1.0 PENGENALAN
Dunia kini dilonggokkan dengan penghasilan pelbagai jenis karya sejarah yang
asasnya terbentuk daripada usaha keras para sejarawan terdahulu dalam mencorak,
menstruktur, dan menghasilkan kembali peristiwa lampau dengan mengembleng semua
sumber dan bukti yang ada bagi merakam semula serta membina siri-siri pensejarahan yang
gemilang.1 Inti patinya, sesebuah pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada
penyelidikan para sasterawan terhadap perkara yang benar-benar berlaku. Permasalahan dan
cabaran kekurangan sumber untuk mendapatkan bukti mengakibatkan para sejarawan untuk
menganalisis dan mentafsir sesuatu pensejarahan itu melalui sudut kaca mata mereka sendiri.
Sikap semula jadi manusia akan mempengaruhi bentuk penulisan seseorang ahli sejarah
apabila mereka membuat penilaian terhadap sesuatu peristiwa yang diriwayatkan dalam
sesebuah karya pensejarahan. 2
Realitinya, dalam penghasilan sesuatu ideologi mahupun penulisan sejarah, para
sejarawan acap kali menimbulkan persoalan mengenai kewajaran penerapan unsur
pengadilan moral dalam sesebuah pensejarahan. Persoalan ini muncul apabila wujudnya
segelintir golongan sejarawan yang dipengaruhi oleh unsur agama atau ideologi tertentu,
tidak dapat bersikap neutral, sebaliknya akan melibatkan diri atau komited di dalamnya
dengan mangadunkan karya sejarah yang bersifat fakta dgn nilai emosi sejarawan itu sendiri
tatkala merencanakan sesebuah karya sejarah.3 Ringkasnya, pengadilan moral ialah
perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun tindakan mengenakan penilaian tertentu
terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku di dalam sejarah.
Menurut Qasim Ahmad, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman
ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu peristiwa atau kepada seorang pelaku dalam
1 Qasim Ahmad, 15 Jun 1985, “Pengadilan Moral Dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman,” dalam Dewan Masyarakat , hlm 54-60.2 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur, 1985, hlm.90.3 Herbert Butterfield, 1951, History and Human relations, London, hlm. 104.
1
sejarah. Misalnya, dalam sesebuah penulisan seseorang ahli sejarah menyatakan sesuatu
peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur,sistem
politik ini progresif dan sebagainya sebenarnya mereka telah melakukan pengadilan moral
dengan menghukum dan menilai.4 Penilaian etika atau pengadilan moral dapat dikesan
apabila seseorang sejarawan dengan senjaga atau tidak sengaja menjatuhkan, menghukum
dan menilai sesuatu. Hal ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula
memuji, mengkeji dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam,
ganas dan sebagainya . Hakikatnya, pengadilan moral juga boleh wujud dalam bentuk pujian
dan kutukan.
Pengkajian sejarah perlulah dirakamkan dan dipaparkan agar menjadi panduan yang
berguna untuk generasi akan datang. Pengadilan moral yang dibuat dapat mewarnai penulisan
sejarah dan mempengaruhi pemikiran pembaca dan masyarakat umumnya supaya
dapatmemikirkan baik buruk kesannya kepada masa depan sesebuah peradaban. 5 Hujahnya
mudahiaitu tanpa sejarah kita tidak mampu untuk memahami masalah-masalah sezaman dan
tanpa pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan kebijaksanaan untuk
berhadapan dengan masa depan. Bertitik tolak daripada perbezaan pandangan para sejarawan
tentang isu pengadilan moral telah mendorong pengkajian khusus dijalankan untuk mengkaji
sebab dan alasan mengapa sesetengah sejarawan menolak kehadiran pengadilan moral dalam
pensejarahan.6
4 EH Carr, Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm. 27.5 A. Marwick, The Nature of History, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm 17.6 R. Bonney, “Ke Arah Penulisan Sejarah Malaysia”, Foram Sejarah kedua Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1971, hlm. 28
2
2.0 ISU PERBINCANGAN
2.1 PERBAHASAN BERKAITAN PENGADILAN MORAL
Hakikatnya, terdapat tiga aliran utama yang memberi pandangan tentang pengadilan
moral iaitu golongan yang menyokong, golongan yang menentang dan golongan pertengahan.
Antara sarjana yang menentang pengadilan moral atau dikenali sebagai golongan progresif
dalam sejarah ialah Leopold von Ranke, G. Kitson Clarke, Benedetto Croce dan Hebert
Butterfield.Bagi golongan progresif, mereka mengatakan pengadilan moral tidak patut
dilakukan kerana apabila sejarawan membuat pengadilan moral mereka mungkin tidak
bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikaji atau di adilinya.7 Manakala golongan
yang penyokong pengadilan moral pula seperti Voltaire, Adrian Oldfield dan Agnes Heller.
Mereka yang menyokong pengadilan moral ini juga digelar sebagai golongan konservatif.
Golongan pertengahan pula dipolopori oleh E.H.Carr. Tokoh bagi golongan pertengahan
menolak pengadilan moral tetapi pada masa yang sama dia menggalakkan moral ke atas
institusi atau dasar masa lampau kerana baginya sejarah merupakan proses berterusan
interaksi diantara ahli sejarah dengan fakta-faktanya yang merupakan satu dialog yang tiada
kesudahan diantara masa kini dengan masa lampau..8
Percangahan dan perbezaan pandangan dari sudut kajian sejarah tersebut telah membawa
perubahan yang besar terhadap pengkajian dan penulisan sejarah.. Para sejarawan cuba untuk
mempertahankan hujahan masing-masing dengan beberapa alasan dan bukti yang relevan.
Bertitik tolak daripada itu, para sejarawan telah mengambil iktibar, garis panduan dan
menjana idea masing-masing untuk meneliti, memahami, menganalisis dan menilai
kebenaran kenyataan yang dikaji.
2.2 FAKTOR SESETENGAH SEJARAWAN MENOLAK PENGADILAN MORAL
7 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985,hlm. 110.8 Qasim Ahmad, “Kontroversi pendekatan Europe-centric – Malaysia centric: suatu tinjauan semula”, dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.), Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia, hlm. 24
3
2.2.1(PENGADILAN MORAL BERTENTANGAN DENGAN KONSEP
OBJEKTIVITI)
Leopold von Ranke merupakan seorang sejarawan dari Jerman yang memainkan peranan
penting dalam perkembangan pensejarahan moden di Barat pada pertengahan kurun ke
sembilan belas telah menentang keras kehadiran pengadilan moral dalam sesebuah karya
sejarah. Pada abad ke-19, ilmu sejarah dianggap suatu bidang pengajian atau disiplin yang
tersendiri. Sumbangan Ranke dalam pemikiran sejarah sangat bermakna sehingga beliau
dianggap sebagai perintis perkembangan ilmu sejarah pada zaman tersebut. Menurut Ranke,
sejarah harus dipaparkan seperti yang sebenar-benarnya berlaku, maka unsur pengadilan
moral hahuslah diketepikan kerana bukanlah tugas ahli sejarah untuk melakukan pengadilan
moral.9 Kehadiran pengadilan moral dalam pensejarahan menyebabkan penulisan sejarah
objektif tidak dapat dicapai kerana ahli sejarah telah dipengaruhi oleh pengaruh dan nilai
sezaman.
Ranke merupakan sejarawan yang bersikap kritis dalam menghasilkan penulisan
sejarahnya. Bagi mencapai sejarah yang objektif, Ranke telah menekankan penggunaan
konsep quellenkritik secara amnya merupakan suatu kajian kritis terhadap sumber-sumber
sejarah.10 Melalui pendekatan kaedah ini, kebenaran sejarah dapat ditentukan dengan
menjalankan penyelidikan terhadap sumber arkib yang berkaitan sejarah atau peristiwa yang
dikaji. Kritikan sumber ini bertujuan untuk menolak apa yang tidak benar dan menerima apa
yang benar.
Leopold von Ranke telah mengetengahkan pandangannya yang tersendiri dalam
mengungkapkan konsep sejarah yang sebenarnya. Ranke berpegang teguh kepada teori
Historicism iaitu sesuatu kajian ke atas sesuatu peristiwa harus dikaji seperti yang telah
berlaku pada masa lalu dan bukannya dengan membuat penilaian atau pengukuran terhadap
9 Pieter Geyl, Debates With Historians, hlm. 17.10 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.
4
masa lalu dengan menggunakan nilai-nilai masa kini. Menurut Ranke, sejarah haruslah dikaji
“sebagaimana ia benar-benar berlaku” atau “ziegen wie es eigentlich gewesen.”11 Teori
sejarah inilah yang telah meletakkan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang mampu berdiri
sendiri seperti ilmu-ilmu lain. Teori ini telah dikemukakannya dalam karya pertamanya iaitu
History of the Latin and Tentonic Nations. Melalui konsep ini, Ranke mengatakan bahawa
sejarawan mampu memaparkan peristiwa sejarah “seperti sebenarnya berlaku”. Oleh itu,
adalah penting bagi sejarawan untuk melaporkan atau menunjukkan apa yang berlaku di masa
lalu tanpa membuat sebarang penilaian dan pengadilan moral.12Selari dengan aliran
pensejarahan yang diperjuangkan oleh Ranke, konsep “ziegen wie es eigentlich gewesen” ini
mampu mencapai makna sejarah yang sebenarnya iaitu melahirkan sejarah yang objektif.
2.2.2 ( PENGADILAN MORAL ASING DENGAN RUANG INTELEK SEJARAH)
Berikutnya, sejarawan seperti Butterfield turut menolak sekeras-kerasnya kehadiran
pengadilan moral melalui rencananya yang bertajuk “ Moral Judgement In History ”
beliau mengutarakan pandangan bahawa tugas mengendalikan pengadilan moral akan
menimbulkan pelbagai jenis kerumitan.13 Beliau telah menegaskan bahawa tugas para ahli
sejarah ialah menceritakan peristiwa dalam sejarah itu sejelas mungkin. Bagi Butterfield,
sesiapa yang membaca kisah itu, mempunyai perasaan kemanusiaan, mempunyai peraturan
etika, maka dengan sendirinya pembaca akan menghukum jahat, bagi sesiapa yang patut
dihukum jahat. Sebaliknya, kalau pembaca memang tidak mempunyai kehalusan perasaan,
maka sebanyak manapun penilaian dan penganalisaan moral yang diutarakan , tidak mungkin
akan mengusik hatinya. Butterfield telah meletakkan sepenuhnya tanggungjawab untuk
11 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning Of History, The University Of Chcago Press, London, 1977, hlm. 4.12 Qasim Ahmad, “Kontroversi pendekatan Europe-centric – Malaysia centric: suatu tinjauan semula” , dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.), Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia, hlm. 34-3513 Tan Liok Ee. “Menulis sejarah Malaysia: beberapa persoalan tentang pendekatan dan kaedah kajian”, dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.), Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2000, hlm. 4
5
mengadili atau menghukum sesebuah karya sejarah di atas bahu pembaca dan bukannya
sejarawan.14
Sebagaimana yang ditegaskan oleh Butterfiel pengadilan moral tidak dianggap penting
dalam penyiasatan sejarah kerana ketidakupayaan ahli sejarah untuk melihat sesuatu
peristiwa dari lubuk hati si pelaku. Menurut Butterfield apabila ahli sejarah yang membuat
sesuatu kajian, mereka akan menjatuhkan hukuman moral berdasarkan kepada tindakan –
tindakan lahiriah si pelaku yang disokong oleh bukti–bukti dan sumber–sumber sejarah yang
ditemui oleh beliau semata-mata.15 Dan hal ini akan menghalang seseorang ahli sejarah itu
untuk bersikap objektif dalam menjatuhkan hukuman moral. Beliau turut menyatakan bahawa
sekirannya sesebuah penulisan sejarah menerapkan nilai pengadilan moral di dalamnya maka
pensejarahan tersebut telah hilang nilai inteleknya.16
Walau bagaimanapun, pendapat Butterfiel ini telah dipertikaikan oleh Qasim Ahmad.
Bagi Qasim Ahmad, hasrat Butterfield yang mahu menjaga dengan rapi unsur keadilan dan
kebijaksanaan dalam pengadilan moral telah melakukan kesalahan kerana bersikap terlalu
rapi dan Butterfield telah membuat kesilapan dengan menyerahkan tugas pengadilan itu
kepada pembaca sahaja. Qasim Ahmad mengakui dan bersetuju ada sebahagian pembaca
yang arif dalam menilai tetapi tidak semua pembaca begitu.
2.2.3 (PENGADILAN MORAL MENGGALAKKAN PENILAIAN NEGATIF)
Selain itu, kita juga dapat merungkai persoalan mengapa pengadilan moral ditentang
dalam penulisan sejarah menerusi karya Benedetto Croce yang bertajuk “ History as The
Story of Liberty ”. Karya ini mempersoalkan peranan Mahkamah Tinggi dalam meneliti
semua pengadilan sulit, membetulkan dan menjatuhkan satu keputusan yang muktamad
sebagai satu pengadilan sejagat yang membezakan orang yang mulia daripada orang
14 Pieter Geyl, Debates With Historians, hlm. 17.15 Ann Low-Beer, 1967, “Moral Jugments in History and History Teaching,” dalam W.H. Burston dan D. Thompson, (peny.) Studies in the Nature and Teaching of History, London, hlm. 137-158.16Leonard Krieger, Ranke : The Meaning Of History, The University Of Chcago Press, London, 1977, hlm. 4.
6
yang berdosa. Pendapat Croce ini berdasarkan beberapa alasan seperti ketidakupayaan para
ahli sejarah untuk menembusi lubuk hati manusia yang bertanggungjawab mencetuskan
sesuatu kejadian sejarah. Kecenderungan para sejarawan untuk memasukkkan unsur
prasangka dalam pengadilan mereka disebabkan kekurangan bukti serta ketidakmampuan
untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah.17
Croce juga menumpukan kajiannya terhadap perbezaan yang wujud daripada
persoalan bagaimana pengadilan dijatuhkan di mahkamah sedangkan mahkamah mengadili
seseorang tertuduh yang masih hidup dan boleh membela diri. Menurut Croce sejarah
pula adalah sebaliknya, iaitu mengadili orang yang sudah meninggal dunia dan tidak
boleh membela diri, serta menggunakan nilai–nilai yang tidak diiktiraf pada zaman
tersebut.18 Misalnya, Julius Caesar telah mencabuli hak kebebasan berpolitik rakyat Rom
dan dikutuk oleh ahli–ahli sejarah telah disifatkan suatu keputusan ganjil oleh Croce.
Alasan lain yang digunakan oleh Croce untuk menentang pengadilan moral adalah kerana
beliau memandang pengadilan moral sebagai satu kegiatan yang tidak berguna,di samping
menganggu ketenangan orang yang sudah meninggal dunia.19
2.2.4 (PENGADILAN MORAL MERUMITKAN PENGKAJIAN)
Realitinya kerumitan dalam melakukan sesuatu pengadilan moral timbul apabila
merujuk sejarah dalam usahanya mengadili tindakan-tindakan tertentu yang dilakukan dalam
keadaan paksaan. bahawa Walaupun pada lazimnya si pelaku dalam sejarah mempunyai
kebebasan untuk mengambil sesuatu tindakan, yang mana pemilihan akan dibuat dari
beberapa alternatif yang wujud, namun terdapat keadaan-keadaan tertentu yang mana
kebebasan ini disekat.20 Lord Acton dalam karyanya telah mengariskan peristiwa yang
17 R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur, hlm, 91.
18
19 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.20 Tan Liok Ee. “Menulis sejarah Malaysia: beberapa persoalan tentang pendekatan dan kaedah kajian”, dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.), Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia, hlm. 6
7
berlaku semasa Perang Dunia Kedua dan berkaitan dengan nasib kaum Yuhudi di bawah
kekejaman pemerintahan Nazi merupakan contoh yang terbaik untuk menunjukkan betapa
rumitnya untuk mewujudkan pengadilan moral dalam pensejarahan. Para pengkaji yang
meninjau peristiwa sedih ini telah mencetuskan satu perbahasan hangat berkenaan peranan
para pemimpinYuhudi yang dikatakan telah berkerjasama dengan Nazi. J.B.Burry
menyatakan gagasan kerjasama tidak boleh digunakan untuk memaparkan tindakan para
pemimpin Yuhudi kerana ia bukanlah sesuatu yang dilakukan secara rela tetapi melalui
paksaan dan takutan. Menurut beliau mereka tidak mempunyai kemampuan rohani untuk
melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa kaum mereka.
Penyataan ini berbeza dengan Arendt yang menyatakan bahawa para pemimpin
Yuhudi telah berkerjasama dengan Nazi untuk keselamatan diri mereka dalam unit-unit khas
yang dipanggil Sonderkommandos. Walaupun pemimpin Yuhudi tanpa pengecualian telah
bekerjasama dengan Nazi, maka mereka turut dituduh sebagai bersubahat dengan tentera
Nazi dan menyebabkan lebih daripad 6 juta orang Yahudi telah dibunuh.
Daripada peristiwa tersebut dapatlah dirumuskan bahawa setiap ahli sejarah
mempunyai pandangan yang berlainan mereka memandangkan peristiwa itu daripada
beberapa aspek yang berlainan. Perkara inilah yang menjadi kerumitan utama dalam
mewujudkan pengadilan moral.
2.2.5 (TUGAS MENGADILI BUKANLAH TUGAS SEORANG SEJARAWAN)
Ahli sarjana seperti Kitson Clarke juga mempunyai pendirian yang tegas untuk
menentang pengadilan moral dalam sejarah. Beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik
jika ahli sejarah cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai
seorang hakim.21 Bagi beliau, masalah – masalah moral terpisah daripada sejarah, dan ia
menyarankan agar diserahkan sahaja masalah tersebut kepada golongan lain seperti ahli
agama, ahli falsafah atau ahli perundangan.
21 R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur, hlm, 93.
8
Selain itu, beliau tidak mahu memasukkan unsur pengadilan moral kerana unsur
tersebut bukan sahaja berhasrat mahu mencari sebuah keadilan malahan juga akan
menimbulkan perasaan balas dendam.22 Beliau amat menentang akan alasan yang
digunakan oleh para sarjana seperti Voltaire yang menyokong pengadilan moral dijatuhkan.
Voltaire merupakan seorang yang beraliran progresif telah melihat tugas sejarah sebagai
“ mengajar kita kewajiban - kewajiban kita dan hak-hak kita. Voltaire juga mahukan
sejarah bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan
memalukan mereka yang berdosa.23 Bagi Kitson, sikap Voltaire itu akan menimbulkan
perasaan benci dan dendam dalam diri masyarakat terhadap pelaku sejarah tersebut. Beliau
berharap agar tabiat buruk manusia untuk membalas dendam boleh dikikiskan sekiranya
para ahli sejarah tidak cuba untuk mengutuk orang, tetapi cuba menanam nilai yang murni
agar sesuatu penulisan karya sejarah tidak dipengaruhi dengan perasaan emosi yang
tinggi.
Hujahnya mudah, iaitu tanpa objektiviti kita tidak mampu untuk memahami masalah-
masalah sezaman dan tanpa pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan
kebijaksanaan untuk berhadapan dengan masa hadapan. Melalui penelitian yang rapi
dapatlah kita rumuskan bahawan para sejarawan yang menentang pengadilan moral ini
bukanlah sekadar menentang semata-mata namun mereka telah memberi hujahan berserta
pautan bukti-bukti yang lengkap untuk mengukuhkan ideologi mereka tentang ketidakpatutan
kehadiran pengadilan moral dalam sesebuah karya sejarah.24 Sejarah dipercayai perlu
diasingkan sepenuhnya daripada melibatkan penghukuman dan pengadialan moral daripada
para sejarawan untuk melahirkan karya pensejarahan yang benar-benar tulus.
3.0 ANALISIS
22 Ibid, hlm. 93.23 Ab. Rahman Haji Ismail, (terj.), Apakah Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 1724 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.
9
Natijahnya, pandangan sesetengan sejarawan yang menolak
pengadilan moral dalam pensejarahan adalah merupakan tindakan yang
wajar kerana mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak
kehadiran pengadilan moral. Walau bagaimanapun, saya tetap
berpegang teguh dengan pendirian sendiri kerana menurut saya sebagai
seorang ahli sejarah, kehadiran pengadilan moral dalam pentafsiran sejarah tidak semestinya
diketepikan begitu sahaja. Seandainya pentafsiran sejarah tidak dipaparkan tentang
pengadilan moral maka paparan sejarah tersebut dilihat tidak bermakna dan tidak lengkap.
Pembaca akan terasa digantung tanpa penghujungnya kerana pembacaan mereka sudah pasti
tidak menarik. Semestinya sesuatu pentafsiran sejarah tentang pengadilan moral harus
dipaparkan supaya menjadi pengajaran kepada genarasi akan datang. Tanpa sejarah
kehidupan kita tidak lengkap dan menyukarkan kita untuk maju kehadapan kerana sejarah
akan menjadi panduan kepada kita.
Natijahnya, memang soal menjatuhkan pengadilan moral tidak seharusnya
diketepikan dalam pentafsiran sejarah. Ini kerana seseorang ahli sejarah perlu memikul
tanggungjawab tersebut. Pengadilan moral sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan
sejarawan . Ini berlaku apabila menggunakan sesuatu perkataan dalam bentuk pujian
mahupun cacian maka sudah menunjukkan satu bentuk pengadilan moral telah berlaku sama
ada secara sedar ataupun tidak sedar. Agak sukar bagi seseorang sejarawan untuk tidak
menggunakan perkataan membunuh, berperang, penindasan, rampasan, rogol dan sebagainya
dipisahkan daripada penulisan dan pentafsiran sejarah. Seandainya dipisahkan juga maka
penulisan itu akan pincang tanpa makna. Malah catatan sejarah yang dipaparkan akan
menjadi amat mati dan kaku. Lantaran itu pengadilan moral merupakan antara unsur atau
kaedah penting dalam melakukan penyelidikan bagi menghasilkan sesuatu penulisan sejarah
yang baik. Mahu tidak mahu seseorang ahli sejarah harus membuat penilaian moral dalam
10
penganalisaan penulisan dan pentafsiran sejarah yang dipaparkan. Sikap pro, anti atau neutral
dalam persoalan pengadilan moral sudah pasti mengakibatkan rentetan sejarah seterusnya.
Kalau ahli sejarah tidak mahu menjatuhkan pengadilan moral di atas sesuatu peristiwa
sejarah, sudah tentu pembaca pasti membuat pengadilan moral untuk mereka. Pokoknya,
jalan keluar daripada masalah ini bukanlah lari daripadanya tetapi seseorang ahli sejarah
perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran penulisan yang secukupnya.
Lanjutan dari itu, pada pendapat saya seseorang ahli sejarah tidak dapat bebas
daripada daripada menjatuhkan pengadilan moral ke atas peristiwa yang dikajinya. Realitinya
penyelidikan atau kajian seseorang ahli sejarah adalah berasaskan kepada pemahaman
beliau ,terhadap pelaku–pelaku atau watak–watak manusia yang mencetuskan peristiwa
tersebut ditambah pula dengan sokongan sumber–sumber yang ditemui atau disandarkan oleh
seorang ahli sejarah tadi. Hasil daripada ini, tindakan atau perlakuan manusia itulah yang
membawa kesan yang besar kepada sesebuah negara atau masyarakat.
Justeru itu, dapatlah ditegaskan bahawa pengadilan moral tidak harus diketepikan
dalam penulisan sejarah kerana sekurang–kurangnya penulisan sejarah ini dapat memberi
satu pedoman atau panduan serta pengajaran kepada kita untuk mewujudkan satu kehidupan
yang lebih baik. Pada kebiasaannya sesuatu pengadilan moral hanya akan dijatuhkan pada
penghujung sesuatu kajian dan bukannya di awal kajian. Malahan, ahli sejarah dalam
penulisannya ada mengemukakan bukti–bukti dan sumber–sumber sejarah dengan teliti,
terlebih dahulu sebelum mengadili peristiwa tersebut atau dengan erti kata lain bukti atau
sumber mestilah terlebih dahulu melalui proses saringan. Oleh sebab itu ahli sejarah boleh
menjatuhkan hukuman moral diakhir penulisannya terhadap peristiwa sejarah yang
ditulisnya.
11
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, walaupun terdapat sesetengah sejarawan menolak kehadiran pengadilan
moral dalam pensejarahan namun melalui penelitian yang jitu dapatlah saya simpulkan
bahawa sebenarnya pengadilan moral merupakan satu unsur sosial dalam penulisan sejarah
yang bertujuan memberikan panduan, pengajaran, iktibar pada generasi akan datang. Oleh
itu, sejarah merupakan medium dan alat pengajaran moral kepada masyarakat hari ini agar
tidak mengulangi peristiwa pada masa lalu. Pengadilan moral wajar digunakan sejujur-
jujurnya dan tidak harus diketepikan oleh sarjana dalam penulisan sejarah. Jika pengadilan
moral ditolak dalam suatu penulisan sejarah, Oldfield berpendapat bahawa sejarah tinggal
tidak lebih dari sebuah cerita. Pengadilan moral bukanlah digunakan untuk mendedahkan
kesalahan dan keaiban tokoh masa lampau atau menutup kesalahan sendiri sebaliknya
penilaian etika ini dibuat atas dasar memberi kesedaran dan menjelaskan sesuatu peristiwa
dengan lebih tepat.
Walaupun pahit untuk ditelan, pensejarahan yang sebenarnya harus digali dan dibongkar
lalu dijelaskan kepada umum supaya menjadi tatapan dan iktibar bagi generasi mendatang.
Jalan terbaik kepada permasalahan ini adalah bukan mengelakkan diri dari menjatuhkan
hukuman moral tetapi melengkapkan lagi para ahli sejarah dengan kemahiran yang berkaitan
jika pengadilan moral ditolak dalam pemaparan sesebuah pensejarahan maka penulisan itu
tidak menarik dan nampak kaku, sebaliknya kita haruslah mencorakkan sejarah itu dengan
unsur pedoman dan pengajaran. Oleh itu, aspek pengadilan moral ini sangat penting dalam
menghidupkan kembali sejarah masa lalu.
12
5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: Apakah Sejarah , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bonney, R. 1971 . Malaysia : “Ke Arah Penulisan Sejarah Malaysia”,Foram Sejarah kedua Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang : Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Butterfield, Herbert. 1951. London : History and Human relations, London: London Press.
Carr, Eh. 1984. Malaysia : Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gey, Pieter. 1967 . Moral Jugments in History and History Teaching, London : Studies in the Nature and Teaching of History.
Gey, Pieter. 1967 . Debates With Historians , London : Studies in the Nature and Teaching of History.
Krieger, Leonard . 1977 , Ranke : The Meaning Of History, London : The University Of Chcago Press .
Marwick , A. 1989 , London : The Nature of History, Macmillan : Education Ltd.
Qasim Ahmad. 15 Jun 1985, Malaysia : Pengadilan Moral Dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman, Dewan Masyarakat.
Stern, Frizt. 1970, London : The Varieties of History, Macmillan: London Press.
Suntharalingam, R.1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur : Dewan Masyarakat.
Tan Liok Ee. 1975, Malaysia : Menulis sejarah Malaysia: beberapa persoalan tentang pendekatan dan kaedah kajian, Kuala Lumpur: Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia.
13
6.0 LAMPIRAN
Benedetto Groce
Benedetto Groce was an Italian idealist philosopher and occasionally
also politician. He wrote on numerous topics, including philosopy
history methodology of history writing and aesthetics.
Name : Benedetto Groce
Born : 25 February 1866, Pescasseroli
Died : 20 November 1952, Naples
Awards : Butler Gold Medal
Nominations : Nobel Prize in Literature
Books : History As The Story Of Liberty
14
Herbert Butterfield
Sir Herbert Butterfield was a British Historian and philosopher of
history who is remembered chiefly for two books - a short volume
early in is career entitled The Whig Interpretation of History and his
Origin of Modern Science.
Name : Sir Herbert Butterfield
Born : 7 October 1990, England
Died : 20 July 1979
Education : Peterhouse, Cambridge
Books : Whig Interpretation of History
Man On His Part
15
Leopold Von Ranke
Leopold von Ranke dilahirkan di daerah Wieche, Saxony pada 21 Disember 1795.
Sejarawan Jerman ini berasal daripada keluarga Lutheran yang berpendidikan. Ranke telah
mendapatkan pendidikan awal di sekolah Dondorf dan Pforta. Kemudiannya Ranke
memasuki Universiti Leipsic (1814-1818) dengan mengkhusus dalam bidang filologi dan
teologi yang melibatkan kerja-kerja pemterjemahan dan penganalisaan teks klasik. Setelah
menamatkan pelajarannya di universiti tersebut, Ranke menjadi tenaga pengajar di sekolah
Frankfurt selama tujuh tahun (1818-1825). Minat Ranke terhadap sejarah dikatakan bermula
sejak mula mengajar di sekolah ini.
Name : Leopold Von Ranke
Born : 21 December 1795, Wiche
Died : 23 May 1886
Nationality : German
16
Alma Mater : University of Leipizg
Books : The Secret Word of World,
The Secret World of History
KITSON CLARKE
He is known as a revisionist historian of the Repeal of the Corn
Laws. G. D. H. Cole identified a "Kitson Clark" school of historians revising
the assessment of the Anti-Corn Law League and the Chartists.
He was educated at Shrewsbury School and Trinity College,
Cambridge. He lived the life of a bachelor don as Fellow of Trinity, from
1922 to 1975. He was Reader in Constitutional History from 1954 to 1967
17