KESAN PERSEKITARAN FIZIKAL PEJABAT TERHADAP STRES DI TEMPAT
KERJA
SUHANA BINTI SAMSUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KESAN PERSEKITARAN FIZIKAL PEJABAT TERHADAP STRES DI
TEMPAT KERJA
SUHANA BINTI SAMSUDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Sarjana Pengurusan Aset dan Fasiliti
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2015
iii
DEDIKASI
Istimewa buat insan yang mulia dan dicintai
Buat ibuku, Hjh. Hamiah binti Hj. Othman,
Ayahku, Allahyarham Hj. Samsudin bin Hj. Dahlan,
Dan seluruh ahli keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan sumber inspirasi.
iv
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-
Nya dapat penulis menyempurnakan kajian dan penulisan ini dengan sekadar yang
termampu. Ucapan terima kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat dalam
menyempurnakan projek sarjana ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Pada kesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
teima kasih kepada penyelia penulis Prof. Madya Dr. Hishamuddin Bin Mohd Ali
atas segala nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan sehingga sempurna kajian ini.
Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai serta kakitangan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang telah menjadi responden-responden dan
sudi meluangkan masa bagi menjawab borang soal selidik sepanjang kajian penulis.
Untuk rakan-rakan seperjuangan di dalam program Sarjana Pengurusan Aset
dan Fasiliti, terima kasih atas segala dorongan, tunjuk ajar dan nasihat kalian.
Semoga jasa baik kalian diberkati Allah SWT.
v
ABSTRAK
Persekitaran fizikal adalah penting kerana ia boleh menyebabkan stres dengan
cara di mana ia mempengaruhi keperluan individu. Persekitaran fizikal pejabat yang
lebih baik dipersetujui untuk menghasilkan prestasi pekerja yang lebih baik. Objektif
pertama kajian ini adalah bagi mengkaji faktor-faktor persekitaran fizikal pejabat
yang mempengaruhi stres di tempat kerja manakala objektif kedua adalah bagi
mencadangkan tindakan yang boleh mengurangkan stres yang berpunca daripada
persekitaran fizikal pejabat. Bagi kajian soal selidik, borang soal selidik diberikan
kepada kakitangan di UTM Skudai. Populasi dalam kajian ini adalah staf bukan
akademik Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Sampel telah dipilih secara rawak
(random sampling). Selain itu, data-data yang diperolehi dianalisa dengan kaedah
Analisis Frekuensi, Analisis Indeks Kritikal dan Analisis Taburan Silang. Hasil
kajian menunjukan bahawa bunyi bising, pencahayaan, susunan pejabat, privasi,
suhu, perabot, kualiti udara, warna, pemandangan luar pejabat dan kebolehcapaian
pandangan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi stres. Kajian ini boleh
dijadikan panduan sebagai aspek-aspek yang perlu di ambil kira dalam menentukan
rekaan persekitaran fizikal pejabat pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The physical environment is important because it can causes stress to the way
in which it affects the individual's needs. Better physical environment of office is
agreed to produce a better employee’s performance. The first objective of this study
is to examine the factors that affect the physical environment of the office stress in
the workplace while the second objective is to propose actions that can reduce stress
that caused from the physical environment of the office. For the survey,
questionnaires were given to staff at UTM Skudai. The population in this study was
non-academic staff of Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Samples were
randomly selected (random sampling). In addition, the data obtained were analysed
by Frequency Analysis methods, Distribution Analysis and Cross-tabulation
Analysis. The results showed that noise, lighting, office structure, privacy,
temperature, furniture, air quality, colour, outside view and accessibility of view are
all factors that affect stress. This study can serve as a guide to the aspects that need to
be considered in determining the design of the physical environment of the office in
the future.
x
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN PERKATAAN xvi
1 ISU PENGURUSAN TAMAN REKREASI
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Persoalan Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Metodologi Kajian 8
1.7.1 Peringkat Pertama:Pernyataan Masalah 8
x
1.7.2 Peringkat Kedua: Objektif Kajian 8
1.7.3 PeringkT Ketiga: Kajian Literatur 9
1.7.4 Peringkat Keempat: Pengumpulan Data 9
1.7.5 Peringkat Kelima: Analisis dan Penemuan Kajian 9
1.7.6 Peringkat Keenam: Rumusan dan Cadangan 10
1.8 Keseluruhan Bab 12
1.8.1 Bab 1: Pendahuluan dan Latar Beakang Kajian 12
1.8.2 Bab 2: Persekitaran Fizikal Pejabat 12
1.8.3 Bab 3: Kaedah Kajian/Metodologi Kajian 12
1.8.4 Bab 4: Analisis dan Hasil Kajian 13
1.8.5 Bab 5: Kesimpulan dan Cadangan 13
2 PERSEKITARAN FIZIKAL PEJABAT
2.1 Pengenalan 14
2.2 Persekitaran Fizikal Dalam Pengurusan Fasiliti 15
2.3 Persekitaran Fizikal dan Persekitaran Pejabat 17
2.4 Persekitaran Fizikal Pejabat, Produktiviti dan Kepuasan Pekerja 18
2.4.1 Persekitaran Fizikal Pejabat 18
2.4.2 Persekitaran Fizikal Pejabat dan Produktiviti Pekerja 19
2.4.3 Persekitaran Fizikal Pejabat dan Kepuasan Pekerja 21
2.5 Stres 22
2.5.1 Stres Persekitaran Fizikal Pejabat 23
2.6 Faktor-Faktor yang mempengaruhi Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 25
2.7 Tindakan mengurangkan Stres Persekitaran Fizikal Pejabat 36
2.8 Rumusan Bab 39
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Kawasan Kajian Universiti Teknologi Malaysia 41
3.3 Metodologi kajian 42
3.3.1 Fasa Pertama: Pernyataan Masalah 42
viii
3.3.2 Fasa Kedua: Penerangan Kajian 42
3.3.3 Fasa Ketiga: Analisis Data 43
` 3.3.4 Fasa Keempat: Rumusan dan Cadangan 46
3.4 Persampelan Kajian 47
3.5 Kaedah Soal Selidik 47
3.5.1 Struktur Borang Soal Selidik 48
3.5.1.1 Bahagian A: Latar Belakang
Responden 48
3. 5.1.2 Bahagian B: Mengenalpasti
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Stres Persekitaran Fizikal Pejabat 49
3. 5.1.3 Bahagian C: Mencdangkan Tindakan
Mengurangkan Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat. 49
3. 5.2 Kerangka dan Format Borang Soal Selidik 49
3.5.2.1 Soalan Pilihan Skala Likert 50
3.6 Rumusan Bab 51
4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Analisis Borang Soal Selidik (Analisis Frekuensi) 53
4.2.1 Rumusan Analisis Latar Belakang Responden 56
4.3 Analisis Data Bagi Mencapai Objektif Kajian Pertama:
Mengenal pasti faktor-faktor persekitaran fizikal pejabat yang
mempengaruhi stres pekerja. 57
4.3.1 Analisis Frekuensi Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Stres Persekitaran Fizikal Pejabat 58
4.3.2 Analisis Indeks Kritikal (Criticality Index)
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 60
4.3.3 Analisis Taburan Silang (Cross-tabulation Analysis)
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 64
ix
4.4 Objektif Kedua: Mencadangkan tindakan mengurangkan
stres yang berpunca daripada persekitaran fizikal pejabat 68
4.4.1 Analisis Frekuensi Tindakan Yang Boleh
Mengurangkan Stres Persekitaran Fizikal Pejabat 68
4.4.2 Analisis Indeks Kritikal (Criticality Index)
Tindakan Yang Boleh Mengurangkan Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 73
4.4.3 Analisis Taburan Silang (Cross-tabulation Analysis)
Tindakan Yang Boleh Mengurangkan Stres
Persekitaran Fizikal Pejabat 77
4.4 Rumusan Bab 81
CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 82
5.2 Penemuan Kajian 83
5.2.1 Penemuan Objektif Pertama Kajian: Mengenal Pasti
Faktor-Faktor Persekitaran Fizikal Pejabat Yang
Mempengaruhi Stres Pekerja 83
5.2.2 Penemuan Objektif Kedua Kajian: Mencadangkan
Tindakan Mengurangkan Stres Yang Berpunca Daripada
Persekitaran Fizikal Pejabat 86
5.3 Limitasi dan Permasalahan Kajian 93
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 93
5.5 Kesimpulan 94
RUJUKAN 95
x
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Faktor-Faktor yang mempengaruhi Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 30
2.2 Faktor-Faktor Stres Persekitaran Fizikal Pejabat 33
2.3 Tindakan Yang Boleh Mengurangkan Stres
Persekitaran Fizikal Pejabat 37
3.1 Pembahagian Soal Selidik 48
3.2 Contoh Soalan Skala Likert 50
4.1 Analisis Frekuensi Jantina Responden 53
4.2 Analisis Frekuensi Umur Responden 54
4.3 Analisis Frekuensi Tahap Pendidikan Responden 54
4.4 Analisis Frekuensi Tempoh Berkhidmat Di Pejabat
Responden 55
4.5 Analisis Frekuensi Jenis Kontrak Pekerjaan Responden 56
4.6 Skala Kepentingan 58
4.7 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 58
4.8 Skala Kepentingan 60
4.9 Hasil Analisis Indeks bagi Faktor Utama yang
Mempengaruhi Stres Persekitaran Fizikal Pejabat 61
4.10 Analisis Taburan Silang di antara Umur dan Kualiti Udara 64
4.11 Analisis Taburan Silang di antara Umur dan Suhu
Persekitaran 65
4.12 Analisis Taburan Silang di antara Umur dan Susunan
Pejabat 66
4.13 Analisis Taburan Silang di antara Umur dan Perabot 67
xi
4.14 Tindakan Yang Boleh Mengurangkan Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 68
4.15 Hasil Analisis Indeks bagi Cara-Cara Utama yang Boleh
Mengurangkan Stres Persekitaran Fizikal Pejabat 73
4.16 Analisis Taburan Silang di antara Umur dan Pewangi
Udara 78
4.17 Analisis Taburan Silang di antara Umur dan
Penyumbangan Idea Pekerja 79
4.18 Analisis Taburan Silang di antara Umur dan Memasang
Turbin Udara 80
5.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 84
5.2 Cara-Cara Yang Boleh Mengurangkan Stres Persekitaran
Fizikal Pejabat 87
5.3 10 Tindakan Utama Yang Boleh Mengurangkan Stres
Persekitaran Fizikal Pejabat 90
x
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 11
viii
SENARAI SINGKATAN PERKATAAN
BIFM - British Institute of Facilities Management
BUS - Building Use Studies
HRV - Heart Rate Variability
IFMA - International Facility Management Association
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
ix
SENARAI LAMPIRAN
NO.LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 101
B Rumusan analisis frekuensi 107
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Persekitaran fizikal mendapat perhatian yang banyak sekarang ini iaitu
banyak pihak mahu melihat bagaimana persekitaran fizikal boleh mempengaruhi
persepsi dan tingkah laku pekerja di bangunan pejabat (Kim & de Dear, 2013).
Sebagai contoh, perubahan susun atur pejabat yang telah mengalami pelbagai arus
perubahan iaitu dari “conventional private (or cellular) spatial configuration”
kepada “modern open-plan”, implikasi terhadap pekerja dan organisasi merupakan
salah satu kajian yang dikaji secara meluas daripada pelbagai perspektif dalam
bidang seni bina, kejuruteraan, kesihatan dan psikologi .
Rasa tidak puas hati dengan ciri-ciri persekitaran fizikal adalah meluas.
Dalam kajian Persekitaran Kerja Dan Kesejahteraan Pekerja VDT Dan Perkeranian,
kajian mendapati kurang daripada 20 peratus daripada pekerja-pekerja dari mana-
mana pekerjaan perkeranian melaporkan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan
tempat kerja mereka, jumlah privasi, jumlah kualiti udara atau bunyi di pejabat
(Klitzman & Stellman, 1987). Ini menunjukkan bahawa hampir 80
2
peratus pekerja perkeranian kurang berpuas hati dengan persekitaran fizikal tempat
kerja mereka.
Klitzman & Stellman (1989), mengkaji hubungan antara persekitaran fizikal
pejabat dan psikologi kesejahteraan pekerja pejabat. Menurut mereka, keadaan
persekitaran yang buruk, terutama yang udara berkualiti rendah, bunyi bising,
keadaan ergonomik dan tiada ruang untuk bersendirian, boleh memberi kesan
terhadap kepuasan kerja dan kesihatan mental. Persekitaran fizikal kerja yang tidak
menyenangkan dan tidak padan mempengaruhi bukan sahaja motivasi pekerja, tetapi
juga kepuasan, hubungan sosial, prestasi dan kesihatan pekerja (Rahman & Badayai,
2012).
Pekerja pejabat menghabiskan lebih banyak masa di dalam bangunan di
tempat tempat kerja mereka, oleh sebab itu persekitaran fizikal di pejabat atau tempat
kerja penting untuk mempunyai persekitaran kerja yang baik dan sihat
(Kamarulzaman et al., 2011). Walden (2005) menjelaskan bahawa bangunan yang
mempunyai persekitaran yang baik dapat meningkatkan prestasi pekerja di
dalamnya. Oleh sebab itu, persekitaran fizikal pejabat yang baik diperlukan oleh
pekerja kerana kesannya bukan hanya kepada diri mereka sendiri, bahkan kesan baik
turut boleh dinikmati oleh organisasi dan syarikat.
Kajian-kajian lain juga telah menunjukkan bahawa ciri-ciri persekitaran
pejabat boleh memberi kesan yang besar ke atas tingkah laku, persepsi, dan
produktiviti pekerja (Kamarulzaman et al., 2011). Dole dan Schroeder (2001),
menyatakan bahawa di tempat kerja, pekerja yang lebih berpuas hati dengan
persekitaran fizikal lebih cenderung untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih baik.
Kepuasan pengguna diiktiraf sebagai faktor penting dalam kejayaan sesebuah
organisasi dan dianggap sebagai petunjuk utama prestasi iaitu apabila pekerja
mempunyai tahap kepuasan yang tinggi, ianya secara tidak langsung boleh
meningkatkan komitmen pekerja serta sasaran pulangan untuk organisasi
(Kamarulzaman et al., 2011).
3
Keadaan persekitaran yang selesa di tempat kerja memainkan peranan yang
penting terhadap produktiviti kerja. Menurut Clement (2006), keadaan persekitaran
mempunyai pilihan yang sama tinggi dengan wang dan peluang. Persekitaran yang
dimaksudkan di sini ialah sama dari segi organisasi iaitu hubungan antara kerja dan
pengurusan staf; dari segi faktor fizikal seperti pencahayaan, bunyi dan kualiti
pengudaraan dalaman; perancangan ruang dan susun atur; faktor ekonomi; estetika
am; kemudahan, fasiliti dan sistem sokongan yang disediakan oleh organisasi; serta
suasana sosial.
1.2 Pernyataan Masalah
Kebanyakan syarikat kurang memberi perhatian terhadap persekitaran fizikal
pejabat. Mereka lebih gemar melaburkan bagi tujuan lain selain persekitaran pejabat.
Menurut Walden (2005), walaupun kos kakitangan yang terlatih adalah tinggi,
syarikat-syarikat tidak mempunyai kecenderungan untuk melabur dalam
penambahbaikan persekitaran pejabat bagi membantu pekerja bekerja dengan lebih
berimpak.
Gensler iaitu sebuah firma arkitek, reka bentuk, perancangan dan
perundingan yang global, telah menjalankan pelbagai penyelidikan yang berkaitan
dengan ruang kerja. Dalam kaji selidik 2006 mereka di tempat kerja di Amerika
Syarikat, Gensler mendapati bahawa 90% daripada pekerja-pekerja Amerika percaya
bahawa reka bentuk tempat kerja dan susun atur yang lebih baik menghasilkan
prestasi pekerja yang lebih baik (Gensler, 2006) . Dalam kajian 2008 mereka di
tempat kerja di Amerika Syarikat, Gensler mencipta kefahaman tentang pengetahuan
aktiviti harian di tempat kerja yang menghasilkan kejayaan dalam perniagaan iaitu
dalam empat mod kerja (fokus, bekerjasama, belajar, dan bersosial). Kaji selidik itu
menunjukkan bahawa persekitaran fizikal tempat kerja adalah aset dengan kesan
khusus dan boleh diukur pada kejayaan perniagaan. Hasil kajian menunjukkan
4
bahawa syarikat yang mempunyai prestasi tinggi dan mempunyai pulangan
keuntungan yang tinggi adalah syarikat yang memberi perhatian yang tinggi terhadap
persekitaran tempat kerja berbanding syarikat yang berprestasi sederhana (Gensler,
2008a).
Persekitaran fizikal juga adalah penting kerana ia boleh menyebabkan stres
dengan cara di mana ia mempengaruhi keperluan individu (Kamarulzaman et al.,
2011). Garris dan Monroe (2005) menyatakan bahawa warna mempengaruhi
perasaan dan juga kesejahteraan dan produktiviti. Seperti yang disebutkan oleh
Syahrul Nizam & Emma Marinie (2010), warna juga mempengaruhi aspek psikologi
penghuni bangunan. Warna mempunyai boleh memberi kesan yang berlainan seperti
ketenangan, keselesaan dan memberi kesan yang. Ini bermakna bahawa warna
mempengaruhi perasaan penghuni ruang.
Sommer dan Ross (1958) dan Sommer dan Gilliland (1961) telah mengkaji
susunan ruang terhadap tingkah laku manusia. Sommer dan Ross menjalankan kajian
ke atas pesakit di dalam wad geriatrik yang mempunyai bersikap tidak peduli
walaupun berada dalam persekitaran yang "ceria dan terang". Dengan melakukan
susunan perabot sebagai eksperimen untuk menggalakkan interaksi, para penyelidik
telah dapat menggandakan kekerapan perbualan antara pesakit. Sommer dan
Gilliland (1961) turut disokong satu kajian kajian yang mengkaji pengaruh susunan
ruang terhadap pesakit mental. Penemuan mereka menunjukkan bahawa pesakit yang
cenderung untuk berkeliaran di ruang-ruang yang tidak mendorong mereka untuk
berinteraksi, biasanya tidak mempunyai kawan. Manakala pesakit yang
menghabiskan lebih banyak masa di dalam ruang yang mendorong interaksi antara
satu sama lain mempunyai lebih ramai rakan (Drew, 1971)
Satu kajian ke atas kanak-kanak yang terdedah kepada bunyi trafik dari jalan
raya dan kereta api di bandar-bandar kecil di Austria telah dijalankan. Hasil kajian
menunjukkan bunyi-bunyian tersebut mempunyai tindak balas antara kebisingan dan
tekanan psikologi. Penyelidik juga menemukan kesan buruk yang lebih besar dalam
5
kalangan kanak-kanak terhadap risiko biologi yang lebih tinggi (contohnya, pra-
matang). Satu kajian prospektif dengan kanak-kanak menunjukkan bahawa kesihatan
psikologi kanak- kanak yang berusia 8 sampai 10 tahun cenderung mengalami kesan
buruk akibat daripada pembukaan sebuah lapangan terbang. Selain itu, terdapat juga
data yang menunjukkan tindak balas antara bunyi lapangan terbang dan penggunaan
ubat-ubatan psikotropika dalam kalangan orang dewasa. Sebaliknya, kajian di sekitar
Lapangan Terbang Heathrow telah menemui data yang samar-samar pada bunyi dan
kesihatan (Evans, 2003).
Menurut Vischer (2007), kebanyakan kajian stres dalam persekitaran kerja
memberikan sedikit perhatian kepada ciri-ciri persekitaran fizikal di mana pekerjaan
dilakukan. Namun begitu, terdapat bukti terkumpul bahawa persekitaran fizikal kerja
memberi kesan kepada kedua-dua prestasi kerja dan kepuasan kerja. Penyelidikan
kontemporari mengenai tekanan dalam persekitaran kerja biasanya memberi
tumpuan kepada faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi prestasi kerja, tekanan
dan kesihatan pekerja, dan kurang penyelidikan psikologi persekitaran ruang kerja.
Zafir & Fazilah (2006) dalam kenyataannya menggalakkan untuk meningkatkan
kajian stres di Malaysia kerana menurut beliau kajian lepas terhadap stres di tempat
kerja adalah tidak menyeluruh. Selain itu mereka juga mengatakan bahawa skop
kajian terhadap stres di tempat kerja masih kecil dan perlu diperluaskan. Kajian stres
di tempat kerja juga penting untuk menghasilkan sumber manusia yang lebih
produktif dan berdaya saing.
Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi stres yang berpunca dari persekitaran fizikal pejabat dan cara-cara
mengurangkan stres yang berpunca dari persekitaran fizikal pejabat di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Faktor-faktor stres ini dianggap penting kepada
organisasi untuk merancang dan menguruskan persekitaran fizikal pejabat bagi
tujuan utama untuk mengurangkan stres dalam kalangan pekerja.
6
1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut;
(i) Apakah faktor-faktor persekitaran fizikal pejabat yang
mempengaruhi stres pekerja?
Jawapan kepada soalan ini diperlukan untuk mengenal pasti dengan
jelas faktor-faktor persekitaran fizikal pejabat yang mempengaruhi
stres pekerja.
(ii) Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan
stres persekitaran fizikal pejabat?
Jawapan kepada soalan ini diperlukan untuk mengenal pasti dengan
jelas tindakan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stres
persekitaran fizikal pejabat terhadap pekerja.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dilaksanakan ini adalah mengenai kajian ke atas Persekitaran
Fizikal Pejabat Terhadap Stres Pekerja di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
di mana objektif kajian yang ditetapkan adalah seperti berikut:
(i) Mengenal pasti faktor-faktor persekitaran fizikal pejabat yang
mempengaruhi stres pekerja.
(ii) Mencadangkan tindakan yang boleh mengurangkan stres
yang berpunca daripada persekitaran fizikal pejabat
7
1.5 Skop Kajian
Skop kajian ini merangkumi pekerja dari Universiti Teknologi Malaysia.
Aspek yang akan dikaji ialah berkaitan dengan faktor-faktor persekitaran fizikal
pejabat. Ia melibatkan pekerja-pekerja syarikat penilaian. Responden yang terlibat
merangkumi semua staf dari pelbagai jabatan. Maklumbalas dari responden berkaitan
faktor-faktor persekitaran fizikal pejabat akan menjadi bahan utama bagi mencapai
objektif kajian ini.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting bagi membantu pengurus fasiliti, pengurus ruang dan
perancang ruang bagi mengurus dan merancang pembangunan persekitaran fizikal
pejabat yang lebih sihat. Bagi pembangunan baru perancangan perlulah menfokuskan
kepada kualiti persekitaran fizikal pejabat manakala bagi perancangan ruang sedia
ada adalah penting bagi menyediakan penyelesaian tentang bagaimana persekitaran
fizikal pejabat dapat mengurangkan tekanan pekerja.
Secara spesifiknya, kajian ini memberikan sumbangan yang berguna kepada
pekerja di Universiti Teknologi Malaysia. Antaranya adalah:-
(i) Kajian ini dapat membantu staf bagi menjalankan tugas dengan lebih
produktif dan meningkatkan prestasi kerja.
(ii) Kajian ini dapat membantu pekerja mengurangkan stres di tempat
kerja dan menyusun semula strategi reka bentuk persekitaran fizikal
pejabat yang sihat.
8
1.7 Metodologi
Secara amnya, metodologi kajian adalah merujuk kepada satu rangka kerja
yang akan dilalui di dalam menjalankan kajian. Bahagian ini bermula dengan
mengenalpasti masalah sehingga ke peringkat terakhir kajian iaitu keputusan kajian.
Bagi memastikan kajian ini dihasilkan mengikut perancangan dan mencapai objektif
yang ditetapkan, kajian ini telah dibahagikan kepada beberapa peringkat.
1.7.1 Peringkat Pertama: Pernyataan Masalah
Dalam peringkat pertama, keseluruhan proses yang terlibat dalam kajian
awalan iaitu pemahaman konsep, isu dan masalah berkaitan Persekitaran Fizikal
Pejabat telah ditentukan. Isu ini dikenalpasti berdasarkan rujukan daripada kajian-
kajian lepas oleh penyelidik-penyelidik dari dalam dan luar negara.
1.7.2 Peringkat Kedua: Objektif Kajian
Setelah konsep, isu dan masalah telah difahami, objektif kajian ditetapkan
bagi mencari jawapan kepada isu-isu yang diketengahkan.
9
1.7.3 Peringkat Ketiga: Kajian Literatur
Kajian literatur dihasilkan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada
bahan-bahan rujukan seperti buku, artikel dan jurnal.
Isu-isu yang dibincangkan meliputi hubungan di antara persekitaran fizikal
pejabat dan stres. Serta diterangkan di dalamnya peranan dan impak oleh pekerja
terhadap persekitaran fizikal pejabat dan stres.
1.7.4 Peringkat Keempat: Pengumpulan Data
Data primer sebagai medium pengumpulan data diperolehi dengan
menggunakan kaedah soal selidik. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada
staf-staf di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Oleh itu, surat memohon
kebenaran untuk mengumpul maklumat akan diberikan kepada pejabat-pejabat yang
terlibat. Data sekunder pula diperolehi dari buku-buku rujukan, jurnal-jurnal, artikel-
artikel serta lain-lain bahan ilmiah tentang persekitaran fizikal pejabat dan stres dari
dalam dan luar negara.
1.7.5 Peringkat Kelima: Analisis dan Penemuan Kajian
Di peringkat ini, analisis data lapangan kajian akan dianalisis dan diproses
dengan menggunakan perisian komputer yang bersesuaian supaya dapat memberi
10
gambaran sebenar tentang amalan terbaik seterusnya menyumbang kepada
pencapaian objektif kajian. Data analisis ditunjukkan dalam bentuk rajah, graf,
jadual, dan statistik agar mudah difahami dan diterangkan.
1.7.5 Peringkat keenam: Rumusan dan Cadangan
Rumusan dan kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan analisa dan kajian
yang telah dibuat dalam Peringkat Kelima. Kesimpulan juga membawa kepada hasil
penemuan dengan melihat perkaitannya dengan objektif kajian yang telah ditetapkan.
11
Rajah 1.1 : Carta Alir Metodologi Kajian
PERNYATAAN MASALAH
Faktor-faktor permasalahan persekitaran fizikal pejabat terhadap tekanan
psikologi pekerja
OBJEKTIF KAJIAN
1) Untuk mengenalpasti faktor-faktor permasalahan persekitaran
fizikal pejabat terhadap tekanan psikologi pekerja.
2) Untuk mencadangkan tindakan yang boleh mengurangkan stres
yang berpunca daripada persekitaran fizikal pejabat.
KAJIAN LITERATUR
Takrifan, sejarah, dan kajian berkaitan dengan pengurusan fasiliti, persekitaran
fizikal secara umum dan persekitaran fizikal pejabat
PENGUMPULAN DATA
ANALISIS PENEMUAN
Analisis Kuantitatif, Analisis Indeks Kritikaliti,
Analisis Taburan Silang
Data Sekunder
Kajian Ilmiah
Data Primer
Soal selidik pekerja di pejabat
RUMUSAN DAN CADANGAN
12
1.8 Keseluruhan Bab
1.8.1 Bab 1: Pendahuluan dan Latar Belakang Kajian
Bab 1 membincangkan tentang latar belakang kajian yang mana ia terdiri
daripada pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan
penjelasan ringkas metodologi kajian.
1.8.2 Bab 2: Persekitaran Fizikal Pejabat
Bab 2 membincangkan tentang takrifan, sejarah, dan kajian berkaitan dengan
pengurusan fasiliti, persekitaran fizikal secara umum. Kemudian ianya
membincangkan tentang hubung kait antara persekitaran fizikal pejabat dan stres
serta kesannya terhadap pekerja.
1.8.3 Bab 3: Kaedah Kajian/ Metodologi Kajian
Bab 3 membincangkan tentang metodologi digunakan dalam kajian ini. Bab
ini menceritakan tentang bagaiman borang soal selidik dibentuk, pemilihan
responden, pengumpulan data dan kaedah analisis yang digunakan.
13
1.8.4 Bab 4: Analisis dan Hasil Kajian
Bab 4 ini menerangkan hasil analisis yang telah dicapai bagi kedua-dua
objektif kajian. Bab ini juga membincangkan tentang keputusan dan hasil yang
diperolehi serta serjauh mana keputusan tersebut memenuhi objektif kajian ini.
1.8.5 Bab 5: Kesimpulan dan Cadangan
Bab 6 menyimpulkan penemuan dan kerja-kerja penyelidikan keseluruhan
yang telah diambil. Sumbangan dan Implikasi daripada analisis terhadap pemahaman
pekerja di pejabat-pejabat Universiti Teknologi Malaysia secara umum diterangkan.
Halangan dan pembaikan yang mungkin berlaku untuk masa akan datang juga turut
dibincangkan. Cadangan untuk kajian masa depan turut disampaikan di bahagian
akhir bab ini.
95
RUJUKAN
Alias Baba (1999). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial.Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul, S., Mustapa, S., & Adnan, H. (2008). Facility Management Challenges and
Opportunities in the Malaysian Property Sector, 79–85.
Agha-Hossein, M. M., El-Jouzi, S., Elmualim, a. a., Ellis, J., & Williams, M. (2013).
Post-occupancy studies of an office environment: Energy performance and
occupants’ satisfaction. Building and Environment, 69, 121–130.
doi:10.1016/j.buildenv.2013.08.003
Aries, M. B. C., Veitch, J. A., & Newsham, G. R. (2010). Windows, view, and office
characteristics predict physical and psychological discomfort. Journal of
Environmental Psychology, 30(4), 533–541. doi:10.1016/j.jenvp.2009.12.004
Bluyssen, P. M., Aries, M., & van Dommelen, P. (2011). Comfort of workers in
office buildings: The European HOPE project. Building and Environment,
46(1), 280–288. doi:10.1016/j.buildenv.2010.07.024
Clements-Croome, D. (Ed.). (2002). Naturally Ventilated Buildings: Building for the
senses, the economy and society. Routledge.
Clements-Croome, D. (2006). Indoor environment and pro- ductivity, chapter 3. In
D. Clements-Croome (Ed.), Creating the productive workplace (2nd ed.).
London: Taylor and Francis.
Choi, Y., Kim, M., & Chun, C. (2014). Accepted Manuscript.
doi:10.1016/j.buildenv.2014.10.003.This
Dole, C. and Schroeder, R.G. (2001), “The impact of various factors on the
personality, job satisfaction and turnover intentions of professional
accountants”, Managerial Auditing Journal, Vol. 16 No. 4, pp. 234-45.
96
Dijkstra, K., Pieterse, M., & Pruyn, A. (2006). Physical environmental stimuli that
turn healthcare facilities into healing environments through psychologically
mediated effects: systematic review. Journal of Advanced Nursing, 56(2),
166–81. doi:10.1111/j.1365-2648.2006.03990.x
Danielsson, C. . (2008). Office experiences, 605–628.
Eds, J. K. F. (2011). The Physical Environment of the Office: Contemporary and
Emerging Issues. Davis, M.C., Leach, D.J., & Clegg, C.W., 26, 193–235.Davis,
T. I. M. R. V. (1984). The Influence of in the Physical Offices Environment,
9(2), 271–283.
Ding, S. (2008). Users’ privacy preferences in open plan offices. Facilities, 26(9/10),
401–417. doi:10.1108/02632770810885751
Drew, C. J. (1971). On The Psychological- Effects Of The Physical Environment ’,
41(5), 447–465.
Elmahadi, M. a., Tahir, M. M., Surat, M., Tawil, N. ., & Usman, I. M. S. (2011).
Effective Office Environment Architecture: Finding Ingenious Ideas in a Home
to Stimulate the Office Environment. Procedia Engineering, 20, 380–388.
doi:10.1016/j.proeng.2011.11.180
El-Zeiny, R. M. A. (2012). The Interior Design of Workplace and its Impact on
Employees’ Performance: A Case Study of the Private Sector Corporations in
Egypt. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 35(December 2011), 746–
756. doi:10.1016/j.sbspro.2012.02.145
Evans, G. W. (2003). The built environment and mental health. Journal of Urban
Health : Bulletin of the New York Academy of Medicine, 80(4), 536–55.
doi:10.1093/jurban/jtg063
Evans, G. W., & McCoy, J. M. (1998). Environmental Journal of, 85–94.
Feige, A., Wallbaum, H., Janser, M., & Windlinger, L. (2013). Impact of sustainable
office buildings on occupant's comfort and productivity. Journal of
Corporate Real Estate, 15(1), 7–34. doi:10.1108/JCRE-01-2013-0004
97
Garris, L.B. & Monroe, L.K. (2005). The Color Factor. Journal of Buildings, 99 (10),
72 – 73.
Gavhed, D., & Toomingas, A. (2007). Observed physical working conditions in a
sample of call centres in Sweden and their relations to directives,
recommendations and operators’ comfort and symptoms. International Journal
of Industrial Ergonomics, 37(9-10), 790–800. doi:10.1016/j.ergon.2007.06.006
Gensler (2006). The Gensler Design + Performance Index: The U.S. Workplace
Survey. http://www.team-mates.com/storage/knowledge-center-documents/
Gensler%20U.S.%20Workplace%20Survey%20-
%20DesignPerformanceIndex.pdf (viewed March 13, 2014).
Gensler (2008). 2008 Workplace Survey: United States.
http://www.gensler.com/uploads/documents/2008_Gensler_Workplace_Survey
_US_09_30_2009.pdf (viewed March 13, 2014).
Gensler (2008). These Four Walls: The Real British Office.
http://www.makespacework.com/Resources-
pdf/Business/These%20four%20walls%20the%20real%20
British%20Office.pdf (viewed March 13, 2014)
Hui, Zhang, & Zheng, (2013). Facilities management service and customer
satisfaction in shopping mall sector. Facilities, 31(5), 194–207.
doi:10.1108/02632771311307070
Huisman, E. R. C. M., Morales, E., Hoof, J. Van, & Kort, H. S. M. (2012). Healing
environment : A review of the impact of physical environmental factors on
users, 58, 70–80.
Jeanne M. Stellman, Susan Klitzman, G. C. G. and B. R. S. (1987). Work
Environment and the Well-Being of Clerical and VDT Workers. Retrieved
September 24, 2014, from
http://www.jstor.org.ezproxy.psz.utm.my/stable/pdfplus/3000364.pdf?acceptTC
=true&jpdConfirm=true
98
Klitzman, S., & Stellman, J. M. (1989). The impact of the physical environment on
the psychological well-being of office workers. Social Science & Medicine,
29(6), 733–742. doi:10.1016/0277-9536(89)90153-6
Keith Alexander (1996) Facilities Management. London: E&FN Spon
Kao, H. (2005). The exploration of the relationship between Taiwanese executive
leadership style and knowledge management practice in Mainland China
(Doctoral dissertation, University of the Incarnate Word).
Kumar, R. (2010). Research methodology: a step-by-step guide for beginners. Sage
Publications Limited.
Kamarulzaman, N., Saleh, A. A., Hashim, S. Z., Hashim, H., & Abdul-Ghani, A. A.
(2011). An Overview of the Influence of Physical Office Environments
Towards Employee. Procedia Engineering, 20, 262–268.
doi:10.1016/j.proeng.2011.11.164
Kim, J., & de Dear, R. (2013). Workspace satisfaction: The privacy-communication
trade-off in open-plan offices. Journal of Environmental Psychology, 36, 18–26.
doi:10.1016/j.jenvp.2013.06.007
Leaman, A., & Bordass, B. (2001). Assessing building performance in use 4: the
Probe occupant surveys and their implications. Building Research &
Information, 29(2), 129-143.
Leaman, A., & Bordass, W. (2005). Productivity in Buildings: The Killer
Variables.The Usable Buildings Trust.
Leather, P., Beale, D., & Sullivan, L. (2003). Noise , psychosocial stress and their
interaction in the workplace, 23, 213–222.
Lee, S. Y., & Brand, J. L. (2005). Effects of control over office workspace on
perceptions of the work environment and work outcomes. Journal of
Environmental Psychology, 25(3), 323–333. doi:10.1016/j.jenvp.2005.08.001
99
Luı, M. (2013). Health & Place Inpatients ’ and outpatients ’ satisfaction : The
mediating role of perceived quality of physical and social environment, 21,
122–132.
McCoy, J.M. (2005). Linking the physical work environment to creative context.
Jour- nal of Creative Behavior, 39(3), 169–91
Mohn, N. C. (1990). A Manager’s Interpretation of Cross Tabulation Survey
Data. American Journal of Business, 5(2), 49-48.
Rashid, M., & Zimring, C. (2008). A Review of the Empirical Literature on the
Relationships Between Indoor Environment and Stress in Health Care and
Office Settings: Problems and Prospects of Sharing Evidence. Environment and
Behavior, 40(2), 151–190. doi:10.1177/0013916507311550
Rahman, A., & Badayai, A. (2012). A Theoretical Framework and Analytical
Discussion on Uncongenial Physical Workplace Environment and Job
Performance among Workers in Industrial Sectors, 42(July 2010), 486–495.
doi:10.1016/j.sbspro.2012.04.214
Rasila, H. (2012). Attitudes towards problems in the physical working environment:
case contact centre. Journal of Corporate Real Estate, 14(2), 94–104.
doi:10.1108/14630011211261696
Sommer, R., & Ross, H. Social interaction on a geriatric ward. International Journal
of Social Psychiatry, 1958, 4, 128-133
Sommer, R., & Gilliland, G. W. Design for friendship. Canadian Architect, 1961, 6,
59-61.
Syahrul Nizam Kamaruzzaman & Emma Marinie (2010), “Influence of employees’
perception of colour preferences on productivity in Malaysia office buildings,
Journal Of Sustainable Development, 3(3), 283-287
Thayer, J. F., Verkuil, B., Brosschot, J. F., Kampschroer, K., West, A., Sterling, C.,
… Sternberg, E. M. (2010). Effects of the physical work environment on
physiological measures of stress. European Journal of Cardiovascular
100
Prevention and Rehabilitation : Official Journal of the European Society of
Cardiology, Working Groups on Epidemiology & Prevention and Cardiac
Rehabilitation and Exercise Physiology, 17(4), 431–9.
doi:10.1097/HJR.0b013e328336923a
Too, L., & Harvey, M. (2012). “TOXIC” workplaces: the negative interface between
the physical and social environments. Journal of Corporate Real Estate, 14(3),
171–181. doi:10.1108/14630011211285834
Vischer, J. C. (2007). The effects of the physical environment on job performance:
towards a theoretical model of workspace stress. Stress and Health, 23(3), 175–
184. doi:10.1002/smi.1134
Yim King Penny, W. (2007). The use of environmental management as a facilities
management tool in the Macao hotel sector. Facilities, 25(7/8), 286–295.
doi:10.1108/02632770710753325
Zafir dan Fazilah. (2006). Stres Di Tempat Kerja Dan Kesannya Terhadap
Keselamatan Dan Kesihatan pekerjaan. Retrieved September 29, 2014, from
http://core.kmi.open.ac.uk/download/pdf/11493410.pdf
Zhang, M., Kang, J., & Jiao, F. (2012). Science of the Total Environment A social
survey on the noise impact in open-plan working environments in China, 438,
517–526.
Zhu, L., & Zhu, L. (2013). The physical office environment in technical services in
ARL libraries. Library Collections, Acquisitions, and Technical Services, 37(3-
4), 124–137. doi:10.1016/j.lcats.2013.11.003