Download - Report mit smk seri ampang
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Penyataan Masalah 1
3.0 Objektif Kajian 2
4.0 Maklumat Sekolah 2
4.1 Nama & Alamat Sekolah 2
4.2 No. Telefon / Faks / E-mel / Laman Sosial 2
4.3 Sejarah Sekolah 2
4.4 Butiran Sekolah 2
4.5 Falsafah Sekolah 4
4.6 Lokasi Sekolah 4
5.0 Sekitar Kawasan Sekolah 6
6.0 Sistem Maklumat Sekolah 8
6.1 EMIS - Education Management Information System 8
6.2 SMM - Sistem Maklumat Murid 11
6.3 SAP - Sistem Analisis Peperiksaan 12
7.0 Prasarana IT 15
7.1 Makmal IT 15
7.2 Internet 17
8.0 Persatuan 17
9.0 Laman Sosial Sekolah 18
10.0 Hakikat Guru Data / IT / Komputer 19
11.0 Refleksi 19
12.0 Laporan Bergambar 20
1.0 Pengenalan
Kajian pengurusan teknologi maklumat di sekolah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada
para pelajar kursus MTD 1013 Pengurusan Teknologi Maklumat terhadap elemen teknologi
maklumat yang terdapat di sekolah. Ia bertujuan supaya pelajar dapat mengetahui sejauh mana
implmentasi ICT dalam sesebuah komuniti sekolah sebagai salah satu persediaan sebelum
melangkah masuk ke sekolah sebagai guru berkemahiran teknologi maklumat. Elemen teknologi
maklumat yang dikaji merangkumi sistem maklumat sekolah, rangkaian komputer, prasarana IT
dan persatuan yang berkaitan IT atau komputer. Disamping itu, secara tidak langsung pelajar
juga dapat mengetahui peranan guru-guru yang terlibat dalam pengendalian ICT di sekolah dan
masalah yang sering berlaku.
Bagi kajian ini, sebuah sekolah menengah harian biasa iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Ampang yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur telah dipilih
untuk menjalankan kajian. Sekolah ini dipilih kerana lokasinya yang terletak dibandar yang
mana lazimnya masyarakat beranggapan bahawa sekolah di bandar lebih kehadapan dari segi
penggunaan teknologi maklumat berbanding sekolah luar bandar, maka kajian ini juga secara
tidak langsung adalah untuk meninjau sejauh mana kebenaran persepsi tersebut.
2.0 Penyataan Masalah
Kajian dijalankan bagi mengetahui dan mempelajari elemen teknologi maklumat yang digunakan
disekolah. Terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang menyebabkan kajian relevan untuk
dilaksanakan iaitu :
i) Bakal guru praktikum IT belum mendapat pendedahan perkara berkaitan IT di
sekolah.
ii) Pelajar tidak mengetahui pengurusan sistem maklumat disekolah.
1
3.0 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah ditetapkan bagi malaksanakan kajian ini. Ini supaya kajian yang
dilaksanakan tidak tersasar dari tujuan dan matlamat asal tugasan yang diberikan. Objektif kajian
ini adalah :
i)Mempelajari sistem maklumat (IS) yang terdapat di sekolah
ii) Mengkaji infrastruktur teknologi maklumat (IT) disekolah termasuk perisian,
prosedur, pengurusan data dan faktor manusia yang terlibat yang menjadikan sistem
maklumat suatu elemen penting dalam sistem sekolah
iii) Mendapatkan maklumat untuk tujuan pembelajaran di dalam kelas MIT
iv) Memenuhi keperluan kursus MTD 1013 Pengurusan Teknologi Maklumat
4.0 Maklumat Sekolah
4.1 Nama & Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
Jalan Damai Off, Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur
2
4.2 No. Telefon / Faks / E-mel / Laman Sosial
No Telefon : 03 – 21487065
Faks : 03 – 21432239
E-mel : [email protected]
Facebook : Seri Ampang
Twitter : Seri Ampang
Blog : http://seriampang.blogspot.com/
4.3 Sejarah Sekolah
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan dikenali sebagai Shaw Road Afternoon
Secondary School kerana menumpang di sebuah sekolah lain iaitu Sekolah Lelaki Jalan
Shaw. Kemudian ia berpindah ke Batu 3 Jalan Ampang dan diberi nama Ampang Road
Boys’ School. Pada tahun 1974 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Seri Ampang.
Pada tahun 1989, sekali lagi nama sekolah bertukar kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Ampang dan nama ini kekal sehingga hari ini.
4.4 Butiran Sekolah
SMK Seri Ampang merupakan sebuah sekolah menengah harian biasa, kategori bandar
dengan gred sekolah ialah A. Pentadbiran sekolah diketuai oleh seorang pengetua iaitu
Puan Naemah Binti Hasan Nordin dan disokong oleh 11 orang staf dan 74 orang guru.
SMK Seri Ampang merupakan sekolah yang terdiri daripada pelajar sahaja dan
dengan itu ia dikenali sebagai Ampang Boys School dikalangan masyarakat setempat.
Peringkat persekolahan yang terdapat di SMK Seri Ampang ialah menengah rendah,
menengah atas dan tingkatan enam iaitu tingkatan satu hingga tingkatan enam atas selain
tingkatan khas untuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
3
Sesi persekolahan dilaksanakan pada waktu pagi sepenuhnya dan ia turut
memiliki pelajar-pelajar pendidikan khas seramai 51 orang yang ditempatkan di dalam 5
buah kelas. Berikut adalah ringkasan kepada butiran maklumat sekolah.
Sesi persekolahan : Pagi
Jenis Sekolah : Sekolah harian biasa
Kategori sekolah : Bandar
Gred Sekolah : A
4.5 Falsafah Sekolah
Falsafah sekolah diwujudkan sebagai pedoman dan panduan warga pendidik SMK Seri
Ampang agar sentiasa memberikan komitmen tinggi dan padu dalam mendidik pelajar.
S Sentiasa memberi komitmen yg tinggi
M Mementingkan kualiti
K Kecemerlangan diutamakan
S Sentiasa berubah untuk penambahbaikan
A Anjakan paradigma yg positif
K Aomunikasi berkesan
L Luhur & ikhlas menabur bakti
4.6 Lokasi Sekolah
SMK Seri Ampang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur dan
dikelilingi oleh pembangunan dan jaringan jalan raya yang sentiasa sesak. Selain itu,
SMK Seri Ampang juga dikelilingi oleh beberapa rumah dan kedutaan luar negara,
antaranya kedutaan Algeria, Republik Czech, Sri Lanka, Namibia dan Romania.
4
Kedudukan sekolah adalah berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan
Puteri Ampang iaitu sekolah pelajar perempuan yang dikenali sebagai Ampang Girl
School.
Lokasi SMK Seri Ampang
Lokasi SMK Seri Ampang dari pandangan udara
5
5.0 Sekitar Kawasan Sekolah
Laluan ke pajabat dan bilik guru
Laluan ke blok bilik kelas
6
Padang Bola Keranjang
Kantin Sekolah
7
6.0 Sistem Maklumat Sekolah
Salah satu immpelentasi ICT di SMK Seri Ampang adalah melalui penggunan sistem maklumat
bagi menguruskan dan menyimpan rekod-rekod pelajar dan guru serta melancarkan pentadbiran
sekolah. Secara umumnya, SMK Seri Ampang memiliki 10 buah sistem maklumat yang
menampung keperluan simpanan data keseluruhan organisasi sekolah. Sistem maklumat tersebut
adalah :
1. EMIS – Education Management Information System
2. SMM – Sistem Maklumat Murid
3. SAP – Sistem Analisis Peperiksaan
4. SPAKS – Sistem Pengurusan Aktiviti Ko-kurikulum Sekolah
5. DATA OPMEN – Data Operasi Menengah
6. SSDM – Sistem Salah Laku Disiplin Murid
7. DATA KAUNSELING
8. DATA PENDIDIKAN KHAS
9. SISTEM SPBT
10. SISTEM PENGURUSAN HEM
Bagi tujuan kajian ini, tiga sistem maklumat telah dipilih untuk kajian terperinci
melibatkan pengurusan, kemaskini, naik taraf sistem dan pengendali yang terlibat. Tiga sistem
tersebut adalah EMIS, SMM dan SAP. Tiga sistem maklumat ini merupakan sistem maklumat
yang penting dan dikatakan menjadi tunjang utama dalam pengurusan data pelajar dan guru di
SMK Seri Ampang.
6.1 EMIS - Education Management Information System
Sistem EMIS merupakan satu sistem berkaitan guru dan juga maklumat sekolah yang
mencakupi bilangan pelajar di sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, sistem ini
merupakan sistem utama kepada guru-guru seluruh Malaysia di mana kesemua maklumat
berkenaan guru disimpan di dalam sistem ini. Selain itu, sistem ini juga menyimpan
maklumat lengkap sekolah seperti nama sekolah, kod, gred, sehingga luas tanah dan
8
sebagainya selain bilangan pelajar yang lengkap di sekolah berkenaan. Ini termasuklah
bilangan pelajar yatim piatu, pelajar yang mendapat biasiswa dan sebagainya. Berikut
merupakan antaramuka sistem EMIS :
Antaramuka Sistem EMIS
Setiap sekolah mempunyai seorang guru data yang akan menguruskan sistem ini
secara konsisten di mana di SMK Seri Ampang, guru yang bertanggungjawab adalah Pn.
Fadillah Sulaiman yang mana telah menguruskan sistem ini sejak tahun 2003. Sebagai
seorang guru data, beliau diberi keistimewaan di mana masa mengajar hanyalah sebanyak
12 masa sahaja berbanding guru biasa yang memegang 25 masa mengajar berikutan
komitmen yang tinggi yang diperlukan untuk menguruskan sistem ini.
Sistem ini pada asalnya merupakan sebuah sistem stand alone iaitu offline yang
memerlukan penggunaan disket untuk perpindahan data guru. Namun sejak 2007, sistem
ini telah di kemaskini menjadi sebuah sistem online. Dengan itu, kursus penggunaan telah
diadakan untuk semua guru-guru data dan telah menjalani pengujian penggunaan selama
sebulan sebelum tindakan pemurnian diambil. Walaupun sistem ini merupakan sebuah
sistem online, namun sistem ini hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
9
Sistem ini merupakan sebuah sistem standard yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia di semua sekolah. Oleh itu, sistem ini adalah sama untuk semua
sekolah namun yang membezakannya adalah data yang ada di dalamnya. Setiap sekolah
menggunakan kod sekolah sebagai ID untuk memasuki sistem ini. Untuk
pengemaskinian, sistem ini akan dikemaskini sebanyak empat kali setahun untuk data
guru bagi rekod perubahan gaji dan maklumat lain manakala untuk bilangan pelajar akan
dikemaskini pada setiap hujung bulan jika terdapat perpindahan pelajar. Berikut
merupakan rajah perjalanan proses pengemaskinian EMIS :
Rajah : Proses pengemaskinian EMIS
Untuk tujuan kemaskini, guru data akan mencetak borang daripada sistem ini dan
diedarkan kepada guru-guru untuk dibetulkan dengan menggunakan pen merah. Guru
data diberi tanggungjawab untuk kemaskini maklumat guru sebanyak empat kali setahun
dan EMIS akan ditutup selepas pengemaskinian dilakukan. Tempoh pengemaskinian ini
akan diberitahu oleh Jabatan Pendidikan Wilayah (JPW) melalui surat. EMIS ditutup
selepas dikemaskini bagi tujuan penggabungan data-data guru di seluruh Malaysia di
mana guru-guru data di semua sekolah akan bermesyuarat dengan Pegawai Teknologi
Maklumat dari JPW. Implikasinya semasa EMIS ditutup, guru data hanya boleh view
sahaja maklumat dan tidak boleh membuat sebarang perubahan ke atas data guru.
Tujuan EMIS ini dibangunkan adalah sebagai rujukan kepada KPM mengenai
guru-guru di seluruh sekolah di Malaysia bagi tujuan rekod perpindahan guru dan
sebagainya. Selain itu sistem ini juga bertujuan untuk menyimpan maklumat asas
sekolah, maklumat lengkap guru yang meliputi maklumat peribadi, perkhidmatan, tugas
10
khas, ikhtisas dan latihan disamping untuk menyimpan maklumat data bukan guru seperti
kerani dan pembantu makmal sekolah. Data-data maklumat sekolah seperti tanah,
bilangan pelajar, bilangan guru yang sambung belajar dan bilangan guru bersalin ini akan
dihantar kepada JPW di dalam fail format PDF. Bagi tujuan backup data, guru data boleh
menghasilkan fail berformat WINRAR secara berasingan yang mana kesemuanya
mengandungi 32 fail.
6.2 SMM - Sistem Maklumat Murid
Sistem Maklumat Murid (SMM) ini adalah suatu sistem berkaitan info pelajar, ko-
kurikulum, biasiswa dan juga maklumat ibu bapa semua pelajar sekolah SMK Seri
Ampang termasuk pelajar pendidikan khas. Guru yang bertanggungjawab untuk
menguruskan sistem ini adalah Pn. Fadillah Yusof sejak 2005 yang merupakan guru ICT
dan Matematik selain memegang tanggungjawab terhadap pengurusan makmal komputer
dan penasihat persatuan Kelab Komputer. Pn. Fadillah hanya memegang masa mengajar
sebanyak 18 masa sahaja berbanding 25 masa untuk guru biasa. Berikut adalah
antaramuka SMM :
Antaramuka Sistem Maklumat Pelajar
11
Sistem yang dibekalkan oleh KPM ini merupakan sebuah sistem stand alone dan
offline di mana ia menggunakan sepenuhnya perisian Microsoft Access sebagai pangkalan
data dan juga antaramuka sistem. Segala maklumat pelajar dihantar ke JPW di dalam
bentuk disket dan pengemaskinian data dilakukan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada
Januari, Jun untuk pelajar tingkatan 6 sahaja dan juga pada Oktober. Kesemua data
pelajar tingkatan 5 akan disimpan pihak sekolah sehingga pendaftaran pelajar tingkatan 6.
Data setiap pelajar akan dihapuskan sekiranya pelajar berkenaan tidak mendaftar untuk
tingkatan 6 di sekolah berkenaan.
Untuk tujuan pengemaskinian data, Pn. Fadillah akan mencetak data daripada
tahun lepas daripada sistem untuk diedarkan kepada semua pelajar SMK Seri Ampang.
Pelajar akan membetulkan maklumat yang salah dan mengisi tempat yang kosong di
dalam borang berkenaan menggunakan pen merah sebelum dipulangkan semula kepada
Pn. Fadillah melalui guru kelas. Pn. Fadillah tidak memberi borang kosong kepada
pelajar kerana masalah sama akan berulang iaitu pelajar tidak akan mengisi borang
dengan lengkap.
Bagi tujuan back up, sistem ini akan disimpan untuk simpanan Pn. Fadillah
sendiri selain disimpan salinannya di komputer setiausaha yang terletak di pejabat
sekolah. Pada tahun 2005, sistem SMM ini menggunakan Version 3 sebelum menjalani
penambah baikan kepada Version 4 pada 2009. Untuk penambah baikan Version, pihak
JPW telah menghantar surat kepada guru yang bertanggungjawab untuk datang
bermesyuarat bersama JPW dan semua guru di Kuala Lumpur bagi mendengar taklimat
penggunaan dan menerima manual pengguna.
6.3 SAP - Sistem Analisis Peperiksaan
Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) ini merupakan sistem khusus untuk data peperiksaan
yang meliputi daripada ujian bulanan sehinggalah peperiksaan akhir tahun pelajar. Guru
yang bertanggungjawab memegang sistem ini adalah Pn. Maizatul Fuzah Bt Ahmad
Tarmizi yang juga merupakan setiausaha peperiksaan SMK Seri Ampang. Beliau diberi
12
tanggungjawab untuk menguruskan sistem ini sejak 2007 dan mempunyai kelebihan dari
segi jumlah masa mengajar iaitu sebanyak 19 masa berbanding guru biasa sebanyak 25
masa dan tidak memegang guru tingkatan. Berikut merupakan antaramuka SAP :
Antaramuka Sistem Analisis pelajar
Sistem ini merupakan sebuah sistem stand alone dan offline yang dibekalkan oleh
KPM dengan menggunakan antara muka serta pangkalan data Microsoft Access. Sistem
ini terdiri daripada dua buah sistem yang sama tetapi diasingkan failnya iaitu SAP123
untuk pelajar menengah rendah (tingkatan 1, 2, dan 3) dan SAP45 untuk pelajar
menengah atas (tingkatan 4 dan 5). Gambaran adalah seperti di bawah :
Rajah : Fail Sistem Analisis Peperiksaan SAP
13
Sistem ini berfungsi untuk menjana gred setiap markah pelajar yang dimasukkan
oleh guru. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk menganalisis peratus pelajar yang lulus
dan gagal, peratus pelajar yang mendapat A, B, C, D dan E selain boleh menghasilkan
graf peratus pemarkahan pelajar. Sistem ini berhubung dengan Sistem Maklumat Murid
(SMM) untuk senarai nama pelajar setiap kelas dari tingkatan 1 hingga 5. Untuk tujuan
back up, sistem ini akan disimpan oleh Pn. Maizatul dan salinan sistem ini disimpan di
dalam komputer setiausaha di pejabat.
Pada tahun 2007, cara kemasukan data untuk sistem ini adalah berbeza daripada
cara kemasukan data yang dilaksanakan pada masa sekarang. Di mana setiap guru akan
mempunyai salinan sistem dan boleh memasukkan data di rumah sebelum diberi kepada
setiausaha peperiksaan untuk digabungkan di dalam sebuah sistem. Namun terdapat
pelbagai permasalah yang wujud seperti :
i) Nama pelajar bertindan
ii) Bilangan pelajar menjadi dua kali ganda
iii) Masalah virus
Dengan permasalahan-permasalahan yang wujud seperti di atas, maka cara
kemasukan data secara berpusat dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian. Di mana
setiausaha akan menyediakan sebuah komputer di bilik guru pada tarikh-tarikh tertentu
untuk guru-guru memasukkan data pemarkahan pelajar. Cara ini dilihat berkesan dan
dikekalkan sehingga sekarang.
Seperti mana juga sistem-sistem lain, data yang dijana oleh sistem ini juga akan
dihantar ke JPW di dalam bentuk disket dan juga fax. Selain itu, data yang dianalisis juga
akan dicetak dan diberi kepada pengetua dan juga guru-guru untuk ditampal di dalam
buku rekod masing-masing.
14
7.0 Prasarana IT
Selain sistem maklumat, prasarana teknologi maklumat turut dikaji. Ini kerana prasarana sangat
berkait rapat dengan capaian kepada sistem maklumat yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Prasarana teknologi maklumat yang baik akan menjadikan pengurusan
sistem maklumat lebih efisyen dan selamat dan kurang risiko kehilangan data.
7.1 Makmal IT
Terdapat sebuah makmal komputer di SMK Seri Ampang yang mengandungi 20 buah set
komputer. Makmal ini dibangunkan pada tahun 2002 dan mula digunakan pada
tahun2003. Pada tahun 2009, naik taraf makmal dilakukan iaitu dengan menggantikan
monitor CRT (Cathode Ray Tube) kepada mmonitor LCD (Liquid Crystal Display).
Makmal komputer ini adalah dibawah kendalian Puan Fadillah Yusof dimana
beliau bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan bilik makmal dan perkakasan
yang terdapat di dalamnya. Selain itu beliau juga perlu mengaturkan jadual kemasukan
kelas ke dalam makmal dan perlu berunding dengan guru-guru yang ingin melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal.
Memandangkan hanya terdapat sebuah makmal komputer sahaja dengan 20 unit
komputer di SMK Seri Ampang, dan menurut Puan Fadillah Yusof, ia tidak mampu
untuk menampung keperluan penggunaan pelajar dan kelas yang banyak. Oleh itu,
peraturan makmal sangat dititik beratkan bagi meminimkan kerosakan berlaku.
Antaranya pelajar dikehendaki mengisi buku log penggunaan komputer setiap kali masuk
ke dalam makmal dan pelajar perlu scan pendrive setiap kali ingin digunakan. Pelajar
juga tidak dibenarkan untuk menukar kedudukan mereka di dalam makmal dimana senuit
komputer telah ditetapkan untuk seorang pelajar dalam sebuah kelas. Kedudukan tersebut
tetap sehingga tamat penggunaan makmal komputer di hujung tahun.
15
Menurut Puan Fadillah Yusof, segala kelengkapan dan peralatan makmal adalah
dibekalkan oleh TM termasuk juga perisian komputer. Oleh itu, jika berlaku sebarang
masalah dan kerosakan yang tidak dapat diatasi sendiri, beliau akan merujuk terus kepada
pihak TM dengan menghubunginya melalui laman web khas iaitu di
http://sts.moe.edu.my/. Pihak TM kemudian akan datang ke sekolah dan membaiki
kerosakan yang berlaku. Namun menurut Puan Fadillah Yusof kerosakan biasanya
mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.
Keadaan dalam makmal komputer
16
7.2 Internet
Kemudahan internet di SMK Seri Ampang ini dibekalkan dan diselenggara oleh
Schoolnet pada asalnya sebelum Telekom Malaysia ambil alih di dalam pembekalan
kemudahan dan penyelenggaraan kerosakan. Kemudahan internet di sekolah ini dibahagi
kepada dua iaitu wired dan juga wireless di mana kemudahan internet wired digunakan di
dalam makmal IT untuk kegunaan pelajar dan guru manakala wireless digunakan di bilik
guru untuk kemudahan guru-guru SMK Seri Ampang.
Untuk kemudahan internet di makmal IT bagi kegunaan pelajar, terdapat sekatan
terhadap laman web yang tidak berkaitan daripada dicapai oleh para pelajar. Kemudahan
internet wireless pula adalah untuk kegunaan para guru di mana perlu mempunyai kata
laluan sebelum boleh digunakan. Walaupun begitu, kesemua server berkaitan internet ini
adalah terletak di dalam sebuah bilik khas di makmal IT. Ianya bagi memudahkan
penyelenggaraan dilakukan jika berlaku sebarang kerosakan.
8.0 Persatuan
Kelab Komputer merupakan saru-satunya aktiviti kokurikulum sekolah yang berkaitan dengan
teknologi maklumat dan penubuhan kelab itu juga baru berusia dua tahun. Guru penasihat bagi
kelab ini adalah Puan Fadhilah Yusof dan Puan Fadillah Sulaiman. Kelab ini diketuai oleh
seorang pengerusi iaitu adik Nur Iman Ikmal manakala jawatankuasa lain terdiri daripada naib
pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa bagi setiap tingkatan. Keahlian pelajar
terdiri dari kalangan pelajar tingkatan satu hingga lima.
Perjumpaan kelab dilakukan sebanyak dua kali sebulan iaitu pada khamis minggu
pertama dan minggu ketiga. Waktu perjumpaan adalah pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kebersihan dan keceriaan makmal komputer dan kelas-kelas
perisian komputer seperti Microsoft Windows Movie Maker dan Microsoft Publisher.
17
9.0 Laman Sosial Sekolah
Dalam menyusur arus teknologi SMK Seri Ampang turut tidak ketinggalan dalam memiliki
beberapa buah laman sosial. Selain membekalkan maklumat tantang kewujudan sekolah, laman
sosial juga dijadikan sebagai medium untuk bertukar-tukar cerita antara pelajar dan juga untuk
menghubungkan antara pelajar dengan bekas pelajar.
Laman sosial yang dimiliki oleh SMK Seri Ampang ialah facebook, twitter dan juga
blog. Facebook dan twitter di daftarkan dengan nama Seri Ampang, manakala alamat blog pula
adalah http://seriampang.blogspot.com/. Ketiga-tiga laman sosial ini ditadbir oleh seorang pelajar
iaitu pengerusi kelab komputer itu sendiri, Nur Iman Ikmal. Segala kandungan dan update terkini
dilakukan sendiri oleh beliau dengan dipantau oleh Puan Fadillah Sulaiman.
Sebelum ini SMK Seri Ampang pernah memiliki laman webnya sendiri namun telah
ditutup. Ini kerana web master laman web tersebut yang merupakan bekas pelajar SMK Seri
Ampang itu sendiri telah melanjutkan pelajaran, dan guru pembimbing kepada web master
tersebut juga telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. Maka, di bawah kendalian Puan
Fadillah Sulaiman, blog, facebook dan twitter telah menggantikan fungsi laman web tersebut.
Adik Nur Iman Ikmal
18
10.0 Hakikat Guru Data / IT / Komputer
Setelah kajian dilakukan, didapati tanggungjawab guru data tidaklah begitu berat namun berisiko
tinggi. Ini kerana guru tersebut harus memastikan keselamatan data yang disimpan selain
mengelakkan berlaku pengubahsuaian terhadap data tanpa tujuan. Adalah merupakan suatu
kelebihan apabila dipertanggujawabkan dalam menjaga data dan sistem maklumat kerana jumlah
waktu mengajar kurang berbanding guru lain.
Selain itu berdasarkan temubual yang dijalankan juga di dapati ramai guru yang
berkelulusan dalam teknologi maklumat, namun tidak dapat mengajar subjek dalam bidang
kelulusan dan kemahiran mereka tetapi mengajar subjek yang lain. Antaranya subjek sejaah,
matematik dan sains. Ini memberi kesedaran bahawa guru yang berlulusan teknologi maklumat
tidaklah semestinya akan dapat mengajar subjek berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
Oleh itu, setiap bakal guru harus bersedia untuk mengajar matapelajaran yang bukan di dalam
bidang kemahirannya.
Guru berkemahiran dalam teknologi maklumat juga biasanya menjadi rujukan oleh guru-
guru lain yang lebih senior dalam mengendalikan komputer dan hal-hal berkaitan dengan
teknologi. Selain itu, mereka juga harus memberi tunjuk ajar kepada setiap guru baru mengenai
hal-hal kemasukan data ke dalam sistem maklumat khususnya data pelajar. Tugas-tugas lain
yang biasa diberikan kepada guru berkemahiran komputer adalah tugas merekabentuk atau
design sesuatu seperti buku program.
11.0 Refleksi
Kajian pengurusan teknologi maklumat di SMK Seri Ampang telah memberi banyak
pengetahuan dan pengalaman mengenai situasi sebenar pengurusan data di sesebuah sekolah.
Sesungguhnya implementasi ICT disekolah membantu melancarkan kerja-kerja pengurusan dan
rekod khususnya rekod pelajar merangkumi segenap aspek pelajar seperti pemarkahan, disiplin,
maklumat pelajar, kaunseling, ko-kurukulum dan sebagainya.
19
Selain itu, beberapa masalah yang sering dihadapi guru dalam mengendalikan makmal
komputer juga dapat diketahui. Pelajar juga dapat mengetahui mengenai pengetahuan dan
persepsi guru-guru terhadap teknologi maklumat dan berkongsi cerita dengan mereka. Peranan,
tugas, kelebihan guru data juga dapat dketahui secara spesifik.
12.0 Laporan Bergambar
Bersama pengetua sekolah, Puan Naemah Binti Hasan Nordin
20
Sesi temubual bersama Puan Fadillah Sulaiman
Bergambar bersama pengerusi Kelab Komputer, Nur Iman Ikmal
21
Penyerahan cenderahati kepada Tuan Haji Azuar Hussin, PK HEM
Bergambar di hadapan SMK Seri Ampang
22