Download - Sejarah Tingkatan 4 Bab 4
Kemunculan Tamadun Islam & Perkembangannya di Makkah
Syakira Harith
Pengenalan• Lahir di tempat terpencil, kawasan padang
pasir yang kering kontang, Hijaz• Berasaskan pemikiran dan ajaran agama di
samping anugerah Allah • Tamadun Rom dan Parsi turut berkembang di
Semenanjung Tanah Arab
Masyarakat Arab Jahiliah• Jahiliah/jahala bermaksud tidak tahu• Hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas
runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu
• Tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi sebelumnya (Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim)
• Tiada nabi, rasul & kitab suci sebagai petunjuk• Menyembah berhala dan mempercayai
animisme• Berakhlak rendah (bengis, kejam, angkuh)
Ciri2 Masyarakat Arab Jahiliah- 2 golongan : Badwi & Hadari- Mengamalkan perbuatan tidak bermoral
(berjudi, berzina, minum arak)- Lelaki menjadi sempurna sekiranya minum
arak hingga mabuk- Kedudukan wanita rendah dan tidak dapat
mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa- Menanam bayi perempuan hidup-hidup- Membunuh bayi perempuan kerana dianggap
bakal menjatuhkan maruah keluarga
• Tiada peraturan perkahwinan khusus (lelaki boleh kahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus & sesiapa sahaja)
• Riba & penindasan dalam perniagaan• Pentingkan keuntungan & kekayaan semata-mata• Merompak (kewajipan setiap individu dalam setiap
kabilah) & rampas barang daripada kafilah• Golongan kaya eksploitasi yang miskin• 4 bentuk kepercayaan agama : – Agama Wathani (menyembah berhala)– Animisme (memuja alam)– Samawi (Kristian & Yahudi)– Kepercayaan khurafat
• Sebilangan kecil menganut agama Hanif. Lama-kelamaan dilupakan
• Mengamalkan sistem kabilah – hidup berpuak-puak
• Satu kabilah tinggal dalam satu kawasan, mempunyai identiti & peraturan tersendiri, sangat taasub dengan kabilah sendiri, diketuai syeikh (lambang perpaduan kaum)
• Syeikh yang dilantik mesti disukai dan dipersetujui oleh ahli kabilah (berfikiran matang, gagah, berani & pandai berpidato)
• Kesan negatif :– Kemunculan semangat assabiah (semangat
kesukuan)– Tercetusnya peperangan– Terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan
• Ahli kabilah sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri & kabilah mereka
• Kemunculan sifat ini berkait dengan geografi & suasana tempat tinggal
• Kawasan yang kering kontang menyebabkan mereka mengatasi masalah bersama
• Peperangan Al-Basus menunjukkan orang Arab suka berperang
Kehidupan Nabi Muhammad Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
Qusai B. Kilab
Abdul Manaf
Hasyim
Abdul
Mutalib
Abdullah
Nabi Muhammad
Qusai – pemimpin Makkah (Arab Quraisy) 100 tahun sebelum nabi lahir Kaabah & telaga zamzam dikuasai
keluarga nabi Keturunan nabi bijak dalam dalam
urusan pentadbiran dan perniagaan Abdul Manaf, Hasyim & Abdul Mutalib
menerajui kepimpinan Makkah
Aminah Bt. Wahab
Nabi lahir: 20 April 570 M – Isnin, 12 Rabiul Awal, tahun Gajah – di rumah atuk bagindaMuhammad = terpuji
Bapa baginda meninggal dunia semasa nabi dalam kandungan
Selepas lahir, nabi diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara &
disusui
Usia 6 tahun, ibu baginda meninggal
dunia, seterusnya nabi dipelihara oleh datuk
baginda, Abdul Mutallib
Datuk baginda meninggal, nabi
dipelihara oleh bapa saudara baginda, Abu
Talib
Pernah mengembala kambing kepunyaan
bapa saudara baginda
Dalam bidang perniagaan, sejak 12
tahun, mengikut bapa saudara baginda ke
Syam
Kerasulan nabi diramalkan oleh Buhaira, pendeta Nasrani di Basrah
Usia 20 tahun, lebih giat berniaga, Abu Talib
ingin nabi ada pekerjaan tetap
Abu Talib menemui Khadijah Bt. Khuwailid untuk nabi menjalankan urusan
perdagangan dengan beliau
Nabi menguruskan perdagangan dengan
Maisarah (hamba Khadijah)
Amanah & berbudi pekerti membuatkan Khadijah memberi
modal yang lebih besar
Akhirnya mereka berkahwin, ketika itu
nabi 25 tahun & Khadijah 40 tahun
Keperibadian Nabi Muhammad
Siddiq (berkata benar)
Amanah (dipercayai)
Tabliq (menyampaikan)
Fatanah (bijaksana)
• Baginda digelar Al-Amin kerana tidak pernah berbohong
• Setelah menjadi rasul, baginda menyampaikan ajaran Islam bersungguh-sungguh walau menghadapi pelbagai rintangan
• Semasa 35 tahun, baginda menyelesaikan persengketaan dalam kalangan kabilah Quraisy
Persengketaan berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan semula Hajar Aswad (batu hitam) ke tempat
asalnya (penjuru timur Kaabah) kerana telah terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.
• Seorang ketua keluarga yang patut dicontohi (membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak), anak-anak diberi didikan agama yang cukup & mengamalkan cara hidup sederhana
• Sentiasa merendah diri walaupun kedudukannya yang tinggi dan dihormati (bergaul dengan semua lapisan masyarakat)
• Penyayang terhadap orang tua & kanak2• Pemaaf (mengampun dan bebaskan orang
Arab Quraisy yang menyerah diri semasa pembukaan semula Kota Makkah)
• Bijaksana semasa memeterai Perjanjian Hudaibiyah, 628 M dengan orang Arab Quraisy Makkah walaupun kelihatan berat sebelah, baginda terima sebagai satu hikmah untuk sebarkan Islam seterusnya
• Baginda mengasingkan diri daripada masyarakat dengan bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadat) di Gua Hirak, Bukit Nur
• Baginda menyerah diri kepada Allah & memikirkan masalah kaum Quraisy Makkah yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah
• Selepas 6 bulan, 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadhan : Allah menurunkan wahyu pertama kepada nabi (ketika berusia 40 tahun) menerusi Jibril
• Wahyu pertama -> pemisah zaman Jahiliah dengan zaman Islam
Kerasulan Nabi Muhammad• Wahyu pertama : Surah Al-Alaq ayat 1-5
(memerintahkan umat Islam membaca)• Menurut Islam, membaca dan membuat
kajian melahirkan bangsa yang berilmu dan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang (ilmu yang dituntut mestilah membina masyarakat bukan sebaliknya)
• Wahyu kedua : Surah Al-Muddasir ayat 1-7 (mengisytiharkan nabi sebagai Rasulullah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam
• Pelantikan nabi sebagai rasul dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat
• Nabi berusaha untuk membetulkan akidah masyarakat Arab dengan beriman kepada Allah dan menyuruh mereka meninggalkan perbuatan keji
Penyebaran Islam di Makkah• Dilakukan secara berperingkat
RahsiaSelama 3 tahunKepada ahli keluarga, sahabat rapat dan kaum kerabat
TerbukaSelama 10 tahunSetelah menerima perintah Allah, dakwah disampaikan
secara terang-terangan
• Orang yang awal memeluk Islam :Khadijah Bt. Khuwailid (isteri baginda)Ali B. Abi Talib (sepupu baginda) – ketika 10 tahunZaid B. Harithah (anak angkat baginda)Abu Bakar Al-Siddiq (sahabat baginda)
• Melalui Abu Bakar, beberapa tokoh Quraisy telah memeluk IslamUthman B. AffanZubair B. AwamAl-Arqam B. Abu Arqam
• Dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat : baginda bermesyuarah dengan para sahabat & mengadakan majlis ceramah di rumah Ali B. Abi Talib
• Orang yang paling kuat menentang Islam ialah Abu Lahab (bapa saudara baginda)
• Dakwah secara terbuka : di Bukit Safa, Makkah setelah turunnya Al-Hijr ayat 94
Rumah Al-Arqam menjadi pusat kegiatan Islam yang
pertama di Makkah
• Majlis ini dihadiri oleh kesemua pentadbir kota Makkah seperti ketua Bani Abdul Mutallib, Bani Zuhrah, Bani Tamim, Bani Makhzum & Bani Asad
• Perbahasan nabi & Abu Lahab menyebabkan proses dakwah terganggu, nabi dihina
Reaksi Masyarakat Arab Terhadap IslamPenerimaan Terhadap Islam
₋ Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal terdiri daripada hamba (ajaran Islam memberikan layanan yang sama kepada semua manusia)
Golongan yang diseksa dengan kejam :
Bilal B. Rabah, keluarga Yassir, Amir B. Fuhairah
dan Zunainah
Bilal B. Rabah dijerut leher dengan tali oleh tuannya
(Umaiyah B. Khalaf)Keluarga Yassir dijemur di
padang pasir sehingga Yassir dan isterinya Sumaiyah mati
syahid Amir B. Fuhairah diseksa hingga
jadi gilaZunainah diseksa Abu Lahab
hingga buta
₋ Antara pendekatan yang nabi gunakan :Membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab
Jahiliah dengan nilai IslamMembaca ayat Al-Quran untuk menjawab pertanyaan
para sahabatMemberikan penerangan & menunjukkan teladan yang
baik₋ Kesabaran & pengorbanan nabi menarik orang
ramai memeluk Islam₋ Kunci kejayaan : akhlak mulia, kekuatan fizikal,
mental dan rohani
Penentangan Terhadap Islam₋ Faktor penentangan masyarakat Arab Quraisy : • Perbezaan dari segi kepercayaan & amalan antara
orang Arab Quraisy dengan Islam (Islam : menyembah Allah , kepercayaan Arab Quraisy : menyembah berhala & animisme)• Prinsip persamaan taraf sesama manusia (masyarakat
Arab Jahiliah : wujud perbezaan darjat antara golongan atasan & bawahan)• Dari segi politik, salah tanggap tugas nabi (anggapan
mereka : kalau masuk Islam, terpaksa tunduk kepada kepimpinan nabi) , mereka bersaing untuk jadi ketua• Islam melarang perbuatan keji seperti mencuri &
menindas
₋ Faktor penentangan masyarakat Arab Quraisy :• Menolak konsep persaudaraan Islam yang bertentangan
dengan konsep Assabiah yang mereka amalkan• Menggugat ekonomi orang Arab (perniagaan ukiran
patung terjejas, Islam menyembah Allah)₋ Penentangan terhadap nabi berterusan (penyair
Arab mengejek Islam melalui puisi, menghina nabi)₋ Nabi dicemuh, diugut bunuh & diganggu ketika
beribadat (meletakkan benda kotor di tengkuk baginda)
₋ Nabi tetap sabar dan tabah₋ Setelah gagal menggunakan kekerasan, mereka
memujuk nabi supaya meninggalkan dakwah Islamiah
₋ Nabi ditawarkan kedudukan, wanita cantik & harta
₋ Tetapi, nabi tolak cubaan merasuah baginda₋ Orang Arab kemudiannya memulaukan baginda
serta keluarga (satu pernyataan ditampal di Kaabah)
₋ Waktu itu, kehidupan nabi & umat Islam sangat terhimpit
₋ Abu Talib (bapa saudara nabi) sentiasa melindungi & membantu nabi
₋ Pemulauan berlaku selama 3 tahun ₋ Golongan Islam yang berkemampuan mampu
menanggung golongan susah
– Khadijah sanggup menyerahkan semua harta demi membantu perjuangan Islam
– Pengorbanan wanita juga diteruskan oleh Aisyah & Ummu Salmah (menunjukkan betapa pentingnya wanita dalam pembangunan negara)
Nabi Muhammad Menyelesaikan Masalah₋ Penentangan makin hebat setelah Abu Talib &
Khadijah meninggal dunia₋ Untuk mengurangkan tekanan & penindasan,
orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk perlindungan
₋ Nabi & Zaid B. Harithah merancang ke Taif (untuk sebarkan Islam) kurang berkesan
– Nabi tidak berputus asa, sentiasa mencari jalan, sabar, cekal sehingga Islam berkembang di Madinah & seluruh Semenanjung Tanah Arab
– Di Makkah, tidak dapat disebarkan secara menyeluruh kerana Arab Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan menghapuskan Islam
– Nabi berhijrah ke Madinah pada 622 M selepas menerima perintah Allah & memenuhi jemputan kaum Aus & Khazraj
– Di Madinah, nabi berjaya mendirikan kerajaan Islam yang unggul