Level 2, Block A,Wisma Sri Pahang,25503 Kuantan,Pahang, Malaysia.
• Telefon : 09-516225309-5126601
• Fax: 09-5156106SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG
STATE SECRETARY OF PAHANGSUK.PHG/PSM.001/2.162 (SEM) (3)
Tingkat 2. B10k A,r>Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan,Pahang, Malaysia.
SURAT PEKELILING SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANGBILANGAN 1 TAHUN 2012
PROSEDURPERMOHONANKEBENARAN KE LUAR NEGARA
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini dikeluarkan bagi
menjelaskan prosedur mengenai permohonan kebenaran ke luar negara bagi
semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.
LAT AR BELAKANG
2. Pada masa sekarang, prosedur permohonan kebenaran ke luar negara
telah diperjelas di dalam Surat Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Bilangan 1 Tahun 1994 dan Surat Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Bilangan 2 Tahun 1984. Walau bagaimanapun, selaras dengan tuntutan
transformasi Perkhidmatan Awam masa kini, prosedur sedia ada telah disemak
semula dan ditambahbaik dalam usaha untuk meningkatkan penyampaian
perkhidmatan awam.
PELAKSANAAN
3. Berdasarkan prosedur terbaru, permohonan kebenaran ke luar negara
boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu;
3.1 Permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan rasmi, dan
3.2 Permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian
seperti mengerjakan haji dan melancong termasuklah hadiah lawatan
daripada Kerajaan Negeri. Untuk tujuan ini, pegawai adalah tidak
layak menuntut semua jenis elaun, kemudahan atau bayaran yang
diperuntukkan kepada pegawai yang menjalankan tugas rasmi.
4. Semua permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan rasmi
hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran A manakala semua
permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian hendaklah
menggunakan borang seperti di Lampiran B.
5. Semua permohonan hendaklah sampai kepada urus setia selewat-
lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh ke luar negara.
PIHAK BERKUASA MELULUS
6. Pihak berkuasa melulus bagi permohonan seperti di para 3.1 dan 3.2 bagi
semua Ketua Jabatan Negeri, Pegawai Daerah dan Ketua Bahagian/Unit di
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah Yang Berhormat Setiausaha
Kerajaan Pahang.
7. Pihak berkuasa melulus bagi permohonan seperti di para 3.1 dan 3.2 bagi
pegawai-pegawai selain daripada Ketua Sahagian/Unit di Pejabat Setiausaha
Kerajaan Pahang adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan).
8. Ketua Jabatan masing-masing adalah pihak berkuasa melulus permohonan
seperti di para 3.1 dan 3.2 bagi semua pegawai di Jabatannya.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan.Tel: 09-5162253,09-5126601 Fax: 09-5156106
r: PEMAKAIAN
9. Semua Jabatan Negeri dan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah adalah
tertakluk di bawah peruntukan Surat Pekeliling ini.
PEMBATALAN
10. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 8 Tahun 2004 yang telah diterimapakai di peringkat Kerajaan Negeri
Pahang. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini, Surat Pekeliling Pejabat
Setiausaha Kerajaan Pahang Bilangan 1 Tahun 1994 dan Pekeliling Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang Bilangan 2 Tahun 1984 adalah dibatalkan.
TARIKH BERKUAT KUASA
11. Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
UBER DMAT UNTUK NEGARA"
(0 TO' S~ MUHAMMAD SAFIAN BIN ISMAIL,SAP., SIN\P., DSAP., DIMP., AAP., AMP.)S IAU HA KERAJAAN PAHANG
Tarikh: erP Januari 2012
Salinan kepada: -
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
Semua Ketua Jabatan Negeri Pahang.
Semua Pegawai Daerah Negeri Pahang
Semua Setiausaha Bahagian/Ketua Unit, Pejabat SUK Pahang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan.Tel: 09-5162253,09-5126601 Fax: 09-5156106