Download - Tari Topeng Mak Yong
1. TARI TOPENG MAK YONG
MAK YONG adalah teater tradisional di Kepulauan Riau yang di angkat menjadi
sebuah tarian yang menceritakan kenakalan AWANG ( Prajurit ). AWANG
diperintahkan oleh CIK WANG ( sang raja ) untuk berlatih, tetapi AWANG malah
mengganggu INANG ( dayang - dayang ). Hingga akhirnya AWANG ketahuan oleh
CIK WANG mengganggu para INANG sehingga AWANG dimarahi oleh CIK
WANG
Latar Belakang Sejarah : Mak Yong merupakan taridra Melayu yang unik dan halus
sifatnya. Ia merupakan kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi
yang dipentaskan. Terdapat 12 cerita pokok Mak Yong yang utama antaranya
termasuklah Dewa Muda, Raja Tangkai Hati, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang,
Raja Muda Lakleng dan Raja Besar Ho Gading. Taridra trdisional Melayu ini
dipersembahkan oleh watak-watak seperti Pak Yong, Pak Yong Muda, Mak Yong,
Puteri Mak Yong, Peran dan watak Dayang-Dayang. Keunikan Teater Mak Yong
telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible
Heritage of Humanity yang merupakan pengikhtirafan tertinggi warisan dunia bagi
seni budaya.
Persediaan Persembahan
Para penari dan pelakon biasanya menghias diri sendiri. Watak utama Pak Yong
mengenakan kostium khas dengan memakai mahkota kain baldu, sampin la dada,
pending dan tersisip sebilah keris di pinggang. Peran, watak kelakar akan
mengenakan pakaian aneka warna dan fesyen mengundang ketawa penonton. Bangsal
atau panggung dibina beratap tanpa dinding agar dapat ditonton dari semua penjuru.
Orkestranya disusun dengan pemain rebab di sebelah Timur berhampiran tiang seri
bangsal bagi membolehkan pelakon menghadap ke arahnya sewaktu tarian
pembukaan Menghadap Rebab. Pemuzik lain boleh duduk sebaris dengan perebab,
mengikut kesesuaian. Peralatan orkestra yang lain termasuklah sepasang gong
(tetawak), geduk, gendang, canang, kesi dan serunai. Seikat rotan bera perlu untuk
seorang pelakon Pak Yong, Mak Yong, menteri atau raja tertentu. Golok-golok dibuat
daripada papan dibelah dua bahagian tengah atau mata (untuk menguatkan bunyi jika
memukul) sebagai kegunaan peran sepanjang penampilannya.
Persembahan Mak Yong
Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling. Dimulakan dengan acara Buka
Panggung dikuti dengan bertabuh, Menghadap Rebab, Sedayung Pak Yong, Sedayung
Mak Yong, Ziarah Bilik Pengasuh (Sedayung Panggil Awang), Berkhabar, Ello atau
Wok dan seterusnya sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan.
Persembahan di tamatkan dengan Tutup Panggung. Terdapat tidak kurang daripada 50
buah lagu Mak Yong. Namun mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya
semakin berkurangan.
2. JENIS-JENIS TARI MAK YONG
Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis
persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara
satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah
di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu
Patani.
Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut,
Terengganu, Malaysia.
Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun
(Thailand).
Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.
Cerita-cerita Mak Yong
Terdapat tidak kurang daripada 30 buah cerita Mak Yong namun, hanya 12 cerita
yang sering dipentaskan. Cerita berkenaan termasuklah; Dewa Muda, Bongsu Sakti,
Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Dewa Pecil, Raja Muda Lakleng, Raja Besar
Ho Gading, Anak Raja Panah Dewa Indera - Indera Dewa, Raja Muda Laksana,
Bedara Muda dan Endeng Tajeli (Anak Raja Gondang, Batak Raja Gondang, Bongsu
Sakti)
Pengajaran / Unsur-unsur Moral
Cerita-cerita Mak Yong sarat dengan pengajaran atau unsur-unsur moralnya. Adab
berhadapan dengan raja harus dijaga walaupun ada kalanya mereka boleh dibawa
bergurau. Begitu juga bagi pihak raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat
walaupun ada kalanya mereka dungu. Kerja raja (kerajaan) hendaklah diutamakan
(dijunjung) dahulu daripada urusan sendiri (dikelek) sesuai dengan etika
perkhidmatan penjawat awam. Keseluruhan cerita bertemakan buat baik dibalas baik,
buat jahat lambat laun mendapat bala atau musibah.
PERGERAKAN ASAS BAGI TARIAN MAKYUNG
Satu unsur penting dalam makyung selain daripada muzik dan dialog ialah tarian yang
digunakan dalam keseluruhan persembahan.
Tarian makyung juga sama seperti tarian melayu yang lain iaitu menegaskan kepada
pergerakan tangan. Posisi tangan ini apabila dicantumkan dengan pergerakan badan,
kepala dan kaki membentuk tarian makyung seperti berikut :
1. Duduk atas tumit, tangan sembah guru
2. Tangan susun sirih
3. Tangan gajah lambung belalai
4. Tangan burung terbang
5. Tangan ular sawa mengorak lingkaran
6. Tangan seludang menolak mayang
7. Tangan sulur memain angi
8. Tangan liuk kiri longlai ke kanan
9. Berdiri tapak tiga mengadap timur jaga
10. Tangan sirih layer
11. Kirat penghabisan
12. Langkah turun dari kayangan
13. Langkah naik ke kayangan
14. Pak Yung berjalan
Cerita-cerita dalam makyung menjalani beberapa tahap perkembangan. Ia bermula
dengan cerita asas iaitu Dewa Muda, yang menceritakan tentang asal usul makyung.
Berdasarkan cerita ini, ia berkembang menjadi tujuh dan kemudian dua belas cerita.
Dua belas cerita yang dianggap lengkap, asli dan cukup nilai seninya adalah :
1. Dewa Muda
2. Dewa Pencil
3. Dewa Sakti
4. Dewa Indera, Indera Dewa
5. Dewa Panah
6. Endeng Tejali
i) Anak Raja Gondang
ii) Batak Raja Gondang
iii) Bongsu Sakti
7. Gading Bertimang
8. Raja Tangkai Hati
9. Raja Muda Lakleng
10. Raja Muda Lembek
11. Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading
12. Bentara Muda
Lagu-lagu dalam persembahan makyung adalah seperti berikut :
1. Bertabuh
2. Mengadap Rebab
3. Raja atau Pakyung keluar dan berdialog dengan makyung
4. Pakyung Muda atau Puteri makyung akan menyanyi Dondang Lanjut
5. Dialog Pakyung memanggil Pengasuh
6. Nyanyian Pakyung Tua – Sedayong Pakyung
7. Dialog
8. Nyanyian Kisah Barat oleh Pakyung Muda
9. Dialog
10. Nyanyian Peran – Barat Cepat
11. Dialog antara Pakyung dan Peran
12. Nyanyian oleh Pakyung – Lagu Berkbabar
13. Dialog
14. Nyanyian Peran – Lagu Saudara
15. Dialog
16. Lagu Barat Cepat
17. Dialog Peran I dan Peran II<
18. Lagu Tok Wak
19. Dialog Pakyung
20. Lagu Ela oleh Pakyung membawa cerita yang akan dipersembahkan