x
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA
PENDIDIKAN AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH
REMAJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR
TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM
UMI KALSUM BINTI JAMAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
x
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
Judul : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN
AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya : UMI KALSUM BINTI JAMAK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi meklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
__________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 166-12-03, DR. TAMAR JAYA BIN NIZAR Jalan Sentul, Nama Penyelia 51000 Kuala Lumpur.
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN
AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI
KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM
UMI KALSUM BINTI JAMAK
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
Catatan : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini Sulit atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
x
“ Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan saya berpendapat karya ini
adalah memadai daripada aspek skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ).”
Tandatangan : ……………………………….....
Nama Penyelia : DR TAMAR JAYA BIN NIZAR
Tarikh : 15 MAC 2004
x
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN
AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI
KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM
UMI KALSUM BINTI JAMAK
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
x
“Saya mengakui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh
diri saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan akan sumber-sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………….....
Nama Penulis : UMI KALSUM BINTI JAMAK
Tarikh : 15 MAC 2004
x
DEDIKASI
Ayahanda dan bonda yang amat ku kasihi
Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu
Segala pengorbanan mu, dorongan mu dan jasa mu
Tidak akan ku lupa buat salama-lamanya
Sesungguhnya kejayaanku adalah milik kalian berdua
Buat adinda-adindaku yang tercinta……
Segala kata nasihat mu, dorongan mu dan kata-kata semangat mu
Selama ini
Segala jasa baik mu akan ku kenang buat selamanya
Tidak ku lupai sahabat handai,
Yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
Kepada ku selama ini
Semoga Allah membalas segala jasa kalian selama ini
Terima kasih ku ucapkan kepada kalian semua.
x
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah dan kurnia-Nya kerana telah
memberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan diri dan kesihatan yang baik kepada
penulis sehinggalah dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan sebaik
yang mungkin.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.
Tamar Jaya bin Nizar selaku penyelia kepada penulis yang banyak memberikan
bimbingan, tunjuk ajar dan teguran yang membina sejak awal sehinggalah sempurnanya
Projek Sarjana Muda ini. Semoga segala pengorbanan dan tunjuk ajar selama ini
mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
Begitu juga dengan penilai-penilai, pensyarah-pensyarah dan pihak Pusat
Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial yang terlibat dalam menjayakan Projek
Sarjana Muda ini. Tidak ketinggalan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah
banyak membantu dari segi idea dan buah fikiran dalam membuat kajian ini.
Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa dan budi baik kalian. Amin………
x
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap peranan ibu
bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja. Aspek-aspek yang
ditinjau ialah dari segi peranan ibu bapa, gaya asuhan dan langkah-langkah untuk
mempertingkatkan peranan ibu bapa pada pendidikan awal. Fakulti Pendidikan UTM
dipilih untuk kajian ini yang membabitkan 2 buah kursus. Sampel yang diambil ialah
keseluhuran populasi iaitu seramai 81 orang. Instrumen yang digunakan ialah borang
soal selidik yang mengandungi bahagian A, B, C dan D. Segala data yang diperolehi
diproses menggunakan perisian SPSS 11.0 berdasarkan peratus dan min. Hasil dapatan
kajian mendapati persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal
adalah positif manakala gaya asuhan pada pendidikan awal adalah gabungan demokratik
dan autokratik. Terdapat 6 langkah paling berkesan dalam mempertingkatkan peranan
ibu bapa pada pendidikan awal iaitu menanamkan nilai-nilai agama dalam diri anak-
anak, memberi nasihat dengan cara yang baik, memberi perhatian dan galakan kepada
anak-anak, mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan menjadi
contoh yang baik buat anak-anak. Di akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan
beberapa cadangan kepada ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan seperti PERKIM,
JAIJ, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Wanita untuk kebaikan bersama.
x
ABSTRACT
This study is conducted to find out about students perception on the role of
parents during the early education of developing the attitudes af teenagers. Aspects that
had been focused on in this study are role of parents, style of family upbringing and
ways of enhancing the role of parents during early education. This study had involved
two course of the Faculty of Education in UTM. The whole population of 81 students
were used as the sample. The instrument was a questionnaire that comprises section A,
B, C and D. All data was processed using the SPSS 11.0 software based on percentage
and mean. The finding of this study showed that students perception on the role of
parents in early education is positive whereas the style of family upbringing during the
early education are a mixture of democratic and autocratic. There are most effective
ways of enhancing the role of parents during the early education and there are by
instilling religious values in the children, giving advices in good ways, paying more
attention, giving encouragement, being a good role model and caring to the children
problem. By the end of this study, the researcher proposed few suggestion to parents
and other parties such as PERKIM, JAIJ, The Darul Takzim Family Development
Institution, The Ministry Of Education and The Ministry Of Development and Women
for the good at everyone’s.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
x
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Konsep Pendidikan Awal 17
2.3 Peranan Ibu Bapa 19
2.4 Kepentingan Pendidikan Islam 23
2.5 Gaya Asuhan Ibu Bapa Pada Pendidikan Awal 24
2.6 Rangka Teori Yang Berkaitan 27
2.7 Sorotan Kajian Lepas 28
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka bentuk kajian 32
3.3 Lokasi Kajian 32
3.4 Populasi Kajian 32
3.5 Sampel Kajian 33
3.6 Instrumen Kajian 33
3.7 Prosedur Kajian 35
3.8 Kajian Rintis 36
3.9 Kaedah Analisis Data 37
3.10 Rumusan 38
x
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data 39
4.3 Analisis Latar Belakang Responden 40
4.4 Rumusan Latar Belakang Responden 44
4.5 Analisis Persoalan Kajian 45
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Rumusan Kajian 75
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 76
5.4 Kesimpulan 88
5.5 Cadangan-Cadangan 89
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 91
5.7 Penutup 92
BIBLIOGRAFI 93
LAMPIRAN 99
x
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 34
3.2 Skala Penilaian Maklumbalas Bagi Soal
Selidik Bahagian B, C dan D 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41
4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa/ Penjaga 42
4.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan
Ibu Bapa Sebulan 42
4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Bapa. 43
4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Ibu 43
4.7 Taburan Responden Mengikut Persekitaran
Tempat Tinggal 44
4.8 Item 1 45
4.9 Item 2 46
4.10 Item 3 46
4.11 Item 4 47
4.12 Item 5 47
x
4.13 Item 6 48
4.14 Item 7 48
4.15 Item 8 49
4.16 Item 9 49
4.17 Item 10 50
4.18 Item 11 50
4.19 Item 12 51
4.20 Item 13 51
4.21 Item 14 52
4.22 Item 15 52
4.23 Item1-15: Taburan Responden Mengikut
Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Persepsi
Pelajar Terhadap Peranan Ibu Bapa Pada
Pendidikan Awal Dalam Membentuk
Sahsiah Remaja 53
4.24 Item 16 55
4.25 Item 17 55
4.26 Item 18 56
4.27 Item 19 56
4.28 Item 20 57
4.29 Item 21 57
4.30 Item 22 58
4.31 Item 23 58
4.32 Item 24 59
4.33 Item 25 59
4.34 Item 26 60
4.35 Item 27 60
4.36 Item 28 61
4.37 Item 29 61
4.38 Item 30 62
4.39 Item 31 62
x
4.40 Item16-23: Taburan Responden Mengikut
Jumlah, Peratus Dan Min Bagi
Gaya Asuhan Autokratik
Pada Pendidikan Awal 63
4.41 Item 16-23: Responden Mengikut Jumlah,
Peratus Dan Min Bagi Gaya Asuhan
Permisif /Liberal Pada Pendidikan Awal 65
4.42 Item 24-31: Taburan Responden Mengikut
Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Gaya
Asuhan Demokratik Pada Pendidikan Awal 66
4.43 Item 32 68
4.44 Item 33 68
4.45 Item 34 69
4.46 Item 35 69
4.47 Item 36 70
4.48 Item 37 70
4.49 Item 38 71
4.50 Item 39 71
4.51 Item 40 72
4.52 Item 32-40: Taburan Responden Mengikut
Jumlah, Peratus Dan Min Bagi
Langkah-Langkah Mempertingkatkan
Peranan Ibu Bapa Pada Pendidikan Awal. 72
x
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 99
B Surat Kebenaran Fakulti 107
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan awal merupakan aspek penting dalam pembentukan sahsiah
individu. Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari
landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat dari aspek sejarah, kegemilangan
tamadun Islam yang dibina adalah bertunjangkan sahsiah yang mantap daripada umat
terdahulu.
Menurut Suhana (2002) jika disingkap dari aspek pendidikan, peranan
membentuk generasi berilmu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
perlu diatur sejak kecil. Asuhan keluarga ditambah dengan asuhan guru merupakan
proses membentuk diri seseorang individu.
Robiah K. Hamzah (2001) keluarga ialah unit sosial yang terdiri daripada
bapa, ibu dan anak. Ia merupakan satu-satunya institusi sosial selain agama yang
terkandung secara formal dalam semua masyarakat. Konfusius percaya bahawa
kebahagiaan dan kemakmuran akan tercapai apabila tiap-tiap orang berkelakuan
yang sewajarnya sebagai anggota keluarga (Mohd. Rodzik Bon Mohd. Abdul, 1998).
2
Gaya asuhan keluarga merupakan antara faktor yang terpenting dalam
membentuk personaliti remaja yang berwibawa (Abdullah Abdul Syukur, 1993).
Peranan ibu bapa dalam usaha untuk meningkatkan potensi anak mereka boleh
diwujudkan melalui konsep asuhan yang berkesan terutama pada pendidikan awal
dan sahsiah si anak itu supaya ciri-ciri tingkahlaku yang ditunjukkan adalah sesuai
dan baik dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara dan negara.
Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudan satu generasi yang
sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi.
Ibu bapalah mesti mempunyai pengetahuan tentang perkembangan anak-anak,
strategi pendidikan, strategi asuhan dan strategi pengubahsuaian tingkahlaku supaya
dapat mempengaruhi dan mencorakkan sahsiah anak mereka sepertimana yang
diharapkan.
Menurut Patmah Bustaman (1995) menjadi ibu bapa adalah pekerjaan yang
amat sulit. Peranan ini harus dilaksanakan dengan menggunakan kebijaksanaan,
ketekunan, pengalaman, pengetahuan dan ketabahan hati yang tinggi. Oleh itu
sekiranya setiap anggota keluarga melaksanakan kewajipan terhadap keluarga
dengan berkesan, nescaya keharmonian keluarga dapat dikekalkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Rancangan Malaysia ke Tujuh (1996 - 2000) mencatatkan bilangan remaja
pada tahun 1995 ialah kira-kira 19.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk
Malaysia. Menjelang tahun 2020 dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada
20 juta orang. Kedudukan ini menjadikan golongan ini sebagai satu kumpulan
penting di dalam menerajui masa depan negara. Mereka merupakan generasi
penyambung dan penentu pembangunan negara. Golongan remaja mempunyai
3
tanggungjawab dan peranan yang amat penting di dalam penerusan dan pengekalan
institusi-institusi dan sistem-sistem kemasyarakatan negara. Pendek kata, untuk
merealisasikan Wawasan 2020, remaja merupakan generasi penyambung dan
penentu pembangunan negara.
Mutakhir ini, masalah moral dan disiplin di kalangan remaja dan pelajar
sekolah kembali hangat diperkatakan. Walaupun dianggap isu basi dan “ketinggalan
zaman,” namun ia sebenarnya sudah berada di tahap membimbangkan.
Penagihan dadah, bohsia, merompak, penipuan, merokok, rasuah, buli atau
budaya samseng, seakan penyakit “keturunan” di dalam masyarakat. Kerahan tenaga
seperti diwawarkan mungkin dapat membantu membasmi atau mengurangkan gejala
sosial ini. Begitu juga di kalangan masyarakat. Sikap saling tegur menegur juga
mungkin boleh membantu. Misalnya jika ada yang melepak di pusat beli belah,
Dataran Merdeka dan sebagainya. Jika semua masyarakat mengambil peranan
menegur, mungkin lama-kelamaan mereka remaja ini akan menjadi bosan dan tidak
lagi berada di tempat-tempat sedemikian.
Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada masalah-masalah
remaja masa kini. Faktor-faktor tersebut boleh berupa masalah ekonomi, sosial,
pergaulan, media masa, keluarga dan pendidikan. Pengabaian ibu bapa terhadap
anak-anak pada hari ini antara salah satu faktor yang mengundang malapetaka ini.
Tidak dapat dinafikan peranan institusi keluarga berperanan besar dalam menanam
nilai-nilai murni masyarakat terutamanya generasi muda. Golongan muda khususnya
remaja mempunyai persepsi dan jangkaan sosial yang objektif, subjektif dan nilai
sahsiah yang bersifat dua hala. Ibu bapa harus menjadi tonggak kepercayaan mereka
untuk membentuk sahsiah diri yang bertepatan dengan agama dan adat. Ibu bapa
sebenarnya menjadi teladan kepada anak-anak. Rasulullah bersabda:
... يهودانه أو ينصرانه أو ميجسانه فأبواه مولود يولد على الفطرة كل
4
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang
manjadikan dia seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
(Riwayat Imam Ahmad, Jilid 2: 275)
Kurangnya perhatian dan kasih-sayang dari para keluarga juga memainkan
peranan penting di dalam menyumbang kepada salah-laku dikalangan para remaja
ini. Di tahap umur begini, mereka amat terdedah kepada pelbagai krisis identiti dan
budaya yang melingkungi persekitaran mereka. Oleh itu, bimbingan dan pedoman
terutama pada pendidikan awal adalah elemen terpenting untuk mensosialisasikan
mereka agar menjadi generasi transisi yang berguna.
Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung
kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya
asuhan yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul
dalam proses perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah
keluarga walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-
anak bukanlah satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan
sahaja. Namun di sini ibu bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga
yang akan memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan
sosial seseorang individu.
Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah remaja
kerana bentuk yang kukuh dan baik tidak akan menjejaskan peribadi remaja yang
dibina seumur hidup. Peranan orang dewasa khususnya ibu bapa dianggap paling
penting kerana peribadi yang dibentuk pada zaman kanak-kanak memberi kesan
kepada pembentukan sahsiah pada zaman remaja. Peranan ibu bapa dalam memberi
bentuk asuhan yang baik akan secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan
personaliti yang baik (Singgih, 1982).
5
Memang tidak dapat dinafikan bahawa permulaan pembentukan individu
bermula sejak kanak-kanak lagi. Kesemua tokoh-tokoh dari teori-teori psikologi
seperti Teori Psikoanalisis, Pemusatan Klien, Terapi Gestalt, Psikologi Individu
Adler Terapi atau Analisis Perlakuan mengatakan bahawa permulaan atau peringkat
awal kehidupan kanak-kanak adalah penting untuk sahsiah mereka seterusnya.
Peningkatan gejala-gejala sosial yang terjadi pasti mempunyai sebab dan
faktornya. Antaranya disebabkan faktor persekitaran, urbanisasi, pendidikan media
masa, kemiskinan, perbezaan ekonomi, kemiskinan, pendidikan yang tidak sempurna
dan peranan yang dimainkan ibu bapa. Memandangkan remaja harus menyahut
cabaran dan menjadi penentu kepada masa depan negara, satu jalan penyelesaian
perlu dicari. Penyelidik merasakan peranan ibu bapa merupakan faktor yang paling
utama menyumbang ke arah gejala sosial memandangkan pembentukan seseorang
anak itu bermula di rumah. Bak kata pepatah Melayu melentur buluh biar dari
rebungnya. Ini turut disokong Alili Hanim Hashim (2004) yang menyatakan faktor
ibu bapa juga perlu dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan gejala sosial di
kalangan remaja. Oleh itu satu kajian permulaan perlu dijalankan untuk melihat
persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal dari segi
pelaksanaan dan gaya asuhan pendidikan awal bagi membentuk sahsiah remaja.
Tanpa remaja menjadi tiang yang kukuh sudah tentu harapan Malaysia untuk
menjadi negara maju pada tahun 2020 hanya akan menjadi impian kosong sahaja.
Mudah-mudahan dengan kajian ini akan terjawab pertanyaan apakah peranan dan
bagaimanakah ia dilaksanakan dan apakah langkah-langkah bagi mempertingkatkan
peranan ibu bapa.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada besarnya pengaruh ibu bapa dalam peranan mereka
mendidik dan mengasuh sahsiah remaja, maka penyelidik akan menjalankan satu
kajian permulaan untuk melihat Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Ibu Bapa
Pada Pendidikan Awal Dalam Membentuk Sahsiah Remaja: Satu Kajian Di
Kalangan Pelajar Tahun Empat Di Fakulti Pendidikan UTM.
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian yang dijalankan ini, terdapat beberapa objektif yang ingin
dicapai iaitu:
1.4.1 Untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada
pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja.
1.4.2 Untuk mengetahui persepsi mereka terhadap gaya asuhan yang dilakukan ibu
bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja.
1.4.3 Untuk mengetahui langkah-langkah mempertingkatkan peranan ibu bapa
dalam pendidikan awal bagi membentuk sahsiah remaja
7
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal
dalam membentuk sahsiah remaja?
1.5.2 Apakah persepsi mereka terhadap gaya asuhan yang dilakukan ibu bapa pada
pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja?
1.5.3 Apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan peranan ibu bapa pada
pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang amat
berguna bukan sahaja kepada para ibu bapa tetapi juga setiap individu, pengasuh dan
pendidik yang terlibat dalam mendidik anak bangsa terutamanya di peringkat awal
pendidikan. Tambahan pula dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru-
guru kaunselor dan pentadbir sekolah untuk menyelami perlakuan remaja dan pelajar
supaya bantuan dan bimbingan yang bersesuaian dan sewajarnya dapat disalurkan
sejajar dengan proses sosialisasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Seterusnya PIBG boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk menyebarkan
maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang
pentingnya peranan dan bentuk asuhan yang bersesuaian dalam membentuk sahsiah
yang positif. Selain daripada itu pengkaji-pengkaji lain juga diharapkan