Download - Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
1/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
HALAMAN PENGAKUAN 2
PENGHARGAAN 3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 4
REFLEKSI 8
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
2/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
2
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah sayajelaskan sumbernya.
Tandatangan :.
Nama penulis : Muhamad Zulhilmi Bin Rosli
Tarikh : 17 September 2013
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
3/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
3
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan
keizinanNya, tugasan saya dapat disempurnakan dengan jayanya. Dikesempatan ini
juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensayarah saya, En.
Mohamad Sukri B. Osman yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang
berguna sepanjang interaksi WAJ 3107 bersama beliau.
Segala input berguna yang diperoleh sepanjang interaksi cuba untuk saya
terjemahkan kedalam tugasan saya yang serba ringkas ini.Dikesempatan ini juga saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat sama ada
secara lansung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata,diharapkan tugasan serba ringkas ini dapat memberi suatu impak
yang yang maksima kepada saya juga kepada individu yang ingin menggunakan metid
yang sama dalam menjadikan sesi pengajaran & pembelajaran di sekolah lebih
menarik.
Sekian,Terima kasih.
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
4/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
5/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
5
BUTIRAN AM
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : 6 Azalea
Tarikh : 3 Jun 2012
Masa : 09.00-9.30
Bilangan Murid : 40 Orang
Bidang : Adab
Tajuk :Adab Kecintaan Kepada Negara
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid dapat:
Aras 1:Murid dapat menyatakan adab-adab kecintaan
terhadap negara
Aras 2 : Menyenaraikan kebaikan mencintai negara
Aras 3 : Menjelaskan akibat tidak mencintai negara
Kemahiran Berfikir : Murid dapat menyatakan adab yang betul dalam mencintai
negara.
Penerapan nilai : Mendengar nasihat, bersungguh-sungguh,hormati guru.Penggabung jalin : Kemahiran melihat, mendengar dan menaakul
Penerapan/rentas : Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Moral.
Bahan Bantu mengajar : Papan tulis,laptop,LCD,Kertas lukisan.
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
6/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
6
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti P & P Catatan
Pendahuluan
( 2 minit )
Doa :
.,
- Guru memilih seorang
murid untuk mengetuai
bacaan doa dan
diaminkan oleh murid
lain.
-Khusyu' dan
tawaddu'
Set Induksi :
( 3 minit )
*screenshot
- Guru menayangkan
video induksi bertujuan
untuk meransang minat
murid.
Menggunakan
strategi inkuiri.
Langkah 1 :
( 7 minit )
-Menyatakan adab
kecintaan kepada
negara:1.menghormati
undang-undang
2.mentaati
pemerintah
3.mematuhi rukun
negara.
- Guru menerangkan
adab mencintai negara
kepada murid.- Guru menerangkan
secara ringkas
mengapa perlu
mencintai negara
Kemahiran
mendengar
Langkah 2 :
( 8 minit )
Menyenaraikan
kebaikan mencintai
negara :
-Guru menayangkan
paparan video yang
mengandungi unsur-
unsur keamanan
sebuah negara.
Kemahiran Berfikir
dan
Menulis
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
7/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
7
1.Negara berada
dalam keadaan
selamat.
2.Negara disanjung
dimata dunia.
3.Rakyat dapat hidup
dengan aman.
-Murid diminta untuk
menyenaraikan
kebaikan yang terdapat
dalam video tersebut.
-Guru memanggil murid
secara rawak untuk
datang kehadapan dan
menulis pada papan
tulis.
*screenshot
Langkah 3 :
(7 minit )
Menjelaskan akibat
tidak mencintai
negara:
1.Imej negara
tercemar
2.Perpaduan kaum
tergugat3.Keselamatan
negara tidk terjamin
-Guru menerangkan
secara ringkas akibat
jika tidak mencintai
negara.
-Murid diminta untuk
menterjemahkan akibattidak mencintai negara
kedalam sebuah
lukisan.
Kemahiran berfikir
,melakar,melukis.
*Contoh
Penutup:
( 3 minit )
- Guru merumuskan
hasil pembelajaran
yang dapat dicapai.
-Guru memberi soalan
dan latihan
pengukuhan.
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
8/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
8
REFLEKSI
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
9/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
9
REFLEKSI
Seni merupakan suatu bidang yang mempunyai skop yang sangat meluas. Hal
ini kerana, seni dapat dinilai dalam pelbagai aspek. Muzik, karya seni penulisan,
lukisan, arca,suara, lakonan antara contoh mudah bagi memberi gambaran awal
kepada orang awam tentang apa itu seni. Menurut Herbert Read dalam karyannya The
Meaning of Arts, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,
keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini
adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan
terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan
juga termasuk di dalam kesenangan ini. Kesimpulannya,seni merupakan sesuatu yang
sangat subjektif untuk digambarkan
Melalui subjek WAJ 3107, Seni Dalam Pendidikan, banyak perkara baru yang
saya peroleh. Setelah melalui beberapa interaksi bersama pensyarah berpengalaman,
saya dapat membuat kesimpulan bahawa Seni dalam pendidikan merupakan suatu
elemen wajib yang perlu diterapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) berlansung.
Secara umumnya, seni dalam pendidikan dapat dipecahkan kepada tiga
bahagian iaitu yang pertama seni visual, seni pergerakan, dan seni muzik. Ketiga-tiga
elemen ini mempunyai skop dan konsep yang berbeza. Namun, seorang guru yang
bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen ini dan menerapkannya kedalam proses P&P,
sudah pasti akan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kalangan murid.
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
10/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
10
Skop seni visual lebih kepada lukisan dan bermain dengan pelbagai variasi
warna. Di zaman serba moden ini, bilik darjah papan hitam berkapur putih sudah tidak
relevan untuk diamalkan secara kerap. Ia akan lebih membuatkan dunia murid seolah
berada dalam dunia serba hitam putih. Oleh yang demikian, guru perlu bijak meransang
murid dengan warna. Biarkan mereka bermain dengan warna kerana warna merupakan
suatu eleman yang sangat indah jika kena pada caranya. Oleh kerana pensyarah saya
merupakan seorang yang berpengalaman dalam seni visual, beliau secara tidak
lansung telah banyak membuka minda saya tentang bagaimana untuk
mengintegrasikan seni visual kedalam subjek lain misalnya pendidikan islam yang
mana jarang diterapkan unsur seni visual.
Seni pergerakan pula ialah sesi yang melibatkan penggunaan ruang dalam suatu
aktiviti contohnya lakonan.Manakala seni muzik pula ialah seni yang berkaitan dengan
bunyi dan irama. Jesteru,seperti yang telah saya nyatakan diatas, seorang guru yang
bijak pasti mampu untuk menggabungkan ketiga-tiga elemen ini secara lansung
ataupun tidak. Contohnya, seorang guru meminta muridya melakukan sesi lakonan
secara berkumpulan. Sebelum sesi lakonan diadakan, guru meminta pelajarnya
menyediakan prop seperti topeng misalnya yang pastinya melibatkan elemen seni
visual. Apabila sesi lakonan berlansung, guru memainkan muzik latar bertujuan
membangkitkan suasana. Manakala pelajar yang berlakon pula secara tidak sedar
mereka sudah pun bermain dengan elemen seni pergerakan. Jesteru, ketiga-tiga
elemen ini saling berkait antara satu sama lain.
Melalui sudut pandang seorang guru pelatih, saya dapat melihat beberapa
kepentingan seni dalam pendidikan yang mana saya merasakan sudut pandang ini juga
dipersetujui oleh mereka yang berada dalam bidang yang sama. Pertama, seni dalam
pendidikan mampu melahirkan seorang guru yang sentiasa berinovasi dan kreatif. Ini
kerana, tidak semua guru dikurniakan bakat seni atau mudah dikatakan mereka tidak
kreatif . Tidak kurang juga guru yang malas berfikir. Jesteru, dengan adanya elemen
seni dalam pendidikan, ia akan membuatkan sesorang guru itu sentiasa berfikir
bagaiman untuk menjadikan sesi P&P menarik dan mencapai objektif apatah lagi di
-
7/22/2019 Seni Dalam Pendidikan WAJ3107
11/11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 2013
11
zaman serba moden ini. Murid pada zaman sekarang terdedah dengan pelbagai
perkara baru menjadikan mereka kadangkala lebih kreatif daripada seorang guru. Oleh
yang demikian, amat perlu bagi seorang guru untuk maju setapak kehadapan
berbanding murid.
Selain itu, seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam
mempelbagaikan lagi teknik,kaedah, serta strategi P&P. Untuk menyatakan bahawa
kaedah tulis dan pandang atau chalk and talk tidak sesuai adalah tidak berapa tepat.
Kaedah konvensional ini masih relevan untuk diamalkan. Bahkan Negara-negara maju
seperti Jepun juga masih mengekalkan kaedah ini. Persoalannya ialah bagaimana
seorang guru itu mampu untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi P&P supaya
murid tidak cepat bosan dan sebagainya. Seni dalam pendidikan adalah jalan mudah
yang boleh diambil guru. Manfaatkan sebaik mungkin elemen-elemen yang terdapat
dalam seni pendidikan. Kesudahannya, ia bukan sahaj dapat menghasilkan atmosfera
bilik darjah yang harmoni bahkan turut membantu guru dalam mencapai objektif yang
dikehendaki.
Tuntasnya, subjek Seni Dalam Pendidikan telah banyak membantu meluaskan
sudut pandang saya dalam dunia pendidikan. Berharap supaya apa yang diterapkan
sepanjang interaksi kuliah mahupun diluar interaksi dapat saya aplikasikan di sekolah
kelak supaya dapat melhirkan pelajar yang luas dimensi pemikiran dan kebolehannya
sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN)Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu .Akhir kata, ucapan terima kasih sekali lagi
kepada pensyarah WAJ 3107 En. Mohamad Sukri B. Osman atas ilmu yang
dicurahkan.