Transcript
Page 1: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

1

TAJUK:

PEPERANGAN MELAWAN INSURGENSI KOMUNIS DI SARAWAK

Page 2: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat

1. Pengenalan Kepada Parti Komunis Kalimatan Utara 4

2. Perlembagaan Parti 6

3. Sayap Bersenjata Parti Komunis Kalimantan Utara (Militan) 7

4. Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) Ke Kancah Keganasan 9

5. Kembalinya Pengganas Komunis Ke Bumi Kenyalang 11

Strategi Perjuangan Parti Komunis Sarawak, Cabang Parti Komunis Kalimantan Utara

i. Peubuhan pengkalan-pangkalan (jungle bas)ii. Kempen Keganasaniii. Penggunaan Jerangkap Samar (Periuk Api)iv. Tertubuhnya Gerakan Min Yuen (Gerakan Rakyat)v. Perolehan Sokongan Massa

Langkah-Langkah Untuk Melawan keganasan Komunis Di Sarawak 22

i. Ops NGAYAU (Operasi Ngayau)ii. Penubuhan RASSCOMiii. Ops JUDASiv. Pujukan Pihak Kerajaan Dalam Menyeru Pihak Komunis

untuk Kembali Kepada Pangkuan Masyarakatv. Penguatkuasaan Undang-Undang

Parti Komunis Kalimantan Utara Ke Arah Perletakan Senjata Dan Penyerahan Diri

31

Kesimpulan 33Lampiran

Lampiran 1 : Temubual Dengan Orang Sumber, Encik Lawrence Lim Eng Leong

Lampiran 2 : Surat Perlantikan Encik Lawrence Lim Eng Leong Sebagai Pengawal pemerintah Keselamatan rajang (RASCOM)

Lampiran 3 : Surat Penganugerahan Panglima Setia Bintang Sarawak Kepada Encik Lawrence Lim Eng Leong

Lampiran 4 : Gambar Encik Gawrence Lim eng Leong bersama Rakan-Rakan Semasa Operasi Memujuk Ketua PARAKU, Ubong anak Nuing Untuk Keluar Meneyerahkan Diri

2

Page 3: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Lampiran 5 : Surat Pujian Ketua Polis Negara Kepada Encik Lawrence Lim Eng Leong

Lampiran 6 : Surat Perlantikan Encik Lawrence Lim Eng Leong Sebagai Ketua Cawangan Khas Daerah Sibu

Lampiran 7 : Laporan Kesihatan Mengenai Encik Lawrence Lim Eng Leong Setelah Terlibat Dengan Satu Kemalangan Helicopter Di Daerah Balingian Semasa Menjalankan Tugas Pilihanraya.

Lampiran 8 : Biodata Kerjaya Encik Lawrence Lim Eng Leong

Lampiran 9 : Anggota Polis Yang Dibunuh Oleh pengganas Komunis Pada 1970 dan 1971

Lampiran 10 : Senarai Penangkapan Yang Dikeluarkan Oleh Cawangan Khas Menunjukkan 29 orang yang ditangkap

Lampiran 11 : Struktur Organisasi NKCP Yang Diketahui

Lampiran 12 : Senarai Nama Ketua PARAKU Yang Diketahui

Lampiran 13 : Antara Senjata-senjata Kecil Popular Yang Digunakan Oleh Pasukan Keselamatan Semasa Kempen Menentang Insurgensi Di Sarawak

Lampiran 14 : Surat Bong Kee Chok Kepada Ketua Menteri Sarawak Untuk Meminta Perdamaian.

Bibliografi

3

Page 4: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Pengenalan kepada Parti Komunis Kalimantan Utara

Parti Komunis Kalimantan Utara atau dalam bahasa Inggeris North Kalimantan

Communist Party (NKCP) merupakan salah satu elemen yang bersifat komunisme yang

pernah menghuru-harakan negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini. Formasi parti ini bermula

pada 19 September 1965 apabila satu mesyuarat tertinggi diadakan oleh Liga Liberasi

Sarawak (Sarawak Leberation League) di Pontianak, Kalimantan Utara. Mesyuarat ini

diketui oleh Wen Min Chuen dan dihadiri oleh 10 orang senior kader Liga Liberasi Sarawak

bagi memberi pendapat masing-masing mengenai pengubahan nama baru dari Liga Liberasi

Sarawak kepada parti komunis telahpun dibincangkan dalam mesyuarat ini. Alasannya

adalah untuk memperkembangkan status parti komunis ini dengan tujuan untuk mengetuai

revolusi komunisme secara tempatan serta mendapatkan pengiktirafan antarabangsa

seperti yang telah dilakukan oleh Parti Komunis Indonesia dan Parti Komunis Malaya

sebelum ini.

Resolusi mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memilih Parti Komunis Sarawak

sebagai nama untuk parti baru tersebut. Di samping itu, Wen Min Chuen juga dicalonkan

sebagai ketua keseluruhan bagi Parti Komunis Kalimantan Utara dan melantik Bong Kee

Chok dan Lim Ho Kui untuk membuat draf bagi perlembangaan parti tersebut untuk

digunakan dalam mesyuarat seterusnya. Namun begitu, mesyuarat seterusnya ini tidak

pernah berjaya untuk dilaksanakan apabila ketua mereka, Wen Min Chuen, melarikan diri ke

Negara China dan tidak pernah balik semula ke Sarawak. Ini menyebabkan Bong Kee Chok

dan Lim Ho Kui terpaksa menanggung segala kerja yang berkaitan dengan penubuhan unit-

unit komunis bersenjata tanpa mengambil kira situasi yang huru-hara pada ketika itu.

Pada 1 Mei 1968, dua orang ahli Liga Liberasi Sarawak yang menghadiri mesyuarat

di Pontianak iaitu Yap Chuan Haw dan Yang Chu chung mengumumkan penubuhan Parti

Komunis Sarawak (Sarawak Communist Party) di Songkong yang terletak di sempadan

4

Page 5: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Sarawak-Kalimantan.1 Pengumuman ini dibuat bagi meningkatkan semangat penyokong-

penyokong anti kerajaan mereka walaupun menerima serangan yang bertubi-tubi daripada

Tentera Nasionalis Indonesia (TNI)

Lim Ko Kui membuat pengumuman mengenai formasi penubuhan Parti Komunis

Kalimantan Utara (NKCP) pada 5 Ogos 1969 di Pusat Pengarahan Teluk Sabang, Nonok

(sekarang dikenali sebagai Asajaya, Kuching, Sarawak) di Bahagian Pertama. Tetapi beliau

tidak membuat sebarang komen mengenai tarikh penubuhan yang sebenar disebabkan

tarikh tersebut perlu dibincangkan dengan ketua Parti Komunis Kalimantan Utara iaitu Wen

Min Chuen dan orang kanannya, Bong Kee Chok. Di samping itu, Lim turut mengumumkan

penubuhan Biro Politik Parti Komunis Kalimantan Utara yang pertama bagi menyelaraskan

segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli komunis di Bahagian Pertama (Bahagian Barat).

Setahun selepas itu iaitu pada 30 Mac 1970, orang kanan Wen Min Chuen, Bong

Kee Chok, mengumumkan penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara di sempadan

Sarawak-Kalimantan. Sebuah manifesto dan carta perlembagaan mengenai penubuhan

parti tersebut telahpun dikeluarkan dan pada masa yang sama. Bong Kee Chok turut

menjadi Setisausaha Biro Timur (Eastem Bureau) bagi Parti Komunis Kalimantan Utara

(NKCP). 19 September 1971 menyaksikan kedua-dua orang kuat Parti Komunis Kalimantan

Utara, Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui akhirnya bersetuju untuk mengeluarkan penjelasan

bersama mengenai tarikh sebenar penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara setelah

mengeluarkan beberapa siri perbezaan di antara mereka berdua dan setelah bersemuka

pada Mei 1970.

_____________________1

Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, “The Threat Of Armed Communism in Sarawak”, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm14.

5

Page 6: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Dalam penjelasan bersama di antara Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui, kedua-duanya

akhirnya bersetuju untuk menjadikan 19 September 1971 sebagai tarikh sebenar penubuhan

Parti Komunis Kalimantan Utara dan Biro Timur (Eastem Bureau) dan akan dikenali sebagai

Biro Kedua Bagi Biro Politik Pusat Parti Komunis Kalimantan Utara.

Akhirnya, pada tarikh 19 September 1974, sebuah publikasi daripada Biro Kedua

iaitu ‘Red Star No. 7’ mengeluarkan penjelasan daripada Jawatankuasa Pusat Parti

Komunis Kalimantan Utara yang bertarikh 19 September 1974 bahawa pengerusi parti

tersebut telahpun meletakkan tarikh 19 September 1965 sebagai tarikh sebenar penubuhan

Parti Komunis Kalimantan Utara. Pengumuman ini turut disiarkan oleh pihak Radio Suara

Revolusi Malaya sekitar September 1980-an.2

Gambar 1: Bong Kee Chok, Ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU)

Perlembagaan Parti

Dalam perlembagaan parti ini, terdapat tiga set perlembagaan Parti Komunis

Kalimantan Utara yang berbeza-beza. Set yang pertama bertarikh Ogos 1969 dengan 33

artikel ini ditemui di Sungai Sipan, Song. Sumber set perlembagaan ini adalah tidak

diketahui tetapi dipercayai hanya sebagai sekadar draf yang disalin semula daripada salinan

asal yang berasal daripada Biro Pertama berdasarkan fakta mengenai tarikh dokumen

(Ogos 1969) yang berkait rapat dengan masa apabila Lim Ho Kui mengumumkan

penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara pada 5 Ogos 1969.

_____________________2

Lawrence Lim Eng Leong, “My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle Carried

Out By The So Called People’s Army, The PARAKU”. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 8.

6

Page 7: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Set perlembagaan kedua dengan 12 artikel dikeluarkan oleh Bong Kee Chok apabila

beliau mengumumkan tarikh penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara pada 30 Mac 1970

dan set perlembagaan ini telahpun dipersetujui oleh Lim Ho Kui dan bersama dengan

manifesto parti yang dikeluarkan, set ini kemudiannya disiarkan pada ‘Clarlon No. 3’ yang

berasal daripada Biro Pertama dan “Morning Sun No. 4” dari Biro Kedua.

Set ketiga yang telah diperbaharui yang mengandung 27 artikel kemudiannya

disiarkan pada ‘Red Star No. 7’ dari Biro Kedua bertarikh Mac 1980 dan ditemui pada tahun

1982. Set perlembagaan ini disiarkan bersama dengan satu penjelasan daripada

Jawatankuasa Zon Tengah Parti Komunis Kalimantan Utara yang bertarikh 19 September

1974 yang mengatakan bahawa penjelasan tersebut adalah berasal daripada ketua mereka

iaitu Wen Min Chuen.

Sayap Bersenjata Parti Komunis Kalimantan Utara (Militan)

Hasil daripada mesyuarat di Pontianak, Kalimantan pada September 1965, pasukan

Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) telah bercadang untuk menubuhkan pasukan

bersenjata mereka tersendiri. Di bahagian barat ataupun Westem Region, Pasukan Gerila

Rakyat Sarawak (PGRS) telahpun ditubuhkan seawal pada tarikh 30 Mac 1964 di Asuan

Sang. Kumpulan pertama PGRS ditubuhkan pada Disember 1965 di kawasan sempadan

yang menghadap Serian, Sarawak. PGRS Kumpulan II (PGRS II) pula ditubuhkan pada

akhir 1965 di sempadan yang menghadap Lundu.3 Namun begitu, PGRS II menghadapi

serangan yang teruk daripada pihak Tentera Nasinalis Indonesia (TNI) pada April 1968.

Namun sebelum tertubuhnya PGRS 1 dan PGRS II, Pasukan Gerila Rakyat Sarawak

Kumpulan III sudahpun ditubuhkann pada November 1965 di Songkong, Kalimantan Utara.

PGRS III merupakan pangkalan utama kepada pasukan gerila PGRS 1 dan II. Namun

begitu PGRS III menghadapi nasih yang agak teruk apabila berjaya ditumpaskan oleh pihak

_____________________3

Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, “The Threat Of Armed Communism in Sarawak”, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm26.

7

Page 8: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

TNI pada akhir tahun 1968 setelah Lim Ho Kui memutuskan hubungan dan meninggalkan

kumpulan ini pada awal tahun 1967. Setelah itu, Lim Ho Kui pun menubuhkan pasukannya

yang sendiri iaitu Pasukan Gunung Bara ataupun dikenali sebagai Gunong Bara Force pada

pertenghan tahun 1967.

Di bahagian timur pula (Eastem Region), satu unit gerakan bersenjata telahpun

ditubuhkan bagi menyokong gerakan Pasukan Gerila Rakyat Sarawak di Bahagian barat.

Unit ini menjadi teras kepada keganasan komunisme di Sarawak yang dinamakan sebagai

Pasukan Rakyat Kalimantan Utara atau lebih sinonim lagi dengan gelaran PARAKU .

PARAKU III ditubuhkan pada 26 Oktober 1965 di Nanga Kelajan di sempadan Sarawak-

Kalimantan. Pasukan ini membuat penyusupan kembali ke Sarawak pada tahun 1968 dan

1969 setelah Bong Kee Chok meninggalkan Bahagian Pertama dan menubuhkan PARAKU

Armed Work Forces (AWF) di mana pasukan ini menyerap dan mebubuhkan Gerakan

bersenjata Min Yuen di sekitar perairan Sungai Rejang, Sarawak. Pada 13 Disember 1965,

PARAKU II pula yang ditubuhkan. Penubuhan ini tertempat di Nanga Kangu.4 PARAKU II

dikatakan mempunyai kekuatan tempur yang ramai apabila pasukan ini menubuhkan

cawangan kedua iaitu Batang Lupar Armed Work Forces (AWF) tetapi menghadapi

kekalahan yang teruk pada masa itu. Setelah itu, PARAKU II menubuhkan pula Unit

Tempur 330 dan Unit Tempur 1026. Malangnya, Unit Tempur 330 telahpun dilumpuhkan

dengan sepenuhnya pada pertengahan tahun 1972 sementara Unit Tempur 1026 bersama-

sama dengan Bong Kee Chok beredar untuk bergabung di Bahagian Pertama. PARAKU I

ditubuhkan lewat pada 19 April 1969 di Senanang dan dinamakan Unit Tempur 117

bersempena dengan nama komander kumpulan ini.5 PARAKU I bergabung dengan Infantri

Pengawal Pertama (1st Guard). Unit ini terhapus semasa Operasi Sri Aman dijalankan pada

tahun 1973.

_____________________4

Vernon L. Porritt, “The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990”, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 87.

5Ibid., Hlm 114.

8

Page 9: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) Ke Kancah Keganasan

Persatuan Komunis Sarawak (PKS)6 yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan

pertubuhan yang disokong oleh Parti Komunis Indonesia. Pertubuhan ini turut menjadi

nukleus pertama untuk mengancam kedaulatan negeri Sarawak apabila kader-kader dari

Parti Komunis Sarawak (Sarawak Communist Party) dibekalkan dengan pelbagai senjata api

seperti L4A2 Bren Gun, Senapang 303 Lee-Enfield, Sterling 9mm mesin gan kecil dan

pelbagai lagi.7 Mereka turut diberikan latihan ketenteraan yang mencukupi daripada Parti

Komunis Indonesia bagi memantapkan taktik-taktik perang mereka di dalam hutan (jungle

warfare). Kesemua perancangan dan persediaan awal mengenai taktik-taktik dan serangan-

serangan yang bakal dilakukan dirancang secara begitu terperinci dan intensif di Kalimantan

dengan tahap kerahsiaan yang tinggi.

Disember 1962 menyaksikan pemberontakan yang berlaku di Brunei dan diikuti pula

dengan Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Kedua-dua konflik ini sebenarnya telah menanam

sentiment komunisme dalam kalangan belia berbangsa Cina. Disebabkan oleh keadaan

yang buru-hara ini, Parti Komunis Sarawak telahpun disediakan dengan satu peluang

keemasan untuk merampas tampok pemerintahan di Sarawak. Dengan bermulanya

peristiwa ini, titik pemberontakan bersenjata sebagai objektif utama Parti Komunis Sarawak

pun bermula. Pemimpin-peminpin Parti Komunis Sarawak berpendapat bahawa keadaan

pada masa peperangan adalah sesuai bagi memantapkan kekuatan militer mereka bagi

membangkitkan penentangan secara bersenjata.

Tamatnya Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tampoh yang lebih awal dan

pengembalian pemulihan hubungan serantau antara Malaysia-Indonesia sekali lagi

menghampakan harapan Parti Komunis Sarawak untuk mendapatkan jalan singkat ke arah

_____________________6

Perti Komunis Sarawak merupakan cabang utama Parti Komunis Kalimantan Utara di Sarawak pada hubung 1960an dan awal 1970an.

7Encik Lawrence Lim Eng Liong, orang sumber untuk kajian ini.

9

Page 10: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

pengambilalihan tampok pemerintahan Sarawak. Kedua-dua faktor persekitaran dan faktor

politik ini tidak lagi menyebelahi mereka. Lantaran itu, gerakan bersenjata PARAKU dan

PGRS yang merupakan tulang belakang Parti Komunis Kalimantan utara ini terpaksa

berundur dari pangkalan mereka di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan ke kawasan

yang lebih hulu atau jauh ke pendalaman hutan Kalimantan.

Pembaharuan terhadap polisi perlu dilakukan oleh Parti Komunis Sarawak bagi

menghadapi keadaan yang baru ini. Perkara ini telah didedahkan dalam suatu dokumen

yang bertarikh Disember 1967 yang membuat satu analisa mengenai faktor-faktor perlunya

pembaharuan rancangan penentangan bersenjata Parti Komunis Sarawak adalah seperti

berikut:

“Memandangkan situasi politik yang tidak stabil di Indonesi, pertubuhan ini dengan

segera perlu mengundurkan rakan seperjuangan mereka ke kawasan sempadan dalam dua

kumpulan iaitu satu di Barat (Westem Region) dan satu kumpulan pula akan ke arah Timur

(Eastem Region)”.8

Usaha-usaha yang giat telah dilakukan oleh pasukan bersenjata PARAKU dan

PGRS bagi membangunkan pangkalan hutan (jungle base) yang berkekalan di hutan

Kalimantan bagi membekalkan barangan logistik yang mencukupi. Namun begitu, tindakan

atau tekanan secara berterusan yang dimainkan oleh Pasukan Keselamatan dari Sarawak

Rangers, Bonder Scouts, dan Pasukan Polis Hutan telah berjaya memberikan titik noktah

kepada pangkalan-pangkalan mereka. Ini menyebabkan Parti Komunis Sarawak sekali lagi

memperbaharui strategi pemberontakan secara bersenjata.

_____________________8

Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, “The Threat Of Armed Communism in Sarawak”, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm56.

10

Page 11: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Garis panduan yang baru diterbitkan pada tahun 1969 telah menunjukkan satu

langkah terperinci bagi mengawal pelaksanaan kegiatan-kegiatan masa hadapan Parti

Komunis Sarawak. Melalui garis panduan ini, adalah jelas bahawa Parti Komunis Sarawak

perlu memikirkan secara mendalam mengenai hal pengembalian bersenjata ke Bumi

Kenyalang lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan situasi yang kurang

mengizinkan yang sedang dihadapi oleh pasukan pejuang gerila Parti Komunis Sarawak di

kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan.

Kembalinya Pengganas Komunis Ke Bumi Kenyalang

Dalam melaksanakan polisi pemberontakan bersenjata baru, elemen keganasan

yang baru dan maju yang dikenali sebagai ‘Armed Work Forces’ telahpun dihantar kembali

ke Sarawak bagi menyediakan jalan untuk kumpulan-kumpulan militan komunis kembali.

Kumpulan-kumpulan militan yang kembali ke Sarawak ini dipecahkan kepada tiga kumpulan

iaitu ke Bahagian Pertama, Bahagian Kedua dan Bahagian Ketiga di Sarawak.

Strategi Perjuangan Parti Komunis Sarawak, Cabang Parti Komunis Kalimantan Utara

i) Penubuhan pengkalan-pangkalan ( jungle base )

Tanggungjawab utama bagi kumpulan-kumpulan militan yang kembali ke Sarawak ini

adalah untuk menubuhkan pangkalan gerila secara kekal di Sarawak. Pangkalan ini

diadakan bagi memudahkan pelancaran pemberontakan seara bersenjata, sebagaimana

yang dijelaskan dalam garis panduan mereka. Bagi melaksanakan objektif ini, pihak Parti

Komunis Sarawak Memilih kawasan-kawasan yang mempunyai darjah ketersampaian yang

rendah dan lebih selamat di mana kawasan sebegini mempunyai potensi yang minima untuk

dikesan oleh pasukan keselamatan khususnya unit Cawangan Khas (Special Branch) yang

mempunyai perisik-perisik yang terlatih. Selain itu, sokongan daripada penduduk tempatan

(civilians support) turut lebih senang untuk di dapati melalui kaedah kekerasan.

11

Page 12: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Kurangnya hubungan pihak kerajaan dengan kawasan-kawasan tersebut telah

digunakan sepenuhnya oleh pihak Parti Komunis Sarawak untuk mencapai matlamat

organisasi mereka. Antara contoh yang paling ketara ialah penyusupan yang dilakukan oleh

kumpulan PGRS ke dalam kawasan tersisih Nonok9 di Bahagian Pertama. Pihak

pengganas berjaya menubuhkan pangkalan kekal tanpa diketahui di kawasan tersebut dan

kemudian menguasai penduduk tempatan dengan propaganda mereka. Namun begitu,

pangkalan ini akhirnya berjaya dikesani oleh pihak Pasukan Keselamatan (Security Forces)

dan dimusnahkan. Akibat daripada ini, pengaruh komunis mula berkurangan apabila

operasi ‘Jala Raja’ dilancarkan pada Februari 1970.

Walau bagaimanapun, kewujudan pangkalan-pangkalan gerila umpama cendawan

tumbuh selepas hujan di kawasan yang lebih maju turut diperlukan untuk melaksanakan

rancangan revolusi bersenjata kumpulan Parti Komunis Sarawak akan tetapi sokongan

daripada orang awam sukar untuk diperolehi disebabkan adanya pihak Kerajaan di kawasan

sebegini. Bagi mengatasinya, Parti Komunis Sarawak telah melakukan beberapa siri

kempen keganasan (terrosism campaign) terhadap orang awam bagi mencapai kadar

sokongan yang diperlukan oleh mereka sekaligus memutuskan segala kerajasama awam

dengan pihak Kerajaan.

ii) Kempen Keganasan

Parti Komunis Sarawak yang merupakan cabang daripada Parti Komunis Kalimantan

Utara mencatatkan sejarah apabila mereka melakukan pembunuhan secara kejam dan tidak

berperi kemanusiaan pada tahun 1967. Dua kes pembunuhan warga berbangsa Cina

dilaporkan di daerah Sarikei.10 Pembunuhan ini menandakan permulaan bagi perilaku

keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis (Communist Terrorist) di sepanjang

_____________________9

Sekarang dikebnali Asajaya.

10Mahmud E. “sejarah Pergerakan Komunisme Di Sarawak”, Simposium Sejarah Sarawak – Nasionalisme Globalisme, Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Sarawak, 2000. Hlm 17.

12

Page 13: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

perairan Sungai Rajang di mana angka ini melonjak kepada tahap kemuncaknya dari tahun

1970 sehingga ke 1972. Individu yang disyaki membantu pihak berkuasa khusunya di

kawasan luar bandar telah dibunuh tanpa sebarang belas kasihan. Keselamatan anggota

polis khususnya pihak Special Branch juga terancam apabila Parti Komunis Sarawak

menjadikan golongan ini sebagai sasaran. Tidak terlepas juga bagi warga Iban yang

berkhidmat dalam Pasukan Keselamatan seperti Border Scouts yang turut dibunuh atas

tujuan yang sama. Pembunuhan dan kegiatan sabotaj ke atas balai polis, kediaman

penduduk awam dan kem-kem tentera dan sebagainya kerap berlaku sehingga sesetengah

orang mempercayai bahawa pihak komunis sebenarnya telah berjaya menewaskan

kerajaan.

Majoriti yang menjadi mangsa kepada pembunuhan ini adalah penduduk yang tidak

bersalah dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri mereka. Statistik yang dikeluarkan

oleh RASCOM menunjukkan sebanyak 50 orang anggota pasukan keselamatan terbunuh

(Terbunuh Semasa Pertempuran/KIA) dan 69 orang lagi tercedera (Tercedera Semasa

Pertempauran/WIA) sepanjang tempoh memerangi keganasan komunis yang berlaku antara

tahun 1970 sehingga 1972.11 Pertempuran yang tercetus kebanyakannya berlaku di

Bahagian Ketiga, iaitu Daerah Sibu dan Daerah Sarikei. Gugurnya perajurit-perajurit ini

adalah hasil daripada taktik serangan hendap (sneaking attack) oleh tentera kominis

PARAKU. Sepanjang tempoh tiga tahun dari 1970 sehingga ke tahun 1972. RASCOM

telah mencatatkan sebanyak 181 serang hendap yang dilakukan oleh PARAKU terhadap

pasukan keselamatan Sarawak.

_____________________11

Encik Lawrence Lim Eng Liong, orang sumber untuk kajian ini.

13

Page 14: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

RASCOM: Statistik Tahunan Angka Korban Pembunuhan Warga Awam oleh Pihak Pengganas Komunis dari Tahun 1967 sehingga 1970

Tahun Warga Berbangsa Cina Warga Berbangsa Iban dan Lain-lain

Jumlah

1967 2 - 2

1968 - 3 1

1969 1 - 3

1970 8 1 9

1971 17 9 26

1972 13 6 19

Jumlah 41 19 60

RASCOM: Statistik Angka Korban Pasukan Keselamatan Dan Polis (Termasuk Bonder Scouts) oleh Pengganas Komunis dari Tahun 1970 sehingga 1972

Tahun Pasukan Keselamatan Polis Jumlah

KIA WIA KIA WIA KIA WIA

1970 4 11 17 14 21 25

1971 14 17 7 10 21 27

1972 4 4 2 13 8 17

Jumlah 24 32 26 37 50 69

KIA – KILLED IN ACTION (Terbunuh Semasa Pertempuran)

WIA – WOUNDED IN ANTION (Tercedera Semasa Pertempuran)

Rekod RASCOM turut mencatatkan sebanyak 30 insiden cubaan untuk meletupkan

balai polis serta tempat kediaman pegawai polis di Kanowit, Sibu dan Sarikei.12 Antara

insiden yang tidak akan dilupakan adalah serangan ke atas kediaman pegawai polis yang

_____________________12

Lawrence Lim Eng Leong, “My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle

Carried Out By The So Called People’s Army, The PARAKU”. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 27.

14

Page 15: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

didiami oleh Inspektor Louis Chin dan sekeluarga pada 16 Julai 1970 di Kanowit. Pada 16

Julai 1970 jam 1.30 pagi, dua bom jangka “time bomb” buatan sendiri dan bahan mudah

terbakar diletakkan terus oleh pengganas komunis di bawah bilik tidur kediaman Inspektor

Louis Chin di halaman Balai Polis Kanowit dalam cubaan untuk membunuh pegawai

Cawangan Khas (Speacial Branch) itu dan keluarganya. Apabila bom tersebut meletup,

pengganas komunis turut melepaskan tembakan ke arah balai polis tersebut. Letupan

tersebut mencederakan pegawai Cawangan Khas itu dan turut mencederakan seorang

konstable yang berdekatan.13

Kes pertama berlaku di Sibu pada 26 September 1969 di Balai Polis Sentral, Sibu di

mana sebuah bom jangka yang sarat dengan bahan letupan meletup berdekatan dengan

pintu pagar balai polis tersebut. Antara tahun 1970 dan 1972, sebanyak 16 kes sebegini

dicatatkan termasuk pos kawalan Border Scout pada masa itu Serangan terhadap markas

tentera yang pertama berlaku pada 20 Februari 1970 apabila sebutir bom meletup

berdekatan dengan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekarang menjadi

tapak Rejimen 510 (Askar Watanian) di Sibu. Sebanyak 20 kes dicatatkan dengan 14 kes

daripadanya berlaku di antara tahun 1970 dan 1972.14

May Brian, seorang jurnalis, membuat catatan dalam bukunya yang mengatakan

bahawa 500 orang terbunuh dan sebanyak 1,860 pengganas komunis ditawan oleh pasukan

keselamatan.15

_____________________13

Ibid., Hlm 32. 14

Ibid., Hlm 35. 15

Ibid., Hlm 37.

Rekod Pertempuran yang Ditempur oleh pengganas Komunis PARAKU pada 1970

15

Page 16: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

i) Pada April 1970, Unit Tempur 330 PARAKU yang berada di Batu Lintang, Kuching

dan Bahagian Kedua (Sri Aman) membuat serangan hendap ke atas Pasukan

Keselamatan Malaysia. Seorang perajurit tentera telah gugur dan seorang lagi

tercedera. Anggota PARAKU turut merampas selaras raifal tempur automatik L1A1

Self Loading Rifle (SLR) 7.62mm dan selaras Stengun.16

ii) Pada 19 Julai 1970, anggota PARAKU melakukan serangan hendap ke atas pihak

Tentera Nasinalis Indonesia (TNI) di Badau, Indonesia dan menyebabkan terbunuhnya

dua anggotaTNI dan merampas selaras Thompson SMG serta selaras raifal tempur

M1 Garand.17

iii) 7 September 1970, pangkalan kem PARAKU di Batu Beti, Indonesia telah diserang

oleh anggota TNI. Anggota PARAKU mendirikan benteng pertahanan dan

kemudiannya, berbalas tembakan sehingga menyebabkan seorang anggota PARAKU

yang bernama Pei Lum tercedera dan pengunduran TNI dari lokasi. Elemen komando

angkatan darat TNI (KOPASSUS) dipercayai digunakan bagi melumpuhkan anggota

PARAKU di kawasan ini.

iv) Pada 11 September 1970, tiga orang angngota PARAKU telah diserang hendap oleh

TNI di Seriang, Indonesia dan menyebabkan Yuet Lum dan Chung Kok Keong,

anggota PARAKU terbunuh sementara seorang dariapda mereka, Hoe Peng,

dilaporkan hilang.

v) Pada 11 Oktober 1970, Unit Tempur 330 PARAKU melancarkan serangan balas

terhadap anggota TNI di Lanjak, Indonesia. Pertempuran ini menyebabkan 7 orang

_____________________16

Encik Lawrence Lim Eng Liong, orang sumber untuk kajian ini. . 17

Ibid.

anggota TNI terbunuh dan mencederakan seorang pengganas komunis. Senjata milik

16

Page 17: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

anggota TNI iaitu empat laras raifal tempur M1 Garand, dua Thompson SMG dan dua

pucuk pisto turut dirampas.18

vi) 4 Disember 1970, tiga ahli PARAKU telah diserang hendap sekali lagi oleh pihak TNI

dengan kedua-dua pihak berbalas tembakan. Seorang anggota TNI berjaya

dicederakan dalam pertempuran ini.

vii) Lima hari selepas itu, iaitu pada 9 Disember 1970, Unit Tempur 330 PARAKU

melakukan satu serangan terhadap TNI di Nanga Kantuk dan menyebabkan tujuh

annggota TNI gugur dan pihak PARAKU turut merampas dua laras Thompson SMG,

sepucuk pistol dan tiga laras raifal tempur M1 Garand.19

iii) Penggunaan Jerangkap Samar (Periuk Api)

Kegagalan yang dihadapi oleh Parti Komunis Sarawak dalam mengecapi matlamat

mereka telah menyebabkan strategi perjuangan mereka untuk beralih-arah kepada

penggunaan periuk api (anti personnel mine) dan bahan letupan yang serupa bagi

meningkatkan semangat tenteranya di samping mendatangkan igauan ngeri kepada pihak

Pasukan Keselamatan. Berhubung dengan cara pembuatan periuk api ini, pihak pengganas

komunis akan menggunakan pelbagai jenis bahan seperti paip besi yang telah dipotong

malah ada juga yang menggunakan Tin Milo untuk dijadikan sebagai tapak atau bekas

kepada ordnans ini. Kemudiannya, bahan mudah meletup akan dicampurkan ke dalam

bekas tersebut. Bagi memaksimakan kuasa letupan, bahan-bahan seperti kaca dan paku

juga akan diletakkan bersama ke dalam bekas tersebut. Bekas ini seterusnya ditutup

dengan padat dan dilengkapkan dengan sebatang rod besi yang bertindak sebagai pin

_____________________18

Ibid.

19Ibid.

peletup jika ditarik. periuk api buatan pengganas komunis ini ada yang menyamai periuk api

17

Page 18: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

model M16A1 Claymore Anti Personnel Mine yang sering digunakan oleh tentera Marin

Amerika Syarikat (United States Marine Corps) pada ketika itu. Inspirasi penggunaan ini

pula berasal daripada taktik semasa Perang Vietman iaitu tektik yang sering digunakan oleh

Pengganas Vietcong untuk menbunuh anggota tentera Amerika Syarikat semasa

melakukan operasi di dalam hutan (jungle operation).

Parti Komunis Sarawak ingin memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ordnans yang

merbahaya ini untuk mencederakan pihak musuh mereka, khususnya di kawasan Daerah

Sarikei. Periuk api boleh ditanam di mana-mana sahaja sama ada di dalam lumpur atau

sebagainya semasa melakukan serangan hendap terhadap pihak musuh atau melakukan

serangan dengan menggunakan taktik yang dikenali sebagai ‘sparrow’.20

Gambar 2: Gambar rajah menunjukkan model periuk ap M16A1 Anti Personnel Mine degan pin peletup (fluse) yang sering digunakan oleh Marin Amerika Syarikat semasa Peperangan Vietnam

iv) Tertubuhnya Gerakan Min Yuen (Gerakan Rakyat)

Min Yuen merupakan satu lagi taktik yang digunakan oleh Parti Komunis Sarawak

untuk mendapat sokongan massa (khususnya yang berada di kawasan pinggir hutan dan

luar bandar) dari segi maklumat, logistik, bekalan makanan, senjata api dan keanggotaan.

_____________________20

Mohd. Daud bin Abdul Rahman, “The Threat Of Armed Communism In Sarawak”’ Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm 74.

Pada amnya, ahli Gerakan Min Yuen bekerja sebagai guru, kerani dan sebagainya malahan

penjawat awam tetapi di sebaliknya, mereka menjadi duri dalam daging bagi masyarakat 18

Page 19: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

dengan bekerjasama dengan Parti Komunis Sarawak seperti dengan menjadi perisik dan

pengacau. Parti Komunis Sarawak ini mempunyai pengalaman yang amat cetek dalam

penggunaan elemen pengganas untuk mendapatkan sokongan massa. Penubuhan dan

matlamat Armed Work Forces (AWF) dalam melaksanakan kerja Min Yuen adalah

berlandaskan model Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu.21 Tanggungjawab AWF

adalah untuk mendapatkan sokongan penduduk setempat bagi menentang pihak Kerajaan.

Mereka mempunyai penguasaan ke atas penduduk tempatan dengan propaganda

mereka iaitu penggunaan sistem berbentuk komunisme di bawah suatu jawatankuasa yang

dikenali sebagai ‘jawatankuasa kampung’. Akibat daripada gesaan daripada pihak Parti

Komunis Sarawak, ramai penduduk kampung di kawasan tersebut telah menyertai Parti

Komunis Sarawak dan mengikuti latihan ketenteraan dan indoktrinasi ideologi komunisme di

pangkalan.

Penubuhan Lembaga Kmapung oleh Parti Komunis Sarawak adalah bertujuan untuk

mengawasi kampung-kampung yang ada. Di antara 10 orang ahli kumpulan massa, hanya

seorang wakil akan dilantik bagi menghadiri mesyuarat wakil. Melalui Mesyuarat inilah,

jawatankuasa kampung akan dibentuk. Tugas mereka adalah mudah iaitu mereka perlu

menyusun aturkan massa. Dengan ini, jawatankuasa kampung akan berubah kepada rejim

merah terbuka (open red regime).22

_____________________21

Mahmud E. “Sejarah Pergerakan Komunisme Di Sarawak”, Simposium Sejarah Sarawak – Nasionalisme Globalisme, Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Sarawak, 2000. Hlm 33. 22

Grabriel Tan. “Indonesia Confrontation And Sarawak Communist Insurgency 1963-1966”, Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2008. Hlm 128.

Dalam petikan yang diambil daripada sebuah dokumen yang dirampas semasa Ops

Jala Raja, tugas Lembaga Kampung sejajar dengan objektif Parti Komunis Sarawak turut

ditunjukkan seperti yang berikut:

19

Page 20: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Giat menjalankan aktiviti Hsueh Hsih atau lebih dikenali sebagai Indoktrinasi

Komunis demi meningkatkan kesedaran politik dalam kalangna massa.23

Kerja kesejahteraan dipromosikan secara berterusan

Penganjuran projek tenaga kerja yang bersifat kolektif bagi membantu

menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak massa.

Membuat kajian mengenai keadaan atau situasi di kampung, merumuskan pelan

kerja dan pengagihan kerja di samping melaksanakan mesyuarat wakil jawatankuasa

kampung bagi melicinkan kerja-kerja revolusi di kampung-kampung.

Penyediaan kemudahan prasarana seperti sekolah bagi anak petani dan aktiviti-

aktiviti rekreasi bagi menghiburkan kehidupan kampung turut dilakukan. Bantuan

perubatan diutamakan khususnya kepada keluarga yang miskin bagi memastikan

populasi sifar penyatit (zero diseases population) juga amat penting.

Dokumen ini turut menyebut mengenai sesetangah kawasan di Nonok iaitu kawasan

yang tersisih yang mempunyai lebih daripada 1000 keluarga di mana mereka telah tertakluk

di bawah penguasaan pengganas Parti Komunis Sarawak (SCO/SCP) melalui sistem

jawatankuasa. Kejayaan sistem ini melaui kebolehan Parti Komunis Sarawak untuk

melibatkan penduduk tempatan dalam pelbagai aktiviti komunis tidak dapat dinafikan. Ini

dapat menjadi realiti disebabkan penyisihan penduduk di kawasan tersebut daripada

perlindungan kerajaan dan dipercayai masyarakat Iban yang menetap di situ turut hidup

dalam keadaan bagai telur di hujung tanduk kerana mereka adalah sasaran utama bagi Parti

Komunis Sarawak.

_____________________23

Ibid., Hlm 147.

v) Perolehan Sokongan Massa (Support Of The Masses)

Pergerakan Komunis Bawah Tanah

Pergerakan komunis bawah tanah pada mulanya mempunyai dua peringkat yakni

untuk membina sokongan massa dalam negeri yang diperlukan bagi melaksanakan

20

Page 21: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

penentangan bersenjata (armed rebellion) dan merekrut ahli baru, menyediakan dana

kewangan dan penyediaan bekalan bagi membantu perkembangan pasukan bersenjata

Parti Komunis Sarawak. Pertubuhan-pertubuhan seperti Persatuan Penggerak Pemuda

Sarawak (Sarawak Advanced Youths Associatio/SAYA), Persatuan Pemuda Sarawak (SFA)

dan Liga Lebierasi Kebangsaan Kalimantan Utara (NKNLL) telah menerima arahan untuk

menggerakkan sumber mereka ke arah kesedaran objektif-objektif ini.24

Kepada pihak Parti Komunis Sarawak, pengukuhan hubungan yang rapat dengan

massa ialah penugasan yang penting bagi memulakan revolusi bersenjata mereka. Hanya

melalui sokongan massa, Parti Komunis Sarawak akan dapat mendirikan pangkalan serta

memulakan revolusi bersenjata mereka.

Penduduk Peribumi Menyokong Parti Komunis Sarawak

Pengakuan Parti Komunis Sarawak mengenai jika tiadanya sokongan daripada

masyarakat peribumi, revolusi tidak akan berjaya adalah benar. Namun begitu, Parti

Komunis Sarawak berhadapan dengan maslahat utama dalam mendapatkan sokongan

daripada golongan ini iaitu sifat ‘kecinaan’ yang ditunjukkan oleh parti sendiri. Faktor-faktor

lain turut menghalang Parti Komunis Sarawak dalam menjayakan sokongan mereka dengan

para peribumi ialah jurang antara kaum iaitu halangan dalam berbahasa, kemunduran

penduduk peribumi Sarawak dan kurangnya kader komunis dalam kerja perhubungan

dengan golongan ini.

_____________________24

Mahmud E. “Sejarah Pergerakan Komunisme Di Sarawak”, Simposium Sejarah Sarawak – Nasionalisme Globalisme, Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Sarawak, 2000. Hlm 48.

Parti Komunis Sarawak turut memantapkan kajian mengenai bahasa peribumi

Sarawak dan penglibatan golongan ini dalam revolusi penentangan bersenjata dengan satu

harapan iaitu menyatukan peribumi dengan bangsa yang lain. Kejayaan yang sedikit dapat

diperoleh oleh Parti Komunis Sarawak hasil daripada subversi penduduk peribumi ini,

21

Page 22: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

terutamanya dalam bidang perubatan yang dioperasikan oleh kader telahpun menyumbang

secara nyata kepada keyayaan mereka.

Sehingga kini, bukti yang paling nyata yang dicapai oleh Parti Komunis Sarawak

dalam kalangan masyarakat peribumi ialah bilangan ahli rekrut peribumi yang ketara dalam

jawatan-jawatan yang dianggap penting dalam parti. Hal ini terbukti benar apabila

kumpulan-kumpulan pengganas komunis (Communist Terrorist) dijumpai di tempat-tempat

yang tertentu yang juga mempunyai bilangan ahli peribumi dalam kalangan mereka.

Kebanyakan daripada mereka mengakui bahawa mereka sebenarnya telah diperdaya

dengan janji-janji kosong untuk menyertai Parti Komunis Sarawak secara aktif.25

Langkah-langkah Untuk Melawan Keganasan Komunis di Sarawak

i) OPS NGAYAU (Operasi Ngayau)

Apabila aktiviti pengganas gerila komunis semakin menjadi-jadi di peraian Sungai

Rajang, pihak kerajaan bertekad untuk menghapuskan kesemua pengganas gerila ini dan

para penyokong mereka daripada kawasan tersebut melalui satu operasi besar-besaran

yang melibatkan pihak awam, polis dan tentera iaitu operasi yang digelar sebagai ‘OPS

NGAYAU’. Operasi ini dilancarkan pada 8 Ogos 1971.26

OPS NGAYAU merupakan satu-satunya operasi yang paling agresif yang pernah

dilancarkan oleh pihak kerajaan terhadap pengganas komunis di sekitar Sarawak untuk

_____________________25

Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, “The Threat Of Armed Communism in Sarawak”, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm 81.

26Vernon L. Porritt, “The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990”, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 163-166.

melawan insurgensi ini. Setelah empat bulan OPS NGAYAU dilancarkan, 15 orang

pengganas komunis telahpun dibunuh oleh Pasukan Keselamatan, 10 ditangkap dan 9 lagi

orang dicederakan. Selain itu, sebanyak 239 orang penyokong pengganas komunis turut

diberkas. Kejayaan yang terbesar adalah rampasan sebilangan senjata kecil yang

22

Page 23: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

merangkumi pelbagai model seperti karbin tempur M16A1, Stengun, Sterling 9mm mesingan

kecil, motar 60mm dan banyak lagi. Senjata-senjata inilah yang merupakan bahan

pemusnah yang paling berharga bagi mereka.

OPS NGAYAU juga merupakan peperangan melawan insurgensi (Copunter

Insurgency Warfare ) yang paling lama pernah dijalankan dan turut menjadi operasi yang

digeruni oleh pihak pengganas komunis. Operasi ini dijalankan mengikut beberapa siri yang

melibatkan Batalion ke-14, ke-15 dan ke-17 Pasukan Polis Hutan (sekarang dikenali sebagai

Pasukan Gerakan Am (PGS) Polis Diraja Malaysia), elemen Batalion ke-8, Rejimen Renjer

Diraja dan diikuti pula dengan elemen Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Platun Risik Gempur RAMD atau Unit Combat Intelligence Squad turut diaturgerakkan bagi

menjalankan rondaan bagi mendapat maklumat mengenai pengganas komunis. Semasa

siri-siri operasi ini dijalankan, elemen pasukan khas (Special Force) Komando Angkatan

Tentera Darat Malaysia (kini 21 Gerup Gerak Khas atau Rejimen Gerak Khas)27 dan unit elit

pasukan penggempur separa tentera 69 Komando (PDRM) turut dipercayai digunakan untuk

tujuan-tujuan operasi khas seperti mengadakan skuadron bagi mencari, melapor, mengharu

dan menghancurkan musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat

dengan pasukan gerila anti-pengganas komunis. Elemen 21 Gerup Gerak Khas dan 69

Komando juga melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran

melaui kawasan perairan seperti laut dan paya, darat dan udara di dalam kawasan yang

dikuasai oleh pengganas komunis dan juga untuk mendapatkan maklumat. Peperangan

konvensional (conventional warfare) iaitu peperangan di kawasan terbuka dan taktik

_____________________

27Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, “The Threat Of Armed Communism in Sarawak”, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm 92.

tembakan dua das (double tap) yang diajar oleh pasukan khas tentera British khususnya

oleh Special Air Service (SAS) dan Komando Marin Diraja British (British Royak Marines

Commando) pada ketika itu benar-benar mengubah taktik peperangan yang digunakan oleh

Pasukan Bersenjata. Taktik ini merupakan taktik yang masih digunapakai oleh angkatan

Tentera Malaysia (ATM) hingga ke masa kini.28

23

Page 24: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Gambar 3: Pasukan Polis Hutan berada di Tanjung Kunyit, Sarawak. gambar diambil semasa OPS NGAYAU sedang dijalankan

Gambar 4: Pasukan Polis Hutan (PPH) menyeberangi Sungai Rajang semasa OPS NGAYAU._____________________28

Lawrence Lim Eng Leong, “My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle

Carried Out By The So Called People’s Army, The PARAKU”. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 62.

Antara siri-siri OPS NGAYAU adalah:

- Operasi Ngayau Jerungkung

- Operasi Ngayau Kanyalang

- Operasi Ngayau Ngararau

- Operasi Ngayau Langkau

24

Page 25: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

- Operasi Ngayau RASCOM

- Operasi Ngayau Sibintek

- Operasi Ngayau Ular (dilakukan di kawasan Sungai Sebang/sungai Lijan pada 28

September 1982 sehingga 11 Oktober 1982 yang menandakan berakhirnya OPS

NGAYAU)29

OPS NGAYAU di dalam pelbagai cara sememangnya merupakan operasi yang

berjaya tetapi sebaliknya operasi ini gagal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Tindakan agresif pengganas komunis dan anggota AWF serta Unit Min Yuen PARAKU terus

berkembang. Daripada operasi ini, pihak Parti Komunis Sawarak didapati masih tetap kekal

di Bahagian Ketiga. Operasi-operasi yang dijalankan hanyalah sekadar mengesan

sebarang aktiviti yang dilakukan oleh parti Komunis Sarawak tetapi sel kekuatan parti

komunis ini semakin megembang disebabkan terlalu ramai penyokong dan orang yang

bersimpati dengan komunis yang masih belum dihapuskan. Hal ini menyebabkan pelbagai

langkah drastik perlu diambil oleh pihak Kerajaan dan Pasukan Keselamatan bagi

menangani ancaman penganas komunis dari pelbagai sudut dan ini juga merupakan

langkah awal bagi penubuhan Rajang Area Security Command atau dikenali sebagai

RASCOM.

_____________________29

Vernon L. Porritt, “The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990”, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 163-168.

ii) Penubuhan RASCOM

Rejang Area Security Command atau singkatannya RASCOM merupakan rangkaian

khusus bagi menjaga keselamatan di Bahagian Ketiga yang merangkumi Daerah Sibu,

Daerah Sarikei dan Daerah Kapit.

25

Page 26: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

RASCOM ditubuhkan di bawah naungan National Security Council Directive No. 4

seperti yang telah diumumkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri

Malaysia pada 25 Mac 1972. Penubuhan RASCOM adalah sebuah penubuhan yang diurus

secara awam dan ketenteraan oleh Ketua Menteri Sarawak sebagai Pengarah Operasi

Negeri (State Director Of Operation) di bawah nasihat Perdana Menteri.30 Tanggungjawab

beliau turut dibantu oleh pegawai awam, polis dan pasukan keselamatan yang saling

bekerjasama antara satu sama lain dalam mencapai matlamat yang sama dengan pantas

dan berkesan. Seorang setiausaha dilantik bagi mengurus pengendalian dan penyelarasan

operasi melawan pengganas komunis.

RASCOM telah melancarkan operasi ofensif yang diintegrasi dan dikoordinasikan

secara terperinci terhadap kawasan-kawasan “panas” (hot spots) yang disasarkan di

Bahagian Ketiga dan berjaya dalam mengawal keadaan tersebut dalam tempoh masa yang

singkat. Dengan menggunakan taktik Perang Saraf (Psychological Warfare/PSY OPS),

RASCOM telah berjaya meneutralkan 243 orang pengganas komunis ataupun sebanyak

37% daripada jumlah kekuatan mereka pada antara tahun 1972 dan 1973.31 Berkat usaha

dan semangat Agi Idup Agi Ngelaban32 yang kental dalam diri anggota RASCOM, pasukan

keselamatan telahpun berjaya menundukkan pengaruh komunis di bandar dan kampung

secara berperingkat dengan memusnahkan rangkaian mereka.

_____________________30

Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, “The Threat Of Armed Communism in Sarawak”, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm 107.

31Lawrence Lim Eng Leong, “My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle

Carried Out By The So Called People’s Army, The PARAKU”. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 74.

32Dalam bahasa Iban bermaksud ‘selagi hidup, selagi itu berjuang’.

Tarikh 9 November 1994 menyaksikan pembubaran Rejang Area Security Command

(RASCOM) yang telah berjaya menyempurnakan misinya dan mengembalikan keamanan

(restore hope) di samping mengekalkan keselamatan orang awam serta memastikan

jentera-jentera kerajaan bergerak dengan lancar.

26

Page 27: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Gambar 6: Kem RASCOM yang terletak di Bahagian 3, Sibu

iii) OPS JUDAS

Pada Oktober 1973, Operasi Judas telah dilancarkan oleh RASCOM. Operasi ini

benar-benar mengejutkan seluruh masyarakat dunia dan rakyat Sarawak bahawa betapa

seriusnya usaha yang dimainkan oleh kerajaan dalam membanterakan pengganas komunis.

Seramai 29 orang pemimpin masyarakat Cina ditangkap kerana menjadi penyokong dalam

kegiatan subversif Parti Komunis Sarawak. Antaranya termasuklah pemimpin-pemimpin

utama Sarawak United People’s Party (SUPP), ahli Dewan UndanganNegeri (DUN)

Sarawak dan pengusaha-pengusaha kayu balak yang kaya.33 Ops Judas berjaya menyekat

_____________________33

Sila rujuk kepada Lampiran 4 untuk mengetahui senarai tangkapan tersebut.

golongan Cina yang mempunyai status sosial yang tinggi terutamanya dalam bandar Sibu

daripada menyokong aktiviti komunis.34

iv) Pujukan Pihak Kerajaan Dalam Menyeru Pihak Komunis Untuk Kembali Kepada

Pangkuan Masyarakat

27

Page 28: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Setelah beberapa langkah besar-besaran digerakkan bagi menangani kegiatan

pengganas komunis oleh pihak kerajaan dan RASCOM, terdapat satu lagi langkah yang

diyakini akan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada pihak pengganas komunis.

langkah ini adalah untuk memujuk ketua-ketua PARAKU untuk keluar daripada hutan dan

kembali kepada masyarakat.

Salah satu operasi yang dilakukan oleh pihak Cawangan Khas adalah untuk

memujuk satu-satunya ketua PARAKU yang berbangsa Iban iaitu Ubong Anak Nuing untuk

keluar daripada kawasan hutan dan kembali kepada masyarakat. Ubong anak Nuing

merupakan Timbalan Komander PARAKU yang dipilih oleh Parti Komunis Kalimantan Utara

(NKCP) dan menggunakan Ubong untuk mempengaruhi minda komuniti Iban. sumber

maklumat turut menyatakan bahawa Ubong Anak Nuing mempunyai ilmu ghaib yang luar

biasa di mana beliau dapat bertukar menjadi sepohon dahan kayu yang buruk apabila

dikejar oleh pasukan keselamatan ketika berada di dalam hutan. Tentera berbangsa Iban,

Pasukan Polis Hutan dan Border Scout amat takut kepada Ubong setelah mereka

mengetahui Ubong adalah seorang warga yang berbangsa Iban dan juga seorang bekas

pemandu arah (tracker) yang pernah bertempur dengan pengganas komunis di Malaya

(Semenanjung Malaysia). Hal ini adalah kerana Ubong Anak Nuing memiliki “pengaroh”

(azimat) yang berkesan. Pihak Cawangan Khas berpendapat bahawa Ubong bukanlah

_____________________34

Vernon L. Porritt, “The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990”, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 177.

seorang anggota komunis yang tegar walaupun beliau telah lama berada dengan PARAKU

di dalam hutan selama lebih daripada 20 tahun.35

Ketika berada di dalam hutan, Ubong Anak Nuing selalunya diberi penjagaan yang

ketat dan rapi oleh sembilan seksyen PARAKU yang bersenjata dan pada masa yang sama,

28

Page 29: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

beliau turut diawasi sekiranya Ubong berpaling tadah dengan pihak PARAKU dan kembali

ke rumah panjangnya. Pada tarikh 24 Disember 1985 jam 1330, sekumpulan anggota

Cawangan Khas (Special Branch) telah bersemuka dengan Ubong anak Nuing dan dua

orang pengawal peribadinya iaitu Ling Kee Ching dan Yap Poh Kok berserta dengan 22

orang pengganas komunis PARAKU (tujuh daripadanya adalah wanita dan selebihnya

adalah lelaki) di hutan Ulu Katibas, Song. Rundingan dan mesyuarat antara pihak

Cawangan Khas dan PARAKU itu dipercayai berlangsung selama 3 jam di bawah

pengawasan yang ketat daripada tentera PARAKU tanpa sebarang pertumpahan darah

yang berlaku. Akhirnya pada jam 1600 petang, pihak Special Branch berjaya membawa

keluar Ubong Anak Nuing. Para pengganas komunis PARAKU yang mengekori Ubong anak

Nuing memberi Ubong ucapan salam perpisahan yang terakhir.

Langkah untuk memujuk pihak PARAKU untuk keluar daripada hutan dan kembali

kepada pangkuan masyarakat serta keluarga yang tersayang sedikit sebanyak telah

menurunkan semangat perjuangan anggota pengganas komunis PARAKU. Walaupun

langkah ini tidak dijalankan secara besar-besaran, pihak Pasukan Keselamatan

mempercayai bahawa mereka telah melakukan suatu langkah awal ynag bijak dalam

melumpuhkan semangat komusisme yang berleluasa pada masa itu.

_____________________35

The Borneo Post, “Returning To Society, keluaran 7 Februari 2012.

29

Page 30: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Gambar 7: Satu-satunya ketua PARAKU yang berbangsa Iban, Ubong Anak Nuing.

V) Penguatkuasaan undang-undang

Disebabkan pergerakan komunis yang beroperasi sebagai organisasi bawah tanah,

maka pihak kerajaan menghadapi kesukaran untuk mengawalnya. Pengenalan undang-

undang kawalan kemudiannya digunakan dengan sepenuhnya, khususnya pada saat-saat

yang kritikal apabila penangkapan dan penahanan tanpa perbicaraan digunakan dengan

tujuan untuk menjaga keselamatan awam. Tindakan ini diambil untuk mengekang

Clandestine Communist Organizatioan (CCO) kemudiannya Parti Komunis Sarawak untuk

mengambil alih sebarang persatuan Cina, masyarakat petani, sistem pendidikan Cina,

SUPP dan media cetak Cina dengan sepenuhnya. Antara berikut adalah undang-undang

yang dikuatkuasakan dan digunapakai oleh RASCOM untuk membanteras kegiatan

subversif komunis:

Preservation of Public Security Ordinance, Sarawak 1962

Internal Security Act (Isa) 1960

Emergency (Essential Power) Ordinance No. 1, 1969

Emergency (Essential Power) Ordinance No. 77, 1971

Emergency (Tenant Registration) (Sarawak) Regulations, 1971

Internal Security (Restricted Articles) Regulations, 1973

Parti Komunis Kalimantan Utara Ke Arah Perletakan Senjata dan Penyerahan Diri

Langkah untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat Sarawak tercetus apabila

Datuk Seri Alli Kawi dilantik sbagai ketua Special Branch pada tahun 1973. Langkah opresit

dari kerajaan ini menyebabkan pengganas komunis semakin tergugat dan para

penyokongnya daripada kalangan peribmi pun berkurangan.

30

Page 31: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Pada 12 Oktober 1973, Bong Kee Kian, adik kepada Bong Kee Chok telah diberkas

oleh pihak keselamatan di Kuching. Dibawa bersama oleh Bong Kee Kian pada masa itu

adalah sepucuk surat yang ditulis oleh Bong Kee Chok yangjhendak ditjukan kepada Ketua

Menteri Sarawak pada masa itu iaitu Datuk Abdul Rahman Ya’kub, Surat tersebut

mengandung hasrat pihak komunis untuk membuat rundingan dengan kerajaan mengenai

syarat perletakan senjata untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Datuk Seri Alli Kami diberi tanggungjawab untuk mengatur perjumpaan antara Bong

Kee Chok dengan Datuk Abdul Rahman Ya’kub di Simanggang.36 Perjumpaan ini diadakan

secara rahsia. Seminggu kemudiannya, Nong Kee Chok bersama dengan 8 orang kadernya

tiba di Semanggang dan Ketua Menteri dan rombonganya pula tiba sehari selepas itu.

Rombongan yang bersama dengan Ketua Menteri itu terdiri daripada Pengarah Cawangan

Khas (Special Branch) Kuala Lumpur, Setiausaha Perdana Menteri dan Datuk Abdul

Rahman Ya’kub sendiri. Tempat tinggal di lereng bukit disediakan kepada Kee Chok dan

kadernya manakala rombongan kerajaan ditempatkan sebuah rumah rehat di atas bukit.

_____________________36

New Straits Times, “We Helped To End Communism In Sarawak”, keluaran 18 April 2010

Perundingan sepanjang malam sehingga awal pagi pada hari keesokan terpaksa

dilakukan oleh Datuk Abdul Rahman Ya’kub tanpa mengenal erti penat. Akhirnya pihak

komunis bersetuju untuk menyerahkan diri beramai-ramai dengan meletakkan senjata

masing-masing dan mengikuti program pemulihan yang disediakan oleh kerjaaan.

21 Oktober 1973, merupakan detik yang amat bersejarah apabila perjanjian antara

pihak kerajaan yang diwakili oleh Datuk Abdul Rahman Ya’kub dengan Bong Kee Chok 31

Page 32: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

ditermeterai dengan jayanya di Rumah Sri Aman, Simanggang. Bahagian Simanggang

ditukar nama kepada Sri Aman bersempena dengan peristiwa itu.37

Akhirnya, Bong Kee Chok berjaya memujuk kumpulan komunis tersebut untuk

menyerah diri, keadaan keselamatan kembali stabil dan terkawal di seluruh pelusuk

Sarawak Bumi Kenyalang. Peperangan melawan insurgensi di Sarawak menemui titik

noktahnya pada 1990 selepas perjanjian damai itu dilakukan.38

_____________________37

The Borneo Post, “Saga Of Communist Insurgency In Sarawak”, keluaran 16 September 2011

38Vernon L. Porritt, “The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990”, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 219.

Kesimpulan

Natijahnya, Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) sememangnya telah

menconteng arang di wajah penduduk Sarawak Bumi Kenyalang. Anasir yang berfahaman

komunisme ini telah menyusahkan rakyat jelata dan mengancam kedaulatan Sarawak ibu

pertiwi. Biarpun pihak komunis sudah lama meletakkan senjata mereka dan kembali kepada

masyarakat, kita sebagai warga pada masa kini haruslah peka bahawa ideologi dan

semangat komunisme itu sendiri masih segar dan boleh berkembang dalam kalangan

32

Page 33: Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

masyarakat kini jika tidak dipantau secara terperinci. Jika perkara ini berlaku, pihak

keselamatan negara tidak akan teragak-agak untuk melepaskan terjahan peluru maut ke

otak sang pelaku yang sememangnya tidak berotak untuk berfikir dua kali adakah perbuatan

tersebut wajah dilakukan terhadap bumi ciptaan Allah S.W.T. ini.

(6032 patah perkataan)

20 Oktober 2011

33


Top Related