-
PERUTUSAN KHASTAHUN BARU 2016
YB. Dato Seri Hishammuddin Tun HusseinMenteri Pertahanan Malaysia
-
2 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
PERUTUSAN KHASTAHUN BARU 2016
Saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan pagi ini. Saya
amat teruja dan berbangga kerana ramai anggota dan warga kita berpeluang untuk hadir bersama-sama. Terima kasih.
Kita berikan juga satu tepukan gemuruh kepada para anggota kita di 24 kem di seluruh negara yang sekarang ini turut melihat dan
mendengar secara langsung perhimpunan kita pada pagi ini.
-
3Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Sebab itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baharu 2016. Saya berdoa dan berharap agar tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun
sebelumnya. {
Sesungguhnya, perhimpunan ini bukanlah kita adakan tanpa tujuan atau sekadar untuk berseronok. Kita adakan Perutusan Tahun Baharu 2016 ini dengan hasrat untuk melakukan muhasabah diri. Melihat kepada kelemahan dan kekuatan kita dalam landskap dunia yang amat mencabar.
Sebab itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2016. Saya berdoa dan berharap agar tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.
Segala pengalaman dan pengajaran dari pelbagai gelora pahit manis 2015 sewajarnya menjadikan kita lebih berpandangan jauh, lebih matang, lebih dewasa, lebih berani dan lebih berdedikasi.
Marilah kita menanam azam untuk memberi sebanyak-banyaknya kepada bangsa. Marilah kita melafaz kesetiaan untuk mengabdi masa, khidmat dan keringat yang tidak berbelah bahagi untuk tanahair.
Kerana, percayalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tiada pengorbanan dan pemberian yang lebih mulia dan utama selain amal dan bakti untuk agama, bangsa dan ibu pertiwi sendiri.
-
4 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
-
5Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa kita telah menempa banyak kejayaan pada tahun 2015. Baik di peringkat tempatan, mahupun di pentas antarabangsa. Namun, tidak usahlah saya mengulang-ulang dan menghurai panjang lebar tentangnya.
Cukuplah saya katakan bahawa fokus dan sasaran utama yang telah saya gariskan awal tahun lalu, telah berjaya kita capai dengan cemerlang dan membanggakan. Dan saat saya berdiri di hadapan setiap anggota kita pada hari ini, warga MINDEF, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana banyak rekod dan sejarah baharu telah kita cipta. Banyak ruang kerjasama baharu telah kita buka dan telah kita peta.
Seperti yang kita maklum, tahun 2015 dimulakan dengan banjir besar. Sekalipun saya sedih dengan bencana tersebut, saya amat berbangga kerana Kementerian Pertahanan melalui ATM dan pasukan sukarelawan PLKN merupakan antara penyumbang utama dalam membantu mangsa banjir besar di Pantai Timur dan Selatan tanahair.
Penganjuran LIMA edisi 2015 pula adalah yang terbaik dalam sejarah penganjurannya.
Sorotan Ringkas Kejayaan 2015
Malah, saya amat gembira apabila pada tahun 2015, terdapat pelbagai inisiatif kebajikan kepada anggota dan veteran ATM telah berjaya kita laksanakan.
Pada tahun 2015 juga, kita telah melihat MINDEF menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat tempatan, termasuklah anugerah Kualiti Perdana Menteri atas kecemerlangan perkhidmatan pasukan kita.
Cukuplah setakat itu sorotan kejayaan kita. Yang selebihnya, biarlah pencapaian kita ini dihakimi oleh rakyat Malaysia selayaknya. Semoga ia menjadi pendorong dan inspirasi untuk kita membina Malaysia yang lebih baik, berketahanan, selamat dan makmur.
Sebaliknya, hari ni, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan semua untuk bersama-sama melihat ke hadapan. Melihat ke hadapan sebagai satu keluarga, satu pasukan, satu saf dalam lanskap yang cukup mencabar. Penuh dengan dugaan, penuh dengan ujian dan cabaran.
Tetapi bersandarkan kepada kejayaan kita tahun lepas, serta semangat yang ditunjukkan di dalam dewan ini pada pagi ini, saya rasa tidak ada sebab barisan kita ini tidak dapat melihat ke hadapan dengan cemerlang, insya Allah.
-
6 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
-
7Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Peng
ubah
Per
catu
ran
Dunia sudah banyak berubah. Setiap hari yang mendatang membawa bersamanya pelbagai perbezaan. Jadi kaedah dan formula pertahanan lama sudah semakin lapuk dan tidak berkesan.
Suka, atau tidak, kita memerlukan satu naratif baharu. Naratif yang sesuai dengan perubahan pantas landskap keselamatan dan pertahanan global. Naratif yang menjawab dan selari dengan keperluan masa depan negara. Naratif yang membolehkan kita menganjurkan pembaharuan yang radikal dalam ikhtiar mempertahankan kedaulatan Malaysia.
Dan yang paling penting, naratif baharu yang mengambil kira kemunculan faktor-faktor yang saya namakan sebagai pengubah percaturan atau the emerging game changers.
Kementerian Pertahanan Harus Mempunyai Naratif Baharu Bagi Memastikan
Malaysia Lebih Selamat Dan Sejahtera.
-
8 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
Hari ini, amat sukar untuk sesebuah negara maju, apatah lagi negara membangun, mencapai dan mengekalkan kestabilan ekonomi yang lestari.
Perbezaan kadar pertumbuhan pelbagai ekonomi serantau telah mewujudkan ketidakseimbangan dalam kedudukan ekonomi global. Ada yang membangun deras. Ada yang sangat perlahan. Ada jua yang statik tidak berubah. Malah, ada yang sudah mula menguncup.
Semua ini akan mewujudkan satu darjah turun naik global, yang jika gagal diuruskan, akan menjerumuskan kita ke kancah krisis ekonomi global yang cukup parah.
Mungkin tuan-tuan dan puan-puan akan bertanya apa kaitan dan kesannya kepada keselamatan dan pertahanan negara membangun seperti kita Malaysia?
Keadaan ekonomi global yang rentan kepada krisis mempunyai kesan yang sangat besar. Selain menyumbang kepada ketidakstabilan politik, mengheret penghijrahan besar-besaran dalam pekerjaan, ia akan menyebabkan kita tidak mampu melabur dengan sewajarnya ke dalam sektor-sektor kritikal. Seperti, perubatan, pendidikan dan termasuklah pertahanan.
Game changer pertama berkait rapat dengan iklim ekonomi global yang semakin rentan kepada krisis.
Apabila ini terjadi, secara keseluruhannya, keselamatan dan pertahanan negara akan terkesan dan akan dikompromi.
Maka, naratif baharu pertahanan negara yang kita cari ini haruslah memberi perhatian serius kepada important game changer ini, iaitu landskap ekonomi global dan serantau yang tidak menentu dan amat terdedah kepada krisis.
-
9Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Hari ini, wujud perbezaan yang sangat drastik dalam sistem global. Kita menyangka kita semakin terhubung kerana kecanggihan teknologi komunikasi. Tetapi globalisasi sebenarnya menjadikan kita semakin terpisah.
Kita menyangka dunia semakin sama rata. Sedangkan hakikatnya, dunia hari ini hanyalah pentas semula jadi yang menjadi tapak kepada pelbagai lingkungan yang saling bercanggah dan berbeza.
Dan apabila dunia semakin matang, semakin maju, kita dengan naifnya beranggapan, ia akan menjadi semakin aman, kurangnya peperangan, redanya konflik ketenteraan. Ternyata, kita sekali lagi tersilap.
Lihat sahaja di Timur Tengah, di Afrika Utara, di Asia Selatan. Di Semenanjung Arab atau di Rantau Balkan.
Perlumbaan senjata semakin menjadi-jadi. Kalau dahulu, hanya Amerika dan Rusia. Kini, Korea Utara dan Selatan sudah menampakkan bibit-bibit persaingan baharu yang mencemaskan. India dan Pakistan belum menunjukkan bahawa mereka sudah penat dan akan berhenti berlumba dalam masa terdekat. Israel dan Iran turut tidak mahu ketinggalan dalam kerakusan menjadi kuasa nuklear di Timur Tengah.
Dan apabila dunia semakin
matang, semakin maju,
kita dengan naifnya
beranggapan, ia akan
menjadi semakin aman,
kurangnya peperangan,
redanya konflik
ketenteraan. Ternyata, kita
sekali lagi tersilap.
Game Changer Kedua: Risiko meningkatnya konflik antara negara.
Peluasan kuasa dan wilayah sudah menjadi kelaziman. Lihat bagaimana Crimea ditakluk secara ketenteraan. Dan apa kita lupa betapa Laut China Selatan sekarang ini adalah satu isu keselamatan antarabangsa yang amat rumit?
China ingin menjadi sebuah kuasa ketenteraan global. Rusia mahu mengembalikan hegemoni USSR. Iran ingin lebih dominan dalam percaturan di Timur Tengah. Arab Saudi merasakan bahawa ia perlu memberi kepimpinan di Timur Tengah. Malah Jepun sudah meminda perlembagaannya bagi membolehkan ia terlibat secara langsung dalam percaturan pertahanan global.
Pada pandangan saya, segala konflik antara negara ini akan berterusan. Dan ia baka menjadi satu game changer yang tidak seharusnya kita abaikan.
-
10 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
Saya tidak boleh menyembunyikan kerisauan saya bahawa suatu ketika nanti, sistem pertahanan kita boleh dilumpuhkan hanya melalui capaian teknologi digital.
Ancaman siber atau pertahanan siber merupakan satu elemen penting dalam landskap dan game changer yang ketiga ini.
Benar, tidak ada siapa dapat menafikan teknologi komunikasi membawa kesejahteraan terhadap kita. Tetapi, kadar perkembangannya hari ini bukan lagi pantas tetapi sudah menjadi menakutkan.
Ia telah mula disalah guna untuk melumpuhkan infrastruktur kritikal sesebuah negara. Malah ia telah begitu maju sehingga menjadi instrumen merekrut bala tentera bukan tradisional, pengganas-pengganas Daesh dan IS.
Game Changer Ketiga: Pembangunan Pesat Teknologi Komunikasi Dan Teknologi Pertahanan.
Petunjuk-petunjuk semasa sudah wujud. Jika Pentagon yang dibangga-banggakan itu pun sudah boleh digodam oleh hanya remaja belasan tahun menggunakan internet, apatah lagi negara lain di dunia.
Malah, segala sistem pertahanan negara sekarang, yang kebanyakannya amat bergantung kepada prasarana teknologi maklumat, boleh dilumpuhkan pada bila-bila masa.
Maka kerana itu, pelaburan kita mesti turut disalurkan untuk meningkatkan keupayaan teknologi maklumat dan teknologi pertahanan kita. Ini adalah elemen paling penting dalam kesiapsiagaan dan kebolehupayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Malah ia telah begitu maju sehingga menjadi instrumen merekrut bala tentera bukan tradisional, pengganas-pengganas Daesh dan IS.
-
11Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Dahulu, kepengganasan, jenayah terancang, penyeludupan narkotik, pemerdagangan manusia dan pelbagai lagi ancaman bukan tradisional, bukan sebahagian daripada cakupan bidangkuasa Kementerian ini.
Tetapi realitinya sekarang, ia harus menjadi sebahagian daripada agenda kita. Kerana ia merentas sempadan yang kita kawal. Kerana ia melibatkan ancaman kedaulatan dan merobek kestabilan negara.
Kerana itu, saya ingin membuat penegasan pagi ini. Apa jua yang mengancam keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, wajar dan harus menjadi agenda Kementerian Pertahanan, agenda Menteri dan Timbalan Menteri, agenda tuan-tuan dan puan-puan. Kita semua harus bersama-sama mempertahankan negara ini.
Apa jua yang menggugat kemakmuran Malaysia dan kesejahteraan rakyatnya, mengundang tanggungjawab Kementerian Pertahanan. Kita akan pikulnya dengan bersungguh-sungguh
Game Changer Keempat: Kemunculan Radikal Ancaman Bukan Tradisional.
untuk memastikan ancaman ini tidak terus membelenggu kita pada masa akan datang.
Justeru, keempat-empat game changers yang saya nyatakan ini, meruntun kita memposisikan semula peranan kita. Ia menuntut kita melakarkan naratif baharu yang lebih realistik, moden dan berkesan.
Naratif yang diasaskan kepada kepercayaan bahawa perubahan deras landskap pertahanan negara, bukan lagi terhad kepada kesiapsiagaan anggota, atau pemodenan aset dan industri pertahanan atau sekadar memagar sempadan laut, darat dan udara tanah air.
Tetapi, ia menuntut kita memainkan peranan yang jauh lebih besar dan radikal. Dan inilah perkara yang ingin saya seru kepada setiap seorang yang hadir dan sedang mengikuti majlis ini dari jauh. Iaitu untuk bersama-sama dengan saya meneliti dengan sedalam-dalamnya peranan kita yang semakin hari semakin luas dan mencabar.
Justeru, keempat-empat game changers yang saya nyatakan ini, meruntun kita memposisikan semula peranan kita. Ia menuntut kita melakarkan naratif baharu yang lebih realistik, moden dan
berkesan.{
-
12 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
MENJAYAKAN LIMA TERAS 2016
Pada Januari lalu, kita telah mulakan tahun 2016 dengan satu sejarah baharu, iaitu buat julung-julung kalinya MINDEF melakukan retreat yang
melibatkan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders).
Kepimpinan tertinggi MINDEF, ATM dan industri pertahanan telah berkampung 3 hari 2 malam untuk menghalusi fokus kita pada tahun ini. Saya tidak minta semua yang hadir pada ketika itu untuk membuat perancangan sehingga berpuluh-puluh tahun. Tetapi sekurang-kurangnya
memikirkan secara serius pelan yang terperinci untuk tahun ini.
Iaitu tahun 2016 yang hadir dalam landskap yang cukup mencabar, dengan segala gamechangers yang saya senaraikan tadi.
Maka, kita harus memikirkan keutamaan kita, memikirkan core business kita. Seterusnya, mengambil pendekatan yang inklusif supaya bebanan tanggungjawab itu tidak diletakkan di atas bahu saya seorang atau kepada sesetengah pihak sahaja. Tetapi kepada kita semua secara bersama. Sebagai mereka yang berkepentingan, mereka yang diamanahkan, mereka yang dipertanggungjawabkan, dan mereka yang siang malamnya
memikirkan hala tuju MINDEF-ATM dan stakeholders yang lain.
Sebab itulah, Perutusan Tahun Baharu ini penting tuan-tuan dan puan-puan. Jangan bimbang, jangan gusar. Selagi nyawa dikandung badan, selagi saya diamanahkan untuk memimpin MINDEF, kata-kata keramat agi idup agi ngelaban, InsyaAllah saya akan pegang dan genggam
dengan erat dalam menghadapi cabaran 2016 ini.
Jadi, hari ini marilah kita melihat ke hadapan khususnya kepada lima teras yang telah kita putuskan bersama-sama. Lima teras yang akan menjadi keutamaan kita pada tahun ini. Jangan kita fikirkan tentang perkara-
perkara lain selagi lima teras ini tidak selesai.
Dan sebagai peringatan kepada semua, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengimbas semula dan membentangkan secara
ringkas satu persatu teras tersebut.
-
13Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Program Latihan Khidmat Negara 2.0, saya harap akan
diambil serius oleh semua pihak.
Ini bukan sahaja tanggungjawab Jabatan Latihan Khidmat
Negara (JLKN). Tetapi ia merupakan tanggungjawab kita
membawa transformasi selepas 10 tahun pelaksanaan
PLKN. Dengan memberi satu suntikan baharu yang akan
membawa transformasi dalam misi, visi dan aspirasi PLKN
yang dapat dijiwai oleh semua pihak yang berkenaan.
Saya mahu kita melahirkan generasi muda yang lebih
patriotik. Langkah ini penting terutama dalam asakan dan
ancaman daripada golongan pengganas seperti Daesh yang
semakin berleluasa.
Malah, dalam kita memikirkan wahana radikal menanam
semangat cintakan tanah air sendiri, serta memupuk
semangat kesukarelawanan, adalah penting untuk kita
memberi peluang kedua kepada anak-anak kita melalui
PLKN. Mereka yang tidak mendapat tempat dalam universiti-
universiti sekarang akan dilatih dan diberi kemahiran supaya
turut mempunyai peluang kerjaya.
Nauzubillah, dalam keadaan ekonomi hari ini, kita tidak mahu
melihat ada anak-anak kita yang terpinggir ekoran kitaran
ekonomi. Sekalipun kita maklum, bahawa sudah lumrah
kitaran ekonomi. Selepas merudum, ia akan pulih dan bangkit
semula. Namun semasa dalam keadaan merudum inilah,
Teras Pertama: Memastikan Keberkesanan Pelaksanaan PLKN 2.0
kita mesti mencari segala kekuatan untuk memastikan tidak
ada mereka yang teraniaya atau terpinggir.
Dengan peruntukkan dan implikasi kos sebanyak RM344.9
juta, pastinya misi, visi, dan aspirasi PLKN 2.0 ini adalah jauh
lebih besar. Maka, fikirkanlah kaedah paling ampuh untuk
menjadikan PLKN 2.0 platform terbaik melahirkan generasi
muda yang lebih patriotik atau wahana radikal menanam
semangat cintakan kesukarelawanan.
Dalam laporan Relawan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNV), telah dinyatakan bahawa kesukarelawanan
di kalangan negara-negara maju bukan lagi satu aktiviti
kebajikan yang bersifat pilihan. Tetapi ia merupakan satu
keperluan dalam usaha kita membina negara bangsa.
Maka, jadikanlah PLKN 2.0 ini platform terbaik melahirkan
masyarakat dan anak muda yang sanggup memberikan
jiwa dan raga untuk tanah air. Yang bangga bukan sekadar
menjadi rakyat Malaysia, tetapi menyumbang sebanyak-
banyaknya pada nusa dan bangsa.
Jadikan PLKN 2.0 program pilihan dan gerakan besar yang
boleh mengubah cara fikir dan sikap semua rakyat Malaysia
terhadap budaya kesukarelawanan. Biar semua orang, tidak
kira muda atau tua, kaya atau miskin, berlumba-lumba
ingin melakukan amal dan bakti pada bangsa. Ini yang saya
harapkan melalui PLKN 2.0 yang baharu ini.
-
14 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
Kita sering dipesan, sediakan payung
sebelum hujan. Beringat sebelum kena,
supaya tidak nanti sudah terhantuk baru
terngadah.
Begitulah juga dengan MINDEF dan ATM.
Kesiapsiagaan akan menjadi teras yang
akan kita beri perhatian serius.
Di bawah teras ini, keutamaan akan diberikan
kepada kesiapsiagaan di bawah Rancangan
Pembangunan Tiga Perkhidmatan iaitu 7
projek kesiapsiagaan di bawah Rancangan
Pembangunan Pertahanan Darat, 4 projek
kesiapsiagaan di bawah Rancangan
Pembangunan Pertahanan Maritim dan
7 projek kesiapsiagaan bagi Rancangan
Pembangunan Pertahanan Ruang Udara.
Teras Kesiapsiagaan ini akan melibatkan
implikasi kewangan keseluruhan sebanyak
RM3.51 bilion.
Kita bernasib baik kerana dalam keadaan
ekonomi semasa, rancangan pembangunan
dan keutamaan ini tidak terjejas atau
dikurangkan.
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada
mereka yang telah berjaya meneliti dan
meneroka jalan terbaik agar core business
kita ini dapat dipertahankan sekalipun
dalam senario ekonomi yang mencabar.
Saya harap, melalui teras ini, ketumbukan
ATM akan bertambah baik. Malah akan
meletakkan kita setaraf untuk duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara lain di dunia.
Teras Kedua: Meningkatkan Kesiapsiagaan dan Modenisasi ATM
-
15Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Bagi Teras ketiga iaitu Memantapkan Keselamatan
Negara, kita akan memfokuskan kepada 5 perkara iaitu
Keselamatan Zon Maritim Malaysia, Keselamatan Wilayah
Timur Sabah, Keselamatan Persempadanan Daratan,
Keselamatan Siber dan Ancaman Keganasan.
Selain akan menyaksikan inisiatif-inisiatif strategik di
bawah setiap satu fokus ini seperti meluaskan kerjasama
Malacca Straits Patrol (MSP), pengoperasian sepenuhnya
Sea Basing dan Bunga Mas (BM) 5, perluasan keupayaan
platform SIGINT dan HUMINT, teras keselamatan ini
akan turut menambahbaik aspek komunikasi strategik
sepanjang, semasa dan selepas konflik.
Kita mempunyai hotspots yang perlu dipantau secara
dekat. Proses damai di Mindanao sedang dipantau secara
dekat oleh Jeneral Hadi dan rakan-rakannya. Dan dalam
usaha memantau pengganas-pengganas yang menular
dan datang dari setiap pelosok dunia melalui bumi kita,
kita mesti mempunyai perancangan yang rapi untuk
menghadapinya.
Teras Ketiga: Memantapkan Keselamatan Negara
Sebab itu, isu memantapkan keselamatan negara
memerlukan pendekatan yang strategik. Memerlukan
pemikiran yang tajam. Memerlukan pengimbangan semua
pihak yang memahami sedalam-dalamnya, apa yang perlu
kita hadapi.
Perkongsian maklumat dengan agensi-agensi risik yang
lain juga penting kerana fenomena yang kita hadapi
sekarang, khususnya dalam konteks Daesh, tidak pernah
kita dan dunia lalui sebelum ini.
Dan inilah sebenarnya perkara membawa kelebihan
kepada kita. Kerana wajah sebenar Islam bukan ganas.
Sebaliknya berasaskan kepada toleransi, kesederhanaan
dan tindakan waras yang rasional. Yang merupakan ciri
dan identiti negara kita yang boleh menjadi contoh kepada
negara-negara lain.
-
16 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
Teras Keempat merupakan sesuatu yang cukup penting
kerana peranan sebuah negara kerdil seperti Malaysia,
kalau diposisikan dalam keadaan yang strategik, boleh
menjadi penting. Khususnya dalam senario ancaman
yang dihadapi oleh dunia hari ini.
Hubungan baik kita dengan China, dengan Amerika
Syarikat, dengan Arab Saudi, dengan Jepun merupakan
sesuatu yang saya kira memberi kelebihan kepada kita.
Military diplomacy merupakan sesuatu yang bermanfaat
andai kita gunakan dengan bijak. Hatta pada pandangan
mata negara-negara yang jauh lebih maju, jauh lebih besar
sekalipun, saya percaya, pada mereka, kedudukan dan
kekuatan yang ada pada MINDEF dan ATM adalah sesuatu
yang tidak boleh dinafikan.
Dalam laporan oleh US Army Research Institute for the
Behavioral and Social Sciences yang bertajuk Winning
The War And The Relationship: Preparing Military Officers
For Negotiations With Non-Combatans, telah disenaraikan
bahawa antara cabaran disiplin pertahanan hari ini adalah
kemahiran melakukan rundingan, memenangi kepercayaan
pihak luar, serta keupayaan untuk meyakinkan keabsahan
sesuatu polisi pertahanan negara di peringkat global.
Teras Keempat: Meningkatkan Diplomasi Ketenteraan Serantau dan Antarabangsa
Kemahiran melakukan rundingan ketenteraan ini adalah
sesuatu yang amat kritikal. Kerana, jika tersilap langkah,
ia bukan sahaja akan menggagalkan sesuatu misi, malah
boleh mengeruhkan hubungan baik yang sedia ada.
Jadi, apabila berbincang di peringkat serantau, adalah
amat penting untuk kita berfikiran terbuka. Jangan jadi
kera sumbang, yang tidak mahu berkerjasama dengan
orang lain. Apabila hadir ke platform antarabangsa, jangan
kita jadi katak di bawah tempurung, yang tidak mengambil
pusing perkembangan semasa.
Jadi, di bawah Teras Keempat 2016 ini, kita akan
memberikan perhatian serius kepada keupayaan negara
untuk melakukan diplomasi ketenteraan terutamanya
dalam aspek seperti keselamatan sempadan, isu Laut
China Selatan, industri pertahanan serta pencegahan
keganasan.
Sasaran kita adalah untuk memantapkan kerjasama
dengan Amerika Syarikat, China, Arab Saudi Jepun,
dan Perancis. Pada masa yang sama kita akan turut
memperkemaskan kerjasama dan hubungan di kalangan
negara ASEAN khususnya dengan Filipina, Brunei,
Thailand dan Indonesia.
Kemahiran melakukan rundingan ketenteraan ini adalah sesuatu yang amat kritikal. Kerana, jika tersilap langkah, ia bukan sahaja
akan menggagalkan sesuatu misi, malah boleh mengeruhkan hubungan baik yang sedia ada.{
-
17Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Selama ini yang sering kita dengar dan tuntut adalah,
anggota ATM harus dan mesti memberi sebanyak-
banyaknya kepada negara. Namun, saya kira sudah tiba
masanya, negara dan kementerian harus mula memberi
sebanyak-banyaknya kepada anggota ATM, warga
MINDEF dan veteran-veteran kita.
Saya tidak hanya berretorik kosong atau sekadar menanam
tebu di pinggir bibir bila saya menyatakan yang saya akan
berhabis-habisan mengangkat kebajikan anggota ATM ke
tahap yang selayaknya. Ini janji saya kepada setiap yang
hadir dan mendengar majlis kita dari jauh pada pagi ini.
Kita akan berikan tumpuan kepada pendidikan,
perumahan, skim perkhidmatan, kerohanian, kesihatan
dan kesejahteraan anggota dan veteran ATM serta
keluarga mereka.
Di bawah aspek perumahan, sebanyak 4000 unit Rumah
Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di bawah RMK-11 akan
dibina di 11 lokasi seluruh negara dengan kos keseluruhan
sebanyak RM1.204 bilion.
Bermula pada bulan ini, anak-anak anggota ATM yang
selama ini terpaksa menaiki trak dan kenderaan tentera
untuk ke sekolah setiap hari, akan mula menikmati
keselesaan menaiki bas sekolah yang sebenar. Dan inisiatif
ini akan memberi manfaat kepada 11,275 orang anak
anggota ATM dengan perlindungan insurans merangkumi
76 kem di seluruh negara.
Bermula esok, 16 Februari 2016, bagi keselesaan anggota
veteran ATM, kita akan mula membina 100 buah rumah
dan membaiki 100 buah sedia ada di seluruh negara di
bawah program 1MVHRP yang melibatkan peruntukkan
keseluruhan sebanyak RM5.82 juta.
Penambahbaikan sistem tred dan band ATM juga akan
kita lakukan. Tuan-tuan dan puan-puan, sudah lama kita
menunggu. Tetapi pada pagi ini, saya ambil kesempatan
yang ada untuk mengumumkan bahawa kerajaan telah
meluluskan penambahbaikan sistem tred dan band ATM
dengan menstrukturkan semula tred sedia ada bagi
Teras Kelima: Menambah Baik Kebajikan ATM dan Veteran ATM
memastikan kesemua anggota, tanpa mengira tred,
mempunyai taraf pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
serta berpeluang untuk mencapai peningkatan band yang
tertinggi sehingga band 5.
Kelulusan pemakaian band 5 bagi semua ketukangan
ini akan melibatkan sebanyak 131 tred anggota lain-lain
pangkat (LLP) dalam sistem tred dan band ATM.
Melalui penambahbaikan ini, seramai 76,771 anggota
LLP yang sedang berkhidmat akan mendapat manfaat
berkuatkuasa 1 Julai 2016. Penambahbaikan ini
melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah
RM58.89 juta.
Di samping anggota dalam perkhidmatan, kerajaan juga
tidak ketinggalan dalam mengiktiraf kepakaran anggota
yang telah menamatkan perkhidmatan sejak 1 Januari
2013 dengan meluluskan pemberian satu kenaikan band
secara one off, bagi tujuan pengiraan faedah persaraan
kepada anggota di tred yang tidak boleh mencapai
kenaikan ke band 4 dan 5 sebelum ini.
Pemberian ini adalah sebagai penghargaan kepada
sejumpah 19,436 anggota LLP yang berkelayakan, dan
telah menamatkan perkhidmatan mulai 1 Januari 2013
hingga 30 Jun 2016. Anggaran implikasi kewangan bagi
pemberian satu kenaikan band secara one off ini ialah
sebanyak RM56.62 juta.
Saya amat gembira dengan kelulusan ini kerana ia
meningkatkan gaji, seterusnya memberi duit lebih untuk
perbelanjaan anggota dan keluarga anggota dan vateren
ATM, terutama dalam situasi ekonomi hari ini. Ia memberi
ruang dan peluang untuk anggota-anggota yang sebelum
ini tidak dapat mencapai band 5 untuk meningkatkan
taraf kepakaran dan kemahiran mereka. Ia juga membuka
lebih lagi peluang pekerjaan dalam sektor swasta apabila
mereka pencen nanti. Perkara ini sekaligus menunjukkan
kerajaan amat peka dan mengiktiraf anggota tentera serta
veteran kerana yang telah pencen sejak 1 Januari 2013
turut diluluskan kenaikan band secara one off ini bagi
pengiraan faedah persaraan.
-
KESIMPULAN DAN HARAPAN
18 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
-
19Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Saya berdiri di hadapan semua hari
ini, untuk menyatakan bahawa,
sekalipun kita akan berhadapan
dengan tahun yang sukar, kita
boleh menghadapinya. Kita boleh
menjayakan segala apa yang telah
kita rancang ini. Asalkan ada iltizam
politik, kita mampu melakukannya.
Kerana, di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.
Tetapi yang saya minta, kita
rapatkan barisan kita. Kita pamerkan
nilai kebersamaan yang kuat. Kita
serlahkan perasaan nekad untuk
menuju satu hala tuju yang sama.
Segala cabaran dan dugaan itu
sudah menjadi lumrah. Kita tidak
akan dapat lari daripadanya.
Sebaliknya, segala-galanya akan kita
lalui dan tempuhi dengan cemerlang.
Dengan saling berkomunikasi, dengan
saling mendukung satu sama lain.
Bak kata ungkapan Inggeris,: the
devil is in the details, and in dealing
with the details, our main challenge is
implementation and communication.
Sebab itulah, antara cabaran yang kita
hadapi selepas ini ialah bagaimana
kita dapat pastikan pelaksanaan
teras-teras yang saya sebutkan tadi
dapat berjalan lancar.
Dan memastikan bahawa ia dapat
disampaikan kepada orang ramai
dengan telus dan benar. Kerana politik
memecah belah, politik menuding jari,
politik menyuntik kebencian, politik
yang melaga-lagakan, semata-mata
untuk keseronokan atau pemikiran
yang sempit, tidak boleh dibenarkan
membelenggu core business MINDEF,
iaitu memastikan keselamatan dan
keharmonian masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama ini.
the devil is in the details, and in dealing with the details, our main challenge is implementation and communication.{
-
20 Perutusan Khas Tahun
Baru 2016
Dan atas sebab itu jugalah, hari ini, dalam keadaan ekonomi
yang mencabar, dalam landskap politik yang penuh
dengan kebencian, marilah kita sama-sama membulatkan
tekad dan azam. Bahawa, selaku anggota ATM, selaku
warga MINDEF, selaku veteran-veteran yang telah banyak
berkorban selama ini, kita akan cekal menyampaikan
mesej yang sejelas-jelasnya kepada rakan-rakan lain,
bahawa MINDEF is on the move.
MINDEF berada di atas landasan yang betul dan setiap
pemimpin yang berada di hadapan saya ini telah berikrar
dan bertekad untuk bersama-sama menjayakannya. Ini
janji saya sebagai MenHan kepada tuan-tuan dan puan-
puan sempena tahun baharu ini.
Dan untuk makluman semua, Unit Hala Tuju (UHT)
MINDEF telah pun disediakan oleh Dato Seri KSU.
Pusat Komunikasi Strategik (PKS) MINDEF juga telah kita
siapkan.
Melalui UHT dan PKS ini, kita akan terus membuat
pemantauan dan membuat pemeriksaan-pemeriksaan
tergempar supaya projek-projek yang telah kita persetujui
bersama berjalan mengikut jadual.
Berwaspadalah pihak industri yang tidak menunaikan janji
mereka kepada kita. Masa senang dahulu, merekalah yang
banyak membuat keuntungan. Banyak duit telah disalurkan
kepada pihak industri. Inilah masa mereka menunjukkan
kepada kita bahawa mereka juga memikul tanggungjawab
sosial, dan tanggungjawab kepada MINDEF dan ATM.
Dan saya tiada kompromi dalam perkara ini. UHT kita akan
memantau mereka secara dekat. Dan saya sendiri akan
terus turun ke padang, berjumpa anggota kita sehingga ke
peringkat akar umbi.
Ini tidak akan menjadi masalah. Malah baru-baru ini,
semangat Iban Trekkers dan Sarawak Rangers masih
lagi membara di dalam sanubari MenHan, tuan-tuan dan
puan-puan.
Kita telah ke sempadan di Sarawak, untuk melihat
kesiapsiagaan kita. Lawatan ke pos gabungan ATM dan
ATNI di Kem Biawak, penubuhan Briged Sempadan yang
baharu (31 Briged Sempadan), pelaksanaan Program Jiwa
Murni di Lubuk Antu, perjumpaan dengan anggota di Kem
Penrissen, pertemuan dengan anggota veteran ATM dan
lain-lain lagi.
Kesemua ini adalah sekadar permulaan. Ia akan semakin
rancak. Semakin kerap dan semakin banyak.
Jadi, hanya satu yang saya pinta. Iaitu, keyakinan,
kesungguhan dan semangat tuan-tuan dan puan-puan
untuk terus bersama-sama dengan saya. Boleh?
Pastikan bahawa hala tuju 2016 MINDEF ini dapat
dijayakan. Boleh?
Sesungguhnya, semangat yang berkobar-kobar, yang tidak
pernah luntur, yang tidak pernah pudar ini, mempunyai
hanya satu matlamat. Iaitu untuk menjadi bekal
menjalankan tugas kita sebagai pemimpin, sama ada di
MINDEF, di ATM atau di peringkat industri.
Dan sebab itulah saya berterima kasih kepada tuan-tuan
dan puan-puan yang telah berkhidmat dengan setia selama
ini. Terima kasih kerana berkhidmat dengan ikhlas. Terima
kasih kerana berkhidmat dengan bersungguh-sungguh.
Terima kasih kerana tidak lokek ilmu, kerana sentiasa
berkongsi dan saling membantu. Dan terima kasih kerana
sanggup berkorban untuk MINDEF dan negara. Terima
kasih atas segala-galanya.
-
21Perutusan Khas Tahun Baru 2016
Selamat Tahun Baru 2016
Saya tidak dapat bayangkan masa depan Kementerian
ini dan keselamatan negara kita, tanpa kakitangan yang
komited seperti anda semua.
Marilah kita bersama-sama menjadikan 2016 tahun
terbaik perkhidmatan kita.
Biar semangat dan pengorbanan kita merebak ke seluruh
pelusuk negeri.
Biar ia marak membakar, menjadi gelombang semangat yang luar biasa. Biarpun bermula sebagai
gelombang yang kecil. Saya yakin, pada penghujung tahun
nanti, gelombang kecil ini akan menjadi tsunami besar yang
membuktikan bahawa MINDEF adalah kementerian yang terbaik
dalam kabinet negara ini.
Saudara saudari, itulah pesanan saya untuk tahun ini.
Saya harap bahawa setiap yang mendengar pesanan
saya ini memahami apa yang terpaksa dipikul oleh setiap
mereka yang berada dan bergelar ahli dalam keluarga
besar ini.
Dan akhir sekali, marilah kita bersama-sama berdoa
agar apa yang kita rancang ini akan diberkati, dirahmati
Allah s.w.t. dan apa yang kita lakukan ini, tidak ada
kepentingan lain. Biarlah hanya keikhlasan yang
mengiringi tanggungjawab dan amanah yang kita semua
pikul demi agama, bangsa dan negara ini.