Download - PROJEK BAJA KOMPOS
M
AJL
IS B
AN
DA
RA
YA
ME
LA
KA
BE
RS
EJA
RA
H
PROJEK BAJA KOMPOS UNTUK BANK INOVASI SEKTOR AWAM MAMPU
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
2
1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
1.1 Sejarah
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama sejarah Melaka,
dari sebuah kampung Melayu sehingga menjadi bandaraya yang
terkenal di seluruh dunia. Berikut merupakan kronologi sejarah
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah:
1824 - Majlis Perbandaran Melaka & Kota Melaka telah ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Timur.
1848 - Di bawah Akta IV Hindia Timur, peruntukan bagi Negeri Selat (termasuk P. Pinang & Singapura
1856 - Di bawah Akta XXVII Hindia Timur, Pesuruhjaya Perbandaran diasaskan.
1888 - Kawasan Pentadbiran telah digariskan seluas 4.2 batu persegi.
1950 - Ordinan Perlantikan Pihak Berkuasa Tempatan dikuatkuasakan dan memperuntukkan pilihanraya kecil Majlis Perbandaran Melaka.
1976 - Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) telah digubal bagi memansuhkan Ordinan Perlantikan Pihak Berkuasa Tempatan di mana Ahli-ahli Majlis Perbandaran Melaka dilantik oleh Kerajaan Negeri.
1977 - Kawasan pentadbiran Perbandaran Bandara dan Kota Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Daerah Melaka Tengah dan wujudlah Majlis Perbandaran Melaka Tengah dengan keluasan 117 batu persegi.
1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah menerima nama Majlis Perbandaran Melaka.
1989 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah menaikkan taraf Bandaraya Bersejarah kepada Melaka dan maka itu Majlis Perbandaran Melaka kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.
2003 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan naik taraf Majlis Perbandaran Melaka kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
2008 - Pada 7 Julai 2008, Melaka telah diiktiraf sebagai tapak warisan Dunia oleh UNESCO.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
3
1.2 Peta Kawasan Tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
1.3 Alamat Pentadbiran
Ibu Pejabat :
Graha Makmur
No. 1, Jalan Abd. Razak – Hang Tuah Jaya
75450 Melaka
Tel: 06-3333333 Faks:06-2325716
KELUASAN : 277.0 km3
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
4
1.4 Maklumat Pentadbiran
1.4.1 Carta Organisasi
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
5
1.4.2 Visi
Menjadikan Melaka sebagai Bandaraya Warisan, Maju dan Indah.
1.4.3 Misi
Melaka sebagai penggerak utama Pembangunan dan
Perkhidmatan Bandaraya Melaka.
1.4.4 Moto MBMB
Bandaraya Makmur Cabaran Kita
1.4.5 Slogan Q
Cekap dan Mesra Selalu
1.4.6 Objektif Operasi
i. Memupuk semangat cintakan organisasi dan bekerja
sebagai satu pasukan dan mempunyai satu matlamat ke
arah menjadikan organisasi yang kukuh, dinamik dan
cemerlang,
ii. Melaksanakan tugas untuk mendapatkan keredhaan Tuhan,
iii. Memantapkan sistem dan cara bekerja supaya ia menjadi
lebih telus, cepat dan tepat,
iv. Melahirkan pekerja yang berdedikasi, cergas dan rajin.
v. Perkongsian peranan masyarakat serta agensi-agensi lain
dengan lebih berkesan.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
6
1.4.7 Fungsi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya
Melaka Bersejarah mempunyai peranan penting di dalam memaju
dan membangunkan kawasan pentadbirannya. Di antara peranan
terpenting Majlis ialah seperti berikut :
i. Merancang dan menggalakkan pembangunan di kawasan
bandaraya yang selari dengan undang-undang dan dasar-
dasar pembangunan negeri dan Negara.
ii. Menyedia dan menyelenggara kemudahan-kemudahan
awam seperti jalan raya, parit, pembentungan, lampu-lampu
jalan, pasar, gerai, tandas awam, perhentian bas dan teksi
serta lain-lain.
iii. Memberi perkhidmatan perbandaran dan kesihatan umum
kepada penduduk-penduduk serta perkhidmatan pungutan
dan pelepasan sisa pepejal, pelupusan najis, pembersihan
jalan dan parit serta lain-lain perkhidmatan perbandaran.
iv. Mengawasi kesihatan awam dengan mengawal
pengendalian makanan, mencegah penyakit berjangkit,
memusnahkan serangga makhluk perosak dan sebagainya.
v. Merancang dan menggalakkan pembangunan sektor
perniagaan kecil dan penjajaan dengan cara mengadakan
kemudahan tambahan dan pengeluaran lesen-lesen
perniagaan.
vi. Menyedia dan menyelenggara kompleks-kompleks sukan,
pusat-pusat rekreasi, taman-taman dan lain-lain kemudahan
perbandaran.
vii. Merancang dan menggalakkan aktiviti perdagangan,
perindustrian dan pelancongan bersesuaian dengan strategi
pembangunan negeri.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
7
1.4.8 Statistik Anggota
Sehingga 31 Disember 2012, Majlis mempunyai seramai 1062
orang anggota yang bertugas di 15 buah jabatan. Berikut adalah
pecahan anggota Majlis mengikut taraf perjawatan dan kumpulan.
KUMPULAN WUJUD
TARAF PERJAWATAN
JUMLAH TETAP KONTRAK
SEMENTARA/ PINJAMAN
Jusa 1 1 1 0 2
Pengurusan & Profesional
76 42 0 2 44
Sokongan I 624 472 25 0 497
Sokongan II 525 335 122 3 460
Pelantikan MMKN 0 1 50 0 51
Pelantikan KPKT 0 2 6 0 8
JUMLAH 1226 853 204 5 1062
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
8
2.0 PROJEK PEMBUATAN BAJA KOMPOS
2.1 Latar Belakang Jabatan Pelaksana
Dahulunya, jabatan ini bergabung bersama Jabatan Perancang Bandar
Dan Rekreasi. Walaubagaimanapun atas kesedaran terhadap
kepentingan landskap dan kebersihan unit ini dipecahkan kepada satu
jabatan lain iaitu Jabatan Pengindahan Bandar pada tahun 1996.
Jabatan Pengindahan Bandar terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu
Bahagian Landskap dan Bahagian Kawal selia. Sehingga kini jumlah
keseluruhan anggota Jabatan Pengindahan Bandar adalah 213 orang.
Projek baja kompos ini telah dilaksanakan dan dipantau oleh Bahagian
Landskap dibawah tanggungjawab Unit Projek & Penyelenggaraan.
Projek ini dilaksanakan sepenuhnya di Tapak Semaian, MBMB yang
terletak di Jelutong, Ayer Keroh.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
9
2.2 Fungsi Utama Jabatan Pengindahan Bandar
BIL FUNGSI UTAMA AKTIVITI
1 Program Pengindahan dan Pengurusan Nurseri
a. Melaksanakan projek pengindahan landskap oleh Jabatan
b. Memantau projek pembangunan pembangunan peruntukan Jabatan Landskap Negara yang dilaksanakan oleh kontraktor
c. Memproses kelulusan pelan landskap dan memberi sokongan CCC/CF
d. Menguruskan inventori pokok dan peralatan serta stok baja dan racun
e. Memastikan bekalan anak pokok mencukupi untuk mencapai sasaran hasil sewaan pasu dan sumbangan pokok kepada komuniti
2 Mengurus dan Memantau Kerja-Kerja Penyelenggaraan Lanskap
a. Menyelenggara landskap oleh Jabatan
b. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan landskap yang dilaksanakan oleh kontraktor
c. Memantau dan menyelenggara alat permainan kanak-kanak
3 Memantau dan Mengawalselia kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal
a. Memantau dan mengawalselia kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal oleh SWM dan kontraktor
b. Mengeluarkan notis semak-samun
Fungsi utama jabatan
yang berkaitan dengan
pembuatan baja kompos
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
10
CARTA ORGANISASI JABATAN PENGINDAHAN BANDAR
PENGARAH PEGAWAI TADBIR N48
SALEH BIN MOHD DOM
PEKERJA AWAM R1
MUHAMMAD WAFI B. SAIDIN
PEM. PERTANIAN G17 MUHAMMAD AIMAN
B ABDULLAH
PEKERJA AWAM R1
(10) PEKERJA AWAM R1
(155)
PEKERJA AWAM R1 (17)
UNIT CANTASAN
PEMANDU R4
(2)
PEN. PEG PERTANIAN G32 (KUP)
HJH ZAINAB BTE THAMBY
UNIT PENGURUSAN TAMAN AWAM DAN KAWASAN
LAPANG
PEN. PEG. TADBIR KANAN N27 NOR HATIKA BINTI MUSA
PEM. PERTANIAN G17 NURFAZILAH BTE
MOHD NOR
PEM. TADBIR ONG SWEE NEO N22 (KUP) NORRAIMI B. MD NOR N17
MOHD IKMAL ZAKI B. ABD AZIZ N17 HELMIE BIN IBRAHIM N17 RODZIAH BTE,MD.ALI N17
ALI NUR HAFIS N17 NORSABARINA BTE MD NOR N17
PEM. AM PEJABAT N1
HALIJAH BT HARIS
UNIT PROJEK &
PENYELENGGARAAN
MANDOR R3 (7)
PEMANDU R4
(14)
PEM. PERTANIAN G22 (KUP)
ZAINUDDIN B. MD NOH
JURUTEKNIK KANAN J26
HJ YAAKOB B MD NOR
PEN. ARKITEK LANDSKAP J29
SURYATI BTE SUNUMIAH
BAHAGIAN KAWALSELIA PEN. PEG. KES. PERSEKITARAN
(K) U32 HJ RAMADHAN B
ABDULLAH
PEN. PEG. KES. PERSEKITARAN U29
HJ KAMARULZAMAN B AHMAD MOHD FAIZAL B RASHID
RAIHANAH BTE ABD HALIM MUHD RIFDI B MOHD ROSLAN
PEM. KES. AWAM U17 MOHD FADZL B BABA NORDIN B ABD GHANI RAZALI B MOHD ZAIN HJ BUANG B KASIM
SHARIZAN B ABD KADIR
PEMBANTU TADBIR N17 ZAKARIA B ABU SAMAH
MOHD KHAIRUL ANNUAR B SHAMSUDIN
PEMANDU R4
(2)
MANDOR R3 (1)
UNIT PENTADBIRAN
BAHAGIAN LANDSKAP PEN. PEGAWAI PERTANIAN (K) G32
ISMAIL BIN CHE DIN
Bahagian dan unit
(personel) yang terlibat
dengan pembuatan baja
kompos
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
11
2.3 Latar Belakang Projek Baja Kompos
2.3.1 Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan
Bandaraya Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau, terdapat
sebanyak dua belas (12) tindakan yang telah dilaksanakan oleh
MBMB mulai tahun 2011. Salah satu daripadanya ialah pembuatan
baja kompos yang berlokasi di tapak semaian MBMB di Jelutong,
Ayer Keroh.
2.3.2 Projek ini telah dilaksanakan mulai Ogos 2011 yang pada ketika itu
kaedah yang digunakan ialah menggunakan tinta cacing.
2.4 Kaedah Pelaksanaan
2.4.1 Bagi melaksanakan program ini, MBMB, telah menggunakan sisa
cantasan pokok yang dihancurkan dengan mesin “chipper”. Sisa
cantasan yang hancur diperap dan disiram setiap 2 hari.
2.4.2 Tinja kambing, sayur dan buah-buahan busuk juga dicampur bagi
meningkatkan kualiti baja kompos.
2.4.3 Kompos akan dibalik-balikan setiap 3 hari selama 18 hari dan kerja
penyiraman kompos diberhentikan pada hari ke-19.
2.4.4 Kompos dibiarkan kering dan ditapis pada hari ke 21 atau minggu
ke 3. Baja kompos kemudiannya dimasukkan ke dalam karung
plastik dengan anggaran berat 30 kg setiap karung dan boleh
digunakan.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
12
Sisa cantasan –
bahan mentah utama untuk dijadikan baja kompos.
Sisa cantasan dihancurkan menggunakan mesin „chipper‟ yang digunakan untuk menghancurkan kayu cantasan pokok.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
13
Sisa cantasan yang telah hancur di campurkan dengan tinja kambing serta sayur/buah busuk.
Kerja-kerja penyiraman dibuat 2 hari sekali bagi mengaktifkan mikrob menguraikan sisa cantasan menjadi kompos
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
14
Kompos yang telah matang – minggu ketiga, akan dijemur untuk mengeringkan kompos
Baja kompos ditapis halus bagi mengasingkan sisa pepejal seperti batu, plastik dan lain-lain lagi
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
15
Baja kompos sedia dimasukkan ke dalam karung plastik dangan anggaran 30kg setiap bag
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
16
3.0 SEBELUM DAN SELEPAS PROJEK BAJA KOMPOS DILAKSANAKAN 3.1 Baja kompos yang telah dihasilkan digunakan di semua kawasan
landskap yang diselenggara oleh MBMB. Kesan daripada penggunaan
baja kompos ini, didapati :
3.1.2 Bunga menjadi lebih besar dan berwarna cerah
3.1.3 Pengeluaran lebih aktif iaitu 12,000 – 15,000 batang
3.1.4 Berbunga dengan lebih lebat.
3.1.5 Tiada masalah untuk penempatan sisa-sisa cantasan
3.1.6 Kurang kesan bahan kimia pada pokok
SEBELUM SELEPAS
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
17
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
18
3.2 Perbandingan antara baja kimia dan baja kompos
PERKARA BAJA KIMIA BAJA
KOMPOS CATATAN
Mesra Alam
Tanah menjadi hidup kerana terdapat organisma dalam tanah
Mesra Kesihatan
Baja kimia mempunyai bahan kimia yang memudaratkan kesihatan
Kecepatan keberkesanan kepada tumbuhan
Baja kimia memberi kesan cepat pada tumbuhan dan tanah menjadi asidik dalam jangka masa panjang
Struktur tanah
Baja kompos membuka rongga tanah dan serapan air lebih cepat
Ketahanan penyakit
Penggunaan kompos secara terus menyebabkan pokok akan kuat dan sistem akar pokok lebih stabil
Kelembapan tanah
Baja kompos membuat tanah lembap dan pokok segar
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
19
3.3 Perbandingan kos antara baja kimia dan baja kompos
PERKARA BAJA KIMIA BAJA KOMPOS CATATAN
Harga RM70.00 – RM120.00 per 50 kg
Percuma
Kuantiti penggunaan
15 – 20 kampit per bulan
60 – 80 kampit per bulan
Penggunaan baja kompos tinggi kerana kandungan nutrien adalah rendah
Jangka hayat
Perlu digunakan sehingga habis bagi setiap kampit yang dibuka
Tiada had
Baja kimia akan terurai apabila terdedah kepada udara
Kos jangka panjang
Harga meningkat pada setiap tahun
Tiada peningkatan kos
Penggunaan baja kompos secara berterusan akan meningkatkan kualiti tanaman
Impak persekitaran
Mencemar alam Mesra alam dan meningkatkan kualiti tanah dan air
Kualiti persekitaran terpelihara
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
20
4.0 KESAN PELAKSANAAN BAJA KOMPOS KEPADA MAJLIS
4.1 Penjimatan masa
Anggota tidak perlu mengambil masa untuk mendapatkan bekalan baja
kerana baja sentiasa diproses di tapak semaian sendiri.
4.2 Penjimatan kos
Menjimatkan kos sebanyak 100% kerana sebelum ini MBMB terpaksa
belanja sebanyak RM70.00 hingga RM120.00 per 50 kg pada setiap
bulan. Tetapi dengan melaksanakan pembuatan baja kompos, MBMB
tidak perlu mengeluarkan belanja bagi setiap baja yang dibekalkan di
tapak semaian.
Kadar pengurangan kos pembelian baja kimia
45,320
31,000
64,000
7,908
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
70,000
2009 2010 2011 2012
RM
Tahun RM/ TAHUN
2009 45,320
2010 31,000
2011 64,000
2012 7,908
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
PROJEK BAJA KOMPOS
21
4.3 Meningkatkan produktiviti
Penggunaan baja kompos ini telah meransang pertumbuhan bunga
annual dengan lebih menarik. Kandungan NPK yang seimbang, telah
menggalakkan pengeluaran bunga dan daun yang banyak. Baja ini juga
mudah digunakan kerana tiada kandungan bahan kimia dan anggota
tidak memerlukan Alat Perlindungan Diri (PPE) dalam mengendalikan
baja kompos.
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS
26
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS
27
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS
28
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS
29
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
LAMPIRAN PROJEK BAJA KOMPOS
30