Download - tunggak 12 pendidikan
640915-03-5021
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan pembangunan
pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu
yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk minda kelas
pertama. Walaubagaimanapun, sebarang hasrat dan aspirasi negara, serta
masyarakat hanya akan terlaksana jika guru yang ditugaskan mendidik anak bangsa
merupakan guru yang benar-benar berkualiti.
Kertas kerja ini menghuraikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru sebelum layak
digelar sebagai ‘guru berkualiti’. Ia juga memberi fokus kepada bagaimana untuk kita
mengekalkan ciri-ciri guru berkualiti ini sepanjang tempoh perkhidmatan. Perkara
utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati
Falsafah Pendidikan Negara(FPN). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah
lengkapkan diri kita dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam FPN iaitu
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek(JERI). Di samping itu, kita juga
hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang
tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan. Akhir sekali, kita
juga perlu untuk sentiasa bermahasabah diri agar kita sentiasa kekal sebagai guru
berkualiti. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, hasrat kerajaan dapat dicapai dan
profesion keguruan sentiasa dimartabatkan.
1
640915-03-5021
Sebagai orang yang terlibat dengan dunia pendidikan, bagaimanakah anda dapat
menjamin diri anda kekal berkualiti sepanjang masa dalam usaha untuk
memartabatkan profesion keguruan.
1.0 PENGENALAN
“Hasrat kita adalah untuk mempastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru
yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang
berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang
tempoh perkhidmatan mereka.” Petikan ucapan yang dibuat oleh YB Dato’ Sri
Hishamuddin bin Tun Hussein ini tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Daripada kenyataan di atas, dapatlah difahamkan bahawa
Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja berhasrat untuk melahirkan guru yang
berkualiti, tetapi juga memastikan bahawa mereka yang berkualiti akan kekal dalam
system pendidikan negara dan akan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan.
Guru-guru yang berkualiti amat diperlukan bagi mempertingkatkan kualiti sistem
pendidikan negara.
Sistem pendidikan negara yang berkualiti merupakan salah satu faktor utama yang akan
mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas
pertama sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia
Ke-Sembilan. Sebagai pendidik , para guru harus sedar bahawa peranan yang
dimainkan oleh mereka amat berharga. Pelbagai pelan boleh dirangka, tetapi
perlaksanaannya amat bergantung kepada kualiti guru di setiap pelusuk tanahair.
Guru yang berkualiti sangat diperlukan untuk memartabatkan profesion keguruan.
Keperluan ini dapat dijelaskan lagi jika kita imbas kembali kepada tema hari guru
beberapa tahun kebelakangan ini:
2
640915-03-5021
Tema Hari Guru 2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara Tema Hari Guru 2003- Guru Berkualiti Aspirasi Negara Tema Hari Guru 2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan Tema Hari Guru 2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan Tema Hari Guru 2006- Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan Tema Hari Guru 2007- Guru Penjana Modal Insan Gemilang. Tema hari guru 2010 Guru Pembina nagara bangsa
Tema-tema Hari Guru di atas sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia menjelaskan lagi kepada kita bahawa pentingnya elemen kualiti
diamalkan oleh guru di dalam profesion keguruan.
1.1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
Sistem pendidikan yang berkualiti mestilah mampu untuk bukan sahaja memenuhi
tuntutan perubahan zaman, malah ianya mestilah mampu untuk menghadapi segala
cabaran di masa hadapan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen
perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan
menyeluruh. PIPP adalah pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu
dan digubal berpandukan matlamat dan teras kerangka besar Misi Nasional dan
Wawasan 2020. Pelan ini telah menggariskan enam teras strategik iaitu;
a. Teras Pertama – Membina Negara Bangsa
b. Teras Kedua – Membangunkan Modal Insan
c. Teras Ketiga – Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
d. Teras Keempat – Merapatkan Jurang Pendidikan
e. Teras Kelima – Memartabatkan Profesion Keguruan
f. Teras Keenam – Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
3
640915-03-5021
Kertas kerja ini memberi penekanan kepada Teras Kelima iaitu untuk memartabatkan
profesion keguruan. Fokus akan diberikan kepada bagaimana saya sebagai seorang
guru dapat menjadi guru yang berkualitii, dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh
perkhidmatan.
2.0 DEFINISI KONSEP
2.1 Guru berkualiti
Berikut adalah sedutan daripada Perutusan Hari Guru 2005 oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj.
Ahamad bin Sipion, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia:
“Kualiti merupakan sesuatu yang subjektif dan ia merujuk kepada
darjah kecemerlangan, mutu atau sifat keunggulan. Dalam konteks
membangunkan pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan untuk
membolehkan negara kekal kompetitif di persada antarabangsa
maka kualiti perlu dibudayakan dalam sistem pendidikan negara
secara berterusan dan menyeluruh. Dalam sistem persekolahan ia
bermula dengan guru. Guru berkualiti ialah guru berwawasan dan
bermatlamat. Guru yang rajin akan berusaha untuk meningkatkan
kompetensinya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, dan
kemahiran. Guru ini memilih untuk mencapai darjah cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam kerjayanya. “
4
640915-03-5021
Sesungguhnya guru yang berkualiti akan membentuk murid yang berkualiti, dan murid
yang berkualiti akan menjadi warganegara yang akan membentuk negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
2.2 Profesion Keguruan
Menurut Kamus Dewan ‘profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas
(contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai
‘Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan
oleh organisasinya’.
Bidang keguruan dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi seorang
guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Sebagai
contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah
kerajaan. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Profesion perguruan juga
memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dicontohi oleh
murid. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika
dan Tatasusila Profesion Keguruan.
5
640915-03-5021
2.3 Martabat Profesion Keguruan
Martabat Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam
bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan & kemahiran yang tinggi
dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru.
Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh
sesiapa sahaja. ‘ Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan,
kelayakan, minat , iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.’( Petikan dari PIPP-
Teras Kelima). Sesungguhnya guru berkualiti adalah faktor utama yang akan dapat
memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion keguruan
adalah terletak pada guru sendiri. Segala ilmu dan amalan harian guru adalah menjadi
gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh kerana itu, para guru adalah
perlu untuk sentiasa memelihara imej dan nama baik profesion.
3.0 MEMILIKI CIRI-CIRI GURU BERKUALITI
Guru berkualiti mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan pembangunan
diri murid dan kemajuan pendidikan di negara kita. Berikut adalah ciri-ciri guru berkualiti
yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profesion keguruan :
3.1. Berkualiti dari segi intelek:
Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek:
3.1.1 Berilmu pengetahuan
Cabaran pada hari ini memerlukan kita sebagai guru untuk memiliki
pelbagai lmu pengetahuan dan kepakaran.
6
640915-03-5021
3.1.2 Mahir IT
Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai pemangkin
kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.
3.1.3 Menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem
pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa
bahasa inggeris dengan baik.
3.1.4 Mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan
menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea
menjadi lebih menarik.
3.2 Berkualiti dari segi Kerohanian
Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat
berikut:
3.2.1 Memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji.
Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat
pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta
pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah
terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan .
7
640915-03-5021
3.2.2 Memiliki pegangan agama yang kukuh.
Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara , agama diletakkan di tempat yang
tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi
bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu , berprinsip serta amanah.
3.3 Berkualiti dari segi jasmani
Di antara ciri-ciri seorang guru yang berkualiti jasmaninya ialah:
3.3.1. Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian,
tingkah laku dan tutur kata.
3.3.2. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baikagar dapat menjalankan tugas
dengan berkesan.
3.3.3 Memiliki kemahiran bercorak fizikal iaitu :
a. Kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar,
ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.
b. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana
unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam
kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.
3.4 Berkualiti dari segi Emosi.
Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah:
3.4.1 Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan.
Terdapat 12 nilai murni teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia
yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang peru diamalkan .
8
640915-03-5021
3.4.2 Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu
menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.
3.4.3 Mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.
4.0 BAGAIMANA SAYA DAPAT MENJAMIN DIRI SAYA KEKAL BERKUALITI
SEPANJANG MASA DALAM USAHA UNTUK MEMARTABATKAN PROFESION
KEGURUAN
Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam merealisasikan
hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, kita semestinya sentiasa
memastikan bahawa ciri-ciri guru berkualiti yang ada pada diri kita akan kekal selagi kita
masih bergelar sebagai seorang guru. Ini adalah kerana guru berkualiti adalah elemen
utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan. Usaha untuk
memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri. Berikut adalah
langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin diri kita kekal berkualiti sepanjang
masa dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan :
4.1 Sentiasa menghayati FPN sebagai panduan dalam menjalankan tugas.
9
Kepercayaan danKepatuhan kepada
Tuhan
Tanggungjawabdan sumbangan
kepada Masyarakat
Ilmu Pengetahuandan
Akhlak Mulia
Insan yangSeimbang
danHarmonis
INTELEK ROHANI
EMOSIJASMANI
640915-03-5021
Falsafah Pendidikan Negara(FPN)
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.”
Falsafah Pendidikan Yang Perpaksikan Ketuhanan
Lihat pula petikan di bawah:
10
640915-03-5021
“ ……………. Guru merupakan golongan yang barada di
barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk
memastikan hasrat ini menjadi kenyataan. Segala ini
bermaksud, jika cabaran globalisasi menuntut agar rakyat
Malaysia menjadi lebih berpengalaman , lebih
berkemahiran, lebih berdisiplin dan lebih mengutamakan
kualiti maka tuntutan terhadap golongan guru sebagai
golongan yang berada di barisan hadapan jauh lebih
hebat.’ (Sedutan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
Sempena Hari Guru 2005)
Daripada sedutan ucapan di atas, dapatlah difahamkan bahawa untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana
yang digariskan di dalam FPN, kita bukan sahaja perlu terlebih dahulu memiliki ciri-ciri
yang seimbang dan harmonis dalam keempat-empat keperluan tersebut, malah lebih ke
hadapan daripada itu. Kita mestilah memastikan keempat-empat keperluan iaitu
intelek, rohani, fizikal dan emosi yang ada pada diri kita sentiasa dalam keadaan
seimbang dan harmonis..
4.1.1 Intelek
4.1.1.1 Menanamkan sifat ingin tahu.
Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita
menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong kita
mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering
11
640915-03-5021
berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah
mengajar.
4.1.1.2 Minat suka membaca.
Kegemaran membaca membolehkan kita sentiasa menambah pelbagai ilmu
pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi
keyakinan kepada kita untuk menyampaikam pengajaran dengan berkesan. Di
samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang
berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting
untuk meningkatkan kualiti professional kita.
4.1.1.3 Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT.
Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat
mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru
berkualiti, kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi
IT dalam pengajaran dan pembelajaran . Usaha ini memerlukan kita
untuk sentiasa menegemaskini kemahiran menggunakan komputer.
dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya
kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini.
Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini
dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
4.1.1.4 Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris. Penggunaan bahasa
inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan kita untuk
sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa
ini.. Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan
12
640915-03-5021
pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu
faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada
setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa
inggeris kita perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi
dengan rakan sekerja dan para pelajar.
4.1.1.5 Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi
Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap
profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru
terhadap pelajar. Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang
teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran
tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial
kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori
Pembelajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran terkini
yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti
yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan
oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran
Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek
dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan
mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.
4.1.2 Rohani
4.1.2.1 Kita mestilah sentiasa menonjolkan tingkah laku yang dan sahsiah
yang baik kerana guru adalah menjadi contoh teladan kepada pelajar-
13
640915-03-5021
pelajar .Oleh itu, sebagai seorang guru yang ingin kekal berkualiti,
kita perlu mematuhi Kod Etika Perkhidmatan Awam . Berikut adalah
Prinsip-prinsip utama Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang perlu saya
patuhi
i. Memanifestasi keyakinan
ii. Berasaskan Keimanan
iii. Memelihara Prinsip Kesepaduan
iv. Adil dan saksama
v. Memelihara martabat pekerja
vi. Menepati larangan dan suruhan
vii. Ukuran Kecemerlangan
viii. Mesyuarat dan Muafakat
ix. Ikhlas
x. Menghayati mertabat Kerja
xi. Menepati Masa
Selain daripada Kod Etika Perkhidmatan Awam, kita juga mestilah sentiasa
merujuk kepada Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan sebagai
panduan dalam menjalankan tugas . Perkara-perkara yang terkandung di
dalam Etika Profesion Keguruan. ialah :
i. Tanggungjawab terhadap pelajar
Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar kita mesti bersikap adil
terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan lain-lain.
Kita perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan
14
640915-03-5021
membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Di samping itu,
kita mesti menunjukkan contoh berpakaian , pertututuran dan tingkah laku
yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar. Selain daripada itu kita hendaklah
memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat
atau seminar supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-
tingginya.
ii. Tanggungjawab terhadap ibubapa
Kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormati
tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sentiasalah
berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, kita
mestilah sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan
rumahtangga mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia kecuali
kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, kita akan memberikan
maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka. Akhir sekali, kita
sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh
kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang
keputusan dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.
iii. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh
15
640915-03-5021
merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Kita juga hendaklah sering memupuk
sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka
menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih
tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu
hormatilah masyarakat tempat kita berkhoidmat dan memenuhi tanggungjawab
sebagai ahli masyarakat… Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan
kerjasama di antara guru derngan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
iv. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan
Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang
boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Kita juga tidak
melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapan kami sebagai guru ,
contohnya berniaga di waktu perskolahan. Di samping itu kita juga berusaha untuk
menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia untuk membantu
rakan sejawat terutananya mereka yang baru menjjadi seorang guru. Akhir sekali, kita
perlu menjadi ahli bagi sebuah perubuhan guru.
4.1.2.2 Dari sudut keagamaan pula, kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita
adalah bertanggungjjawab penuh ke atas perbuatan kita. Perbuatan kita
16
Bekerja dengan tekun dan cekap
KOD ETIKA KERJA ISLAM
Bekerja dengan semangat gotong royong
dan berpadu fikiran
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia
sejagat
Bekerja dengan ikhlas dan amanah
Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada
Allah
640915-03-5021
pada hari ini akan dipersoal di hari kemudian sekiranya kita tidak menjalankan
tugas dengan baik. Dengan kesedaran ini kita akan dapat menjalankan
tugas deangan penuh tanggungjawab dan berkesan. Kesedaran ini perlu
diiringi dengan usaha untuk mengikuti dan maengamalkan ajaran agama
dengan baik.
Kita juga perlu sering berpandukan kepada aspek keagamaan dalam setiap
tindakan yang diambil untuk mendidik para pelajar. Bagi memastikan kita
akan kekal berkualiti, hendaklah sentiasa merujuk kepada Etika Kerja Islam
sebagai panduan. Di antara perkara-perkara yang tersenarai dalam Etika
Kerja Islam ini ialah :
Etika Kerja Islam
17
640915-03-5021
4.1.3 Jasmani
4.1.3.1 Sentiasa menjaga kesihatan diri
Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas
sebagai guru yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Kita
hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat bagi mengekalkan
kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat tanpa penyakit memberi
kelebihan kepada kita untuk berkhidmat dengan bertanggungjawab dan
berkesan. Di antara aktiviti yang perlu dibuat untuk mengekalkan
kesihatan ialah berjoging dan bersukan. Kita juga perlu mengamalkan
pemakanan yang sihat. Tubuh badan yang sihat dan cergas akan
menghasilkan individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu
guru dalam menjalankan tugas dengan berkesan.
4.1.3.2 Menonjolkan penampilan diri yang baik
Sebagai seorang guru, kita sentiasa diperhatikan oleh anak didik untuk
dijadikan contoh tauladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah
laku kita mestilah menampakkan ketrampilan dan kewibawaan kita sebagai
seorang guru yang berkualiti. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa berpakaian
kemas bagi mengekalkan imej saya sebagai seorang guru yang berkualiti.
Kita juga mesti sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi
contoh yang baik kepada pelajar. Renungkan petikan di bawah:
18
640915-03-5021
“ Guru-guru perlu menyampaikan ilmu pengetahuan
secara berkesan, menjadi pembimbibing yang
dihormati an memastikan diri masing-masing dapat
dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu, pada
setiap masa, para guru sakalian hendaklah
menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia
dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul.”
( ucapan perutusan Hari Gur u 1999 yang dibuat oleh
Ketua Pengarah Pelajaran pada masa itu,Dato’ Dr.
Abdul Shukor Abdullah)
4.1.4 Emosi
Guru yang hanya dilengkapi dengan ilmu berasaskan akal dan akademik tanpa
disokong pengurusan emosi dan spiritual belum boleh dianggap sebagai guru
berkualiti. Guru tanpa kestabilan emosi tidak akan mampu untuk merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, kita sebagai seorang guru
yang berkualiti perlu untuk sentiasa mengekalkan kestabilan emosi agar kita dapat
menjamin diri kita kekal sebagai guru berkualiti, seterusnya dapat mendidik
pelajar-pelajar agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Salah satu cara
untuk mengekalkan kestabilan emosi kita sepanjang berkhidmat sebagai guru
ialah dengan:
4.1.4.1 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan .
Ini memerlukan kita untuk sentiasa merujuk kepada Nilai-nilai Murni Teras Etika
19
QKebijaksanaan
Bakat digilap
Ketinggian peribadiKesabaran
640915-03-5021
Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia (Tonggak 12) dalam sebarang tindakan
yang diambil. Sila Lihat gambarajah:
Gambarajah Teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia
TONGGAK 12
Keseronokan Bekerja
Ketekunan membawa Kejayaan
KesederhanaanMenghargaI masa
Mengamalkan sikap baik hati
Memberi teladan
baik
Seronok mencipta yang baru
Kewajipan menjalankan
tugas
20
640915-03-5021
4.1.4.2 Memastikan sentiasa berfikiran positif semasa menjalankan tugas.
Kita mestilah tidak mudah untuk menyalahkan keadaan atau orang lain sekiranya
terdapat sebarang masalah semasa menjalankan tugas. Sebaliknya semaklah
diri sendiri samada kita telah menjankan tugas dengan baik dan berhemah.
Kita juga menganggap semua pelajar mampu untuk belajar dan berusaha
sedaya upaya untuk menyampaikan pengajaran dengan baik dan berkesan.
4.2 Bersikap Akauntabiliti
Sebagai seorang guru berkualiti kita mestilah memiliki sikap akauntibiliti yang
tinggi iaitu:
4.2.1 Akauntabiliti terhadap negara
Kita mestilah menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat Falsafah
pendidikan negara, memupuk nilai dan sikap yang murni ke dalam setiap jiwa
pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara berguna, serta
mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan kemasyarakatan.
4.2.2 Akauntabiliti terhadap profesion keguruan
Kita hendaklah membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan ilmu
pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha untuk
meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan, dan
menghadiri kusus dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi
pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum.
21
640915-03-5021
4.2.3 Akauntabiliti terhadap pelajar dan ibubapa
Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik
darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan
tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Utamakan kebajikan , kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal
lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping
membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran.
Akhir sekali kita juga perlu mmberi contoh teladan yang baik seperti
berpakaian kemas, berbudi bahasa dan lain-lain.
4.2.4 Akauntabiliti terhadap diri sendiri
Kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan badan supaya dapat
menjalankan tugas dengan sempurna, serta mengawal emosi sendiri
supaya membawa ketenangan jiwa dan ketenteraman jiwa. Kita juga
mestilah mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya
pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan. Di samping itu,kita
juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui
pembacaan yang meluas dan peka kepada peristiwa yang berlaku
disekeliling. Seterusnya kita hendaklah melibatkan diri dalam sesuatu hobi
atau aktiviti yang bermanafaat bertujuan untuk mengisi masa lapang secara
berfaedah.
4.3 Mahasabah diri
Dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru, kita perlu untuk dari masa ke
semasa melakukan mahasabah terhadap diri sendiri agar sentiasa kekal
22
640915-03-5021
sebagai guru berkualiti. Bermahasabah secara jujur terhadap diri sendiri adalah
perlu dalam memastikan kita akan sentiasa mengamalkan ciri-ciri seorang guru yang
berkualiti.
5.0 KESIMPULAN
Sesungguhnya kerajaan Malaysia dan anggota masyarakat meletakkan harapan
yang tinggi kepada kita sebagai guru. Menjelang tahun 2020, harapan kepada warga
guru menjadi semakin meningkat bagi mencapai matlamat “Misi Nasional “ dalam RMK-
9. Kegagalan guru untuk berfungsi dengan baik akan memberi kesan yang besar
terhadap pembangunan modal insan yang menjadi hasrat pemimpin negara dan
seterusnya menjejaskan masa hadapan generasi yang akan datang. Oleh itu , kita
sebagai guru hendaklah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti diri dari
masa ke semasa dan berusaha untuk kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan.
Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, kita sebagai gurulah
sebenarnya yang mempunyai peranan yang besar kerana ilmu dan amalan guru adalah
menjadi cerminan kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh kerana system
pendidikan negara sentiasa berubah mengikut arus pemodenan dunia, maka kita
sebagai guru juga semestinya sentiasa bermahasabah diri agar kualiti diri dan
perkhidmatan kita adalah yang terbaik dan akan kekal sehingga tamat tempoh
perkhidmatan kita.
Hasrat murni Falsafah Pendidikan Negara(FPN) untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak akan tercapai sekiranya
23
640915-03-5021
kita sebagai guru tidak memiliki ciri-ciri guru berkualiti dalam keempat-empat aspek
tersebut (JERI). Oleh itu, kita mestilah sentiasa menghayati isi kandungan FPN dan
penghayatan ini mestilah berkekakalan sehingga tamat tempoh perkhimatan kita sebagai
seorang guru. Di samping itu kita sebagai guru juga mestilah mempunyai akauntabiliti
yang tinggi, iaitu akauntabiliti terhadap negara, terhadap profesion keguruan, terhadap
pelajar dan ibu bapa, serta terhadap diri sendiri. Akhir sekali kita juga mestilah sentiasa
bermahasabah diri agar sentiasa dapat mengamalkan ciri-ciri guru berkualiti yang
sebati dengan jiwa dan berkekalan dalam sebarang bentuk perlakuan, pertuturan,
pemikiran dan budaya kerja sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam .
Jangan biarkan pepatah menyebut ‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari’ atau
‘seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul’ mencemari profesion keguruan.
24
640915-03-5021
BIBILIOGRAFI
DEWAN MASYARAKAT MAC 2007
MOK SOON SANG(2005), SIRI PENDIDIKAN PTK (TERAS DAN PROFESIONAL) –
Multimedia-ES Resources Sdn Bhd
MOK SOON SANG (2005), SIRI PENDIDIKAN PTK (PENGURUSAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN) –- Multimedia-ES Resources Sdn Bhd
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN 2006 – 2010 - Kementerian
Pelajaran Malaysia
PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SAMBUTAN HARI
GURU 2005) - Laman Web Rasmi Sambutan Hari Guru 2005
PERUTUSAN KHAS HARI GURU 2007 YB. DATO’ SRI HISHAMMUDDIN TUN
HUSSEIN, MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
YAHYA DON (2003), KEPIMPINAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA –- Siri Pengurusan
Sekolah
25
640915-03-5021
26