Download - Soalan Intensif_Bah E
-
8/2/2019 Soalan Intensif_Bah E
1/2
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AmA STPMEN. SEZALI DINMETAFORA TRAINING AND CONSULTANTTel : 04-7323062 / 012-4425241blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din
_____________________________________________________________________________________________________________________________________AWAS !!Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara
Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang
Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang
Bahagian EGambarajah
Soalan Intensif 1 STPM 2012
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah I dan II di bawah, huraikan faktor-faktor penyebab penipisan lapisan ozon dan kesannya terhadap manusiadan alam sekitar.
Fenomena Penipisan Lapisan Ozon
Rajah I Rajah II
(Dipetik dan diubahsuai daripada Chong Yoon Choi,Penipisan Lapisan Ozon, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2009)
-
8/2/2019 Soalan Intensif_Bah E
2/2
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AmA STPMEN. SEZALI DINMETAFORA TRAINING AND CONSULTANTTel : 04-7323062 / 012-4425241blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din
_____________________________________________________________________________________________________________________________________AWAS !!Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara
Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang
Contoh Jawapan Soalan Intensif 1
a) Pengenalan :
A1 Gambar rajah menunjukkan fenomena punca-punca penipisan lapisan ozon dan kesan-kesannya terhadap
manusia dan alam sekitar.
A2 Penipisan lapisan ozon berlaku apabila lapisan ozon mengalami pemusnahan dan semakin menipis sehingga
membentuk lubang di atmosfera.
b) Isi-isi :
A Idea punca-punca penipisan lapisan ozon.
I.1 Penggunaan penyembur racun serangga dan peti sejuk
H.I.U Penipisan lapisan ozon berpunca daripada kegiatan industri bahan kimia dan elektronik yang boleh
menghasilkan klorofluorokarbon (CFC).
H.2 CFC yang menjadi bahan pelarut dingin peti sejuk mengandungi klorin akan terbebas di udara dan bertindak
balas dengan sinaran utlra ungu yang boleh memusnahkan molekul-molekul ozon serta menghakis lapisan
ozon.
H.3 Penipisan lapisan ozon juga berpunca daripada penggunaan bahan kimia dalam industri racun serangga.
H.4 Bahan kimia yang terdapat di dalam penyembur racun serangga akan menghasilkan gas nitrogen oksida
yang boleh menipiskan lapisan ozon.
I.2 Letupan nuklear
H.I.U Penipisan lapisan ozon berpunca daripada ujian senjata nuklear.
H.2 Aktiviti ujian senjata nuklear yang dijalankan boleh menghasilkan letupan nuklear di atmosfera.
H.3 Letupan nuklear boleh membebaskan bahan radioaktif di atmosfera dan radiasi ini akan meresap ke
strastosfera serta akhirnya boleh menghakis lapisan ozon.
H.4 Letupan nuklear juga boleh berlaku melalui kebocoran di loji nuklear dan kebocoran nuklear juga boleh
menghakiskan lapisan ozon.
B Idea kesan-kesan penipisan lapisan ozon kepada manusia dan alam sekitar
I.3 Menjejaskan kesihatan manusiaH.I.U Penipisan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia.
H.1 Penipisan lapisan ozon boleh menyebabkan barah kulit dan mata kepada manusia.
H.2 Pancaran ultra ungu yang memancar terus ke kulit manusia dan boleh menyebabkan kanser kulit serta
menjejaskan penglihatan manusia.
H.3 Penipisan lapisan ozon juga boleh menjejaskan sistem imunisasi tumbuhan dan hidupan.
H.4 Pancaran ultra ungu ke bumi boleh merosakkan DNA dan mutasi gen manusia serta merosakkan
pembahagian sel-sel manusia. Dengan ini, sistem imunisasi manusia terjejas dan mudah diserang penyakit.
I.4 Perubahan iklim dunia
H.I.U Penipisan lapisan ozon boleh menyebabkan dunia mengalami perubahan iklim.
H.2 Penipisan lapisan ozon yang membentuk lubang di atmosfera memboleh pancaran ultra ungu terus ke bumi
dan meningkatkan suhu dunia.
H.3 Hal ini demikian kerana peningkatan sinaran ultra ungu di atmosfera boleh memerangkap bahang cahaya
matahari dan menyebabkan suhu dunia meningkat.
H.4 Penipisan lapisan ozon juga boleh menyebabkan perubahan iklim dunia menjadi tidak menentu dan akan
menyebabkan kemarau berlaku. Kemarau boleh menjejaskan bekalan air dan menganggu proses
pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.
c) Kesimpulan :
A1 Penipisan lapisan ozon berpunca daripada perbuatan manusia dan memberi pelbagai impak negatif kepada
kehidupan manusia dan alam sekitar, justeru langkah-langkah segera perlu dilakukan untuk mengawal
penipisan lapisan ozon dari terus berlaku.
Catatan :
Orang CEMERLANG sentiasa memilih jalan yang baik, sempurna, dan menjauhi kaedah yang salah bagi mencapai matlamat hidup...... NIAT tidak menghalalkan cara