PERANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN
9 Peringkat Events of Instruction(Gagne, 1985):
Tarik perhatian pelajar
Beritahu pelajar objektif pembelajaran
Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
Sampaikan isi pelajaran/bahan P&P
Bimbing pembelajaran pelajar
Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti
Maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar
Taksir pencapaian pembelajaran
Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran
MODEL ASSURE
A - Analyse learner
S - State objective
S - Select method, media,and materials
U - Utilise media and materials
R - Require learner participation
E - Evaluate and revise
1. Analyse Learner (Analisis Pelajar)
Ciri-ciri umum – umur, tahun, jantina, taraf sosioekonomi, daerah, budaya dsb
Pengetahuan/pengalaman sedia ada – entry point, konstruktivis
Stail Pembelajaran/gaya belajar – model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford, Model Multiple Intelligence
2. State objective Nyatakan objektif/Hasil Pembelajaran
Tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar
Difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru yg harus dipelajari
Kriteria objektif yang baik: Siapakah yg akan mencapai objektif?
Apakah yg hendak dicapai?
Bagaimanakah hendak dicapai?
Apakah tahap pencapaian minimum?
3. Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
Tiga langkah dalam pemilihan:
Tentukan kaedah yang sesuai
Memilih format media
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media
4. Utilise media and material
(Gunakan media dan bahan)
Lima langkah penggunaan media:
Semak/pratonton/kaji bahan sumber
Sediakan bahan
Sediakan persekitaran
Sediakan pelajar
Sediakan pengalaman pembelajaran
5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku pelajar
Pengalaman rasa berjaya dapat kekalkan motivasi
Kekalkan penglibatan pelajar melalui perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa, simulasi dsb
6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
2 jenis penilaian: Penilaian pembelajaran
Penilaian pengajaran
Penilaian sepanjang proses p&p
Penilaian formal – ujian
Penilaian informal – hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan
Senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar