BPPDP BIL. (04) 2018, EDISI JULAI-OGOS
Disember 2016
Pengiktirafan UEC perlu perlu melalui pendekatan holistik
YB Dr Maszlee Malik
Pengiktirafan Sijil Peperiksaan
Bersepadu (UEC) melibatkan sekolah persendirian Cina mesti dilakukan secara pendekatan holistik supaya ia tidak menjejaskan perpaduan kaum dan menggadaikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu beliau bercadang untuk bertemu dengan semua pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, para pejuang bahasa di negara ini bagi membincangkan soal tersebut yang makin mendapat tentangan meluas.
Menurut beliau, UEC merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan apa yang perlu dilakukan ialah perlu mengambil kira pandangan beberapa pihak terlebih dahulu sebelum pengiktirafan dibuat.
Sumber: Utusan Malaysia, 8 Julai 2018
Maklumat dan Pertanyaan
Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya
Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284
Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee YB Dr Maszlee Malik
Kementerian Pendidikan memaklumkan akan menubuhkan
sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara semasa sesi persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata jawatankuasa itu berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan dasar pendidikan negara termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti.
"Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentukan nilai-nilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi," katanya ketka menjawab soalan Ahmad Faizal Azumu (PH-Tambun) mengenai hala tuju pendidikan kebangsaan ketika sesi soal jawab.
Katanya jawatankuasa itu akan dianggotai pakar akademik, politik, agama serta wakil badan bukan kerajaan.
Sumber: Bernama, 18 Julai 2018
Pentingkan kepada konsep pembentukan karakter untuk melahirkan pelajar yang
berinovasi dan kreatif
Berita Utama Terdahulu
Dewan Rakyat kecoh dua jam kerana 'samseng'Sumber: Utusan
Malaysia, 28 Jun 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 2
MANDAT MANTAN KSN
Salam Sejahtera,
Komitmen dan keprihatinan terhadap
peningkatan keberhasilan Kerajaan harus
didukung oleh semua penjawat awam. Kualiti
penganjuran Majlis-majlis rasmi Kerajaan perlu
dipertingkatkan lagi. Kepatuhan kepada masa dan
prosedur juga adalah penting.
Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk
menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana
ia bukan sahaja penting dalam perkhidmatan
awam tetapi dalam kehidupan seharian. YAB
Perdana Menteri sendiri telah menekankan
kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan penjawat awam, terutama pegawai
tinggi Kerajaan."
TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara
Sumber: Portal KPM
Kerjasama Pakar
Libatkan pakar dan kajian dalam sebarang isu sejarah –Maszlee
Sebarang isu membabitkan sejarah perlu
melibatkan pakar selain perbincangan mendalam dalam bidang berkenaan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pada waktu ini, tiada sebarang cadangan diberi selain paling penting membuat perbincangan dengan bahagian terbabit.
Jelasnya, apa sahaja pandangan hanya akan diberi selepas membuat pertemuan dengan pakar yang berkenaan.
"Isu yang lebih utama adalah tentang bagaimana ahli-ahli sejarah kita melihat kepada sejarah dulu kerana kita di peringkat Kementerian Pendidikan akan pergi kepada masyarakat secara terus tetapi yang memproses pengolahan terhadap sejarah itu sendiri merupakan pakar-pakar sejarah.
"Saya rasa mungkin tidak elok kalau saya melakukan sesuatu keputusan tanpa mendapat pandangan mereka terlebih dahulu," katanya semasa sidang media selepas melancarkan Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini, hari ini.
Maszlee menjawab isu forum bertajuk 'Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?' yang dianjurkan Imagined Malaysia pada Ahad bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubahnya.
Dalam forum tersebut, beberapa panelis menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah itu.
Kata Maszlee, pihaknya akan mendengar kata
pakar sejarah dalam isu perjuangan
kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak
haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata)
pakar-pakar sejarah kerana mereka ini yang
akan menjadi tonggak sebagai pelakaran
kepada pelajaran sejarah negara.
Sumber : Awani, 30 Julai 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 3
Maszlee janji jadikan TVET pilihan utama pelajar
YB Dr Maszlee Malek,
Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan akan berusaha ke arah
menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang.
Dr Maszlee Malik berjanji untuk mencapai matlamat tersebut dalam tempoh lima tahun, dan berharap ini berjaya melalui kerjasama dengan pemain industri dan pakar TVET.
Beliau berkata TVET adalah antara elemen yang perlu dan penting dalam membentuk asas melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi serta mengukuhkan potensi negara bagi pertumbuhan masa depan.
"TVET memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat terhadap pembangunan yang seimbang, mengurangkan kemiskinan serta ke arah kemakmuran ekonomi.
Sumber: Bernama, 24 Julai 2018
GURU KITA
Guru bantu pelajar luar bandar kuasai bahasa Inggeris
Namanya mungkin kurang dikenali, namun
Mohd Sirhajwan Sidek, seorang guru Kolej Vokasional Keningau, berjaya mengharumkan nama negara selepas memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa.
Pencapaian dan sumbangan guru bahasa Inggeris yang berasal dari Kota Belud itu khususnya dalam bidang pendidikan sangat besar dan hebat, malah berjaya meletakkan Malaysia berdiri megah di mata dunia.
Kebanyakan anugerah yang dimenangi Sirhajwan, 31, tertumpu kepada inistaif kreatifnya dalam pengajaran bahasa Inggeris dan menggalakkan pelajar luar bandar untuk menguasai bahasa itu dalam kehidupan seharian mereka.
Beliau berkata, kebanyakan pelajarnya adalah dari kawasan pedalaman yang berdepan isu pendedahan terhadap bahan pengajaran dan pengalaman yang sangat terhad.
Katanya, pelajar dari kawasan berkenaan menyedari kepentingan mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris.
“Inisiatif pertama saya dikenali sebagai HIVE (Highly Intellectual and Valiant Enthusiasts) bermula sebagai satu usaha melatih pelajar untuk pertandingan bahasa Inggeris, khususnya dalam bahas dan pengucapan awam.
“Tujuannya adalah untuk memanfaatkan alat pemikiran sebagai satu strategi untuk membolehkan pelajar membangunkan idea dan menyampaikannya melalui percakapan dengan cara yang meyakinkan.
“Saya memutuskan untuk menggunakan strategi itu, jadi ia menjadi sebahagian daripada amalan pengajaran bilik darjah saya,” katanya.
Inisiatif HIVE beliau memenangi pertandingan My Heart, 2016 Maxmillan Teacher di United Kingdom, sekali gus menggalakkannya untuk meneroka lebih lanjut dan menceburi bidang inovasi serta keusahawanan.
Sumber: Berita Harian, 25 Ogosi 2018
MENANGGANI ISU SEMASA PENDIDIKAN
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 4
Kata Kunci Kejayaan
“Esensi menjadi manusia adalah ketika seseorang tidak mencari kesempurnaan”
(George Orwell)
Menanggani isu UEC melalui muafakat
YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia
Sebagaimana pernah saya nyatakan sebelum ini,
saya perlu bertemu dengan semua pihak, bukan sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga dengan golongan pejuang bahasa kebangsaan dan juga mereka yang terlibat dengan urusan menjaga perpaduan.
"Bagi menjaga keharmonian, kita inginkan sekiranya UEC diiktiraf nanti, ia tidak akan menjejaskan perpaduan dan pada masa yang sama tidak menggadaikan bahasa kebangsaan," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang.
Pelbagai pihak termasuk Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) menggesa kerajaan negeri Melaka menarik kembali pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) yang diumumkan minggu lalu.
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, mengumumkan pengiktirafan UEC sebagai syarat kelayakan membolehkan pemegangnya memasuki perkhidmatan awam negeri itu.
Sumber: Utusan Malaysia, 8 Julai 2018
Sejumlah 26 SJKC yang
dicadangkan sedang dikaji
YB Teo Nie Ching,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan akan mengkaji
cadangan untuk membina 10 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), menjadikan jumlah kesemuanya 26 buah sekolah seumpama itu dalam kajian.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata selain cadangan membina 10 lagi SJKC dan memperuntukkan enam lagi di kawasan yang ramai penduduk, beliau mendapati ada 10 SJKC yang dicadangkan yang belum terlakskana.
"Bila saya mengambil alih jawatan, saya dapati ada 10 lagi SJKC yang dijanjikan oleh kerajaan lalu antara 2012 dan 2017 tetapi belum ada tindakan.
"Jadi kami akan memutuskan yang mana lebih mendesak akan dilaksanakan dulu," katanya pada ceramah Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil Balakong di Sg. Chua.
Beliau menyatakan kesemua SJKC yang dicadangkan itu sama ada membabitkan sekolah baharu atau pemindahan sekolah sedia ada di beberapa negeri.
Sumber : Bernama, 28 Ogos 2018
Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Sehingga 31 Ogos 2018
3. STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI
BAGI BULAN JULAI - OGOS 2018
PERKARA JULAI OGOS
Bilangan Pengguna 126 93
Pendaftaran Baharu 90 13
Rujukan Tesis 137 114
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018
20172017 5
1. KOLEKSI ARTIKEL AKHBAR
BERITA HARIAN,
UTUSAN MALAYSIA, NEW STRAITS TIMES,
THE STAR
JUMLAH (Julai –
Ogos)
JUMLAH
KUMULATIF
SEHINGGA
31 Ogos
2018
JUMLAH 625 82,806
2. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN
BIL JUMLAH KOLEKSI
YANG DITERIMA
(Julai – Ogos)
BILANGAN
DIKATALOG
(Julai – Ogos)
124 132
Mulai 23 April 2018, Sektor Pusat Dokumentasi telah
menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan
Bersepadu berasaskan web based dan mempunyai
Modul Digital Content untuk repositori bahan digital.
Pengguna perlu mengakses masuk ke dalam Sistem
EKCMS menggunakan url:
http://librarykpm.moe.gov.my
Username: No. KP
Default Password : 123456
ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR
BAGI BULAN JULAI – OGOS 2018
1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/
Sukatan Mata Pelajaran
- 2 isu
2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
- 5 isu
3. Pengurusan Pendidikan
- 2 isu
4. Keselamatan/ Disiplin Murid
- 1 isu
Untuk maklumat bahan rujukan
dan peminjaman koleksi, sila
layari laman sesawang berikut:
http://librarykpm.moe.gov.my
JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY
KPM SEHINGGA 31 OGOS 2018:
45,002 orang
Senyum Selalu
SEDIA BANTU 03-8884 6425
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 6
Sekolah tahfiz alu-alukan pengajaran
pendidikan seks
Pendidikan seks di sekolah tahfiz akan dapat mengurangkan
bilangan kes salah laku seks di sekolah tersebut, kata pegawai
atasan dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN).
Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia,
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Dr
Hamizah Mohd Hassan berkata bahawa beliau pernah
menyarankan kepada Kementerian Pendidikan pada awal tahun
ini untuk mengajar subjek tersebut di sekolah tahfiz tetapi
dimaklumkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang
mencukupi.
"Kita perlukan RM500,000 bagi tujuan mengajar pendidikan seks
di sekolah-sekolah tahfiz. Saya pasti sekiranya ada subjek
tersebut, kes salah laku seks di sekolah tahfiz akan berkurangan,"
kata Hamizah.
Beliau berkata demikian hari ini selepas mengambil bahagian
sebagai panelis di Forum Pendidikan Malaysia Baru anjuran NGO
Projek Dialog.
Hamizah merupakan salah seorang yang berperanan
mengungkap modul pengajaran-pembelajaran pendidikan seks
yang kini digunakan di sekolah-sekolah kerajaan.
Beliau berkata oleh kerana sekolah-sekolah tahfiz adalah swasta,
LPPKN terpaksa mendapatkan peruntukan berasingan bagi
sekolah-sekolah tersebut.
Tambahnya lagi, meskipun pihak sekolah-sekolah tahfiz
kebanyakannya mengalu-alukan pendidikan seks di sekolah
mereka, namun dia juga diberitahu terdapat kekurangan tenaga
guru bagi mengajar mata pelajaran tersebut.
Hamizah berkata dengan pertukaran kerajaan, beliau akan sekali
lagi menganjurkan pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah tahfiz
di bawah Projek Dasar Baru Pendidikan yang akan dicadangkan
pada suku ketiga tahun ini.
Sumber : Bernama, 26 Julai 2018
Perkhidmatan Kaunter
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan
cuti umum
KEAHLIAN
Keahlian adalah percuma
Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
Agensi Kerajaan
Penyelidik
Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:
Membawa kad matrik dan surat pengesahan
Melengkapkan borang pendaftaran
Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik
Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sirkulasi
Bilik Mesyuarat
Peti Pemulangan Buku (24 Jam)
Khidmat Nasihat dan Kepakaran
Bilik Tayangan
Informatif, Tepat
& Mesra Pengguna
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 7
Informasi
29 sekolah rebut juara tarian rakyat
Sebanyak 29 sekolah termasuk lima dari luar
negara akan berentap dalam pertandingan Tugu Budaya Etnik Sabah Kesembilan - Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2018 di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.
Pertandingan selama tiga hari itu menampilkan tarian rakyat masing-masing untuk dipersembahkan bagi merebut gelaran juara dalam festival ini.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Assafal P. Alian, berkata pertandingan itu membabitkan 24 sekolah rendah dan menengah dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta lima lagi dari luar negara. Lima negara yang turut berentap ialah Russia, Sri Lanka, Uzbekistan, Filipina dan Indonesia.
Terdahulu, Assafal berkata, persembahan mini turut diadakan oleh kumpulan peserta di beberapa lokasi termasuk di pusat beli belah Centre Point, Suria Sabah dan Imago bagi mempromosikan Tugu Budaya Etnik Sabah Kesembilan - Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2018.
Sumber : Berita Harian, 11 Julai 2018
ISU SEMASA PENDIDIKAN
Tujuh kes baharu jangkitan HFMD kepada pelajar di Pahang
‘Lab In A Box’ tarik pelajar minat sains
Lima daripada 14 pelajar dicekup Ops Ponteng positif dadah
Politeknik Malaysia menyerlah di pentas antarabangsa
Kerajaan belum putuskan batal atau kekal Baucer Buku 1Malaysia
Bukan promosi komunis tapi rakyat perlu tahu - Tun M Dalam forum tersebut, beberapa panelis Menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah itu.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN ARAH BATAL LANGGANAN UTUSAN DI SEMUA AGENSI SEKOLAH, UNIVERSITI
Adam Shahz saran menteri pendidikan wajibkan kokurikulum untuk pelajar sekolah menengah
Pelajar cenderung bekerja selepas
dibuang sekolah Hampir 40 peratus daripada 1,300 murid
sekolah rendah dan menengah yang dibuang sekolah di Terengganu tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah dan lebih cenderung bekerja walaupun pada usia muda.
Kon gSumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, 2018
KERJASAMA PIHAK SWASTA
CGPV bantu lahir modal insan cemerlang
Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) beramah
mesra bersama di bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational
Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah.
Menyedari pentingannya penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid dan pelajar sekolah, pengurusan Country
Garden Pacificview (CGPV) menjalankan pelbagai inisiatif bagi
memastikan mereka mendapat pendedahan awal berkaitan
bahasa itu.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat berkata, pada 29 hingga 30 Jun lalu, CGPV yang juga pemaju projek pembangunan Forest City mengadakan bengkel NST-NIE UPSR di enam sekolah angkatnya di sekitar Gelang Patah.
Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Morni Pok, SK Tanjong Adang, SK Tiram Duku, SK Tanjung Kupang, SK Ladang Pendas dan SK Pendas Laut.
Menurutnya, inisiatif itu bukan setakat memperkasakan program pendidikan, malah melahirkan modal insan cemerlang pada masa depan.
"Kami murid seronok dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan ia memupuk minat untuk menguasainya pada masa depan,"
Sumber : Berita Harian, 14 Julai 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 8
INFO PERISTIWA
KONVENSION DATA
KEBANGSAAN 2018
14-16 OGOS 2018
KOLOKIUM STEM PERINGKAT
ZON TIMUR
14-16 OGOS 2018
Webinar APEC DIGITAL
WORKFORCE 16 OGOS 2018
NOTA
Cuepacs rangka cadangan
sistem baharu 1.6 juta
penjawat awam
Cuepacs sedang merangka kertas cadangan
tentang sistem saraan baharu penjawat awam
untuk dikemukakan kepada kerajaan, kata
presidennya Datuk Azih Muda.
Beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan
melakukan semakan semula lima tahun
terhadap gaji penjawat awam yang tidak
disemak sejak 2002.
Katanya semakan semula gaji itu perlu
dilakukan berikutan kenaikan harga rumah dan
barangan sejak kebelakangan ini.
"Kami dengan ini ingin menegaskan kesetiaan
kami kepada kerajaan yang memerintah. Kami
faham tentang keadaan semasa kewangan
negara, tetapi kita perlu ingat bahawa harga
rumah kini terlalu tinggi bagi mereka dari gred
rendah.
"Mereka yang berpendapatan RM2,000
sebulan sudah tentu tidak mampu membeli
rumah berharga RM150,000 sebuah, lebih-
lebih lagi mereka yang mempunyai banyak
anak, kesudahannya mereka perlu menyewa
rumah," katanya pada sidang akhbar selepas
majlis taklimat pra persaraan untuk penjawat
awam Labuan di sini hari ini.
Azih berkata Cuepacs berpendapat kerajaan
perlu memastikan penjawat awam tidak
menanggung beban yang terlalu berat untuk
memberi makan minum kepada keluarga
mereka dan menyediakan pendidikan untuk
anak masing-masing.
"Penjawat awam perlu dipastikan
berkemampuan untuk membeli rumah.
Sekiranya mereka tidak berkemampuan
membeli rumah semasa dalam perkhidmatan,
apakah yang dapat mereka lakukan setelah
bersara nanti.
Sumber : Utusan Malaysia, 26 Julai 2018
"Justeru, kami (Cuepacs) akan kemukakan
syor kepada kerajaan tentang kenaikan gaji
1.6 juta penjawat awam," katanya.
KEBAJIKAN PENJAWAT
AWAM
Cuepacs berharap cadangan bagi penubuhan taska jadi kenyataan tahun depan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap cadangan penubuhan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di premis agensi kerajaan akan menjadi kenyataan tahun depan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata Cuepacs berpendapat penubuhan Taska penting memandangkan 60 peratus penjawat awam adalah wanita.
Beliau berkata dasar kerajaan yang mahukan semua agensi kerajaan menubuhkan Taska bermula 1 Januari 2019 akan memberi manfaat kepada penjawat awam wanita di seluruh negara.
"Kami berharap pihak berkuasa tempatan berkenaan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membantu usaha menubuhkan taman itu dengan memberi kelonggaran berkaitan undang-undang dan dasar tertentu, tanpa mengorbankan aspek keselamatan," katanya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan semua agensi kerajaan yang mempunyai petugas bekerja secara syif menubuhkan Taska di tempat masing-masing pada Januari 2019.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kementerian itu akan berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan dalam menyediakan kemudahan untuk guru yang berkhidmat di tempat berkenaan.
Sumber : Bernama, 26 Julai 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 9
Lab In A Box tarik pelajar minat sains
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 10
Transformasi Pendidikan
Bagi menarik kembali minat golongan muda
terhadap sains, sekumpulan pensyarah Fakulti
Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM) berjaya menghasilkan
inovasi makmal mini Lab In A Box untuk
kegunaan pelajar.
Ketua kumpulan penyelidikan, Dr Muhammad
Zamir Othman, berkata makmal mini itu
menyediakan kit eksperimen yang mudah
dibawa, difahami serta selamat bagi kegunaan
murid seawal usia lapan tahun dengan
pemantauan ibu bapa dan guru.
Lab In A Box memberi peluang
kepada murid dan pelajar
melakukan eksperimen dan
eksplorasi sains. Buat masa ini, ia
mengandungi dua modul iaitu
'Slime making kit' dan 'DIY
Perfume'.
Beliau berkata, kit itu juga disertakan panduan
dan penerangan lanjut mengenai bahan kimia
yang digunakan dalam eksperimen sains.
Pengukuhan Pendidikan STEM
Muhammad Zamir berkata, Lab In A Box yang pada
awalnya dihasilkan untuk kegunaan murid juga
menerima reaksi positif daripada guru sekolah
menengah, melalui siri jelajah sains ke sekolah yang
dianjurkan oleh FST.
"Melalui proses dan hasil akhir eksperimen sains
menggunakan kit ini, ia merangsang sekurang-
kurangnya tiga pancaindera murid iaitu penglihatan,
bau dan rasa menerusi sentuhan.
"Modulnya turut terdapat dalam silibus
pembelajaran di sekolah menengah.
Sebagai contoh, Slime Making Kit
mengambil kira tindak balas kimia yang
dipelajari dalam topik Polimer Sintetik
di peringkat menengah rendah,
manakala DIY Perfume pula proses
terakhir untuk membuat wangian."
katanya.
Beliau berkata, kedua-dua kit turut mendapat
permintaan yang tinggi hasil kerjasama FTS bersama
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Inovasi
Malaysia menerusi siri jelajah ke beberapa negeri
sebagai inisiatif pengukuhan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan & Matematik (STEM) dalam kalangan
murid.
Penghasilan inovasi itu juga mendapat pengiktirafan
dalam pertandingan inovasi, apabila memperoleh
Pingat Emas dan Anugerah Al-Khawarizmi di Ekspo
Inovasi dan diiktiraf dunia.
Sumber : Berita Harian, 29 Julai 2018
Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP
Precouncil Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan
Pendidikan (MJPP) Ke-216
Bil 2/2018 Tahun 2018
Precouncil Mesyuarat Jawatankuasa
Perancangan Pendidikan ke-216 Bil. 02/2017
telah diada kan pada 24 Julai 2018 bertempat
di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Parcel E,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM,
YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas.
Precouncil mesyuarat ini bertujuan
membincangkan perkara berkaitan Terma
Rujukan dan Agenda MJPP ke-216 berikutan
berlaku penggabungan Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Tinggi. Precouncil mesyuarat telah
berjalan dengan lancar dan jayanya
berdasarkan agenda yang telah ditetapkan.
Sumber : Sektor Dasar BPPDP 2018
KEBERHASILAN MURID
Kementerian Pendidikan ucap tahniah kepada Naim Hamid
Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan
dan ucapan tahniah kepada Naim Hamid Hamidin, murid Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeM Johor) yang menerima pengiktirafan kecemerlangan semasa The 19th International High School Art Festival, pada 8 Ogos lepas di Tokyo, Jepun. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian berkata Naim Hamid, murid Tingkatan Empat dalam bidang seni halus itu berjaya mencuri hati juri dengan hasil lukisan beliau sekali gus mengetepikan lebih 500 hasil karya seni lain daripada pelajar terpilih yang mewakili negara masing-masing seperti Brunei, United Kingdom serta tuan rumah Jepun. Selain hasil karya beliau, empat hasil karya murid SSeM Johor lain turut terpilih untuk dipamerkan pada festival tersebut. Sebelum ini, Naim Hamid turut diberi kepercayaan menghasilkan potret lukisan minyak Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud yang diserahkan pada Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Riyadh (RICEC), Riyadh, Arab Saudi pada 2017.
Sumber : Berita Harian, 9 Ogos 2018
2018
Program
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 11
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 12
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantapan Pendidikan Tiningkatan Enam Bil.1/2018
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantapan
Pendidikan Tingkatan Enam Bil.1/2018 telah diadakan pada 10 Julai 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Mawar, Aras 5, Kompleks E8, KPM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak, TKPPM (DPP) dan dihadiri oleh Bahagian KPM yang terlibat dengan Inisiatif #46: Pemantapan Pendidikan Tingkatan Enam dan wakil JPN. Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:
a) Pembentangan status pencapaian semasa inisiatif oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP);
b) Laporan Pencapaian STPM mengikut Mod/ Negeri oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM);
c) Isu Tingkatan Enam (peringkat negeri) oleh setiap JPN; dan
d) Laporan Pelan Pemusatan Tingkatan Enam 2018/2019. Mesyuarat memutuskan pemusatan T6 perlu diteruskan dan dilaksanakan mengikut Garis Panduan SOP Pemusatan yang telah disediakan. Selain itu, Bahagian KPM yang bertanggungjawab perlu menyelesaikan dengan segera isu-isu yang telah dibangkitkan oleh JPN. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk inisiatif ini diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) daripada BPPDP mulai Januari 2019 memandangkan perkara-perkara dasar berkaitan Penjenamaan Semula T6 telah selesai dilaksanakan.
Sumber : Sektor Dasar BPPDP 2018
BANTUAN PENDIDIKAN
Kerajaan belum putuskan batal atau kekal Baucer Buku 1Malaysia
Kerajaan belum memutuskan sama ada akan meneruskan atau tidak, pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti dan pra universiti yang layak pada tahun hadapan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementerian masih belum berbincang mengenai status baucer itu yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu.
Kita (kementerian) belum buat apa-apa perbincangan mengenai perkara ini, ia semua akan bergantung kepada bajet dan sebarang pengumuman berhubung baucer tersebut akan dibuat oleh Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) sendiri," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di UiTM, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Ir Dr Abdul Rahman Omar. Teo berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai status baucer tersebut susulan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mengurangkan perbelanjaan negara termasuk mengurangkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti diumumkan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Sumber : Bernama, 28 Ogos 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 13
1
Kongsi Info Politeknik
Mantapkan kemahiran melalui ilmu terkini
PAMERAN sempena Majlis Dialog Berfokus Kenderaan Autonomous: Kesedaran dan Cabaran, di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), di Behrang
Pelajar perlu mendapatkan ilmu dan maklumat
menerusi pelbagai cara dan bukan hanya tertumpu
di dalam bilik kuliah saja.
Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan
Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK), Zainah Rujihan berkata, dalam
zaman Revolusi Industri (RI 4.0) kini, pelajar perlu
bersiap siaga kerana teknologi yang diperkenalkan
hari ini akan sentiasa berubah pada bila-bila masa.
Beliau berkata, adalah sangat penting untuk setiap
pelajar dan warga pendidik mendapatkan maklumat
serta ilmu menerusi pelbagai cara antaranya
penganjuran seminar, dialog atau persidangan oleh
institusi mahupun pihak industri.
“Setiap individu perlu memperkemaskan ilmu dan
kemahiran sedia ada bagi memastikan mereka
sentiasa bersedia dalam mendepani RI 4.0.
“Pembelajaran bukan saja berlaku di bilik kuliah,
tetapi ilmu boleh diperoleh sepanjang masa dan
di mana saja. Tiada istilah susah untuk mencari
maklumat pada zaman ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas
menghadiri Majlis Dialog Berfokus Kenderaan
Autonomous: Kesedaran dan Cabaran, di Politeknik
Sultan Azlan Shah (PSAS).
Sumber : Berita Harian, 16 Ogos 2018
Pendapat Guru Kita
43 inisiatif berkaitan pendidikan
dilaksana sepanjang 100 hari
Kerajaan PH – Maszlee
Sebanyak 43 inisiatif berkaitan pendidikan telah
dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)
sepanjang 100 hari mentadbir negara, kata
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata sebahagian daripada inisiatif
tersebut merupakan antara perkara yang
dijanjikan di dalam manifesto PH seperti
mengeluarkan nama peminjam Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.
Dalam satu kenyataan di sini pada Ahad,
Maszlee berkata janji manifesto yang ditunaikan
pada 8 Jun, iaitu dalam tempoh 30 hari
pentadbiran kerajaan baharu itu menyaksikan
seramai 429,945 peminjam dibantu.
Selain itu, kementerian juga telah memulakan
langkah untuk memastikan golongan
berpendapatan rendah boleh menangguhkan
bayaran balik melalui sistem bayaran balik
pinjaman fleksibel atau Income-Contigent Loan
Repayment (ICLR), katanya.
Beliau berkata kementerian itu juga mengambil
pendekatan lebih holistik dalam membina
martabat sistem pendidikan termasuk memberi
kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi
dan memberi kebebasan bersuara lebih luas
kepada mahasiswa dengan menghidupkan
semula sudut pidato.
Sumber : Bernama, 19 Ogos 2018
Inovasi Guru Kita
Mohd Riduan Ali (depan, kanan) bersama-sama Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali dan guru-
guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor selepas tamat Kursus Pembangunan Profesionalisme Guru Modul 10
Minit Perhimpunan di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
M10MP Platform terap daya saing taraf
dunia
Menerusi pelaksanaan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) secara berterusan, Sekolah
Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi berjaya melahirkan murid yang memenangi
pertandingan sains di peringkat antarabangsa.
Guru SK Bandar Baru Bangi, Mohd. Riduan Ali berkata, modul itu yang dilaksanakan dalam
skala penonton yang ramai ketika perhimpunan mingguan dapat meningkatkan keyakinan
murid untuk membuat pembentangan dan berkomunikasi dengan berkesan.
“Buktinya, murid kami yang dibimbing secara intensif menerusi pelaksanaan modul berkenaan berjaya dalam pertandingan sains di Bangkok, Thailand, baru-baru ini walaupun ada antara mereka yang tidak meminati sains.
“Minat itu timbul selepas mereka melaksanakan modul berkenaan dan yang lebih membang-gakan mereka membuat pembentangan dalam bahasa Inggeris,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Kursus Pembangunan Profesionalisme Guru M10MP, Guru-guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam kursus itu, pelbagai aktiviti Modul 10 Minit Perhimpunan dilaksanakan secara amali agar guru-guru dapat memahami dan mengaplikasikannya di sekolah masing-masing.
Menurut Riduan, guru hanya membimbing manakala kumpulan murid yang bertanggungjawab melaksanakannya sebagai aktiviti berpusatkan murid dan pembelajaran berasaskan projek.
Sumber : Utusan Malaysia, 30 Julai 2018
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/m10mp-platform-
terap-daya-saing-taraf-dunia-1.718868#ixzz5TbNtJwd5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 14
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP
2018
Apa Kata NUTP dan Tokoh
NUTP sedia bantu tangani gejala guru stres
Harry Tan Huat Hock
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik perlu
memberikan ruang kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dalam usaha menangani secara bersama berhubung gejala dan masalah stres yang berlaku dalam kalangan guru di negara ini. Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, ini kerana NUTP juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang wujud berikutan majoriti guru di negara ini merupakan ahli persatuan tersebut. “NUTP merayu Maszlee dapat memberi ruang untuk bersama bagi mengatasi masalah ini. Ini kerana untuk menjamin kecemerlangan dan memastikan kepuasan kerja. “Ahli-ahli NUTP pada hari ini adalah sebanyak 220,000 orang daripada keseluruhan 435,000 jumlah guru yang ada di seluruh negara. Dengan anggaran kira-kira 300,000 guru adalah dari Semenanjung dan selebihnya dari Sabah dan Sarawak, kami bertanggungjawab untuk ‘menjaga’ ahli-ahli daripada menjadi mangsa stres,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai golongan guru paling ramai dikesan mengalami gejala stres di negara ini yang punca utamanya akibat beban kerja yang terlampau banyak. Huat Hock berkata, pihaknya menyedari hakikat yang berlaku dan berharap langkah holistik dapat diambil pihak terbabit.
Sementara itu, Rektor Kolej Universiti Islam
Selangor (KUIS), Datuk Dr. Abdul Halim Tamuri
berkata, masyarakat perlu memahami dan
menghargai tugas guru-guru di sekolah yang
terpaksa mengambil alih peranan ibu bapa.
“Sudahlah masa banyak dihabiskan di sekolah,
guru-guru pula tidak setakat mengajar
akademik tetapi mendidik dan mengasuh para
pelajar.
“Jadi hargailah mereka dengan bertindak
matang, rasional dan membina hubungan baik
dengan guru. Bukan bertindak melaporkan
kepada pihak polis dan media jika berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.
Beliau juga menyarankan pihak pentadbiran
terutama pengetua sekolah supaya mempunyai
kaedah dan kemahiran untuk menangani
masalah guru.
“Paling penting, pengetua dan pihak sekolah
juga harus menghargai para guru dengan
menyatakan penghargaan dan ucapan terima
kasih tanpa mengira masa dan keadaan.
“Jangan tunggu Hari Guru atau lain-lain majlis
tetapi lakukan setiap hari, cara ini paling mudah
mengurangkan stres guru,” katanya.
Apa kata bekas guru
Seorang bekas guru, Mohd. Ghazali Hamzah
pula berkata, selama hampir 40 tahun
berkhidmat sebagai guru, dia sentiasa
bersungguh-sungguh untuk membangun dan
memajukan diri dalam bidang yang diceburi.
“Cabaran dalam bidang pendidikan dan
perguruan ini tidak perlu dirungutkan
berbanding cabaran dilalui para nabi, rasul,
pemimpin terdahulu dan guru-guru kita dahulu
yang tidak mempunyai sebarang kemudahan
kecuali semangat dan cintakan dunia
pendidikan yang tinggi.
“Ada antara guru hari ini yang hendak kerja
senang bertambah senang dan menganggap
tugas-tugas mendidik membebankan,”
katanya.
Sumber : Utusan Malaysia, 28 Julai 2018
Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP, 25 April 2017
15