@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji II
SR2B Set 3
Nama : ____________________________
Catatan Kerja Rumah
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Tarian yang dipersembahkan di hadapan _____ tadi ialah
Tarian Inang,” kata Izzati kepada para wartawan.
A. hamba C. beta
B. patik D. tuanku
2. “Pastikan _____ mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk
mengikuti lawatan itu,” kata Cikgu Hasnah kepada Asif.
A. saya C. kalian
B. kita D. kamu
3. Puan Faridah berasa sedih apabila _____ nasib anaknya yang
bekerja di ibu kota.
A. dikenang C. mengenangkan
B. kenangan D. dikenangkan
4. “Jangan _____ dengan kejayaan orang lain,” nasihat Mak Kiah
kepada cucunya.
A. marah C. iri hati
B. risau D. duka cita
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Pak Abu berjalan kaki pulang ke rumah sambil memikul _____
pisang.
A. sesikat C. selonggok
B. setandan D. sesisir
6. Disiplin murid-murid di sekolah itu sangat baik kerana
peraturan di sekolah itu agak _____ .
A. keras C. ketat
B. kuat D. garang
7. Para penonton terpesona dengan _____ suara penyanyi kanak-
kanak perempuan itu.
A. kelemahan C. keenakan
B. kemerduan D. kesedapan
8. Orang ramai berkerumun di tepi jalan itu _____ melihat
mangsa kemalangan jalan raya.
A. tetapi C. walaupun
B. kerana D. sementara
9. _____ sakit kakinya belum sembuh namun Pak Mail tetap
bekerja untuk menyara keluarganya.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Walaupun C. Semenjak
B. Tatkala D. Malahan
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10. Banglo usang di _____ bukit itu sudah lama tidak
berpenghuni.
A. puncak C. pinggir
B. utara D. dalam
11. Gadis itu bukan sahaja cantik _____ sangat berbudi bahasa.
A. demi C. malahan
B. agar D. pada
12. Radzi _____ setelah berlari dengan pantas kerana dikejar
seekor anjing liar.
A. tersedu-sedan C. terkumat-kamit
B. terkial-kial D. tercungap-cungap
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
13. Faezah sedang melihat neneknya _____ kain.
A. menganyam C. mengecap
B. menenun D. menjahit
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14. I. Cuaca pada hari itu sangat hangat.
II. Kari ayam yang dihidangkan oleh kakak itu masih
hangat.
III. Ceramah itu mendapat sambutan hangat daripada
para penonton.
IV. Peristiwa itu masih hangat dalam ingatan Adila.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
15. Encik Radzi berasa bangga dengan kejayaan anaknya dalam
pertandingan melukis itu.
A. Anak Encik Radzi berasa bangga dengan kejayaannya dalam
pertandingan melukis itu.
B. Kejayaan anaknya dalam pertandingan melukis itu membuat
Encik Radzi berasa bangga.
C. Pertandingan melukis yang disertai oleh anaknya membuat
Encik Radzi berasa bangga.
D. Anak Encik Radzi berjaya dalam pertandingan melukis yang
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
membanggakan.
Pilih ayat yang betul.
16. A. Encik Malik menghadiahi anaknya sebuah basikal.
B. Saya baru sampai dari rumah ketika Ahmad tiba.
C. Keputusan pertandingan mewarnai itu ditampal di papan
kenyataan.
D. Seluar yang dipakai oleh kanak-kanak itu sangat lanjut.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Lot 13, Kampung Legeh,
16500 Jeli,
Kelantan Darul Naim.
8 Oktober 2016.
Ke hadapan kakanda Rohana yang diingati selalu. Mudahan-mudahan
kakanda berada dalam keadaan sihat sentiasa. Adinda dan keluarga di
kampung sihat-sihat sahaja.
Kakanda,
Rasanya sudah agak lama kakanda tidak mengutuskan sebarang
khabar untuk kami di kampung. Mungkin kakanda sibuk dengan
pelajaran dan peperiksaan, ataupun kakanda dilanda apa-apa masalah?
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Umi berasa sangat bimbang akan kakanda yang jauh di Bumi
Kenyalang. Umi berpesan sekiranya kakanda tidak sihat atau
memerlukan wang, janganlah kakanda segan-segan untuk memberitahu
Umi.
Bilakah peperiksaan akhir kakanda akan tamat dan kakanda akan
pulang bercuti di kampung? Kami di sini amat merindui kakanda
kerana sudah lebih lima bulan kakanda tidak pulang ke kampung. Pada
tahun ini, kebun buah-buahan Umi dan Baba sangat menjadi. Oleh itu,
Umi mahu mengadakan kenduri kesyukuran menggunakan wang hasil
jualan buah-buahan itu untuk menyambut kepulangan kakanda nanti.
Sekarang adinda tidak perlu berjalan kaki ke sekolah lagi kerana
kakanda Raihan akan menghantar adinda setiap hari sebelum ke
sekolahnya.
Peperiksaan UPSR telah pun adinda duduki, manakala kakanda
Raihan akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Kami
berharap agar kakanda mendoakan kejayaan kami supaya dapat kami
menjejakkan kaki ke menara gading seperti kakanda.
Rasanya setakat ini dahulu surat adinda kepada kakanda. Akhir
kata, sambutlah salam sayang daripada kami untuk kakanda di sana.
Semoga kakanda berjaya dalam peperiksaan akhir nanti.
Adindamu,
Rohayu
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
17. Pada pendapat kamu, apakah tujuan Rohayu mengutuskan
surat kepada Rohana?
A. Untuk menceritakan pengalamannya menduduki peperiksaan
UPSR
B. Untuk menanyakan khabar Rohana
C. Untuk menyampaikan salam keluarganya
D. Untuk memberi dorongan kepada Rohana dalam peperiksaan
18. Panggilan "Umi" dalam petikan merujuk kepada …
A. kakak dan abang mereka
B. nenek dan datuk mereka
C pak cik dan mak cik mereka
D. ibu mereka
19. Mengapakah Umi mereka berasa bimbang?
A. Sekiranya Rohana tidak mahu pulang
B. Sekiranya mereka tidak lulus dalam peperiksaan
C. Sekiranya Rohana sakit dan kesempitan wang
D. Sekiranya Raihan terlibat dalam kemalangan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
20. Mengapakah Umi mahu mengadakan kenduri kesyukuran?
A. Untuk menyambut kepulangan Rohana
B. Untuk meraikan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan
C. Untuk meningkatkan hasil jualan buah-buahan
D. Untuk mendoakan keselamatan anak-anak
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21 (4 markah)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong
dalam petikan yang diberikan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Nadia menolong ibunya menghidangkan pelbagai juadah __________
atas meja makan. Pelbagai juadah disediakan pada hari itu
__________ keluarga Nadia mengadakan majlis rumah terbuka
sempena Hari Raya Aidilfitri. Tetamu __________ dijemput terdiri
daripada sanak-saudara, sahabat-handai __________ jiran
tetangga.
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
_______________________________________________
_______________________________________________
Jawapan: Farah rajin bersenam kerana hendak menurunkan
berat badannya.
[2 markah]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
_______________________________________________
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Antara
kaum utama di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Iban,
Kadazan dan Murut.
Masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan bersatu
padu. Sikap yang diamalkan ialah sikap bekerjasama dan saling
menghormati.
Terdapat pelbagai perayaan yang disambut di Malaysia. Antara
perayaan tersebut ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu
Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Menuai dan Hari Gawai.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Amalan kunjung-mengunjungi diamalkan pada musim perayaan.
Masyarakat pelbagai kaum bersama-sama menyambut sesuatu
perayaan.
Terdapat pelbagai makanan tradisional yang enak yang popular
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Antara makanan yang popular
dalam kalangan masyarakat Melayu ialah rendang, nasi himpit, laksa
dan nasi lemak. Tose dan capati adalah antara makanan yang popular
dalam kalangan kaum India.
Pelancong asing yang mengunjungi majlis rumah terbuka semasa
musim perayaan berasa kagum dengan keunikan masyarakat Malaysia
menyambut perayaan. Majlis rumah terbuka ini tidak diadakan di
negara mereka.
a. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai ____________.
[1 markah]
b. Bagaimanakah kehidupan masyarakat Malaysia?
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Anisa ialah pengawas perpustakaan di sekolahnya. Dia seorang
yang ringan tulang. Anisa sering membantu gurunya di perpustakaan.
Apabila tiba gilirannya bertugas, Anisa akan segera ke perpustakaan.
Dia akan merekodkan buku yang dipinjam atau buku yang dipulangkan.
Anisa seorang pengawas perpustakaan yang bertanggungjawab.
Dia akan mendenda murid yang lewat menghantar buku. Anisa tidak
memilih kasih walaupun yang lewat memulangkan buku itu rakan
karibnya sendiri.
Anisa disukai oleh rakan-rakan sekelasnya. Dia selalu membantu
rakan-rakannya yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Anisa
akan mengajar mereka yang lemah dalam membuat pengiraan dalam
latihan Matematik.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Anisa menolong dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa
bantuan. Rakan-rakannya mengucapkan terima kasih atas bantuan
Anisa yang sering membantu mereka.
Pada sambutan Hari Kanak-kanak, Anisa dipilih sebagai Tokoh
Kanak-kanak. Kejayaan Anisa dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum
merupakan faktor utama kejayaannya menerima anugerah tersebut.
a. Simpulan bahasa ringan tulang dalam petikan membawa maksud
______________________________________. [1 markah]
b. Apakah tugas yang dilakukan oleh Anisa di perpustakaan?
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
c. Apakah faktor utama yang menyebabkan Anisa dipilih sebagai
Tokoh Kanak-kanak?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
d. Adakah patut Anisa mendenda rakan karibnya yang lewat
meminjam buku? Mengapa?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
[3 markah]
Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Anak rusa meniti di titi,
Berjalan terus tanpa menoleh;
Ibu bapa hendaklah dihormati,
Agar menjadi anak soleh.
Masak kari ikan kembong,
Hendak dimakan bersama Pak Saat;
Jika kita bersikap sombong,
Tentu hidup kurang sahabat.
Berehat di bawah pohon meranti,
Kawan dinanti belum bertemu;
Jasa guru hendaklah diingati,
Mencurah ilmu tanpa jemu.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas? [2 markah]
_______________________________________________
_______________________________________________
b. Apakah kesannya jika kita bersikap sombong? [2 markah]
_______________________________________________
_______________________________________________
c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi
pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.
[1 markah]
d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
[3 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B (15 Markah)
Poster di bawah menunjukkan tentang Kempen Cintailah Bahasa
Kebangsaan kita.
Tulis ulasan tentang poster tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah
perkataan.
Soalan 1
Masalah pencemaran air sungai semakin membimbangkan.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara mengatasi masalah
pencemaran air sungai.
ATAU
Soalan 2
Sajak di atas membawa maksud tentang kelebihan telefon bimbit.
Telefon bimbit memang banyak kelebihan dan kegunaan kepada
manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan
yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my