PERINCIAN ANUGERAH
1. ANUGERAH EMAS( ANUGERAH MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA)
Anugerah Emas merupakan anugerah utama bagi semua pencapaian dan juara bagi keseluruhan
kategori tersebut.Pelajar atau calon yang akan merangkul anugerah tersebut perlulah memiliki kesemua
criteria yang diperlukan seperti cemerlang dalam bidag kokurikulum serta akademik serta mempunyai
sahsiah peribadi yang cermerlang dan mempunyai sifat kepimpinan yang unggul.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil anugerah Emas yang ditandatangani oleh Dato’ Ketua Pengarah
ii. Hadiah iringan/lumayan
Syarat- syarat penganugerahan
i. Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa Politeknik KPM
ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatataertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik
iii. Calon- calon mestilaj mengemukan borang permohonan berserta dokumen sokongan yang
disahkan ( Pengarah, TPA dan TPSA) seperti salinan sijil-sijil, surat penghargaan dan dokumen
sokongan yang lain untuk menyokong maklumat- maklumat yang disertakan dalam borang
pencalonan. Pengesahan ini adalah syarat wajib bagi pencalonan.
iv. Satu salinan RESUME lengkap yang mengandungi semua perkara/sumbangan/penglibatan
sepertimana yang dinyatakan dalam borang pencalonan berserta dua keeping gambar
berukuran passport (Hardcopy) dikepilkan bersama.
v. Tempoh penilaian calon bermula dari Sesi Disember 2014 hingga Sesi Jun 2015( Tahun
penilaian).
vi. Calon wajib melampirkan satu salinan Slip Keputusan Peperiksaan yang terkini yang telah
disahkan oleh Pegawai Peperiksaan dan dihantar bersama-sama borang pencalonan.
vii. Setiap calon mesti menyediakan “presentation” dan membentangkan tajuk ( akan dimaklumkan
kemudian oleh panel penilai melalui surat panggilan untuk membuat pembentangan).
Pembentangan ini hanya termaktub kepada calon yang telah disenaraipendek oleh Seketariat
Kecil Penilaian. Pembentangan boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris,
pembentangan dalam Bahasa Inggeris menyumbang kepada pertambahan markah.
viii. Keputusan Seketariat Induk Penilaian Adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
2. ANUGERAH PENGARAH (KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK)
Anugerah Dato’ Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik merupakan anugerah khas yang mana calon
bertanding bagi merebut anugerah ini adalah dalam kalangan Pemimpin Pelajar Majlis Perwakilan
Pelajar Politeknik. Anugerah yang diwujudkan ini adalah suatu pengiktirafan terhadap badan tertinggi
perwakilan pelajar di seluruh Politeknik KPM yang menjadi wakil suara pelajar.
Bentuk anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Pengarah ditandatangai oleh Dato’ Ketua Pengarah
ii. Hadiah iringan/lumayan
Syarat-syarat penganugerahan
i. Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa Politeknik KPM
ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatataertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik
iii. Calon- calon mestilaj mengemukan borang permohonan berserta dokumen sokongan yang
disahkan ( Pengarah, TPA dan TPSA) seperti salinan sijil-sijil, surat penghargaan dan dokumen
sokongan yang lain untuk menyokong maklumat- maklumat yang disertakan dalam borang
pencalonan. Pengesahan ini adalah syarat wajib bagi pencalonan.
iv. Satu salinan RESUME lengkap yang mengandungi semua perkara/sumbangan/penglibatan
sepertimana yang dinyatakan dalam borang pencalonan berserta dua keping gambar berukuran
passport (Hardcopy) dikepilkan bersama.
v. Tempoh penilaian calon bermula dari Sesi Disember 2014 hingga Sesi Jun 2015( Tahun
penilaian).
vi. Calon wajib melampirkan satu salinan Slip Keputusan Peperiksaan yang terkini yang telah
disahkan oleh Pegawai Peperiksaan dan dihantar bersama-sama borang pencalonan.
vii. Setiap calon mesti menyediakan “presentation” dan membentangkan tajuk ( akan dimaklumkan
kemudian oleh panel penilai melalui surat panggilan untuk membuat pembentangan).
Pembentangan ini hanya termaktub kepada calon yang telah disenaraipendek oleh Seketariat
Kecil Penilaian. Pembentangan boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris,
pembentangan dalam Bahasa Inggeris menyumbang kepada pertambahan markah.
viii. Keputusan Seketariat Induk Penilaian Adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
3. ANUGERAH KECEMERLANGAN KESUKARELAWANAN
Anugerah Kecemerlangan Kesukarelawanan ini merupakan anugerah yang diberikan kepada politeknik
yang bergiat aktif dalam menganjur dan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan yang mana di
anjurkan samaada oleh Politeknik atau lain-lain agensi. Ini adalah selari dengan saranan kerajaan yang
mahukan seluruh warga belia terutama pelajar IPT menjadikan aktiviti kesukarelawanan sebagai satu
budaya hidup saling membantu dan mensasarkan 20% pelajar disetiap institusi terlibat dengan program
keusahawanan. Justeru penganugarahan ini diberikan sebagai tanda pengiktirafan bagi menggalakkan
lagi penglibatan Politeknik di dalam aktiviti kesukarelawan.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Pengarah ditandatangai oleh Dato’ Ketua Pengarah
ii. Hadiah iringan/lumayan
Syarat-syarat penganugerahan
i. Terbuka kepada seluruh Politeknik KPM
ii. Penglibatan pelajar dalam satu-satu aktiviti kesukarelawanan tidak kurang daripada 10 orang.
iii. Mengemukakan dokumen/pelaporan berkenaan aktiviti kesukarelawan yang dianjurkan
/terlibat.
iv. Politeknik hanya perlu mencadangkan satu(1) aktiviti kesukarelawan untuk dicalonkan.
Sekiranya Politeknik mencalonkan lebih dari satu (1) pencalonan, pencalonan Politeknik tersebut
bagi kategori ini akan terbatal.
v. Calon-calon mestilah mengemukakan borang permohonan beserta dengan semua dokumen
sokongan yang DISAhkan ( pengesahan hanya dibuat oleh ( Pengarah, TPA dan TPSA) seperti
salinan sijil-sijil, surat penghargaan dan dokumen sokongan yang lain untuk menyokong
maklumat- maklumat yang disertakan dalam borang pencalonan. Pengesahan ini adalah syarat
wajib bagi pencalonan.
4. ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM
Penerima anugerah ini terdiri daripada pelajar yang bergiat aktif dalam mana-mana aktiviti Ko-kurikulum
si semua peringkat. Ini termasuk menjawab jawatan kelab, persatuan dan sebagainya yang dijawat oleh
pelajar berkenaan selain dari ahli majlis Perwakilan Pelajar Politeknik. Penganugerahan khusu diberikan
kepada pelajar yang bergiat di dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan sama ada dianjurkan oleh pihak
Politeknik atau pihak lain di semua peringkat. Bagi penganugerahan kategori ini, Ahli Majlis Perwakilan
Pelajar Politeknik tidak dibenarkan untuk dicalonkan di dalam kategori ini.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Pengarah ditandatangai oleh Dato’ Ketua Pengarah
ii. Hadiah iringan/lumayan
Syarat-syarat penganugerahan
i. Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa Politeknik KPM
ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatataertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik
iii. Calon- calon mestilaj mengemukan borang permohonan berserta dokumen sokongan yang
disahkan ( Pengarah, TPA dan TPSA) seperti salinan sijil-sijil, surat penghargaan dan dokumen
sokongan yang lain untuk menyokong maklumat- maklumat yang disertakan dalam borang
pencalonan. Pengesahan ini adalah syarat wajib bagi pencalonan.
iv. Dua salinan gambar berukuran passport (hardcopy) dikepilkan bersama.
v. Tempoh penilaian calon bermula dari Sesi Disember 2014 hingga Sesi Jun 2015 ( Tahun
penilaian).
vi. Calon wajib melampirkan satu salinan Slip Keputusan Peperiksaan yang terkini yang telah
disahkan oleh Pegawai Peperiksaan dan dihantar bersama-sama borang pencalonan.
vii. Keputusan Seketariat Induk Penilaian Adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
5. ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI
Anugerah Kecemerlangan Inovasi merupakan penggalak kepada penghasilan inovasi pelajar dan
menjadikan inovasi sebagai budaya dalam Politeknik KPM yang merupakan peneraju pendidikan TVET di
Malaysia.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Pengarah ditandatangai oleh Dato’ Ketua Pengarah
ii. Hadiah iringan/lumayan
Syarat-syarat penganugerahan
i. Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa Politeknik KPM
ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatataertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik
iii. Projek/produk Inovasi menyatakan penyelidikan/inovasi dalam bentuk
produk/perkhidmatan/proses yang diaplikasikan oleh organisasi.
iv. Pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlangdalam interpretasi idea yang inovatif dan
kreatifdan seterusnya pembangunan projek/produk inovasi.
v. Calon- calon mestilaj mengemukan borang permohonan berserta dokumen sokongan yang
disahkan ( Pengarah, TPA dan TPSA) seperti salinan sijil-sijil, surat penghargaan dan dokumen
sokongan yang lain untuk menyokong maklumat- maklumat yang disertakan dalam borang
pencalonan. Pengesahan ini adalah syarat wajib bagi pencalonan.
vi. Dua salinan gambar berukuran passport (hardcopy) dikepilkan bersama.
vii. Tempoh penilaian calon bermula dari Sesi Disember 2014 hingga Sesi Jun 2015 ( Tahun
penilaian).
viii. Calon wajib melampirkan satu salinan Slip Keputusan Peperiksaan yang terkini yang telah
disahkan oleh Pegawai Peperiksaan dan dihantar bersama-sama borang pencalonan.
ix. Setiap calon mesti menyediakan “presentation” dan membentangkan tajuk ( akan dimaklumkan
kemudian oleh panel penilai melalui surat panggilan untuk membuat pembentangan).
Pembentangan ini hanya termaktub kepada calon yang telah disenaraipendek oleh Seketariat
Kecil Penilaian. Pembentangan boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris,
pembentangan dalam Bahasa Inggeris menyumbang kepada pertambahan markah.
x. Keputusan Seketariat Induk Penilaian Adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
6. ANUGERAH KECEMERLANGAN ILTIZAM
Anugerah Kecemerlangan Iltizam secara dasarnya merujuk kepada pengiktirafan kepada pelajar-pelajar
kelainan upaya yang terdapat di seluruh Politeknik Malaysia. Penganugerahan ini diberikan sebagai
dorongan semangat kepada pelajar tersebut untuk lebih maju ke hadapan tanpa mengira kekurangan
atau kelemahan yang dimiliki. Selain itu juga, mengiktiraf sumbangan mereka dalam memajukan dan
menjayakan Politeknik.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Pengarah ditandatangai oleh Dato’ Ketua Pengarah
ii. Hadiah iringan/lumayan
Syarat-syarat penganugerahan
i. Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa Politeknik KPM
ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatataertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik.
iii. Calon- calon mestilaj mengemukan borang permohonan berserta dokumen sokongan yang
disahkan ( Pengarah, TPA dan TPSA) seperti salinan sijil-sijil, surat penghargaan dan dokumen
sokongan yang lain untuk menyokong maklumat- maklumat yang disertakan dalam borang
pencalonan. Pengesahan ini adalah syarat wajib bagi pencalonan.
iv. Dua salinan gambar berukuran passport (hardcopy) dikepilkan bersama.
v. Tempoh penilaian calon bermula dari Sesi Disember 2014 hingga Sesi Jun 2015 ( Tahun
penilaian).
vi. Calon wajib melampirkan satu salinan Slip Keputusan Peperiksaan yang terkini yang telah
disahkan oleh Pegawai Peperiksaan dan dihantar bersama-sama borang pencalonan.
vii. Keputusan Seketariat Induk Penilaian Adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
7. ANUGERAH KECEMERLANGAN KEMAHIRAN
Anugerah Kecemerlangan Iltizam secara dasarnya merujuk kepada pengiktirafan bidang tujahan di
Politeknik –politeknik melalui pendidikan latihan teknikal yang berbentuk kemahiran. Ia diharapkan
menjadkan pemangkin kepada kecemerlangan kemahiran dalam menghasilkan graduan yang berkualiti.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Pengarah ditandatangai oleh Dato’ Ketua Pengarah
ii. Hadiah iringan/lumayan
Syarat-syarat penganugerahan
i. Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa Politeknik KPM
ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik.
iii. Calon- calon mestilah mengemukan borang permohonan berserta dokumen sokongan yang
disahkan ( Pengarah, TPA dan TPSA) seperti salinan sijil-sijil, surat penghargaan dan dokumen
sokongan yang lain untuk menyokong maklumat- maklumat yang disertakan dalam borang
pencalonan. Pengesahan ini adalah syarat wajib bagi pencalonan.
iv. Dua salinan gambar berukuran passport (hardcopy) dikepilkan bersama.
v. Tempoh penilaian calon bermula dari Sesi Disember 2014 hingga Sesi Jun 2015 ( Tahun
penilaian).
vi. Calon wajib melampirkan satu salinan Slip Keputusan Peperiksaan yang terkini yang telah
disahkan oleh Pegawai Peperiksaan dan dihantar bersama-sama borang pencalonan.
vii. Keputusan Seketariat Induk Penilaian Adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
8. ANUGERAH KECEMERLANGAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Anugerah Kecemerlangan Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan secara dasarnya merujuk kepada
pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam penglibatan
diri di dalam aktiviti berbentuk kebudayaan, kesenian dan warisan di semua peringkat. Penganugerahan
ini diberikan sebagai dorongan semangat kepada pelajar tersebut untuk lebih maju ke hadapan. Selain
itu juga, mengiktiraf sumbangan meraka dalam memajukan dan menjayakan Politeknik.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Pengarah ditandatangai oleh Dato’ Ketua Pengarah
ii. Hadiah iringan/lumayan
Syarat-syarat penganugerahan
i. Terbuka kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi cemerlang dan aktif dalm bidang kesenian dan kebudayaan serta menunjukkan sumbangan yang memberi impak kepda politeknik dan Jabatan Pengajian Politeknik.
ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatataertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik.
iii. Anugerah ini diberikan kepada mana-mana kumpulan kesenian dan kebudayaan yang berdaftar rasmi dengan politeknik.
iv. Calon- calon mestilaj mengemukan borang permohonan berserta dokumen sokongan yang
disahkan ( Pengarah, TPA dan TPSA) seperti salinan sijil-sijil, surat penghargaan dan dokumen
sokongan yang lain untuk menyokong maklumat- maklumat yang disertakan dalam borang
pencalonan. Pengesahan ini adalah syarat wajib bagi pencalonan.
v. Dua salinan gambar berukuran passport (hardcopy) dikepilkan bersama.
vi. Tempoh penilaian calon bermula dari Sesi Disember 2014 hingga Sesi Jun 2015 ( Tahun
penilaian).
vii. Calon wajib melampirkan satu salinan Slip Keputusan Peperiksaan yang terkini yang telah