Download - SOP & Manual Outdoor
SOP(STANDARD OPERATION
PROCEDURE) DAN
MANUAL AKTIVITI KEYAKINAN DI AIR
Mohd Afiq Syazwan Bin Jame’an3 PISMP PJ/PK/PSK
(SOP) AKTIVITI KEYAKINAN DI AIR Latar Belakang Aktiviti
Masa : 2 jam bagi setiap ahli
Lokasi : Kem Raudah, Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Peserta : 20 orang
Personal : Ketua Jurulatih - 1 orang
Jurulatih - 2 orang
Pembantu Jurulatih - 2 orang
Jurumudi Bot - 1 orang
Peralatan : Jaket Keselamatan - 26 helai
Bot Penyelamat - 1 buah
First Aid - 1 set
Rescue Ring - 2 unit
OBJEKTIF
Mengenalpasti langkah – langkah persediaan, keselamatan, dan mengaplikasikan kemahiran mengapungkan badan.
Menguji ketahanan mental dan fizikal serta keyakinan diri.
Menghayati dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Menguasai kemahiran berenang berdasarkan aktiviti yang diberikan
SEBELUM AKTIVITI
Jurulatih
Mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.
Mengenal pasti keadaan cuaca dan musim.
Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat aktiviti.
Bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta, agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan.
Peserta
Berpakaian yang sesuai untuk berada di air . Gunakan baju berlengan panjang dan berkasut sewaktu berenang.
Peserta WAJIB memakai jaket keselamatan sepanjang masa tidak kira pandai atau tidak tentang berenang.
Peserta hanya dibenarkan mengapungkan badan berkumpulan. Setiap pergerakan mesti mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.
Peserta mestilah berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental.
Peralatan
Alat kelengkapan seperti rescue ring, jaket keselamatan dan sebagainya hendaklah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Kadar bilangan peralatan dan peserta hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan. (membuat pemeriksaan 5 hari sebelum
digunakan)
Taklimat
Corak aktiviti
Pakaian
Makanan dan minuman
Waktu solat
Langkah-langkah keselamatan
SEMASA AKTIVITI
Aktiviti yang dicadangkan
*Sejarah Jaket Keselamatan
*Bahagian-bahagian Jaket Keselamatan
*Cara membawa Jaket Keselamatan
*Cara memakai Jaket Keselamatan
Panduan dan keterangan aktiviti
Sejarah Jaket Keselamatan
Pengenalan
Bahagian Jaket Keselamatan
Memilih atau cara memilih Jaket Keselamatan yang sesuai
Teknik memakai Jaket Keselamatan yang betul
Keselamatan Di Air
Situasi semasa mementingkan keselamatan 100%
Membuat tindakan yang tepat untuk mengelakkan kemalangan
Elakkan panik semasa kecemasan
Bekerjasama dan tidak memntingkan diri
Keyakinan Di Air Cara pemakaian jaket keselamatan (BA) Buddy System (berdua-dua) Buat 4 kumpulan (5 peserta setiap kumpulan) Masuk ke dalam air dengan berpegangan
tangan mengikut kumpulan. Peserta cuba mengapungkan diri sambil
memegang tangan dengan pelbagai variasi sehingga mereka yakin melakukan sendiri. Sebelum itu jurulatih membuat demonstrasi bagaimana cara apungan dilakukan. ( ansur maju dia air yang cetek hinggalah ke air yang dalam)
Bila kumpulan sudah yakin peserta boleh melepaskan tangan rakan dan cuba mengapungkan diri sendiri dengan pengawasan jurulatih (dalam kawasan kawalan)
Cara Berenang
Latihan fizikal dengan menggunakan tangan.
Asas berenang.
Latihan di air yang cetek untuk mendapatkan kontek renangan dan apungan.
Renangan ke hadapan dan kebelakang.
Berhenti dan apungan.
Aktiviti Semasa Berenang Di Air
Berenang mengikut arah/panduan yang ditetapkan.
Bergerak ke hadapan dengan satu baris lurus diketuai oleh seorang jurulatih.
Mempelajari isyarat/simbol berenang. Isyarat berhenti Isyarat penentu arah haluan Isyarat panggil balik (call off)
Isyarat panggil balik kerana kecemasan (emergency call).
Isyarat semua peserta dalam keadaan baik (OK).
Mini ekspedisi ke check point yang ditentukan mengikut kumpulan.
Menyelamat (rescue).
SELEPAS AKTIVITI
Memastikan semua peserta selamat tiba di pengkalan
Penyenggelaraan alatan Pastikan bilangan alatan mencukupi. Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan
dengan sempurna. Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan
selanjutnya.
Sesi refleksi Soal jawab kelemahan dan kekurangan. Menerangkan rasional aktiviti yang dijalankan.
Bacaan doa
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Mengetahui teknik aktiviti berenang dan mengapungkan badan
Mengetahui pernafasan di air
Mengetahui cara bagaimana mengapungkan diri menggunakan BA
Mengetahui bagaimana mengendalikan peralatan di air dengan teknik yang betul
RUMUSAN
Membina dan meningkatkan keyakinan diri
Peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam mata pelajaran.
Peserta dapat menghargai dan mencintai alam sekitar
Memahami cara berenang dan boleh mengapungkan diri
MANUAL AKTIVITI KEYAKINAN DI AIR
PENGENALAN
Keyakinan di air adalah aktiviti wajib yang perlu dipelajari sebelum peserta dibenarkan masuk ke tasik, laut atau yang lain-lain yang melibatkan aktiviti air seperti kayak dan snorkeling. Semasa aktiviti ini dijalankan, para peserta perlu memakai Buoyancy Aid (Alat apungan) yang mempunyai Cop Sirim, tahan 6 jam dalam air atau lebih dikenali sebagai jaket keselamatan. Para peserta akan diajar cara yang betul untuk memakai BA agar tahap keselamatan para peserta terjamin. Terdapat juga wisel di dalam poket kecil BA bertujuan untuk penggunaan ketika terdapat sebarang kecemasan. Adalah penting bagi setiap para peserta untuk mempunyai keyakinan ketika berada di dalam air agar para peserta tidak panik dan tahu cara-cara untuk mengapungkan badan dan menyelamatkan diri ketika berlakunya sebarang kecemasan.
ALATAN KEYAKINAN DI AIR Buoyancy Aid
Rescue Ring
Bot Penyelamat
PROSEDUR
Pastikan para peserta mengetahui cara pemakaian jaket keselamatan (BA)
Hendaklah sentiasa mengamalkan cara Buddy System (berdua-dua)
Para peserta masuk ke dalam air dengan memegang tangan mengikut kumpulan dan bentuk badan
Peserta cuba mengapung diri
TEKNIK KEYAKINAN DI AIR
Teknik Pemakaian BA
* Para peserta perlu belajar cara memakai BA dengan betul.
* Pastikan ikatan pada BA ketat dan tidak longgar
Teknik Apungan Di Darat
Para peserta belajar cara apungan di darat Peserta baring dan cuba untuk tenangkan diri Cuba untuk mempelajari agar tidak panik
ketika berada di dalam air
Keyakinan Di Air
Sentiasa mendengar arahan dari jurulatih
Beratur atau berada dalam kumpulan masing-masing
Rendamkan kaki dan basahkan muka untuk merasa air
Apungan Kawasan Cetek
Dalam kumpulan peserta cuba apungkan diri
Ulang semula jika kaki mencecah tanah.
Sentiasa berpegangan tangan sesama rakan.
Gerakan Tangan
Para peserta cuba untuk menggerakkan tangan
Cuba untuk mengawal apungan
Bergerak dengan manghayun tangan kiri kanan
Apungan Kawasan Dalam
Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa berpegangan tangan
Dalam bulatan cuba mengapungkan badan
Keyakinan Di Air
Melakukan teknik apungan masing-masing (dipantau oleh jurulatih.
Para peserta boleh bergerak setelah berjaya menguasai teknik apungan