KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
PROGRAM DIKIR BARAT DALAM DARJAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA
PENGENALAN Berdasarkan keputusan Ujian CA1 2010, pencapaian kefahaman murid Darjah 4 kurang memuaskan. Para guru yang mengajar Darjah 4 mendapati bahawa murid lebih gemar berbahasa Inggeris dan sebahagian daripada mereka terdiri daripada murid yang bukan berbangsa Melayu. Kosa kata murid didapati agak terhad. Lantas, seni persembahan dikir barat dipilih sebagai program kurikulum berasaskan sekolah untuk merangsang murid dalam pembelajaran dan meningkatkan kemahiran mereka dalam Bahasa Melayu.
OBJEKTIF PROGRAM 2. Di akhir program ini, murid Darjah 4 dapat:
a) memahami makna kosa kata yang terdapat dalam seni kata lagu; b) memberikan makna perkataan seerti dan seiras; c) memberikan makna perkataan berlawan dan berpasang; d) memahami mesej dalam lagu dikir barat; dan e) membuat persembahan dikir barat.
PERANCANGAN PROGRAM 3. Seni persembahan dikir barat dipilih sebagai program KBS kerana seni kata dikir barat boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran bahasa Melayu. Program KBS dijalankan sebagai program pengayaan pada Penggal 2 dan 3 untuk semua murid Darjah 4. Dua jenis pendekatan yang digunakan adalah:
a) aktiviti dijalankan di bilik muzik, bilik serbaguna atau dewan yang
melibatkan murid secara aktif; dan b) aktiviti dijalankan dalam kelas masing-masing secara individu dan
berkumpulan. PELAKSANAAN PROGRAM Praaktiviti 4. Murid digalakkan mencari maklumat mengenai dikir barat secara kendiri di internet atau perpustakaan. Mereka juga digalakkan menonton klip video persembahan dikir barat di internet. Di akhir aktiviti ini, murid perlu melengkapkan penyusun grafik.
2
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Aktiviti Penggal 2: Minggu 1-3 5. Pada minggu pertama, murid berbincang secara kumpulan mengenai maklumat yang telah mereka perolehi daripada internet. Kemudian, mereka menonton tiga klip video sebelum diperkenalkan kepada sebuah lagu dikir juara dari Kelantan. Pada minggu kedua dan ketiga, murid mempelajari ketiga-tiga peranan dalam persembahan dikir barat, iaitu Tok Juara, Awak-awak dan Jurupaluan. Pada akhir minggu ketiga murid-murid membuat sebuah persembahan dikir barat. Aktiviti Penggal 3: Minggu 4-7 6. Pada minggu keempat, murid mencari makna perkataan kata seerti dan berlawan dan frasa yang terkandung dalam seni kata dikir barat. Pada minggu kelima pula, murid mengenal pasti idea utama dan mesej seni kata tersebut untuk meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman mereka. Di akhir kedua-dua aktiviti ini, murid akan mengisi borang renungan untuk mengimbas kembali proses pembelajaran mereka. Pada minggu keenam dan ketujuh, murid diberikan seni kata yang kedua. Murid akan melakukan proses yang sama seperti pada minggu ke lima dan keenam. PENILAIAN PROGRAM Peningkatan Pencapaian Murid 7. Guru menggunakan alat penilaian seperti senarai semak, borang renungan dan lembaran kerja untuk memantau pembelajaran murid. Guru juga merekodkan pencapaian murid melalui pemerhatian semasa aktiviti dijalankan. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, Program Dikir Barat Dalam Darjah didapati berjaya merangsang minat murid. Seni kata lagu yang digunakan telah memperkaya kosa kata murid. Murid juga lebih mampu mengenal pasti idea utama dan mesej yang terkandung dalam seni kata dikir barat itu. Pencapaian murid dalam bahagian kefahaman bagi Ujian CA2 bertambah baik.
Keberkesanan Program Dikir Barat Dalam Darjah 8. Program ini telah meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman murid. Strategi pengajaran yang disarankan telah dapat melibatkan murid secara aktif dan meningkatkan kosa kata murid. Di samping itu, murid mampu mencari maklumat secara kendiri dan berkongsi pengetahuan bersama rakan sebaya. Pembelajaran kolaboratif telah memberi peluang untuk murid belajar bersama rakan sebaya. Murid juga berasa lebih yakin terhadap kebolehan masing-masing. Berdasarkan keputusan CA2 murid, didapati murid dapat menjawab soalan kefahaman dengan lebih baik.
3
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
PENAMBAHBAIKAN Cabaran 9. Tidak semua guru terlatih dalam seni dikir barat terutama dalam komponen paluan. Sekolah pula tidak mempunyai perkakas alat paluan dan perlu meminjam atau menyewa daripada kumpulan dikir barat. Selain itu, lebih banyak masa diperlukan untuk mengajar dan melatih murid membuat persembahan yang lebih memuaskan. USAHA SUSULAN 10. Pencapaian murid-murid dapat dipertingkat dengan adanya penerapan aspek budaya dan seni persembahan dalam pembelajaran. Oleh itu, program ini boleh dikembangkan lagi kepada sebuah program penulisan kreatif. Murid boleh menggunakan pengalaman membaca dan memahami seni kata untuk mengarang pantun, syair atau sajak.
4
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA
PROGRAM DIKIR BARAT DALAM DARJAH SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS
Aspek Catatan
Langkah 1: Meneliti Keperluan Murid
meneliti keputusuan ujian/penilaian markah bahagian kefahaman dalam Ujian CA1 kurang memuaskan
menjejas keputusan keseluruhan Ujian CA1
menjalankan soal selidik
o melalui pemerhatian guru o melalui temu bual dengan murid o mengisi borang soal selidik
ada murid yang lebih gemar berbahasa Inggeris
ada murid yang bukan berbangsa Melayu
pengetahuan kosa kata murid agak terhad
ujian diagnostik tidak dijalankan
perangkaan yang digunakan diambil daripada bahagian kefahaman kertas Ujian CA1
Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif
menentukan kemahiran yang hendak dinilai
memperkayakan kosa kata murid memberi makna perkataan seerti
dan seiras, berlawan dan berpasang serta memahami makna perkataan dan frasa
meningkatkan kemahiran murid memahami dan mengenal pasti idea utama dan mesej yang terkandung dalam seni kata dikir barat
menentukan aspek kognitif, afektif
dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran
membina keyakinan murid dengan membuat persembahan
memupuk sikap bekerjasama
Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program
menentukan jenis program seni dikir barat
menentukan jenis aktiviti
dikir barat
5
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Aspek Catatan
menentukan jangka masa program 14 waktu yang dijalankan selama 7 minggu
semasa Penggal 2 dan 3
Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran
menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif
bilik muzik dan bilik serbaguna bilik darjah
memastikan pengetahuan yang hendak dibina adanya nilai tambah dalam pembelajaran
setiap murid akan terlibat dalam program secara aktif
murid dapat mengaitkan penggunaan bahasa Melayu dalam persembahan seni dikir barat
Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran
memastikan program yang dibina dapat memenuhi kemahiran yang hendak dicapai
Program Dikir Barat dalam Darjah merangsang murid untuk memahami seni kata lagu yang mereka persembahkan
seni kata lagu memperkayakan kosa kata murid
memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar, bertutur dan membaca
memastikan kriteria penilaian jelas penilaian kendiri, rakan sebaya dan guru
Alat penilaian: pemerhatian guru, senarai semak, borang refleksi dan lembaran kerja
6
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA LAKARAN PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
Mengenal Pasti Keperluan Murid
Meningkatkan penguasaan kosa kata murid Meningkatkan kemahiran membaca dan
memahami teks
Menetapkan Matlamat
Memperkayakan kosa kata murid Melatih murid mengenal pasti idea utama dan
perutusan dalam sesebuah teks Membuat persembahan dikir barat Membuka peluang kepada pembelajaran
kooperatif
Menentukan Program
Menggunakan dikir barat sebagai kegiatan motivasi
Menggunakan seni kata lagu dikir barat sebagai bahan pembelajaran Bahasa Melayu
Menetapkan jangka masa yang sesuai Menetapkan kumpulan sasaran
Menilai Pencapaian Kemahiran Murid
Memberi makna perkataan seerti dan berlawan dan seiras dan berpasang serta makna kosa kata
Mengenal pasti idea utama dan mesej dalam seni kata dikir barat
Menggunakan senarai semak dan rubrik
Program Dikir Barat
dalam Darjah
Melaksanakan Aktiviti
Memilih sebuah lagu dialek Kelantan dan sebuah lagu Singapura
Menjalankan aktiviti untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan kemahiran membaca dan pemahaman murid
7
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Nama Program Dikir Barat Dalam Darjah
Kumpulan Sasaran Darjah 4
Fokus Kegiatan Pengayaan
Jangka Masa 14 waktu yang dijalankan dalam jangka masa 7 minggu (2 waktu setiap minggu)
Kemahiran Mendengar, bertutur dan membaca
Objektif Pembelajaran
Pada akhir program, murid dapat: 1. memberi makna kosa kata yang terdapat dalam seni
kata 2. memberikan makna perkataan seerti dan seiras 3. memberikan makna perkataan berlawan dan berpasang 4. memahami mesej dalam seni kata dikir barat 5. membuat persembahan dikir barat
Nilai Tambah Pembelajaran
Murid dapat: 1. menggunakan kemahiran mendengar untuk mempelajari
irama lagu 2. mempelajari rentak paluan 3. menghargai seni persembahan dikir barat sebagai salah
sebuah seni budaya Melayu 4. mengaitkan penggunaan bahasa Melayu yang baik
dalam persembahan dikir barat
Pengenalan / Persediaan Awal (Tuning-in)
Bahan/Catatan
Murid: a. mencari maklumat mengenai dikir barat sama
ada di akhbar, malajah, buku atau internet b. digalakkan menonton video persembahan dikir
barat di youtube c. mencatat maklumat dam melengkapkan senarai
semak
Bahan Lembaran Kerja 1 Nota Dijalankan di luar waktu
kurikulum Guru memberi murid masa
untuk melaksanakan aktiviti ini Guru menyediakan masa untuk
murid yang tidak mempunyai komputer menggunakan komputer di makmal komputer
Aktiviti Minggu 1
Bahan/Catatan
Tajuk: Mengenali Seni Dikir Barat
Induksi
Bahan Video Kumpulan Seri Suri Ram
8
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Murid: a. berkongsi maklumat mengenai dikir barat yang
telah dikumpulkan b. menonton video sebuah persembahan dikir barat c. meneliti setiap bahagian persembahan d. memberi maklum balas mengenai persembahan
yang ditayangkan oleh guru e. berbincang mengenai aspek-aspek
persembahan dikir barat di Singapura f. menonton video dikir barat dari Kelantan
@ Piala Citra Dikir 2008 Video dikir barat dari Kelantan:
‘Hikayat Dewa Mudo’ Video persembahan dikir barat
di sebuah kampung di Kelantan Nota Semua kelas BM Darjah 4 akan
bergabung Sebelum guru memulakan Guru boleh mengkaitkan aktiviti
dengan Buku Teks Mekar 4B - Unit 7: Oleh-oleh Dari Seberang, Pelajaran 2: Persembahan Dikir Barat
Aktiviti Murid: a. mengenal pasti setiap peranan dan bahagian
yang terdapat dalam persembahan dikir barat b. mendengar lagu dikir juara ‘Rakan Muda’
nyanyian Megat Nordin c. meneliti seni kata lagu dikir juara ‘Rakan Muda’ d. mempelajari irama seluruh lagu dikir juara
‘Rakan Muda’
Bahan Lembaran Kerja 2,
Seni kata ‘Rakan Muda’, Audio lagu ‘Rakan Muda’
Aktiviti Minggu 2
Bahan/Catatan
Tajuk: Yok Berdikir Barat! (Bahagian 1)
Induksi Murid: a. mendengar lagu dikir juara ‘Rakan Muda’ sekali lagi b. menyanyikan lagu bersama-sama c. diperkenalkan kepada alat-alat paluan dikir
barat
Bahan Alat-alat paluan Seni kata ‘Rakan Muda’ Audio lagu ‘Rakan Muda’ Nota Semua kelas Darjah 4 akan
bergabung
Aktiviti Murid membentuk 3 kumpulan Kumpulan 1 a. akan mempelajari rentak paluan asas daripada guru b. 4 orang murid yang dapat memalu dengan baik
akan dipilih sebagai ahli paluan Kumpulan 2 a. akan menyanyikan bahagian rangkap solo lagu
dikir juara secara bergilir-gilir b. dua orang murid yang dapat menyanyikan
rangkap solo dengan baik akan dipilih sebagai
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Alat-alat paluan:
i. Rebana Ibu ii. Rebana Anak iii. Marakas iv. Gong dan Canang v. Tamborin (Tok Juara)
Nota Aktiviti bagi ketiga-tiga kumpulan
akan dijalankan pada masa yang sama
9
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Tok Juara Kumpulan 3 a. akan mempelajari ragam untuk mengiringi
nyanyian korus Awak-awak dan rangkap solo Tok Juara
Aktiviti Minggu 3
Bahan/Catatan
Tajuk: Yok Berdikir Barat! (Bahagian 2)
Induksi Murid: a. mengimbas kembali apa yang telah mereka
pelajari minggu lalu b. membuat persembahan percubaan
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Alat-alat paluan
Nota Semua kelas BM Darjah 4 akan
bergabung
Aktiviti 1 Murid: a. akan berpecah kepada tiga kumpulan – paluan,
Tok Juara dan Awak-awak b. yang tidak dipilih bermain paluan atau menjadi
Tok Juara akan mempelajari ragam Awak-awak c. akan terus berlatih dan mempelajari jenis
paluan, irama rangkap solo dan ragam
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Alat-alat paluan
Aktiviti 2 Murid: a. bergabung dan membuat persembahan dikir barat mendendangkan lagu dikir juara ‘Rakan Muda’ b. murid mencari makna perkataan/frasa,
perkataan seerti dan berlawan yang terdapat dalam seni kata
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Alat-alat paluan
Aktiviti Minggu 4
Bahan/Catatan
Tajuk: Cabaran Minda 1
Induksi a. Murid membaca semula seni kata ‘Rakan
Muda’
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Nota Aktiviti akan dijalankan dalam
kelas BM masing-masing
Aktiviti 1 Murid: a. membentuk 4 kumpulan b. berbincang dengan anggota kumpulan
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Kertas Sebak Kamus
10
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
mengenai kosa kata yang terdapat dalam senikata
c. setiap kumpulan akan diberikan komponen masing-masing iaitu: Kumpulan 1 – Perkataan Seerti/Seiras Kumpulan 2 – Perkataan Berlawan / Berpasang Kumpulan 3 – Makna Perkataan Kumpulan 4 – Makna Frasa
d. menampal hasil perbincangan mereka di dinding kelas e. meneliti hasil kerja rakan
Nota Murid membuat kerja
berkumpulan menggunakan strategi pembelajaran kooperatif dan kolaboratif
Guru menjalankan aktiviti lintas galeri
Aktiviti 2 Murid: a. akan melengkapkan lembaran kerja kosa kata b. membuat refleksi mengenai pembelajaran
mereka
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Lembaran Kerja Kosa Kata Kamus Borang Refleksi 1 Nota Aktiviti akan dijalankan secara
individu
Aktiviti Minggu 5
Bahan/Catatan
Tajuk: Cabaran Minda 2
Induksi Murid: a. merujuk semula seni kata ‘Rakan Muda’ b. memberi pandangan tentang idea utama dan
mesej bagi setiap rangkap seni kata dikir barat ‘Rakan Muda’
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Nota Aktiviti akan dijalankan dalam
kelas BM masing-masing
Aktiviti 1 Murid: a. membentuk 4 kumpulan b. berbincang dalam kumpulan c. menampal hasil perbincangan mereka di
dinding d. meneliti hasil kerja rakan
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Kertas Sebak Nota menggunakan strategi
pembelajaran kooperatif & kolaboratif
Guru menjalankan aktiviti lintas galeri
Aktiviti 2 Murid: a. akan melengkapkan lembaran kerja
kefahaman b. membuat refleksi mengenai pembelajaran
mereka
Bahan Seni kata ‘Rakan Muda’ Lembaran Kerja Kefahaman Borang Refleksi 2 Nota Aktiviti akan dijalankan secara
individu
11
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Aktiviti Minggu 6
Bahan/Catatan
Tajuk: Yok Berdikir Lagi!
Induksi Murid: a. mendengar lagu dikir juara ‘Bakti Ibu’ b. meneliti seni kata lagu dikir juara ‘Bakti Ibu’ c. mempelajari irama seluruh lagu dikir juara
‘Bakti Ibu’
Bahan Seni kata ‘Bakti Ibu’ Audio lagu ‘Bakti Ibu’
Nota Semua kelas BM Darjah 4 akan
bergabung
Aktiviti 1 Murid: a. akan berpecah kepada tiga kumpulan, iaitu
paluan, Tok Juara dan Awak-awak b. akan terus belajar memalu gendang dan ragam
yang sesuai dengan lagu
Bahan Seni kata ‘Bakti Ibu’ Alat-alat paluan
Nota Aktiviti bagi ketiga-tiga kumpulan
akan dijalankan pada masa yang sama
Aktiviti 2 Murid: a. bergabung dan membuat persembahan dikir
barat b. mendendangkan lagu dikir juara ‘Bakti Ibu’. c. murid mencari makna perkataan, frasa,
perkataan seerti dan berlawan yang terdapat dalam seni kata
Bahan Seni kata ‘Bakti Ibu’ Alat-alat paluan
Aktiviti Minggu 7
Bahan/Catatan
Tajuk: Cabaran Minda 3
Induksi: Murid: a. membaca atau menyanyikan lagu ‘Bakti Ibu’ b. mengimbas kembali kosa kata yang telah
dipelajari pada minggu 4 dan 5
Bahan Seni kata ‘Bakti Ibu’ Nota Aktiviti akan dijalankan dalam
kelas BM masing-masing
Aktiviti 1 Murid: a. membentuk 4 kumpulan b. berbincang dengan anggota kumpulan
mengenai kosa kata yang terdapat dalam seni kata
c. setiap kumpulan akan diberikan komponen masing-masing, iaitu: Kumpulan 1 – Perkataan Seerti dan Berpasang Kumpulan 2 – Makna Perkataan dan Frasa Kumpulan 3 – Peribahasa dan Rangkap 1
Bahan Seni kata ‘Bakti Ibu’ Kertas Sebak Kamus Nota Murid membuat kerja
berkumpulan menggunakan strategi pembelajaran kooperatif dan kolaboratif.
Guru menjalankan aktiviti lintas galeri
12
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
(Korus) Kumpulan 4 – Rangkap 2 & 3 (Solo)
d. menampal hasil perbincangan mereka di dinding kelas
e. meneliti hasil kerja rakan
Aktiviti 2 Murid: a. akan melengkapkan lembaran kerja kosa kata
dan kefahaman b. membuat refleksi mengenai pembelajaran mereka
Bahan Seni kata ‘Bakti Ibu’ Lembaran Kerja Kosa Kata dan Kefahaman Borang Refleksi 3
13
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA
PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
BORANG MAKLUM BALAS MURID Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Kelas: ____________________ Arahan: Lengkapkan borang maklum balas berikut.
Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju
No Item
A Program Dikir Barat Dalam Darjah
1. Program ini memperkenalkan kepada saya seni persembahan dikir barat.
2. Saya berasa lebih berminat untuk meningkatkan kemahiran saya dalam Bahasa Melayu.
B Aktiviti
3. Menambah kosa kata saya.
4. Melatih saya memahami teks dengan lebih baik.
5. Melatih saya mengenal pasti mesej dalam sesebuah teks.
6. Menggalakkan saya mendengar, bertutur, membaca dan berfikir dengan lebih baik.
7. Menarik dan mencabar minda saya.
C Penilaian
8. Saya bertambah yakin dengan kerja saya.
9. Saya dapat menyemak kerja saya dengan lebih teliti.
14
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
LEMBARAN KERJA 1 – APAKAH ITU DIKIR BARAT?
Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Kelas: ____________________
Arahan: Isi penyusun grafik berikut dengan maklumat yang telah kamu cari
dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Manakah
Siapakah DIKIR BARAT
Bagaimanakah
Bilakah
Mengapakah
A.Si.Ma.Ba.M.Bi
Apakah
15
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Apakah video dikir barat yang telah kamu tonton? Berikan alamat lelamannya?
Berikan pendapat mengenai dikir barat yang kamu tonton itu.
16
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA
PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
ASPEK DIKIR BARAT Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Arahan: Isi peta minda berikut dengan maklumat yang telah dibincangkan
bersama guru dan rakan-rakan.
17
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
KOSA KATA ’RAKAN MUDA’
Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Bahagian A: Perkataan Seerti/Seiras
1. setia 6. abadi
2. haruslah 7. panduan
3. tanda 8. agar
4. berjaya 9. bangkitlah
5. ilmu 10. insan
Bahagian B: Perkataan Berlawan/Berpasang
1. rakan 6. tertanam
2. setia 7. akhir
3. berjaya 8. lebih
4. utama 9. maju
5. bersatu 10. hadapan
18
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Bahagian C: Makna Perkataan
1. seniman
2. sahut
3. berlengah
4. wawasan
5. peroleh
Bahagian D: Makna Frasa
1. bersatu tenaga
2. curahkan bakti
3. seruan suci
19
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
BORANG REFLEKSI 1
Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Anggota kumpulan saya: 1. Menunggu giliran untuk memberi pendapat.
2. Membantu antara satu sama lain.
3. Mendengar pendapat yang diberikan rakan.
4. Mengambil bahagian dalam perbincangan.
Peranan saya dalam kumpulan: 1. Saya dapat berkongsi maklumat.
2. Saya dapat menggalakkan rakan saya untuk berkongsi idea.
3. Saya memuji idea rakan saya.
4. Saya dapat bertanya apabila tidak faham.
5. Saya dapat membantu rakan saya.
20
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Refleksi Pembelajaran Kosa Kata: 1. Saya mencatatkan perkataan yang saya tidak faham.
2. Saya menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan.
3. Saya mempelajari dan memahami kosa kata yang baharu. 4. Saya berasa seronok belajar Bahasa Melayu melalui
dikir barat.
5. Saya berasa lebih yakin menggunakan Bahasa Melayu. 6. Saya suka pelajaran ini kerana: 7. Saya masih tidak faham mengenai perkara yang berikut:
21
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
‘RAKAN MUDA’
Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Arahan: Jawab soalan yang berikut berdasarkan seni kata ‘Rakan Muda’. 1. Apakah perkara utama yang terdapat dalam rangkap pertama seni kata ‘Rakan
Muda’?
2. Apakah galakan yang diberikan dalam rangkap kedua?
3. Apakah nasihat yang diberikan mengenai mencari ilmu?
4. Terangkan bagaimana kejayaan dapat dicapai.
22
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
KOSA KATA DAN KEFAHAMAN BAKTI IBU
Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Bahagian A: Perkataan Seerti/Seiras
1. cahaya 3. nyawa
2. budi 4. bagaikan
Bahagian B: Perkataan Berlawan/Berpasang
1. langit 3. suci
2. penuh 4. luas
Bahagian C: Makna Perkataan
1. embun 3. penyuluh
2. martabat
Bahagian D: Makna Frasa
1. permata hati
2. secebis kehidupan
3. segunung kasih
23
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Bahagian E: Peribahasa
1. bagaikan lilin membakar diri
2. bagaikan menatang minyak yang penuh
Arahan: Jawab soalan yang berikut berdasarkan seni kata lagu ‘Bakti Ibu’. Bahagian F: Kefahaman 1. Apakah idea utama yang terdapat dalam rangkap pertama seni kata ‘Bakti Ibu’?
2. Mengapakah martabat seorang ibu itu begitu tinggi?
3. Bagaimanakah seseorang ibu itu mendidik dan mengasihi anaknya?
24
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH
BORANG REFLEKSI 3 ‘BAKTI IBU’
Nama: ____ (Kumpulan: ____) Tarikh: Anggota kumpulan saya: 1. Menunggu giliran untuk memberi pendapat.
2. Membantu antara satu sama lain.
3. Mendengar pendapat yang diberikan rakan.
4. Semuanya mengambil bahagian dalam perbincangan.
5. Dapat menyelesaikan kerja tepat pada masanya.
Peranan saya dalam kumpulan: 1. Saya berkongsi maklumat.
2. Saya menggalakkan rakan saya untuk memberi idea.
3. Saya memuji idea rakan saya.
4. Saya bertanya/mendapatkan bantuan apabila tidak faham.
5. Saya dapat membantu rakan saya.
25
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
26
Refleksi pembelajaran kosa kata dan kefahaman: 1. Saya mencatatkan perkataan yang saya tidak
faham. 2. Saya menggunakan kamus untuk mencari makna
perkataan. 3. Saya mempelajari dan memahami kosa kata
yang baharu. 4. Saya membaca beberapa kali untuk memahami
teks. 5. Saya memahami mesej yang terdapat dalam
teks. 6.
Saya dapat mengenal pasti idea utama. 7. Saya berasa seronok belajar bahasa Melayu
melalui dikir barat. 8. Saya berasa lebih yakin menggunakan bahasa
Melayu. 9. Saya suka pelajaran ini kerana: 10. Saya masih tidak faham mengenai perkara yang berikut: