16
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)
SIKAP DAN MOTIVASI MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU DALAM TALIAN SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(Attitude and Motivation Primary School Student toward Malay Language Online Learning
During Movement Control Order)
IRMA MAHAD
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam
Kementerian Pendidikan Malaysia
UGARTINI MAGESVARAN
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
INTAN NUR SYUHADA HAMZAH
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Dihantar pada:
20 Disember 2020
Diterima pada:
30 Mac 2021
Koresponden:
Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2021
Abstrak: Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi
semasa, terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa
bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi murid
sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian
sepanjang tempoh PKP. Seramai 110 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah
kebangsaan di Batu Berendam, Melaka telah dipilih sebagai responden
menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan. Kajian menggunakan
instrumen soal selidik yang mengandungi 20 item dan terbahagi kepada dua konstruk, iaitu sikap dan motivasi. Statistik deskritiptif dan inferensi
digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa murid-murid sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan
motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam
talian semasa tempoh PKP. Hasil dapatan juga mendapati faktor jantina dan
sosioekonomi keluarga tidak mempengaruhi sikap dan motivasi murid-murid
untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian.
Kata kunci: Covid-19, pembelajaran dalam talian, sikap murid, motivasi
murid
Abstract: The Covid-19 pandemic that has hit the world has now changed the
current situation, especially the education sector. Physical learning had to
switch to online learning due to the Movement Control Order (MCO). Online
home teaching and learning (PdPR) has replaced face-to-face learning. Thus, this study was conducted to identify the attitudes and motivation of primary
school students learning Malay Language online during the MCO. A total of
110 Year 5 students in a national school in Batu Berendam, Melaka were
selected as respondents using purposive random sampling method. The study
used a questionnaire instrument that contained 20 items and was divided into
two constructs, namely attitude and motivation. Descriptive and inferential
statistics were used to analyze the questionnaire data. The findings indicate
that primary school students have a positive attitude and high motivation for
learning Malay Language online during MCO. Other findings include gender
and socio-economic factors do not influence the attitudes and motivation of
students to learn Malay Language online learning.
Keywords: Covid-19, online learning, student attitude, student motivation
17
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
PENGENALAN
Pandemik Covid -19 yang melanda negara telah
memberi impak besar kepada pelbagai sektor
termasuklah sektor pendidikan samaada peringkat rendah, menengah mahupun peringkat pengajian
tinggi. Peningkatan kes Covid-19 telah memaksa
semua sekolah di seluruh negara ditutup berikutan pihak kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan
surat siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020: Garis
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Jangkitan
Covid -19 bertarikh 27 Mac 2020 bagi memastikan
pembelajaran murid tidak terjejas (Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM
2020). Bagi memastikan pembelajaran murid-
murid tidak terjejas sepanjang tempoh PKP ini, guru-guru telah diarahkan untuk melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr),
sama ada secara dalam talian ataupun luar talian
mengikut kesesuaian guru dan murid. Musibah yang melanda negara sedikit
sebanyak telah memberi impak terhadap
penggunaan pembelajaran atas talian. Penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah
memperlihatkan kepentingan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam talian dalam
norma baharu. Selain itu, pelaksanaan PdPr secara dalam talian merupakan pengalaman baharu dalam
proses pembelajaran murid, khususnya di sekolah
rendah. Hal ini demikian, proses PdP yang dijalankan secara dalam talian mampu menarik
minat murid dan membantu dalam memahami
sesuatu isi pelajaran dengan cepat dan mudah. Perkembangan yang positif ini juga dapat
dilihat apabila ramai guru mampu menyediakan
bahan pembelajaran digital mereka sendiri untuk
digunakan oleh murid dan dikongsi oleh guru lain melalui saluran seperti Youtube, Telegram dan
Facebook. Berbanding dengan murid, peralatan
mudah alih dan Internet bukan sesuatu yang baharu malah mereka sudah terdedah dengan
pelbagai aplikasi dalam talian yang lebih
interaktif. Tidak sukar untuk mereka menggunakan
pelantar pembelajaran dalam talian dan ini
merupakan satu cabaran kepada guru dalam
memastikan murid-murid sentiasa bersemangat melaksanakan pembelajaran dalam talian. Oleh itu,
kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap
dan motivasi murid dalam pembelajaran Bahasa
Melayu secara dalam talian sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
SEMASA PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN
Penutupan semua institusi pendidikan dari
peringkat tinggi sehingga ke peringkat sekolah
disebabkan oleh pandemik Covid-19 telah
memberi impak yang besar dalam kalangan guru dan murid. Mahu tidak mahu, rakyat perlu
mematuhi arahan kerajaan demi keselamatan guru
dan murid, sebaliknya memanfaatkan pembelajaran jarak jauh. KPM telah mengarahkan
langkah alternatif, iaitu daripada kaedah PdP
secara bersemuka kepada PdP secara dalam talian sepenuhnya sepanjang tempoh PKP.
Shazarina et al. (2020), berpendapat bahawa
perubahan ini telah membawa kebimbangan dalam
kalangan murid mahupun guru juga turut berhadapan dengan keresahan yang tersendiri. Hal
ini kerana, walaupun guru bersemangat dalam
menyediakan bahan-bahan PdP, namun jika tidak mempunyai penyertaan dan kesediaan daripada
pelajar maka objektif sesi PdP tidak dapat dicapai
dengan sempurna (Muniroh et al. 2020).
Pernyataan ini sokong oleh Siti Balqis dan Muniroh (2020) yang menyatakan bahawa terdapat
segilintir murid tidak memberi kerjasama dan
masih belum bersedia dengan PdP dalam talian. Muniroh et al. (2020) menyatakan kesediaan
pelajar telah melibatkan suasana PdP yang jelas
berlainan semasa pandemik Covid-19 berbanding sebelum ini kerana hampir keseluruhan kaedah
PdP perlu dilakukan secara atas talian. Beliau
berpendapat bahawa murid-murid memerlukan
motivasi yang tinggi daripada keluarga dan persekitarannya kerana mereka berada dalam
dalam lingukungan pemerhatian ibu bapa secara
keseluruhannya. Mohd Fairuz et al. (2020), murid boleh dipengaruhi dengan aspek psikologi dari
segi emosi, tekanan dan sikap. Hal ini disebabkan
kerana halangan yang dilalui oleh murid semasa mereka bersedia dengan keinginan yang tinggi,
tetapi situasi menjadi penghalangnya. Dengan ini,
18
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
seseorang murid akan kekurangan motivasi untuk meneruskan pembelajaran.
Menurut Mohd Fairuz et al. (2020), murid
tidak dapat menyesuaikan diri dengan norma
baharu malah lebih mengutamakan pembelajaran secara bersemuka. Pembelajaran dalam talian
sepanjang hari tanpa aktiviti luaran telah memberi
kebosanan bagi mereka untuk memberi fokus terhadap pembelajaran dalam talian. Bagi
mengelakkan situasi begini, KPM telah pun
meminta guru-guru untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang digunakan serta corak
pengajaran yang sesuai yang boleh menarik minat
dan memotivasikan murid untuk pembelajarannya.
Siti Balqis dan Muniroh (2020) menyatakan bahawa PdP yang tidak menarik boleh
menyebabkan murid-murid bersikap negatif
terhadap pembelajaran dalam talian. Brilliannur Dwi et al. (2020) telah menyatakan
bahawa pembelajaran secara dalam talian dalam
kalangan murid adalah kurang berkesan disebabkan oleh faktor sosioekonomi murid.
Murid mempunyai kekangan dari segi persiapan
sarana dan prasarana untuk mengikuti
pembelajaran dalam talian. Hal ini sejajar dengan dapatan kajian Rohaida et al. (2020) di mana
murid daripada kumpulan B40 mengalami
kekangan untuk mengikuti pembelajaran secara maya, kerana kemungkinan tidak mempunyai
sebarang alat telekomunikasi. Buja et al. (2020)
pula menyatakan bahawa faktor sosioekonomi
telah memberi kesan kepada pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19 disebabkan oleh
pendapatan ibu bapa terjejas menyebabkan mereka
lebih memberi tumpuan terhadap keperluan asas hidup berbanding penyediaan kelengkapan
pembelajaran anak-anaknya.
Pandemik Covid-19 telah menjejaskan sektor pekerjaan sekali dengan sektor lain. Keadaan ini
telah menyebabkan beberapa sektor perindustrian
mengambil keputusan untuk pemberhentian
pekerja secara terpaksa bagi membendung kerugiannya. Isu pembuangan pekerja telah
mempengaruhi keluarga masing-masing dalam
menyara kehidupan. Hal ini secara langsung telah membawa kesukaran dalam kalangan murid untuk
mengikuti pembelajaran dalam talian di mana ibu
bapa lebih mengutamakan keperluan asas hidup berbanding pendidikan anak-anak mereka
Secara keseluruhannya, pandemik Covid-19
telah mempengaruhi bidang pendidikan dalam
melaksanakan PdP secara dalam talian disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Wujudnya PKP telah mengubah keseluruhan
kehidupan seharian masyarakat. Mahu tidak mahu
rakyat mesti menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Kesemua rakyat perlu mempersiapkan
awal dirinya untuk membendung masalah yang
dihadapi. Menurut Anuar (2020) berpendapat bahawa sebelum penularan wabak ini,
pembelajaran atas talian hanya menjadi satu
pilihan, tetapi kini ia menjadi suatu keperluan dan kewajipan yang tidak dapat dielakkan
PENYATAAN MASALAH
Kajian ini difokuskan kepada sikap dan motivasi
murid sekolah rendah dalam pembelajaran dalam
talian sepanjang tempoh PKP semasa pandemik Covid-19. Kini pandemik Covid-19 telah pun
membawa norma baharu dimana segala kerja
dijalankan secara atas talian khususnya, bidang pendidikan amat mengutamakan PdP secara dalam
talian kerana semakin hari semakin meningkatnya
kes Covid-19. Demi mencegah penyebaran wabak
Covid-19 semua guru, murid dan warga sekolah terpaksa beradaptasi dengan sistem pendidikan
dalam talian sebagai norma baharu kerana tidak
mempunyai cara selain daripada penggunaan teknologi. Menurut Suzlina Hilwani dan Jamaludin
(2015), teknologi maklumat berfungsi sebagai nadi
penggerak dalam mewujudkan perubahan positif
yang boleh mempelbagaikan kaedah PdPc oleh guru.
Sikap yang negatif wujud terhadap
pembelajaran dalam talian adalah kerana murid-murid masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan
norma baharu di mana mereka lebih
mengutamakan PdP secara bersemuka (Mohd Radzi, 2020). Proses PdP menjadi kurang berkesan
kerana murid kurang melibatkan diri dalam
pembelajaran dalam talian. Oleh itu, guru-guru
perlu menggunakan strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan menggunakan
pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat
menarik minat dan motivasikan murid terhadap pembelajaran kerana PdP yang tidak menarik juga
boleh meyebabkan murid-murid bersikap tidak
suka akan pembelajaran dalam talian. Teknologi kini telah pun menyediakan pelbagai platform
aplikasi untuk mempelbagaikan BBM, kaedah PdP
dan sebagainya. Misalnya, penggunaan aplikasi
19
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
Google Classroom dengan mengintegrasikan dengan aplikasi-aplikasi yang laim mampu
memberi PdPc yang berkesan. Kini, guru-guru
juga boleh mewujudkan komunikasi dua hala
melalui teknologi yang ada menggunakan aplikasi Google Meet, Zoom, dan sebagainya. Oleh hal
yang demikian, guru-guru perlu bersedia dengan
pelbagai idea untuk melaksanakan PdPc secara dalam talian.
Kekurangan motivasi dalam kalangan murid
untuk meneruskan pembelajaran dalam talian kerana kurangnya motivasi daripada ibu bapa. Ibu
bapa tidak mengambil berat tentang pendidikan
anak-anak, malah lebih mengutamakan pekerjaan
mereka sepanjang tempoh PKP (Zamri & Anita 2020). Kurangnya sokongan dan dorongan
daripada ibu bapa menyebabkan tiada motivasi
yang cukup untuk meneruskan pembelajaran atas talian. Ibu bapa perlu bertanggungjawab atas
pendidikan anak-anak dengan menyediakan
keperluan untuk pembelajaran dalam talian serta sentiasa memotivasikan anak-anaknya untuk
belajar kerana kini anak-anak berada linkungan
pemantauan ibu bapa. Kejutan secara tiba-tiba
telah menyebabkan masyarakat lebih mengutakan ekonomi keluarga berbanding pendidikan anak-
anak. Masyarakat harus beradaptasi dengan
pandemik Covid-19 ini supaya anak-anak tidak ketinggalan pendidikan disebabkan oleh
kecuaiannya.
Mohd Fairuz et al. (2020) dalam kajian
mengenai kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19, mendapati bahawa
faktor sosioekonomi menganggu kesediaan murid
dalam mengikuti pembelajaran secara maya. Beliau juga berpendapat bahawa latar belakang
murid yang berpendapatan tinggi lebih bersedia
dengan PdP secara atas talian berbanding dengan murid daripada keluarga kurang pendapatan isi
rumah. Pernyataan ini sejajar dengan dapatan Buja
et al. (2020), yang mendapati bahawa faktor
sosioekonomi telah memberi kesan kepada pembelajaran dalam talian semasa pandemik
Covid-19 disebabkan oleh pendapatan ibu bapa
terjejas yang menyebabkan mereka lebih memberi tumpuan terhadap keperluan asas hidup
berbanding penyediaan kelengkapan pembelajaran
anak-anak mereka. Menurut Rohaida et al. (2020), murid dari
kumpulan B40 di mana pendapatan isi rumah
kurang daripada RM3860.00 yang di bawah
pendapatan garis kemiskinan mengalami kekangan untuk mengikuti pembelajaran secara maya,
kerana kemungkinan tidak mempunyai sebarang
alat telekomunikasi untuk meneruskan
pembelajaran kerana pendapatan ibu bapa lebih kepada untuk menyara isi keluarga. Penyataan ini
sejajar dengan kajian oleh Zarina et al. (2018)
yang menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa dari golongan B40 mengutamakan aspek ekonomi
berbanding pendidikan anak. Kumpulan isi rumah
B40 dan M40 adalah paling terjejas dalam cabaran bekerja dan pembelajaran secara maya kerana
murid-murid daripada golongan kurang
kemampuan begini berdepan dengan masalah
membeli alat telekomunikasi dan pakej Internet yang harganya masih mahal untuk meneruskan
PdP dalam talian (Faris Danial 2020).
Mohd Fairuz et al. (2020) juga menyatakan bahawa murid mengalami masalah dari segi akses
Internet. Talian Internet yang lemah, masalah alat
telekomunikasi dan sebagainya membantutkan proses pembelajaran mereka terutamanya murid
dari pedalaman. Capaian Internet yang lemah
menyebabkan mereka tidak dapat akses beberapa
aplikasi yang memerlukan capaian Internet tinggi. Situasi begini kurang bermotivasikan mereka,
dimana walaupun mereka lebih bersedia mengikuti
pembelajaran dalam talian, tetapi beberapa masalah berikut menjadi penghalang kepada
mereka. Losius et al. (2020) yang mengkaji
cabaran pelaksanaan PdP jarah jauh semasa PKP
mendapati sebilangan murid tidak mengikuti pembelajaran dalam talian disebabkan oleh
masalah-masalah yang dihadapinya, terutamanya
capaian Internet yang lemah dan faktor sosiekonomi keluarga yang rata-rata datang
daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40.
Secara keseluruhan, ibu bapa serta pihak-pihak tertentu harus mengambil berat tentang latar
belakang serta kesediaan murid dalam mengikuti
PdP secara dalam talian supaya langkah yang
proaktif dapat diambil dalam menyelesaikan masalah berkenaan. Guru memainkan peranan
yang penting dalam melaksanakan PdP dalam
talian secara kesan dengan mempelbagai kaedah, gaya, corak pengajaran supaya murid-murid lebih
berminat dan melibatkan diri secara aktif
sepanjang pelaksanaan PdP dalam talian semasa PKP dilaksanakan.
20
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan berasaskan empat objektif
berikut:
1. Mengenal pasti tahap sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran
Bahasa Melayu sepanjang tempoh PKP
dilaksanakan. 2. Mengenal pasti perbezaan tahap sikap dan
motivasi yang signifikan antara faktor
sosioekonomi keluarga murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sepanjang
tempoh PKP dilaksanakan.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap sikap dan
motivasi yang signifikan antara jantina murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam
talian sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis kajian dibina bagi menjawab obejktif kajian ketiga, iaitu:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan tahap sikap dan
motivasi yang signifikan antara jantina murid
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian sepanjang tempoh PKP.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu secara dalam talian. Reka bentuk kajian
adalah kajian kualitatif berbentuk kajian tinjauan. Lokasi kajian dilakukan adalah di sekitar daerah
Batu Berendam, Melaka. Daerah ini dipilih kerana
mempunyai pelbagai ciri yang boleh memenuhi objektif kajian. Kajian ini memberi fokus kepada
murid sekolah rendah, manakala aspek-aspek yang
dikaji adalah untuk mengetahui sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap sikap dan motivasi murid terhadap pembelajaran dalam
talian dengan jantina dan latar belakang
sosioekonomi keluarga.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini ialah murid-murid Tahun 5 di
sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka.
Terdapat 128 orang murid Tahun 5 di sekolah
rendah lokasi kajian ini. Pemilihan populasi adalah menggunakan kaedah persampelan rawak
bertujuan berdasarkan kepada senarai populasi
yang dipilih. Daripada 128 orang murid tersebut,
seramai 110 murid Tahun 5 dipilih untuk menjawab soal selidik. Kesemua murid ini
mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu secara
dalam talian dalam tempoh PKP.
Instrumen Kajian
Berdasarkan kajian ini, instrumen soal selidik telah
digunakan untuk mendapatkan maklumat yang
dikehendaki. Menurut Chua Yan Piaw (2014),
instrumen soal selidik adalah amat bersesuaian dengan kajian tinjauan kerana kaedah ini berupaya
menghasilkan item-item yang boleh dipercayai dan
konsisten jika disediakan dengan baik. Dalam kajian, soal selidik digunakan. Soal selidik diubah
suai daripada kajian Shazarina et al. (2020). Soal
selidik menggunakan dua skala, iaitu Ya dan Tidak. Menurut dalam Chua Yan Piaw (2014),
skala ‘Ya’ dan ‘Tidak’ memerlukan jawapan yang
tegas terhadap pilihan yang diberikan. Jawapan
‘Ya’ diberikan skor 1, manakala jawapan ‘Tidak’ diberikan skor 0. Skala ini ‘Ya’ dan ‘Tidak’ juga
digunakan dalam kajian Mohd Faizal Nizam dan
Leow Tze Wei (2017). Soal selidik mengandungi dua bahagian.
Bahagian A: Demografi responden yang
merangkumi maklumat seperti nama sekolah,
kelas, jantina, pekerjaan bapa, pekerjaan ibu dan jumlah pendapatan isi rumah. Bahagian B:
Konstruk sikap murid terhadap pembelajaran
Bahasa Melayu semasa tempoh PKP dan Konstruk motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu semasa tempoh PKP.
Analisis Kajian
Dua jenis statistik yang digunakan untuk
menganalisis data dalam kajian ini ialah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif
digunakan dalam kajian ini untuk menghuraikan
ciri-ciri pemboleh ubah seperti demografi responden dan sebagainya. Menurut Chua Yan
Piaw (2014), statistik deskriptif digunakan untuk
menghuraikan ataupun membuat ringkasan pada maklumat atau data yang diperoleh.
Statistik inferensi diaplikasikan untuk
menghuraikan hubungan antara pemboleh ubah.
21
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
Ujian yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan antara faktor jantina dan latar belakang
sosioekonomi keluarga. Analisis item bagi
instrumen soal selidik menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 26.
DAPATAN KAJIAN
Profil Responden
Jadual 4.1 membincangkan latar belakang
responden kajian. Responden yang dipilih secara
rawak telah dianalisis berdasarkan jantina dan pendapatan keluarga mengikut pengelasan isi
rumah. Seramai 110 orang murid merupakan
murid tahun 5 yang berbangsa Melayu dijadikan
sebagai responden kajian. Murid lelaki diwakili seramai 57 orang murid atau 51.8 peratus (%),
manakala murid perempuan pula diwakili seramai
53 orang murid atau 48.2% daripada jumlah responden kajian.
Kategori pendapatan keluarga telah
dibahagikan mengikut pengelasan isi rumah iaitu
dari segi golongan B40, golongan M40 dan golongan T20. Seramai 71 orang murid iaitu
64.5% telah mewakili daripada golongan B40,
diikuti seramai 25 orang murid (22.7%) merupakan golongan M40 dan selebihnya, iaitu 14
orang murid (12.7%) adalah daripada golongan
T20.
JADUAL 2: Demografi responden kajian
Kategori Pernyataan Kekerapan Peratusan
Jantina Lelaki 57 51.8
Perempuan 53 48.2
Pendapatan keluarga
B40 21 64.5
M40 25 22.7
T20 14 12.7
Tahap Sikap Murid Sekolah Rendah terhadap
Pembelajaran Bahasa Melayu Sepanjang
Tempoh PKP Dilaksanakan
Jadual 2 membincangkan dapatan objektif kajian
pertama, iaitu mengenal pasti sikap dan motivasi
murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Data
dianalisis secara deskriptif.
Sebanyak 98.2% daripada sampel kajian menunjukkan sikap positif dan memilih penyataan
‘Ya’ bagi item ‘Saya suka corak pengajaran guru
menggunakan BBM berbantukan teknologi’. Selain itu, 97.3% daripada sampel kajian bersetuju
bahawa mereka berminat dengan kaedah
pengajaran guru yang dilaksanakan secara maya.
Seterusnya, 90.9% daripada sampel kajian bersetuju dengan item ‘Saya sentiasa bersedia
untuk pembelajaran bahasa Melayu secara atas
talian’. Selain itu, 98.2% menyatakan bahawa mereka rajin menghadiri kelas bahasa Melayu
secara dalam talian yang dijalankan sepanjang
tempoh PKP.
JADUAL 2: Sikap murid terhadap pembelajaran
bahasa Melayu secara dalam talian
semasa tempoh PKP
Item Soalan Sikap Murid
Jumlah
Bilangan
Ya
Jumlah
Bilangan
Tidak
1. Saya suka corak pengajaran guru
menggunakan BBM berbantukan
teknologi
108
(98.2%)
2
(1.8%)
2. Saya berminat dengan kaedah
pengajaran guru yang dilaksanakan
secara maya
107
(97.3%)
3
(2.7%)
3. Saya sentiasa bersedia untuk
pembelajaran bahasa Melayu secara
dalam talian
100
(90.9%)
10
(9.1%)
4. Saya rajin menghadiri kelas bahasa
Melayu secara dalam talian yang
dijalankan sepanjang tempoh PKP
108
(98.2%)
2
(1.8%)
5. Saya mudah memahami isi pelajaran
semasa pembelajaran bahasa Melayu
secara dalam talian
97
(88.2%)
13
(11.8%)
6. Saya lebih aktif semasa berlangsung
PdP dalam talian
80
(72.7%)
30
(27.3%)
7. Saya suka persekitaran pembelajaran
bahasa Melayu secara dalam talian
91
(82.7%)
19
(17.3%)
8. Saya tidak merasa bosan dengan
pelaksanaan PdPr berbantukan
komputer sepanjang tempoh PKP
61
(55.5%)
49
(44.5%)
9. Saya suka mencari maklumat
mengenai mata pelajaran bahasa
Melayu secara dalam talian.
65
(59.1%)
45
(40.9%)
10. Saya rajin menyiapkan semua latihan
yang diberi oleh guru sepanjang
tempoh PKP
106
(96.4%)
4
(3.6%)
Di samping itu, 88.2% daripada sampel kajian
juga memilih penyataan ‘Ya’ bagi item ‘Saya
mudah memahami isi pelajaran semasa
pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian’. Antara kekangan menjalankan
pembelajaran secara dalam talian adalah
disebabkan kemudahan akses Internet yang terhad dan murid terpaksa berkongsi gajet bersama ahli
keluarga yang lain dan menyebabkan mereka tidak
dapat menyertai kelas dalam talian yang dijalankan
oleh guru. Hal ini dapat dilihat melalui dapatan
22
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
bagi item ‘Saya lebih aktif semasa berlangsung PdPr secara dalam talian’ menunjukkan tahap
sederhana, iaitu sebanyak 55.5% daripada sampel
kajian memilih penyataan ‘Ya’. Bagi item ‘Saya
suka mencari maklumat mengenai mata pelajaran bahasa Melayu secara dalam talian’ juga berada
pada tahap yang sederhana yang mana 59.1%
murid bersetuju dengan item tersebut. Menurut Bani Hidayat (2020) antara kekangan
dalam pendidikan dalam talian seperti masalah
capaian Internet, ketiadaan peranti digital pintar serta sikap murid sendiri. Seterusnya, murid-murid
dilihat sangat positif dengan 96.4% memilih
penyataan ‘Ya’ bagi item ‘Saya rajin menyiapkan
semua latihan yang diberi oleh guru sepanjang tempoh PKP’.
Sebagai rumusan, PKP telah memberikan
kesan positif kepada sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian. Murid-
murid Tahun 5 berasa seronok, aktif dan tidak
berasa bosan belajar secara dalam talian. Oleh kerana pembelajaran dalam talian sesuatu yang
baharu, maka murid-murid Tahun 5 ini berasa
teruja untuk mengikuti sesi PdP yang baharu bagi
mereka. Secara tidak langsung, minat mereka meningkat untuk mengikuti sesi PdP secara dalam
talian.
Tahap Motivasi Murid Sekolah Rendah terhadap
Pembelajaran Bahasa Melayu Sepanjang
Tempoh PKP Dilaksanakan
Jadual 3 membincangkan objektif kajian pertama,
untuk mengenal pasti motivasi murid terhadap
pembelajaran bahasa Melayu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sebanyak 97.3 % sampel
kajian bersetuju dengan item ‘Saya seronok
belajar bahasa Melayu secara dalam talian’. Bagi item ‘Saya menerima dorongan positif untuk
belajar bahasa Melayu secara dalam talian’
sebanyak 98.2% sampel kajian memilih penyataan
‘Ya’. Seterusnya, sebanyak 94.5% sampel kajian bersetuju dengan item ‘Saya sentiasa bersemangat
apabila kelas bahasa Melayu dimulakan’.
Sebanyak 93.6% sampel kajian memilih penyataan ‘Ya’ bagi item ‘Saya segera membuat latihan
bahasa Melayu yang diberikan oleh guru’.
Motivasi yang tinggi kekal dicatatkan apabila sebanyak 80.9% sampel kajian bersetuju dengan
item ‘Saya lebih memahami pengajaran bahasa
Melayu apabila diajar secara dalam talian’. Data
juga menunjukkan murid-murid sangat bermotivasi untuk menjadi murid yang pandai
dalam bahasa Melayu apabila keseluruhan sampel
kajian bersamaan dengan 100% memilih ‘Ya’.
Bagi item ‘Saya bermotivasi belajar bahasa Melayu walaupun tiada alat peranti yang sesuai’
menunjukkan dapatan sebanyak 76.4% sampel
kajian bersetuju. Dapatan ini dilihat sedikit rendah berbanding dapatan item-item lain kerana murid-
murid berasa sedikit terkesan disebabkan
kebanyakan bahan pelajaran dibincangkan secara dalam talian dan kemudahan gajet yang
bersesuaian boleh mempengaruhi motivasi murid.
JADUAL 3: Motivasi murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian
semasa tempoh PKP
Item Soalan Motivasi Murid
Jumlah
Bilangan
Ya
Jumlah
Bilangan
Tidak
1. Saya seronok belajar bahasa Melayu
secara dalam talian.
107
(97.3%)
3
(2.7%)
2. Saya menerima dorongan positif
untuk belajar bahasa Melayu secara
dalam talian.
108
(98.2%)
2
(1.8%)
3. Saya sentiasa bersemangat apabila
kelas bahasa Melayu dimulakan.
104
(94.5%)
6
(5.5%)
4. Saya segera membuat latihan bahasa
Melayu yang diberikan guru.
103
(93.6%)
7
(6.4%)
5. Saya lebih memahami pengajaran
bahasa Melayu apabila diajar secara
dalam talian.
89
(80.9%)
21
(19.1%)
6. Saya mahu menjadi murid yang
pandai dalam bahasa Melayu.
110
(100.0%)
-
7. Saya bermotivasi belajar bahasa
Melayu walaupun tiada alat peranti
yang sesuai.
84
(76.4%)
26
(23.6%)
8. Saya belajar bahasa Melayu lebih
lama berbanding mata pelajaran lain.
102
(92.7%)
8
(7.3%)
9. Saya yakin mendapat markah yang
cemerlang walaupun menghadapi
masalah capaian internet.
63
(57.3%)
47
(42.7%)
10. Saya lebih fokus belajar bahasa
Melayu secara atas talian.
93
(84.5%)
17
(15.5%)
Seterusnya, murid-murid dilihat memilih
pernyataan ‘Ya’ sebanyak 92.7% bagi item ‘Saya
belajar bahasa Melayu lebih lama berbanding
mata pelajaran lain’ berbanding dengan item ‘Saya yakin akan mendapat markah yang
cemerlang walaupun menghadapi masalah
capaian Internet’ sebanyak 57.3% iaitu pada tahap yang sederhana.
Kekangan capaian Internet boleh memberi
kesan negatif kepada motivasi murid untuk belajar
kerana masalah Internet menyebabkan mereka sering ketinggalan dalam kelas yang dijalankan
dan boleh mempengaruhi keyakinan mereka dalam
23
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
menguasai isi pelajaran. Namun begitu, motivasi murid berada pada tahap yang tinggi, iaitu
sebanyak 84.5% pada item ‘Saya lebih fokus
belajar bahasa Melayu secara dalam talian.’
Sebagai rumusan, PdP dalam talian semasa PKP ini merupakan suatu yang baharu bagi murid
Tahun 5 dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Justeru, murid-murid berasa teruja untuk mengikuti sesi PdP ini. Motivasi murid
meningkatkan. Cuma kekangan Internet sahaja
yang menyebabkan fokus murid belajar dalam talian sedikit terganggu.
Perbezaan Sikap dengan Faktor Sosioekonomi
Keluarga Murid terhadap Pembelajaran
Bahasa Melayu Sepanjang Tempoh
PKP Dilaksanakan
Bahagian ini menjawab objektif kajian yang
kedua, iaitu untuk mengenal pasti perbezaan sikap
dengan faktor sosioekonomi keluarga murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu sepanjang
tempoh PKP dilaksanakan
Hasil analisis data dalam Jadual 4 dan Carta 1
menunjukkan bahawa jumlah seramai 71 orang murid dari golongan B40, 85.4% murid bersikap
positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu
dalam talian. Hanya 14.6% murid bersikap negatif dengan menjawab ‘Tidak’ terhadap beberapa item
yang telah dikemukakan. Daripada jumlah seramai
25 orang murid dari golongan M40, 80.8% orang
murid bersikap positif diikuti hanya 19.2% murid bersikap negatif. Daripada 14 orang murid
daripada golongan T20 pula, 82.1% bersikap
positif, manakala yang selebihnya bersikap negatif iaitu seramai 16.1% murid.
Secara keseluruhannya, majoriti murid
bersikap positif terhadap item-item yang telah dikemukakan yang berkaitan dengan pembelajaran
dalam talian. Faktor sosioekonomi keluarga tidak
mempengaruhi sikap murid sekolah rendah
terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sikap
murid-murid daripada keluarga B40, M40 dan T40
terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sama sahaja.
JADUAL 4: Perbezaan sikap murid mengikut faktor sosioekonomi keluarga
Sikap B40 M40 T20 Jumlah
Negatif 14.6% 19.2% 17.9% 16.1%
Positif 85.4% 80.8% 82.1% 83.9%
Jumlah Murid 71 25 14 110
CARTA 2: Perbezaan sikap mengikut faktor
sosioekonomi keluarga murid
Perbezaan Motivasi dengan Faktor Sosioekonomi
Keluarga Murid terhadap Pembelajaran
Bahasa Melayu Sepanjang Tempoh
PKP Dilaksanakan
Bahagian ini menjawab objektif kajian yang kedua, iaitu untuk mengenal pasti perbezaan
motivasi dengan faktor sosioekonomi keluarga
murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan
Dapatan Jadual 5 dan Carta 2 menunjukkan
bahawa perbezaan tahap motivasi yang signifikan
antara faktor sosioekonomi keluarga mengikut pengelasan isi rumah murid terhadap pembelajaran
bahasa Melayu dalam talian sepanjang tempoh
PKP dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jumlah seramai 71 orang murid daripada
golongan B40, 88.0% murid mempunyai tahap
motivasi yang tinggi ketika mengikuti pembelajaran bahasa Melayu dalam talian,
manakala selebihnya (12.0%) murid mempunyai
tahap motivasi yang rendah dengan menjawab
‘Tidak’ terhadap beberapa item yang telah dikemukakan. Daripada jumlah seramai 25 orang
85.4 % 80.8% 82.1%
14.6% 19.2% 17.9%
B40 (71) M40 (25) T20 (14)
PERBEZAAN SIKAP MURID
MENGIKUT PENGELASAN ISI
RUMAH
YA TIDAK
24
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
murid dari golongan M40, 84.4% orang murid bermotivasi tinggi diikuti hanya 15.6% murid
mempunyai motivasi yang rendah. Bagi murid
daripada golongan T20 pula, 91.4% bermotivasi
tinggi, manakala yang selebihnya bermotivasi rendah (8.6%) semasa mempelajari bahasa Melayu
dalam talian.
Kesimpulannya, tahap motivasi murid sekolah rendah tidak dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi
keluarga sama ada murid tersebut datang daripada
keluarga B40, M40 mahupun T20. Semua murid mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap
pembelajaran bahasa Melayu dalam talian
sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
JADUAL 5: Perbezaan tahap motivasi murid
mengikut faktor sosioekonomi keluarga
Motivasi B40 M40 T20 Jumlah
Tinggi 88% 84.4% 91.4% 87.6%
Rendah 12% 15.6% 8.6% 12.4%
Jumlah Murid 71 25 14 110
CARTA 2: Perbezaan tahap motivasi murid
mengikut faktor sosioekonomi keluarga
Perbezaan Sikap dengan Jantina Murid terhadap
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian
Sepanjang Tempoh PKP Dilaksanakan
Bahagian ini untuk menjawab objektif kajian yang ketiga, iaitu untuk melihat perbezaan sikap yang
signifikan antara jantina murid terhadap
pembelajaran bahasa Melayu dalam talian
sepanjang tempoh PKP. Dua kategori digunakan
untuk mengukur sikap, iaitu berbentuk positif dan negatif.
Analisis data Jadual mendapati murid lelaki
dan perempuan mempunyai sikap yang positif
untuk mempelajari bahasa Melayu secara dalam talian sepanjang tempoh PKP. Secara peratusan,
seramai 81.8% orang murid lelaki dan 86% pelajar
perempuan menjawab ‘Ya’ bagi setiap konstruk soalan yang dikemukakan.
Walau bagaimanapun, sikap positif murid
perempuan mendahului pelajar lelaki dengan perbezaan yang tidak begitu ketara. Selebihnya,
seramai 18.2% murid lelaki dan 14% murid
perempuan menunjukkan sikap negatif terhadap
pembelajaran bahasa Melayu dalam talian.
JADUAL 6: Perbezaan sikap murid mengikut
jantina terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian
Sikap Lelaki Perempuan Jumlah
Negatif Positif
18.2 % 81.8%
14% 86%
16.1% 83.9%
Jumlah Murid 57 53 110
Sebagai rumusan, faktor jantina tidak
mempengaruhi sikap murid sekolah rendah
terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian
sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sikap murid lelaki mahupun perempuan sama sahaja, iaitu
bersikap positif walaupun peratusannya
menunjukkan sedikit perbezaan antara murid lelaki dan perempuan.
Perbezaan Motivasi dengan Jantina Murid
terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam
Talian Sepanjang Tempoh PKP Dilaksanakan
Bahagian ini untuk menjawab objektif kajian yang ketiga, iaitu untuk melihat perbezaan motivasi
yang signifikan dengan jantina murid terhadap
pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang tempoh PKP. Dua kategori digunakan
untuk mengukur motivasi, iaitu berbentuk positif
dan negatif.
Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap motivasi yang signifikan terhadap
tahap motivasi murid mengikut jantina terhadap
pembelajaran bahasa Melayu dalam talian. Seramai 95.8% murid lelaki dan 88.9% pelajar
88% 84.4%91.4%
12% 15.6%8.6%
B40 (71) M40 (25) T20 (14)
YA TIDAK
25
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
perempuan menunjukkan tahap motivasi yang tinggi ketika mengikuti pembelajaran bahasa
Melayu secara dalam talian. Bilangan murid lelaki
menunjukkan peningkatan pada tahap motivasi
berbanding murid perempuan dengan perbezaan yang tidak ketara. Sejumlah hanya 4.2% murid
lelaki dan 11.1% murid perempuan mempunyai
tahap motivasi yang rendah semasa mengikuti pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian.
JADUAL 7: Perbezaan motivasi murid mengikut jantina terhadap pembelajaran bahasa Melayu
dalam talian
Motivasi Lelaki Perempuan Jumlah
Negatif Positif
4.2 % 95.8%
11.1% 88.9%
7.6% 92.4%
Jumlah Murid 57 53 110
Sebagai rumusan, motivasi murid sekolah
rendah tidak dipengaruhi oleh faktor jantina. Walaupun terdapat perbezaan peratusan, tetapi
perbezaan tersebut adalah kecil. Kedua-dua jantina
murid menunjukkan tahap motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian
sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Kesemua
murid tanpa mengira jantina dan latar belakang sosioekonomi keluarga bermotivasi untuk belajar
bahasa Melayu dalam talian.
PERBINCANGAN
Sikap dan Motivasi Murid Tahun 5 terhadap
Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid
Tahun 5 mempunyai sikap dan motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu
secara dalam talian sepanjang tempoh PKP
dilaksanakan. Tahap persetujuan ‘Ya’ lebih tinggi
berbanding Tidak ketika belajar bahasa Melayu dalam talian. Murid-murid berasa gembira,
seronok dan tidak bosan belajar bahasa Melayu
dalam talian. Walaupun ada kekangan dari segi capaian jalur lebar, tetapi ia tidak mengganggu
tumpuan murid untuk belajar bahasa Melayu
dalam talian.
Dapatan kajian ini menyamai kajian yang dilakukan oleh Bani Hidayat (2020), Muniroh et
al. (20201) dan Briliannur Dwi et al. (2020) yang
mendapati murid-murid berasa berpuas hati dan
seronok belajar secara dalam talian menggunakan aplikasi whatsapps sepanjang PKP dilaksanakan.
Penggunaan aplikasi whatsapps, telegram dan
google meets membantu murid mempelajari tajuk
yang diajarkan oleh guru. Begitu juga dengan kajian Siti Nurbaizura dan
Nurfaradilla (2020) serta Aida Shuhaida dan
Rohizani (2020) yang mendapati bahawa pengajaran guru secara dalam talian sepanjang
tempoh PKP telah menarik minat dan motivasi
murid untuk mengikuti sesi PdP. Guru mendapati murid berasa seronok dan tidak berasa bosan
apabila belajar menggunakan pelbagai aplikasi
digital dalam talian seperti whatsapp, telegram,
google classroom, google meets dan lain-lain. Murid-murid juga didapati terlibat aktif dalam
setiap sesi PdP dalam talian. Kepelbagaian kaedah
pengajaran guru menggunakan pelbagai aplikasi digital secara dalam talian tersebut telah menarik
minat, sikap dan motivasi murid untuk belajar.
Menurut Fariz Danial (2020), faktor teknologi menjadi yang menjadi kekangan kepada PdP
dalam talian tidak boleh dijadikan alasan kepada
guru untuk lebih kreatif dan inovatif dalam
menggunakan pelbagai akedah pengajaran dalam talian.
Sebagai rumusan, kajian ini mendapati bahawa
PdP dalam talian telah meningkatkan sikap dan motivasi murid untuk belajar bahasa Melayu.
Pembelajaran bahasa Melayu berbantukan aplikasi
digital ini menarik minat, sikap dan motivasi
murid untuk mempelajari bahasa Melayu secara dalam talian di rumah.
Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian
Murid Tahun 5 berdasarkan Faktor
Sosioekonomi Keluarga
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor
sosioekonomi keluarga murid tidak mempengaruhi
pembelajaran bahasa Melayu dalam talian murid
tersebut. Tidak kira sama ada ada murid-murid ini dating daripada keluarga B40 (berpendapatan
rendah, M40 (berpendapatan sederhana) ataupun
T20 (berpendapatan tinggi), kesemuanya tidak mempengaruhi dan tidak memberi kesan kepada
sikap dan motivasi murid Tahun 5 dalam
pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Dapatan ini menyamai dengan kajian yang
dijalankan oleh yang dijalankan oleh Khairul
26
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
Nizam dan Wan Muna Ruzanna (2017). Kebanyakan responden kajian mereka ialah murid-
murid etnik Bajau. Keluarga mereka terdiri
daripada keluarga B40 dan tinggal di luar bandar.
Namun demikian, hasil kajian mereka mendapati bahawa murid-murid etnik Bajau B40 ini
mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang
yang tinggi dalam pembelajaran bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dapatan ini
bertentangan dengan kajian Rohaida et al. (2020)
yang mengkaji murid-murid B40 yang tidak tahu membaca dan menulis bahasa Melayu. Hasil
kajian mereka mendapati bahawa murid-murid
B40, terutamanya murid etnik Cina mempunyai
sikap negatif terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Murid etnik Cina juga mempunyai
motivasi yang rendah dalam mempelajari bahasa
Melayu. Kajian Losius et al. (2020) mendapati murid-murid daripada keluarga B40 menghadapi
masalah pembelajaran dalam talian, terutamanya
yang berkaitan dengan capaian Internet. Kajian Asan Ali et al. (2020) mendapati murid-murid
Orang Asli menghadapi masalah pembelajaran
dalam talian, terutamanya kesukaran mereka untuk
mengakses Internet dan ketiadaan peranti digital yang sesuai untuk proses pembelajaran dalam
talian.
Sebagai rumusan, pembelajaran bahasa Melayu dalam talian tidak dipengaruhi oleh latar
belakang sosioekonomi murid. Dalam kajian ini,
murid-murid Tahun 5 daripada keluarga B40, M40
dan T20 mempelajari bahasa Melayu seperti biasa. Tidak ada jurang sosioekonomi yang menghalang
mereka untuk belajar bahasa Melayu secara dalam
talian. Mereka bersikap positif dan bermotivasi tinggi apabila belajar bahasa Melayu secara dalan
talian. Kebanyakan yang menjadi masalah kepada
murid-murid keluarga B40, M40 dan T20 ialah masalah capaian Internet yang kurang memuaskan.
Perbezaan Jantina Murid Mengikut Faktor
Sosioekonomi Keluarga dalam Pembelajaran
Bahasa Melayu dalam Talian
Kajian menunjukkan bahawa faktor jantina murid tidak mempengaruhi sikap dan motivasi murid
sekolah rendah dalam pembelajaran bahasa
Melayu dalam talian. Pelaksanaan PKP dan PdP secara dalam talian bagi murid lelaki dan
perempuan daripada keluarga B40, M40 dan T20
dalam pembelajaran bahasa Melayu sama sahaja.
Murid lelaki dan perempuan mempunyai sikap positif dan motivasi yang tinggi dalam
pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian.
Dapatan ini selari dengan kajian Siti Masayu
Rosliah dan Narimah (2018) yang mendapati faktor kemiskinan antara punca utama berlakunya
masalah keciciran dalam aspek pendidikan.
Langkah PKP keranan faktor penularan pandemik Covid-19 sedikit sebanyak memberi kesan
langsung kepada murid, terutamanya murid-murid
yang datang daripada keluarga miskin, berpendapatan rendah dan B40.
Dapatan kajian ini bertentangan dengan
dapatan kajian Khairul Nizam dan Wan Muna
Ruzanna (2017) yang mendapati murid perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif dan motivasi
yang lebih tinggi berbanding murid lelaki dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Murid perempuan dan lelaki dalam kajian ini berasal daripada
keluarga B40 etnik Bajau.
Sebagai rumusan, PdP secara dalam talian tidak mempengaruhi sikap dan motivasi murid
berdasarkan faktor jantina. Murid lelaki dan
perempuan sama sahaja sikap dan motivasi mereka
belajar bahasa Melayu secara dalam talian. Faktor sosioekonomi keluarga murid lelaki dan
perempuan juga tidak mempengaruhi sikap dan
motivasi murid lelaki dan perempuan, sama ada mereka daripada keluarga B40, M40 ataupun T20.
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan
bahawa sikap dan motivasi murid sekolah rendah
terhadap pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian sepanjang tempoh PKP) adalah sangat
positif. Namun begitu, terdapat beberapa item
yang berkaitan dengan kekangan capaian Internet menyebabkan sikap dan motivasi murid berada
dalam keadaan sederhana, tetapi masih berada
dalam keadaan positif. Justeru, guru-guru bahasa
Melayu perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan proses pembelajaran dalam talian
berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang
ditetapkan. Pelaksanaan PdP dalam talian merupakan satu
cabaran untuk guru-guru dalam memenuhi tugas
sebagai pendidik sepanjang PKP. Ramai guru berusaha menambah kemahiran bagi memastikan
isi pengajaran sampai kepada murid-murid
walaupun menghadapi pelbagai kekangan. Oleh
27
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
itu, terdapat beberapa cadangan pelaksanan pembelajaran dalam talian yang boleh
dipraktikkan agar setiap kelemahan sekurang-
kurangnya dapat diminimumkan.
Antaranya ialah guru bahasa Melayu perlu mengenal pasti tahap kebolehcapaian Internet bagi
setiap murid bagi membolehkan guru menentukan
kaedah bersesuaian agar pembelajaran dalam talian dapat dijalankan dengan baik. Terdapat pelbagai
platform yang boleh digunakan seperti aplikasi
whatsapp, telegram, instagram mahupun google meet. Pemilihan platform bersesuaian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran amat penting
bagi mengelakkan berlakunya lag atau screen
freeze yang boleh mengganggu tumpuan murid. Bagi memastikan sikap dan motivasi murid
sentiasa berada dalam keadaan positif, guru perlu
bijak menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Pandemik Covid-19
memberikan impak yang sangat besar kepada
orang ramai terutamanya murid-murid sekolah kerana mereka tidak mahir dalam menguruskan
emosi dengan baik. Oleh itu, guru boleh
menerapkan nilai-nilai murni serta unsur kecindan
bagi menarik perhatian murid sepanjang proses PdPr berlangsung. Langkah ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan motivasi murid-
murid untuk terus kekal belajar secara dalam talian. Pemberian ganjaran dan pujian juga
merupakan salah cara yang boleh digunakan oleh
guru.
Peranan dan komitmen ibu bapa dalam memastikan pembelajaran dalam talian berjalan
dengan lancar adalah amat penting. Ibu bapa boleh
menyediakan gajet yang bersesuaian dan kemudahan Internet yang lancar agar anak-anak
berasa selesa sepanjang pelaksanaan pembelajaran
dalam talian. Pihak kerajaan dan agensi berkaitan juga perlu memainkan peranan membantu
menyediakan kemudahan yang lengkap untuk
tujuan pembelajaran terutamanya dalam kalangan
murid keluarga B40. Kesimpulannya, penularan wabak Covid-19
perlu dilihat secara positif oleh guru-guru bahasa
Melayu yang mana mereka perlu berusaha untuk menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran. Guru-guru bahasa Melayu
perlu berani untuk berubah dengan meningkatkan keupayaan mereka untuk mendidik seiring dengan
kemajuan teknologi.
RUJUKAN
Aida Shuhaida Mustafa & Rohizani Yaakub.
(2020). An experimental approach by using
whatsapp for teaching and learning of bahasa Melayu to international students at
engeineering campus, due to pandemic Covid-
19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, Edisi Khas: 1-9.
Anuar Ahmad. (2020). PKP: e-Pembelajaran tidak
segerak sesuai di luar bandar, pedalaman. https://www.bharian.
com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-
e-pembelajaran-tidak-segerak-sesuai-di-luar-
bandar-pedalaman/ (Diakses pada 08 Februari 2021).
Asan Ali Golam Hassan, Nanthakumar
Loganathan, Maznieda Mahjom, Nor Asiah Muhamad, Aminuddin Mohamed & Johari
Alwi. (2020). Impak Covid-19 ke atas status
sosioekonomi dan kesihatan masyarakat Orang Asli. Laporan Teknikal Penyelidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Bani Hidayat Mohd Shafie. (2020). Pelaksanaan
PdPc dalam Talian (OLL) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dan 2
Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2),
213-221 Briliannur Dwi, Aisyah Amelia, Uswatun
Hasanah, Abdy Mahesha Putra & Hidayatur
Rahman. (2020). Analisis keefektifan
pembelajaran online di masa pandemik Covid-19. Mahaguru: Jurnal Pendidikan Guru
Sekolah Dasar, 28-37.
Buja, A., Paganini, M., Cocchio, S., Scioni, M., Rebba, V. & Baldo V. (2020) Demographic
and socio-economic factors, and healthcare
resource indicators associated with the rapid spread of COVID-19 in Northern Italy: An
ecological study. PLoS ONE 15(12):
e0244535.
Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan: Analisis Data Skala Likert.
Edisi Ke-3. Selangor: McGraw Hill Education.
Faris Danial Razi. (2020). PKP: Teknologi Jadi Kekangan Kerja dan Pembelajaran di Rumah,
tetapi Ada 'Jalan' Lain. Berita Astro Awani. 13
April. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-teknologi-jadi-kekangan-kerja-
dan-pembelajaran-di-rumah-tetapi-ada-jalan-
lain-238178
28
ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 16-28
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula
Sekolah. Putrajaya: Bahagian Pengurusan
Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Surat siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020: Garis
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan
Jangkitan Covid-19 bertarikh 27 Mac 2020.
Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah. Khairul Nizam Mohamed Zuki & Wan Muna
Ruzanna Wan Maohammad. (2017). Sikap dan
motivasi murid Bajau dalam mempelajari
Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1): 24-33.
Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny &
Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
jarak jauh semasa Perintah Kawalan
Pergerakan. Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. Sabah. 6 Mei.
Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd
Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof &
Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik
Covid-19. Prosiding Seminar Darulaman
2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze
Wei. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen penilaian kendiri pembelajaran
geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning Instruction, 14 (1): 211-265.
Mohd Radzi Jidin. (2020). Belajar dalam talian
kurang berkesan berbanding bersemuka. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/0
7/595525/belajar-dalam-talian-kurang-
berkesan-berbanding-bersemuka-metrotv. (Diakses pada 08 Februari 2021).
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei
Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan
pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemik Covid-19. Shah
Alam: SIG:e-Learning@CS.
Rohaida Mazlan, Norziah Amin, Mohd Zaki Abd. Rahman & Zamri Mahamod. (2020). Tahap
penguasaan membaca dan menulis murid B40
dari perspektif guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2): 54-73.
Shazarina Zdainal Abidin, Suziana Hanini
Sulaiman, Suhana Mohamed Lip,
Norshilawani Shahisdan, Natasha Ariffin, Mohamas Fuad Ishal & Sapie Sabilan. (2020).
Tekanan emosi pensyarah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
atas talian di era pandemik Covid-19. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan (ISPEN).
289-296.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
semasa perintah kawalan pergerakan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-
menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-
guru. (6 Januari 2021)
Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Narimah Samat. (2018). Kemiskinan keluarga dan
pengaruhnya terhadap pendidikan rendah
masyarakat luar bandar: Kajian kes di Jajahan Bachok, Kelantan. e-Bangi: Journal of Social
Sciences and Humanities, 13 (2): 11-23.
Siti Norbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru
terhadap pembelajaran talian melalui
pendekatan Home based Learning semasa
pandemik Covid-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature,
11, Edisi Khas, 46-57.
Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah. (2015). Tahap penggunaan web 2.0
dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
5 (2): 38-48. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. 2020.
COVID-19: Impak dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (Pnyt.) Sistem Pendidikan di
Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad Ke-21,
449-486. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Zarinah Arshat, Farah Syuhada Pai & Zanariah
Ismail. (2018). Keluarga B40: Tekanan dan
Kekuatan. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 10 (1): 91-
102.