Tatakelakuan Georg Fischer
Prinsip dan nilai kami
Prakata oleh Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif
Rakan-rakan sekerja yang dihormati,
Tatakelakuan Georg Fischer merupakan asas pada mana kita menjalankan aktiviti-aktiviti
perniagaan kami. Ia mengandungi nilai-nilai, prinsip-prinsip dan dasar-dasar kepada
mana Georg Fischer telah mengkomitedkan dirinya sebagai sebuah syarikat sejagat dan
membimbing kerja harian kami.
Untuk menjamin kejayaan jangka panjang Syarikat kami, tugas kita yang penting
sekali adalah untuk mencapai dan mengekalkan kedudukan utama dalam semua bidang
perniagaan yang kita beroperasi. Kita melabur dalam penyelidikan dan pembangunan
dan kita berusaha untuk meningkatkan bahagian pasaran kami secara tetap dan untuk
meningkatkan keuntungan dan juga pulangan modal kami. Dengan cara ini kita
menghasilkan nilai jangka panjang dan mampan untuk pemegang saham, pelanggan
dan pekerja kami.
Namun, kita yakin bahawa kita hanya boleh menghasilkan nilai jangka panjang dan
mampan jika kelakuan kami adalah benar-benar tidak dapat dicela dari segi undang-
undang dan etika. Oleh yang demikian kita berkomitmen kepada pembangunan
mampan perniagaan kami, didefinisikan oleh tanggungjawab dan hormat kepada semua
pekerja, rakan perniagaan kita, alam sekitar dan komuniti kami. Kita berasa
bangga dengan keluaran kita yang bereka bentuk maju kami dan kakitangan kita yang
berkelayakan kami.
Tatakelakuan tidak cuba meliputi semua isu yang kita hadapi setiap hari. Sebaliknya, ia
menyediakan gambaran keseluruhan umum yang menjadi garis panduan kepada anda. Jika
anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi Jabatan Perundangan Korporat.
Tingkah laku setiap orang pekerja menjejaskan cara orang lain memandang kami
dan perniagaan kami. Oleh yang demikian kita juga meminta semua pekerja agar mematuhi
undang-undang yang berkenaan dan arahan dalaman. Dengan cara ini anda membantu
kami menjamin dan menjunjung reputasi, kewibawaan dan integriti syarikat kami juga pada
masa hadapan.
Terima kasih di atas bantuan dan sokongan berharga anda dalam memupuk dan
memelihara nilai-nilai Georg Fischer.
Andreas Koopmann
Pengerusi Lembaga Pengarah
Yves Serra
Ketua Pegawai Eksekutif
Isi kandungan
1. Tatakelakuan Georg Fischer 5
a) Hierarki 5
b) Tatakelakuan ini berkenaan kepada siapa? 5
2. Prinsip dan nilai kami 6
Kita mengutamakan keperluan pelanggan 6
Kita bertindak cepat 6
Kita melakukan apa yang kita katakan 6
Kita mengganjari prestasi baik 6
Kita menghormati orang 6
3. Hak dan tanggungjawab pekerja 7
a) Prinsip 7
b) Larangan semua jenis diskriminasi 9
c) Penggunaan dadah dan alkohol di tempat kerja 9
d) Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja 10
e) Masa lapang dan cuti 10
4. Prinsip aktiviti perniagaan kami 11
a) Pematuhan peraturan perundangan 11
b) Kemampanan 11
c) Penerimaan hadiah dan jemputan 11
d) Rasuah 11
e) Sekatan perdagangan antarabangsa dan kawalan eksport 13
f) Persaingan adil 14
g) Perdagangan orang dalam 15
h) Percanggahan kepentingan 15
5. Melindungi harta benda Georg Fischer 16
a) Harta benda operasi 16
b) Harta intelektual 16
6. Pengendalian maklumat, data dan dokumen 17
a) Maklumat sulit 17
b) Perlindungan data 17
c) Pengurusan dokumen 17
7. Hubungan media dan komunikasi 19
8. Pelanggaran 19
9. Soalan mengenai Tatakelakuan 20
10. Kesahan 20
a) Hierarki
Tatakelakuan Georg Fischer mendahului semua dasar dan tatacara, tetapi ia bukan
hanya set garis panduan tunggal dalam Syarikat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa
Eksekutif dan bahagian-bahagian individu. Pematuhan kawal selia sememangnya
tidak melepaskan anda daripada tanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi undang-
undang tempatan yang berkenaan.
b) Tatakelakuan ini berkenaan kepada siapa?
Tatakelakuan Georg Fischer ditujukan kepada ahli-ahli Pengerusi Lembaga Pengarah
dan Jawatankuasa Eksekutif, ahli-ahli Pengurusan Kanan dan semua pekerja
syarikat Georg Fischer di seluruh dunia. Individu yang bekerja secara sambilan atau
mengikut kontrak pekerjaan tempoh tetap juga dianggap sebagai pekerja. Jika
boleh, agensi-agensi sementara harus diwajibkan untuk menerima Tatakelakuan
Georg Fischer bagi orang-orang yang bekerja secara sementara untuk syarikat
Georg Fischer.
Tatakelakuan Pembekal Georg Fischer adalah berkenaan kepada pembekal kami.
Semua pekerja menerima satu salinan bercetak Tatakelakuan dan diminta
menandatangani pengakuan penerimaan dan menyerahkannya kepada jabatan Sumber
Manusia yang bertanggungjawab.
1. Tatakelakuan Georg Fischer
Georg Fischer | Tatakelakuan 5
Tatakelakuan
Arahan Korporat
Arahan Bahagian Perniagaan
6 Georg Fischer | Tatakelakuan
2. Prinsip dan nilai kami
Prinsip dan nilai kami merangkumi falsafah dan semangat Georg Fischer dalam kerja
harian kami bagi manfaat Syarikat, pelanggan, pekerja, rakan perniagaan, pemegang saham
dan pemilik bon kami.
Kita mengutamakan keperluan pelanggan
Kita dibimbing oleh keperluan dan kepuasan pelanggan kami dan bertindak dengan
sewajarnya. Kita melayan pelanggan kami dengan cara yang kita ingin dilayan.
Matlamat kami adalah untuk membangunkan keluaran perintis dan inovatif, dengan itu
mewujudkan nilai mampan untuk pelanggan kami.
Kita bertindak cepat
Sebagai sebuah organisasi sejagat, kita sentiasa menyesuaikan diri kepada
keadaan pasaran yang berubah. Kita membuat keputusan cepat dan melaksanakannya
dengan segera.
Kita melakukan apa yang kita katakan
Kita tidak membuat janji yang kita tidak dapat tunaikan. Penghantaran yang tepat pada
masa adalah keutamaan pertama kami.
Kita mengganjari prestasi baik
Kita menuntut tahap kecekapan dan integriti yang tinggi dan menganugerahi
pencapaian yang penting. Kita menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi untuk kami
sendiri kita dan mengukur prestasi kami berbanding dengan yang terbaik.
Kita menghormati orang
Kita mempercayai kakitangan kami dan menugaskan tanggungjawab kepada mereka.
Kita sentiasa cuba memahami sebelum kita ingin difahami.
a) Prinsip
Georg Fischer berkomitmen kepada peluang sama, hormat, amanah dan pencapaian.
Kita menawarkan persekitaran tempat kerja yang menarik dan mencabar kepada pekerja kami.
Kita menggalakkan pekerja kami untuk mencapai potensi mereka dengan menetapkan
sasaran yang bercita-cita tinggi. Kita menggalakkan budaya saling mempercayai, hormat dan
dialog terbuka. Setiap pekerja di Georg Fischer berhak mendapat penilaian prestasi individu.
Kita memupuk budaya di mana orang dapat mengembangkan bakat dan idea mereka dan
mendapat inspirasi untuk berhasrat tinggi. Kita menjangka pengurus kami untuk
menunjukkan kepimpinan, keazaman, tanggungjawab, keberanian untuk mencuba perkara
3. Hak dan tanggungjawab pekerja
baru dan tingkah laku sebagai seorang model peranan. Kita menyokong perkembangan
pekerja, menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi, dan mengganjari prestasi baik.
Kita menggalak setiap orang pekerja untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab dan
bekerja dalam suatu pasukan. Para pekerja digalak, di mana perlu, untuk menilai
situasi mengikut pengetahuan dan kepercayaan terbaik mereka dan bertindak mengikut
prinsip-prinsip etika yang diterima secara umum.
Kita mematuhi peraturan waktu kerja dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,
membayar gaji yang adil, dan menghormati hak para pekerja kami untuk menyertai
Georg Fischer | Tatakelakuan 7
badan-badan perwakilan pekerja. Di mana perundangan tempatan memberi hak-hak
penentuan bersama untuk para pekerja, hak-hak tersebut dilindungi.
b) Larangan semua jenis diskriminasi
Saling hormat-menghormati adalah asas persekitaran kerja yang ditandai sikap
hormat. Kita berkomitmen untuk menghormati maruah manusia dan hak asasi manusia
dan melindungi keperibadian setiap individu di tempat kerja.
Semua jenis diskriminasi yang berasaskan, misalnya, jantina, bangsa, warna kulit,
asal-usul, kehilangan upaya, agama, orientasi seksual, hubungan politik, status keturunan
atau mana-mana sifat peribadi lain adalah dilarang.
Kita tidak akan mentoleransi buruh paksa atau buruh kanak-kanak, sama ada di
Georg Fischer atau pembekal dan pelanggan kita.
Kita tidak akan mentoleransi gangguan seksual di tempat kerja. Gangguan seksual
termasuk, antara lain, percubaan memikat dan meraba yang tidak disenangi, jenaka yang
tidak senonoh dan lain-lain penggunaan bahasa yang bermotivasi mengghairahkan,
pertunjukan atau pameran awam imej-imej lucah yang tidak dikehendaki dan juga menuntut
permintaan seks secara mendesak atau membuat janji.
Kita tidak menerima semua bentuk diskriminasi yang lain seperti gangguan, mengugut,
intimidasi atau membuli. Rakan sekerja tidak boleh dipersendakan atau disingkirkan.
c) Penggunaan dadah dan alkohol di tempat kerja
Dadah dan alkohol menjejaskan keupayaan pekerja untuk membuat keputusan dan
meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja. Penggunaan dadah atau bahan-bahan
lain di tempat kerja yang menyebabkan intoksikasi atau menjejaskan kesedaran adalah
dilarang sama sekali, walaupun jika dadah atau bahan-bahan tersebut boleh dibeli
secara sah di negara di mana tempat kerja berada. Para pekerja hendaklah memulakan
hari kerja mereka bebas daripada pengaruh dadah atau bahan-bahan sebegitu.
Alkohol mesti dielakkan semasa waktu kerja dan semasa makan tengah hari
demi prinsip jika pekerja diminta memandu kenderaan, menjalankan mesin bagi tujuan
perniagaan, terlibat dalam aktiviti-aktiviti berbahaya atau diminta membuat
keputusan penting kemudian. Syarikat-syarikat Georg Fischer boleh mengaturkan
untuk mengadakan peraturan yang lebih ketat.
Georg Fischer | Tatakelakuan 9
Atas pertimbangan kesihatan pekerja di tempat kerja, syarikat-syarikat Georg Fischer
boleh mengeluarkan peraturan yang mengehadkan merokok di tempat kerja kepada
kawasan yang dikhaskan sahaja.
d) Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja
Keselamatan di tempat kerja adalah paling kepentingan bagi Georg Fischer. Matlamat kami
adalah untuk menyediakan tempat kerja yang benar-benar bebas daripada kemalangan,
kerana setiap kemalangan adalah terlalu banyak. Semua pekerja digalakkan untuk mengenal
pasti mana-mana risiko kemalangan yang mungkin di stesen kerja persendirian mereka
dan sama ada menghapuskan risiko tersebut atau melaporkan isu itu kepada pengurus yang
berkaitan.
Semua pekerja, kontraktor dan pembekal diwajibkan untuk mematuhi peraturan keselamatan di
tapak kami.
Kesihatan setiap pekerja amat penting bagi kami. Kita melibatkan diri kami untuk
menyokong kesihatan pekerja kami dan menggalakan mereka untuk mengamalkan gaya
hidup yang sihat.
Georg Fischer berusaha untuk mengupah orang yang kehilangan upaya untuk mengintegrasi
semula mereka ke dalam proses kerja.
e) Masa lapang dan cuti
Georg Fischer menyokong pekerja yang berusaha untuk mencapai keseimbangan
antara kerja dan masa lapang. Kita mematuhi waktu kerja maksimum yang sah di sisi
undang-undang.
Kita menyediakan cuti untuk membolehkan pekerja berehat. Pengurus peringkat bawahan
mesti memastikan bahawa pekerja, seberapa boleh, betul-betul mengambil cuti yang mereka
berhak dapat.
10 Georg Fischer | Tatakelakuan
a) Pematuhan peraturan perundangan
Kita mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Syarikat-syarikat
Georg Fischer adalah bebas untuk mengeluarkan peraturan dalaman yang lebih
ketat dalam rangka kerja perundangan yang berkenaan. Para pekerja dimestikan untuk
mematuhi peraturan yang lebih ketat tersebut.
b) Kemampanan
Kita berkomitmen untuk menjalani perniagaan kami dalam cara yang paling mampan yang
mungkin. Kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemampanan Georg Fischer
sebagai sebuah syarikat dan keluaran kami. Ini bukan sahaja membantu memulihara
sumber-sumber yang berharga, tetapi juga membawa kepada kos yang lebih rendah
untuk kami dan pelanggan kami.
c) Penerimaan hadiah dan jemputan
Kita tidak menerima hadiah atau jemputan yang mungkin membawa kepada apa-apa
kewajipan. Penerimaan jemputan dan hadiah simbolik semasa perjalanan urusan
biasa dibenarkan. Penerimaan jemputan atau hadiah yang lebih bernilai dilarang jika nilainya
melebihi nilai lazim untuk lokasi mengikut perundangan yang berkenaan.
Syarikat-syarikat Georg Fischer boleh menetapkan nilai yang lebih rendah untuk pekerja
mereka daripada yang lazim untuk lokasi.
Jika penerimaan hadiah yang melebihi nilai ini dijangka disebabkan oleh tradisi dan adat
negara dan jika hadiah sebegitu tidak boleh ditolak atas sebab budaya, penerimaan
hadiah tersebut dibenarkan. Walau bagaimanapun, hadiah sebegitu mesti tersedia kepada
semua pekerja. Pemberi hadiah mesti menyedari peraturan ini.
Penerimaan wang atau manfaat wang tunai lain daripada pihak ketiga, seperti pinjaman,
sekuriti dan komisyen, dilarang untuk semua pekerja.
Jika anda kurang pasti, Jabatan Perundangan Korporat akan memberikan anda maklumat
lanjut.
d) Rasuah
Georg Fischer melarang semua bentuk rasuah, seperti sogokan dan pemberian atau
penerimaan manfaat lain, tanpa mengira sama ada ia diberikan secara langsung,
melalui pengantara atau kepada orang persendirian atau pegawai kerajaan. Larangan ini
berkenaan secara khususnya kepada pemberian (sogokan aktif, penunaian permintaan)
atau penerimaan (sogokan pasif, penerimaan sogokan) hadiah bagi tujuan memperoleh
faedah yang menyalahi undang-undang.
4. Prinsip aktiviti perniagaan kami
Georg Fischer | Tatakelakuan 11
Georg Fischer | Code of Conduct 12
Rasuah adalah kesalahan jenayah. Adalah tidak dikecualikan bahawa seseorang
pekerja mungkin juga didakwa di tempat kerjanya, atau di negara-negara pihak ketiga,
walaupun jika rasuah tersebut berlaku di lokasi yang berlainan.
Kita mesti sedar bahawa rasuah boleh juga disembunyikan, contohnya, komisen
berlebihan yang dibayar kepada ejen atau pengantara, dermaan kepada institusi kebajikan
atau permintaan ditunaikan kepada pihak ketiga yang berkaitan dengan individu
yang menerima faedah tersebut. Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi
Jabatan Perundangan Korporat.
Georg Fischer juga melarang sogokan, walaupun jika ia adalah sah dan perkara biasa di
sesetengah negara, bagi memastikan bahawa perkhidmatan yang sah disediakan atau
disediakan dengan lebih cepat (contohnya, pemprosesan yang lebih cepat untuk pelepasan
kastam).
Dermaan dari syarikat Georg Fischer kepada parti-parti politik atau untuk aktiviti-aktiviti
politik dilarang secara umum. Apa-apa pengecualian mesti diluluskan oleh Jawatankuasa
Eksekutif. Permintaan untuk pengecualian sebegitu patut dikemukakan kepada Setiausaha
Syarikat.
e) Sekatan perdagangan antarabangsa dan kawalan eksport
Kerajaan dan badan-badan antarabangsa boleh mengenakan sekatan perdagangan
dan pemulauan sementara yang menjejaskan keluaran-keluaran tertentu, yang
berkenaan kepada negara atau individu. Georg Fischer mengakui keputusan komuniti
antarabangsa. Kita menjalankan aktiviti perniagaan kami semata-mata mengikut
peraturan antarabangsa dan tidak mengeksport apa-apa barangan atau teknologi yang
terjejas oleh sekatan perdagangan.
Semua keluaran yang dibuat oleh Georg Fischer adalah dimaksudkan untuk
penggunaan secara aman. Dalam kes-kes yang luar biasa, keluaran individu mungkin
digunakan untuk pengeluaran bahan-bahan bagi tujuan angkatan tentera (kononnya
barangan penggunaan duaan). Peraturan kawalan eksport yang berkaitan mesti dipatuhi
bagi keluaran-keluaran sebegitu. Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi
agensi-agensi kawal selia di negara-negara individu atau Jabatan Perundangan Korporat.
Georg Fischer | Tatakelakuan 13
f) Persaingan adil
Mengikut prinsip-prinsip beretika kami, kita menjalankan perniagaan kami secara adil dan
mengikut peraturan persaingan antarabangsa dan kebangsaan.
Semua pekerja diminta untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan
kebangsaan yang menjaga persaingan yang adil. Ini termasuk khususnya peruntukan bagi
persaingan yang tidak adil dan undang-undang antitrust.
Perjanjian dengan pesaing mengenai harga, syarat-syarat jualan, pengehadan kuantiti,
perkongsian wilayah dan tawaran dalam tender awam dll. adalah dilarang sama sekali.
Apa-apa pertukaran maklumat lain yang mungkin mengehadkan persaingan yang adil
juga mesti dielakkan. Hubungan dengan pesaing kami patut dihadkan kepada tahap yang
minimum. Tambahan lagi, kita tidak akan membincangkan strategi dengan pesaing
kami atau bertukar maklumat perniagaan atau teknikal yang sensitif dengan mereka. Ini
adalah benar terutamanya di perjumpaan persatuan industri dan profesional.
Kita hanya bertukar maklumat dengan rakan kongsi usaha sama setakat mana yang perlu
untuk mencapai tujuan perniagaan bagi usaha sama tersebut.
Kita juga meminta pembekal kami untuk mematuhi peraturan persaingan. Jika
pembekal tidak mempunyai dasarnya sendiri, ia mesti mengakui untuk diikat oleh sama
ada Tatakelakuan ini atau Tatakelakuan Pembekal Georg Fischer tertentu.
Arahan Korporat mengenai peraturan kelakuan yang berkaitan dengan undang-undang
persaingan menyediakan maklumat tambahan. Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila
hubungi Jabatan Perundangan Korporat.
14 Georg Fischer | Tatakelakuan
g) Perdagangan orang dalam
Maklumat orang dalam termasuk apa-apa fakta sulit yang, jika terdedah,
boleh menjejaskan harga sekuriti Georg Fischer Ltd secara ketara dalam cara yang dapat
diramalkan.
Maklumat sulit mungkin timbul dalam keadaan seperti yang berikut:
•Maklumatkewanganpenting,terutamanyakeputusantahunandanpertengahantahun
yang tidak diterbitkan;
•Pemerolehanatauprojek-projekpelucutanhakyanglebihbesar,termasukpenubuhan
dan pembubaran usaha sama;
•Penyelesaianataupenamatankontrak-kontrakpenting;
•Litigasidenganjumlahyangbanyakdalampertikaian;
•Perubahanpentingdalamstrukturpengurusanataumodal.
Pekerja yang memiliki maklumat orang dalam tidak dibenarkan berdagang dalam sekuriti
Georg Fischer Ltd. Tambahan pula, maklumat orang dalam tidak boleh didedahkan
kepada pihak ketiga, termasuk ahli keluarga. Perdagangan orang dalam adalah suatu
kesalahan jenayah di kebanyakan negara.
h) Percanggahan kepentingan
Kita mesti memastikan bahawa aktiviti kami sendiri tidak bercanggah dengan kepentingan
Georg Fischer. Malah ketampakan potensi percanggahan kepentingan patut dielakkan.
Percanggahan kepentingan timbul apabila kita membuat keputusan perniagaan dan
mempunyai kepentingan peribadi pada masa yang sama. Kepentingan peribadi
juga mungkin muncul daripada kepentingan kawan atau saudara. Jika percanggahan
kepentingan disyaki dalam mana-mana keadaan, pengurus yang berkaitan harus
dimaklumkan.
Georg Fischer | Tatakelakuan 15
a) Harta benda operasi
Kemudahan di pejabat dan kilang Georg Fischer telah disediakan untuk menjalankan kerja
harian dan mesti dikendalikan dengan cermat oleh pekerja.
Pekerja tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan harta benda Georg Fischer untuk tujuan
peribadi atau dengan sengaja merosakkan atau memusnahkan harta benda tersebut.
Barang-barang operasi tertentu, seperti komputer riba dan telefon mudah alih,
boleh digunakan oleh pekerja untuk tujuan peribadi menurut peruntukan syarikat
Georg Fischer yang berkaitan. Penggunaan peribadi telefon mudah alih semasa
waktu kerja patut dihadkan kepada keperluan yang penting sahaja. Peraturan khas
dikenakan kepada penggunaan peribadi kereta syarikat.
b) Harta intelektual
Kita melindungi harta intelektual Georg Fischer seperti paten, tanda dagangan, hak cipta,
reka bentuk, rahsia perdagangan, sampel, model dan kepakaran, dan kita menghormati harta
intelektual orang lain.
Oleh kerana harta intelektual Georg Fischer adalah amat berharga, semua pekerja mesti
berjaga-jaga untuk melindunginya. Sebelum menyerahkan harta intelektual kepada
pihak ketiga atau menyediakannya dalam apa jua cara lain, perjanjian yang wajar mesti
ditandatangani untuk melindungi hak-hak Georg Fischer. Jenama Georg Fischer
hanya boleh dilesenkan untuk penggunaan pihak ketiga dengan kelulusan Ketua Pegawai
Eksekutif.
Semua pekerja diminta melaporkan apa-apa pun pelanggaran yang disyaki oleh pembekal,
pelanggan atau pihak ketiga lain kepada jabatan Paten.
5. Melindungi harta benda Georg Fischer
16 Georg Fischer | Tatakelakuan
a) Maklumat sulit
Semua pekerja diminta menyimpan maklumat sulit mengenai Georg Fischer di tempat
yang selamat dan memastikan bahawa maklumat ini hanya boleh dicapai oleh rakan sekerja
setakat yang perlu untuk mencapai tujuan perniagaan yang terlibat. Langkah ini juga
berkenaan bagi maklumat sulit yang dipertanggungjawabkan kepada kita oleh pihak ketiga.
Maklumat sulit termasuk data teknikal mengenai keluaran dan proses, strategi
pemasaran dan jualan, senarai harga pembelian dalaman, data pelanggan,
maklumat kewangan bukan awam, maklumat mengenai urus niaga, kes-kes jenayah
atau sivil, dan semua data peribadi.
6. Pengendalian maklumat, data dan dokumen
Bagi pejabat di beberapa tempat kerja, para pekerja diminta mengunci semua dokumen
sulit pada bila-bila masa mereka meninggalkan tempat kerja mereka.
b) Perlindungan data
Georg Fischer memandang serius terhadap perlindungan data peribadi pekerjanya.
Mengikut undang-undang perlindungan data tempatan, data peribadi pekerja Georg Fischer
hanya diproses setakat yang perlu sahaja untuk hubungan pekerjaan.
c) Pengurusan dokumen
Pengurusan dokumen merujuk kepada penghasilan, pengekalan dan pemusnahan dokumen.
Kita mendokumenkan urus niaga perniagaan secara sepenuhnya dan dengan tepat.
Georg Fischer | Tatakelakuan 17
Semua dokumen yang berkaitan dengan perniagaan (termasuk fail elektronik dan mikrofilem)
disimpan untuk tempoh berkanun
Selepas tempoh pengekalan berkanun, dokumen-dokumen dimusnahkan mengikut
peruntukan arahan Korporat. Apa-apa dokumen menarik dari segi sejarah patut diserahkan
kepada juruarkib syarikat terlebih dahulu.
Tanpa mengira apa jua keadaan pun, pekerja tidak patut memusnahkan dokumen yang
merujuk kepada litigasi yang sedang berjalan atau akan berakhir tidak lama
lagi atau prosiding penyiasatan. Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi
Jabatan Perundangan Korporat.
18 Georg Fischer | Tatakelakuan
Kita berkomunikasi dengan media massa dengan penuh hormat, terbuka dan bersatu.
Kita tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai prosiding perundangan yang sedang
berjalan dan tidak memberikan komen mengenai khabar angin.
Seberapa boleh, kita memaklumkan pekerja kami pada masa yang sama seperti media
massa dan pemegang saham lain.
Komunikasi dengan media massa, juruanalisis, dan pelabur secara umumnya
dilaksanakan oleh Hubungan Pelabur dan Komunikasi Korporat. Pertanyaan mesti sentiasa
dimajukan kepada salah satu daripada dua jabatan ini.
7. Hubungan media dan komunikasi
8. Pelanggaran
Tindakan disiplin boleh diambil dalam rangka kerja perundangan yang berkenaan, peraturan
dalaman syarikat-syarikat Georg Fischer atau peruntukan kontrak pekerjaan, dll.
Para pekerja diminta mengamalkan prinsip-prinsip moral dan etika yang ditetapkan dalam
Tatakelakuan ini.
Pelanggaran menurut perenggan 1, Perkara 8 di atas boleh dilaporkan kepada
pengurus peringkat bawahan atau jabatan Sumber Manusia. Para pekerja juga boleh
menghubungi Jabatan Perundangan Korporat di Schaffhausen melalui telefon
(Bahasa Jerman, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis atau Bahasa Itali) atau menulis kepada
alamat e-mel pematuhan [email protected]. Laporan juga boleh
diserahkan secara tanpa nama. Jabatan Perundangan Korporat akan berikhtiar untuk
melindungi identiti pekerja yang melaporkan pelanggaran bila mungkin. Laporan
yang salah dengan sengaja dan tuduhan palsu akan tertakluk kepada tindakan disiplin.
Georg Fischer | Tatakelakuan 19
9. Soalan mengenai Tatakelakuan
Pengurus peringkat bawahan adalah titik hubungan pertama untuk soalan
mengenai Tatakelakuan ini. Jabatan Perundangan Korporat, yang boleh dihubungi di
[email protected], juga berasa sukacita untuk memberikan maklumat lanjut.
10. Kesahan
Tatakelakuan Georg Fischer diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif pada 12 Julai 2013
dan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. Ia menggantikan Tatakelakuan Georg Fischer yang
bertarikh 1 Januari 2008.
20 Georg Fischer | Tatakelakuan
Jabatan PerundanganMarc LahusenTelefon: +41 52 631 21 85Faks: +41 52 631 24 [email protected]
Gambar: Para pekerja Georg Fischer Ltd
Maklumat PenerbitDiterbitkan oleh: Georg Fischer Ltd Disunting oleh: Georg Fischer Ltd, Pembangunan Korporat Direka bentuk oleh: Markenfels AG, Elfstern – Agensi untuk Pemasaran, Komunikasi & Pengeluaran Media Gambar oleh: Markus Bertschi, Nick Hunger, Marinus van Breugel Penterjemahan: Peritus Precision Translations, Inc., BMP Translations AG Dicetak oleh: Neidhart + Schön AG
Georg Fischer LtdAmsler-Laffon-Strasse 98201 SchaffhausenSwitzerland
Phone: +41 52 631 11 11www.georgfischer.com