MONOGRAF
MELAKA KE ARAH NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
PLANMalaysia@Melaka
Perancangan Melangkaui Kelaziman Planning Beyond Conventional
http://www.jpbdmelaka.gov.my
Tahun Terbitan : 2016
Kandungan
Ucapan YAB Ketua Menteri Melaka 1 Prakata Pengarah 2 PENGENALAN 1.0 TUJUAN 3 2.0 SKOP 3 3.0 APA ITU TEKNOLOGI HIJAU 4 4.0 MELAKA NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU 5 - Inisiatif Pelaksanaan Bandar Teknologi Hijau 7 5.0 MELAKA MELANGKAH KE ARAH BANDAR TEKNOLOGI HIJAU 5.1 Melaka World Solar Valley 8 5.2 Pembangunan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya 11 5.3 Pengangkutan Berasaskan Teknologi Hijau 14
Apa itu Pengangkutan berasaskan Teknologi Hijau
Dasar Pengangkutan Hijau
Pengangkutan Elektrik
Inisiatif Pelaksanaan Dasar Pengangkutan Hijau
Berbasikal & Berjalan Kaki
“Water Teksi” Sg. Melaka
Sistem Monorel Di Melaka
Konsep Perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT)
5.4 Pelupusan Sisa Berteknologi Hijau (Waste Eco Park) 19
Program Biodiesel Melaka
Program Pengasingan Sisa Pepejal
Program Melaka Tanpa Polistrin
Program Melaka Tanpa Beg Plastik
Program Melaka Bebas Asap Rokok
5.5 Pengezonan Kawasan Hijau 26
Kejiranan Hijau
Melaka Green Seal
Bangunan Hijau
Smart Home
Solar Elektrik
5.6 Industri Berteknologi Tinggi 30 5.7 Penambakan Laut Ke Arah Pembentukan dan 32 Pemeliharaan Pantai 5.8 Konsep Pembangunan Perbandaran Baharu 34 Secara TOD Ke Arah Bandar Teknologi Hijau 5.9 Pembangunan Sektor Petanian Berdasarkan 36 Teknologi Hijau 5.10 Pengekalan Kawasan Tadahan Air 37 5.11 Green Gorvenance 38 ( Tadbir Urus Negeri Berteknologi Hijau)
ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN LAMPIRAN
Ucapan YAB Ketua Menteri Melaka
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 1
“ It is with great pleasure that I introduce the Green City Action Plan for Melaka. This plan reflects Melaka’s long-term commitment to
pursue low carbon growth, improve environmental quality and strengthen economic competitiveness “
Melaka Green City Action Plan 2014
YAB DATUK SERI UTAMA IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON KETUA MENTERI MELAKA
Pada tahun 2010, Negeri Melaka telah mencapai status maju, mampan dan diiktiraf sebagai negeri
bandar menerusi pengukuran 32 indikator oleh badan OECD dan MURNInet. Pencapaian status
tersebut memberi kelebihan dan kekuatan (Niche) yang unik kepada Melaka untuk terus me-
nyumbang kepada pencapaian wawasan negara menjelang 2020. Berdasarkan kelebihan ini
(competitive advantage), Kerajaan Negeri telah menetapkan Misi Negeri Melaka menjelang tahun
2020 dengan memberi penekanan kepada tiga objektif iaitu mempertingkat pencapaian sebagai
negeri maju (Developed State), memperkukuh status negeri bandar (City State) dan meningkatkan
status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau (Green Technology State).
Selaras dengan slogan “Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau” maka tidak
hairanlah mengapa konsep ini dipilih untuk menggambarkan hasrat dan misi tersebut. Matlamat
Kerajaan Negeri Melaka memilih konsep “Negeri Bandar Teknologi Hijau” haruslah difahami oleh
setiap rakyat di negeri ini kerana di dalamnya tersirat pesanan penting untuk dihayati. “Kita tidak
mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, sebaliknya, kita meminjamnya daripada cucu cicit
kita." Bumi ini tidak ada penduanya. Begitu juga dengan Melaka, hanya satu. Ekosistem yang sihat
merupakan penentu kepada kesejahteraan rakyat fizikal ekonomi Negara.
Prakata Pengarah Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana PLANMalaysia@Melaka berjaya menerbitkan
monograf ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak dan jabatan yang terlibat monograf kali ini memaparkan
perancangan dan program program untuk menjadikan negeri melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau
selaras dengan wawasan kerajaan negeri sebagai pengisian menuju kearah Melaka Maju Fasa ke 2.
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) melalui Seksyen 2B(1)(b) memperuntukkan tugas
Pengarah Perancang Bandar dan Desa termasuklah untuk menyiarkan laporan, buletin, perangkaan, monograf
dan terbitan lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya. Penyediaan
monograf ini merupakan salah satu langkah Jabatan ini untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Siri terbitan monograf ini merupakan satu bahan rujukan yang disediakan secara khusus dan mengikut sesuatu
subjek secara terperinci untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan di dalam bidang perancangan bandar
dan desa dan bidang-bidang yang berkaitan untuk meningkatkan lagi kefahaman dalam aspek perundangan,
prosedur dan amalan-amalan perancangan bandar dan desa menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172).
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 2
ENCIK MOHD FAIDZAL BIN HAMZAH PENGARAH PLANMalaysia@Melaka
TUJUAN
Monograf ini disediakan bertujuan untuk dijadikan medium rujukan dan panduan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap teknologi hijau di Melaka dan pada masa yang sama juga untuk memberi gambaran sebenar kemajuan masa hadapan Negeri Melaka kepada masyarakat Negeri Melaka umumnya dan seluruh rakyat Malaysia khasnya.
tujuan skop &
SKOP
Skop penyediaan monograf ini adalah untuk menjelaskan program-program yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Melaka dalam mencapai inspirasi Melaka Maju Fasa II dan Negeri Bandar Teknologi Hijau Menjelang 2020
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 3
Bandaraya Hijau merujuk kepada bandaraya yang menjaga kemampanan, ekonomi yang berkembang, memelihara keadilan sosial dan memelihara sistem semula jadi bumi. Strategi untuk memastikan Negeri Melaka meningkatkan status negeri Bandar teknologi hijau menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau hendaklah mematuhi tujuh teras utama berikut :-
i. Penggunaan tenaga yang mesra alam dan berhemah. ii. Pengurusan sisa pepejal berdasarkan amalan kitar semula. iii. Reka bentuk perbandaran yang mesra alam. iv. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bandar. v. Sistem pengangkutan yang efisien lagi bersih. vi. Penjagaan kesihatan alam sekitar. vii. Pengurusan dan penggunaan air secara berhemah.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 4
BANDARAYA HIJAU
Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada
alam sekitar
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi Negara melalui
penggunaan teknologi.
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Ianya perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau
(GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Apa itu Teknologi HijauTeknologi Hijau
Negeri Bandar Teknologi Hijau merupakan strategi utama Kerajaan Negeri Melaka. Ini bersesuaian dengan hasrat Negara Malaysia yang akan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dengan mengambil langkah dan indikator pengurangan sehingga 40% pada tahun 2020 . Bermula tahun 2005, Negeri Melaka telah mensasarkan pengurangan intensity karbon diperingkat negeri kepada 0.27 dan dijangka diturunkan sebanyak 40% kepada 0.16 CO2 eq per GDP pada tahun 2020.
Negeri Bandar TEKNOLOGI HIJAU
Sumber : Draf RSN Melaka 2032
Negeri Melaka pada amnya mensasarkan beberapa inisiatif untuk mencapai negeri maju yang mengambilkira kemampanan alam sekitar bagi mencapai hasrat sebagai “ Negeri Bandar Teknologi Hijau: iaitu:
i. Sasaran penurunan karbon intensiti sebanyak 40 % kepada
0.407 CO2 eq / GDP sebagaimana dijelaskan di atas sebagai menyahut janji dan ikrar kerajaan di Copenhagen Accord COP15, pada tahun 2009.
ii. Tindakan diperingkat antarabangsa berkaitan inisiatif
pembangunan mampan dan berkarbon rendah menjadi agen-da utama. Pada tahun 2010 di COP16, Cancun Agre-ment, Kerajaan Malaysia berusaha menggunapakai kaedah GBI Indeks Bangunan Hjau. Pada tahun 2011, Kerajaan telah melancarkan MURNInet, Low Carbon Cities Framework, GBI Township, dan Blueprint Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau. Oleh itu sasaran Kerajaan Negeri Melaka telah menjadi sasaran nasional yang perlu dipatuhi.
iii. Menerusi rajah dibawah Kerajaan Negeri mensasarkan
pembangunan ekonomi yang berasaskan ekonomi karbon rendah. Jejak Karbon (Carbon Foot Print) yang dianggarkan pada tahun 2020 adalah 7.68 mt CO2 eq, berbanding 8.95 mt.
iv. UAE (Urban Environmental Accords) memfokuskan kepada 7
sektor dan 21 inisiatif hijau yang mengambilkira perubahan iklim dalam teknologi hijau. Tujuh bidang tersebut iaitu; i) Tenaga, ii) Pengurusan sisa, iii) Rekabentuk Bandar, iv) Persekitaran Bandar, v) Pengangkutan, vi) Kesihatan persekitaran dan vii) Air yang dibahagikan kepada 21 sub-sector dan 152 indikator pengukuran. Kesemua indikator dan bidang yang ditentukan ini akan cuba di-adaptasi bagi memastikan Melaka mencapai taraf Bandar Teknologi Hijau.
v. Kerajaan negeri juga telah cuba merealisasikan Melaka
Green City Action Plan (GCAP) bagi mencapai sasaran Bandar rendah karbon. Bagi memastikan sasaran ini tercapai, perkara ini telah diperincikan dalam Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035
Bagi merealisasikankan matlamat negeri Bandar teknologi hijau ini RSN Melaka telah membentuk halatuju strategi pembangunan Negeri Melaka iaitu seperti dijadual di sebelah.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 5
MELAKA
HALA TUJU STRATEGIK TINDAKAN STRATEGIK
1. Pengurusan Air Pengawasan laluan/ lembangan air dipusat bandar. Bagi mengelakkan pencemaran.
Pemantauan kualiti air marin.
Pengawalan aktiviti industri agar tidak menjejaskan kualiti sumber air.
Pengurusan kitaran air bersepadu bagi memastikan kualiti sumber bekalan air yang baik.
2. Kecekapan Tenaga dan Tenaga yang Boleh Diperbaharui
Mewujudkan pembangunan yang rendah karbon serta mengurangkan kesan rumah hijau (green house effect).
Menggunapakai teknologi hijau dalam reka bentuk bangunan, pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan.
Menggunapakai inisiatif Green City Action Plan (GCAP) bagi mengurus, merancang, mengawal kemampanan alam sekitar.
Penggunaan kuasa solar sebagai sumber tenaga di kemudahan-kemudahan milik PBT seperti lampu jalan, perhentian bas dan sebagainya.
Menggalakkan penggunaan tenaga biogas dan bio jisim di kawasan tertentu.
Mematuhi kriteria-kriteria didalam pelaksanaan„Clean Development Mechanism (CDM) serta mengkaji tentang pelaksanaan “Carbon Trading ‟.
3. Pengangkutan Hijau Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam jenis mesra alam seperti bas elekrik, high speed rail, LRT danMRT.
Menggalakkan penggunaan kenderaan jenis hybrid bagi kenderaan persendirian.
Menggalakkan program seperti„car-free day‟ terutamanya dikawasan bandar
4. Sifar Sisa Pengurusan sisa pepejal dan pembuangan sampah dengan cara yang lebih efisien melalui aplikasi sistem„waste eco-park‟.
Menggalakkan konsep kitar semula disetiap peringkat.
5. Pengurusan Sumber Semula Jadi Pengurusan berasaskan kemampanan bagi kawasan Bandar dan berpenduduk tinggi.
Kawasan kawasan cadangan tambakan laut memerlukan kajian terperinci dan memerlukan pelan pengurusan.
Mengambilkira kawasan KSAS dalam cadangan pembangunan.
Pengekalan kawasan hutan simpan dan rezab mergastua.
Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berciri warisan.
Pengekalan kawasan pertanian strategik.
6. Pengukuhan Pusat-pusat Daerah / PBT Kemudahan asas, awam berkualiti.
Taman Bandar.
Pembaikan kemudahsampaian dan pengangkutan awam.
Mengenalpasti kawasan pusat Bandar dan had pembangunan bandar.
dentiti/ imej bandar utama.
7. Pertumbuhan Perbandaran Baharu Be-rasaskan KonsepTOD, Compact City dan Smart Growth
Pembangunan lebih padat tetapi berdaya huni.
Pembangunan perniagaan berasaskan hierarki, permintaan dan keperluan.
Pengawalan rebakan bandar.
Pengurusan kawasan tambakan laut agar boleh dibangunkan dengan efisien.
Mengoptimum kawasan pembangunan semasa terutama kawasan Bandar yang memerlukan pembangunan semula, kawasaninfill dan kawasan brownfield.
Berikut adalah inisiatif pelaksanaan bagi melaksanakan dasar :
1. Mempromosikan konsep Imej Bandar Teknologi Hijau di kalangan orang awam melalui :
i. Memberikan pendidikan dan memupuk minat masyarakat tentang
penggunaan teknologi hijau di pelbagai peringkat. ii. Mengadakan program kesedaran bahawa teknologi hijau amat penting
dalam mengekalkan sumber alam semula jadi.
2. Pengurusan dan penyediaan kemudahan Bandar yang menyokong aktiviti teknologi hijau secara berperingkat.
i. Penyediaan lorong basikal dan lorong pejalan kaki yang strategik ii. Penambah bilangan pokok di kawasan lingkaran hijau. iii. Menanam semula pokok teduhan di kawasan perumahan lama. iv. Menggalakkan penanaman pokok jenis edible di persekitaran taman
perumahan melalui pengurusan landskap dan sokongan amalan teknologi hijau
3. Menguatkuasakan Konsep Bandar Teknologi Hijau
i. Menggalakkan reka bentuk binaan bangunan baharu menggunakan konsep teknologi hijau dari segi pengudaraan, pencahayaan dan penjimatan tenaga.
ii. Menggalakkan penggunaan tenaga solar bangunan iii. Mengaplikasi penggunaan teknologi hijau di kawasan pelancongan dan
tapak warisan iv. Mengelakkan penebangan pokok bakau di pinggir sungai dan pantai
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 7
Sumber : Draf RSN Melaka 2032
INISIATIF PELAKSANAAN BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
MisiMisi
1.1. Menyediakan sebuah kawasan lembah suria yang mengaplikasikan tenaga suria Menyediakan sebuah kawasan lembah suria yang mengaplikasikan tenaga suria
sebagai alternatif utama di dalam aktiviti perbandaran untuk semua sektor di samping sebagai alternatif utama di dalam aktiviti perbandaran untuk semua sektor di samping
menggalakkan penggunaan tenaga alternatif yang lain di dalam kawasan seluas menggalakkan penggunaan tenaga alternatif yang lain di dalam kawasan seluas
7,154.95 hektar. 7,154.95 hektar.
2. Mewujudkan satu rantaian yang menyeluruh (2. Mewujudkan satu rantaian yang menyeluruh (complete chaincomplete chain) industri teknologi hijau ) industri teknologi hijau
khususnya tenaga suria yang akan memberikan faedahkhususnya tenaga suria yang akan memberikan faedah--faedah secara langsung dan faedah secara langsung dan
tidak langsung kepada matlamat pembangunan yang mapan dan sosiotidak langsung kepada matlamat pembangunan yang mapan dan sosio--ekonomi ekonomi
tempatan. tempatan.
Melaka World Solar Valley telah dikenalpasti didalam RTD Alor Gajah yang mana terletak di dalam Blok Perancangan 4 : Rembia – Melaka Pindah. Meliputi 6 mukim iaitu Mukim Melaka Pindah, Mukim Beringin, Mukim Parit Melana, Mukim Belimbing, Mukim Sg. Petai dan Mukim Rembia berkeluasan 7,154.95 hektar.
Visi Visi
""Mewujudkan pembangunan bandar teknologi hijau bertaraf dunia yang berteraskan Mewujudkan pembangunan bandar teknologi hijau bertaraf dunia yang berteraskan
tenaga suria menjelang tahun 2020" tenaga suria menjelang tahun 2020"
5.1 Melaka World Sollar Valley
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 8
Sumber : Draf Akhir RKK Solar Vealley
Pelan Lokasi Kawasan Melaka World Solar Valley
Pelan Gunatanah Semasa Kawasan Melaka World Solar Valley
Konsep pembangunan MWSV adalah sebagai Model Bandar Tenaga Suria yang berteraskan tiga (3) prinsip utama.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 9
KONSEP PEMBANGUNAN MELAKA
WORLD SOLAR VALLEY
8 Indikator Utama Pembangunan Melaka World Solar Valley
a. Bandar Inovatif Tenaga
Pengurangan kadar penggunaan tenaga elektrik konvensional melalui rekabentuk suria
pasif dan teknologi suria aktif.
Mempromosi dan menggalakkan teknologi bumbung suria PV.
Penyediaan energy efficiency and green technology infrastructure untuk menggalakkan
penggunaan system yang boleh menggunakan tenaga secara berkesan iaitu pembinaan satu sistem tenaga berpusat yang dapat dikongsi bersama oleh beberapa komuniti berhampiran seperti ‘”District Cooling System” (DCS).
Memperkenalkan projek perumahan suria
Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap tenaga suria.
b. Industri Teknologi Suria
Mengiktiraf MWSV sebagai hub industri suria dan memangkin pertumbuhan industri hiliran
pembuatan sel dan panel suria
Pembangunan teknologi suria yang dinamik melalui kemudahan Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) Teknologi Suria C. Perbandaran Mampan
Menggalakkan pembangunan mampan serta memelihara alam sekitar melalui pelaksanaan
pembangunan kejiranan hijau dan bangunan hijau
Fokus aplikasi teknologi suria dan bangunan hijau pada kemudahan-kemudahan atau
bangunan-bangunan kerajaan terlebih dahulu
Reka bentuk kejiranan yang mengutamakan ciri-ciri walkability and connectivity melalui
penyediaan laluan pejalan kaki dan sikal yang jelas
Projek Pembangunan Masjid Daerah Tun Khalil
Projek Pembangunan Research Development Innovation Commercialization Park (RDIC Park)
Cadangan District Cooling sistem (DCS) di RDIC Park
CADANGAN KOMPONEN UTA-MA PEMBANGUNAN MWSV
Rekabentuk Imej dan Landskap Pekan Rembia
Rekabentuk Imej dan Landskap Kawasan Perindustrian Rembia
CADANGAN REKABENTUK IMEJ BANDAR DAN LANSKAP
Cadangan sistem pengangkutan awam dan swasta berasaskan teknologi suria / hijau
Cadangan rangkaian laluan sikal / pejalan kaki
Cadangan kemudahan infrastruktur sokongan pengangkutan
Cadangan penggunaan lampu jalan LED / suria
Cadangan Solar EV Charging Station
Cadangan Tempat Letak Kenderaan Aplikasi Tenaga Suria
CADANGAN SISTEM
PENGANGKUTAN MWSV
CADANGAN KOMPONEN PEMBANGUNAN MWSV
Cadangan Aplikasi Teknologi Suria di R&R Rembia
Cadangan Aplikasi Teknologi Suria di Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah
CADANGAN GARAPAN
TEKNOLOGI SURIA / HIJAU BAGI PMBANGUNAN SEDIADA
Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah boleh diubahsuai dengan membuat rekabentuk retrofit “mount on” photovoltaic suria pada bumbung sekolah (dicadangkan pada Blok A) atau pada “canopy” bangunan.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 10
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 11
5.2
Bandar Hijau Hang Tuah Jaya terletak di bawah pentadbiran Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya yang meliputi 3 kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Ayer Keroh, DUN Durian Tunggal dan Dun Bemban.
Keluasan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya ialah 5,152 ekar iaitu
merangkupi keseluruhan Blok Perancangan 5 (BPK5.1 dan BPK 5.2) di dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2025
Salah satu projek dalam Pelan Tindakan Hijau Negeri Melaka
(MGCAP) adalah pembangunan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya. Projek berkenaan merupakan pembangunan PERTAMA di luar Putrajaya dan Cyberjaya menggunakan konsep teknologi hijau.
Dalam DRSNM 2035 telah mengenalpasti salah satu projek berimpak
tinggi dibawah Teras 2: Melaka Negeri Berteknologi Hijau iaitu Mewujudkan Bandar Dan Pembangunan Rendah Karbon Bagi Mengurangkan Pembebasan Gas Rumah Hijau
Pensijilan Bangunan Hijau
Penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui
Pengangkutan Hijau
Konsep Bandar dalam Taman
Pengurusan sisa pepejal dan konsep kitar semula
Membangunkan komuniti hijau (polisi hijau untuk penghuni bandar)
CIRI-CIRI UMUM BANDAR HIJAU HANG TUAH JAYA
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 12
Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka pada 16 Mei 2011 bagi merealisasikan visi Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020 yang di-pengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Di peringkat Kera-jaan Persekutuan, Majlis Teknologi Hijau Negara dan Peru-bahan Iklim pula dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malay-sia. Antara fungsi penubuhan majlis ini adalah untuk membentuk polisi, dasar, matlamat dan strategi,menetapkan garis panduan, melaksana program serta merancang dan memantau pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka. Berhubung dengan perkara ini, Pembangunan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya telah dipilih sebagai model Bandar Hijau pertama di Negeri Melaka. Jika dahulunya dikenal sebagai Bandar Pendidikan dan Kesihatan ( Medical & Education City), kini ia lebih tersergam dengan panggilan Pembangunan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya. Berkeluasan 5,152 ekar ia berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Pelan Induk Bandar Hijau
5,152 ekar
keluasan baru
3,549 ekar
keluasan asal
Pusat Rehabilitasi Perkeso
Solar Farm Gading Kencana
Rumah Citra Kasih
Projek Utama Bandar Hijau
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 13
KONSEP PEMBANGUNAN BANDAR HIJAU
APA ITU PENGANGKUTAN BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU ?
Satu sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti
iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
MERANGSANG PENGGUNAAN MOD PENGANGKUTAN AWAM YANG RENDAH KARBON DAN BERTEKNOLOGI HIJAU
1. Meningkatkan penggunaan pengangkutan awam seperti BRT, Sistem LRT & MRT sebagai mod pengangkutan utama.
2. Menyediakan insentif kepada pengendali pengangkutan awam yang menggunakan kenderaan rendah karbon dan teknologi hijau sepert i bas
elektrik.
3. Menggalakkan penggunaan kenderaan persendirian rendah karbon dan meningkatkan kemudahsampian pejalan kaki dan basikal
4. Menggalakkan penggunaan kenderaan persendirian rendah karbon seperti insentif kepada penduduk yang menggunakan kereta hibrid dan kere-ta elektrik.
5. Menyediakan kemudahan stesen pengecas kereta elektrik diperluas dan disediakan di lokasi strategik seperti berikut :
Pusat Membeli Belah
Pejabat Kerajaan
Sekolah & Institut Pengajian Tinggi
Stesen Minyak
Masjid dan Dewan Serbaguna
Stadium dan Kompleks Sukan
Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) dan Plaza Tol.
6. Menggalakkan penggunaan bahan api alternatif NGV dan CNG bagi kenderaan kerajaan, kenderaan awam dan persendirian.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 14
5.3 PENGANGKUTAN BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU
Meransang penggunaan mod pengangkutan awam yang rendah karbon dan berteknologi hijau.
Menggalakkan penggunaan kenderaan persendirian
rendah karbon dan meningkatkan kemudahsampaian
pejalan kaki dan basikal
Memastikan pembangunan sistem perhubungan dan
pengangkutan menuju ke arah pengangkutan hijau
1
2
3
DASAR PENGANGKUTAN HIJAU
Sumber : Draf RSN Melaka 2032
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 15
Inisiatif kerajaan negeri dalam merealisasikan dasar hijau negeri serta ke arah pengurangan intensiti karbon sebanyak 40% telah membawa kerajaan negeri Melaka untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik maka tidak hairanlah sekiranya Melaka merupakan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai stesen pengecas kenderaan elektrik yang tersendiri. Pada tahun 2013 pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik telah dilancarkan oleh Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETHA) dan Malaysia Green Technology Corporation. Stesen pengecas kenderaan elektrik tersebut dibawa masuk ke Negeri Melaka oleh pihak First Energy Network yang beralamat di Petaling Jaya, Selangor. Pada 6 Januari 2014 pula, Majlis Pelancaran bas elektrik pertama Negeri Melaka telah diadakan dengan jayanya oleh Y.A.B Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka. Bas elektrik yang menggunakan sistem elektrik sepenuhnya ini merupakan keluaran Syarikat BYD dari
China dan dibawa masuk ke Malaysia oleh Syarikat AMDAC.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 16
PENGANGKUTAN ELEKTRIK
INTENSITI KARBON
404040%
Bas Elektrik Pertama Negara
WATER TAXI WATER TAXI SUNGAI MELAKA SUNGAI MELAKA
Sumber : Draf RSN Melaka 2032
Menggalakkan penggunaan basikal terutamanya di kawasan pusat Bandar dan
kawasan pelancongan.
Penyediaan Pelan Induk Laluan Basikal dan Laluan Pejalan Kaki yang selamat dan
komprehensif.
Menyediakan perkhidmatan basikal elektrik sewa dengan penggunaan kad akses.
Memperbanyakkan kempen dan pendedahan kebaikan berbasikal terutamanya dari
segi kesihatan.
Penyediaan laluan basikal yang dapat menghubungkan kawasan perumahan terus
ke kawasan tumpuan dan pusat pengangkutan awam lain (penggunaan basikal pintu ke pintu).
Memudahkan penggunaan basikal dengan penyediaan pusat sewaan basikal dan
tempat letak kenderaan yang mencukupi di stesen-stesen BRT.
Dalam konteks Negeri Melaka , Melaka River Cruise di Sungai Melaka boleh
dinaiktaraf bukan hanya sebagai tarikan pelancongan malah sebagai
pengangkutan air yang boleh menjadi alternatif kepada pengangkutan sedia
ada. Kajian kemungkinan teksi air Sungai Melaka untuk menghubungkan
kawasan pembangunan tambak laut dan terminal Melaka Sentral boleh
dilaksanakan.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 17
Sistem monorel dirancang sebagai satu lagi alternatif pengangkutan awam di dalam bandar di samping sebagai daya tarikan bagi pelancong untuk menikmati pemandangan dan keindahan kawasan warisan di Bandar Melaka. Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak bersebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Keluasan se-tiap stesen monorel ini ialah 2,500 kaki persegi.
Sistem Monorel Sistem Monorel
di Melakadi Melaka
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 18
KONSEP PERKHIDMATAN BUS RAPID TRANSIT (BRT)
Mewujudkan BRT yang menyokong ‘park & ride’ dan berorentasikan pelanggan iaitu dengan ;
Mewujudkan laluan khas bas bagi memendekkan masa
kembara dan berdaya saing dengan pengangkutan persendirian.
Menurun dan mengambil penumpang dengan pantas dan
sistematik.
Terminal dan stesen BRT yang bersih, selamat dan selesa.
Menyediakan maklumat perjalanan, tambang dan peta
laluan bas yang jelas melalui aplikasi telepon pintar.
Kawasan liputan perkhidmatan BRT dilebarluaskan dengan
Konsep Perkhidmatan BRT adalah perkhidmatan bas yang disediakan dengan pengasingan laluan bas dengan laluan kenderaan bermotor yang lain (laluan khas). Sama seperti konsep LRT, tetapi ia melibatkan bas. Ini bertujuan mempercepatkan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya menjadi pilihan pengguna untuk perjalanan ke tempat kerja dan sebagainya. Komponen BRT adalah :-
Bas
Laluan Khas Bas
Bagi setiap tempat perhentian perlu disediakan :-
Stesen
Jejantas
Terdapat dua jenis laluan BRT yang boleh dilaksanakan di Melaka iaitu :-
Berada di rizab jalan sedia ada (di bahagian tengah jalan)
Berada di atas (konsep sama seperti LRT)
Menyediakan peluang aktiviti kitar semula sebagai
“waste to wealth” sebagai industri sokongan dalam membantu meng ia tkan ekonomi dan mengurangkan kadar pelupusan sisa pepejal.
Mewujudkan pusat pengumpulan sisa kitar semula
dan diselenggara oleh satu badan pengurusan sama ada NGO atau kerajaan.
Menjadikan tapak pelupusan sisa pepejal kepada “Waste Eco-Park”di mana tapak tersebut lebih
tertumpu kepada pengurusan sisa yang tidak boleh dikitar semula seperti sisa makanan untuk diproses untuk menjadi baja atau sebagainya yang lebih mesra alam.
Menyediakan sistem “spiral” dan “vacum chamber” bagi sistem pungutan sisa pepejal daripada
rumah kepada pusat pengumpulan sisa pepejal.
Menyediakan peluang aktiviti kitar semula sebagai “waste to wealth” sebagai industri sokongan
dalam membantu mengiatkan ekonomi dan mengurangkan kadar pelupusan sisa pepejal.
Mewujudkan pusat pengumpulan sisa kitar semula dan diselenggara oleh satu badan pengurusan
sama ada NGO atau kerajaan.
Tapak Pelupusan Baru Sisa Pepejal Sg. Udang
CADANGAN TAPAK PENGURUSAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL
60% daripada
jumlah sisa pepejal akan melalui rawatan “material recovery facilities” (MRF).
30% daripada
jumlah sisa pepejal kitar semula daripada sumber
10% daripada
jumlah sisa pepejal akan dirawat menerusi i nc i n e ra t o r b ag i pelupusan sisa pepejal.
STRATEGIK TAHAP SIFAR
SISA PEPEJAL
Sumber : Draf RSN Melaka 2032
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 19
5.4 PELUPUSAN SISA BERTEKNOLOGI HIJAU (Waste Eco Park)
Monograf PLANMalaysia@Melaka | Sumber : Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
Program Biodiesel Melaka merupakan projek komuniti hijau yang dimulakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi menguruskan sisa minyak masak dan menggalakkan penggunaan biodiesel dalam sektor pengangkutan. Program ini telah dilancarkan pada 22 November 2011 oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
Objektif program ini adalah untuk mengurangkan ‘Carbon Footprint’ dalam
sektor pengangkutan di Melaka melalui penggunaan biodiesel pada kender-
aan, penjana elektrik dan mesin. Selain itu, ia juga untuk mewujudkan
kesedaran tentang kemudaratan kesihatan tentang kemudaratan kesihatan
akibat penggunaan minyak masak kitar semula serta mengenengahkan
isu-isu halal yang mungkin timbul daripada minyak masak kitar semula yang
diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak dapat dikenal pasti.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 20
MENGAPA BI-
ODIESEL PENTING UNTUK
ALAM SEKITAR
Sumber : Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
Asap Biodiesel adalah 90% lebih rendah toksik berbanding
petro-diesel yang mengurangkan kesan kesihatan seperti asma dan kanser paru-paru.
Biodiesel adalah keluaran tempatan yang membantu ekonomi
negeri dan membuka peluang pekerjaan.
Biodiesel boleh menjimatkan perbelanjaan. Enjin yang
menggunakan Biodiesel didapati kurang kos penyelenggaraan dan dapat berfungsi dengan lebih efisien.
Biodiesel boleh meningkatkan jangkahayat enjin kerana
kualliti pelinciran yang lebih baik. Ia boleh menggantikan sulphur iaitu enjin pelincir didalam diesel-petrol yang juga
terkandung dalam hujan asid.
Biodiesel adalah lebih selamat kepada
pengangkutan kerana mempunyai high flash point atau ignition temperature iaitu 300 degrees F berbanding 12 degrees F.
Enjin yang menggunakan Biodiesel adalah
sama ‘fuel mileage dengan diesel-petrol. Auti ignition fuel consumption, power output dan engine torque juga adalah sama.
Biodiesel mengeluarkan bau yang lebih baik
dari diesel-petrol.
Biodiesel adalah sumber bahan api yang nyata.
Ianya diiktiraf oleh EPA sebagai satu-satunya alternative bahanapi yang berjya mencapai ‘Tier I and Tier II Health Effects Testing under the Clean Air Act.
Biodiesel boleh disimpan dimana-mana seperti
diesel-petrol.
Biodiesel boleh digunakan dengan atau tanpa
campuran diesel-petrol.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 21
Bermula pada 1 September 2014, SWM
akan mula mengimplementasi sistem baru
kutipan sisa pepejal di kawasan Majlis
Perbandaran Jasin (MPJ) Pihak konsesi
SWM Environment Sdn Bhd (SWM) telah
mula melaksanakan sistem baru kutipan
sisa pepejal secara berperingkat bermula
di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
pada 1 September 2013 dan Majlis
Perbandaran Alor Gajah pada 1 Disember
2013 seterusnya Majlis Perbandaran
Muar pada 1 April 2014.
3
SIMPAN SEMENTARA DALAM BEKAS YANG SESUAI
LETAKKAN DI TEPI TONG SAMPAH PA-DA HARI KUTIPAN
2
1 ASINGKAN MENGIKUT JENIS
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 22
PROGRAM PENGASINGAN SISA PEPEJALPROGRAM PENGASINGAN SISA PEPEJALPROGRAM PENGASINGAN SISA PEPEJAL
PROGRAM MELAKA TANPA POLISTERIN
POLISTERINPOLISTERINPOLISTERIN
S I F A RS I F A RS I F A R Bagi meneruskan hasrat Kerajaan Negeri Melaka dalam merealisasikan dasar hijau negeri, kerajaan Negeri Melaka meneruskan lagi program-program yang mampu untuk menjayakan dasar ini. Pada penghujung Mac 2016 yang lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan Program Menghentikan Pengunaan Bekas Polisterin di seluruh Negeri Melaka. Sebagai alternatif bekas polisterin digantikan dengan bekas biodegrasi. Pengunaan secara meluas bekas makanan polisterin ini telah membuka mata kerajaan negeri untuk memberhentikan penggunaan ini kerana telah menjadi penyebab utama berlakunya masalah alam sekitar di negara ini. Selain itu, polisterin sendiri juga diperbuat daripada bahan kimia seperti HCFC-22 yang berpotensi mengancam persekitaran 3-5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan lain. (sumber: Institute for Energy and Environmental Research (IEER)
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 23
Pelaksanaan Program Menghentikan Penggunaan Bekas Polisterin di Melaka
15 Mei 2015 hingga 31 Ogos 2015
Semua jabatan kerajaan dan premis kerajaan di Negeri Melaka wajib menghentikan penggunaan bekas polisterin manakala orang ramai dan premis swasta turut digalakkan menghentikan penggunaan bekas polisterin.
1 September 2015
Penguatkuasaan seluruh Negeri Melaka.
Kerajaan Negeri Melaka melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) telah meluluskan kertas cadangan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka berkenaan Program “Hari Tanpa Beg Plastik” di Negeri Melaka.
Negeri Melaka telah menambah satu lagi inisiatif hijau dengan meluluskan kertas cadangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 25 Mac 2015 mengenai Cadangan Pelaksanaan Program Menghentikan Penggunaan Bekas Polisterin di Seluruh Negeri Melaka. Program Melaka Tanpa Polisterin telah bermula pada 1 September 2015 di seluruh Negeri Melaka.
Lanjutan daripada itu, Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin dilaksanakan di seluruh Negeri Melaka berkuatkuasa 1 Januari 2016 pada setiap hari. Sebagai alternatif, kerajaan negeri menggalakkan penggunaan secara meluas produk biodegradasi sebagai bahan pengganti kepada beg plastik dan polisterin.
Produk biodegradasi merupakan produk yang mudah kompos dan mesra alam. Produk ini juga menggunakan sumber dari bahan yang boleh diperbaharui seperti sumber dari tumbuhan seperti ja-gung, ubi kayu, tebu, kelapa sawit dan sebagainya. Penggunaan produk biodegradasi ini boleh mengurangkan jumlah sisa pelupusan sampah dan menjimatkan kawasan tapak pelupusan
Hari Tarikh pelaksanaan Penglibatan
Sabtu sahaja Dilaksanakan sejak 1 Januari 2011 Semua pasaraya
Jumaat & Sabtu 1 April 2014 Semua pasaraya
Jumaat, Sabtu &Ahad 1 Januari 2015 Semua pasaraya
Setiap Hari 1 Januari 2016 Seluruh Negeri Melaka
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 24
ZON BEBAS ASAP ROKOK Pada 14 Jun 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan lima (5) zon di Negeri Melaka sebagai kawasan larangan merokok. Zon larangan merokok dibawah MBAR
meliputi kawasan :
Melaka Raya
Melaka Bandaraya Warisan Dunia
MITC (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka)
Pusat Bandar Alor Gajah
Pusat Bandar Jasin
Mulai 11 April 2010, Kerajaan Negeri Melaka telah melancarkan Program 'Melaka Bebas Asap Rokok' bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2010 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan ia adalah sebahagian dari usaha kerajaan dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju dalam teknologi hijau menjelang 2020. Program 'Melaka Bebas Asap Rokok' merupakan satu usaha 'mewujudkan lokaliti keseluruhan atau sebahagian bandar atau bandaraya sebagai kawasan bebas asap rokok'. Ia bertujuan utk melindungi orang awam daripada ancaman pendedahan kepada asap rokok
bagi yang membahayakan kesihatan.
SMOKE
FREE
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 25
KEJIRANAN HIJAU
Suatu kawasan kejiranan yang dirancang secara bersepadu dengan memberi keutamaan kepa-da perlindungan dan penggunaan sumber semula jadi, aplikasi teknologi hijau, dan amalan hijau yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar,meningkatkan kesihatan awam, kesela-
matan dan kebajikan umum penduduk.
Membantu mengurangkan pengeluaran karbon, mengurangkan peningkatan suhu bandar,
mewujudkan kualiti persekitaran hidup dan komuniti yang berdayahuni serta mampan
Komponen-komponen Perancangan Kejiran-
an Hijau
Ekologi dan alam sekitar
Persekitaran Hijau
Rekabentuk Kejiranan dan Pengangkutan
Ciri-ciri Bangunan Hijau
Pengurusan air, tenaga dan sisa pepejal
Komuniti Hijau
Inovasi berterusan
5.5 PEWARTAAN KAWASAN HIJAU
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 26
FAEDAH PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU
MHM dibangunkan dengan pelan yang mengandungi pendekatan holistik dan mempunyai ciri-ciri asas pembinaan sebuah banggunan hijau. Panduan ini dibina berdasarkan Panduan Kecekapan Tenaga MS1525 dan Uniform Building By Law (UBBL). Ia juga mengandungi syarat minimum untuk pembinaan banggunan hijau. Hal ini mampu untuk memudahkan pemaju untuk mendapatkan kelulusan minimum untuk pembinaan bangunan hijau.
Meterai Hijau Melaka (MHM) adalah salah satu inisiatif kerajaan Negeri Melaka dalam merealisasikan visi Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020. MHM merupakan persijilan bangunan hijau yang menggunakan pengiktirafan baru dalam pembangunan di Melaka. MHM telah dibangunkan oleh Melaka Green Development Organization (MGDO) dengan kerjasama Melaka Green Technology Corporation ( PTHM) sejak dari 2012 lagi.
MEWUJUDKAN BANDAR DAN PEMBANGUNAN RENDAH KARBON BAGI MENGURANGKAN PEMBEBASAN GAS RUMAH HIJAU (GHG) Meningkatkan densiti kawasan perbandaran dengan menyediakan minimum 60% dari
luas keseluruhan tanah lapang dan rekreasi adalah kawasan hijau.
Mengguna pakai inisiatif Green City Action Plan (GCAP) bagi mengurus, merancang,
mengawal dan kemampanan alam sekitar meliputi pengurusan air, kecekapan tenaga dan tenaga yang boleh diperbaharui, pengangkutan hijau, sifar sisa, perhutanan bandar dan pertanian serta warisan budaya dan pelancongan.
Sumber : RSN Melaka 2035
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 27
KINGS GREEN HOTEL, MELAKA
BANGUNAN HIJAUBANGUNAN HIJAUBANGUNAN HIJAU
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 28
Reka bentuk bangunan dan penggunaan bahan binaan unit-unit kediaman perlu mengambil kira kriteria-kriteria penggunaan teknologi dan amalan hijau. Ciri-ciri penerapan teknologi hijau dalam pembangunan dan pembinaan perumahan adalah meliputi:
Pencahayaan dan aliran angin semulajadi – reka bentuk tingkap, pintu dan bumbung yang membenarkan
pencahayaan secara maksimum.
Reka bentuk bumbung yang membolehkan pelepasan haba – penyejukan rumah secara semulajadi dan
mengurangkan penggunaan tenaga.
Kitar semula air hujan – penyediaan tangki pengumpulan/ penuaian air hujan (rain water harvesting).
Pemasangan lampu LED (light-emitting diode).
Penyediaan tong sampah khusus bagi pengasingan bahan buangan mengikut kategori.
Memperbanyakkan penanaman pokok di kawasan pembangunan perumahan
PEMBANGUNAN PERUMAHAN BARU AKAN DIADAPTASI DENGAN KONSEP DAN TEKNOLOGI KEJIRANAN HIJAU, RE-KA BENTUK BANDAR SELAMAT DAN PEMBINAAN BANGUNAN BERTEKNOLOGI HIJAU
Semua pemajuan pembangunan perumahan disyarat menerapkan
elemen-elemen reka bentuk Bandar Selamat sebagaimana digariskan di dalam Panduan Pelaksanaan Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)
Reka bentuk bangunan dan penggunaan bahan binaan unit-unit kedi-
aman perlu mengambil kira kriteria-kriteria penggunaan teknologi dan amalan hijau.
SMART HOME
MEREALISASIKAN PENGGUNAAN SUMBER TENA-GA MAMPAN MELALUI PENINGKATAN TENAGA BOLEH BAHARU YANG LEBIH BERSIH DAN TEKNOLOGI CEKAP TENAGA
Penggunaan kuasa solar sebagai sumber tenaga
di kemudahan-kemudahan milik PBT seperti lampu jalan, perhentian bas dan taman rekreasi, bangunan kerajaan, kemudahan awam, kawasan kediaman, perniagaan dan industri. Penggunaan jenis lampu jimat tenaga seperti lam-pu LED digalakkan.
SO
LA
R E
LE
KT
RIK
Perancangan Pembangunan Masjid Solar Rembia, Alor Gajah
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 29 Sumber : Draf RSN Melaka 2032
Industri berteknologi tinggi adalah merupakan
industri yang terdiri daripada industri-industri
yang tidak mencemarkan, terlibat dengan
penggunaan teknologi tinggi serta menjalankan
usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan.
PEMBANGUNAN INDUSTRI YANG BERTEKNOLOGI TINGGI DAN BERNILAI TAMBAH Penumpuan industri berteknologi tinggi dan bernilai tambah mampu memberi kesan positif kepada
sektor industri Negeri Melaka. Dengan adanya kemajuan teknologi, pemindahan teknologi, kepa-
karan dan R&D dalam pelbagai peringkatan pengeluaran mampu mengembangkan sektor industri.
Peningkatan teknologi ini membolehkan pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin
permintaan yang tinggi di pasaran.
Menggalakkan transformasi sektor industri kepada produk bernilai tinggi, lebih kompleks dan pel-bagai melalui automasi, inovasi (R&D), aksessibiliti (pembiayaan, rantaian bekalan) dan pengan-tarabangsaan.
Peningkatan IKS, K-ekonomi dan bersih.
Pembangunan kawasan industri yang strategic dan memperlengkapan prasarana kawasan sedi-
aada.
Perancangan kawasan industri masa hadapan lebih efisien.
Penggalakan Bumiputera dalam IKS.
Pengukuhan industri cluster (R&D/prasarana/ dinamik sharedservices,outsourcing,perkakasan dan
lain-lain).
Pekerja mahir, K-ekonomi kompetitif (pusat pengajian/ kerjasama/ R&D).
5.6 INDUSTRI BERTEKNOLOGI TINGGI
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 30
Hubungan dua hala antara Melaka dan wilayah Guangdong di China akan membuka jalan kepada pelabur dari China untuk meneroka peluang baharu di Melaka .Pihak PKNM telah mengenalpasti tapak bagi industri Guangdong tersebut. Tapak tersebut dicadangkan namanya sebagai Melaka International Technology Park (MITP) yang terletak di Jasin dengan keluasan 6,000 ekar. Pihak PKNM bertanggungjawab menyediakan segala infrastruktur dan utiliti di kawasan tersebut. Manakala pihak Guangdong pula mencari pelabur bagi kawasan tersebut.
TAMAN INDUSTRI ‘MELAKA – INTERNATIONAL TECHNOLOGY PARK’ (MITP)
* Sektor perindustrian merupakan sektor kedua terpenting dalam ekonomi dengan KDNK sebanyak 40.4% pada tahun 2014. Sektor industri kini berada pada satu peringkat dimana berlaku peralihan daripada perindustrian berintensifkan buruh dan modal kepada perindustrian ber in tens i fkan teknologi dan pengetahuan. Kawasan-kawasan perindustrian bersifat tradisional lebih menumpukan kepada perindustrian berintensifkan buruh dan modal manakala kawasan perindustrian berteknologi tinggi dan taman sains memerlukan mereka bergerak kepa-da peringkat berintensifkan teknologi.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 31
Pelan Taburan Kawasan Industri Negeri Melaka
PENGURUSAN & KAWALAN PEMBANGUNAN TAMBAKAN ATAU TEBUS GUNA LAUT BAGI KAWASAN YANG TELAH DIKENAL PASTI
Kawasan tambak laut dan tebus guna hanya dibenarkan di kawasan yang telah dikenal pasti berasakan
Kajian Kemungkinan Kawasan Tambakan Laut.
Mengguna pakai Pelan Induk Tambak Laut sebagai asas panduan perancangan pembangunan.
Mematuhi perincian pembangunan mengikut garis panduan dan kawalan guna tanah yang ditetapkan,
termasuk Integrated Shoreline Management Plan, pelan pengurusan pantai dan kajian melibatkan
kawasan risiko bencana.
Pembangunan tambak laut perlu menintegrasikan pembanguna kemudahan yang menyokong Melaka
sebagai destinasi pelancongan, dengan penyediaan taman ikonik seperti Garden By The Bay, Singapura
1
2
3
4
Menambah dan membangunkan produk-produk baru dan tarikan berasaskan ‘urban’ atau ‘urban
renewal’ dan berasaskan potensi sumberjaya sedia ada:
Tarikan berasaskan ‘urban & renewal’
KAWASAN TAMBAKAN
(Melaka Gateway) - peruntukan 10% kawasan lapang
berpontensi untuk pembangunan berskala besar seperti
‘sky park’ or ‘canopy garden’ sebagai ikon pelancongan
yang baru dan menjadi mercu tanda Bandaraya Melaka.
1
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 32 Sumber : Draf RSN Melaka 2032
5.7 PENAMBAKAN LAUT KE ARAH
PEMBENTUKAN & PEMULIHARAAN PANTAI
Dataran 1Malaysia Klebang merupakan salah satu elemen hijau buatan yang diwujudkan di negeri Melaka di atas kawasan tambak laut seluas 38.41 ekar. Kawasan ini adalah salah satu tempat
tumpuan yang menjadi inisiatif kerajaan untuk menjadikan kawasan persekitaran hijau dan mengekalkan serta memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang. Ia merupakan kategori taman
peringkat Tempatan yang boleh dijalankan aktiviti rekreasi, sukan dan kegiatan sosial penduduk dan pengunjung.
Muzium Kapal Selam juga merupakan salah satu daya tarikan utama pengunjung untuk berekreasi di kawasan ini.
Terdapat juga aktiviti perkhidmatan kereta kuda, jentera lasak ATV, beca dan permainan layang-layang yang menambah nilai aktiviti rekreasi
dikawasan ini.
Restoran bas yang menghadap laut Selat Melaka itu ternyata menambah daya tarikan di kawasan tersebut.
DATARAN 1MALAYSIA yang berwajah baru itu diwujudkan di kawasan
pantai berbentuk lagun
Monograf PLANMalaysia@Melaka |
Air pancur merupakan salah satu elemen rekreasi pasif yang menjadi daya tarikan untuk kanak-kanak bermain dan mandi-manda.
16 buah bas lama telah diubahsuai untuk d i j a d i k a n b i l i k p e n g i n a p a n (bustel) yang lengkap dengan katil, penghawa dingin, bilik mandi, almari dan bilik air.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 34
5.8 KONSEP PEMBANGUNAN PERBANDARAN BAHARU SECARA TOD KE ARAH BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
Pelaksanaan cadangan tambakan laut Melaka Gateway akan memberi penjenamaan menarik kepada Bandaraya
Dasar bagi hala tuju konsep pembangunan sepertimana di dalam Draf RSN Melaka 2035 adalah seperti :- Pengurusan dan Kawalan Pembangunan Tambakan atau Tebus Guna
Laut bagi kawasan yang telah dikenal pasti
Pembangunan perumahan baru akan diadaptasi dengan konsep dan
teknologi kejiranan hijau, reka bentuk Bandar selamat dan pembinaan bangunan berteknolgi hijau
Konsep pembangunan perbandaran adalah bercorak tertumpu
berteraskan ’Compact City’ dan ‘Transit Oriented Development’
Melaka Gateway
CADANGAN PEMBANGUNAN PELABUHAN KUALA LINGGI SECARA TAMBAK LAUT
Sumber : Draf RSN Melaka 2032
MELAKA ‘GATEWAY’ (Urban Iconic) Rancangan untuk membangunkan kawasan tambakan sebagai sebahagian kawasan tumpuan pelancongan (MelakaGateway) akan meningkatkan nilai tambah kepada pembangunan pelancongan di kawasan pembangunan baru. Peruntukan 10% kawasan lapang yang bakal diperuntukkan bagi pembangunan ini berpotensi untuk dibangunkan dengan komponen tarikan berskala besar seperti ‘skypark’ atau ‘vertical garden’ sebagai ikon pelancongan yang baru dan menjadi mercu tanda Bandaraya Melaka setaraf negeri maju.
Inisiatif Pelaksanaan
1. Menggalakkan pembangunan bercampur secara tertumpu dengan kepelbagaian guna
tanah seperti perumahan, perniagaan, pejabat dan kemudahan awam dalam satu keji-
ranan.
2. Menggalakkan perumahan berdensiti tinggi dan mampu milik di kawasan TOD
yang telah dikenal pasti:
Melaka Gateway
Melaka Sentral
Stesen HSR Ayer Keroh
Alor Gajah Sentral
Terminal Bersepadu Pulau Sebang
Pusat Pengangkutan Sentral Masjid Tanah
Pusat Pengangkutan Sentral Bas Jasin
Pusat Pengangkutan Merlimau
3. Penyediaan pelbagai mod pengangkutan dan penyediaan pelan susunatur yang
mengambil kira penyediaan laluan pejalan kaki dan basikal.
Sumber : Draf RSN Melaka 2032
Sistem pengangkutan awam yang cekap dilihat mampu meningkatkan keyakinan pengguna untuk memilih dan menggunakan pengangkutan awam seterusnya mengurangkan kesesakan lalulintas. Konsep TOD adalah satu pendekatan yang mengintegrasikan pembangunan gun-atanah dan pengangkutan. Pendekatan ini menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh penduduk atau pelancong sebagai mod pengangkutan utama.
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 35
PEMBANGUNAN BANDAR BERTERASKAN SMART CITY & COMPACT CITY
Rangkaian Sistem Perhubungan dan Pengangkutan Masa Hadapan Negeri Melaka
5.9 PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN BERDASARKAN
TEKNOLOGI HIJAU
Inisiatif pelaksanaan bagi Peningkatan Produktiviti dan Pengekalan Kawasan Pertanian Strategik adalah seperti berikut :-
Penyediaan ‘Master Plan of Urban Farming’ oleh setiap PBT dengan mengintegrasikan kawasan tersebut
dengan Taman Bandar selain menambah nilai taman tersebut. Misalnya : Horsley Park Precinct Urban Farming Master Plan di New Santa Wales, Australia. Contoh langkah yang boleh dilaksanakan adalah ‘Kebun dalam Bandar’ :
PBT menyewakan tapak bagi tempoh tertentu untuk tujuan bercucuk tanam. Juga sebagai salah
satu aktiviti sihat kepada masyarakat bandar.
Menggalakkan penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan secara moden berdasarkan inovasi
pertanian semasa seperti teknologi fertigasi, hidroponik, aeroponik. Pertanian Rumah Hijau melalui teknologi khas (PF) atau cahaya tiruan. (Contoh di Jepun)
Kelebihan : tanaman tidak menggunakan air yang banyak tetapi memerlukan cahaya lampu yang dipasang. Tidak bergantung kepada iklim dan lebih ekonomik dengan hasil berganda.
Meningkatkan inovasi kepada pertanian melalui trend tanaman atau konsep Vertical Farming. Ia
adalah konsep pertanian moden yang mengurangkan penggunaan tanah dan boleh dibangunkan didalam bangunan bertingkat.
Kelebihan :
Penggunaan ruang tanah yang kurang,menjimatkan penggunaan sumber air, hasil
yang lebih tinggi.
Menukar guna bangunan terbiar / kosong untuk konsep pertanian moden.
Potensi untuk fokus tanaman herba atau sayuran hijau bagi tujuan komersil dalam
negeri.
Kawalan yang tinggi terhadap alam sekitar ke arah Melaka Hijau.
Boleh dijadikan sebagai produk pelancongan negeri
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 36
5.10 PENGEKALAN KAWASAN TADAHAN AIR
Pewartaan Kawasan Tadahan Air Tahap 1 dan Kawasan Penampan Empangan.
Menjaga/merizabkan kawasan tadahan air hujan terutama di kawasan tadahan air di Empangan Durian Tunggal, Empangan Jernih dan Empangan Jus dan kawasan tadahan sungai selain kawasan Hutan Simpan Bukit Sedanan, Bukit Senggeh, Batang Melaka, Bukit Beruang, Tg. Tuan dan Hutan Simpan Linggi bagi menjaga kualiti dan kuantiti beka-lan air sebagai sumber air negeri. Kawasan tersebut juga berfungsi sebagai kawasan bagi sumber penyelidikan dan pendidikan serta habitat semulajadi.
Melakukan pemantauan dan kawalan terhadap pembangunan di kawasan tadahan air seperti:
Tidak membenarkan ladang penternakan haiwan dan
perikanan dikawasan pengambilan air.
Tidak membenarkan aktiviti perlombongan pasir
sungai dan pasir lombong di kawasan pengambilan air.
Penanaman kelapa sawit tidak boleh berhampiran
dengan sungai kerana penyerapan dan baja yang akan mencemarkan kualiti air.
Melaksanakan pemantauan secara berterusan
di kawasan pembangunan yang dibangunkan berhampiran dengan sumber air mentah.
Pemantauan kualiti air yang dilepaskan daripada
kawasan pembangunan yang berhampiran mencapai
standard kelas A yang telah ditetapkan bagi
mengelakkan pencemaran air
Pelan Kawasan Tadahan Air Negeri Melaka
1
2
3
Empangan Jus
Empangan Durian Tunggal
Empangan Jernih
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 37
1
2
3
5.11 GREEN GOVERNANCE
(TADBIR URUS NEGERI BERTEKNOLOGI HIJAU)
Bagi merealisasikan matlamat Negeri Bandar Teknologi Hijau, Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA bagi melaksanakan polisi dan dasar teknologi hijau seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka. Objektif dan fungsi agensi ini adalah melaksanakan hasrat berikut :-
OBJEKTIF Merancang dan melaksana dasar-dasar teknologi hijau negeri.
Meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta komitmen masyarakat dalam teknologi hijau secara meluas.
Merancang dan memantau inisiatif dan pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka.
Mempelopori perniagaan dan pelaburan dalam teknologi hijau.
Menyediakan peluang dan prasarana untuk meningkatkan skil dan melahirkan graduan-graduan teknologi hijau
FUNGSI Menjadi sekreatariat Majlis Teknologi Hijau Negeri
Menyediakan laporan karbon inventori negeri.
Memantau pelaksanaan inisiatif hijau berdasarkan indikator UEA, Indeks Penanda Aras dan GCAP.
Merancang serta menarik pelaburan hijau ke dalam negeri
Melaksana projek-projek pembangunan teknologi hijau
Menganjurkan kursus, seminar, latihan dan program kesedaran teknologi hijau
Menyediakan modul dan melatih bakal-bakal graduan untuk industri hijau.
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) atau Melaka Green Technology Corporation (MGTC) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditukar nama dan fungsi berkuatkuasa secara rasmi pada
8 November 2013.
Urusetia Sekretariat United Nations-Urban Environmental Accords Members Alliance (UEAMA) bagi Negeri Melaka. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program dan projek hijau Negeri Melaka bersama Unit
Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN)
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 38
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (PLANMalaysia@Melaka) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka lain-lain agensi Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, semua pegawai, kakitangan PLANMalaysia@Melaka dan mana-mana individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam me-nyumbang tenaga dan idea bagi menjayakan penerbitan Monograf ini.
Penghargaan dan Terima Kasih
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 44