-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
1/117
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
2/117
i
Standard KualitiPengurusan dan Pengajaran MatematikSekolah Rendah
ISBN
HAKCIPTA
Rekabentuk Kulit
Shamsuri bin Sujak
Penerbit
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIKJEMAAH NAZIR SEKOLAH
ARAS 3-5, BLOK E15,KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA
(TEL : 03-88844161, FAX : 03-88886867)
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
3/117
ii
Diterbitkan Oleh :
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIKJEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 3 - 5, BLOK E15
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYATel : 03 - 8884 4161Fax : 03 - 8888 6867
Email : [email protected]
Cetakan Pertama2007
ISBN 983-2509-18-9
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
4/117
iii
Didedikasikan untuk semuaDidedikasikan untuk semuaDidedikasikan untuk semuaDidedikasikan untuk semuaDidedikasikan untuk semua
Nazir Mata Pelajaran Matematik ,Nazir Mata Pelajaran Matematik ,Nazir Mata Pelajaran Matematik ,Nazir Mata Pelajaran Matematik ,Nazir Mata Pelajaran Matematik ,
Guru Besar serta Guru Matematik di seluruh negaraGuru Besar serta Guru Matematik di seluruh negaraGuru Besar serta Guru Matematik di seluruh negaraGuru Besar serta Guru Matematik di seluruh negaraGuru Besar serta Guru Matematik di seluruh negara
sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaansempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaansempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaansempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaansempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan
MalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysia
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
5/117
iv
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Standard Kualiti Pengurusan Dan
Pengajaran Sains dan Matematik sebagai panduan kepada semua Guru Besar,
Pengetua serta guru Sains dan Matematik dalam memastikan pencapaian kualiti
Pendidikan Sains dan Matematik di sekolah berada pada tahap yang tinggi.
Sesungguhnya Standard ini menjadi pelengkap kepada usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menyemarakkan semangat dan usaha untuk melonjak
kecemerlangan pendidikan bagi meletakkan Malaysia dalam arus perdana
pendidikan dunia.
Pendidikan Sains dan Matematik adalah menjadi teras dalam usaha
menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Saya berharap Standard inidapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memperkukuhkan keupayaan dan
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
di sekolah. Secara tidak langsung, kefahaman, kecekapan dan keberkesanan
pendidikan Sains dan Matematik di sekolah akan meningkat.
Saya amat yakin bahawa menerusi pendidikan Sains dan Matematik yang
berkualiti, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan pendidikan
di negara ini bertaraf dunia akan tercapai.
Selamat Maju Jaya.
DATO SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN
iv
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
6/117
v
SEKAPUR SIREH
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jemaah Nazir
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Standard
Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Sains dan Matematik. Penerbitan Standardini adalah satu usaha yang terpuji.
Kurikulum Pendidikan Sains dan Matematik telah digubal selaras dengan usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan misi dan wawasan
negara. Kurikulum ini dapat menyediakan modal insan yang boleh menyumbang
kepada pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara
yang komprehensif merangkumi bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan moral
serta berintegriti, bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.
Guru Besar, Pengetua serta guru Sains dan Matematik bertanggungjawab untukmempertingkatkan kualiti pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah.
Oleh yang demikian, mereka haruslah berilmu, peka terhadap perkembangan
terbaru di dalam Pendidikan Sains dan Matematik serta mahir dengan tugas
menghasilkan pengajaran Sains dan Matematik yang berkualiti tinggi.
Standard ini disediakan untuk membantu sekolah mencapai matlamat yang
dimaksudkan di atas. Mudah-mudahan, ia akan dimanfaatkan oleh semua pihak
yang terlibat dengan pendidikan Sains dan Matematik.
Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi
kepentingan dan kemajuan pendidikan di negara kita.
Sekian, terima kasih.
Selamat Maju Jaya.
DATO HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
v
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
7/117
vi
PRAKATA
KETUA NAZIR SEKOLAH
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Sains dan Matematik ini adalah
kesinambungan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah
diterbitkan dalam tahun 2003. Standard ini telah diolah dengan mengambil kira falsafah,
konsep, matlamat dan objektif pendidikan Sains dan Matematik serta perkembangan
dan perubahan terkini dalam sistem pendidikan negara seperti pelaksanaan Program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
Pada dasarnya, Kurikulum Sains dan Matematik kini mengutamakan proses pendidikan
yang bersifat menyeluruh dan seimbang meliputi perkembangan intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Sebagai pemimpin instruksional di sekolah, Guru Besar dan Pengetua
harus berupaya memberikan bimbingan profesional kepada semua stafnya. Guru Sains
dan Matematik pula selain daripada melaksanakan kurikulum yang telah digubal,
hendaklah juga menjadi agen inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran danberkemahiran memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.
Jemaah Nazir Sekolah mengambil inisiatif menerbitkan SKPP Sains dan Matematik ini
sebagai usaha membantu Guru Besar, Pengetua dan guru mata pelajaran Sains dan
Matematik meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mereka mengenai
pendidikan Sains dan Matematik, khususnya dalam aspek pengurusan Kurikulum Sains
dan Matematik serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Semoga dengan usaha ini, mereka yang terlibat akan lebih berkeupayaan untuk
menguruskan program-program pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah
dengan lebih berkesan. Diharap Standard ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua
pihak yang terlibat dengan pendidikan Sains dan Matematik di sekolah dan seterusnya
menjadi suatu bahan rujukan profesional. Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
HAJI ABDUL ADZIS BIN ABAS
vi
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
8/117
vii
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah menyarankan pendekatan
pembelajaran yang menekankan penglibatan murid secara aktif. Selain
itu, pemupukan nilai-nilai murni, penguasaan kemahiran Matematik,
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis perlu dibangunkan, sejajar dengan
keperluan untuk membangunkan modal insan yang dapat menyumbang
kepada pembangunan negara dan kesejahteraan sejagat.
Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Matematik Sekolah
Rendah diterbitkan bertujuan membantu pihak sekolah untuk
mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan Matematik di sekolah. Pihak
sekolah hendaklah menggunakannya dengan bijaksana dan menyesuaikan
panduan yang terdapat di dalamnya dengan keadaan sekolah dan
keperluan murid.
DARI MEJA PENERBIT
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
9/117
viii
AHLI JAWATANKUASA PENGGUBALAN DAN PENERBITAN
PENASIHAT
HAJI ABDUL ADZIS BIN ABASKETUA NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
HAJAH ESAH BINTI JANTAN
TIMBALAN KETUA NAZIR SEKOLAH (OPERASI)
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENGERUSI
HAJI YUSOF BIN HAMIDKETUA SEKTOR KURIKULUM
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENYELARAS
SHAMSURI BIN SUJAK
KETUA PENOLONG PENGARAH SAINS & MATEMATIK
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
AHLI
HAJI ALI BIN ABU BAKAR
Dr. LOGESWARY a/p DORAISAMY
FARIDAH BINTI YANG RAZALI
ISHAK BIN ARIF
CHIANG CHOON LIM
JAMALIAH BINTI HAJI MOHD SOM
KRISHNAN a/l MUNUSAMY
JUANANG TININ
AHMAD KAMAL BIN HAJI YASIN
ZAINAL BIN MOHAMAD
NOOR FILZAH BINTI KAMARUDDIN
BAYNUM BINTI HASSAN
SHADHANA a/p POPATLAL
TAMRIN BIN ZAHARUDIN
URUS SETIA
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIK
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
10/117
ix
Tajuk Muka Surat
Kata Alu-Aluan YB Menteri Pelajaran Malaysia
Sekapur Sireh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Prakata Ketua Nazir Sekolah
Dari Meja PenerbitFalsafah Pendidikan Kebangsaan
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia
Visi Jemaah Nazir Sekolah
Misi Jemaah Nazir Sekolah
Matlamat Jemaah Nazir Sekolah
Matlamat Pendidikan Matematik
Objektif Pendidikan Matematik
Bab 1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia - Sekolah
1.1 Pengenalan
1.2 Pernyataan Standard
Bab 2 Pendidikan Matematik di Malaysia2.1 Pendahuluan
2.2 Objektif Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran Matematik
2.3 Peranan Guru Besar
Bab 3 Pengurusan
3.1 Pendahuluan
3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
3.3 Kepimpinan Guru Besar
3.4 Panitia Mata Pelajaran
3.5 Tugas Ketua Panitia
3.6 Tugas Setiausaha Panitia
3.7 Pengagihan Tugas Mengajar
3.8 Peruntukan Masa Dan Sebaran Waktu Pelajaran Matematik3.9 Perkembangan Staf
3.10 Persatuan Matematik
3.11 Sudut Matematik
Bab 4 Pengajaran Dan Pembelajaran
4.1 Pendahuluan
4.2 Isi Kandungan Kurikulum Matematik
4.3 Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
4.4 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
4.5 Rancangan Pengajaran Matematik
4.6 Latihan Dan Tugasan Murid
4.7 Sumber Matematik
4.8 Penilaian Dalam Matematik
Bab 5 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
5.1 Latar Belakang
5.2 Jawatankuasa Khas PPSMI
5.3 Program Intervensi
5.4 Program Sokongan
Bab 6 Penyeliaan
6.1 Bidang-bidang Yang Perlu Diselia
6.2 Strategi Penyeliaan
6.3 Penyeliaan Pengurusan Kurikulum
iv
v
vi
viixi
xi
xi
xi
xii
xii
xii
1
2
15
16
16
19
19
21
22
23
25
26
2627
29
30
31
33
34
36
37
38
42
44
49
49
50
50
53
53
54
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
11/117
x
6.4 Penyeliaan Oleh Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang/
Ketua Panitia
6.5 Penyelia Pengurusan Mata Pelajaran Matematik
6.6 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran6.7 Tatacara Penyeliaan P&P
6.8 Penyeliaan Kaedah Penilaian
Bab 7 Rancangan Pemajuan Sekolah
7.1 Pendahuluan
7.2 Pelan Strategik
7.3 Pelan Taktikal
7.4 Pelan Operasi
7.5 Bidang Pemajuan
7.6 Strategi Pemajuan
7.7 Format Pelan Operasi/Tindakan Pemajuan Sekolah
7.7.1 Contoh Pelan Operasi Pemajuan Sekolah
7.7.2 Contoh Pelan Tindakan Pemajuan Sekolah
Lampiran
Lampiran A : Senarai Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Siaran,
Surat Makluman Dan Lain-Lain Surat Pekeliling
Untuk Rujukan
Lampiran B : Instrumen Pemastian Standard Pengurusan Kurikulum
Matematik Sekolah Rendah.
Lampiran C : Instrumen Pemastian Standard Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah.
54
55
56
5858
59
61
61
61
62
62
64
64
65
66
67
73
85
Muka Surat
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
12/117
xi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia.
VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Mengupayakan sekolah dan institusi pendidikan mencapai kecemerlangan
serta standard kualiti pendidikan yang tinggi.
MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Melakukan penaziran sekolah serta institusi pendidikan dengan cara yang
cermat, teliti dan profesional bagi memastikan pendidikan yang diberikan
mencapai standard yang tinggi.
MATLAMAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Menjayakan Rancangan Pembangunan Pendidikan Negara
Menjayakan pelaksanaan semua dasar dan program Kementerian
Pelajaran
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
13/117
xii
MATLAMAT PENDIDIKAN MATEMATIK
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah bertujuan untuk membina
pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira.
Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan
urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan
hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid
melanjutkan pelajaran.
OBJEKTIF PENDIDIKAN MATEMATIK
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah dibina untuk membolehkan murid:
1. Mengetahui serta memahami konsep, hukum dan prinsip yang
berkaitan dengan :
Nombor,
Operasi,
Ruang,
Ukuran,
Perwakilan Data;
2. Memperkukuhkan kemahiran operasi asas Matematik iaitu:
Tambah, Tolak,
Darab,
Bahagi;
3. Menguasai kemahiran operasi bergabung:
4. Menguasai kemahiran asas Matematik iaitu :
Membuat anggaran dan penghampiran,
Mengukur,
Mengendali data, Mengemukakan/membentang maklumat dalam
bentuk graf dan carta;
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik bagi
merancang strategi menyelesaikan masalah secara
berkesan dan aplikasi kemahiran Matematik dalam
kehidupan seharian;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
14/117
xiii
6. Menggunakan laras bahasa Matematik yang betul;
7. Mamanfaatkan ICT untuk membina pemahaman konsep,
menguasai kemahiran Matematik dan menyelesaikan
masalah;
8. Mengamalkan ilmu Matematik secara bersistem, heuristik,
tepat dan teliti;
9. Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan
dunia pendidikan Matematik; dan
10. Menghargai kepentingan dan keindahan Matematik.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
15/117
xiv
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
16/117
1
BAB 1
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH
1.1 Pengenalan
Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah menerbitkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Sekolah (SKPM-Sekolah) sebagai usaha memandu sekolah
meningkatkan kualiti pendidikan.
SKPM-Sekolah diolah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
a) Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara
terancang berasaskan potensinya.
b) Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting
dalam usaha meningkatkan standard kualiti pendidikan.
d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan
sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.
e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus
berpandukan teori dan amalan pengurusan berkesan.
f) Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan
teori pembelajaran, kaedah pengajaran berkesan, dan
berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidangpendidikan.
g) Perancangan dan proses membuat keputusan program-program
pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.
h) Bahawa program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan
Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
17/117
2
Pelajaran Bahagian (PPB) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
sesungguhnya merupakan usaha-usaha yang selari dengan
matlamat SKPM.
i) Sekolah berupaya menggunakan segala input yang
diperuntukkan mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan.
1.2 PERNYATAAN STANDARD
Untuk membangunkan modal insan yang kompeten dan berdaya
saing selaras dengan Wawasan Negara dan Misi Nasional, sekolah
hendaklah berupaya memberi pendidikan yang berkualiti kepada
muridnya. Untuk memastikan hasrat yang tersebut tercapai, sekolah
hendaklan dibangunkan secara menyeluruh merangkumi aspekpengurusan, sumber, pelaksanaan pengajaran-pembelajaran,
pembangunan modal insan murid dan guru, penilaian dan tindakan
penambahbaikan.
Pernyataan Standard SKPM-Sekolah telah digubal bertujuan
memberi panduan untuk membangunkan sekolah secara
menyeluruh dalam dua belas (12) elemen yang dikelompokkan dalam
empat (4) dimensi utama.
Guru Besar atau Pengetua atau mereka yang bertanggungjawabke atas pengurusan sekolah perlu memastikan kesemua elemen
berikut diamalkan di sekolah:
DIMENSI I : HALA TUJU KEPEMIMPINAN
Elemen1 : Visi dan Misi
Visi sekolah ditulis dalam bentuk pernyataan yang menggambarkan
hala tuju sekolah yang jelas bagi melahirkan murid yang sempurna.
Misi sekolah dinyatakan dengan jelas dari segi cara, pendekatan,atau kaedah bagi merealisasikan visi tersebut.
1.1 Pembentukan pernyataan visi dan misi :
a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
wawasan negara dan perkembangan semasa;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
18/117
3
b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman,
potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti
setempat; dan
c. dibuat secara kolektif.
1.2 Visi dan misi sekolah:
a. disebarluaskan kepada warga sekolah;
b. dihayati oleh warga sekolah;
c. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan
kerja harian warga sekolah;
d. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang
munasabah;
e. memberi impak kepada warga sekolah; dan
f. dikaji semula mengikut keadaan dan keperluan.
Elemen 2 : Kepemimpinan
2.1 Guru Besar/Pengetua menerajui dan menggerakkan seluruh
warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan cara:
a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari
dengan visi dan misi;
b. mengamalkan gaya kepemimpinan yang sesuai mengikut
situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang
warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);
c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja
secara sepasukan;
d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan
konflik; dan
e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir
dalam kalangan warga sekolah.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
19/117
4
2.2 Guru Besar/Pengetua mengamalkan sistem komunikasi yang
berkesan dengan:
a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;
b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk
mengemukakan pendapat;
c. merangsang percambahan fikiran dalam kalangan warga
sekolah; dan
d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan
kolaboratif.
2.3 Guru Besar/Pengetua memberi motivasi dan dorongan bagi
membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju
warga sekolah secara berterusan dengan cara:
a. memberi sokongan moral dan material;
b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;
c. membuat penilaian secara adil;
d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan
kebajikan warga sekolah; dan
e. memberi teguran dan nasihat membina.
2.4 Guru Besar/Pengetua memainkan peranan yang berkesan
sebagai pemimpin kurikulumdengan:
a. mengajar sejumlah waktu mengikut surat pekelilingyang
sedang berkuat kuasa;
b. menjalankan penyeliaanpengajaran dan pembelajaran;
c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran;
d. menggerak dan memantau perjalanan Jawatankuasa
Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum, panitia-panitia
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
20/117
5
mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang
berkaitan dengannya; dan
e. memantau kemajuan murid.
2.5 Guru Besar/Pengetua mengupayakan semua guru untuk
membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan
dengan:
a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang
tugas;
b. melatih dan memimpin;
c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa
masing-masing;
d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas; dan
e. membimbing dan menasihat untuk meningkatkan
keupayaan kepemimpinan.
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI
Elemen 3 : Struktur Organisasi
Pihak Pengurusan Sekolah menjelaskan dan menyelaraskan tugas
guru dan staf sokongan dengan:
a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;
b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang
ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, programpembangunan sekolah dan program pendidikan;
c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja
bagi setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan
d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang
ditubuhkan.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
21/117
6
Elemen 4 : Perancangan
Pihak pengurusan sekolah mengadakan perancangan strategik,
taktikal dan operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum,
kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, sumber tenaga manusia,
bahan kurikulum, kemudahan dan keperluan asas berasaskan
prinsip penambahbaikan berterusan. Perancangan ini hendaklah
mengambil kira:
a. visi dan misi sekolah;
b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value(TOV)];
c. peningkatan sasaran operasi [Operational TargetedIncrement(OTI)];
d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result(ETR)];
e. strategi yang bersesuaian;
f. implikasi sumber; dan
g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program
yang dilaksanakan.
Elemen 5 : Iklim
Pihak pengurusan sekolah mewujudkan iklim yang sihat dengan:
a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;
b. memastikan persekitaran psikososial yang selamat, kondusif,
dan harmoni;
c. mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan dalam kalangan
warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;
d. mewujudkan permuafakatan dalam kalangan warga sekolah, ibu
bapa dan komuniti setempat;
e. memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan
etika perkhidmatan;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
22/117
7
f. memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;
g. memberi kebebasan optimum yang terkawal dalam kalangan
warga sekolah;
h. memberi motivasi serta sokongan moral, materialdan kepakaran
kepada warga sekolah; dan
i. memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah
atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada
kemajuan sekolah.
Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Pihak pengurusan sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu
kemudahan dan keperluan asas, kewangan, sumber manusia dan
bahan kurikulum dengan:
a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan
keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;
b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi
memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;
c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik;
d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;
e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan
mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan;
f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;
g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakanbagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;
h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara
optimum sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan,
kemahiran, pengalaman, bakat dan minat;
i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program
peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan
dan kemajuan pendidikan;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
23/117
8
j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan
kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan
k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan
secara optimum.
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat
Pihak pengurusan sekolah mengurus semua data dan maklumat
pengurusan dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan
kokurikulum, dan pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan
berkesan agar data dan maklumat:
a. dikumpul secara berterusan;
b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang
diberikan;
c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;
d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa
dan tahap keselamatan;
e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;
f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan
g. dikemas kini.
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum
dan Hal Ehwal Murid
Pihak pengurusan sekolah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan
program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan
dengan:
a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat
(kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
24/117
9
b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid
dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan
kumpulan sasaran;
c. mengelola sumber manusia dengan mengenal pasti, melantik
dan menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas
dan sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;
d. melaksana program mengikut perancangan;
e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan;
f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan,pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan
g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian
impak.
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut prinsip-prinsip berikut:
a. berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian
sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas;
b. kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara
bersepadu;
c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan
melibatkan murid secara aktif;
d. menghayati dan mengamalkan ilmu;
e. menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai
dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan murid;
f. guru dan murid bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
25/117
10
g. mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan
mereka;
i. memupuk semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan
patriotisme; dan
j. membuat penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran secara berterusan.
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Guru membangunkan sahsiah setiap murid mengikut tahap
persekolahan dan potensi masing-masing dengan:
a. memberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan
potensinya;
b. memberi peluang, latihan dan bimbingan;
c. memotivasi dan memberi galakan;
d. menunjukkan teladan;
e. menyediakan persekitaran yang kondusif dan kemudahan
prasarana yang lengkap;
f. menilai pencapaian murid dari semasa ke semasa untuk
pembetulan dan penambahbaikan;
g. memberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang
perlakuan yang negatif; dan
h. memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan
yang positif.
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid
Guru menilai pencapaian murid dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah dengan pendekatan berikut:
a. secara formatif dan sumatif;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
26/117
11
b. mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan kelemahan secara
spesifik;
c. merekod dan mengulas secara kuantitatif dan kualitatif;
d. mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan
e. hasil penilaian dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta
pihak berkuasa yang berkaitan.
DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,Kokurikulum dan Sahsiah
12.1 Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah,
bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep
kendiri yang positif untuk menjadi warga negara yang
patriotik;
b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian(untuk murid beragama Islam);
c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan
memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi;
e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan
betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakanbahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar;
f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian
selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
27/117
12
h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran
sosial;
i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta
mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang
baik; dan
j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk
menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah, bersesuaian
dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. menguasai bahasa Melayu;
b. menguasai kemahiran asas berbahasa;
c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul
untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan
bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;
d. mempunyai keupayaan intelektual yang merangkumi
pemikiran rasional, kreatif dan kritis;
e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya
dalam kehidupan seharian;
f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;
g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;
h. memiliki kualiti kepimpinan dan keyakinan diri;
i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;
j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
k. memahami dan menghargai budaya;
l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;
m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
28/117
13
n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan
produktiviti;
o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan
memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran
(untuk murid beragama Islam);
p. mempunyai asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan)
dan mengamalkan nilai-nilai murni;
q. bersemangat patriotisme;
r. berbakat dan kreatif; dan
s. bersikap positif.
12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah, bersesuaian
dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. cekap dan fasih berbahasa dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris;
b. mempunyai keupayaan intelektual;
c. berilmu pengetahuan dan membangunkan penguasaan
kemahiran;
d. berkemahiran mengaplikasi bidang-bidang ilmu dan
kemajuan teknologi yang baru;
e. memperoleh kecekapan yang berfaedah kepada dirinya
dan masyarakat;
f. berkeyakinan diri;
g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan
sosiobudaya setempat dalam negara;
h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;
i. mempunyai kesedaran terhadap persekitaran;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
29/117
14
j. memperlihatkan pemantapan nilai;
k. mempunyai semangat patriotisme;
l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa
depan;
m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;
n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan
terhadap diri sendiri dan orang lain;
o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha setelah
berusaha dan berikhtiar;
p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat
dan agama; dan
q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya
dengan:
i. keluarga;
ii. persekitaran;
iii. alam fizikal;iv. kejadian alam; dan
v. Pencipta.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
30/117
15
BAB 2
PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA
2.1 Pendahuluan
Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Matematik
Sekolah Rendah ini diterbitkan bertujuan untuk memberi panduan
dan maklumat kepada guru, guru besar, pengurus dan pentadbir
sekolah dalam menjalankan tugas bagi memastikan pengurusan
pengajaran Matematik dilaksanakan dengan efisien dan efektif untuk
mencapai standard yang memuaskan.
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah dibina bertujuan
mengukuhkan kemahiran murid dalam membaca, menulis dan
mengira (3M). Banyak perubahan telah berlaku pada kurikulum
Matematik di sekolah rendah. Pada tahun 1982, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. Matematik merupakan
salah satu mata pelajaran teras di dalam KBSR yang diajar daripada
Tahun 1 hingga Tahun 6 seperti disenaraikan dalam Jadual 1:
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997.
Dalam pelaksanaan KBSR, guru menghadiri kursus secara bergilir
yang dikendalikan oleh Bahagian KPM dan Institusi Perguruan yang
meliputi aspek isi kandungan kurikulum dan kaedah mengajar.
Pengurus dan pentadbir sekolah serta Guru Besar juga telah
didedahkan kepada KBSR untuk membolehkan mereka memainkan
peranan yang berkesan sebagai pemimpin instruksional.
Pada tahun 2002, satu lagi perubahan besar berlaku dalam
kurikulum Matematik di sekolah rendah. Mesyuarat Jemaah Menteri
telah memutuskan untuk melaksanakan Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
(PPSMI). Keputusan ini diambil memandangkan bahawa bahasa
Inggeris merupakan bahasa ilmu dan bahasa perhubungan
antarabangsa. Penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris
membolehkan seseorang itu boleh mengakses kepada maklumat
terkini sama ada dalam bentuk elektronik atau bukan elektronik yang
sebahagian besar daripadanya terdapat di dalam bahasa Inggeris.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
31/117
16
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan
PPSMI adalah untuk memaju dan membangunkan keseluruhan
potensi generasi muda Malaysia ke arah merealisasikan cabaran
Wawasan 2020, khususnya cabaran ke enam iaitu mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Pada
masa yang sama, KPM bercita-cita memenuhi hasrat Misi Nasional
untuk membangunkan modal insan yang dapat bersaing di peringkat
global berteraskan Islam Hadhari, berkeupayaan dalam Sains dan
Teknologi, kreatif dan berinovasi serta berupaya melaksanakan lebih
banyak usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Program PPSMI mula dilaksanakan pada tahun 2003 di Tahun Satu
bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu serta Tingkatan Enam
Bawah bagi sekolah menengah. Pada tahun 2008, PPSMI akan
dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah dan menengah.
2.2 Objektif Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran
Matematik
Objektif utama Standard ini ialah untuk membolehkan Guru Besar
dan pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengajaranMatematik:
2.2.1 Mengetahui peranannya sebagai pemimpin instruksional;
2.2.2 Mengamalkan kepimpinan profesional;
2.2.3 Mengetahui dasar, kurikulum dan strategi pengajaran
Matematik; dan
2.2.4 Menjalankan penyeliaan dengan efisien dan efektif ke atas:
a. Pengurusan Mata Pelajaran Matematik.
b. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik.
c. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Matematik.
2.3 Peranan Guru Besar
Dalam menjalankan penyeliaan, seseorang pemimpin instruksional
perlu mempunyai pengetahuan dan kecekapan tertentu seperti
kemahiran berkomunikasi, motivasi, pengurusan konflik dan
pengurusan stress.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
32/117
17
Penyeliaan dalam kurikulum merupakan salah satu tanggung jawab
penting seseorang Guru Besar untuk memastikan kejayaan
pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Mengikut Glatthorn (1984:2):
Supervision is a process of facilitating the professional growth
of a teacher, primarily by giving the teacher feedback about
classroom instructions and helping the teacher make use of
that feedback in order to make teaching more effective.(Glatthorrn, A. H. (1984): Differentiated Supervision, Alexandria,
Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development).
Untuk menjalankan penyeliaan dengan lebih berkesan lagi, KPM
telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1987
yang menghendaki Pengetua/Guru Besar menjalankan penyeliaan
keatas pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah secara
sistematik.
Di samping menjalankan penyeliaan di dalam bilik darjah, Guru
Besar harus juga memainkan peranan sebagai seorang pemimpin
kurikulum. Beliau perlu memastikan bahawa:
2.3.1 Pelaksanaan kurikulum di sekolah mematuhi Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
2.3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS), Jawatankuasa
Khas PPSMI, Sistem Bimbingan Taulan (SBT), Panitia Mata
Pelajaran dan Jawatankuasa lain yang berkaitan dengan
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik ditubuhkan dan
berfungsi serta mendokumentasi dengan kemas kini perkara
seperti berikut:
a. Perancangan,
b. Penyelarasan,
c. Pelaksanaan,
d. Pemantau dan Penilaian, dane. Penambahbaikan;
2.3.3 Perkakasan ICT, koswer, bahan bantu belajar dan bahan-
bahan tambahan dikendali secara terancang dan digunakan
secara optimum;
2.3.4 Bilik PPSMI/Matematik diurus dengan baik dan
dimanfaatkan;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
33/117
18
2.3.5 Pengagihan tugas mengajar dan tugas kokurikulum dibuat
mengikut kelayakan dan pengalaman guru;
2.3.6 Program perkembangan staf dirancang dan dijalankan
berdasarkan keperluan yang telah dikenal pasti;
2.3.7 Program penilaian berterusan dijalankan seperti Take Off
Value (TOV), Operational Targeted Increment (OTI) dan
Expected Targeted Result (ETR);
2.3.8 Tindakan susulan diambil berdasarkan hasil penilaian;
2.3.9 Kualiti kerja murid sentiasa terkawal; dan
2.3.10 Prestasi murid sentiasa meningkat.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
34/117
19
BAB 3
PENGURUSAN MATA PELAJARAN MATEMATIK
3.1 Pendahuluan
Kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Matematik di sesebuah
sekolah bergantung kepada dua faktor utama, iaitu pengurusan mata
pelajaran serta pelaksanaan P&P dalam bilik darjah. Guru Besar
(GB) sebagai pemimpin instruksional, pengurus dan pentadbir
sekolah perlu memastikan pengurusan serta pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Matematik mencapai standard kualiti
yang tinggi.
3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) adalah merupakan badan
profesional di peringkat sekolah yang perlu dimanfaatkan untuk
membantu guru melaksanakan kurikulum supaya mencapai
matlamatnya.
3.2.1 Fungsi dan Peranan Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah
a. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka
pendek dan jangka panjang di peringkat sekolah untuk
menentukan pencapaian matlamat kurikulum;
b. Mengemuka dan membincangkan kaedah-kaedah
perancangan, pelaksanaan, pengelolaan, pemantauan
dan penilaian program kurikulum dan kokurikulum untuk
meningkatkan kualiti P&P;
c. Merancang perkembangan staf untuk meningkatkan mutupendidikan;
d. Meneliti kesesuaian sumber-sumber P&P seperti buku
teks, panduan guru dan sumber-sumber lain;
e. Membincang masalah-masalah pendidikan yang
dihadapi di sekolah;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
35/117
20
f. Memberi ruang supaya idea-idea baru yang berkaitan
dengan pendidikan dibincangkan;
g. Memastikan penubuhan Panitia Mata Pelajaran dan
mempertimbangan cadangan dan syor yang dikemukakan
oleh Panitia;
h. Memantau dan menilai kegiatan panitia bagi memastikan
pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan matlamat yang
dikehendaki;
i. Memantau dan menilai semua sukatan pelajaran dengan
tujuan untuk memberikan maklum balas kepada
Jawatankuasa Kurikulum Daerah dan Negeri;
j. Menentukan pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan di
peringkat sekolah adalah berkesan.
3.2.2 Keanggotaan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Pengerusi: Guru Besar
Ahli-ahli: Guru Penolong Kanan,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Penyelia Petang,
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran,
Guru Media,
Setiausaha Kurikulum,
Setiausaha Peperiksaan, dan
Guru Bimbingan dan Kaunseling.
(Bagi sekolah kecil semua guru bolehlah menjadi ahli JKS)
3.2.3 Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
a. Mesyuarat JKS tidak terhad pada awal penggal sahaja,
tetapi hendaklah diadakan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan sekolah untuk mengesan dan menilai
pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan;
b. Guru Besar mestilah memberi keutamaan yang
seimbang kepada bidang kurikulum dalam senarai
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
36/117
21
tugasnya. Mesyuarat Jawankuasa Kurikulum hendaklah
dipengerusikan oleh Guru Besar sendiri;
c. Guru Besar atau wakilnya hendaklah mengadakan
pencerapan yang lebih kerap untuk melihat sejauh mana
keputusan JKS dilaksanakan; dan
d. Mesyuarat JKS perlu mengutamakan perbincangan
mengenai perkara profesional.
3.3 Kepimpinan Guru Besar
3.3.1 Sebagai pemimpin kurikulum, Guru Besar hendaklah
memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan:
a. Seorang Ketua Panitia Matematik dilantik;
b. Rancangan Strategik, Taktikal dan Operasi disediakan
mengikut garis panduan yang diberikan bersesuaian
dengan keadaan sekolah dan tahap kebolehan murid;
c. Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPSMI, Jawatankuasa
Sistem Bimbingan Taulan (SBT) dan Panitia diadakan
seperti yang dirancang;
d. Guru Besar menghadiri mesyuarat Jawatankuasa/Panitia
untuk memberi input, pandangan dan bimbingan
profesional;
e. Guru Besar menyemak dan meneliti minit mesyuarat dan
laporan perkembangan/kemajuan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum yang dijalankan serta mengambil tindakan
susulan;
f. Guru Besar memberi maklum balas berdasarkan kepada
hasil penyeliaan P&P; mesyuarat Jawatankuasa Khas
PPSMI, Jawatankuasa SBT dan Panitia Matematik;
penyemakan Rekod P&P; penyemakan latihan dan
tugasan murid serta penyemakan Rekod Prestasi dan
Rekod Profil Murid; dan
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
37/117
22
g. Tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil
terhadap isu dan masalah yang dikenal pasti.
3.4 Panitia Mata Pelajaran Matematik
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 4/1986 mewajibkan semua
sekolah menubuhkan Panitia Mata Pelajaran secara rasmi.
Bagaimanapun, sekolah kecil seperti sekolah kurang murid (SKM)
tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran. Sekolah
seperti ini boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran sebagai
satu panitia.
Ahli Panitia Matematik adalah terdiri daripada semua guru yang
mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah. Ketua Panitia ialahseorang guru yang dilantik oleh Guru Besar berdasarkan kekananan,
kelayakan akademik, pengalaman mengajar, prestasi kerja dan sifat-
sifat kepimpinan. Seorang Setiausaha Panitia hendaklah dipilih
oleh ahli Panitia.
Fungsi dan peranan panitia Matematik adalah seperti yang diberikan
dalam SPI Bil. 4/1986.
Panitia hendaklah mengadakan mesyuarat panitia secara berkala
sekurang-kurangnya sekali sepenggal. Adalah dicadangkan supayasekolah mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya tiga
kali setahun. Di samping itu mesyuarat panitia boleh diadakan secara
ad-hoc pada bila-bila masa jika perlu. Mesyuarat rasmi perlu
mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) 2/
1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.
Untuk memberikan bimbingan dan penyeliaan terhadap perjalanan
panitia, Guru Besar hendaklah sentiasa memantau program panitia
dengan merujuk kepada minit mesyuarat dan rancangan aktivitinya.Guru Besar dan Guru Penolong Kanan digalakkan menghadiri
sekurang-kurangnya satu mesyuarat panitia dalam setahun bagi
memberikan bimbingan profesional.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh
Panitia Matematik:
3.4.1 Rancangan Aktiviti Tahunan yang merangkumi murid dan guru
seperti Rancangan Peningkatan Penguasaan Murid dalam
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
38/117
23
Kemahiran Asas Matematik dan Peningkatan Keberkesanan
Pengajaran Guru.
3.4.2 Pengurusan alat dan bahan sumber Matematik termasuk
perkakasan ICT yang melibatkan aspek pemerolehan,
penyelenggaraan, penyimpanan, perekodan dan
penggunaan;
3.4.3 Program perkembangan staf luaran dan dalaman;
3.4.4 Rancangan aktiviti kokurikulum Persatuan Matematik;
3.4.5 Pemantauan dan penilaian serta tindakan penambahbaikan;
3.4.6 Kelas Tambahan (Pengukuhan, Pengayaan dan Pemulihan);
dan
3.4.7 Persekitaran Matematik (Mathematical Environment).
3.5 Tugas Ketua Panitia
Ketua Panitia (KP) pada keseluruhannya adalah bertanggungjawab
kepada Guru Besar terhadap perancangan, pengelolaan dan
pelaksanaan program Panitia di sekolah. Berikut adalah senaraitugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan oleh KP untuk
menjayakan matlamat yang tersebut di atas.
3.5.1 Mengetuai Panitia Matematik sekolah serta menganggotaiJKS;
3.5.2 Memastikan seorang daripada ahli Panitia dipilih sebagaiSetiausaha Panitia;
3.5.3 Mempengerusikan mesyuarat Panitia Matematik danmemastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikankepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan semua ahlipanitia;
3.5.4 Memastikan perbincangan mesyuarat panitia mencakupi hal-hal profesional selain daripada hal-hal pentadbiran. Perkaraprofesional yang boleh dibincangkan adalah seperti masalahpengajaran guru, pembelajaran murid, prestasi pencapaianmurid, isi kandungan kurikulum Matematik, pedagogi
Matematik, penggunaan perkakasan ICT, bahan bantu
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
39/117
24
belajar, pengurusan kelas dan strategi menangani masalah
yang dihadapi;
3.5.5 Memastikan aktiviti peningkatan pencapaian murid
dirancang;
3.5.6 Memastikan kesemua aktiviti yang dirancang dijalankan
dengan sempurna;
3.5.7 Mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan dalam
kalangan ahli panitia untuk mendapat maklumat tentang
kemajuan yang dicapai, masalah yang dihadapi dan tindakan
untuk meningkatkan kualiti P&P;
3.5.8 Menjadi perantara di antara Panitia Matematik dengan pihak
pengurusan sekolah berkaitan pengurusan serta pelaksanaan
P&P;
3.5.9 Menguruskan penyediaan soalan ujian/peperiksaan (PKBS/
PKSR) dengan menetapkan agihan tugas, kawal mutu soalan
dan penyediaan skema pemarkahan. Beliau juga perlu
bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan berkaitan
pengurusan ujian/peperiksaan sekolah;
3.5.10 Membuat analisis keputusan ujian/peperiksaan bersama ahli
panitia dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk
tujuan penambahbaikan;
3.5.11 Bertanggungjawab ke atas pengurusan bahan-bahan seperti
sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks, buku
rujukan, majalah, perkakasan ICT, koswer, bahan bantu
belajar, kertas soalan ujian/peperiksaan, surat-menyurat,
dokumentasi panitia dan perkembangan terbaru dalam
pendidikan Matematik;
3.5.12 Melengkapkan diri dengan perkembangan terkini dalam
pendidikan Matematik melalui bacaan, menghadiri kursus/
mesyuarat/seminar dan lain-lain. Selain itu, beliau perlu
memastikan setiap ahli panitia diberi peluang untuk
meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing melalui
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
40/117
25
galakan membaca, menghadiri kursus/mesyuarat/seminar
dan melaksanakan kursus dalaman;
3.5.13 Bekerjasama dengan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
(PSS) bagi pemerolehan buku-buku dan bahan Matematik
untuk PSS. Selain itu, beliau juga perlu bekerjasama dengan
Penyelaras PPSMI, Setiausaha SBT, Penyelaras ICT, Guru
SPBT dan Guru Bimbingan dan Kaunseling (Kaunselor) untuk
menyelaras pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan
pendidikan Matematik di sekolah dan pencapaian murid;
3.5.14 Menyediakan laporan interim dan laporan tahunan berkaitan
pelaksanaan program panitia untuk tujuan tindakan
penambahbaikan;
3.5.15 Menggalakkan ahli Panitia Matematik menjalankan Kajian
Tindakan berkaitan isu-isu pendidikan Matematik di sekolah;
dan
3.5.16 Membimbing guru baru, guru Matematik bukan opsyen, Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan Guru Ganti dalam hal
pengurusan mata pelajaran, P&P dan pengurusan Panitia.
3.6 Tugas Setiausaha Panitia
Setiausaha Panitia hendaklah membantu Ketua Pantia dalam aspek
pengurusan Panitia dan pengurusan mesyuarat Panitia. Beliau juga
bertanggungjawab untuk memastikan semua dokumen panitia diurus
dengan sistematik. Untuk pengurusan mesyuarat panitia, Setiausaha
Panitia hendaklah melaksanakan tugas seperti berikut:
3.6.1 Tindakan pra-mesyuarat
a. Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat;dan
b. Menghantar kepada ahli panitia surat panggilan
mesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya sepuluh
(10) hari sebelum sesuatu mesyuarat diadakan,
3.6.2 Tindakan semasa mesyuarat
Catatan minit mesyuarat
- Senarai kehadiran;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
41/117
26
- Perkara penting yang dibincangkan;
- Keputusan yang dibuat; dan
- Tindakan susulan yang perlu diambil,
3.6.3 Tindakan selepas mesyuarat
a. Menyediakan minit-minit untuk kelulusan pengerusi dan
hendaklah dikemukakan tidak lewat dari tiga (3) hari
selepas tarikh mesyuarat diadakan; dan
b. Memastikan maklum balas minit diterima daripada ahli
mesyuarat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh
mesyuarat berikutnya.
3.7 Pengagihan Tugas Mengajar
Pengagihan tugas mengajar dalam kalangan guru harus
dilaksanakan secara seimbang dengan mengambil kira kelayakan,
kecenderungan, minat dan pengalaman.
Seseorang guru Matematik seboleh-bolehnya diberi peluang
mengajar di kelas yang berlainan Tahun atau Tahap supaya dia lebih
memahami perkembangan tajuk-tajuk Matematik dari setahun ke
setahun serta boleh mengambil alih kelas guru lain tanpamenghadapi kesulitan.
3.8 Peruntukan Masa Dan Sebaran Waktu Pelajaran Matematik
Masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Matematik di sekolah
rendah adalah ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsan) 1997 dan dihuraikan oleh Surat
Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 11/2002, SPI Bil. 12/2002 dan SPI
Bil. 2/2006.
3.8.1 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT).
Mengikut SPI Bil. 11/2002, SK dan SJKT diperuntukkan
sebanyak 210 minit seminggu untuk Tahap I dan Tahap II.
3.8.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Peruntukkan masa untuk mata pelajaran Matematik di SJKC
adalah berdasarkan SPI Bil. 12/2002 dan SPI Bil. 2/2006.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
42/117
27
a. Tahap 1 SJKC.
Untuk Tahap 1, sebanyak 300 minit diperuntukkan iaitu
120 minit dalam bahasa Inggeris dan 180 minit dalam
bahasa Cina (SPI Bil. 12/2002).
b. Tahap 2 SJKC.
Untuk Tahap 2, sebanyak 240 minit diperuntukkan iaitu
60 minit dalam bahasa Inggeris dan 180 minit dalam
bahasa Cina (SPI Bil. 2/2006).
Waktu Matematik dalam bahasa Inggeris di SJKC perlu dinyatakan
dalam Jadual Waktu Induk dan Jadual Waktu Guru.
Dalam penyusunan jadual waktu Matematik, sebaran waktu dalam
seminggu yang disyorkan perlu mengambil kira perkara berikut:
Matematik diajar setiap hari persekolahan
Jika dua waktu diberikan dalam sesuatu hari persekolahan, waktu
berkembar adalah digalakkan
Waktu Matematik adalah lebih sesuai diadakan sebelum waktu
rehat
Penjadualan tiga waktu berturut-turut tidak digalakkan
Walau bagaimanapun, sekolah diberi kelonggaran untuk
melaksanakan jadual waktu anjal mengikut keperluan dan
kesesuaian.
3.9 Perkembangan Staf
Perkembangan staf merupakan satu program untuk meningkatkanpengetahuan, kemahiran serta memperluaskan pengalaman guru
dalam sesuatu bidang profesional. Oleh yang demikian, Panitia
digalakkan mengadakan program ini untuk mempertingkatkan
prestasi guru dalam P&P Matematik serta bidang lain yang berkaitan.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
43/117
28
Program perkembangan staf boleh dikelaskan kepada dua jenis
iaitu luaran dan dalaman:
Perkembangan staf dalaman adalah program/aktiviti di
peringkat sekolah yang dirancang dan dijalankan oleh pihak
pengurusan sekolah dan Panitia Matematik untuk guru.
Program perkembangan staf luaran seperti kursus/bengkel/
seminar dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar
misalnya Regional Education Centre for Science and
Mathematics (RECSAM), KPM, JPN, PPD, PPG, IPTA/IPTS dan
agensi lain. Pihak pengurusan sekolah dan Panitia Matematik
hendaklah menggalakkan dan memberi peluang kepada guru
Matematik untuk menyertai program yang relevan.
Pihak pengurusan sekolah dan Panitia Matematik perlu membuat
Analisis Keperluan untuk mengenal pasti bidang-bidang yang sesuai
diadakan perkembangan staf. Selain itu, maklum balas penyeliaan
P&P boleh digunakan untuk merancang sesi perkembangan staf
yang diperlukan.
Antara contoh-contoh program perkembangan staf dalaman yang
boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah dan Panitia
Matematik untuk peningkatan dan pemantapan profesionalisme guruMatematik ialah:
Sesi perbincangan dan sumbang saran mengenai isu dan
masalah P&P, perkembangan terkini dalam isi kandungan
kurikulum Matematik sekolah, pembaharuan dalam bidang
pedagogi serta peningkatan dalam disiplin ilmu Matematik dan
pendidikan Matematik;
Bengkel berkaitan penyediaan dan penggunaan bahan,
penyelenggaraan dan penggunaan perkakasan ICT;
Analisis kuantitatif dan kualitatif hasil ujian/peperiksaan;
Sesi ceramah/syarahan luaran dan dalaman;
Pengajaran mikro;
Penyebaran maklumat berkaitan kursus / bengkel / ceramah /
taklimat / mesyuarat anjuran pihak luar yang telah dihadiri;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
44/117
29
Lawatan sambil belajar; dan
Kajian Tindakan.
Pihak pengurusan sekolah dan Panitia Matematik hendaklah juga
menggalakkan guru-guru Matematik melaksanakan perkara berikut:
Menjadi ahli Persatuan Matematik dan Persatuan Pendidikan
Matematik di peringkat daerah/negeri/kebangsaan;
Menulis artikel berhubung dengan pendidikan Matematik untuk
diterbitkan dalam majalah sekolah, jurnal pendidikan, majalah/
berita Matematik dan lain-lain;
Membaca buku/majalah/artikel berkaitan dengan pendidikan
Matematik; dan
Perkongsian ilmu dan kemahiran dengan guru, murid dan institusi
pendidikan lain.
3.10 Persatuan Matematik
Aktiviti kokurikulum persatuan akademik adalah bertujuan untuk
pengukuhan, pengayaan dan meluaskan pengetahuan sertamenimbulkan/meningkatkan minat murid terhadap Matematik.
Kurikulum Persatuan Matematik perlu diwujudkan bagi
membolehkan aktiviti persatuan dilaksanakan dengan terancang dan
berkesan.
Guru Penasihat Persatuan Matematik hendaklah dipilih daripada
kalangan guru Matematik. Aktiviti persatuan hendaklah dirancang
oleh guru penasihat bersama dengan ahli persatuan. Dalam hal ini,
Panitia Matematik boleh membantu dalam perancangan aktiviti dan
Guru Matematik yang lain boleh dilibatkan dalam pelaksanaanaktiviti.
Contoh aktiviti kokurikulum yang sesuai adalah:
Projek Matematik seperti membuat model, graf dan carta;
Menyediakan laporan berdasarkan sesuatu siasatan/kajian;
Rekreasi/Permainan Matematik;
Kuiz/Pertandingan Matematik;
Jejak Matematik;
Lawatan Sambil Belajar;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
45/117
30
Mengendalikan Sudut Matematik di Papan Kenyataan; dan
Bimbingan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Laporan/rekod perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
3.11 Sudut Matematik
Sudut Matematik hendaklah diwujudkan di setiap bilik darjah. Sudut
ini sangat berguna kepada murid untuk peneguhan dan perluasan
pengetahuan mereka berkaitan isi kandungan pelajaran. Selain itu,
sudut ini juga dapat meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran murid serta dapat meningkatkan minat murid terhadap
mata pelajaran Matematik.
Pengelolaan sudut Matematik memerlukan usaha dan kerjasama
guru dan murid. Bahan yang dipamerkan hendaklah sentiasa kemas
kini dan sesuai mengikut topik yang dipelajari. Antara bahan-bahan
yang boleh dipamerkan di sudut Matematik adalah:
Carta sifir dan operasi asas;
Carta berkaitan topik/kemahiran yang sedang diajar;
Model dan bahan maujud yang berkaitan dengan topik/
kemahiran yang sedang dipelajari;
Hasil kerja murid; Rumus/Formula Matematik;
Petikan/keratan artikel dan surat khabar berkaitan pendidikan
Matematik;
Sejarah dan tokoh Matematik;
Kuiz/pertandingan Matematik dan lain-lain.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
46/117
31
BAB 4
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 Pendahuluan
Ramai ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli pendidikan telah
menjalankan penyelidikan tentang perkembangan intelek seseorang
individu dan kesediaannya untuk menerima pengajaran. Kajian-
kajian ini telah banyak mempengaruhi pemikiran tentang bagaimana
seorang kanak-kanak belajar Matematik.
4.1.1 Teori Behaviourisme
Teori Behaviourisme yang dikemukakan oleh B. F. Skinner,
John B. Watson dan Edward Thorndike menumpu kepada
tingkah laku yang boleh diperhatikan iaitu tindakan dan pola
perlakuan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan
itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu
mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika kita
hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu
perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan
ganjarannya. Menurut Gardner (2000), Behaviourismemempunyai implikasi yang amat mendalam dalam
pendidikan.
Implikasi teori ini dalam P&P Matematik adalah dalam
merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran,
seseorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang
boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru
hendaklah mengatur strategi dengan memberi ganjaran
kepada murid yang menunjukkan perlakuan yang
dikehendaki. Guru perlu menekankan kepada latih tubi untukmengesan kemajuan pembelajaran murid.
4.1.2 Teori Kognitivisme
Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan
memperoleh pengetahuan ialah secara kognitivisme. Idea
utama kognitivisme ialah perwakilan mental. Semua idea
dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
47/117
32
yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan
bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami
oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan
skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat
tersebut ke dalam skema tersebut. Sekiranya tidak secocok
dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau
diubah suai atau skema akan diubah suai. Implikasi teori
kognitivisme ini ialah guru perlu menyampaikan data dan
maklumat dengan kaedah pengajaran yang sesuai dan
secocok dengan skema yang sedia ada pada murid atau
membimbing murid membina skema yang betul.
Penggerak utama kognitivisme ialah Jean Piaget. Beliau
telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan intelekmengikut kematangan (umur kronologi) kanak-kanak:
Peringkat Deria Motor (0 2 tahun);
Peringkat Pra-Operasi (2 7 tahun).
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan
bahasa serta boleh berfikir secara intuitif;
Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun).
Pada peringkat ini, kanak-kanak berkeupayaan berfikirsecara mantik melalui pengalaman konkrit. Inilah
sebabnya mengapa Bahan Bantu Mengajar perlu
digunakan semasa P&P;
Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas).
Pada peringkat ini, pemikiran secara abstrak mula
berkembang. Kanak-kanak boleh berfikir secara induktif
atau deduktif dan dapat menggunakan logik. Mereka
boleh menggunakan simbol-simbol Matematik untuk
menggambarkan konsep-konsep abstrak, mengaitkansatu konsep dengan konsep yang lain dan menggunakan
logik untuk menyelesaikan masalah Matematik. Pada
peringkat ini, penggunaan alatan konkrit dan gambar rajah
boleh ditinggalkan (Walaupun, kanak-kanak telah berumur
12 tahun atau lebih, sekiranya ada antara mereka masih
berada pada peringkat operasi konkrit, penggunaan
bahan konkrit dan gambar rajah masih sangat diperlukan).
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
48/117
33
Implikasi hasil penyelidikan tentang perkembangan tersebut
di atas ialah pengajaran sesuatu konsep Matematik
hendaklah dikendalikan melalui peringkat konkrit ke peringkat
separa konkrit dan seterusnya ke peringkat abstrak. Dalam
perkataan lain, sesuatu konsep Matematik hendaklah diajar
mengikut tahap dan potensi murid dengan menggunakan
bahan bantu belajar seperti bahan konkrit (bahan sebenar
atau model), kemudian dengan menggunakan bahan separa
konkrit (gambar rajah, carta, gambar atau ilustrasi) dan
akhirnya digunakan simbol sahaja.
4.2 Isi Kandungan Kurikulum Matematik
Isi kandungan Kurikulum Matematik disusun mengikut empat bidangutama iaitu Nombor, Ukuran, Ruang dan Statistik. Bagi setiap bidang
utama, huraian topik-topik yang merangkumi skop bidang
pembelajaran adalah seperti berikut :
4.2.1 Nombor
a. Nombor Bulat
b. Pecahan
c. Perpuluhan
d. Wang
e. Peratus
4.2.2 Ukuran
a. Masa dan Waktu
b. Ukuran Panjang
c. Timbangan Berat
d. Isipadu Cecair
4.2.3 Bentuk dan Ruang
a. Bentuk Dua Dimensib. Bentuk Tiga Dimensi
c. Perimeter dan Luas
4.2.4 Statistik
a. Purata
b. Perwakilan Data
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
49/117
34
4.3 Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Pada keseluruhannya, penekanan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran P&P Matematik sekolah rendah adalah untuk
membolehkan pembinaan konsep, pemerolehan kemahiran dan
penerapan nilai positif. Selain itu, terdapat elemen-elemen lain yang
perlu diambil kira dan dipelajari dalam proses P&P dalam bilik
darjah. Penekanan utama adalah seperti berikut:
4.3.1 Penyelesaian Masalah
a. Penyelesaian masalah wujud dalam tiga bentuk yang
berbeza iaitu isi kandungan, kebolehan dan pendekatan
pembelajaran. Model penyelesaian masalah yang seringdigunakan adalah menggunakan kaedah Polya seperti
berikut:
i. Memahami masalah
ii. Merangka pelan penyelesaian
iii. Melaksanakan pelan penyelesaian
iv. Menyemak penyelesaian
b. Penyelesaian masalah adalah kebolehan Matematik
yang muktamad yang perlu dikembangkan dalamkalangan pembelajar Matematik. Sebagai kebolehan
muktamad, penyelesaian masalah dibina daripada
pengalaman dan pengetahuan sedia ada atau kebolehan
Matematik lain yang lebih mudah. Dengan itu, adalah
penting untuk memastikan kebolehan seperti pengiraan,
pengukuran dan komunikasi dikembangkan dengan baik
dalam kalangan murid.
4.3.2 Komunikasi Dalam Matematik
Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan
memperjelaskan kefahaman Matematik. Melalui
perbincangan, idea Matematik boleh diimbas kembali,
dibincangkan dan diubah suai.
Komunikasi berkesan membolehkan murid menyelesaikan
masalah dan berkebolehan menghuraikan konsep dan
kemahiran Matematik kepada rakan sebaya dan guru.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
50/117
35
Kemahiran berkomunikasi dalam Matematik mencakupi
kemahiran membaca dan memahami masalah, mentafsir
gambar rajah dan graf, serta menggunakan istilah Matematik
yang betul dan tepat semasa pembentangan lisan dan kerja
bertulis. Kemahiran berkomunikasi juga melibatkan
kemahiran mendengar.
Komunikasi lisan adalah proses interaktif yang melibatkan
aktiviti seperti mendengar, bercakap, membaca dan
memerhati. Ia adalah interaksi dua hala yang berlaku antara
guru-murid, murid-murid dan murid-bahan. Ia juga mungkin
melibatkan interaksi pelbagai hala antara guru-murid-bahan.
Komunikasi bertulis adalah proses perkongsian idea dan
maklumat Matematik dengan orang lain melalui penulisan.
Persembahan adalah satu proses menganalisis sesuatu
masalah Matematik dan mentafsirkannya dari satu bentuk
kepada yang lain. Persembahan Matematik membolehkan
murid membentuk hubung kait antara idea Matematik yang
formal, informal, intuitif dan abstrak menggunakan bahasa
seharian.
4.3.3 Penaakulan Matematik
Penaakulan atau pemikiran logik adalah asas bagi
pemahaman dan penyelesaian matematik. Murid digalakkan
meramal dan meneka dalam proses mencari penyelesaian.
Murid dalam setiap peringkat perlu dilatih untuk mengkaji
ramalan atau tekaan mereka dengan menggunakan bahan
konkrit, kalkulator, komputer, persembahan matematik dan
lain-lain. Penaakulan logik perlu diterapkan dalam
pengajaran Matematik supaya murid dapat mengenal,
membina dan menilai ramalan serta perbahasan.
4.3.4 Hubung Kait Matematik
Kurikulum Matematik mengandungi beberapa bidang seperti
aritmetik, geometri, sukatan dan penyelesaian masalah.
Dengan membuat hubung kait, murid dapat melihat
Matematik sebagai satu idea yang menyeluruh berbanding
kumpulan idea yang terpisah. Apabila idea Matematik
dihubung kait dengan kehidupan seharian dengan kurikulum,
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
51/117
36
murid akan dapat menggunakan Matematik secara
kontekstual dalam pelbagai bidang pembelajaran.
4.3.5 Aplikasi Teknologi
Aplikasi teknologi dapat membantu murid memahami konsep
Matematik secara mendalam dan bermakna serta
membolehkan mereka meneroka konsep Matematik.
Penggunaan komputer, koswer pendidikan, laman web dan
pakej pembelajaran dapat membantu guru meningkatkan
kemahiran pedagogi. Di samping itu, kebanyakan sumber
tersebut dibentuk untuk pembelajaran kendiri. Murid dapat
mengakses maklumat dan pengetahuan serta menguasai
kemahiran secara individu melalui pembelajaran akseskendiri dan kadar kendiri.
4.4 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Pelbagai perubahan terkini terutamanya dalam bidang sains,
teknologi, ekonomi dan ICT mempengaruhi isi kandungan dan
pedagogi pengajaran Matematik di sekolah rendah. Perubahan ini
memerlukan kepelbagaian kaedah dalam pelaksanaan P&P
Matematik. Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah:
4.4.1 Pembelajaran berpusatkan murid dengan mengambil kira
kebolehan dan gaya pembelajaran murid;
4.4.2 Pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti eksposisi oleh
guru, perbincangan pelbagai hala, aktiviti/amali, pengukuhan
dan latih tubi kemahiran asas, penyelesaian masalah, aplikasi
Matematik kepada situasi seharian, inkuiri penemuan,
pembentangan, kerja kumpulan, simulasi dan demonstrasi;
4.4.3 Penggunaan teknologi dan bahan pengajaran yang relevan,sesuai dan berkesan;
4.4.4 Penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan
keberkesanan P&P;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
52/117
37
4.4.5 Pemilihan pendekatan yang bersesuaian akan merangsang
suasana P&P di dalam atau luar bilik darjah. Antara
pendekatan yang sesuai adalah seperti berikut:
a. Pembelajaran Koperatif
b. Pembelajaran Kontekstual
c. Pembelajaran Masteri
d. Pembelajaran Akses Kendiri
e. Pembelajaran Kadar Kendiri
f. Pembelajaran Penilaian Kendiri
g. Pembelajaran Terarah Kendiri
h. Pembelajaran Konstruktivisme
4.5 Rancangan Pengajaran Matematik
Tujuan utama penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Rancangan Pelajaran Harian ialah untuk memastikan guru membuat
perancangan dan persediaan yang rapi supaya P&P yang
dilaksanakan mencapai standard kualiti yang tinggi. Rekod P&P
hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua elemen, iaitu
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran
Harian (RPH). Guru Besar hendaklah memastikan kedua-dua RPT
dan RPH disediakan selaras dengan SPI Bil. 3/1999.
4.5.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
RPT hendaklah disediakan sebelum sesi persekolahan
bermula. RPT mengandungi secara ringkas isi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini. RPT hendaklah
dibahagikan mengikut minggu persekolahan sepanjang
tahun, mengambil kira tahap kebolehan murid, takwim
sekolah serta keadaan dan keperluan sekolah. Sekiranya
ada RPT yang dibekalkan oleh JPN/PPD/PPG, ia perludisesuaikan dengan takwim dan keperluan sekolah.
4.5.2 Rancangan Pelajaran Harian
a. RPH hendaklah disediakan sekurang-kurang sehari
sebelum pengajaran dilaksanakan.
b. RPH merupakan terjemahan RPT yang mengandungi
sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif (hasil
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
53/117
38
pembelajaran), cara bagaimana hendak mencapai
objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif
itu tercapai (refleksi/impak/penilaian kendiri).
c. Objektif hendaklah spesifik, boleh diukur dan sesuai
dengan masa pengajaran.
d. Aktiviti P&P yang disediakan hendaklah bersesuaian
dengan objektif, interaktif dan pelbagai hala
melibatkan ketiga-tiga elemen guru, murid dan
bahan, memperlihatkan perkembangan pelajaran
dan mengikut tahap dan kebolehan murid.
e. Refleksi/impak/penilaian kendiri adalah catatansejauh mana objektif P&P tercapai. Ia hendaklah
bersifat kuantitatif dan kualitatif. Sebaik-baiknya
tindakan susulan yang akan diambil dinyatakan.
4.6 Latihan Dan Tugasan Murid
4.6.1 Tujuan
Latihan/tugasan diberikan kepada murid bertujuan :
a. Memperkukuhkan kefahaman kosep dan penguasaan
kemahiran yang telah dipelajari;
b. Memberi peluang kepada murid memperoleh
pengalaman dalam penyelesaian masalah Matematik
yang berkaitan; dan
c. Membolehkan guru membuat penilaian formatif terhadap
kesan pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan.
4.6.2 Pemberian Latihan Dan Tugasan
Latihan/tugasan haruslah diberi selepas setiap pelajaran
sebagai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan juga sebagai
kerja rumah. Guru Matematik perlu mengambil kira garis
panduan berikut dalam memberikan latihan /tugasan kepada
murid;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
54/117
39
a. Latihan/tugasan hendaklah berkaitan dengan konsep dan
kemahiran matematik yang telah disampaikan dalam
pelajaran;
b. Tahap soalan yang diberikan hendaklah bersesuaian
dengan keupayaan murid. Guru hendaklah memberikan
latihan yang berbeza untuk kumpulan murid yang
berlainan keupayaan;
c. Soalan yang diberikan hendaklah disusun dari tahap
mudah ke tahap yang lebih sukar; dan
d. Bilangan soalan yang diberikan setiap kali sebagai kerja
rumah hendaklah sesuai dengan tahap dan potensi muridserta tidak membebankan murid. Panduan bagi soalan
yang sukar perlu diberikan untuk membantu murid
menyelesaikannya di rumah.
4.6.3 Aktiviti Pengukuhan
Aktiviti Pengukuhan yang bersesuaian hendaklah
dilaksanakan bertujuan untuk;
a. Memberi latihan untuk menguatkan pengetahuan dankemahiran murid;
b. Memberi rangsangan kepada murid untuk belajar dengan
lebih berkesan;
c. Memberi latihan yang lebih banyak dalam pelbagai
bentuk;
d. Membimbing murid membuat kerangka seperti peta
minda dan carta organisasi;
e. Melatih murid membuat nota;
f. Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk
ringkas seperti rajah / carta;
g. Membuat latih tubi;
h. Melatih murid mengenal idea utama; dan
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
55/117
40
i. Melatih murid untuk menghayati dan mengamalkan nilai-
nilai murni.
4.6.4 Aktiviti Pengayaan
Guru hendaklah mempelbagai latihan tambahan yang sesuai
dengan keupayaan murid untuk:
a. Mengembangkan minda, daya kreatif dan sifat ingin tahu
murid;
b. Memberikan latihan dan tugasan yang lebih mencabar;
c. Menggalakkan sifat berdikari dan bakat kepimpinanmurid; dan
d. Menyediakan latihan dan tugasan yang memerlukan
murid:
i. Membuat pemerhatian
ii. Membanding dan membeza
iii. Meringkas
iv. Mentafsir
v. Membuat andaianvi. Melapor
vii. Meneroka
viii. Mengumpul data
ix. Mengaplikasi
x. Merekod
xi. Membuat keputusan
xii. Menganalisis
xiii. Menyelesaikan masalah
4.6.5 Aktiviti Pemulihan
a. Aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan keperluanmurid hendaklah dilaksanakan untuk;
i. Mengenal pasti kawasan kelemahan murid
berdasarkan rekod prestasi;
ii. Menyediakan aktiviti khusus untuk murid seperti
penguasaan fakta asas;
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
56/117
41
iii. Aktiviti pemulihan dilaksanakan dengan:
Menggunakan sumber yang sesuai;
Memberi perhatian individu atau kumpulan kecil
(klinikal); dan
Merekod perkembangan murid dari semasa ke
semasa.
b. Kuantiti latihan / tugasan yang perlu dibuat oleh murid
bergantung kepada tujuan latihan / tugasan tersebut
diberikan.
c. Latihan hendaklah dipelbagaikan jenisnya dengan
memilih soalan daripada buku teks dan punca yang lainuntuk memperluaskan pengalaman murid. Guru
digalakkan menyediakan soalan dalam bentuk lembaran
kerja supaya penggunaan masa dapat dioptimumkan
untuk meyelesaikan masalah.
4.6.6 Penyemakan Latihan Dan Tugasan
Semua latihan/tugasan perlu disemak oleh guru untuk
memastikan murid telah memahami pelajaran dan untuk
mempertingkatkan kualiti pengajaran dalam kelas. Guruhendaklah mengambil langkah berikut dalam penyemakan
latihan/tugasan.
a. Guru perlu menyemak latihan/tugasan murid secara kerap
sebaik-baiknya selepas setiap pengajaran. Maklum balas
segera perlu diberikan kepada murid untuk membetulkan
sebarang salah faham mengenai kosep dan kaedah
penyelesaian masalah;
b. Langkah penyelesaian hendaklah diperiksa dengan telitidan kesilapan murid ditanda dengan jelas untuk rujukan
murid. Penyemakan yang hanya menumpukan kepada
jawapan akhir adalah tidak memadai;
c. Ulasan yang membina hendaklah diberikan untuk:
i. Memberi galakan kepada murid kerana kaedah
penyelesaiannya baik dan kreatif;
ii. Menunjukkan kepada murid strategi atau rumus yang
sesuai bagi menyelesaikan masalah; dan
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
57/117
42
iii. Memaklumkan kepada murid mengenai kualiti hasil
kerja mereka;
d. Guru hendaklah memastikan latihan/tugasan telah
dilaksanakan dengan berkualiti dari aspek:
i. kekemasan;
ii. kesempurnaan;
iii. membuat pembetulan; dan
iv. penyerahan mengikut masa yang ditetapkan;
e. Guru hendaklah menandatangani dan mencatat tarikh
pemeriksaan selepas setiap penyemakan latihan/
tugasan;
f. Guru perlu membincangkan kesilapan di dalam latihan
untuk makluman murid; dan
g. Guru hendaklah menggunakan maklumat mengenai
kelemahan murid untuk memperbaiki pengajarannya
dalam pelajaran akan datang.
4.7 Sumber Matematik
Beberapa sumber Matematik telah dibekalkan oleh KPM bagimembantu guru melaksanakan P&P dengan berkesan. Sumber
tersebut adalah seperti berikut:
a. Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah;
b. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah
(Tahun 1 Tahun 6);
c. Buku Teks Matematik untuk Tahun 1 - Tahun 6;
d. Koswer MyCD untuk Tahun 1 - Tahun 6;
e. Buku Aktiviti Matematik (Tahap 1);
f. Perkakasan ICT (komputernotebook/desktop, projektor LCD,
speaker dan skrin);
g. Koswer pengajaran dan koswer pembelajaran; dan
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
58/117
43
h. Kit PPSMI Sekolah Rendah yang mengandungi Buku Info
PPSMI, Soalan Lazim dan Instrumen Pemantauan dan Bimbingan
Pelaksanaan Program PPSMI (dalam bentuk softcopy dan
hardcopy).
4.7.1 Bahan-bahan tambahan berikut juga telah dibekalkan kepada
sekolah:
a. Buku Glosari Matematik Sekolah Rendah;
b. Modul P&P dan Buku Penerangan Am;
c. Kertas Ujian Diagnostik Matematik Sekolah Rendah;
d. Abakus;
e. Bahan Pakej Pembelajaran Kendiri dalam bentuk buku
rujukan, kamus dan CD;f. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia SKPM; dan
g. Perisian P&P Sekolah Bestari.
4.7.2 Selain daripada bahan yang tersebut, bahan-bahan
pendidikan dalam bentuk siaran radio dan televisyen juga
disediakan. Bahan sumber juga boleh diakses melalui
internet seperti Portal Pendidikan, Laman Web KPM, Web
TV KPM dan laman web umum berkaitan Matematik.
4.7.3 Pihak sekolah adalah digalakkan memperoleh bahan-bahanrujukan tambahan dalam bidang Pendidikan Matematik untuk
rujukan guru dan murid. Buku (termasuk dalam bentuk digital)
yang sesuai dan berkaitan adalah seperti:
a. Kamus Matematik;
b. Istilah Matematik;
c. Kaedah dan strategi pengajaran Matematik;
d. Penilaian dalam Matematik;
e. Jurnal Pendidikan Matematik;
f. Majalah Matematik;g. Buku Rujukan;
h. Fiksyen/cerita berunsurkan Matematik;
i. Buku berkaitan sejarah/tokoh Matematik; dan
j. Bahan rekreasi Matematik.
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
59/117
44
4.8 Penilaian Dalam Matematik
Rangka pelaksanaan penilaian dalam P&P Matematik adalah seperti
jadual di bawah :
4.8.1 Tujuan Penilaian
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses P&P dan
hendaklah dijalankan secara berterusan. Tujuan utama
penilaian ialah untuk:
a. mengetahui sama ada murid telah memahami/
menguasai sesuatu konsep/kemahiran yang telahdisampaikan;
b. mengenal pasti bidang kekuatan dan kelemahan setiap
murid; dan
c. menggunakan maklum balas hasil penilaian untuk
merancang tindakan susulan dan penambahbaikan bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
4.8.2 Jenis Penilaian
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ialah penilaian
dalaman yang disediakan oleh guru. PKSR menilai bidang
kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian bidang kognitif
Merancang
Pengajaran dan
Pembelajaran
Proses
Pengajaran dan
Pembelajaran
Menjalankan
Penilaian
Maklum Balas
dan
Penambahbaikan
-
7/28/2019 Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
60/117
45
selalunya diadakan secara formal manakala penilaian bidang
afektif dan psikomotor selalunya dilaksanakan secara tidak
formal semasa guru mengajar dan memeriksa latihan murid.
Penilaian dalam KBSR meliputi.
a. Penilaian Formatif
Terdapat dua jenis penilaian formatif iaitu:
i. Tidak Formal
Penilaian dijalankan semasa pengajaran guru melalui
pemerhatian, soal jawab secara lisan dan
pemeriksaan latihan murid.
ii. Formal
Penilaian dijalankan melalui ujian bertulis contohnya,
Ujian Kemajuan yang diadakan secara bulanan dan
Ujian Pencapaian yang diadakan pada akhir penggal/
semester.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian surmatif ialah ujian pencapaian yang diadakan
pada akhir tahun contohnya, Peperiksaan Akhir Tahun dan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang
diadakan pada akhir Tahun 6.
4.8.3 Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik adalah ujian yang dijalankan oleh guru untuk
mengenal pasti masalah atau halangan yang berbentuk
kesukaran, kelemahan, kekurangan dan kesilapan yangsering kali dihadapi murid dalam pembelajaran supaya guru
tahu/sedar elemen penting dalam pengajarannya yang sukar
dikuasai oleh murid. Berdasarkan h