Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 457
PENGLIBATAN SUKARELAWAN MASYARAKAT JEPUN TERHADAP ISU ALAM
SEKITAR
Artikharina binti Awang
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
Zakaria bin Mustafa
Section for Co-Curricular Courses, External Faculty Electives and TITAS (SKET)
University Malaya
ABSTRAK
Perkembangan pesat ledakan perindustrian di Jepun pada era 1960-an menyebabkan isu pemcemaran
alam sekitar menjadi sangat kritikal. Isu pencemaran yang berlaku di Dokai Bay, Yokkaichi, Minamata
dan pulau Teshima sebagai contoh bukan sahaja menjejaskan sumber pendapatan tetapi juga
menjejaskan kesihatan penduduk tempatan. Kesedaran penduduk tempatan untuk mula penyedari dan
prihatin kepada isu pencemaran membawa kepada satu gelombang reforamsi perubahan dari aspek
penglibatan penduduk tempatan sebagai sukarelawan, polisi kerajaan yang lebih kepada mesra
persekitaran serta penglibatan pihak industri dalam pemeliharan alam sekitar. Pihak kerajaan dengan
beberapa polisi seperti Green Technology Policy dan sebagainya dilihat sebagai satu langkah
komprehensif pelbagai pihak dalam menyatakan pendirian mengenai kepentingan memelihara alam
sekitar. Pihak industri pula berperanan unutk memastikan proses penindustrian mereka mengikut
ketetapan yang digariskan. Kajian ini akan membentangkan akan peranan penglibatan NGO dan NPO di
kalangan rakayat Jepun dalam memelihara alam sekitar. Peranan mereka sangat signifikan dalam
membantu pihak kerajaan untuk memastikan khazanah yang sedia ada ini dapat dipelihara untuk
dinikmati oleh generasi masa depan.
Keywords: Tenaga Hijau, Kempen Alam Sekitar, NGO /NPO
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pengenalan
Penduduk merupakan entiti utama dalam negara dalam menentukan hala tuju pembentukan
sesebuah negara. Penduduk mempunyai hak-hak mereka yang diperjuangkan dalam menuntut
kehidupan yang lebih baik daripada kerajaan yang telah diberikan kuasa untuk memerintah daripada
penduduknya. Gerakkan penduduk merupakan sebuah kumpulan penduduk yang dibentuk dalam
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 458
menyuarakan pendapat ataupun ketidak puasan kepada kerajaan, masyarakat ataupun ke peringkat
antarabangsa. Mengikut Koichi Hasegawa dalam bukunya yang bertajuk Constructing Civil Society in
Japan; Voices of Environmental Movements, gerakkan penduduk didefinasikan sebagai:
collective action oriented towards change that are based on grievances and discontent with the
status quo or an anticipated state of affairs1
Gerakkan penduduk ini dibentuk untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu sama ada untuk
mendapatkan perubahan, mendapatkan kepentingan bersama dan sebagainya sama ada dalam dalam
bentuk alam sekitar, keadilan, sosial , politik dan lain-lain lagi yang dilakukan bersama dalam kelompok
masyarakat yang mengalami masalah bersama. Didalam kajian ini kita akan melihat bagaimana
penduduk sendiri memainkan peranan yang penting dalam perubahan alam sekitar yang berlaku di
Jepun. Dilihat gerakkan penduduk yang berteraskan alam sekitar di Jepun mula aktif pada akhir tahun
1960an dan 1970an apabila pencemaran yang berlaku mula mencapai tahap serius yang berterusan
semenjak zaman restorasi Meiji lagi apabila bermulanya kegiatan industri di Jepun. Dengan aktiviti
pembuangan dan pembebasan bahan kimia berbahaya yang berrterusan berlaku pada jangka masa yang
lama, Jepun untuk pertama kalinya menghadapi masalah krisis alam sekitar yang serius.
Pada masa tersebut tidak banyak kajian yang dijalankan untuk membuktikan kegiatan industri
merupakan punca kepada pencemaran alam yang berlaku dan hanya beranggapan isu alam sekitar pada
masa tersebut merupakan masalah sosial sahaja dan pihak kerajaan tidak mengambil langkah-langkah
yang efektif dalam menyelesaikan isu pencemaran. gerakkan penduduk ini ataupun lebih dikenali
sebagai gerakkan alam sekitar ini telah memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Jepun
dalam memandang serius isu alam sekitar dalam mengubah pandangan masyarakat dan kerajaannya
dalam memandang serius masalah pencemaran yang berlaku.
Isu-isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di Jepun bukan sahaja menjejaskan kualiti alam
sekitar tetapi juga sumber pendapatan dan kesihatan penduduk tempatan. Antara isu pencemaran yang
paling teruk adalah pencemaran air yang berlaku di Dokai Bay akibat daripada aktiviti perindustrian
berat pada tahun 1960an, sungai Minamata akibat daripada pembuangan sisa industri pada akhir tahun
1950an, pencemaran udara di bandari Yokkachi akibat daripada pembebasan gas beracun daripada
kompleks petrokimikal dan pembuangan sisa industri di kepulauan Teshima pada pertengahan tahun
1970an. Kempat-empat kes pencemaran ini merupakan antara kes pencemaran terbesar yang berlaku di
Jepun dan juga usaha gerakan penduduk dalam mengubah pandangan masyarakat, kerajaan, pihak
industri dan sebagainya.
1 Koichi Hasegawa, Constructing Civil Society in Japan; Voices of Environmental Movements, Trans Pacific Press:
Australia, 2004. Pg. 38.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 459
2. Isu Pencemaran Air Dokai Bay
Pada abad ke-19, Dokai Bay yang terletak di utara Kitakyushu, merupakan kawasan perairan sungai
yang kaya dengan sumber hidupan laut yang menjadi sumber pendapatan bagi penduduk tempatan di
sekitar perairannya. Kawasan perairan Dokai ini kemudiannya dibina menjadi sebuah perlabuhan pada
abad ke-20, yang menjadi sebuah pusat perlabuhan logistik bagi pengangkutan bahan industri.Yawata
Steel Works merupakan salah sebuah industri yang diuruskan dibvawah kerajaan Jepun sendiri yang
telah ditubuhkan semenjak tahun 1901 yang terletak disepanjang Dokai Bay2. Selepas penubuhan
Yawata Steel Works ini, ia telah membawa bersama perkembangan industri-industri lain dikawasan
perlabuhan tersebut. Kesannya, tahap kualiti air dikawasan perlabuhan ini mula terjejas akibat daripada
pembuangan sisa-sisa industri berat pada tahap kuantiti yang banyak. Dokai Bay yang dulunya kaya
dengan sumber perikanan telah berkurangan sehingga tiada kehidupan yang dapat hidup didalam
perairan terseut. Bermula pada tahun 1960an Dokai Bay telah dikenali sebagai sea of death3 kesan
daripada pembuangan bahan kimia yang telah menyebabkan tahap toksid yang tinggi di perairan Dokai
Bay. Semenjak penubuhan Yawata Steel Works, sumber pendapatan para nelayan mula terjejas apabila
kuantiti sumber perikanan berkurangan secara mendadak dan menjelang pada tahun 1942, hasil lautan
berkurangan sehingga tahap sifar4. Kesannya aktiviti perikanan telah terhenti dan kebanyakkan
penduduk tempatan bertukar kerja di kilang-kilang perindustrian di sekitar Dokai Bay. Sisa-sisa industri
yang dibuang kedalam Dokai Bay ini telah menyebabkan kualiti air sungai mengandungi tahap
konsentrasi cyanide, cadmium, arsenic dan mercury yang tinggi. Sebanyak 22 kilang yang dikaji untuk
mengukur jumlah bahan kimia yang dikeluarkan contohnya seperti tahap pH, cyanide, phenol, cadmium,
suspended solids (SS) dan chemical oxiygen demand (COD, mendapati 135 tan COD dan 229 tan SS
dikeluarkan oleh pihak industri dalam masa sehari5. Sisa-sisa buangan yang dibuang ini, adalah bahan
kimia yang tidak dirawat yang telah menyebabkan tahap konsentrasi toksid yang tinggi sehingga
mengakibatkan tiada hidupan laut yang terdapat di Dokai Bay.
Apabila tahap kualiti air dan sumber perikanan penduduk mula terjejas teruk dan tiada tindakab
yang diambil dari pihak kerajaan sendiri, penduduk tempatan mula mengambil inisiatif sendiri dalam
menjalankan aktiviti pemuliharaan Dokai Bay. Golongan wanita merupakan pihak yang aktif dalam
menentang aktiviti pencemaran yang berlaku di bandar Kitakyushu. Golongan wanita ini tidak membuat
tentangan secara terus kepada pihak industri tetapi melalui penyebaran kesedaran dikalangan
penduduk. pada pertengahan tahun 1960an, Tobata Womens Association telah menghasilkan sebuah
dokumentari yang bertajuk Aozora ga Hoshii ataupun We Want our Blue Sky Back yang menunjukkan
2 Tetsuo Yanagi, Machiko Yamada & Manabu Suzuki, A Challenge of Water Purification in Dokai Bay, Japan. From http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0025326X99001927. Retrieved May 25, 2012. 3 The rebirth of the Sea of Death : History of the recovery of Dokai Bay. From http://enviroscope.iges.or.jp/contents/76/eng/story/storyi2.htm. Retrieved May 26, 2012. 4 Ibid.
5 Ibid.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 460
kerosak