari 2002, saluran rancangan TV Pendidikan telah diubah kepada Saluran 13.
Selain itu, pihak Broadcast Network System Sdn. Bhd. telah menambah dua lagi
saluran baru iaitu Tech TV dan Discovery Travel and Adventure.
4
Kemudian rancangan TV Pendidikan disiarkan oleh rangkaian Media Prima
melalui Saluran TV9. Namun kini, mulai Januari 2009 siaran TV Pendidikan boleh
ditonton sepenuhnya dalam bentuk web dari sebuah laman web rasmi KPM iaitu
EDUWEBTV atau laman web sebenarnya WWW.EDUWEBTV.COM dan beroperasi
dari 7 pagi hingga 1 pagi.
Menurut kajian BTP yang bermula dari tahun 1972 hingga 1991, didapati
peratus penggunaan TV pendidikan di sekolah menengah agak rendah. Walaupun TV
Pendidikan telah diperkenalkan sepenuhnya di dalam bilik darjah, namun terdapat
pelbagai masalah yang menghalang penggunaannya secara lebih meluas. Antaranya
ialah waktu tayangan siaran pendidikan tersebut tidak bersesuaian dengan jadual
waktu guru dan para pelajar. Ini menyukarkan para guru untuk menjadikan TV
Pendidikan sebagai BBM. Jovinia (2000) juga berpendapat bahawa jadual waktu
belajar pelajar yang tidak sama dengan masa siaran TV Pendidikan menjadi salah
satu sebab mengapa penggunaan TV Pendidikan semakin rendah. Selain itu,
perkembangan teknologi informasi yang kini semakin pesat turut memberi impak
yang besar kepada penggunaan TV Pendidikan. Para pelajar di peringkat sekolah
menengah lebih tertarik dengan penggunaan komputer dan internet dalam proses
pembelajaran mereka berbanding dengan menonton TV Pendidikan di kaca TV
kerana mereka telah pun terdedah dengan saluran informasi lain yang lebih interaktif.
Menurut penulisan yang ditulis oleh Zaihasra (2000), hasil daripada
kajiannya didapati TV Pendidikan kurang mendapat sambutan daripada semua
golongan masyarakat. Antara puncanya adalah seperti kebanyakan para pelajar lebih
menggemari rancangan yang berbentuk hiburan daripada rancangan TV Pendidikan.
Ilmu yang diperoleh daripada rancangan TV Pendidikan juga kurang dipraktikkan
oleh para pelajar kerana setiap para pelajar mempunyai tahap kefahaman yang
berbeza. Tidak semua pelajar dapat memahami apa yang disampaikan dalam TV
Pendidikan tersebut dalam tempoh masa yang sama. Ternyata ini mempengaruhi
kenapa ada para pelajar yang tidak mempraktikkan ilmu yang diperoleh dari TV
Pendidikan. Gambar-gambar yang disiarkan di TV Pendidikan juga tidak dapat
menarik perhatian pelajar.
5
Sebelum ini RTM menyiarkan rancangan TV Pendidikan secara percuma
kepada segenap masyarakat. Namun apabila ia disiarkan di saluran berbayar
ASTRO, hanya sebahagian lapisan masyarakat yang mampu menyewa rangkaiannya.
Ini memberi beban kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menonton
rancangan TV Pendidikan sekali gus menjadi penyebab kepada mengapa TV
Pendidikan kurang ditonton.
1.3 Pernyataan Masalah
Setelah hampir empat puluh tahun kewujudan TV Pendidikan di Malaysia,
pertambahan kajian khususnya kepada penggunaannya, mutu penerbitannya serta
keberkesanannya di kalangan guru sekolah menengah tidak dapat dinafikan lagi.
Fenomena ini akan berterusan selagi adanya rancangan TV Pendidikan kerana ia
lebih berunsur motivasi dan sangat membantu para pelajar di peringkat sekolah
menengah yang akan menduduki peperiksaan besar seperti PMR dan SPM.
Memandangkan guru-guru adalah perangsang utama kepada penggunaan rancangan
TV Pendidikan dalam kalangan para pelajar, maka wajarlah dikaji semula sambutan
dan penggunaan guru ke atasnya.
Berdasarkan kajian sebelum ini, didapati kadar peratusan penonton yang
menonton rancangan ini agak menurun kerana ketika itu TV Pendidikan disiarkan di
ASTRO secara berbayar. Kemudian rancangan TV Pendidikan disiarkan di TV9 dan
kembali percuma siarannya. Namun kini TV Pendidikan boleh dilayari dimana-mana
dan pada bila-bila masa dengan EDUWEBTV. Oleh itu, adakah tahap
penerimaannya menjadi meningkat atau ia masih seperti dahulu? Sebelum ini, guru-
guru juga sering menghadapi masalah untuk menggunakan siaran TV Pendidikan
sebagai BBM kerana siaran TV Pendidikan dikatakan kurang menarik di mana
gambar-gambarnya agak pudar dan konsep 90’an masih dikekalkan. Kini teknologi
informasi semakin berkembang pesat. Para guru di sekolah menengah menghadapi
satu cabaran yang besar untuk membuatkan para pelajar berminat dengan
pengajarannya. Justeru, apakah kesan yang dapat dilihat ke atas guru sekolah
menengah apabila TV Pendidikan digunakan sebagai BBM sepanjang proses P&P?
6
Kini TV Pendidikan sudah sepenuhnya bertukar bentuk dari siaran TV ke
sebuah laman web rasmi KPM iaitu EDUWEBTV. BTP memperkenalkan
EDUWEBTV ini adalah bertujuan sebagai saluran utama untuk mempertingkatkan
lagi penggunaan siaran TV Pendidikan dalam kalangan guru sekolah menengah.
Antara kelebihan siaran TV Pendidikan dalam bentuk laman web ini ialah ia dapat
dipergunakan secara meluas dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan dimana-mana
sahaja. Pengajaran guru yang sebelum ini menggunakan CD-ROM juga dapat
ditukarkan ke dalam bentuk online.
Namun timbul masalah di sini di mana tidak semua sekolah memiliki
kelengkapan komputer beserta internet yang mencukupi. Selain itu, seperti yang
sedia maklum tidak semua para pelajar serta guru di peringkat sekolah menengah
mampu mengusai kemahiran dalam menggunakan komputer dan berminat untuk
menggunakan sepenuhnya komputer sepanjang P&P. Bagi guru-guru yang sudah
lama berkhidmat mungkin akan kurang mahir untuk mengendalikan komputer kerana
selama tempoh pengajaran mereka sebelum ini teknologi masih belum berkembang
pesat. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang
berkemampuan dimana ibubapa mereka tidak mampu menyediakan sebuah komputer
di rumah. Jika ini dialami oleh guru-guru dan kebanyakan pelajar, maka kesan yang
besar akan dapat dilihat pada tahap kecemerlangan pengajaran guru dan tahap
pencapaian akademik para pelajar di peringkat sekolah menengah.
Oleh itu, sejauh manakah tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah untuk
mengaplikasikan TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam pengajarannya?
Bagaimanakah pula dengan tahap penerimaan guru-guru dalam situasi ini? Adakah
kebanyakan para guru lebih selesa dengan penggunaan TV Pendidikan di TV
berbanding TV Pendidikan di EDUWEBTV kerana tidak semua sekolah memiliki
komputer yang dilengkapi dengan talian internet yang berkualiti dengan jumlah yang
mencukupi?
7
Siaran TV Pendidikan di TV jauh lebih baik dari siaran di laman web kerana
di TV tidak perlu di muat turun serta tiada sebarang gangguan pada siarannya.
Namun jika siaran di laman web, gambar dan suaranya kurang jelas, rancangan yang
hendak ditonton perlu di muat turun terlebih dahulu dan siarannya akan tersangkut-
sangkut. Ini akan mengambil masa dan membuatkan guru-guru serta pelajar rasa
tidak mahu menggunakan khidmat TV Pendidikan dalam proses P&P mereka.
Justeru itu, berdasarkan masalah-masalah tersebutlah membuatkan mengapa
saya ingin menjalankan kajian ini. Saya hendak meninjau sejauh mana keadaan dan
situasi sebenar TV Pendidikan dan EDUWEBTV sekarang di kalangan para guru di
enam buah sekolah menengah di sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor.
1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengenal pasti bentuk penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan guru
Sekolah Menengah Premier dan Sekolah Menengah Harian Biasa sepanjang
proses P&P.
1.4.2 Mengenal pasti sejauh mana guru-guru sekolah menengah menggunakan TV
Pendidikan sebagai BBM sepanjang proses P&P.
1.4.3 Mengenal pasti tahap kesediaan dan penerimaan guru-guru sekolah
menengah terhadap TV Pendidikan yang bertukar ke dalam bentuk web.
1.4.4 Mengenal pasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para guru di
sekolah menengah dalam menggunakan TV Pendidikan yang berbentuk
konvensional dan web sepanjang dalam proses P&P.
8
1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Apakah bentuk penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan guru sekolah
menengah sepanjang proses P&P?
1.5.2 Sejauh manakah guru-guru sekolah menengah menggunakan TV Pendidikan
sebagai BBM sepanjang proses P&P?
1.5.3 Bagaimanakah tahap kesediaan dan penerimaan guru-guru sekolah menengah
terhadap TV Pendidikan yang bertukar ke dalam bentuk EDUWEBTV?
1.5.4 Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para guru di sekolah
menengah jika menggunakan TV Pendidikan yang berbentuk konvensional
dan web sepanjang dalam proses P&P?
1.6 Kepentingan / Rasional Kajian
Saya berharap hasil kajian ke atas guru sekolah menengah terhadap
penggunaan TV Pendidikan dan EDUWEBTV serta masalah-masalah yang sering
dihadapi dapat memberi sumbangan kepada pihak guru, ibubapa dan KPM.
1.6.1 Kepentingan Kepada Pihak Guru
Dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberikan panduan kepada guru
sekolah menengah terhadap penggunaan TV Pendidikan sepanjang proses P&P
berlangsung. KPM telah memperuntukkan sejumlah wang untuk pihak BTP
menghasilkan pelbagai bentuk isi kandungan TV Pendidikan. Justeru itu, para guru
diharap dapat mengambil iktibar dan berusaha untuk menyampaikan segala ilmu
kepada para pelajar dengan lebih mudah dan lebih berkesan dengan bantuan
perkhidmatan TV Pendidikan.