Download - PERSEKITARAN PERNIAGAAN
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
1/29
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
2/29
Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi
perniagaan itu tidak dapat berdikari.
Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-
elemen persekitaran yang berinteraksi dan
mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah
lakunya.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
3/29
Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan,
mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami
keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu.
Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari
dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman
dan persekitaran perniagaan luaran.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
4/29
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
5/29
Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah
organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen
perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur,
pekerja, pengguna dan pembekal.
Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai
hubungan langsung dalam pembentukan polisi,
prosedur-prosedur dan system sesebuah organisasi
perniagaan.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
6/29
Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya
atau towkay perniagaan.
Pemilik perniagaan terdiri daripada individu atau
kumpulan-kumpulan individu yang telah
menyumbangkan modal dan memiliki organisasi
perniagaan.
Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali
dan menjalankan operasi harian perniagaan.
Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung
dalam operasi harian pasti akan mempengaruhi
perjalanan perniagaan.
Pemilik Perniagaan
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
7/29
Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan.
Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-
badan yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Setengah-setengah pelabur menyuntikkan modal yang besar
dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wangataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai
kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan.
Pelabur demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaantersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.
Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam
organisasi perniagaan melalui pembelian saham atau syer .
Pelabur
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
8/29
Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila
harganya rendah dan menjual apabila harganya meningkat. Pelabur
demikian merupakan pemilik organisasi perniagaan yang pasif.
Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankanperniagaan.
Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi
perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan.
Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur
nescaya mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti
perniagaan.
Oleh itu, organisasi perniagaan perlu mengambil tindak-tanduk
yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek dan
juga pelabur jangka masa panjang.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
9/29
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam
sesebuah organisasi perniagaan.
Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan.
Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti
cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi olehkesatuan sekerja dan juga kerajaan.
Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian
yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian
diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan
akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar,
perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan perniagaan.
Pekerja
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
10/29
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan
kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi
perniagaan.
Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat
bergantung kepada kepada golongan pengguna.
Permintaan golongan pengguna terhadap barangan
atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakanoleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh
manakah pencapaian objektif / matlamat organisasi
perniagaan iaitu mendapat keuntungan.
Pengguna
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
11/29
Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan
organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang
hendak ditawarkan di pasaran.
Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada
keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak.
Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan
itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna, makaorganisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang
tinggi dan ini pasti merugikannya.
Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyaiinovasi, berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan
dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi
dunia hari ini.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
12/29
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh
organisasi perniagaan untuk dijadikan barang niaga
yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna.
Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat
keuntungan daripada jualan bahannya kepadaorganisasi perniagaan lain seperti kedai runcit,
pasaraya.
Pembekal
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
13/29
Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi
perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling
memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia
perniagaan.
Interaksi diantara pembekal dan organisasi
perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapancorak perjalanan / operasi dan kemajuan sesebuah
organisasi perniagaan.
Hubungan baik dengan pembekal adalah perluuntuk menjamin perjalanan / operasi sesebuah
organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus
berkembang.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
14/29
Selain faktor-faktor persekitaran perniagaan
dalaman yang telah dibincangkan tadi, semua prosedur
dan sistem organisasi yang diamalkan akan turut
mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat oleh
pihak pengurusan.
Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan
prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan
mengarah organisasi perniagaan itu ke arah pencapaian
matlamatnya.
Sistem dan Prosedur
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
15/29
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
16/29
Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripadaelemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi
organisasi perniagaan secara tidak langsung.
Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaanluaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi,
persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya,
persekitaran politik dan undang-undang, institusi
kewangan dan persekitaran global / antarabangsa.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
17/29
Dalam system ekonomi kapitalis, organisasi
perniagaan sering menghadapi persekitaran persainganyang dinamik.
Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang
mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang
sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti,
kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah
organisasi perniagaan di dunia perniagaan.
Persaingan
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
18/29
Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat
berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah
menguasai pasaran.
Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya
mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing denganpengeluar-pengeluar kereta yang lain di Malaysia.
Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi
kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuahorganisasi perniagaan.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
19/29
Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa
pendek mahupun jangka masa panjang, peniaga-peniaga harusprihatin dan peka kepada perubahan ekonomi.
Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan mahupun ekonomi
antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan organisasiperniagaan.
Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah
organisasi perniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman
asas (Base Lending Rate [BLR]) bank meningkat, tanggunganpembiayaan pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah.
Ekonomi
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
20/29
Begitu juga dengan peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran
akan meningkat apabila kadar inflasi meningkat.
Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga bahanmentah yang diperlukabn daripada pembekal turut naik.
Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan
organisasi perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadakdalam pasaran, maka peniaga terpaksa bertindak sama ada
menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi
bahan-bahan mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan
harga jualan barangniaga di pasaran.
Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan
secara langsung serta merumitkan lagi pihak peniaga untuk
menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
21/29
Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat
yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepadaorganisasi perniagaan.
Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan
organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaanseperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin
berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan
manusia dan menurunkan kos pengeluaran.
Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakanPenyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan
dengan penggunaan sistem komputer.
Teknologi
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
22/29
Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan
perkhidmatan melalui perdagangan elektronik atau e-commerce
dapat mengurangkan belanja dan masa.
Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif
kepada organisasi perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga
mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan seperti
peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air
akibat pembuangan sisa-sisa toksik, tenaga buruh digantikan olehmesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dan
sebagainya.
Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan.Faedah dan kebaikan daripada penggunaan teknologi moden dan
canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan sampingan
akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu
diminimumkan.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
23/29
Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri
daripada berinteraksi dengan institusi kewangan.
Institusi kewangan merupakan salah satu elemen
persekitaran luaran perniagaan yang juga mempengaruhi
organisasi perniagaan.
Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau
mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak
mempunyai modal yang cukup boleh mendapatkankemudahan pinjaman seperti pinjaman jangka masa
pendek, kemudahan overdraft dan sebagainya daripada
institusi kewangan.
Institusi Kewangan
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
24/29
Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis, saiz dan
aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.
Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti
mengurangkan jumlah pemberian kredit, menghadkan pemberian
kredit kepada jenis-jenis perniagaan tertentu, meningkatkan kadar
faedah pinjaman asas (BLR) dan sebagainya, organisasi perniagaan
yang membuat pinjaman terpaksa menanggung peningkatanliabiliti yang signifikan.
Misalnya, kenaikan kadar faedah pinjaman asas secara
mendadak semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997menyebabkan banyak organisasi perniagaan mengalami
kemerosotan.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
25/29
Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua
institusi kewangan di Malaysia menurunkan kadarfaedah pinjaman untuk menyelamatkan ekonomi
negara Malaysia.
Langkah penurunan kadar faedah pinjaman asas
daripada institusi kewangan dapat memberi nafas
baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi
masalah kewangan serta pemulihan semula ekonomi
Malaysia.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
26/29
Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap
persekitaran sosial dan budaya tidak dapat diringankankerana masyarakat yang menggunakan barangniaga
dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi
perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri.
Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk di
Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri
mengikut bangsa dan agama.
Sosial dan Budaya
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
27/29
Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan
nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Misalnya,
makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakatberagama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan
logo halal daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).
Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk
mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan
dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh
sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi
perniagaan untuk maju dan mengembangkan
perniagaannya sepanjang masa.
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
28/29
Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada
persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkanoleh kerajaan di tempat ia beroperasi.
Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia
mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau
memberi peluang kepada organisasi perniagaan.
Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri
kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa
politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadapkemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta
dari negara luar.
Persekitaran Politik dan Undang-undang
-
7/31/2019 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
29/29
Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada
pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia
juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.
Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan
bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang
jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberiperlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir.
Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang
sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi
dan berkembang.