i
PROGRAM MATRIKULASI
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ii
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Halaman
KATA-KATA ALUAN PENGARAH i
AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOK KEDIAMAN ii
WAKTU URUSAN KAUNTER HEP DAN FELO 1
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN 3-4
3.0 PERATURAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN
3.1 Peraturan Am
3.2 Peraturan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kolej Kediaman
3.3 Penggunaan, Kekemasan dan Kesempurnaan Bilik/Perabot/Peralatan
3.4 Penggunaan Alat-alat Elektrik
3.5 Kebebasan Beragama
5-7
7-9
9-10
10-11
11
4.0 PENGGUNAAN BILIK AIR, TANDAS, RUANGAN MEMBASUH DAN AMPAIAN
4.1 Bilik Air
4.2 Tandas
4.3 Ruangan Membasuh
4.4 Bilik Mandi
4.5 Ampaian
11-12
12
12
12
13
5.0 ETIKA BERPAKAIAN
5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki
5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan
13-15
15-17
6.0 KEGIATAN PELAJAR DI LUAR WAKTU AKADEMIK 17-18
7.0 MENERIMA TETAMU 18
8.0 PERATURAN KELUAR MASUK DARI KAWASAN KOLEJ
8.1 Peraturan Keluar/Masuk (Outing)
8.2 Peraturan Balik Bermalam
8.3 Peraturan Balik Bercuti
8.4 Urusan Menyahsekat (Unblock) Kad Matrik Pelajar
8.5 Disiplin Tingkah Laku Pelajar Semasa Berada di Luar Kawasan Kolej
18-19
20-21
21
21-22
22-23
9.0 PEMBELIAN BARANG ONLINE 23
AKU JANJI 24
i
KATA-KATA ALUAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saudara-saudari yang budiman,
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, kita dapat merealisasikan Perincian Buku Peraturan Pelajar Kolej Matrikulasi Melaka, KPM.
Perincian Buku Peraturan Pelajar Kolej MatrikulasiMelaka ini diharapkan dapat memberi satu panduan kepada para pelajar dalam usaha kita untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin tinggi, berwibawa dan mempunyai pengurusan diri yang baik sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi insan yang seimbang akan pudar sekiranya tiada usaha yang berterusan untuk menggilap dan mencernakannya agar sentiasa berada dalam kategori pelajar yang cemerlang.
Perincian ini telah disusun berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan disesuaikan dengan keadaan semasa dan persekitaran Kolej Matrikulasi Melaka. Para pelajar diharapkan dapat menimba pengalaman serta pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara. Justeru itu, aspek pembinaan insan berketrampilan mulia dan berperibadi tinggi adalah antara agenda terhasilnya Peraturan Dalaman ini.
Saya dengan ini mengesahkan bahawa Perincian Buku Peraturan Pelajar Kolej MatrikulasiMelaka yang telah disediakan oleh pihak Pengurusan Kolej Kediaman adalah diterima sebagai satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua pelajar Kolej Matrikulasi Melaka. Akhir kata,
“ Tanda akal seseorang itu ialah tingkah lakunya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya “
Sekian, terima kasih.
“KECEMERLANGAN ANDA KEJAYAAN KAMI”
HAJAH RUSILAH BINTI JAIS
Pengarah,
Kolej Matrikulasi Melaka
13 Mei 2019.
ii
JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOK KEDIAMAN
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
SESI 2019 / 2020
Penaung : Hajah Rusilah binti Jais
Penasihat : Tuan Jamal Mohamad Hashim bin Adenan
Jawatankuasa :
BIL. NAMA UNIT BLOK JAWATAN
1. En. Khairudin bin Nozari Pengurusan - Pengetua Kolej Kediaman
2. Cik Dalina binti Daud Kimia B5 Ketua Felo
3. Cik Afiqah binti Mohamed Biologi A4 Ketua Felo
4. En. Mohd Mohshen bin Jaamat HEP C5 Ketua Felo
5. Cik Hanisah binti Sam Hun Fizik A1 Felo
6. Pn. Khadijah binti Mohamad Pata Bahasa Inggeris A2 Felo
7. Cik Sharifah Nurliyana binti Syed Nasir Kimia A3 Felo
8. A5 Felo
9. Cik Nurdiyawati binti Abidin HEP B1 Felo
10. Pn. Juliah binti Ahmad Biologi B2 Felo
11. B3
12. B4
13. En. Md. Hairi bin Ibrahim Ko-Kurikulum C1 Felo
14. En. Alimi bin Mat Said Pengajian Am C2 Felo
15. En. Hilman bin Muhamad Matematik C3 Felo
16. En. Mohamad Zairul bin Md Razali Kimia C4 Felo
17. Pn. Siti Norulakmal binti Che Abu Bakar Fizik A5/Apartment Felo
18. Pn. Nur Suhaila Binti Zulkifli Biologi B4/Apartment Felo
19. Cik Nurfarehan binti Nordin Matematik B3/Apartment Felo
20. Mohd Norazmi bin Che Kob Biologi Apartment Felo
BIL. NAMA UNIT KLUSTER JAWATAN
1. En. Muhammad Shahir bin Abdullah Asrama A, B & C Ketua Penyelia Asrama
2. Pn. Nurul Nadia binti Abd. Halim Asrama A Penyelia Asrama
3. Pn. Rogayah binti Rahman Asrama B Penyelia Asrama
1
WAKTU URUSAN KAUNTER HEP DAN FELO
KAUNTER HAL EHWAL PELAJAR
WAKTU BERURUSAN DENGAN PEGAWAI / STAF HEP
HARI MASA CATATAN
Isnin hingga Khamis 8.00 pagi – 1.00 tengahari 1.00 tengahari sehingga 2.00 petang : KAUNTER TUTUP
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat 8.00 pagi – 12.15 tengahari 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang : KAUNTER TUTUP
2.45 petang – 5.00 petang
KAUNTER HAL EHWAL PELAJAR
WAKTU PENGHANTARAN KE KLINIK
HARI MASA CATATAN
Isnin hingga Khamis 8.15 pagi Sila tepati waktu yang telah ditetapkan
Tiada perkhidmatan penghantaran ke klinik selain
daripada waktu yang telah ditetapkan
2.15 petang
Jumaat 8.15 pagi
2.45 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum TUTUP Rujuk waktu berurusan felo bertugas
KAUNTER FELO BERTUGAS
WAKTU BERURUSAN DENGAN FELO BERTUGAS
HARI MASA CATATAN
Isnin hingga Jumaat 8.00 malam – 9.30 malam Perkhidmatan ke klinik hanya
jam 8.30 mlm bagi KES
KECEMASAN SAHAJA
Sabtu / Ahad / Cuti Umum 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Perkhidmatan ke Klinik jam
10.00 pg dan 8.30 mlm bagi
KES KECEMASANSAHAJA)
8.00 malam – 9.30 malam
(Kecemasan merujuk luka yang melibatkan pendarahan kritikal, patah anggota badan, asma kritikal, pengsan,
gigitan binatang berbisa dan demam kronik.
2
PERINGATAN
Pelajar yang mengalami penyakit ringan seperti demam, selsema, batuk, gatal-gatal, cirit birit dan
sebagainya perlu ke klinik segera pada waktu hari bekerja (8.15 pagi dan 2.15 petang)
Pelajar-pelajar yang disahkan menghidap penyakit tertentu perlulah mempunyaibekalan ubat yang
mencukupi. Contohnya penyakit gastrik, asma dan lain-lain.
Pelajar perlu memaklumkan kepada pihak kolej jika mempunyai sebarang penyakitkritikal /rawatan
berkala yang telah disahkan oleh pakar perubatan. Sila bawa dokumen pengesahan daripada doktor ke
kaunter HEP.
Pelajar yang mempunyai rekod perubatan psikitrik perlu memaklumkan kepada pihakkolej.
Pelajar yang memalsukan/menyembunyikan sebarang penyakit kritikal/ rawatan berkalaakan dikenakan
tindakan oleh pihak kolej.
3
PERATURAN DALAMAN (LOCAL RULES) KOLEJ KEDIAMAN
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
1.0 PENDAHULUAN
Buku peraturan ini disediakan sebagai garis panduan untuk pentadbiran dan pengurusan pelajar di Kolej
Matrikulasi Melaka. Peraturan yang ditetapkan perlulah digunapakai oleh semua pelajar Kolej Matrikulasi
Melaka.
2.0 PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN
2.1 Pelajar yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang mendaftar
Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Melaka.
2.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan kandungan ayatnya menghendaki makna yang
lain:
2.2.1 “Kolej Kediaman” bermaksud asrama iaitu bangunan yang disediakan oleh Kolej
Matrikulasi Melaka untuk kediaman pelajar.
2.2.2 “Bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal berbentuk bangunan yang
ada di dalam Kolej Matrikulasi Melaka.
2.2.3 “Kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang ada di dalam Kolej Matrikulasi
Melaka seperti padang dan gelanggang permainan serta kawasan dalam dan luar di
sekeliling bangunan.
2.2.4 “Kolej” bermaksud institusi pelajaran yang menjalankan Program Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.2.5 “Kluster” bermaksud kelompok/gugusan kolej kediaman
2.2.6 “Lawatan ke luar kolej” bermaksud apa jua bentuk lawatan anjuran mana-mana
jabatan, unit, kumpulan kokurikulum, kumpulan MEPro, kumpulan tutorial, persatuan,
kelab dan badan-badan kebajikan yang mendapat kebenaran bertulis Pengarah
Kolej.
2.2.7 “Pengetua Kolej Kediaman” bermaksud Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar yang
bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Kolej Kediaman.
2.2.8 “KetuaFelo” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas Kolej Kediaman
dan dilantik dalamkalangan pegawai / pensyarah dan mengetuai felokluster.
4
2.2.9 “Felo” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas Kolej Kediaman dan
dilantik dalam kalangan pegawai / pensyarah oleh Pengarah Kolej.
2.2.10 “Felo Blok” bermaksud felo yang bertanggungjawab bagi sesebuah blok kediaman.
2.2.11 “Ketua Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang mengurus selia Kolej
Kediaman.
2.2.12 “Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang membantu Ketua Penyelia Asrama
mengurus selia kolej kediaman.
2.2.13 “Pelajar” bermaksud pelajar pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan
Malaysia.
2.2.14 Pelajar Menetap bermaksud seorang pelajar yang tinggal dalam sesuatu asrama.
2.2.15 “Kad Pelajar” bermaksud dokumen yang digunakan oleh pelajar bagi tujuan keluar
masuk kolej berasaskan Matrix Information System (MIS) dan juga tanda pengenalan
diri pelajar
2.2.16 “Peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang sedia ada dalam bangunan dan
di kawasan kolej.
2.2.17 “Pihak luar” bermaksud pelawat sama ada yang mewakili sesuatu institusi kerajaan,
institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan
badan-badan serta kumpulan yang sah pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan
Negara.
2.2.18 “Tetamu” bermaksud, ibubapa / penjaga / adik beradik / waris (seperti maklumat
yang didaftarkan dalam Sistem MIS kolej)yang datang mengunjungi pelajar di kolej.
2.3 Pemakaian Peraturan Dalaman Kolej Matrikulasi Melaka adalah tertakluk kepada Buku
Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Undang-undang
Malaysia Akta 174 versi 2016.
2.4 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam bentuk helai-
cerai dan hendaklah dianggap sebahagian daripada peraturan ini.
(Akta 174 : Kaedah 26)
5
3.0 PERATURAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN
3.1 Peraturan Am
3.1.1 Pelajar Kolej Matrikulasi Melaka wajib menetap di Kolej Kediaman.
3.1.2 Pelajar wajib menetap di bilik yang diperuntukkan untuk dirinya. Pelajar tidak
dibenarkan tidur di bilik selain daripada bilik yang diperuntukkan.
(Akta 174 : Kaedah 23)
3.1.3 Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam bilik-bilik Khas seperti Bilik TV, Bilik Bacaan
dan Surau Blok tanpa kebenaran.
3.1.4 Permohonan perpindahan bilik boleh dilakukan melalui prosedur yang telah
ditetapkan dan hanya dengan kelulusan bertulis daripada Pengetua Kolej Kediaman
atau wakil yang diberi kuasa.
(Akta 174 : Kaedah 32)
3.1.5 Pihak kolej berhak menutup mana-mana bilik pelajar dan memindahkan pelajar ke
bilik yang lain sekiranya berlaku;
Kerosakan bilik sama ada elektrik ataupun kerosakan fizikal
Penghuni bilik kurang daripada 3 orang
Apa-apa sebab yang munasabah
3.1.6 Pelajar dikehendaki mengosongkan asrama dari jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00
pagi pada hari kuliah.
3.1.7 Pelajar tidak dibenarkan berada di luar blok kediaman masing-masing selepas jam
11.00 malam.
(Akta 174 : Kaedah 29 & 30)
3.1.8 Had nyala lampu bilik pelajar sehingga jam 12.00 malam kecuali mendapat keizinan
dari pengurusan felo untuk dilanjutkan masa. Pelajar hanya dibenarkan menyalakan
lampu meja selepas jam 12.00 malam sekiranya terdapat keperluan untuk belajar.
3.1.9 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan Kolej Kediaman pelajar
perempuan dan sebaliknya :
i. Laluan yang dilarang bagi pelajar lelaki adalah semua jalan
berturap disekeliling Kluster A dan B (kecuali laluan menuju
kafetaria A di antara jam 7.00 pagi hingga 6.45 petang)
ii. Laluan yang dilarang bagi pelajar perempuan adalah semua jalan
berturap di sekeliling Kluster C (termasuk laluan Rumah Pengarah
dan Rumah Ketua-Ketua Jabatan)
6
3.1.10 Pelajar perlu menggunakan premis Kolej Kediaman dan segala kemudahannya
dengan cermat, bertanggungjawab menjaga kebersihan, keceriaan, kekemasan serta
menghindarkan sebarang kerosakan.
(Akta 174 : Kaedah 31)
3.1.11 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah
tamat peperiksaan akhir semester kecuali mendapat kebenaran pihak pentadbiran
kolej.
(Akta 174 : Kaedah 33)
3.1.12 Pelajar dikehendaki merujuk kepada tarikh balik bermalam yang telah dikeluarkan
oleh pihak HEP. Namun begitu, ia tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
dan akan dimaklumkan.
3.1.13 Barangan dan tingkah laku terlarang:
i. Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan sebarang
peralatan atau dalam kawalannya seperti dadah, inhalan dan racun.
(Akta 174 : Kaedah 20)
ii. Menyalahgunakan ubat batuk, pil khayal, dadah, inhalan, memiliki atau
membawa atau menghisap atau mengedar ganja, menyuntik dadah
merupakan satu kesalahan jenayah yang serius. Pihak kolej berhak pada
bila-bila masa untuk mengarah membuat ujian air kencing secara rawak ke
atas pelajar.
(Akta 174 : Kaedah 20)
iii. Menyimpan, memiliki, menjual, mengedar dan menghisap rokok, e-rokok
(vapor), shisha dalam kawasan kolej.
iv. Daging babi, anjing, arak dan perkara-perkara yang tidak halal adalah
dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kawasan kolej.
v. Setiap pelajar dilarang sama sekali untuk berniaga atau bekerja dalam
kawasan kolej tanpa kebenaran.
(Akta 174 : Kaedah 14)
vi. Menyimpan, menyebar dan menonton bahan lucah.
vii. Melakukan sebarang bentuk tingkah laku:
lucah
yang memusnahkan harta benda kerajaan atau orang lain
yang boleh mengundang risiko keselamatan dan membahayakan
diri atau orang lain. Contohnya; (menelan ubat berlebihan tanpa
preskripsi doktor, mencederakan diri dengan sengaja, dan lain-lain)
yang bersifat membazirdan boleh mengotorkan kolej kediaman.
Contohnya; (bermain tepung, air sabun, baling telur, dan lain-lain)
7
(Akta 174: Kaedah 21)
3.1.14 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah felo kecuali dengan kebenaran felo
berkenaan.
3.1.15 Pelajar yang ingin berurusan dengan felo hendaklah berpakaian sopan dan menutup
aurat (pelajar muslim).
3.1.16 Pelajar hendaklah mematuhi masa berurusan yang telah ditetapkan oleh felo blok
masing-masing.
3.1.17 Pelajar hendaklah bersopan dan beradab ketika ingin berurusan dengan semua
warga kolej.
3.1.18 Kafetaria kolej kediaman adalah dibuka untuk pelajar sehingga pukul 11.00 malam.
Walau bagaimanapun, pelajar lelaki hanya boleh mengunjungi kafetaria A dan Bdi
antara jam 7.00 pagi sehingga jam 6.45 malam sahaja. Manakala pelajar perempuan
hanya boleh mengunjungi kafetaria Cdi antara jam 7.00 pagi sehingga jam 6.45
malam sahaja.
3.1.19 Pelajar dilarang berada di kawasan terbuka (contoh: padang dan gelanggang
permainan) sewaktu hujan, cuaca panas, kilat, petir dan jerebu.
3.1.20 Pelajar dilarang melakukan aktiviti yang mengundang bahaya atau beriadah di
kawasan lereng-lereng bukit.
3.1.21 Pelajar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan apabila
berhadapan dengan binatang liar dan berbahaya.
3.1.22 Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan berlainan jantina sama ada di tempat yang
terang ataupun gelap atas apa jua tujuan sekalipun.
(Akta 174: Kaedah 26)
3.1.23 Pelajar dilarang menyelenggara/membaiki/mengubahsuai sebarang peralatan elektrik
sama ada milik persendirian atau kolej.
3.1.24 Apabila tamat pengajian, kunci bilik dan rantai kunci hendaklah diserahkan kepada
penyelia asrama di pejabat penyelia asrama masing-masing pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh pihak kolej.
3.1.25 Pelajar wajib memulangkan kunci dengan sempurna (salinan asal dan penanda) pada
tarikh yang ditetapkan. Pelajar yang gagal memulangkan kunci dengan sempurna
akan dikenakan denda sebanyak RM5.00 bagi kunci dan RM5.00 bagi penanda.
3.2 Peraturan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kolej Kediaman
3.2.1 Tanggungjawab pelajar kolej kediaman.
i. Pelajar perlu memastikan bilik penginapan sentiasa dalam keadaan bersih
dan kemas setiap hari sebelum ke kuliah atau tutoran atau amali.
ii. Pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib jika membiarkan bilik penginapan
kolej kediaman kotor dan berselerak.
8
(Akta 174: Kaedah 21)
iii. Pelajar digalakkan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kolej
kediaman dan persekitarannya sekurang-kurangnya sebulan sekali.
iv. Pelajar dilarang sama sekali memiliki / menyimpan/ memelihara sebarang
jenis binatang di bilik / blok kediaman / mana-mana premis kolej kediaman.
viii. Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan oleh pihak kolej dan memastikan tiada sampah yang dibuang
melalui tingkap, sepanjang koridor dan tangga aras.
ix. Bagi mengelakkan gangguan binatang liar dan haiwan perosak (monyet,
tikus dan lain-lain), pelajar tidak dibenarkan membawa makanan ke bilik
asrama (kecuali makanan kering seperti biskut, kerepek, makanan ringan
dan lain-lain).
(Perkara 3.4 Buku Peraturan Program Matrikulasi)
x. Bagi mengelakkan keracunan makanan, pelajar dilarang membeli atau
memesan makanan daripada luar.
xi. Pelajar perempuan dikehendaki membuang tuala wanita di dalam bekas
sanitari/tong sampah. Sila basuh dan balut tuala wanita dengan kemas
sebelum dibuang ke dalam bekas sanitari/tong sampah.
vi. Pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik-bilik khas
seperti bilik tv, bilik rekreasi, bilik tetamu, bilik bacaan, surau blok, bilik
gerakan atau mana-mana bilik khas yang disediakan oleh pihak kolej.
vii. Pelajar diwajibkan mengenakan cadar tilam serta sarung bantal yang bersih
sepanjang masa.
viii. Buku-buku, alat tulis, alat sukan dan lain-lain peralatan perlu disusun
dengan kemas dan tidak berselerak.
ix. Pelajar bertanggungjawab memastikan perabot / peralatan yang dibekalkan
oleh pihak kolej berada dalam keadaan yang baik.
(Akta 174: Kaedah 31)
xii. Penggunaan paku dan sebarang tampalan bersifat kekal di dinding dan
perabot adalah dilarang.
xi. Pastikan langsir tingkap kemas dan bersih. Perbuatan menanggal,
menggulung, mengikat simpul dan menjulur keluar kain langsir adalah tidak
dibenarkan.
xii. Kasut, selipar dan sandal perlu disusun dengan kemas dan diletakkan di
atas rak kasut yang disediakan oleh pihak kolej di luar bilik kediaman
masing-masing.
xiii. Tuala hendaklah disidai dengan kemas.
9
xiv. Pakaian basah tidak dibenarkan digantung di dalam bilik. Ianya hendaklah
digantung di ampaian yang disediakan. Pelajar dilarang membuat ampaian
tambahan di dalam bilik.
xv. Pelajar tidak dibenarkan membuang lebihan air basuhan di ruangan
ampaian.
xvi. Menjemur pakaian di koridor, rel langsir atau tingkap adalah tidak
dibenarkan.
xvii. Semua pelajar diwajibkan membersih dan mengemas bilik sebelum pulang
bercuti.
xviii. Pelajar hendaklah memastikan semua barang berharga dibawa bersama
ketika pulang bercuti. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab di atas
sebarang kehilangan.
3.3 Penggunaan, Kekemasan dan Kesempurnaan Bilik/ Perabot / Peralatan
3.3.1 Mengalih / meminda / mengubahsuai susunan perabot / peralatan bilik.
i. Pelajar mesti memastikan susunan asal kedudukan perabot / peralatan di
dalam bilik tidak diubah kecuali dengan kebenaran Pengetua Kolej
Kediaman, Ketua Felo atau felo blok masing-masing.
ii. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua perabot / peralatan berada
dalam keadaan baik dan seperti asal.
iii. Menambah kunci pada pintu masuk adalah tidak dibenarkan.
iv. Pelajar tidak dibenarkan membawa bersama perabot / peralatan kolej
apabila diarahkan berpindah bilik atau setelah menamatkan pengajian.
3.3.2 Perabot / peralatan tambahan (persendirian).
i. Pelajar dibenarkan membawa perabot / peralatan kecil seperti rak buku.
ii. Bantal tambahan dibenarkan dibawa.
iii. Pelajar dibenarkan membawa permaidani, tikar getah atau bakul sampah
sendiri.
3.3.3 Kerosakan Kemudahan Bilik / Perabot / Peralatan.
i. Pelajar wajib melaporkan sebarang jenis kerosakan kepada Penyelia
Asrama masing-masing dengan mengisi Buku Aduan Kerosakan.
ii. Pelajar tidak dibenarkan membaiki sendiri sebarang kerosakan.
iii. Pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib jika melakukan kerosakan
dengan sengaja.
iv. Pelajar bertanggungjawab membayar ganti rugi kerosakan kemudahan atau
peralatan yang disediakan di kolej kediaman. Pelajar wajib membayar kos
pembaikan atau kos penggantian yang dikenakan sekiranya kerosakan yang
10
berlaku adalah akibat kecuaian atau kegiatan vandalisme individu pelajar
atau perkumpulan pelajar.
v. Sekiranya kecuaian melibatkan sekumpulan pelajar, pelajar berkenaan akan
menanggung kos ganti rugi secara sama rata.
3.3.4 Pemeriksaan kebersihan, kekemasan dan keceriaan.
i. Pengetua Kolej Kediaman, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman, Ketua Felo,
Felo dan Penyelia Asrama adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk
melakukan pemeriksaan kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik
penginapan pelajar pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
ii. Pelajar wajib membenarkan pegawai yang diberikan kuasa untuk membuat
pemeriksaan bilik.
(Akta 174 : Kaedah 28)
3.4 Penggunaan Alat-Alat Elektrik dan Peralatan Memasak
3.4.1 Pelajar dikehendaki menutup suis elektrik / suis lampu setiap kali meninggalkan bilik.
(Akta 174 : Kaedah 31)
3.4.2 Peralatan elektrik yang dilarang dibawa dan dilarang penggunaannya di bilik
penginapan pelajar antaranya :
i. Televisyen (pelbagai saiz).
ii. Sebarang jenis radio yang berkuasa melebihi 100 watt.
iii. Pemanas air / cerek elektrik.
iv. Peti sejuk.
v. Periuk nasi / periuk nasi elektrik.
vi. Dapur elektrik
vii. Hair straightener/ hair dryer.
viii. Pembakar roti / pembuat sandwich / pengisar elektrik.
ix. Seterika.
x. Set pembesar suara.
xi. Penghawa dingin mudah alih
3.4.3 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan seterika dan peralatan elektrik yang
disediakan oleh pihak kolej di tempat yang telah disediakan sahaja.
3.4.4 Televisyen (dibekalkan oleh pihak kolej) boleh ditonton di bilik televisyen sahaja.
Masa menonton yang dibenarkan adalah dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam
pada hari kuliah dan 7.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari cuti.
3.4.5 Pelajar hendaklah memastikan semua perabot dan peralatan di bilik televisyen
berada dalam keadaan kemas dan tersusun sebelum meninggalkan bilik berkenaan.
3.4.6 Penggunaan radio adalah untuk pendengaran sendiri sahaja (penggunaan head-
phone adalah digalakkan) dan tidak mengganggu rakan sebilik atau pelajar yang lain.
11
(Akta 174 : Kaedah 22)
3.4.7 Sebarang bentuk peralatan muzik persendirian adalah tidak boleh dibawa masuk di
dalam kawasan kolej.
3.4.8 Pelajar dibenarkan membawa komputer riba dan mesin pencetak untuk kegunaan
akademik sahaja. Namun begitu, keselamatan peralatan berkenaan adalah di bawah
tanggungjawab pelajar.
3.4.9 Barangan berharga atau peralatan peribadimilik pelajar seperti telefon bimbit, tablet
dan lain-lain yang dibawa adalah di bawah tanggungjawab pelajar itu sendiri.
3.4.10 Pelajar tidak dibenarkan memasak di mana-mana kawasan kolej.
3.4.11 Peralatan memasak adalah tidak dibenarkan dibawa sama sekali. Contohnya; dapur
gas mudah alih, periuk, kuali dan lain-lain.
3.4.12 Semua peralatan yang dilarang (seperti yang dinyatakan di atas) boleh dirampas dan
disimpan oleh felo. Semua peralatan terlarang yang dirampas hanya akan
dipulangkan apabila pelajar menuntut semula semasa pulang bercuti. Felo tidak
bertanggungjawab di atas kerosakan peralatan terlarang yang dirampas.
3.5 Kebebasan Beragama
3.5.1 Menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (1);
“Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
3.5.2 Pelajar bukan beragama Islam adalah bebas menganuti mana-mana agama. Namun
demikian, pelajar perlu memastikan tiada upacara keagamaan dijalankan seperti
meditasi, sembahyang dan seumpamanya dalam kawasan kolej. Namun begitu,
pelajar bukan beragama Islam dibenarkan keluar/balik bermalam secara mingguan
untuk upacara keagamaan. Pelajar bukan beragama Islam perlu mengisi borang
kebenaran keluar/balik bermalam.
3.5.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa, menyimpan serta mempamerkan patung,
gambar, kemenyan, setanggi, colok dan sebagainya di mana-mana kawasan kolej.
3.5.4 Pelajar perlu menghormati agama dan budaya masing-masing.
4.0 PENGGUNAAN BILIK AIR, TANDAS, RUANGAN MEMBASUH DAN AMPAIAN
4.1 Bilik air
4.1.1 Pelajar perlu menggunakan bilik air sebaik mungkin.
4.1.2 Pelajar dilarang merosakkan kemudahan bilik air seperti cermin muka, kepala paip
dan lain-lain. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang melakukan
kerosakan tersebut.
(Akta 174 : Kaedah 3g)
12
4.1.3 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan peralatan peribadi seperti sabun, berus gigi,
bekas makanan dan sebagainya di dalam bilik air. Peralatan tersebut hendaklah
disimpan di bilik pelajar sendiri.
4.1.4 Pelajar dilarang meninggalkan atau menyidai pakaian di bilikair.
4.1.5 Pelajar digalakkan mencuci bilik air selepas setiap kali digunakan.
4.1.6 Pelajar dikehendaki menggunakan air secara berhemah.
4.2 Tandas
4.2.1 Pelajar perlu menggunakan tandas sebaik mungkin.
4.2.2 Pelajar perlu menekan curahan („flush‟) selepas menggunakan tandas.
4.2.3 Pelajar dilarang sama sekali membuang sampah seperti TUALA WANITA, kertas,
plastik dan sebagainya di dalam mangkuk tandas.
4.2.4 Pelajar perlu bertanggungjawab menggunakan kemudahan tandas untuk
mengelakkan kesulitan di kemudian hari.
4.2.5 Pelajar dikehendaki menggunakan air secara berhemah.
4.3 Ruangan membasuh
4.3.1 Pelajar perlu menggunakan ruangan membasuh dengan sebaik mungkin.
4.3.2 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan peralatan membasuh seperti berus, baldi,
sabun dan sebagainya di dalam ruangan membasuh. Peralatan tersebut hendaklah
disimpan di bilik pelajar sendiri.
4.3.3 Pastikan ruangan membasuh dibersihkan selepas digunakan (contoh: sisa air sabun
dan sampah).
4.3.4 Dilarang menyidai pakaian di ruangan membasuh.
4.3.5 Pelajar dilarang merendam pakaian di dalam sinki.
4.3.6 Bekas rendaman hendaklah diletakkan di atas lantai.
4.3.7 Pelajar dikehendaki menggunakan air secara berhemah.
4.4 Bilik mandi
4.4.1 Pelajar perlu menggunakan bilik mandi sebaik mungkin.
4.4.2 Kemudahan bilik mandi seperti pancur air („shower head‟), pintu dan sebagainya
mestilah dijaga dengan baik.
(Akta 174 : Kaedah 3g)
4.4.3 Pelajar digalakkan membersihkan bilik mandi selepas setiap kali digunakan.
4.4.4 Pelajar dilarang membuang sabun dan sampah di dalam saluran keluar air.
4.4.5 Pelajar dikehendaki menggunakan air secara berhemah.
13
4.5 Ampaian
4.5.1 Ampaian di dalam bilik adalah untuk pakaian kering sahaja. Pakaian basah
hendaklah dijemur di ampaian luar blok kediaman masing-masing.
4.5.2 Pelajar digalakkan menggunakan penyangkut baju apabila menggunakan ampaian
untuk menjimatkan ruang.
4.5.3 Pastikan pakaian dikepit dengan sempurna dan diangkat dari jemuran apabila kering.
4.5.4 Pelajar dilarang menyidai pakaian selain daripada tempat yang disediakan seperti di
tangga blok, di stor, bilik kosong, bilik tv, bilik-bilik khas, surau, di tingkap bilik, koridor
blok, garaj kereta felo dan bumbung.
5.0 ETIKA BERPAKAIAN
5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki
5.1.1 Berurusan di kawasan akademik pada waktu rasmi (waktu P&P dan minggu
ulangkaji).
i. Baju kemeja berlengan panjang sahaja, tidak bercorak (plain) dan
dimasukkan dalam seluar (tuck-in).
ii. Tali leher kolej ataupun sesaiz dengannya. Tali leher kolej WAJIB dipakai
pada hari Isnin dan semasa Majlis Rasmi Kolej.
iii. Seluar panjang (slack) berwarna gelap sahaja.
iv. Tali pinggang mestilah tidak melebihi 3 cm lebar dan berwarna gelap sahaja.
Kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan.
v. Kasut kulit atau PVC yang bertutup keseluruhan dan berwarna gelap (kasut
sukan/sandal tidak dibenarkan sama sekali).
vi. Berstokin.
vii. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan iaitu baju T kolej yang
ditetapkan oleh pihak pengurusan, seluar trek ‟bottom‟ (longgar) dan kasut
sukan pada hari yang melibatkan P&P Kokurikulum sahaja.
viii. Pemakaian songkok dibenarkan tetapi berwarna hitam sahaja.
ix. Pelajar Muslim lelaki digalakkan memakai baju melayu lengkap bersampin
dan bersongkok hitam pada hari Jumaat.
x. Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan
kad pelajar yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam kolej.
(Akta 174 : Kaedah 25)
5.1.2 Keluar/masuk kolej
i. Pakaian pelajar ketika keluar adalah baju T kolej yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan dan seluar panjang (slack) / seluarseluar trek ‟bottom‟ dan
berkasut, ATAU;
ii. Pakaian formal ke kuliah yang lengkap.
14
iii. Tidak dibenarkan memakai:
Seluar jeans
Selipar / sandal
Baju T selain daripada baju T rasmi kolej. (Contoh : Baju T kelas /
praktikum / kelab / persatuan dan lain-lain)
5.1.3 Di luar blok kediaman/kawasan sekitar/kafeteria/akademik di luar waktu rasmi.
i. Kemeja lengan panjang/pendek
ii. Baju T
iii. Baju melayu
iv. Seluar panjang tidak digulung atau dilipat dan tidak ketat.
v. Seluar trek panjang
vi. Kasut, capal atau sandal.
vii. Tidak dibenarkan berkain pelikat, seluar pendek/bermuda/ hawaii/khakis
pendek/‟boxer‟, singlet, baju T tanpa lengan/ketat dan tuala.
5.1.4 Riadah
i. Pelajar dikehendaki memakai seluar trek panjang dan berbaju T berlengan.
ii. Hanya kasut sukan yang bersesuaian dengan jenis permainan dan
berstoking dibenarkan.
iii. Selipar, sandal, capal tidak dibenarkan semasa bermain.
iv. Aktiviti bersukan hanya dibenarkan di tempat yang dikhaskan / disediakan di
dalam kawasan kolej.
5.1.5 Kekemasan diri.
Semua pelajar lelaki mestilah berambut pendek dan kemas. Istilah berambut panjang
ditafsirkan seperti berikut:
i. Di belakang – rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping luar
telinga.
ii. Di hadapan – rambut panjang menutupi garisan tengah dahi.
iii. Di sisi – rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya
dan ’side burn’ melebihi paras tengah hidung.
iv. Di atas – rambut tidak melebihi daripada 2 inci panjang.
v. Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa
mengurusnya dengan kemas.
vi. Mewarnakan/melunturkan rambut adalah dilarang sama sekali.
vii. Semua jenis baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
15
viii. Semua jenis perhiasan diri atau barang kemas tidak dibenarkan seperti
subang, gelang, rantai dan lain-lain.
ix. Sebarang tindikan di muka dan telinga tidak dibenarkan.
x. Membotakkan kepala adalah tidak digalakkan.
xi. Pelajar lelaki dilarang berpakaian /berpenampilan menyerupai perempuan.
5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan.
5.2.1 Berurusan di kawasan akademik pada waktu rasmi (waktu P&P danminggu
ulangkaji).
i. Semua pelajar perempuan muslim dikehendaki memakai baju kurung
berpesak sahaja yang tidak mencolok mata, tidak jarang dan longgar. Kain
yang terbelah tidak dibenarkan. Pelajar muslim digalakkan memakai
tudung.
ii. Semua pelajar bukan muslim dibenarkan memakai kemeja dan kain sahaja.
Kemeja hendaklah berwarna gelap, mempunyai satu tona warna, tidak
jarang sehingga boleh menampakkan bentuk, corak dan warna baju
dibahagian dalam, kemeja hendaklah lengan panjang hingga ke
pergelangan tangan dan dibutangkan sepenuhnya, kemeja hendaklah
longgar, labuh hingga menutup punggung, tidak boleh dimasukkan (tuck-in)
dalam kain dan kemeja hendaklah mempunyai butang dan butang tersebut
dipasang sepenuhnya. Hanya kemeja jenis cotton sahaja. Kain berwarna
hitam sahaja dibenarkan. Kain hendaklah labuh hingga paras buku lali, tidak
beropol dan bercorak, tidak mempunyai aksesori seperti butang, reben dan
lain-lain, longgar, tidak berbelah dan tidak jarang. Kain jenis A-Shape
(Straight)/ A Line sahaja dibenarkan. Pemakaian baju kurung berpesak
adalah digalakkan.
iii. Sebarang jenis pakaian selain yang disebut dalam perkara 5.2.1 (i) dan (ii)
adalah tidak dibenarkan.
iv. Tudung kolej WAJIB dipakai pada hari Isnin dan semasa Majlis Rasmi Kolej.
v. Kasut kulit atau PVC yang bertutup keseluruhan dan berwarna gelap (kasut
sukan/sandal tidak dibenarkan sama sekali). Kasut bertumit tidak melebihi 1
inci sahaja dibenarkan.
vi. Berstoking.
vii. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan iaitu baju T kolej yang
ditetapkan oleh pihak pengurusan, seluar trek ‟bottom‟ (longgar) dan kasut
sukan pada hari yang melibatkan P&P Kokurikulum sahaja.
16
viii. Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan
kad pelajar yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam kolej.
(Akta 174 : Kaedah 25)
5.2.2 Keluar/masuk kolej.
i. Pakaian pelajar ketika keluar adalah baju T kolej yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan dan seluar panjang (slack) / seluarseluar trek ‟bottom‟ dan
berkasut, ATAU;
ii. Pakaian formal ke kuliah yang lengkap.
iii. Tidak dibenarkan memakai:
Seluar jeans
Selipar / sandal
Baju T selain daripada baju T rasmi kolej. (Contoh : Baju T kelas /
praktikum / kelab / persatuan dan lain-lain)
5.2.3 Di luar blok kediaman/kawasan sekitar/kafeteria/akademik di luar wakturasmi.
i. Baju T/baju blaus yang tidak ketat dan tidak jarang.
ii. Bagi pelajar muslim digalakkan untuk menutup aurat dengan memakai baju
T berlengan panjang atau memakai stoking lengan.
iii. Baju kurung atau jubah.
iv. Seluar panjang yang tidak ketat dan tidak jarang.
v. Kasut, capal atau sandal.
vi. Sebarang baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
vii. Seluar pendek/seluar paras lutut /bermuda, semua jenis baju tidur, kain
batik, kaftan, baju babyT dan tuala tidak dibenarkan.
5.2.4 Riadah
i. Pakaian sukan yang bersesuaian sahaja yang dibenarkan.
ii. Baju T/baju blaus yang tidak ketat dan tidak jarang.
iii. Bagi pelajar muslim digalakkan untuk menutup aurat dengan memakai baju
T berlengan panjang atau memakai stoking lengan.
iv. Seluar trek panjang yang longgar dan tidak jarang dibenarkan.
v. Hanya kasut sukan yang bersesuaian dengan jenis permainan dan
berstoking dibenarkan.
vi. Selipar, sandal, capal tidak dibenarkan semasa bermain.
vii. Aktiviti bersukan hanya dibenarkan di tempat dikhaskan/ disediakan di
dalam kawasan kolej.
17
5.2.5 Kekemasan diri.
i. Pelajar perempuan yang berambut panjang hendaklah mengikat (pony tail)
atau mendandannya supaya kelihatan kemas.
ii. Mewarnakan/melunturkan rambut adalah dilarang sama sekali.
iii. Bertudung adalah sangat digalakkan.
iv. Pelajar perempuan di larang berpakaian/berpenampilan menyerupai lelaki
seperti perkara 5.1.1, 5.1.3 dan 5.1.5.
5.2.6 Perhiasan diri.
i. Barang kemas yang dipakai adalah tanggungjawab sendiri sepenuhnya.
ii. Solekan sekiranya digunakan, mestilah tidak keterlaluan.
iii. Pemakaian inai yang berlebihan dan berlukis tidak dibenarkan.
iv. Dilarang mewarnakan kuku.
v. Subang di telinga hanya dibenarkan sepasang sahaja,.
vi. Anting-anting panjang atau besar tidak dibenarkan.
vii. Sebarang tindikan di muka tidak dibenarkan.
6.0 KEGIATAN PELAJAR DI LUAR WAKTU AKADEMIK
6.1 Pelajar wajib mengikuti program rasmi anjuran kolej yang ditetapkan seperti :
i. Perhimpunan Pelajar – Semua pelajar
ii. Matrix Excellence Programme (MEPro) – Pelajar tersenarai
iii. Peer Assisted Learning (PAL) – Pelajar tersenarai
iv. Sayyidul Aiyyam (Program Kerohanian Khamis malam Jumaat) – Pelajar Muslim
v. Program kecemerlangan akademik – tertakluk kepada takwim unit
vi. Liqa‟ Al-Kahfi ( 30 minit sebelum solat Jumaat ) – Semua pelajar lelaki Muslim
vii. Program-program lain yang tertakluk kepada memo yang dikeluarkan
6.2 Sebarang aktiviti atau kegiatan anjuran pelajar di dalam dan di luar kawasan kolej hendaklah
mengikut prosedur berikut:
i. Mendapatkan seorang atau lebih pensyarah penasihat bagi aktiviti berkenaan.
ii. Menyediakan kertas kerja / mengisi borang kebenaran menjalankan aktiviti (rujuk
Pejabat HEP).
iii. Menghantar kertas kerja / borang kebenaran menjalankan aktiviti ke Pejabat HEP
untuk semakan.
iv. Menghantar kertas kerja / borang kebenaran menjalankan aktiviti ke Pejabat
Pengarah untuk kelulusan.
v. Mencetak salinan (fotokopi) kertas kerja yang telah diluluskan, dan menghantarnya
ke Pejabat HEP.
18
6.3 Pensyarah penasihat aktiviti perlu berada bersama-sama pelajar sepanjang aktiviti
berlangsung sehingga tamat.
6.4 Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan terbuka semasa cuaca panas hujan/petir/guruh.
6.5 Setiap aktiviti yang dijalankan pada waktu malam perlu berakhir sebelum pukul 11.00 malam.
(Akta 174 : Kaedah 29)
6.6 Pihak HEP / Felo / Pengawal Keselamatan berhak menamatkan sebarang aktiviti anjuran
pelajar yang tidak mematuhi ketetapan di atas.
7.0 MENERIMA TETAMU
7.1 Istilah tetamu adalah merujuk kepada ketetapan seperti dalam perkara 2.2.18.
7.2 Semua pelajar bertanggungjawab memastikan tiada orang luar/pelawat dan tetamu menginap
atau memasuki atau bermalam di biliknya.
(Akta 174: Kaedah 27)
7.3 Kenderaan tetamu yang dibenarkan masuk ke kawasan kolej hanyalah kenderaan yang
mempunyai pelekat kenderaan yang dikeluarkan oleh pihak kolej
7.4 Kenderaan awam sama ada digunakan oleh pelajar atau tetamu seperti teksi, grab car dan
lain-lain tidak dibenarkan memasuki kawasan kolej.
7.5 Pelajar tidak dibenarkan membawa tetamu untuk memasuki mana-mana kawasan dalam blok
kediaman termasuk kanak-kanak kecil.
7.6 Waktu menerima tetamu adalah pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan cuti umum sahaja
di antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja.
7.7 Pelajar hendaklah memastikan tetamu meninggalkan kawasan kolej sebelum jam 7.00 petang.
7.8 Pelajar hanya boleh berjumpa tetamu di kafeteria, wakaf yang disediakan atau Pusat
PerkhidmatanPelajar.
8.0 PERATURAN KELUAR MASUK DARI KAWASAN KOLEJ
8.1 Peraturan Keluar/Masuk (Outing)
8.1.1 Hari Isnin sehingga Jumaat (waktu pejabat: 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
i. Pelajar sama sekali tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej pada
waktuP&P (mengikut waktu yang dipohon) kecuali dengan kebenaran
Pengarah/wakilnya dan tidak mempunyai kelas tutoran, kuliah dan amali,
kegiatan ko-kurikulum, MEPro atau perhimpunan pelajar pada waktu
tersebut.
ii. Urusan yang diberi kebenaran antaranya;
a. Urusan polis atau mahkamah.
b. Urusan pendaftaran kad pengenalan.
c. Urusan hospital (temujanji doktor)
19
d. Urusan dengan pihak bank.
e. Urusan Kematian ahli keluarga (ibu / bapa / adik-beradik / datuk /
nenek kandung).
f. Urusan Temuduga.
g. Urusan Ujian Memandu
iii. Pelajar perlu mengisi borang kebenaran keluar yang boleh didapati di
kaunter HEP.
iv. Pelajar perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya TIGA hari lebih
awal.
v. Pelajar juga perlu mempunyai surat sokongan atau bukti yang kukuh
(seperti salinan surat doktor, salinan kad temujanji doktor, salinan surat
panggilan temuduga dan lain-lain)
vi. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan sama ada daripada:
a. KJPP
b. PP HEP
c. Wakil yang diberi kuasa
vii. Pelajar hendaklah menyerahkan borang kebenaran keluar dan mengimbas
keluar kad pelajar di pondok pengawal. Apabila kembali semula ke kolej
pelajar perlu mengimbas masuk kad pelajar di pondok pengawal.
8.1.2 Hujung Minggu (Sabtu dan Ahad)
i. Semua pelajar dibenarkan keluar bermula jam 7.00 pagi.
ii. Sebelum keluar, pelajar perlu mengimbas kad pelajar di pondok pengawal.
iii. Atas sebab-sebab keselamatan dan kemudahan pengurusan pihak kolej
kediaman, semua pelajar dikehendaki pulang ke kolej sebelumjam 7.00
malam.
iv. Pelajar akan ditahan keluar (outing) selama 30 hari sekiranya gagal kembali
ke kolej sebelum jam 7.00 malam.
v. Ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej selepas jam 7.00 malam
walaupun untuk menghantar pelajar.
vi. Apabila kembali semula ke kolej pelajar perlu mengimbas masuk kad pelajar
di pondok pengawal.
8.1.3 Cuti Umum
i. Pelajar tidak dibenarkan keluar outing atau balik bermalam pada cuti umum
kecuali dengan arahan Pengarah/wakilnya.
ii. Ibubapa dibenarkan melawat pelajar di kolej kediaman pada cuti umum.
20
8.2 Peraturan Balik Bermalam
8.2.1 Hujung Minggu
i. Balik bermalam dibenarkan pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti di
dalam memo yang dikeluarkan oleh Pejabat HEP.
ii. Sebelum keluar, pelajar perlu mengimbas kad pelajar di pondok pengawal.
iii. Pelajar perlu kembali ke kolej sebelum jam 7.00 malam dan mengimbas kad
pelajar.
8.2.2 Balik Bermalam Khas
i. Pelajar boleh balik bermalam khas jika mempunyai urusan yangpenting
seperti:
a. Temujanji doktor
b. Menghantar atau menjemput ibu/bapa menunaikan haji/umrah
c. Menghadiri temuduga
d. Kenduri kahwin ahli keluarga terdekat
e. Sakit yang memerlukan rawatan lanjut
f. Sakit yang berjangkit
Pelajar hendaklah mempunyai surat sokongan atau bukti yang kukuh
(seperti surat daripada penjaga yang sah, surat doktor dan lain-lain).
ii. Pelajar perlu mengisi borang balik bermalam yang bolehdidapati di kaunter
HEP atau kaunter felo.
iii. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan sama ada daripada:
a. KJPP
b. PP HEP
c. Wakil yang diberi kuasa
iv. Pelajar perlu ke pondok pengawal untuk menyerahkan borang kebenaran
dan mengimbas kad pelajar .
Pelajar hendaklah membuat permohonan balik bermalam sekurang-
kurangnya TIGA hari lebih awal.
8.2.3 Balik Kecemasan
i. Merujuk kepada balik bermalam yang tidak dirancang, dan terdapat kejadian
yang tidak diingini yang memerlukan pelajar balik segera.
ii. Kecemasan yang merujuk kepada:
a. Kematian ahli keluarga terdekat*.
b. Kemalangan ahli keluarga terdekat*.
c. Ahli keluarga terdekat* dimasukkan ke wad secara
21
tiba-tiba.
d. Pelajar mengalami sakit yang kronik atau kecederaan
yang memerlukan rawatan lanjut.
*Ahli keluarga terdekat merujuk kepada ibu / bapa / penjaga / adik beradik /
nenek / datuk.
iii. Jika pelajar mendapat berita kecemasan pada waktu P&P dan ingin balik
pada waktu tersebut, mereka perlu ke kaunter HEP.
iv. Pelajar perlu mengisi borang balik bermalam kecemasan.
v. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan daripada:
Waktu P&P/Pejabat:
a. Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
b. PP HEP
c. Wakil yang diberi kuasa
Di luar waktu P&P/pejabat:
a. Ketua Felo
b. Felo Bertugas
c. Felo Blok
d. Wakil yang diberi kuasa
vi. Pastikan borang tersebut diserahkan kepada pengawal di pondok pengawal.
8.3 Peraturan Balik Bercuti
8.3.1 Balik bercuti merujuk kepada cuti yang ditentukan oleh kolej/cutisemester/cuti
pertengahan semester / balik bermalam wajib.
8.3.2 Semua pelajar dikehendaki balik / meninggalkan kawasan kolej untuk cuti-cuti yang
telah ditentukan oleh kolej, cuti semester, cuti pertengahan semester dan balik
bermalam wajib.
8.3.3 Pelajar dibenarkan balik bercuti pada hari terakhir perkuliahan sahaja.
8.3.4 Pelajar dikehendaki mengosongkan asrama selewat-lewatnya jam 10.00 malam pada
tarikh akhir kuliah.
8.3.5 Pelajar yang keluar atau balik bermalam diwajibkan kembali ke kolej sebelum
jam 7.00 malam.
8.4 Urusan menyahsekat(unblock)Kad Matrik Pelajar
8.4.1 Pelajar perlu menyemak status kad matrik selewat-lewatnya 2 hari sebelum keluar
outing / balik bermalam.
22
8.4.2 Semakan status kad matrik boleh dibuat di Pejabat HEP pada waktu rasmi dan di
Kaunter Felo bertugas mengikut masa operasi seperti yang termaktub dalam perkara
10.0.
8.4.3 Berikut adalah jenis kesalahan yang mengakibatkan kad matrik pelajar akan disekat,
serta pihak yang perlu pelajar rujuk sekiranya mahu menyahsekatan (unblock) status
kad berkenaan:
i. Felo Blok
Balik lewat / tidak hadir perjumpaan blok / membuat bising dalam blok / tidak
mengosongkan asrama pada hari kuliah di antara jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi /
tidak mengosongkan asrama pada setiap Khamis bermula 7.30 malam hingga 9.00
malam / tidak menjaga kebersihan bilik / membawa peralatan terlarang dan
seumpamanya.
ii. PPHEP
Semua salah laku disiplin yang dilakukan oleh pelajar seperti ponteng kelas / tidak
hadir perhimpunan pelajar / tidak patuhi etika pakaian / tidak memakai kad matrik /
melanggar memo arahan yang dikeluarkan oleh pihak kolej / tingkahlaku tidak sopan /
dan pelanggaran semua peraturan kolej.
iii. Penyelaras program
Tidak hadir ke program yang dianjurkan oleh Unit seperti MEPro / Bicara An-nisa /
Meka / Kumbe / kelas tambahan / tidak hantar tugasan / dan seumpamanya.
8.4.4 Untuk menyahsekat (unblock) kad matrik, setiap pelajar perlu berbincang dengan
Felo/PPHEP/Penyelaras program bergantung kepada kesalahan yang dilakukan
mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pegawai berkenaan.
8.4.5 Bagi membuat rayuan menyahsekat (unblock) kad matrik, pelajar perlu
mengemukakan bukti dan sebab yang kukuh semasa berbincang dengan pegawai
berkenaan.
8.4.6 Felo bertugas boleh menyahsekat(unblock) kad matrik pelajar dengan kebenaran
Felo Blok/PPHEP/Penyelaras program berkenaan.
8.5 Disiplin tingkah Laku Pelajar Semasa Berada Di Luar Kawasan Kolej
8.5.1 Setiap pelajar perlu menjaga tingkah laku semasa berada di luar kolej iaitu perlu
menjaga nama baik agama, keluarga dan kolej.
(Akta 174: Kaedah 3a).
23
8.5.2 Premis larangan yang tidak boleh dikunjungi oleh pelajar semasa berada diluar
kawasan kolej seperti premis-premis hiburan yang berunsur maksiat,perjudian /
pelacuran / disko / tempat minuman keras / memabukkan.
8.5.3 Pelajar dilarang menyewa kenderaan sama ada keretaatau motosikal untuk tujuan
outing atau balik bermalam.
8.5.4 Pelajar yang menggunakan perkhidmatan Grab Car/Uber/ ”Prebet Sapu” hendaklah
menanggung sendiri sebarang risiko yang akan berlaku seperti keselamatan dan
kelewatan pulang ke kolej.
8.5.5 Pelajar dilarang menyewa hotel, rumah tumpangan dan seumpamanya tanpa
kehadiran ibubapa.
9.0 PEMBELIAN BARANG ONLINE
9.1 Setiap pelajar tidak dibenarkan membeli barang online selain untuk kegunaan peribadi sahaja.
9.2 Kegunaan Peribadi merujuk barang keperluan untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Contoh:
Makanan tambahan (supplement)
Peralatan mandian (toiletries)
Buku rujukan
Pakaian untuk kegunaan sendiri
9.3 Barang yang terlarang untuk di bawa seperti yang termaktub di dalam perkara 3.1.13 dan
perkara 3.4 adalah tidak dibenarkan sama sekali.
9.4 Pihak HEP / Felo / Penyelia Asrama berhak membuka barang onlinesekiranya:
Dipesan dalam kuantiti yang banyak dan saiz yang besar
Berat bungkusan yang melebihi 5 kilogram
Bungkusan yang diragui
9.5 Pihak kolej juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan barang-barang
online tersebut dan sebarang kesan hasil penggunaan barang tersebut.
9.6 Pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat HEP sebelum membeli barang online
untuk :
Kegunaan Jawatankuasa/kelab/persatuan/praktikum.
Barang selain yang dibenarkan dalam perkara 9.2
Yang bersaiz besar dan berat melebihi 5 kilogram
24
AKU JANJI
PENERIMA PERINCIAN BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ MATRIKULASIMELAKA
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
Kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka:
1. Saya,...................................................................................................................................................................
No. Matrik : .................................................. dengan ini mengaku bahawa saya telah membaca dan
memahami Perincian Buku Peraturan Pelajar Kolej MatrikulasiMelaka
2. Dan saya juga berjanji untuk mematuhi semua peraturan sama ada secara bertulis atau lisan yang telah
ditetapkan oleh Kolej Matrikulasi Melaka pada setiap masa.
3. Saya juga berjanji akan menjaga nama baik Kolej Matrikulasi Melaka.
Tandatangan Pelajar : ...................................................................................
No Bilik : ...................................................................................
Tarikh : ...................................................................................
: ...................................................................................
Saksi,
Tandatangan Felo : ...................................................................................
Nama Felo : ...................................................................................
Tarikh : ...................................................................................