Download - skrap gamelan
GAMELANNama: Nor Rof Izyanti bt Shaharuddin
Kelas: 2 Kristal 2011
Guru Pendidikan Muzik: Cik Yew Sook Fong
Kandungan…
Sejarah Gamelan…
Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong.
Orkes gamelan kebanyakan terdapat di Pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Pada hari ini,istilah
gong dianggap lebih sinonim dengan gamelan di Bali,Lombok,Jawa pada lewat abad ke-18.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan
telah diperkenalkan di Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah bersama isteri kedua Sultan Muadzam Shah,Che
Bedah telah meningkatkan muzik gamelan.Pada 1913, Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan
Sulaiman Badrul Alam Syah .Mereka telah membawa gamelan ke Terengganu.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu
untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan.Oleh sebab itu,pada 1915 set gamelan di bawah
jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah, Terengganu. Beliau telah melatih pemuda-pemudi
Terengganu untuk bermain dan menari tarian gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang,
Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih para penari di Terengganu.Usaha tersebut telah dibimbing oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Selain itu En Wan Mohd, En.Wan Ahmad dan En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang telah
bersama-sama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga tahun 1936,
sultan dan permaisuri berjaya memiliki set gamelan sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk
lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam
telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab
menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan akibat zaman penaklukan Jepun,1941 serta
kemangkatan Sultan Sulaiman pada tahun 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua orang bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973
setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan
Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan telah dipamerkan.
Asal-Usul Gamelan…
Gamelan adalah salah satu genre muzik yang amat
popular di dunia. Ia dikatakan berasal dari kepulauan
Jawa dan Bali di Indonesia. Gamelan sendiri berasal
daripada perkataan Jawa Gamĕl yang bermaksud “pukul”
atau “tabuh”. Ia bersempena dengan kebanyakan
peralatan muzik atau Ricik dari jenis pukulan.
Muzik Gamelan menjelaskan kepercayaan dan
perasaan yang mendalam terhadap kehidupan dalam
masyarakat Indonesia. Ia selalu dikaitkan dengan
upacara ritual kelahiran, perkahwinan dan kematian. Di
kampung-kampung Gamelan dimainkan di berandar khas
berbentuk 4 segi di hadapan rumah. Berbeza dengan
Gamelan yang dimainkan di istana, Gamelan yang
dimainkan di kampung adalah lebih mudah – ianya dibuat
daripada logam tembaga, kayu dan buluh sahaja.
Secara tradisionalnya Gemalan dimainkan oleh lelaki
sahaja. Ianya dimainkan secara berkumpulan, dan tidak
ada seorang pun pemain yang kelihatan menonjol dalam
sesuatu persembahan.
Gamelan diturunkan ke generasi berikutnya dengan
cara peniruan dan ingatan sahaja. Namun hari ini teknik
pengajaran yang lebih sistematik telah diwujudkan,
antaranya dengan penulisan notasi menggunakan huruf
dan nombor-nombor sebagai panduan pemain. Namun
begitu notasi seperti ini tidak melambangkan bunyi
sebenar kerana apa yang dicatat hanyalah melodi asas
sahaja. Ianya perlu dianalisis oleh pemain terlebih dahulu
sebelum dimainkan. Notasi tersebut perlu dianalisis
kerana setiap alat dimainkan secara berbeza diantara
satu sama lain.
Alat muzik Gamelan dibuat dalam satu set. Ini
menyebabkan tiada keselarasan diantara satu set
gemelan dengan set gamelan yang lain – dari segi
picnya.
Gamelan di Malaysia...
Terdapat 2 jenis gamelan yang terkenal iaitu
Gamelan Johor dan Gamelan Terengganu. Kedua-dua
gamelan ini berasal dari Jawa Indonesia. Gamelan Johor
lebih dekat dengan gamelan asal yang terdapat di Jawa
Indonesia. Ia didatangkan bersama penghijrahan kaum
Jawa di Indonesia pada abad Ke-14 dan Ke-15. Gamelan
Jawa ini terkenal di Johor dan Selangor dimana
penempatan kaum Jawa berada.
Gamelan Terengganu dikaitkan dengan muzik istana.
Pada mulanya ia dibawa masuk ke Pahang selepas
perkahwinan Raja Ahmad (Pahang) pada 1811 dengan
puteri dari kerajaan Riau Lingga. Permaisuri Raja Ahmad,
membawa set alat dan pemain gamelan dan ia
kemudiannya menjadi terkenal di istana Pahang.
Gamelan di Pahang menjadi malap selepas kematyian
Sultan Ahmad. Puteri Sultan Ahmad membawa gamelan
ke Terengganu apabila berkahwin dengan Tengku Zainal
Abidin Terengganu. Sejak itu ia menjadi terkenal dan
dimainkan dalam istana sahaja.
Tahun 1970an Tan Sri Mubin Shepperd, berjaya
membawa keluar muzik ini untuk menjadi muzik yang
diterima oleh rakyat kebanyakan. Sejak itu gamelan ini
mengalami banyak perubahan dan ianya lebih bercirikan
Melayu dan akhirnya juga dikenali sebagai Gamelan
Melayu.
Jenis-jenis Gamelan…
Gamelan Melayu asalnya bertujuan untuk hiburan eksklusif Diraja serta mengiringi majlis-majlis tertentu
istana dan tergolong sebagai 'Royal Regalia".
Namun kini gamelan berubah fungsi sebagai salah satu alat dalam pelajaran subjek Muzik, mengiringi majlis-majlis rasmi seperti konvokesyen IPT, perkahwinan atau persembahan kepada para pelancong.Terdapat pelbagai jenis set gamelan,antaranya ialah:
x Gamelan Jawa
x Gamelan Bali
x Gamelan Sunda
x Gamelan Banyuwangi
x Gamelan Kromong
x Gamelan Amerika(American Gamelan)
Pengenalan alat-alat muzik gamelan…
BONANG PENGETUK KAYU BERBALUT
1.Bonang
Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada
'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung".
Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah,sifat bunyi yang berprinsip dengung secara kontomi dikenali sebagai "Wedok"(perempuan) manakala yang beroktaf
tinggi dikenali sebagai "Lanang"(lelaki).Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai
"French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Perancis.
Bonang merupakan alat terpenting dalam essemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi
pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu).Bonang
dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod
pertama diketuk sebelum rentak dan kedua selepas rentak.
A [ 6 5 3 2 1 ]
__________
B [ 1 2 3 5 6 ]
Bonang mempunyai 2 rancak, satu rancak adalah untuk bonang laras slendro yang berisi 12 pencon dan
satu lagi adalah untuk laras pelog yang berisi 14 pencon. Slendro mempunyai 10 buah pencon yang setiap satunya
berbeza nada yang diapung di dalam ruang rak segiempat di atas dan mempunyai 2 baris atas(nada
tinggi) dan bawah (nada rendah). Ia dimainkan menggunakan 2 belah tangan, tangan kanan dan kiri
memegang alat pemukul.
2.Gambamg Kayu
GAMBANG KAYU PENGETUK
Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi
Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia
mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan dua bilah alat pemukul khas bagi
menghasilkan bunyi.
Gambang adalah sejenis alat muzik 'metallaphone' yang diperbuat daripada kayu keras seperti cengal,
medang atau dari batang nibong.Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 21 keping kayu berbentuk
4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya
dan tebalnya. Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya dengan
sebatang paku. Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain memerlukan 2 bilah
pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau ( pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat
pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain.Alat pemukul ini juga dikenali sebagai 'mallet'.Cara
permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak mengikut not-
not lagu Bunyi gambang berbeza daripada alat lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan
lain yang diperbuat daripada alat lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang
diperbuat daripada logam.
3.Kenong
KENONG PENGETUK
Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan
Melayu di Malaysia. Kenong adalah sejenis alat idiophone yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong mempunyai
satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih
tebal. Alat ini diletakkan di atas tali tang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan
nada merdu setelah diketuk dengan menggunakan alat pengetuk seperti alat pengetuk bonang. Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada
bahagian atas kayu tersebut.Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada
bunyi yang dihasilkan oleh gong. Not pada alat kenong:
1 2 3 5 6 --------------------------
4.Saron
Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slap-type' yang diperbuat daripada perunggu. Bilah-bilah tadi
disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi
mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron berkenaan. Bilahan bagi alat saron lazimnya dibuat daripada besi yang menggunakan
teknik kikir dan tempa.
a)Saron Demong
SARON DEMONG KAYU PEMUKUL
Saron demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang
terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'.Dalam
proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan lasimnya dari jenis yang lembut.
b)Saron Baron
SARON BARON ALAT PEMUKUL
Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari
jenis kayu yang lembut.
Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa melodi pokok dan cincang. Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil
daripada saron demong dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong. Dari segi
pemakaian alat, teknik 'perdam' digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni bagi
mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak.Alat
pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.
c)Saron Pekin
SARON PEKIN ALAT PEMUKUL
Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu
menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.
Alat ini pula merupakan alat penambahan baru bagi essemble Gamelan Melayu. Teknik perdam juga
diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring. Dari
segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika
dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron penerus. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul
yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
5.Gong
GONG ALAT PEMUKUL
Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.
Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz
untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik.
Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan
'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk
memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
6.Gendang
GENDANG
Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan
kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan
besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.
Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan dalam setiap persembahan gamelan.Tanpa pukulan gendang, irama gamelan akan menjadi tidak
lengkap malah pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat lain. Gendang merupakan alat membraphone.
Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat membraphone
dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai
sejarah pembuatan yan lama dan berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan istimewa dan pelbagai.
Komposisi Gendang:
· Diperbuat daripada kayu,kulit binatang dan tumbuhan rotan.
· Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau batang cempedak.
· Boleh diperbuat daripada batang kelapa yang sederhana besar.
· Batang dikorek untuk dilubangkan bahagian tengahnya, hinggga tinggal bahagian kulit batang
setebal lebih kurang setengah inci.
· Bahagian depan (sebelah umbi) ditarah dan dikecilkan sedikit dari bahagian tengah dan
bahagian hujungnya ditarah lebih kecil lagi hingga menjadikannya berbentuk bujur membesar bahagian
tengahnya.
· Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang sama ada kulit kambing, lembu atau
kerbau.
· Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang selari dengan batang yang menjadi
kerangka gendang.
· Kebiasaanya bahagian yang kecil dicucuk dengan 6 urat rotan, manakala bahagian yang besar dengan 9
urat rotan.
· Antara rotan -rotan ini dikaitsilangkan dengan tali rotan.Fungsi Gendang
Gendang adalah alat penting di dlaam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Ia
dianggap alat yang paling sukar dimainkan, dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam
permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi.
Cara-cara Menjaga Alat-alat Gamelan...