1.0 PENGENALAN
Ketika British meluaskan pengaruh dan kekuasaannya di India, kemajuan yang di bawa oleh
peradaban Barat telah mula dirasakan oleh masyarakat India. Namun begitu, rakyat India
yang beragama Hindu lebih memberi respons terhadap peradaban Barat sehinggakan rakyat
India yang beragama Hindu dikatakan mendapat peluang yang lebih besar untuk bekerja di
pejabat British di India. Hal ini secara tidak langsung telah merubah pemikiran sesetengah
masyarakat India yang beragama Islam dan muncul beberapa tokoh Islam yang ingin
membawa pembaharuan bagi memodenkan masyarakat Islam di India. Sayyid Ahmad Khan
merupakan salah seorang tokoh pembaharuan dan pemikiran moden Islam di India. Sayyid
Ahmad Khan merupakan salah seorang yang telah banyak diberi perhatian dalam kalangan
penulis sama ada dalam kalangan penulis Barat dan Timur. Banyak idea pembaharuan yang
diutarakan oleh Sayyid Ahmad Khan sehinggakan membawa pelbagai kontroversi pada
zamannya.
1.1 LATAR BELAKANG SAYYID AHMAD KHAN
Sayid Ahmad Khan atau Syed Ahmad Khan dilahirkan di Delhi pada 17 Oktober 1817 M
dalam keluarga yang rapat dengan kerajaan Mughal.1 Bapanya bernama Syed Muhammad
Muttaqi yang sejak kecil lagi rapat dengan Maharaja Akbar. Oleh itu, ayahnya
mempunyai pengaruh di Istana Diraja ketika itu.2 Manakala ibunya bernama Azizun Nisa
Begum merupakan anak perempuan sulung Khwajah Fareed-ud Din Ahmad, seorang
Perdana Menteri zaman Mughal.3 Ibunya mendapat pendidikan Barat dan taat kepada
agama. Tambahan lagi, beliau dikatakan berasal daripada keturunan Rasulullah s.a.w
daripada sebelah ayahnya, melalui anaknya Siti Fatimah al-Zahra dan menantunya
1 G. F. I Graham. (1974). The Life and Work of Sir Syed Ahmad Khan. Karachi : Oxford University Press. Hlm. 3. 2 Shan Muhammad. (1969). Sir Syed Ahmad Khan a Political Biography. Meerut : Meenakshi Prakashan. Hlm. 43. 3 Ibid. Hlm. 44.
1
Sayidina Ali Ibni Abi Talib, iaitu generasi ke-36. Beliau tidak mendapat pendidikan
formal kerana keadaan dan situasi India ketika itu. Oleh sebab ayahnya sibuk dengan
urusan di istana, tugas mendidiknya diserahkan kepada ibunya. Ibunya memainkan
peranan yang utama dalam memperkenalkan bahasa Arab dan kesusasteraan Parsi
kepada Sayyid Ahmad Khan.
Selain itu, beliau mempelajari matematik, logik dan Urdu.4 Beliau belajar
membaca al-quran daripada seorang guru agama yang terkenal dari Delhi iaitu Hazrat
Shah Ghulam Ali Saheb. Beliau juga mempelajari kitab Arab seperti Gulistan, Bustan,
Sharah Mulla dan Syarah Tahzib. Kemudian beliau belajar Matematik dan Geometrik
dan akhir sekali beliau belajar tentang ilmu perubatan daripada Hakim Ghulam Haider
Khan, seorang doktor keluarga beliau. Pada usia 18 tahun, setelah menamatkan
pendidikan tradisional, beliau berpeluang belajar dengan Mirza Asadullah Khan
Ghalib dan Sheikh Ibrahim Zuaq, penyair Urdu yang terkenal dan dikatakan banyak
mempengaruhi penulisan beliau. Beliau dikatakan tidak menerima pendidikan Inggeris.
Kematian ayahnya memberikan kesan yang mendalam ke atas Sayid. Sayid yang ketika itu
berumur 21 tahun memutuskan untuk memikul sebahagian daripada tanggungjawab keluarga
dan memasuki perkhidmatan sebagai Sirishtedar (Recorder) di Jabatan Jenayah,
pejabat Sadr Amin (Subjudge) di Delhi.
2.0 PERANAN SAYYID AHMAD KHAN DALAM USAHA MEMODENKAN
MASYARAKAT ISLAM
2.1 PENDIDIKAN
4 Anil Chandra Banerjee. (1981). Two Nations : The Philosophy of Muslim Nationalism. New Delhi : Concept Publishing Company. Hlm. 92.
2
Idea memperkenalkan pendidikan Barat timbul apabila Sayyid Ahmad Khan melihat
penduduk Islam India masih lagi terpengaruh dengan ajaran lama yang bersifat
konservatif sehingga menyebabkan para masyarakat terpenjara oleh pemikiran jumud
sendiri. Sayyid Ahmad Khan ingin melihat masyarakat Islam India menerima sistem
pendidikan berasaskan Barat dan beliau berpendapat bahawa usaha tersebut akan
mengeluarkan mereka daripada kepompong konservatif.5 Beliau juga pernah menyatakan
bahawa sikap masyarakat yang terlalu fanatik kepada ilmu sains, falsafah dan sastera
yang usang menyebabkan mereka kini ketinggalan perkara-perkara yang berkaitan
dengan ilmu moden. Masyarakat Islam mungkin tidak dapat memahami bahasa Perancis dan
Jerman namun masyarakat Islam perlu mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu
setelah melihat banyak karya agung yang telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris.6
Sayyid Ahmad Khan mengambil pendekatan berbaik-baik dengan pentadbiran
British di India bagi memastikan penerapan sistem pendidikan Barat dapat
dilaksanakan.7 Tambah beliau, tanpa pendidikan dan sokongan daripada British,
masyarakat Islam India akan didominasi oleh masyarakat Hindu yang merupakan
penduduk majoriti India.8 Penduduk yang beragama Hindu bebas untuk melakukan apa
sahaja berbanding masyarakat Islam memandangkan jumlah mereka yang lebih ramai. Sayyid
Ahmad Khan amat bimbang seandainya masyarakat Hindu akan menentang masyarakat Islam
India.9
Tujuan Sayyid Ahmad Khan memperkenalkan pendidikan moden kepada
masyarakat Islam India adalah disebabkan oleh pandangan beliau sendiri yang melihat ilmu
5 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme: Kesannya Ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 31.6 Ibid. Hlm. 31.7 Ibid. Hlm. 49.8 R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran. (1994). Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 144.9 V. D. Mahajan. (1983). History of Modern India (1919-1982). New Delhi : S.Chand & Company LTD. Hlm. 256.
3
seperti ilmu logik, falsafah, agama dan sastera Arab adalah tidak mencukupi bagi para
masyarakat Islam dalam menuntut ilmu. Mereka juga perlu melihat mata pelajaran lain
seperti geografi, sastera moden, sejarah dan ilmu sains sebagai sebahagian mata
pelajaran penting yang perlu diberikan perhatian oleh mereka.10 Pendapat Sayyid Ahmad
Khan ada kebenarannya kerana beliau sendiri pernah menyuarakan kepada pengarang
biografinya iaitu G.F.I Graham bahawa masalah sosiopolitik India hanya dapat
diselesaikan melalui kaedah pendidikan.11
Impaknya, Gulshan School yang dikhususkan untuk mempelajari sejarah moden
telah diwujudkan di Moradabad. Namun, masalah yang dihadapi ketika itu adalah masalah
kekurangan buku dalam bidang berkaitan lantas diatasi melalui idea Sayyid Ahmad Khan
sendiri agar ditubuhkan persatuan penterjemahan pada tahun 1864.12 Kemudian,
tertubuhnya sebuah persatuan yang dikenali sebagai The Scientific Society di Ghazipur
yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan hasil karya sastera dan sains dalam
bahasa Inggeris dan bahasa Eropah kepada bahasa utama India dan mencari serta
menerbitkan hasil karya Timur yang popular ketika itu. Selain itu, Sayid Ahmad Khan
turut menubuhkan Victoria School di Ghazipur.13
Walau bagaimanapun, pada tahun 1864 pula, The Scientific Society yang
ditubuhkan di Ghazipur telah berpindah pula ke Alligarh setelah Sayyid Ahmad Khan
dipindahkan ke situ. Kehadiran beliau disambut dengan pemberian sebidang tanah oleh
kerajaan yang kemudiannya dijadikan sebagai kawasan perkebunan eksperimen oleh
Sayyid Ahmad Khan. Persatuan tersebut kemudian telah berjaya menanam dan menuai
10 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme : Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 32.11 Ibid. Hlm. 32.12 Ibid. Hlm. 32.13 Ibid. Hlm. 33.
4
gandum serta barli berdasarkan kaedah moden.14 Ini menunjukkan bahawa Sayyid Ahmad
Khan sememangnya amat memberikan perhatian terhadap permodenan.
Sumbangan terawal Sayyid Ahmad Khan dalam aspek pendidikan adalah
dengan mendirikan Sekolah Inggeris di Muradabad pada tahun 1861. Usaha tersebut
adalah satu langkah awal bagi memastikan masyarakat Islam India dapat melepaskan diri
daripada kemunduran.15 Kemudian, beliau ingin pula menubuhkan Muhammad Anglo-
Oriental College (MAOC). Idea tersebut wujud setelah beliau berserta dua orang
anaknya pernah menetap di London selama hampir tujuh belas bulan di samping beliau
sendiri pernah melawat beberapa buah universiti terkenal di Britain seperti Oxford dan
Cambridge dan beberapa buah kolej swasta seperti Eaton dan Harrow.16 Menurut I.H.
Qureshi, MAOC memainkan peranan penting kepada penduduk Islam India kerana tanpa
sekolah tersebut, masyarakat Pakistan ketika ini pasti lebih jauh mundur berbanding umat-
umat yang lain.17 MAOC dibentuk berasaskan sekolah Inggeris, menggunakan bahasa
Inggeris, guru-guru dan para pekerjanya berbangsa Inggeris dan menyediakan pelbagai
mata pelajaran moden. Walau bagaimanapun, pendidikan agama tidak dipinggirkan.
Pendidikan Islam sangat ditekankan walaupun sekolah tersebut turut terbuka kepada
pelajar lain yang beragama Hindu, Parsi atau pun Kristian.18
Selain itu, Sayyid Ahmad Khan juga pernah bercadang untuk menubuhkan sebuah
“universiti negeri” bagi wilayah Barat Laut namun idea tersebut tidak mendapat sokongan
daripada beberapa buah pihak yang inginkan universiti tersebut menggunakan bahasa
14 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme: Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 33.15 Harun Nasution. (2001). Pembaharuan Dalam Islam : Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta : PT Bulan Bintang. Hlm. 162.16 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme : Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 33.17 Harun Nasution. (2001). Pembaharuan Dalam Islam : Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta : PT Bulan Bintang. Hlm. 163.18 Ibid. Hlm. 163.
5
pengantarnya Hindi dan bukannya Urdu.19 Selepas kembali daripada London, beliau telah
mewujudkan Panitia Peningkatan Pendidikan Umat Islam bagi mengkaji faktor yang
menghalang umat Islam memasuki sekolah pemerintah asing. Kemudian, ditubuhkan
pula Panitia Dana Pembentukan Perguruan Tinggi Islam.20 Kedua-duanya adalah
untuk kepentingan masyarakat Islam India. Pada tahun 1886 pula, Sayyid Ahmad Khan
telah menubuhkan Muhammedan Educational Conference (MEC) bagi mewujudkan
pendidikan kebangsaan dan seragam untuk masyarakat Islam India. Program daripada
MEC ini telah menjadi batu asas kepada perkembangan pendidikan Barat dalam
kalangan umat Islam, mengkaji tahap pendidikan agama yang diberikan di sekolah-
sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh golongan Islam serta bertunjangkan pendidikan
agama yang diberikan di sekolah-sekolah swasta.21
Pada 1 Januari 1878, bermulanya kelas pertama Muhammadan Anglo-Oriental
College (MAOC) yang telah disempurnakan oleh Lord Lytton. Institusi tersebut
mempunyai kerjasama dengan Calcutta University.22 Pada tahun 1920, MAOC telah
dikenali pula dengan nama Aligarh Muslim University yang telah berjaya mengeluarkan
graduan dalam pelbagai bidang dan kepakaran.23 Sayyid Ahmad Khan menolak kenyataan
bahawa penubuhan sekolah berkenaan hanya untuk orang Islam sahaja dan bertujuan untuk
mengasingkan kaum sebaliknya beliau menyatakan bahawa penubuhan sekolah berkenaan
turut mendapat sokongan daripada masyarakat Hindu. Jawatankuasa Pengurusan Kolej juga
turut mempunyai tiga orang pekerja beragama Hindu pada tahun 1887.24
19 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme : Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 33.20 Harun Nasution. (2001). Pembaharuan Dalam Islam : Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta : PT Bulan Bintang. Hlm. 163.21 Ibid. 22 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme : Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 34.23 Ibid. Hlm. 35.24 Ibid. Hlm. 61.
6
Idea memberikan pendidikan moden kepada masyarakat India bukan sesuatu yang
mudah kerana bukan semua pihak dapat menerima pembaharuan yang cuba diperkenalkan
oleh Sayyid Ahmad Khan, terutamanya golongan para ulama. Golongan tersebut menganggap
pendidikan Inggeris mempunyai agenda untuk mendorong dan menukarkan agama mereka
kepada agama Kristian. Selain itu, terdapat juga pengkritik yang menganggap pembaharuan
dalam kesusasteraan dan sains Barat yang bertentangan dengan agama Islam akan
melemahkan lagi keimanan orang Islam. Hal ini diulas pula oleh Sayyid Ahmad Khan yang
berpendapat adalah mustahil masyarakat Islam yang beranggapan bahawa agama mereka
yang begitu agung dan mencerahkan agama mereka dengan hidayah, sangat lemah untuk
menghadapi tentangan daripada ilmu Barat. Beliau turut yakin bahawa perkembangan
pengetahuan sekular itu akan lebih menunjukkan kebenaran Islam itu sendiri.25
Menyedari hal itu, Sayyid Ahmad Khan begitu optimis untuk memberikan
pendidikan moden kepada masyarakat Islam India kerana beliau melihat terdapat
sistem lain yang wujud di Barat iaitu sistem yang memberikan kebebasan dalam
penggunaan akal dan mengkaji sesuatu penemuan secara berautoriti.26 Penggunaan
akal dan sains yang merupakan satu transformasi kepada pemikiran saintifik akan
mewujudkan teknik yang cekap dan progresif bagi keperluan industri yang dapat
memberikan pulangan material. Usaha tersebut juga akan menggalakkan perubahan
tingkah laku kepada masyarakat yang kemudiannya akan menghasilkan pula
kecekapan dalam aspek sosial, politik dan pentadbiran.27 Atas faktor itu Sayyid Ahmad
Khan melarang masyarakat Islam India daripada terlibat dengan politik kerana beliau
beranggapan hanya melalui pendidikan merupakan jalan kepada umat Islam untuk menggapai
kejayaan.28
25 Ibid. Hlm. 85.26 Ibid. Hlm. 60.27 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme : Kesannya ke atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 60.28 Harun Nasution. (2001). Pembaharuan Dalam Islam : Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta : PT Bulan Bintang. Hlm. 165.
7
Kewujudan sistem pendidikan moden bukan hanya mengubah cara pemikiran
masyarakat Muslim India dan kurikulum yang diperkenalkan mengikut cara Barat
malah sistem pendidikan Barat turut mewujudkan satu budaya yang membolehkan
para penuntut MAOC khususnya bersosial seperti tinggal di dalam asrama, mempunyai
uniform yang seragam, mempunyai persatuan dan membolehkan para pelajar terlibat
dengan aktiviti sukan seperti hoki dan kriket.29 Selain itu, kewujudan MAOC turut
melatih para penuntut agar sentiasa berdisiplin. Mereka tidak dibenarkan untuk
melakukan sebarang perkara lain yang tidak berkaitan sepanjang tempoh belajar.
Pelajar yang berambut panjang dan menghisap rokok akan dikenakan tindakan. Bagi
pelajar yang kurang sihat pula akan dibawa berjumpa doktor untuk mendapatkan
rawatan30. Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan MAOC bukan hanya terhad untuk
memberikan pendidikan moden semata-mata kepada masyarakat Muslim India dan
penduduk Hindu sebaliknya turut melatih para penuntut agar berdisiplin, patuh
kepada peraturan dan sentiasa berhubungan sesama sendiri.
2.2 POLITIK
Jatuhnya empayar Mughal dan musnahnya keagungan kerajaan Islam, menyebabkan fokus
pemikiran Sayyid Ahmad Khan terus kepada persoalan politik dan beliau mula menulis
mengenai isu politik yang membara pada zamannya.31 Sayyid Ahmad Khan mendominasi
arena politik India pada tahun 1858 hingga 1898. Dalam arena politik, beliau mahukan
sistem berkerajaan sendiri (self- help) yang berkonsepkan kebebasan (liberty). Baginya,
masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang mampu menguruskan diri sendiri
29 Johannes Marinus Simon Baljon. (1964). The Reforms and Religious Ideas of Sir Sayyid Ahmad Khan. Lahore : SH. Muhammad Ashraf. Hlm. 65.30 Meenakshi Prakashan. (1969). Sir Syed Ahmad Khan : a Political Biography. Meerut : Begum Bridge. Hlm. 68.31 Md. Afandi Hj. Awang. (2006). Komunalisme : Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 29.
8
dan orang lain berpandukan pengalaman dan kesusahan tanpa campur tangan
daripada mana-mana organisasi [kerajaan]. Bagi merealisasikan bentuk kerajaan
tempatan sendiri ini, Sayyid Ahmad Khan sangat menyokong bentuk Kerajaan
Tempatan Sendiri (Local Self- Government) dan menentang parlimen yang berbentuk
demokrasi.
Kerajaan Tempatan merupakan peringkat kerajaan yang berasingan dan berkuasa dalam
membuat undang- undang kecil (undang- undang subsidiari). Kerajaan Tempatan memberikan
peluang kepada penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan
yang didiami mereka. Selain itu, Kerajaan Tempatan juga memastikan segala keputusan
dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan penduduk setempat. Menurut Sayyid
Ahmad Khan, Kerajaan Tempatan menunjukkan kematangan politik dengan
memberikan peluang kepada penduduk untuk menguruskan pentadbiran kawasan
sendiri dan pada masa yang sama mengajar mereka mendalami politik.32 Peluang
melibatkan diri dalam sistem kerajaan tempatan ini bukan sahaja mampu menambahkan
kapasiti kakitangan awam dalam pentadbiran, bahkan mendedahkan mereka kepada masalah
politik tempatan yang seterusnya membawa mereka dalam dunia politik yang lebih besar.
Selain itu, kuasa besar kerajaan tempatan adalah hak dalam kerajaan tempatan itu sendiri dan
badan ini bebas daripada campur tangan kerajaan bagi memberikan peluang kepada mereka
untuk bergerak aktif dalam pentadbiran kerajaan.33 Kebebasan dalam pentadbiran ini perlu
bagi mendidik penduduk memiliki jiwa yang tinggi dalam memahami erti politik yang
sebenar.
Dalam melaksanakan bentuk kerajaan tempatan ini, Sayyid menekankan konsep
kebebasan (Liberty). Sesetengah penduduk mentakrifkan kebebasan (Liberty) ini sebagai
32 Shan Muhammad. (1969). Sir Syed Ahmad Khan : a Political Biography. Meerut : Meenakshi Prakashan. Hlm. 204.33 Ibid. Hlm. 205.
9
kebebasan untuk mempraktikkan kepercayaan dalam agama dan politik. Dalam sistem
pentadbiran ini, penduduk diberikan peluang dalam kebebasan bersuara berdasarkan
logik dan ketepatan pendapat yang disuarakan. Dalam menentukan kebenaran, sesuatu
pendapat yang diberikan tidak boleh dipertikaikan dan pendapat itu juga tidak semestinya
disokong oleh suara majoriti dalam menentukan kebenarannya tetapi ia bergantung kepada
logik dan ketepatan pengadilan yang dibuat.34 Setiap individu mempunyai hak dan peluang
dalam menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing. Menurut Sayyid Ahmad
Khan, kebebasan ialah hak semula jadi individu yang tidak boleh dipertikaikan.35
Begitu juga dalam pembentukan sesuatu undang-undang. Sesuatu undang-undang dan
peraturan yang dibuat oleh kerajaan memerlukan pendapat dan persetujuan daripada
rakyat. Rakyat berperanan dalam memberikan idea dan pendapat mereka sebagai satu proses
yang membantu kerajaan dalam membuat undang-undang. Dalam arena politik, komunikasi
antara rakyat dan kerajaan sangat penting. Rakyat dan kerajaan perlu tahu peranan masing-
masing dan mempraktikkan konsep kerjasama dalam mentadbirkan negara. Walaupun
kerajaan merupakan suatu kuasa besar dalam mentadbir rakyat, ia tidak sepenuhnya sempurna
dan tugas rakyat ialah menyempurnakan kelemahan yang ada pada kerajaan. Rakyat perlu
diberi peluang untuk mengkritik iaitu kritikan yang membina dalam membantu
memperkukuhkan pentadbiran kerajaan. Kerajaan juga perlu menjaga kebajikan rakyat
dengan menyediakan hak yang sama rata dan perlindungan yang menyeluruh. Dalam
peristiwa Dahagi 1857, kerajaan mengabaikan perasaan rakyat dan tidak memberikan peluang
kepada rakyat India dalam bidang pentadbiran apabila ketiadaan wakil daripada kalangan
rakyat India menganggotai Majlis Perundangan Kerajaan British.36 Tugas rakyat juga ialah
bertanggungjawab mengenali pemerintah dan cuba menyesuaikan diri dengan bentuk
34 Ibid. 35 Ibid. Hlm. 206.36 Md. Afandi Hj. Awang. (2006). Komunalisme : Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 30.
10
pentadbiran yang ada supaya tidak berlaku salah faham antara kerajaan dan rakyat. Peristiwa
Dahagi 1857 menyaksikan salah faham antara kerajaan British dengan orang India apabila
ketiadaan wakil orang India dalam Majlis Perundangan India menyebabkan kerajaan tidak ada
saluran untuk mengetahui reaksi rakyat terhadap undang-undang dan peraturan yang
diluluskan.37 Orang India juga tiada saluran untuk menyatakan pandangan mereka mengenai
undang-undang berkenaan dan ini menimbulkan salah faham.38 Oleh sebab itu, konsep
nasionalisme yang dibawa oleh Sayyid Ahmad Khan menganjurkan kerjasama antara
masyarakat di India dengan British demi menjaga nasib rakyat India daripada
meletusnya Dahagi buat kali kedua.
Menurut The New Encyclopedia Britannica, Sayyid Ahmad Khan tidak
menggalakkan orang Islam bergerak aktif dalam politik di India terutamanya dalam
Kongres Kebangsaan India.39 Sayyid Ahmad Khan menentang rakyat Muslim di India
melibatkan diri dalam gerakan Kongres Kebangsaan India kerana objektif kongres
tersebut ialah menubuhkan parlimen berbentuk demokrasi iaitu mahukan Majlis
Perundangan yang dipilih. Dalam parlimen sedemikian, Syed Ahmad Khan sedar bahawa
orang Islam akan menjadi ‘minoriti yang kekal’, dan undi mereka akan selalu dikalahkan
seperti orang Ireland di Westminster.40
Ini bermaksud, demokrasi berparlimen tidak sesuai bagi masyarakat Muslim di
India pada ketika itu kerana rakyat India yang masih mementingkan perbezaan kasta.
Kepentingan kasta ini menyebabkan politik India tidak akan berjaya kerana golongan atasan
atau majoriti akan menindas golongan bawahan atau minoriti. Sistem perwakilan melalui
pilihan raya bermakna mewakili pendapat serta kepentingan golongan majoriti.41
37 Ibid. Hlm. 30.38 Ibid. Hlm. 30.39 The New Encyclopedia Britannica. (1768). United States of America : Encyclopedia Britannica, Inc. Hlm. 165.40 Anil Seal. (1987). Kemunculan Nasionalisme India : Persaingan dan Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 385.41 Ibid.
11
Memandangkan jumlah Muslim di India yang minoriti, maka sistem pemilihan ini tidak
dapat disesuaikan dengan baik. Komuniti yang lebih besar akan mengesampingkan
kepentingan komuniti yang lebih kecil, dan rakyat jahil akan menyalahkan kerajaan kerana
memperkenalkan langkah-langkah yang akan membuat perbezaan kaum dan keturunan lebih
hebat lagi dari masa-masa lalu.42 Keadaan ini juga akan menyebabkan timbul konflik antara
pemerintah dan rakyat.43 Syed mengatakan sedemikian kerana keadaan di India pada
ketika itu bukan hanya mementingkan perbezaan kasta, bahkan terdapat perbezaan
kaum yang menyukarkan penyatuan malah sangat ketinggalan dalam pelajaran.
Pelajaran merupakan perkara utama yang ditekankan oleh Sayyid Ahmad Khan
kerana menurutnya penduduk India perlu mendapat pendidikan dahulu, kemudiannya
baru mendesak untuk mendapatkan hak mereka dalam politik.44 Oleh sebab itu, politik
dan pendidikan berjalan seiring pada era pembaharuan yang dibawa oleh Sayyid
Ahmad Khan.
2.3 KEAGAMAAN
Kemunculan Sayid Ahmad Khan sebagai reformis dalam pergerakan reformis dan pemulihan
Muslim telah mengambil bentuk baru pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20. 45 Semasa
pemberontakan sekitar tahun 1857-1858, Sayid Ahmad Khan menyebelahi pihak British
sehinggakan British menganugerahkan sebuah ladang46 namun beliau enggan menerimanya.
Selepas peristiwa pemberontakan, beliau bimbang akan nasib malang yang menimpa
42 Ibid.43 Abdul Hamid. (1987). Muslim Separatism in India. Lahore : Oxford University Press. Hlm. 30.44 Muhammad Yusuf Abbasi. (1981). Muslim Politics and Leadership in South Asia 1876- 92. Islamabad : Institute of Islamic History, Culture and Civilization Islamic University. Hlm. 72.
45 R.Rajakrishnan dan R.Rajentheran. (1994). Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti. Hlm.141.46 Afandi Awang. (2006). Komunalisme dan Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 29.
12
masyarakat Islam India.47 Beliau mula menulis sebuah buku yang menyatakan bahawa
kitab Taurat dan Injil tidak pernah diubah-ubah oleh tangan manusia demi
mendapatkan kepercayaan daripada penjajah. Sayid Ahmad Khan mula menulis dan cuba
untuk mengharmonikan agama Islam dengan idea-idea saintifik dan politik progresif pada
zamannya.
Dari sudut pandangan agama, Sayid Ahmad Khan berpendapat agama dilihat sebagai
keperluan manusia dalam pembentukan moral.48 Hal ini kerana keperluan asas agama
berperanan menentukan tindakan manusia, perubahan kepada kebaikan dan
sebagainya. Sayid Ahmad Khan mahu memahami Islam secara rasional sebagai seorang yang
moden.49 Beliau telah menulis sebuah tafsir Al-Quran yang banyak diubah maksud yang
sebenar. Sistem penafsiran banyak didasarkan atas unsur alam dan menentang adanya
mukjizat dan hal-hal yang di luar kebiasaan termasuklah peristiwa isra’ dan mi’raj.50
Beliau menyatakan bahawa kenabian adalah tujuan yang dapat diperoleh dengan
latihan jiwa (Riyadloh Nafsiyah) dan tujuan tersebut adalah perantaraan alam dan
manusia.51
Namun begitu, beliau mengakui bahawa Muhammad sebagai penutup risalah Ilahi.52
Sebagai seorang Islam yang mengaku adanya wahyu, Sayid Ahmad Khan percaya pada
kekuatan dan kebebasan akal manusia dalam menentukan kehendak dan perbuatan.53
Sayid Ahmad Khan menolak taklid dan berpendapat sumber ajaran Islam hanyalah Al-
Quran dan Al-Hadith.54 Namun begitu beliau tidak menerima semua hadis kerana
47 Ibid.48 Shan Muhammad. (1969). Sir Syed Ahmad Khan : a Political Biography. Prakash Printing Press : Meerut. Hlm.183.49 Ibid. Hlm.190.50 Ahmad Dar. (1957). Religious Thought of Sayyid Ahmad Khan. Lahore : Institute of Islamic Culture. Hlm.18351 Shan Muhammad.(1969). Sir Syed Ahmad Khan : a Political Biography. Meerut : Prakash Printing Press. Hlm.190. 52 Ahmad Dar. (1957). Religious Thought of Sayyid Ahmad Khan. Hlm.183.53 Harun Nasuition. (1982). Pembaharuan Dalam Islam : Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta : PT Bulan Bintang. Hlm. 160.54 Bashir Ahmad Dar. (1957). Religious Thought of Sayyid Ahmad Khan. Hlm.182.
13
terdapat hadis yang buat-buatan dan hanya menerima apabila setelah penelitian yang
saksama terhadap keasliannya. Terdapat hadis yang ditokok tambah dan diubah isi
kandungan asalnya melalui orang-orang yang mendengar cerita-cerita kesaktian
tentang diri nabi dan orang-orang yang gemar menambah apa yang diucap oleh para
nabi.55 Sayid Ahmad Khan berpendapat perkara-perkara agama bersifat tetap sedangkan
perkara-perkara dunia boleh berubah-ubah.56
Dasar perkahwinan dalam Islam pula, beliau hanya menerima monogami dan menolak
poligami seperti yang telah jelaskan oleh ulama-ulama pada zaman itu. Beliau berpendapat
hanya perkahwinan monogami sahaja yang benar-benar kukuh dianjurkan dalam kalangan
orang Muslim.57 Dalam Al-Quran juga menyatakan jika terdapat keadaan yang mustahil
untuk menunjukkan kesamaan atau keadilan dalam membahagikan harta benda atau
yang lain, hanya monogami merupakan pilihan yang tepat.58 Sayid Ahmad Khan juga
menerangkan bahawa dalam Islam monogami adalah yang umum dan utama manakala
poligami termasuk dalam yang terkecuali.59 Namun begitu, poligami dibolehkan atas
sebab dan waktu-waktu tertentu seperti apabila ternyata seseorang isteri itu tidak
subur seperti yang tertulis dalam kitab Injil.60.
Bagi Sayid Ahmad Khan, hukum potong tangan bagi pencuri bukan hukum yang
wajib ketika itu.61 Namun begitu hukuman tersebut merupakan hukum yang maksima
yang dijatuhkan dalam keadaan tertentu. Disamping itu juga, hukum potong tangan
terdapat dalam hukum penjara bagi pencuri. Sayid Ahmad Khan menyatakan melalui doa
55 Hadji A.Salim. 1950. Sajjid Ahmad Khan : Seorang Islam-Modern dan Pembaharu Sosial. Jakarta : Djambatan. Hlm.47.56 Ibid.57 Hafeez Malik. 1980. Sir Sayyid Ahmad Khan and Muslim Modernization in India and Pakistan. New York : Columbia University Press. Hlm.264.58 Ibid.59 Hadji A.Salim. 1950. Sajjid Ahmad Khan : Seorang Islam-Modern dan Pembaharu Sosial. Hlm.44.60 Ibid.61 Shan Muhammad.1969. Sir Syed Ahmad Khan : A Political Biography. Meerut : Prakash Printing Press. Hlm.135.
14
dapat merasakan kehadiran tuhan. Beliau percaya hubungan antara manusia dan
tuhan.62 Hal ini kerana hubungan manusia, alam dan tuhan adalah berlaku secara
semulajadi dan saling memerlukan. Doa amat diperlukan untuk meminta sesuatu dari
tuhan dan percaya bahawa doa akan dikabulkan oleh tuhan. Doa diperlukan dalam
urusan spiritual dan ketenteraman jiwa. Sayid Ahmad Khan menolak doa kerana
berpendapat kebanyakan doa tidak dikabulkan oleh tuhan.
Pada tahun 1879, Sayid Ahmad Khan mendirikan Muhammadan Anglo-Oriental College63
(MAOC) di Aligarh. Beliau telah menjalankan kempen yang telah meyakinkan pihak British
dan mengumunkan India sebagai sebuah negara Islam dan meyakinkan orang Muslim India
tentang kepentingan mendapatkan pendidikan moden.64 Sememangnya penubuhan
Muhammadan Anglo-Oriental College merupakan karya yang bersejarah dan berpengaruh65
dalam cita-cita untuk memajukan umat Islam India.66Apabila dilihat secara keseluruhannya,
sikap Sayid Ahmad Khan terhadap agama adalah rasional apabila beliau cuba untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara terbuka dan bijaksana. Walaupun terdapat isu
fatwa menentang ideologi yang dibawa oleh beliau, namun tetap tidak mematahkan
semangatnya untuk meneruskan ideanya melalui bukti-bukti yang telah beliau tentukan.67
2.4 PERSAMAAN TARAF
62 Ibid. Hlm.175.63 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme dan Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 34.64 R.Rajakrishnan dan R.Rajentheran. (1994). Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti. Hlm.144.65 Abdul Hamid. (1967). Muslim Separatism In India : A Brief Survey 1858-1947. Panjab : Oxford University Press. Hlm. 36.66 V.D. Mahajan. (1983). History of Modern India (1919-1982). New Delhi : S.Chand & Company Ltd. Hlm.255.67 Shan Muhammad. (1969). Sir Syed Ahmad Khan : A Political Biography. Prakash Printing Press : Meerut. Hlm.192.
15
Sayyid Ahmad Khan adalah seorang nasionalis kerana dalam perjuangan beliau membela
nasib masyarakat Islam, beliau tidak pernah menumpukan pemikiran untuk membahayakan
orang Hindu. Beliau tidak pernah mendakwa bahawa masyarakat Islam adalah masyarakat
sebuah negara terpisah. Sebaliknya beliau sentiasa menganggap masyarakat Hindu dan
Islam sebagai "dua mata" daripada satu induk India.68 Beliau seorang yang
berpandangan sekular. Beliau menganggap India sebagai tanah airnya dan tidak
pernah menganjurkan gerakan pemisahan.69
Syed sering menggunakan istilah negara (nation) untuk maksud rakyat.70 Semua orang
India berasal daripada satu negara.71 Manakala orang Eropah, mengikut pandangannya, terdiri
daripada satu bangsa berasingan. Beliau menggunakan perkataan "Hindu" dengan maksud
yang luas. Seseorang yang tinggal di India adalah seorang ‘Hindu’ dan ‘Hindu’ bukan hanya
merujuk kepada agama sahaja.72 Mengikut perkiraan ini, beliau adalah pemimpin yang
mencadangkan teori satu negara [One nation Theory]. Mengikut pandangannya, mana-mana
agama tidak memperkecilkan kepentingan perpaduan manusia. "Hindu" dan "Muslim" hanya
pengenalan agama mengikut kepercayaan masing-masing. Beliau menganggap India sebagai
tanah airnya dan tidak pernah menganjurkan gerakan pemisahan.73
Beliau menambah bahawa sesuatu bangsa tidak akan menghormati bangsa yang lain
sekiranya terdapat undang-undang yang tidak sama rata dan mereka tidak diberi peluang
dalam negara itu sendiri.74 Beliau juga berpegang kuat kepada "ideal" pelbagai budaya, dan
menganggap India tanah air kepada kedua-dua masyarakat Hindu dan Muslim. Mereka
meminum air dari sungai Ganges, sama warna kulit dan masing-masing telah meminjam
68 M.Rajanthanan dan Md Afandi Hj. Awang. (2004). “Nasionalis @ Komunalis: Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India. Jati, Bilangan 9. Hlm. 93.69 Ibid. Hlm. 94.70 Ram Gopal. (1959). Indian Muslims a Political History (1858-1947). Bombay: Asia Publishing House. Hlm. 48.71 Ibid.72 Ibid.73 Itihaas, "Chronology-Mahatma Gandhi (1869-1948)", http://www.itihaas.com/mod-ern/gandhi-chrono.html, 24 Januari 2003. Hlm. Xi.74 Ibid.
16
ratusan adat resam kedua belah pihak. Proses asimilasi ini menzahirkan bahasa barn iaitu
Urdu. Dengan kerana itu, perpaduan Hindu-Muslim merupakan prasyarat utama untuk
mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup kedua-dua kaum tersebut.75 Mengenai
hubungan keagamaan antara satu sama lain, Syed berpendapat, manusia adalah manusia, dan
merupakan makhluk ciptaan Tuhan. Agama adalah urusan peribadi masing-masing, yang
tidak ada kena mengena dengan hubungan antara sesama manusia, walaupun berlainan
kepercayaan.
Oleh itu, hubungan Hindu-Islam bukanlah sesuatu yang bermasalah yang berpotensi
mencetuskan konflik. Sebaliknya dengan berpegang teguh kepada ajaran agama masing-
masing, mereka dapat hidup secara harmoni dan bersatu padu.76 Sama ada Syed seorang
pengamal komunalisme ataupun tidak, dapat dilihat pada pengambilan pelajar di
Muhammadan Anglo Oriental College (M.A.O.C) yang ditubuhkan oleh beliau. Beliau sama
sekali tidak meletakkan kuota kemasukan atau dengan cara-cara tertentu menghalang
kemasukan orang Hindu.
Masyarakat Hindu bebas memohon untuk memasuki M.A.O.C, tanpa apa-apa sekatan
sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan. Kriteria kelayakan masuk bukan terhad kepada
sesuatu kaum dan agama, tetapi untuk semua pemohon, tanpa mengira latar belakang kaum,
agama atau kepercayaan. Beliau tidak pernah mengehadkan kemasukan para pelajar Hindu,
malahan apabila ada di antara mereka yang meninggalkan kolej, beliau secara jujur
menyatakan kekesalannya.77 Ini jelas menunjukkan bahawa Sir Syed Ahmad Khan bukan
seorang yang berfahaman komunal, walaupun di M.A.O.C yang beliau pimpin sendiri.
75 M.Rajanthanan dan Md Afandi Hj. Awang. (2004). “Nasionalis @ Komunalis : Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India. Jati, Bilangan 9. Hlm. 94.76 Tauseef Ahmad Parray. (2011). Islamic Modernist and Reformist Thought : a Study of the Contribution of Sir Sayyid and Muhammad Iqbal . World Journal of Islamic History and Civilization, 1 (2): 79-93. Hlm. 86.77 M.Rajanthanan dan Md Afandi Hj. Awang. (2004). “Nasionalis @ Komunalis : Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India. Jati, Bilangan 9. Hlm. 95.
17
Namun ada yang berpendapat disebabkan kemuliaan, simpati, dan perlakuan baik yang
ditunjukkan oleh masyarakat Hindu menyebabkan mereka diterima masuk ke kolej tersebut.78
Hal ini menyebabkan pada tahun 1900, pelajar di M.A.O.C bukan sahaja terdiri daripada
seluruh masyarakat di daerah India bahkan juga datang dari Burma dan Singapura.79 Syed
telah menulis rencana yang panjang mengenai perhubungan antara Hindu-Muslim yang
diterbitkan pada tahun 1897. Rencana tersebut bertajuk "Hindu-Muslim Relation" di mana
beliau menyatakan kegembiraan beliau kerana dapat melihat perkembangan yang
menggalakkan mengenai perasaan saling memahami antara satu sama lain, pergaulan sosial
yang bersifat persaudaraan dan kasih sayang antara kedua masyarakat.
Beliau juga berpendapat, perbezaan agama yang wujud antara orang Hindu dan Islam,
tidak boleh dijadikan halangan dalam pergaulan sesama mereka dan perasaan simpati
terhadap satu sama lain. Begitu juga, perbezaan fahaman politik juga tidak boleh dijadikan
halangan dalam mengekalkan hubungan akrab di antara keduanya.80 Bekas Perdana Menteri
India pertama, Jawaharlal Nehru amat tepat memberi pandangan mengenai Syed dengan
berkata,
"Syed Ahmad was not opposed to the National Congress because he considered it predominantly a Hindu Organization; he opposed it because he thought it was politically too aggressive. "81 Muslim yang diterbitkan pada tahun 1897.
Rencana tersebut bertajuk "Hindu-Muslim Relation" di mana beliau menyatakan
kegembiraan beliau kerana dapat melihat perkembangan yang menggalakkan mengenai
perasaan saling memahami antara satu sama lain, pergaulan sosial yang bersifat persaudaraan
dan kasih sayang antara kedua masyarakat. Beliau menulis: "I have frequently said that India
is a beautiful bride and Hindus and Muslims are her two eyes. Her beauty lies in the proper
78 Rafiq Zakaria. (1970). Rise Of Muslim In Indian Politics. Bombay : Somaiya Publications Pvt Ltd. Hlm. 181.79 Ibid. Hlm. 185.80 M.Rajanthanan dan Md Afandi Hj. Awang. (2004). “Nasionalis @ Komunalis : Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India. Jati, Bilangan 9. Hlm. 97.81 Moin Shakir. (1973). Secularization of Muslim Behaviour. Calcutta : The Minerva Associates. Hlm. 228
18
safety of these two eyes. If one of them is lost, this beautiful bride will become ugly and one-
eyed".82
Beliau seorang nasionalis - bukan komunalis - yang cintakan bangsanya tanpa mengira
agama dan keturunan dan pencinta keamanan yang selalu menyeru semua kaum hidup saling
hormat menghormati antara satu sama lain. Usaha beliau untuk mengemukakan tafsiran
moden terhadap Islam ditentang oleh kebanyakan masyarakat Islam yang dibesarkan dalam
suasana tradisional, konservatif dan taklid. Walaupun tidak semua yang dianjurkan oleh
beliau sempurna, pastinya Sir Syed Ahmad Khan adalah seorang Islam terbesar yang
dihasilkan oleh abad ke-19.83
2.5 MENJADI PENDAMAI ANTARA PIHAK BRITISH DAN INDIA
Permusuhan antara penduduk tempatan dengan pihak British berlaku sejak tercetusnya
peristiwa Dahagi 1857 lagi. Peristiwa Dahagi 1857 ini menyaksikan penentangan orang Islam
dan Hindu terhadap penjajahan British. Walau bagaimanapun, penentangan tersebut berjaya
dipatahkan oleh pihak British dan menandakan berakhirnya empayar Mughal dan pentadbiran
Syarikat India Timur Inggeris ditamatkan. Peristiwa tersebut telah menyebabkan hubungan
penduduk tempatan dengan pihak British menjadi renggang. Sayyid Ahmad Khan menyedari
bahawa keretakan hubungan tersebut membawa kepada kesan yang buruk kepada orang Islam
di India. Hal ini demikian kerana, keadaan umat Islam yang jauh ketinggalan dalam
pendidikan Barat akan memberi impak kepada mereka terutamanya dari segi politik. Dalam
politik negara India kebanyakan jawatan tertinggi dipelopori oleh aristokrat Hindu dan ini
akan menimbulkan tekanan yang kuat kepada orang Islam di India. Sayyid Ahmad Khan
digelar sebagai ‘Renaissance Muslim Leader’ kerana beliau menyokong idea modenisasi dan
82 Ibid. Hlm. 238.83 Ibid. Hlm. 256.
19
pro-barat tanpa meminggirkan ajaran Islam.84 Pada peringkat awal perjuangan beliau, beliau
cuba menyakinkan pihak British bahawa orang Islam tidak pernah mengancam kekuasaan
British. Kesempatan mengunjungi dan menetap selama 17 bulan di England telah
menyebabkan beliau amat mengagumi tamadun Barat dan menyeru masyarakat Islam India
menerima segala ilmu tamadun tersebut.85 Idea-idea yang diutarakan oleh Sayyid Ahmad
Khan mendapat tentangan daripada golongan ulama dan mereka menyatakan bahawa
kerjasama antara Sayyid Ahmad Khan dengan pihak British akan menyebabkan warisan Islam
di India akan terancam.
Selain itu, semasa pemberontakkan Sepoy atau Dahagi 1857, Sayyid Ahmad Khan berada
di Bignaur dan berperanan sebagai pegawai pengadilan. Beliau menyebelahi pihak British
dengan memberi perlindungan kepada mereka walaupun nyawanya berada dalam keadaan
terancam.86 Beliau melepaskan orang-orang Inggeris yang teraniaya di Bignaur. Beliau juga
berjaya memujuk seorang ketua pemberontak India yang bernama Nawab Mahmod Khan
untuk berbincang di meja rundingan bagi membolehkan orang-orang Eropah keluar dari
Bijnore dengan selamat.87 Beliau telah diberikan penganugerahan ‘Sir’ dan dihadiahkan
dengan sebuah ladang yang berharga tetapi, beliau menolak hadiah tersebut dan hanya
menerima penganugerahan sahaja.
Sayyid Ahmad Khan juga telah membuat analisis terhadap sebab-sebab berlakunya
pemberontakan India dan beliau telah menghantar sebanyak 500 buah naskah buku “ The
Causes of The Indian Revolt ” yang mengandungi sebab-sebab berlakunya pemberontakan
India kepada kerajaan British di England pada tahun 1873.88 Nama asal bagi buku tersebut 84 Robert D. Campbell. (1963). Pakistan Emerging Democracy. New York : D. Van Nostrand Company. Hlm.12.85 Abdul Rahman Haji Abdullah. (1987). Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 114-115.86 M. Rajantheran & Md. Afandi Hj. Awang. (2004). “Nasionalis Atau Komunalis : Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi Dalam Sejarah Moden India” dalam Jurnal Jati, 9, Hlm. 90-91.87 S.M. Ikram. (1970). Modern Muslim India and The Birth of Pakistan (1858-1951). Lahore : Sh. Muhammad Ashraf. Hlm. 22.88 M. Rajantheran & Md. Afandi Hj. Awang. (2004). “Nasionalis Atau Komunalis : Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi Dalam Sejarah Moden India” dalam Jurnal Jati, 9, Hlm. 91.
20
ialah Asbab-e-Baghavat-e-Hind yang ditulis dalam Bahasa Urdu.89 Dalam buku catatan
kronologis pemberontakan “ Tarikhi Sarkhasi Bijnaur 1858 ” turut dinyatakan bahawa orang-
orang Islam masih patuh kepada ketua iaitu Queen Victoria. Beliau juga berani mengkritik
pihak pemerintahan British yang banyak menghabiskan wang untuk memperkembangkan
agama Kristian di India. Hasil daripada penulisan beliau ini, ia membuka mata pihak British
dan menggubah pendirian mereka bahawa pemberontakkan 1857 itu adalah disebabkan
kelemahan mereka sendiri bukan penduduk tempatan India.
Sayyid Ahmad Khan menyedari bahawa ketertinggian taraf kedudukan orang Islam di
India dapat diwujudkan jika adanya kerjasama dengan pihak Inggeris. Hal ini demikian
kerana, pihak British merupakan penguasa terkuat di India dan jika penentangan dilakukan
terhadap kuasa tersebut akan memberi kesan yang negatif terhadap orang Islam di India.
Mereka akan tetap mundur dan akhirnya ketinggalan dari masyarakat Hindu di India. Menurut
Sayyid Ahmad Khan, orang Islam akan maju sekiranya dapat menguasai ilmu pengetahuan
dan teknologi moden. Jalan keluar bagi memperoleh ilmu-ilmu tersebut adalah menjalinkan
hubungan kerjasama dengan pihak British bukannya bersepakat dengan orang Hindu
menentang British. Sayyid Ahmad Khan berusaha meyakinkan pihak British dengan sikap
taat setia yang ditunjukkan dan beliau berjaya mengubah tanggapan pihak British terhadap
orang Islam di India. Beliau juga menyeru orang Islam India menanam sikap berteman dan
bersahabat dengan pihak British bukan mengambil sikap berlawanan. Pendamaian yang
wujud antara kedua-dua belah pihak membawa keuntungan yang besar kepada umat Islam
khususnya dalam bidang teknologi dan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya, usaha yang
dilakukan oleh Sayyid Ahmad Khan membuahkan hasil dalam usaha melihat orang Islam di
India tidak terus terpinggir dalam negara mereka sendiri tanpa meninggalkan ajaran Islam.
89 Shan Muhammad. (1970). Sir Syed Ahmad Khan : a Political Biography. Begum : Meenakshi Prakashan. Hlm.49.
21
2.6 PENULISAN
Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang yang mempunyai sifat prolifik dalam penulisan.
Walaupun tidak berpendidikan formal dan meninggalkan pelajaran pada usia 19 tahun, tetapi
ternyata beliau seorang yang kritikal dan produktif dalam penulisan. Beliau menulis dalam
pelbagai bidang seperti keagamaan termasuk mengulas kitab Bible, sejarah dan lain-lain.
Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa kebanyakan idea dalam penulisannya dalam
kesusasteraan dan politik dipinjam daripada penulis Barat. Tulisan pertama beliau berjudul
Jam-i-Jam merupakan penerangan ringkas tentang keluarga diraja empayar Mughal yang
diterbitkan pada tahun 1840.90
Setelah kejatuhan kerajaan Mughal dan musnahnya keagungan kerajaan Islam di India,
pemikiran Sayyid Ahmad Khan terus berfokuskan kepada persoalan politik dan beliau mula
menulis mengenai isu politik pada zamannya. Setelah pemberontakan yang berlaku di India
pada tahun 1857-1858, beliau menganalisis sebab-sebab berlakunya pemberontakan dalam
penulisannya yang bertajuk “The Causes of The Indian Revolt” iaitu Punca Pemberontakan
Orang India.91 Dalam penulisannya ini beliau secara khusus menyatakan bahawa punca
berlakunya peristiwa tersebut. Sayyid Ahmad Khan dapat menyakinkan pihak British di India
bahawa Pemberontakan 1857, bukan disebabkan pertelagahan agama Islam dan Hindu dengan
agama orang Inggeris iaitu Kristian.92
Mengenai kritikan yang menyatakan bahawa pemberontakan tersebut adalah
konspirasi orang Islam terhadap British beliau berpendapat dalam penulisannya itu, punca
sebenarnya tercetus pemberontakan tersebut kerana kerajaan British tidak melantik orang
India dalam Majlis Perundangan Kerajaan British.93 Pandangan beliau disokong oleh Sir
90 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalisme dan Kesannya ke atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 34.91 Ibid. Hlm. 30.92 Burton Jlien. (1998). A History of India. USA : Blackwell Publishers Inc. Hlm. 263.93 Birendra Prasad. 1979. Indian Nationalism and Asia. Delhi : B.R. Publishing Corporation. Hlm. 13.
22
W.W. Hunter yang menyatakan bahawa “the chronic peril which environed the British power
in India was the gap the ruler and the ruled”. Ketiadaan wakil India dalam Majlis
Perundangan menimbulkan banyak keburukan. Kerajaan tidak ada saluran untuk mengetahui
reaksi rakyat tentang undang-undang dan peraturan yang diluluskan oleh British dan orang
India juga tiada saluran untuk menyatakan pandangan mereka mengenai undang-undang dan
menimbulkan salah faham. Inilah sebab utama punca berlakunya pemberontakan pada 1857
menurut pandangan Sayyid Ahmad Khan dalam bukunya itu.94
Seterusnya pada tahun 1860, Sayyid Ahmad Khan menulis dan menerbitkan
risalahnya yang bertajuk “The Loyal Mohammedans of India” yang bermaksud Orang-orang
Islam India Yang Setia. Sayyid Ahmad Khan juga cuba membetulkan bahawa Pemberontakan
1857 bukanlah pemberontakan orang Muslim. Risalah ini ditulis oleh beliau kerana ingin
merekodkan secara rasmi tentang jasa-jasa orang Muslim India yang setia kepada pemerintah
British semasa pemberontakan.95 Keadaan menjadi serius apabila beliau dikritik hebat melalui
pemikiran dan pembaharuannya mengikut gaya Barat kerana menulis “The Mohammedan
Commentary on The Holy Bible” dan terjemahan buku “History of India” karya Elphinstone
yang diterjemahkan dalam bahasa Urdu. Dalam buku itu beliau mendakwa bahawa Nabi
Muhammad S.A.W. adalah nabi palsu. Sejak itu beliau dianggap unbeliever.96
Tambahan pula apabila dia berkunjung ke England, khabar-khabar angin bertiup
kencang bahawa dia akan balik ke India dengan menganut agama Kristian. Golongan
Deoband yang berfahaman tradisional seperti Maulwi Muhammad Ali dan Maulwi Imdad Ali
menganggap Sayyid Ahmad Khan akan menghancurkan umat Islam kerana beliau sudah
mendokong pengaruh imperialis yang cuba ditanam di setiap negara yang dijajah mereka.
Mereka mencari ulama di India malah pergi ke Mekah dan Madinah untuk membewa utusan
94 Md. Afandi Awang. 2006. Komunalisme dan Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 29.95 Ibid. Hlm. 31.96 Christian W. Troll. 1979. Sayyid Ahmad Khan : a Reinterpretation of Muslim Theology. Karachi : Oxford University Press. Hlm 21.
23
ulama luar yang mengatakan Sayyid Ahmad adalah “The Khalifah of Devil”. Antara yang
paling keras menentang idea Sayyid Ahmad ialah Maulana Muhammad Qassim Nanotavi
yang mengemukakan 15 pegangan Sayyid Ahmad yang menyimpang dari Islam.97
Selain itu, pada tahun 1870 Sayyid Ahmad Khan segera menerbitkan majalah
Tahdzibul Akhlak (social reform). Tujuan penerbitan majalah ini ialah untuk menimbulkan
keinginan di hati orang Muslim India terhadap jenis kebudayaan yang terbaik, agar bangsa
beradap tidak lagi memandang rendah kepada orang Muslim serta beliau mahu orang Muslim
disegani dan beradap agar dapat mendidik dan mentamadunkan masyarakat India. Melalui
majalah ini beliau mengkritik kebiasaan yang diamalkan orang India Muslim yang dianggap
menyekat kemajuan ekonomi, sosial, dan intelektual mereka. Beliau membandingkannya
dengan masyarakat Barat dari segi cara bekerja, kebersihan, ketepatan dan keteraturan cara
hidup. Beliau berharap masyarakat Muslim terbuka minda mereka untuk menerima budaya
yang ingin dibawa olehnya.98
Walaupun dikritik hebat oleh orang-orang India melalui penulisan, Sayyid Ahmad
Khan tetap dianggap sebagai salah seorang tokoh pemimpin kebangkitan Islam pada abad ke-
19. Peranannya sangat penting terhadap kebangkitan kembali kaum India Muslim dan beliau
memperkenalkan mereka liberalisme dan pemikiran-pemikiran yang bercorak rasional sesuai
dengan perkembang
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Sayid Ahmad Khan merupakan seorang yang cekal dalam menjalankan
pembaharuan masyarakat Islam di India. Beliau tidak pernah berputus asa walaupun
97 Ibid.98 M. Hadi Hussain. (1970). Pioneer of Muslim Resurgence. Lahore : Institute of Islamic Culture. Hlm. 169.
24
berhadapan dengan kekecewaan dan halangan yang besar, beliau terus berjuang dengan
bersemangat. Pembaharuan yang dijalankan Sayid Ahmad Khan yang memberi impak yang
besar boleh dilihat dalam aspek pendidikan yang mana dari pendidikanlah masyarakat Islam
di India mendapat ilmu pengetahuan dan mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
Walaupun mendapat pelbagai tohmahan, beliau tetap gigih bagi memodenkan masyarakat
Islam di India.
25