PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: SISTEM MAKMAL MAYA BAGI PEMBELAJARAN SAINS (VIRTUAL LABORATORY FOR SCIENCE LEARNING) MUATAN HABA (SUB TAJUK MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4 BAB 4 - HABA DAN TENAGA).
SESI PENGAJIAN: 2003/2004_____ Saya NG HAN GUAN___________________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: No. 11, JALAN 4, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Bt. Shariffudin TAMAN GEMBIRA, NAMA PENYELIA 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: 29/2/2004 Tarikh: 1/3/2004
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Kami akui bahawa kami telah membaca karya ini dan pada pandangan kami karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : .
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Binti Shariffudin
Tarikh : 1/3/2004
Tandatangan : .
Nama Penyelia II : En. Shaharuddin Md. Salleh
Tarikh : 1/3/2004
SISTEM MAKMAL MAYA BAGI PEMBELAJARAN SAINS
(VIRTUAL LABORATORY FOR SCIENCE LEARNING) MUATAN HABA
(SUB TAJUK MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4
BAB 4 - HABA DAN TENAGA)
NG HAN GUAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .
Nama Penulis : NG HAN GUAN
Tarikh : 29/2/2004
iii
Khas buat untuk ayah, Ng Thian Ser,
ibu, Low Sing,
isteri, Pua Yoke Ching,
kakak, Ng Siaw Wei,
dan adik-adik,
Ng Han Kwang, Ng Siaw En
yang tersayang.
iv
PENGHARGAAN
Penghargaan yang setinggi-tingginya dirakamkan kepada penyelia pertama
saya, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Binti Shariffudin dan penyedia kedua saya,
En. Shaharuddin Md. Salleh atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Ribuan terima kasih atas penyeliaan
mereka yang profesional dan sistematik, motivasi dan galakan yang berterusan,
pandangan yang bernas, ketabahan serta kesabaran sehingga kajian ini berjaya
disempurnakan.
Tunjuk ajar, bantuan teknikal, kerjasama, pentadbiran atau akademik
daripada pihak pensyarah-pensyarah dari Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti
Pendidikan, UTM iaitu Prof. Madya Dr. Seth Sulaiman dan En. Mohd. Ali Ibrahim,
pensyarah-pensyarah dari Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
iaitu Dr. Zaidatun Tasir, Pn. Norah Md. Noor dan En. Mohd. Nihra Haruzuan
Mohammad Said, guru fizik Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini iaitu En.
Norizan Ghazali, guru fizik Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Impian Emas 2
iaitu En. Md. Ridzuan Md. Nasir serta semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyempurnaan kajian ini amat
dihargai dan disanjung tinggi.
Akhir sekali, ribuan terima kasih dan penghargaan juga ingin ditujukan
kepada semua saudara-saudari yang tersayang, atas sokongan, doa dan bantuan
mereka yang setia dan berterusan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
aplikasi multimedia bagi membantu mengatasi kesukaran pembelajaran sub tajuk
muatan haba dalam tajuk tenaga dan haba bahagian eksperimen. Kajian ini terdiri
daripada tiga objektif, iaitu: a) membangunkan perisian sistem makmal maya (SMM)
dalam satu sub tajuk kecil muatan haba mengikut sukatan mata pelajaran fizik,
tingkatan IV sekolah menengah, b) mengkaji kebolehgunaan SMM dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan c) mengkaji kebolehgunaan SMM membantu
pelajar dalam penerapan kemahiran proses sains. Model rekabentuk pengajaran
Rapid Prototyping digunakan sebagai panduan rekabentuk pengajaran yang terdiri
daripada tujuh peringkat. Metodologi kajian ini terdiri daripada tiga fasa yang
utama. Fasa Pertama kajian bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang
kesukaran pembelajaran muatan haba, teori pembelajaran dan model rekabentuk
pembelajaran melalui temubual secara tidak formal dengan pakar dalam bidang
pendidikan dan multimedia. Fasa Kedua kajian adalah untuk membangunkan SMM.
Susunan konsep dan kemahiran dalam SMM adalah berdasarkan Teori Pencapaian
Konsep. Program yang digunakan dalam membangunkan SMM ialah Macromedia
Flash MX Versi 6.0 sahaja. Objektif Fasa Ketiga kajian ialah untuk menilai
kebolehgunaan perisian yang dibangunkan. Sebanyak tujuh orang pakar terlibat
dalam Fasa Penilaian. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik dan
temubual. Hasil kajian mendapati SMM adalah berguna dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan membantu pelajar dalam penerapan kemahiran proses sains.
vi
ABSTRACT
This research is to investigate the use of multimedia applications in
overcoming the learning difficulties in laboratory experiment on Heat Capacity, the
sub topic of Energy. The objectives of this research are: a) to develop a virtual
laboratory courseware (SMM) in topic of Heat Capacity based on the syllabus of
secondary school physics, b) to evaluate the practicality of SMM in teaching and
learning process, c) to evaluate the practicality of SMM in application of scientific
skills. The Rapid Prototyping Instructional design model consists of seven levels
was adopted as the basic of the instructional design of this SMM. This research was
carried out in three phases. Phase one involved the collection of information
concerning the students’ learning difficulties in Heat Capacity, the learning theory
and the instructional design model through the unformed interview with experts in
education and multimedia. Phase two is the development SMM was based on the
Concept Attainment. The program that used in the development SMM was
Macromedia Flash MX Version 6.0. Phase three is the evaluation of the practicality
of SMM as mentioned above. 7 experts were involved in the evaluation of this
courseware. Data was collected using the questionnaire and interview. The research
result showed that SMM appeared to be useful in teaching and learning process.
Also, SMM was useful in application of scientific skills among the students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Definasi Operasi Terminologi
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiv
xvi
xvii
1
1
2
4
5
5
6
7
viii
BAB II
1.7.1 Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK)
1.7.2 Bahan Pembelajaran Separa
Kendiri
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
2.2 Sejarah Perkembangan Komputer
Dalam Pendidikan Di Malaysia
2.3 Penggunaan Utama Komputer
Dalam Bidang Pendidikan
2.3.1 Sebagai Media Atau Sumber
Pengajaran Dan
Pembelajaran (P&P)
2.3.2 Sebagai Alat Pentadbiran
Dan Pengurusan
2.3.3 Alat Kajian Dan
Penyelidikan
2.3.4 Komputer Dalam
Pengajaran Dan
Pembelajaran (P&P)
2.4 Peranan Komputer Dalam Bidang
Pendidikan
2.4.1 Tutor
2.4.2 Tool
2.4.3 Tutee
7
8
9
9
9
11
11
11
12
13
14
15
15
16
ix
BAB III
2.5 Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer Dengan
Jenis Simulasi
2.6 Model Pembelajaran Yang
Digunakan Dalam Kajian
2.6.1 Model Pencapaian Konsep
(Concept Attainment)
2.6.2 Sintaksis Model Pencapaian
Konsep
2.6.3 Sistem Sosial
2.6.4 Dasar Reaksi
2.6.5 Sistem Sokongan
2.7 Model Rekabentuk Pengajaran
Yang Digunakan Dalam Kajian
2.7.1 Model Rapid Prototyping
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.2.1 Fasa Pertama –
Pengumpulan Maklumat
3.2.2 Fasa Kedua – Pembangunan
Perisian
3.2.2.1 Analisis Fisibiliti
3.2.2.2 Analisis Keperluan
3.2.2.3 Merekabentuk
Perisian
3.2.2.4 Penghasilan Perisian
3.2.2.5 Kitaran Prototaip
17
19
19
21
22
22
23
23
23
27
27
28
28
29
29
30
30
30
31
x
BAB IV
3.2.3 Fasa Ketiga – Penilaian Dan
Pengujian Kebolehgunaan
Perisian
3.2.3.1 Rekabentuk Fasa
Ketiga
3.2.3.2 Sampel Kajian
3.2.3.3 Instrumen Kajian
3.2.3.4 Implementasi
Perisian
3.3 Kesimpulan
PENGGUNAAN PERISIAN DAN
PENGANALISISAN DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Pembungkusan Dan Peredaran
Perisian
4.3 Panduan Penggunaan Perisian
4.3.1 Ikon Permulaan
4.3.2 Montage
4.3.3 Menu Utama
4.3.4 Modul Pembelajaran
4.3.5 Eksperimen
4.3.6 Pilihan Pemboleh Ubah
4.3.7 Penyediaan Awal
Eksperimen
4.3.8 Pemprosesan Eksperimen
4.3.9 Laporan
4.3.10 Pengakuan Keluar Dari
Perisian
4.4 Data
31
31
32
33
34
34
35
35
35
37
37
38
39
40
42
43
44
46
47
49
50
xi
BAB V
4.5 Analisis Data
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Ringkasan Kajian
5.3 Perbincangan Kajian
5.3.1 Rekabentuk Informasi:
Strategi Pengajaran
5.3.2 Rekabentuk Persembahan
5.3.3 Rekabentuk Interaksi
5.4 Rumusan Kajian
5.5 Implikasi Kajian
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
RUJUKAN
LAMPIRAN
Lampiran A - C
54
57
57
58
59
59
60
61
62
62
63
65
69 - 79
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
Sintaksis model pencapaian konsep dalam tiga fasa
Taburan kekerapan responden dalam pengujian
perisian dari segi rekabentuk informasi: strategi
pengajaran
Taburan kekerapan responden dalam pengujian
perisian dari segi rekabentuk persembahan
Taburan kekerapan responden dalam pengujian
perisian dari segi rekabentuk interaksi
Taburan peratus pensyarah dari Jabatan Pendidikan
Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, UTM
terhadap pengujian perisian
Taburan peratus pensyarah dari Jabatan Multimedia
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM terhadap
pengujian perisian
21
50
52
53
54
55
xiii
4.6 Taburan peratus guru-guru fizik dari sekolah
menengah kebangsaan terhadap pengujian perisian
55
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
2.2
2.3
3.1
4.1
4.2
4.3
4.4
Model Rapid Prototyping (Tripp dan Bichemeyer,
1990)
Rapid Prototyping untuk rekabentuk perisian(Tripp
dan Bichemeyer, 1990)
Model Rapid Prototyping (Bostock dan Drammond,
1995; Bostock, 1998)
Rekabentuk Fasa Ketiga Kajian
Ikon permulaan
Skrin montage
Skrin menu utama
Skrin modul pembelajaran
25
25
26
32
37
38
39
41
xv
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
Pergerakan mata pengguna semasa mempelajari isi
kandungan dalam skrin komputer (Baharuddin Aris
et al. 2001)
Skrin modul bertajuk muatan haba
Skrin Eksperimen
Skrin pilihan pemboleh ubah
Skrin penyediaan awal eksperimen
Skrin semakan penyediaan
Skrin pemprosesan eksperimen
Skrin laporan
Skrin pengakuan keluar dari eksperimen
41
42
43
44
45
46
47
48
49
xvi
SENARAI SINGKATAN
ABM
AS
ATS
BIL
CD
CD-ROM
ICT
ID
JMP
JPSM
KPM
m/p
P&P
PBK
PPK
PSM
PUK
S
SMK
SPM
TP
TS
UTM
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Alat bantu mengajar
Amat setuju
Amat tidak setuju
Bilangan
Cakera padat (compact dics)
Compact Dics - Read Only Memory
Mel elektronik
Teknologi maklumat dan komunikasi
Instructional Design
Jabatan Multimedia Pendidikan
Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik
Kementerian Pendidikan Malaysia
Mata pelajaran
Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran berbantukan komputer
Pusat Perkembangan Kurikulum
Projek Sarjana Muda
Pembelajaran urusan komputer
Setuju
Sekolah menengah kebangsaan
Sijil Pelajaran Malaysia
Tidak pasti
Tidak setuju
Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
B
C
Soalan Soal Selidik
Papan Cerita (Storyboard)
Persekitaran Flash MX
69
74
79
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan semakin luas dan sangat penting.
Kegunaan komputer dalam kelas membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik
(Baharuddin, et al. 2001). Perkara sedemikian sangat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Terutamanya dalam pembelajaran konsep sains bagi
kebanyakan mata pelajaran (m/p) sains di peringkat sekolah menengah atas.
Keabstrakan konsep sains telah mengurangkan minat pelajar dalam proses
pembelajarannya. Keadaan sedemikian perlulah ditandatangani dengan segera supaya
matlamat kerajaan yang ingin menghasilkan 60% pelajar aliran sains tidaklah terjejas.
“Khabar angin” dari pelajar kanan tentang kesukaran m/p sains akan mengakibatkan
pelajar menengah rendah takut untuk memasuki ke dalam barisan pelajar aliran sains
semasa mereka naik ke menengah atas.
Justeru itu, ramai tokoh pendidik telah berusaha untuk menghasilkan atau
mencipta satu kaedah yang dapat mengurangkan masalah kesukaran pembelajaran
konsep sains. Buat masa kini, salah satu dari antaranya yang saling dibincangkan dan
digunakan adalah pendekatan pengajaran berbantukan komputer (PBK).
2
PBK boleh berbentuk menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu secara
langkah demi langkah iaitu program terancang atau menggunakan komputer untuk
pembelajaran dan pengajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada
pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer (Baharuddin, et al.
2001). Menurut teori konstruktivisme (Piaget, 1972), satu situasi di mana pelajar
digalakkan membina pengetahuan sendiri berdasarkan interaksi pelajar dengan
persekitaran bahan P&P seharusnya diwujudkan. Didapati pengetahuan yang dibina
oleh pelajar sendiri adalah lebih bermakna dan lebih berkekalan di dalam minda pelajar.
Dengan pendekatan PBK, para pelajar boleh belajar mengikut kesesuaian, masa dan cita
rasa diri mereka sendiri. Ujian, kuiz atau penilaian yang interaktif dan menarik juga
boleh diambil sekiranya diperlukan. Di samping itu, ianya juga turut menyediakan
kemudahan pangkalan data dan juga sistem pengrekodan maklumat bagi menyimpan
rekod pelajar (Jamalludin dan Zaidatun, 2000).
Walau bagaimanapun, pembangunan perisian ini mestilah berlandaskan
kesesuaian tajuk, teknologi, prinsip rekabentuk pengajaran dan kemahiran sains yang
dapat dipelajari oleh para pelajar selepas penggunaannya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dengan kesedaran tentang faedah-faedah yang dapat diperolehi daripada
penggunaan komputer, maka ia pun diperkenalkan dalam bidang pendidikan. Namun,
kelihatan penggunaan komputer dalam proses P&P di peringkat sekolah dalam negara
kita ini adalah pada tahap yang amat minimum.
Dalam program yang dijalankan di sekolah Babbage di Amerika Syarikat,
terdapat ramai pelajar telah berjaya mempelajari segala m/p dengan penggunaan sistem
komputer (Zuckerman, 1979). Salah satu kebaikan daripadanya adalah sistem komputer
mengajar pelajar dengan langkah demi langkah. Setelah pelajar selesai mempelajari
3
sesuatu topik, kuiz atau penilaian akan dijalankan untuk memastikan pelajar tersebut
benar-benar menguasai topik berkenaan. Sekiranya pelajar tersebut tidak dapat
menjawab soalan, pelajar tersebut bolehlah menekan butang “HELP”. Jadi, komputer
akan menolong pelajar tersebut dengan memberikan bimbingan.
Perkara sedemikian juga akan berlaku dalam proses menjalankan eksperimen
secara simulasi dalam komputer. Dengan kaedah ini, setiap pelajar telah diberikan
peluang untuk menjalankan eksperimen secara individu. Secara langsungnya, guru
dapat memastikan setiap pelajar mengetahui proses menjalankan sesuatu eksperimen dan
bukan seperti mana yang masih berlaku dalam makmal sekolah harian masa kini.
Semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal sekolah terdapat sebahagian besar
pelajar yang hanya sebagai pemerhati di sebelah atau mencatatkan data sahaja. Mereka
tidak memahami proses menjalankan eksperimen dan tidak terlibatkan dirinya secara
aktif dalam proses P&P ini. Walaupun setiap individu mempunyai gaya dan cara
pembelajaran mereka yang tersendiri, tetapi kebanyakan di antaranya akan belajar lebih
berkesan dengan cara mereka melibatkan dirinya dalam proses P&P secara aktif (Peter
Goodyear, et al. 1991) (Paul dan Donald, 1988).
Bagi sukatan m/p fizik tingkatan 4, bab 4 iaitu haba dan tenaga – muatan haba,
merupakan satu sub tajuk yang sangat penting dalam kehidupan harian kita. Atas
pemahaman konsep muatan haba akan membolehkan para pelajar mengaplikasikannya
ke dalam kehidupan harian mereka terutamanya dalam menjimatkan penggunaan tenaga.
Selain daripada menjimatkan masa proses P&P, proses menjalankan semua eksperimen
yang terkandung dalam tajuk ini secara simulasi dalam komputer juga membolehkan
pelajar menguji sesuatu konsep dalam tajuk ini tanpa dipengaruhi oleh pemboleh ubah di
sekeliling sehingga dapat memperbetulkan salah konsep yang berlaku dalam minda
pelajar. Menurut Inger Eriksson dan Pekka Reijonen, 1990, teknik simulasi telah
berjaya mempersembahkan konsep yang sukar serta cara perhubungannya dengan amat
konkrit sekali. Secara langsungnya, cara penjimatan tenaga telah dilaksanakan.
Eksperimen-eksperimen yang terkandung dalam tajuk ini, kebanyakannya terlibat
4
dengan proses pemanasan dan mengambil masa yang panjang. Dengan kaedah simulasi,
pembaziran tenaga dan masa ini dapatlah diatasi.
1.3 Pernyataan Masalah
Konsep muatan haba merupakan salah satu bahagian konsep yang abstrak dan
sukar dibayangkan oleh pelajar. Biasanya pelajar hanya menggunakan formula-formula
untuk menyelesaikan masalah serta memerhati perubahan dalam eksperimen sahaja.
Mereka sukar membayangkan dan menjelaskan segala fenomena yang berlaku dalam
eksperimen-eksperimen ini.
Haba dan tenaga merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat dan hanya boleh
dirasai dan diuji oleh alat-alat yang bersesuaian sahaja seperti termometer. Secara
tradisi, pendekatan pengajaran yang biasa digunakan untuk menyampaikan tajuk haba
dan tenaga – muatan haba ini adalah melalui kaedah penyelesaian masalah dengan
menggunakan formula-formula sahaja. Ini adalah disebabkan eksperimennya sukar
mendapatkan data yang tepat (atas sebab pemboleh ubah di sekeliling) dan mengambil
masa yang panjang, maka guru-guru akan cuba mengelakkan menjalankan eksperimen
dalam pengajarannya. Malangnya, kaedah penyelesaian masalah hanyalah dapat
menghasilkan sekumpulan pelajar yang hanya mampu untuk menjawab soalan ujian
tanpa menguasai konsep. Maka satu pendekatan yang baru haruslah diperkenalkan
dalam membantu mengurangkan masalah pembelajaran bagi tajuk haba dan tenaga –
muatan haba ini. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membangun dan mengkaji
kebolehgunaan suatu perisian yang diharapkan dapat mengatasi masalah kesukaran
pembelajaran tajuk haba dan tenaga – muatan haba dalam bahagian eksperimen.
Perisian ini akan dibangunkan berasaskan tiga aspek yang penting iaitu pedagogi,
prinsip rekabentuk pengajaran dan teknologi.