TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN
SAINS KBSM
SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS KBSM
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya : SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: EN. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN BEL. BEREK POLIS MELOR 16400 MELOR KOTA BHARU KELANTAN Tarikh : 28 April 2008 Tarikh : 28 April 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan :............................................................................
Nama Penyelia :ENCIK MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN
Tarikh : 28 April2008
TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP
PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS KBSM
SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
” Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan :..............................................................................
Nama Penulis : SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH
Tarikh : 28 April 2008
DEDIKASI
AYAHANDA DAN BONDA YANG DIKASIHI
Haji Abdullah Bin Ismail dan Hajjah Sabariah Binti Abdul Rahman.
Dikau bak mutiara di dasar lautan yang sentiasa memberi sinaran di dalam hidup
ku ini ..............
Terima Kasih
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dengan
limpah dan rahmatNya, dapat juga menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini yang
bertajuk ‛TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP
PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS KBSM’.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga
kepada pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Meor Ibrahim Bin Kamaruddin yang
telah banyak memberikan bimbingan tanpa mengenal jemu kepada saya di sepanjang
proses menghasilkan PSM ini.
Selain itu, ucapan penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang telah memberikan
sumbangan idea-idea yang berguna di sepanjang proses penghasilan PSM sehinggalah
ia dapat disiapkan sepenuhnya terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga
pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.
Terima Kasih
ABSTRAK
Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang memerlukan pelajar
bekerjasama semasa belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan
sepasukan selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Kajian ini adalah untuk
mengenalpasti tahap keyakinan dan masalah-masalah guru-guru Program Khas
Pensiswazahan Guru, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia dalam melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran
Sains. Sebanyak 24 orang guru Program Khas Pensiswazahan Guru, Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan telah dijadikan sampel. Soal selidik tahap keyakinan digunakan
sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 dan dinyatakan dalam bentuk min
dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan tahap keyakinan responden berada pada
tahap sederhana (min 3.38). Terdapat beberapa masalah dalam melaksanakan
pembelajaran koperatif, antaranya kekangan masa, kegagalan pelajar yang lemah untuk
menguasai sesi perbincangan di dalam kumpulan dan pengawalan kelas. Beberapa
cadangan untuk meningkatkan keyakinan melaksanakan pembelajaran koperatif dalam
kalangan guru-guru perlu dijalankan antaranya guru-guru mestilah sentiasa
mempraktikkan teknik pembelajaran koperatif semasa sesi pengajaran mereka, beban
tugas guru yang tidak berkaitan dengan akademik wajarlah dikurangkan agar guru
mempunyai masa yang mencukupi untuk merancang proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih sistematik dan waktu pengajaran guru perlu dipanjangkan
lagi agar pembelajaran secara koperatif dapat dilaksanakan dengan jayanya.
ABSRACT
Cooperative learning is a method which requires the students to work together
and to be responsible to others in the group during the learning process. This study was
conducted to determine the level of confidence of the PKPG teachers when
implementing cooperative learning in the classroom. The study also identified problem
encountered when using cooperative learning and teachers problems among PKPG. 24
teachers from PKPG, Bachelor of Science with Educations have been selected as
sample. Questionnaire on the level of confidence was used as research instrument. Data
was processed and analyzed using the SPSS Version 11.5 and presented in mean and
percentage. The outcome of this research shows that the level of confidence among the
respondents was at the moderate level (min 3.38). Some of the problems encountered
when implementing the cooperative learning were is time constraint, failure of weak
students in empowering discussion session in the group and class control. A number of
suggestions were forwarded among the teachers; teachers should always practice
cooperative learning during their lesson, work load which were not related to academic
should be decreased so that teachers have enough time to plan their lesson systematically
and the duration of teaching should be extended so that cooperative learning method can
be implemented successfully.
KANDUNGAN
BAB PERKARA
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENYELIDIK
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN PERKATAAN
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Takrif Istilah 9
1.9 Rumusan 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif 13
2.3 Kelebihan Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif 17
2.4 Prinsip-prinsip Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif 20
2.4.1 Saling Bergantungan Secara Positif 21
2.4.2 Akauntabiliti Individu Dan Kumpulan 22
2.4.3 Interaksi Kumpulan 22
2.4.4 Kemahiran Interpersonal Dan Kumpulan Kecil 23
2.4.5 Pemprosesan Kumpulan 23
2.5 Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif di Malaysia 23
2.6 Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif 26
2.7 Kesediaan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Koperatif 29
2.7.1 Tahap Keyakinan Terhadap Penggunaan Kaedah
Dan Pembelajaran Koperatif 29
2.7.2 Masalah Dalam Penggunaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Koperatif 30
2.8 Rumusan 31
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Sampel Kajian 33
3.4 Skop Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Prosedur Kajian 37
3.7 Kajian Rintis 38
3.8 Analisis Data 39
3.9 Rumusan 40
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pendahuluan 41
4.2 Latarbelakang Responden 42
4.2.1 Jantina Dan Bangsa 43
4.2.2 Pengalaman Mengajar 43
4.3 Tahap Keyakinan Guru-Guru PKPG Terhadap Penggunaan
Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Koperatif
Di Dalam Mata Pelajaran Sains KBSM 44
4.4 Masalah-Masalah Dalam Melaksanakan Pengajaran Dan
Pembelajaran Koperatif 50
4.5 Rumusan 53
BAB 5 KESIMPULAN, IMPLIKASI, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Kesimpulan 54
5.3 Implikasi 57
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.8 Rumusan 62
RUJUKAN 72
LAMPIRAN 79
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Menunjukkan Sampel Pelajar-Pelajar Bagi
Kursus PKPG 4SPN UTM 34
3.2 Skala Empat Mata 35
3.3 Taburan Item-Item Soal Selidik 35
3.4 Jadual Nilai Min 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Dan Bangsa 42
4.2 Taburan Responden Tahun Mengajar 43
4.3 Tahap Keyakinan Guru-Guru PKPG 4 SPN UTM Terhadap
Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Secara
Koperatif 44
SENARAI SINGKATAN
Dr. Doktor
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
PK Pembelajaran Koperatif
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
SPN Sarjana Muda Pendidikan Sains
STAD Kaedah Pembahagian Pencapaian, Kumpulan Pelajar
SPSS Statistical Package for Social Science Version
TGT Kaedah Pertandingan Permainan Berpasukan
TAI Kaedah Team Assisted Individualization
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Borang Soal Selidik 71
B Kajian Rintis 75
C Surat Kebenaran Menjalani Penyelidikan 77
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi
sebagai negara pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan
kehidupan seharian dikeluarkan dan dipasarkan di peringkat antarabangsa. Untuk tujuan
ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan
inovatif yang tinggi.
Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan
utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenalpasti sebagai jentera penggerak untuk
menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut lain pula,
diharapkan pelajar dapat menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani,
intelek dan jasmaninya.
Menjelang tahun 2020, Negara Malaysia dijangkakan akan berkembang pesat.
Sebagaimana yang telah dicanangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.
Mahathir Bin Mohammad suatu ketika dahulu. Untuk merealisasikannya, maka
persediaan perlulah dibuat dan dirancang secara tersusun agar ianya lebih efektif ke atas
pembangunan sumber manusia di samping pembangunan prasarana. Institusi
pendidikan telah diberi mandat bagi pembangunan sumber manusia di peringkat pertama
2
untuk melaksanakannya seterusnya melahirkan generasi baru yang dapat memberi
sumbangan ke arah peningkatan produktiviti negara.
Oleh itu, bersesuailah dengan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan, dan saling hormat
menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke
arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap individu secara
menyeluruh dan bersepadu dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Manakala fitrah manusia merujuk kepada sifat-sifat semula jadi yang terdapat
dalam diri setiap insan. Sifat-sifat ini adalah seperti berdaya cipta, keterbukaan, sifat
ingin tahu dan keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif. Proses pengajaran dan
pembelajaran adalah suatu yang unik dan kompleks. Tanpa proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersistematik, proses pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak
mungkin dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan dinamik. Oleh itu, perancangan
aktiviti pembelajaran ke arah pendidikan yang dikehendaki perlulah dibuat oleh guru-
guru terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa tugas utama guru sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan ialah menyediakan aktiviti pembelajaran
yang terancang dan sistematik agar dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan dan
bermutu. Di samping itu, guru perlulah mengetahui terlebih dahulu peranan mereka
yang sebenarnya sebagai seorang pendidik dan mampu mempelbagaikan strategi
pengajaran dan pembelajaran semasa proses penyampaian isi pelajaran. Pemilihan
kaedah pengajaran yang sesuai secara bijaksana juga dapat menjamin pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Sesuatu strategi pengajaran yang sesuai dan menarik
dapat meningkatkan mutu penyampaian isi pelajaran, malahan ianya akan menghasilkan
suatu pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan efektif sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah (Ee, 2000).
3
Sikap bekerjasama adalah salah satu faktor yang amat penting di dalam
pembangunan negara terutamanya bagi negara yang mempunyai penduduk berbilang
kaum dan agama seperti negara kita Malaysia. Setiap individu seharusnya boleh
menguasai kebolehan untuk bekerjasama di dalam kumpulan. Salah satu daripada
sembilan cabaran strategi Wawasan 2020 bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu serta mempunyai matlamat yang boleh dikongsi bersama, iaitu sebuah
negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, bekerjasama sepenuhnya
secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik
dan dedikasi kepada negara (Mok, 2002). Dengan tertanamnya sikap bekerjasama di
dalam diri setiap pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar dan teratur.
Dengan itu, sikap bekerjasama di kalangan pelajar boleh diterapkan melalui
kaedah pengajaran dan pembelajaran secara koperatif. Pelajar-pelajar dari pelbagai
kebolehan akan dilatih bekerjasama di dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan oleh guru. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara koperatif telah dipilih sebagai satu kaedah pembelajaran yang
berpotensi untuk mempercepatkan lagi hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. PK bukan sahaja merupakan satu inovasi pendidikan di Malaysia tetapi
ia juga merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai integrasi
di antara masyarakat berbilang kaum dan seterusnya menghasilkan rakyat Malaysia
yang mempunyai nilai-nilai murni sebagaimana yang terdapat dalam objektif
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Untuk meningkatkan mutu sesuatu pembelajaran, guru-guru perlu
mencorakkan strategi dan teknik pengajaran dengan mengambil kira faktor-faktor
seperti hubungan dengan bahan yang akan disampaikan, kesediaan pelajar untuk
mentafsir dan memahami maklumat baru bergantung kepada skema yang telah sedia
ada. Guru yang kritis dan kreatif akan mencuba sedaya upaya untuk membentuk
aktiviti pembelajaran yang lebih efektif seperti mengadakan kerja berkumpulan,
4
memberi latihan dan aktiviti penyiasatan serta pelbagai aktiviti lagi. Dengan adanya
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sedikit sebanyak dapat menarik
minat serta meningkatkan keupayaan dan keyakinan para pelajar terhadap mata
pelajaran Sains (Meor Ibrahim, 2000).
Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap keyakinan
guru-guru PKPG 4SPN UTM terhadap penggunaan kaedah koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains KBSM.
1.2 Latar Belakang Masalah
Memandangkan kepentingan Sains di era yang semakin canggih ini, wajarlah
pengetahuan tentang Sains diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Usaha
membangkitkan kesedaran dan memperkenalkan Sains dan teknologi mestilah
dimulakan di peringkat sekolah. Semua pelajar seharusnya peka dengan perkembangan
Sains dan berusaha mempelajari mata pelajaran Sains di peringkat sekolah (Nazaria, et
al., 1998).
Begitu juga dengan Misi Pendidikan Sains yang mempunyai tujuan yang sama
iaitu ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang celik Sains dan berteknologi serta
membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik, dan produktif. Manakala
Kurikulum Sains di Malaysia pula ingin mengintegrasikan pemerolehan dan aplikasi
pengetahuan Sains, penguasaan kemahiran, serta penerapan sikap saintifik dan nilai
murni di dalam mata pelajaran Sains (Mok, 2002).
Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkat dan
mengembangkan mata pelajaran Sains di sekolah. Namun, sambutan yang diberikan
oleh pelajar-pelajar masih lagi kurang memberangsangkan. Situasi ini berlaku
disebabkan oleh salah satu daripada faktornya ialah kurangnya keyakinan dan kecekapan
5
guru-guru untuk menggunakan kaedah pembelajaran yang aktif seperti pembelajaran
koperatif (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006).
Kaedah koperatif ini dikatakan sesuai digunakan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sains kerana ianya menggalakkan pelajar-pelajar mewujudkan suasana
bekerjasama yang positif di antara mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Di samping memberi peluang kepada mereka mengeluarkan idea dan
pendapat mengenai persoalan yang ingin diselesaikan, melalui perbincangan dalam
kumpulan. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran secara koperatif banyak memberi
peluang kepada pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif.
Keberkesanan kaedah PK telah diukur melalui peningkatan pencapaian yang
signifikan di kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Ini
bersesuailah dengan pelajar-pelajar pada zaman sekarang yang kita semua ketahui lebih
aktif jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar pada zaman dahulu yang hanya banyak
bergantung kepada guru semata-mata (Slavin, 1983).
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan
kursus mengenai penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan harapan guru-guru yang menyertai kursus ini boleh
mengendalikan latihan dalaman di peringkat sekolah untuk guru-guru lain bagi
memperkenalkan PK. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan
kursus-kursus untuk memperkenalkan kaedah koperatif kepada guru-guru, namun
sambutan yang diberikan oleh mereka kurang menggalakkan dan masih ramai lagi guru
yang menggunakan pendekatan tradisi (1972), walaupun kurikulum ini telah diubah
kepada KBSM (1989), yang mencadangkan beberapa pendekatan pengajaran yang lebih
berpusatkan kepada pembelajaran aktif dan pembelajaran yang dijangkakan dapat
membantu meningkatkan pemahaman pelajar. Namun ada juga sesetengah guru yang
menyedari akan kebaikan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif ini, tetapi
6
mereka mempunyai alasan yang kukuh mengapa mereka tidak menggunakan kaedah
koperatif. Menurut Wan Md Hatta (1999), antara alasannya ialah kekangan masa.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan tentang keberkesanan PK. Penekanan
keyakinan guru-guru terhadap konsep dan penggunaan kaedah PK dalam mata pelajaran
Sains di sekolah kurang menggalakkan. Kajian ini dijalankan bertujuan ingin melihat
tahap keyakinan guru-guru PKPG 4SPN UTM terhadap penggunaan kaedah pengajaran
dan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sains KBSM di sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Berbagai cara telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memartabatkan mata pelajaran Sains di sekolah-sekolah. Namun, bilangan pelajar yang
mengambil mata pelajaran Sains di sekolah masih berkurangan berbanding dengan
pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran lain (Lee, 1999). Oleh itu, satu usaha
yang berterusan perlu dilakukan bagi menyemai dan menanam minat pelajar-pelajar
terhadap mata pelajaran Sains. Di samping membuka minda mereka dengan mengikis
tanggapan negatif terhadap mata pelajaran Sains.
Bagi merealisasikannya, satu alternatif perlu diambil di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan agar ianya mampu meningkatkan kefahaman dan
memperbaiki permasalahan pemahaman konsep pelajar-pelajar tentang Sains. Dengan
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif, guru-guru perlu bertindak
sebagai pemudahcara atau fasilitator sahaja. Oleh itu, kawalan kelas dapat dikurangkan
dengan melakukan aktiviti di dalam kumpulan-kumpulan kecil dan guru juga boleh
menumpukan kepada aktiviti secara individu. Aktiviti seperti ini sedikit sebanyak
memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri mereka secara aktif di dalam kumpulan
masing-masing.
7
Melalui pemerhatian yang dijalankan, masih ramai lagi guru yang menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Mungkin pada pendapat mereka
kaedah ini lebih senang dijalankan serta dapat mengurangkan kekangan masa yang
selalu dihadapi oleh guru-guru.
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mendapat maklumbalas guru-guru
PKPG 4SPN UTM terhadap tahap keyakinan penggunaan kaedah koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains KBSM dan mengenalpasti masalah–
masalah yang dihadapi.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk :-
i. Mengenalpasti tahap keyakinan guru-guru PKPG 4SPN UTM untuk
melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam kelas Sains
KBSM di sekolah.
ii. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru PKPG 4SPN
UTM semasa menggunakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
koperatif dalam mata pelajaran Sains KBSM.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah untuk mengetahui :-
i. Apakah tahap keyakinan guru-guru PKPG 4SPN UTM lebih cenderung untuk
merancang dan memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam
kelas Sains KBSM di sekolah ?
8
ii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru PKPG 4SPN UTM di
dalam penggunaan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif
dalam mata pelajaran Sains KBSM di sekolah ?
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk :-
i. Memberi maklumat kepada penyelidik lain untuk mengetahui masalah-masalah
yang dihadapi dalam menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
koperatif dalam mata pelajaran Sains KBSM untuk kajian lanjutan.
ii. Memberi maklumat kepada para penyelidik untuk mengetahui masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains dalam menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran koperatif .
iii. Menjadi bahan rujukan kepada guru-guru pelatih UTM untuk menilai sikap
mereka semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam
mata pelajaran Sains di sekolah.
iv. Sebagai rujukan dan panduan kepada pihak fakulti atau penyelidik untuk
mendapat maklumat sama ada guru-guru PKPG 4SPN UTM mendapat
pendedahan yang secukupnya tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif
serta kesediaan mereka menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif
dalam mata pelajaran Sains di sekolah.