KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
RANCANGAN PELAJARAN MINGGUAN TINGKATAN ENAM.
5 MINGGU BERTURUT – TURUT.
(BERDASARKAN MODEL DBAE DAN LANSING)
Bidang : Catan
Tajuk : Catan cat minyak.
Aktiviti : Menghasilkan sebuah catan cat minyak menggunakan bahan, alatan dan teknik yang betul.
Objektif :
1. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang Seni Visual yang dapat diamalkan dalam
kehidupan dan kerjaya.
2. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh – tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan
antarabangsa.
3. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual,
4. Menjadikan bidang seni sebagai prospek kerjaya.
1
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Tajuk. Hasi Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM.
1 Catan :
Cat minyak.
Pengenalan dan
sejarah catan.
Pelajar dapat ;
1. Menceritakan sejarah catan.
(Domain kognitif) model lansing.
2. Menyatakan penghargaan
terhadap sumbangan hasil catan
oleh tokoh – tokoh antarabangsa
dan juga tempatan.
(Domain Afektif) model Lansing
3. Menyatakan unsur - unsur seni
dan prinsip yang terdapat pada
contoh karya catan.
(Domain Kognitif) model
Lansing.
Mengenal bidang seni catan.
Sejarah catan.
1. Definisi catan.
(Domain Kognitif) Model Lansing
Tokoh catan Antarabangsa.
Leonardo Da vinci
Michelangelo
Rembrandt
Vincent Van Gogh
Paul Cezzane
Pablo Picasso
Salvado Dali
Claude Monet.
Tokoh catan Tanah Air.
Karya dan aliran ;
Mona lisa ( leonardo da
vinci)Realisme
Stary night (Vincent Van
Gogh)Impressionisme
The persistence of memory
(Salvado Dali)Surealisme
2
Minggu.
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
4. Menyenaraikan jenis – jenis
catan.
5. Mengetahui aliran – aliran catan
dan contoh – contoh karya.
DBAE – sejarah, tokoh, sumbangan dan pengaruh.
Yong Mung Sen
Abdullah Ariff
Peter Harris
Mohammad Hoessein Enas
Chuah Thean Teng
Zakariah Noor
Ismail Mustam
Dzulkifli Buyong
Syed Ahmad Jamal
Abdul Latif Mohidin
Aliran – aliran catan.
Realisme
Impresionisme
Kubisme
Ekspresionisme
Surealisme
Abstrak Ekspresionisme
Pago – pago (latiff Mohidin)
Sirih Pinang ( Syed Ahmad Jamal)
Beauty Queen (yong mun
sen)
3
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Tajuk Hasil Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM
2.Catan cat minyak
Ciri – ciri dan Teknik
– teknik cat minyak.
1. Mengumpulkan maklumat
berkenaan, bahan, alat, teknik dan
proses membuat catan.
(nilai toleransi)
2. Meneliti alat, bahan, teknik dan
proses penghasilan catan.
3. Membuat latihan mengguna alat
dan bahan dalam menghasilkan
catan cat minyak.
Domain Psikomotor (model
Lansing)
Catan cat minyak.
Kajian : mengumpul maklumat.
Bahan :
I. Cat minyak.
II. Minyak Linsid
III. Kanvas.
IV. Turpentin.
V. Minyak jagung.
Alat :
I. Set berus.
II. Bekas Palet.
III. Pisau Palet.
IV. Kekuda ( easel)
Bahan :
Tube cat minyak.
Minyak linsid.
Kanvas.
Set Berus.
4
Minggu.
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Teknik Menghasilkan catan cat minyak.
I. Teknik titik
II. Glazing
III. Hard edge
IV. Impasto
V. Scambling (lembut)
VI. Alla prima
Pisau palet.
Gambar teknik :
Alla Prima.
Impasto.
Teknik titik.
5
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Tajuk Hasil Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM
3.Penghasilan catan Cat
minyak.
Catan cat minyak
bertemakan landskap
1. Mengenalpasti tema landskap yang
sesuai untuk menghasilkan catan.
(Domain Afektif) model Lansing
2. Membuat lakaran landskap di atas
kertas lukisan.
(Domain Psikomotor) Model
Lansing
Proses menghasilkan catan cat minyak :
I. Mencari sumber idea
berdasarkan tema
Pemilihan lakaran idea untuk
menghasilkan catan cat minyak.
Pengolahan idea
Cadangan reka letak.
Kajian warna
Pemilihan karya akhir.
II. Melakar idea pilihan di atas
kertas lukisan dengan
menggunakan pensel atau
arang.
Melakar menggunakan pensel.
Alat dan bahan Pensel Kanvas.
6
Minggu.
Pesanan : Pelajar perlu melakar idea yang dipilih di atas kanvas sebelum minggu yang keempat.
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Tajuk Hasil Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM
4. Penghasilan kerya
catan.
Kemahiran
menggunakan alat
bahan dan teknik
yang betul.
1. Menghasilkan catan cat minyak
yang bertemakan Landskap alam
sekitar.
2. Menggunakan alatan bahan serta
teknik yang telah dipelajari dalam
menghasilkan catan cat minyak.
( Domain Psikomotor) Model Lansing
3. Menyatakan permasalahan yang
dihadapi dalam proses penghasilan
catan untuk menyelesaikan
permasalahan yang timbul.
(nilai kesabaran)
III. Proses mewarna.
Mewarna latar belakang.
(sapuan warna kasar)
Biarkan cat kering.
Perincikan catan. (berus halus)
Mewujudkan perspektif form
dan intensiti warna.
7
Minggu.
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
4. Mengaplikasikan kemahiran
menggunakan alat dan bahan
dalam proses penghasilan karya.
( Domain Psikomotor) Model Lansing
Menyapu cat di bahagian objek
untuk memperincikan.
(menggunakan berus halus).
Alat dan bahan untuk mewarna. -Berus,-Cat minyak- Minyak Linsid
8
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Tajuk. Hasi Pembelajaran. Isi Pelajaran. BBM.
5. Penilaian Hasil
karya pelajar.
1. Membuat kemasan akhir karya
catan yang dihasilkan.
2. Membuat apresiasi dengan
memberi penekanan kepada
unsur – unsur seni dan prinsip
rekaan yang diaplikasikan.
(nilai : Yakin )
3. Membuat apresiasi dengan
membandingkan karya pelajar
dengan karya tokoh.
(nilai : Bersikap terbuka)
DBAE – Kritikan / Apresiasi.
IV. Kemasan.
Menghasilkan bingkai untuk
kanvas yang telah siap.
Apresiasi karya
Unsur seni dan prinsip rekaan.
Hasil catan cat minyak yang
bertemakan landskap yang
telah siap.
9
Minggu.
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Huraian.
Dalam merancang Rancangan Pembelajaran selama lima minggu berturut – turut perkara yang paling dititikberatkan ialah
pendekatan yang digunakan supaya rancangan pembelajaran yang dihasilkan mempunyai hasil pembelajaran yang menepati objektif.
Mengikut Kenneth M. Lansing dalam bukunya iaitu ‘Art, Artist and Art Education’ telah memberikan pandangannya melalui
penulisannya mengenai pembinaan kurikulum yang merupakan aspek yang luas iaitu meliputi objektif dan pendekatan, matlamat am,
dan matlamat khusus yang digunakan oleh perancang dan penggubal kurikulum. Berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual, kumpulan kami telah memilih empat objektif yang mencakupi ketiga – tiga domain yang telah diutarakan oleh Kenneth M.
Lansing iaitu Domain Kognitif, Domain Afektif, dan juga Domain Psikomotor. Ketiga – tiga objektif yang mencakupi ketiga – tiga
domain tersebut ialah yang pertama Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang Seni
Visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Seterusnya Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh – tokoh seni
visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan
penilaian terhadap karya seni visual, dan Menjadikan bidang seni sebagai prospek kerjaya. Kempat – empat objektif ini merupakan
objektif yang terdapat di dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah. Mengikut kenneth M.Lansing, matlamat umum yang ingin
dicapai melalui kurikulum Pendidikan Seni Visual adalah untuk menghasilkan penggiat seni yang berpengetahuan serta mempunyai
kemahiran untuk menginterprestasi, menilai serta berkemampuan untuk mentafsir dan berkomunikasi tentang hasilan seni.
10
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Untuk mencapai objektif Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang Seni Visual
yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya dapat dilihat di dalam rancangan pembelajaran pada minggu – minggu pengajaran
iaitu selama lima minggu tersebut. Iaitu pada minggu pertama kami telah merancang pengajaran mengenai catan cat minyak iaitu
bermula dengan topik asas mengenai sejarah catan, tokoh – tokoh catan dan juga aliran – aliran catan. Melalui pengajaran sejarah
awal catan secara tidak langsung pelajar dapat membina pengetahuan yang luas mengenai catan. Seterusnya aspek – aspek tersebut
dapat membina inovasi serta disiplin melalui pembelajaran tersebut. Pengajaran catan cat minyak tersebut dapat memupuk disiplin
kerana pengajaran catan cat minyak tersebut mempunyai prosedur ataupun proses yang perlu diikuti. Proses dan prosedur tersebut
dapat membina disiplin kepada masyarakat. Manakala bagi objektif yang seterusnya iaitu menghargai sumbangan dan pengaruh
tokoh – tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa dapat dilihat bahawa
pengajaran catan terdapatnya tokoh – tokoh yang terlibat dalam perkembangan catan sama ada di negara ini mahupun luar negara.
Contohnya setelah guru memperkenalkan tokoh – tokoh catan tanah air seperti Syed Ahmad Jamal beserta karyanya secara tidak
langsung membuka minda pelajar tentang ketokohan pelukis tersebut. Selain itu input mengenai biografi pelukis tersebut
membolehkan pelajar mengingati sumbangan – sumbangan tokoh tersebut dan menyebabkan pelajar menghargai tokoh tersebut begitu
juga dengan tokoh catan antarabangsa.
Seterusnya bagi objektif Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual, dapat dilihat
pada minggu kelima pembelajaran iaitu selepas hasil catan cat minyak yang bertemakan landskap siap dihasilkan. Selepas hasil catan
siap sesi kritikan dijalankan bagi membuat penilaian hasil karya pelajar – pelajar. Melalui penilaian ini secara tidak langsung
11
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
membolehkan pelajar atau masyarakat menilai hasil karya yang seni visual. Diskripsi, analisis dan juga interpretasi yang telah diajar
oleh guru pada pelajar dapat memberi sedikit sebanyak ilmu mengenai kritikan kepada pelajar – pelajar. Manakala objektif yang
terakhir iaitu menjadikan seni sebagai prospek kerjaya dapat dicapai melalui pengajaran. Objektif ini jelas terdapat di dalam
pengajaran Pendidikan Seni Visual. Iaitu dapat dilihat melalui pengajaran catan yang merupakan salah satu cabang kerjaya seni halus.
Pengajaran catan cat minyak selama lima minggu adalah bertujuan memberikan pelajar kemahiran – kemahiran di dalam
menghasilkan karya. Kemahiran – kemahiran yang diperolehi membolehkan pelajar memilih bidang kerjaya selepas menamatkan
tingkatan enam. Terdapat beberapa universiti yang menyediakan bidang pengajian seni halus untuk prospek perkerjaan.
Rancangan pembelajaran selama lima minggu berturut – turut ini juga menggunakan model DBAE ( Dicipline Based Art
Education). Di dalam model DBAE telah mengesyorkan supaya melakukan pengabungjalinan supaya pelajar mendapat impak yang
maksimum daripada pembelajaran. Mata pelajaran pendidikan seni boleh disepadukan dengan mata pelajaran lain iaitu seperti
matapelajaran sejarah mahupun sains. Selain itu pendekatan DBAE yang digunakan mempunyai penegasan di dalam urutan – urutan
pembelajaran (Seqeunce). Setiap topik pembelajaran mestilah berturutan dan saling berkaitan. Contohnya dalam pengajaran catan cat
minyak dapat dilihat bahawa proses pengajaran bermula dengan menceritakan sejarah catan diikuti dengan tokoh, aliran dan
seterusnya mengaplikasikan maklumat ke dalam penghasilan catan bertemakan landskap semula jadi. Di dalam proses penghasilan
karya juga terdapat urutan – urutan yang perlu diikuti dan dipatuhi.
12
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP 3093
Kesimpulannya kedua – dua model iaitu Model Lansing dan juga DBAE sangat penting di dalam memantapkan pengajaran Pendidikan
Seni Visual. Ini kerana kedua – dua model ini begitu menitikberatkan aspek kurikulum pendidikan seni dan menjurus kepada matlamat, objektif
serta hasil pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Penggunaan model ini sangat memberi kesan positif di dalam perkembangan Kurikulum seni
yang merupakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Seterusnya model ini dapat membolehkan guru merancang pembelajaran secara
berkesan serta sistematik.
13