TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN
PENGAJARAN OLEH PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN
ASAS PEDAGOGI (SPP 2002)
WONG GING CHING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TINJAUAN TAHAP SIKAP, MINAT BELAJAR DAN PENILAIAN
PENGAJARAN OLEH PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN
ASAS PEDAGOGI (SPP 2002)
WONG GING CHING
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
Untuk ayah yang dikasihi,
WONG KIING TAI
dan ibu tersayang,
SU SUOK CHUO
Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mendidik dan memeliharaku serta dorongan dan iringan doa kalian...
Buatmu abang-abang dan adik yang disayangi,
GING SING, GING ZING dan GING SIENG
Keprihatinan dan sokongan kalian amat dihargai Semoga kejayaan dan kebahagian mengiringi hidup kalian...
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Segala bimbingan, tunjuk ajar, bantuan dan sokongan yang diberikan dalam membantu kejayaanku,
ribuan terima kasih ku ucapkan...
Buat teman-temanku yang dirindui,
Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, prihatin dan bantuan anda semua. Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan di dunia dan akhirat
dan akan kukenang selamanya...
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek
Sarjana Muda, Dr. Baharin Bin Abu, atas bimbingan, dorongan dan galakan serta
nasihat yang diberikan sejak awal kajian ini dirancang sehinggalah projek ini
disempurnakan. Beliau telah menyumbangkan khidmat dengan ikhlas dalam
memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung penghargaan juga ditujukan khas untuk Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalani kajian ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pelajar
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan yang mengambil mata pelajaran Asas Pedagogi
(SPP 2002) pada semester satu sesi 2005/2006 atas kesudian mereka menjadi
responden serta komitmen kerjasama yang diberikan.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan atas dorongan dan cadangan membina. Tanpa sokongan dan tunjuk
ajar mereka, penyelidik tidak dapat menyiapkan laporan ini dengan lancar dan
sempurna.
Akhirnya, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis
menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap sikap, minat belajar dan penilaian
pengajaran oleh pelajar SPA/E/J/H terhadap mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP
2002) di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian deskriptif ini melibatkan 152
pelajar Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan yang
mengambil kursus Asas Pedagogi (SPP 2002) pada semester pertama sesi 2005/2006.
Responden terdiri daripada 141 pelajar Melayu, 5 pelajar Cina, 3 pelajar India dan 3
pelajar kaum yang lain. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah 0.92. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik
yang mengandungi 3 bahagian, iaitu bahagian A (3 item latar belakang), bahagian B
(55 item objektif) dan bahagian C (2 item subjektif). Data-data kuantitatif bahagian
A dan B yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 12.0
(Statistical Packages For Social Sciences) dan dijelaskan dalam bentuk peratusan,
kekerapan dan min. Data kualitatif bagi item bahagian C dikategorikan mengikut
tema dan dikuantitikan dalam bentuk kekerapan. Dapatan kajian mendapati bahawa
sikap belajar dan minat belajar pelajar terhadap mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP
2002) berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pengajaran
pensyarah dalam mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002) berada pada tahap tinggi.
Walau bagaimanapun, aspek teknologi pengajaran pensyarah berada pada tahap
sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan masalah-masalah pengajaran dan
pembelajaran yang dihadapi adalah masalah sikap dan kemahiran belajar pelajar,
pengajaran pensyarah, masa, suasana belajar, silibus, teknologi pengajaran dan
minat. Beberapa cadangan dan implikasi kajian juga dibincangkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to investigate students’ attitude, interest and
their evaluation of the delivery of lectures for the subject of Basic Pedagogy (SPP
2002) in the University Technology of Malaysia. The respondents consisted of 152
Technique and Engineering (PTK) students of the Faculty of Education who took
the subject, Basic Pedagogy during the first semester of the academic term of
2005/2006. The respondents involved comprised of 141 Malays, 5 Chinese, 3
Indian and 3 from other races. The cronbach’s alpha for the instrument in this
research was 0.92. The instrument used was a questionnaire which was divided into
three sections. Section A comprised of demographic items, section B comprised of
55 items related to the three objectives of this research and section C comprised of
open-ended questions. The quantitative data of sections A and B were analyzed
using the Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 for Windows to
obtain the percentages, frequencies and means. Meanwhile, the qualitative data of
section C were categorized and tabled in terms of frequency. The result of this
research shows that the attitude and the interest of the students towards the learning
of Basic Pedagogy subject were at high levels. Besides that, findings show that the
students’ perceptions towards the lecturer’s delivery of the subject of Basic
Pedagogy were also at a high level. However, the delivery of lectures with the help
of technology was found to be at medium level. This research also shows that the
problems faced by the students for the subject of Basic Pedagogy were related to the
students’ attitude and study skills, the delivery of lectures, the time factor, learning
environment, syllabus, use of technology and students’ interest. A number of
suggestions and implications of this research were also discussed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
viii
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Definisi Operasional 7
1.9.1 Sikap 7
1.9.2 Minat Belajar 8
1.9.3 Penilaian Pengajaran 8
1.9.4 Pelajar 9
1.9.5 Mata pelajaran Asas Pedagogi 9
(SPP 2002)
1.10 Kesimpulan Dan Organisasi Laporan 10
2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Konsep Pembelajaran 11
2.3 Sikap Belajar 13
2.4 Minat Pelajar 16
2.5 Tanggungjawab Guru Dan Pengajaran 18
2.5.1 Persediaan Mengajar 20
2.5.2 Penstrukturan Dan Penyampaian 22
Pengajaran
2.5.3 Pengawasan Suasana Pengajaran 24
2.5.4 Teknologi Pengajaran 26
2.5.5 Kualiti Keperibadian 27
2.5.6 Kemahiran Berkomunikasi 29
2.6 Masalah-masalah Pembelajaran 31
2.7 Kesimpulan 37
ix
3 METODOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Populasi Kajian 39
3.4 Tempat Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 43
3.7 Prosedur Kajian 44
3.8 Penganalisisan Data 44
3.9 Kesimpulan 46
4 ANALISIS DATA 47
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Dan Dapatan Kajian Bahagian A 47
4.2.1 Jantina, Etnik Dan Kursus 48
4.3 Analisis Dan Dapatan Kajian Bahagian B 49
4.3.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar SPA/E/J/H 50
Dalam Pembelajaran Asas Pedagogi
(SPP 2002)
4.3.2 Tahap Minat Belajar Pelajar SPA/E/J/H 55
Terhadap Pelajaran Asas Pedagogi
(SPP 2002)
4.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran 58
Pensyarah Asas Pedagogi (SPP 2002)
4.4 Analisis Dan Dapatan Kajian Bahagian C 71
4.5 Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Mata 72
Pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)
4.6 Cadangan Meningkat Prestasi Pengajaran 76
Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Asas
x
Pedagogi (SPP 2002)
4.7 Kesimpulan 78
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 80
5.1 Pengenalan 80
5.2 Rumusan Kajian 80
5.2.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar 81
Terhadap Mata Pelajaran Asas
Pedagogi (SPP 2002)
5.2.2 Tahap Minat Belajar Pelajar 81
Terhadap Mata Pelajaran Asas
Pedagogi (SPP 2002)
5.2.3 Tahap Prestasi Pengajaran 82
Pensyarah Dalam Mata Pelajaran
Asas Pedagogi (SPP 2002)
5.2.4 Masalah Pengajaran Dan 82
Pembelajaran Yang Dihadapi
Dalam Mata Pelajaran Asas
Pedagogi (SPP 2002)
5.3 Perbincangan Kajian 83
5.3.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar 83
Terhadap Mata Pelajaran Asas
Pedagogi (SPP 2002)
5.3.2 Tahap Minat Belajar Pelajar 86
Terhadap Mata Pelajaran Asas
Pedagogi (SPP 2002)
5.3.3 Tahap Pengajaran Pensyarah Mata 88
Pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)
5.3.3.1 Persediaan Mengajar 88
5.3.3.2 Penstrukturan dan Penyampaian 90
xi
Pengajaran
5.3.3.3 Pengawasan Suasana Pengajaran 91
5.3.3.4 Teknologi Pengajaran 93
5.3.3.5 Kualiti Keperibadian 94
5.3.3.6 Kemahiran Berkomunikasi 95
5.3.4 Masalah-masalah Pengajaran dan 96
Pembelajaran Yang Dihadapi Dalam
Mata Pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)
5.4 Cadangan Kajian 98
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 98
5.4.2 Cadangan Kepada Pensyarah 99
5.4.3 Cadangan Kepada Fakulti 100
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 100
5.6 Kesimpulan 101
RUJUKAN 102
Lampiran A - F 111-126
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Populasi pelajar Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan 40
yang mengambil kursus mata pelajaran Asas Pedagogi
pada semester satu sesi 2005/2006
3.2 Bilangan item berhubung persoalan kajian untuk 42
Bahagian B
3.3 Skala ordinal empat mata 42
3.4 Pengkategorian semula skala ordinal empat mata 45
4.1 Taburan responden mengikut jantina 48
4.2 Taburan responden mengikut etnik 48
4.3 Taburan responden mengikut kursus 49
4.4 Pengkategorian semula skala ordinal empat mata 49
4.5 Pengkelasan kesesuaian berdasarkan analisis markat min 50
4.6 Analisis peratus dan min sikap belajar pelajar SPA/E/J/H 51
dalam Asas Pedagogi, SPP 2002 pada semester satu sesi
2005/2006 (n=152)
4.7 Analisis peratus dan min minat belajar pelajar SPA/E/J/H 55
terhadap Asas Pedagogi, SPP 2002 pada semester satu sesi
2005/2006 (n=152)
4.8 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 58
pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada
semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek persediaan
mengajar (n=152)
xiii
4.9 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 60
pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada
semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek penstrukturan
dan penyampaian pengajaran (n=152)
4.10 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 62
pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002
pada semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek
pengawasan suasana pembelajaran (n=152)
4.11 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 64
pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada
semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek teknologi
pengajaran (n=152)
4.12 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 66
pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada
semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek kualiti
keperibadian (n=152)
4.13 Analisis peratus dan min tentang tahap penilaian 68
pengajaran pensyarah Asas Pedagogi, SPP 2002 pada
semester satu sesi 2005/2006 dalam aspek kemahiran
berkomunikasi (n=152)
4.14 Nilai purata min dan sisihan piawai aspek pengajaran 70
pensyarah Asas Pedagogi pada semester satu sesi 2005/2006
4.15 Min dan sisihan piawai keseluruhan aspek tahap sikap 71
belajar, minat belajar pelajar dan prestasi pengajaran
pensyarah mata pelajaran Asas Pedagogi pada semester
satu sesi 2005/2006
4.16 Masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran yang 72
dihadapi dalam mata pelajaran Asas Pedagogi, SPP 2002 pada
semester satu sesi 2005/2006
4.17 Cadangan pelajar untuk memperbaiki proses pengajaran 76
dan pembelajaran dalam mata pelajaran Asas Pedagogi,
SPP 2002 pada semester satu sesi 2005/2006
xiv
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Pengkelasan kesesuaian berdasarkan analisis markat min 45
xv
SENARAI SINGKATAN UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PTK - Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
SPA/E/J/H - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Jentera)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
xvi
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Soal selidik untuk responden 111
B Pengesahan soal selidik 120
C Nilai kebolehpercayaan soal selidik 122
D Surat pengesahan pelajar 123
E Surat memohon kebenaran menjalani kajian 124
F Surat permohonan menulis laporan akhir Projek 126
Sarjana Muda dengan melebihi 100 muka surat
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Lulus cemerlang dalam setiap mata pelajaran menjadi impian setiap pelajar.
Untuk mencapai hasrat ini, pelajar perlu menanamkan dalam diri segala sifat yang
boleh membawa ke mercu kejayaan sejak dari awal-awal lagi (Supyan Hussin, 2001).
Pelajar memerlukan sikap, minat, usaha yang tinggi dalam pembelajaran untuk
memperoleh gred yang baik. Dengan mengamalkan teknik pembelajaran yang
bersistematik dan berkesan serta gabungan semangat dan usaha yang gigih sahaja
yang dapat menjamin kecemerlangan di dalam akademik (Burns dan Sinfield, 2003).
Menurut Bernard (2003), pembelajaran di universiti berbeza dengan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Pembelajaran di universiti adalah
lebih unik, kompleks dan lebih masa pengajarannya dan pelajar lebih bersifat tidak
terlalu bergantung kepada pengajar. Pelajar wajib mengetahui akan kaedah belajar
yang betul serta kemahiran belajar seperti pengambilan nota kuliah, penggunaan
perpustakaan dan sebagainya untuk pembelajaran yang efektif. Pelajar perlu
mempunyai inisiatif diri dan displin yang tinggi dalam pencarian ilmu.
Kaedah pembelajaran yang berkesan membolehkan pembelajaran yang cekap
dengan menggunakan tenaga yang paling minimum untuk memperolehi hasil yang
paling maksimum. Seseorang pelajar dikatakan mengamalkan kaedah pembelajaran
2
yang berkesan sekiranya menggunakan cara yang betul, sistematik, berfaedah,
berkesan dan dapat memaksimumkan hasil pembelajaran (Khalid Mohamad Nor,
2002).
Keberkesanan pembelajaran itu pula bergantung kepada beberapa faktor
pelajar seperti sikap belajar pelajar, minat belajar pelajar dan usaha pelajar.
Keberkesanan pembelajaran juga berkait rapat dengan pengajaran pensyarah seperti
kaedah pengajaran, suasana persekitaran, alat bantu mengajar dan kaedah
komunikasi pensyarah yang dapat melahirkan situasi pembelajaran yang berkesan
(Salhah Abdullah, 2005). Menurut Race (2003), dalam proses pembelajaran, pelajar
perlu mengetahui keberkesanan pembelajarannya. Pelajar perlu memastikan
kelancaran dan peningkatan pembelajaran sentiasa wujud. Masalah pembelajaran
perlu dikenalpasti dan langkah penyelesaian perlu diambil sebelum masalah itu
menjadi serius. Kaedah pembelajaran yang lemah bukan sahaja akan membazirkan
masa tetapi juga tidak dapat membantu pelajar untuk memperoleh gred yang
cemerlang.
Di samping itu, Ee Ah Meng (2005) menjelaskan pensyarah juga perlu
mempunyai beberapa sifat yang boleh mendorong pembelajaran maksimum.
Pensyarah akan menentukan sama ada pengajaran itu menyeronokkan atau
sebaliknya. Pensyarah yang profesional dapat membantu pembelajaran pelajar
dalam memudahkan pemahaman konsep pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Sifat
profesional dan peribadi pensyarah boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif.
Kesimpulannya, sikap belajar, minat belajar dan kaedah pengajaran
pensyarah boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
Sifat-sifat ini perlu dikaji supaya dapat mempertingkatkan proses dan hasil
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar yang mengikuti kursus pendidikan di Fakulti Pendidikan UTM
diwajibkan mengambil mata pelajaran Asas Pendidikan untuk memenuhi syarat
pengajian. Mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002) adalah salah satu mata
pelajaran Asas Pendidikan. Mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002) juga
merupakan mata pelajaran teras Fakulti Pendidikan.
Matlamat mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002) adalah bertujuan untuk
melengkapkan pelajar yang merupakan bakal guru dengan pengetahuan dan
kemahiran asas berkaitan dengan aspek pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
didedahkan dengan beberapa model, strategi dan kaedah pengajaran, aspek
pengurusan bilik darjah. Pelajar juga dikehendaki membuat perancangan, proses
pelaksanaan, serta penilaian pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Di samping
itu pelajar akan didedahkan dengan aplikasi kemahiran berfikir dengan menekankan
kepada kemahiran menggunakan pelbagai kecerdasan, teori otak, jenis pemikiran,
alat pemikiran deBono dan kaedah mengajar kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan nadi kepada sistem
pendidikan. Hasil pengajaran dapat diperhatikan melalui perubahan tingkah laku
pelajar yang diharapkan (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2004). Namun,
keberkesanan pembelajaran tertakluk kepada beberapa faktor tertentu. Cara
pengajaran pensyarah dan faktor diri pelajar yang berlainan memberi kesan
pembelajaran yang berbeza (Salhah Abdullah, 2005). Untuk memperoleh keputusan
yang cemerlang memerlukan inisiatif, usaha dan semangat belajar yang kuat.
Masalah pembelajaran merujuk kepada segala perkara yang boleh
mengagalkan proses pemerolehan ilmu pelajar. Masalah pembelajaran boleh
mempengaruhi pemahaman pelajar dalam sesuatu mata pelajaran dan seterusnya
pencapaian pelajar akan terjejas. Oleh itu, masalah pembelajaran perlu dikenalpasti
dan diatasi untuk pembelajaran yang efektif.
4
Untuk memperoleh gred yang baik dalam mata pelajaran Asas Pedagogi
(SPP 2002), pelajar perlu mengamalkan cara pembelajaran yang betul dan berkesan.
Banyak kajian telah mendapati sikap belajar pelajar, minat belajar dan pengajaran
pensyarah penting dalam mencapai kejayaan pelajar. Dengan amalan pembelajaran
yang berkesan dan pengajaran pensyarah yang tersusun dan menarik, pelajar akan
mudah untuk menguasai mata pelajaran itu.
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Asas Pedagogi dapat menyediakan guru pelatih dengan
prinsip pengajaran yang dapat membantu guru mengajar dengan berkesan (Esah
Sulaiman, 2004). Menurut Mok Soon Sang (2003), guru mesti menguasai ilmu
pedagogi dengan baik bagi menjadi pendidik yang profesional. Kenyataan ini
disokong oleh Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2003) yang
menyatakan kemahiran pedagogi merupakan landasan kepada pengetahuan pengajar.
Ilmu pedagogi mustahak untuk mengenali kaedah menguruskan pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Setiap pelajar kursus pendidikan perlu dapat
menguasai mata pelajaran Asas Pedagogi.
Untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
pembelajaran mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002), tahap sikap belajar, tahap
minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata pelajaran Asas
Pedagogi perlu dikaji dan difahami. Dengan mengumpul maklumat-maklumat sifat
pembelajaran pelajar terhadap mata pelajaran Asas Pedagogi, penyelidik dapat
mengetahui tahap pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Asas Pedagogi.
Seterusnya, langkah menangani masalah pembelajaran mata pelajaran Asas
Pedagogi dapat diambil.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat pembelajaran pelajar dalam
mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002). Aspek yang dikaji adalah tahap sikap
5
belajar, tahap minat belajar dan penilaian pengajaran oleh pelajar terhadap mata
pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002).
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
(i) Mengenalpasti tahap sikap belajar pelajar terhadap mata pelajaran
Asas Pedagogi (SPP 2002).
(ii) Mengkaji tahap minat belajar pelajar terhadap mata pelajaran Asas
Pedagogi (SPP 2002).
(iii) Menilai tahap prestasi pengajaran pensyarah dalam mata pelajaran
Asas Pedagogi (SPP 2002).
(iv) Menentukan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi
oleh pelajar dalam mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002).
1.5 Persoalan Kajian
Daripada objektif di atas, kajian ini menentukan empat persoalan kajian
seperti di bawah:
(i) Apakah tahap sikap belajar pelajar terhadap mata pelajaran Asas
Pedagogi (SPP 2002)?
(ii) Apakah tahap minat belajar pelajar terhadap mata pelajaran Asas
Pedagogi (SPP 2002)?
(iii) Apakah tahap prestasi penilaian pengajaran pensyarah oleh pelajar
dalam mata pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)?
(iv) Apakah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mata
pelajaran Asas Pedagogi (SPP 2002)?