Download - Soalan bm pertghn thn tahun 3
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU SI RUSA
BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN )
TAHUN 3
NAMA:___________________________________________________
KELAS:_________________
Jawab semua soalan dengan jawapan yang betul.
Soalan 1-30; Bulatkan jawapan yang sesuai.
1
1. "Jangan beritahu ___________ rahsia
kepada Ipin," pesan Akim kepada
rakan-rakannya.
A bila-bila B siapa-siapa
C apa-apa D mana-mana
2. Pasu bunga yang dijual di pameran
kraf tangan itu dihasilkan
_____________ tanah liat.
A dari B pada
C akan D daripada
3. _________________ daripada
makanan itu telah dihabiskan oleh
murid-murid.
A Semua B Separuh
C Segelintir D Sesetengah
4. Dalam bekas itu terdapat_________
keris pusaka warisan keluarganya.
A sebilah B sekeping
C sebuah D setongkol
5. Puan Wan Khazanah berasa sungguh
gembira apabila mendapat ___________
anak kembar perempuan.
A sederet B seorang
C sepasang D sepasukan
6. "____________ mestilah patuh kepada
nasihat guru," kata Syafiq kepada
kawan-kawannya.
A Kita B Kami
C Dikau D Beliau
7. Terdapat beberapa ______________
jagung di belakang lori itu.
A sisir B tongkol
C tandan D rumpun
8. Pak Cik Ismel _____________ lubang di
belakang rumahnya untuk
menanam tin-tin kosong itu.
A menggali B mengolah
C membina D memotong
9. Sikap Effa yang ________________
menyebabkan dia disukai oleh kawan-
kawannya.
A ramah B garang
C hormat D kedekut
10. Alif ________________ kepalanya
tanda tidak bersetuju dengan cadangan
Sabri.
A menanduk B menggeleng
C menghentak D mengangguk
11. Izni ialah anak ketiga
_____________ lima orang adik-beradik.
A dari B akan
C pada D daripada
12. Fatihah tidak termakan buah
2
jambu yang rasanya___________itu.
A kelat B pahit
C masam D pedas
13. Alisya menonton televisyen
________ menggosok bajunya.
A sambil B namun
C tatkala D kecuali
14. Ibu _____________ rambut Joyah
dengan penuh kasih sayang.
A menekan B menyelak
C membelai D menampar
15. Cikgu Aznida membeli
se___________ cincin di Kedai Emas Port
Dickson.
A utas B bentuk
C tandan D gugus
16. "________, berani kau kacau
kekasih aku!" kata Dickie.
A Hai B Cis
C Aduhai D Nah
17. Ain seorang gadis yang agak
kasar ____________ baik hati.
A lalu B sambil
C kecuali D tetapi
18.
Cikgu Zarin menampal keputusan kuiz
itu_______ papan kenyataan sekolah.
A di B akan
C pada D kepada
19.
Mak Intan membeli_____________ pisang
dan _______________ sayur kangkung di
pasar tani itu.
A sebiji.......seikat
B setandan.......seikat
C sesikat.......setongkol
D sejambak......sesikat
20.
Seekor anjing sedang ___________ seketul
tulang.
A mengeram B mengunyah
C mencengkam D menggonggong
3
21. Sham __________ menunggu
kawannya walaupun hari sudah lewat
petang.
A ingin B masih
C akan D hendak
22. Mak Cik Salmah pandai memasak
________ menjahit baju kurung.
A dan B setelah
C kecuali D manakala
23.
Adam Daniel dipatuk oleh _________ ular.
A sebuah B sekeping
C seekor D sebiji
24. Abot seorang budak yang nakal.
________ suka melastik burung.
A Dia B Saya
C Kami D Kalian
25. Emak _____________ mee kicap untuk
makanan sarapan pagi.
A mengukus B mengawet
C memasak D menggoreng
26.
Kakak telah ________________ patung adik
di bawah katil.
A meletakkan B menyerahkan
C menyorokkan D membekalkan
27.
Semua
penduduk Kampung Baru sibuk __________
sarung ketupat sempena sambutan Hari
Raya.
A menenun B menyirat
C menganyam D memancing
4
28. Konsert amal Siti Nurhaliza akan
bermula _____________ pukul 9.00 malam.
A di B bagi
C oleh D pada
29. Amir terjumpa sebuah beg tangan.
_________ menyerahkan beg tangan
tersebut kepada polis.
A Kami B Dia
C Hamba D beta
30. Kebanyakan penduduk negara
Somalia masih ______________ akibat
kebulur.
A merasa B meminta
C menderita D mengalami
Soalan 31 hingga 40.
Baca petikan dan jawab soalan dengan jawapan yang betul.
5
31. Dari manakah tempurung kelapa terhasil?
A buah rambutan B buah kelapa C buah jambu D buah air kelapa
32. Apakah barang yang boleh dihasilkan daripada tempurung kelapa?
A barangan dapur dan barangan kemas
B barangan kraf tangan dan barang perhiasan
C barangan keperluan dan barangan kitar semula
D barangan kraf tangan dan barangan dapur
33. Bagaimanakah proses untuk menghasilkan barangan kraf tangan daripada
tempurung kelapa?
A mengutip, membersih, memotong, dan melicin.
B mengopek, memesin, memerah, memasak
C menanam, menyiram, mencabut, melicin
D merebus, memasak, menyiram, memakan
34. Apakah kraf tangan yang boleh dihasilkan daripada tempurung kelapa?
A Rantai, gelang, tabung, beg, lampu tidur, bunga dan rantai kunci.
B Rantai, gelang, tabung, komputer, lampu tidur, bunga dan rantai kunci.
C Rantai, gelang, tabung, beg, lampu spotlight, bunga dan rantai kunci.
6
D Rantai, gelang, tabung, beg sekolah, lampu tidur, bunga dan rantai motorsikal.
35. Mengapakah kraf tangan tempurung kelapa akan diwarnakan dengan warna air?
A Untuk mewarnakan kraf tangan
B Untuk menambahkan seri pada barangan kraf tangan yang dihasilkan
C Untuk menyedapkan barangan kraf tangan yang dihasilkan
D Untuk mengukuhkan barangan kraf tangan yang dihasilkan
7
36. Bilakah Rentap dilahirkan?
A 2013 B 1800 C 2000 D 1900
37. Siapakah nama sebenar Rentap?
A Libas B Lemau C Libau D Lipas
38. Di manakah Rentap menjadi pemimpin orang Iban?
A Sibu dan Kuching B Sungai Skrang dan Sungai Saribas
C Sungai Rejang dan Sungai Tembeling D Sungai Siput Serawak
39. Mengapakah Rentap menentang British?
A Kerana British mengambil alih kuasa mengutip cukai di kawasan pemerintahannya.
B Kerana British datang melancong di kawasan pemerintahannya.
C Kerana British membunuh orang kampung.
D Kerana Rentap berkuasa mengutip cukai.
40. Apakah sikap yang ada pada Rentap?
A semangat cinta kepada negara
B pengecut
C semangat yang lemah
D semangat yang terumbang-ambing
SELAMAT MAJU JAYA
Disediakan oleh, Disemak oleh,
8
....................................... .........................................
( CIK SAMARTINI AYUB) ( PN HABSAH ISMAIL)
Guru B. Melayu Tahun 3 Ketua Panitia BM
9