31 Disember 2018 31 December 2018
P.U. (A) 398
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE
PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) (NO. 3) 2018
SERVICE TAX (AMENDMENT) (NO. 3) REGULATIONS 2018
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 398
2
AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018
PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) (NO. 3) 2018 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 91
Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807], Menteri membuat peraturan-peraturan
yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Cukai Perkhidmatan (Pindaan) (No. 3) 2018.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.
Peraturan baharu 3
2. Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 [P. U. (A) 214/2018], yang
disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan
memasukkan selepas peraturan 3 peraturan yang berikut:
“Kesan perubahan dalam perkhidmatan bercukai
3A. Jika terdapat suatu perubahan dalam mana-mana perkhidmatan bercukai
sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, kesan perubahan itu
ke atas cukai perkhidmatan adalah seperti yang berikut:
(a) dalam hal jika perkhidmatan bercukai tidak lagi dinyatakan
sebagai suatu perkhidmatan bercukai dalam Jadual Pertama dan
pemberian perkhidmatan itu menjangkaui selepas perubahan itu,
cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan ke atas bahagian
perkhidmatan yang boleh dihubungkaitkan dengan bahagian
tempoh sebelum tarikh perubahan itu;
(b) dalam hal jika suatu perkhidmatan baharu dinyatakan sebagai
suatu perkhidmatan bercukai dan pemberian perkhidmatan itu
menjangkaui selepas perubahan itu, cukai perkhidmatan
P.U. (A) 398
3
hendaklah dikenakan ke atas bahagian perkhidmatan yang boleh
dihubungkaitkan dengan bahagian tempoh selepas tarikh
perubahan itu; atau
(c) dalam hal jika suatu perkhidmatan baharu dinyatakan sebagai
suatu perkhidmatan bercukai dan sebelum tarikh perubahan itu
apa-apa bayaran diterima berkaitan dengan perkhidmatan itu
yang akan diberikan pada atau selepas tarikh perubahan itu,
tiada cukai perkhidmatan dikenakan ke atas bayaran yang
diterima itu.”.
Bahagian baharu IIA
3. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 4
bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IIA
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN BERCUKAI
YANG DIIMPORT
Nilai perkhidmatan bercukai yang diimport
4A. (1) Nilai perkhidmatan bercukai yang diimport adalah seperti
yang berikut:
(a) jika perkhidmatan bercukai yang diimport diperoleh oleh
seseorang di Malaysia yang tidak berkaitan dengan orang
yang berada di luar Malaysia—
(i) dalam hal premium bagi polisi insurans atau
sumbangan takaful bagi sijil takaful, premium atau
sumbangan takaful sebenar yang dibayar; atau
(ii) dalam hal perkhidmatan bercukai yang diimport
selain yang dinyatakan dalam subperenggan (i),
P.U. (A) 398
4
nilai sebenar perkhidmatan bercukai yang diimport
itu; atau
(b) jika perkhidmatan bercukai yang diimport diperoleh oleh
seseorang di Malaysia yang berkaitan dengan orang yang
berada di luar Malaysia, nilai perkhidmatan bercukai yang
diimport itu jika diperoleh dalam penjalanan biasa
perniagaan oleh orang itu yang tidak berkaitan dengan
orang yang berada di luar Malaysia.
(2) Peraturan 4 hendaklah terpakai bagi subperaturan (1) bagi
maksud menentukan orang yang berkaitan dengan orang yang berada
di luar Malaysia.”.
Pindaan peraturan 10
4. Peraturan 10 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang
berikut:
“(1A) Jika orang berdaftar memberikan apa-apa perkhidmatan
bercukai kepada pelanggannya yang merupakan orang berdaftar yang
memberikan perkhidmatan bercukai yang sama sebagaimana yang
diberikan olehnya, dan pelanggan itu berhak bagi pengecualian cukai
perkhidmatan di bawah seksyen 34 Akta berhubung dengan
perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar itu, orang
berdaftar itu hendaklah mengeluarkan invois di bawah subperaturan (1)
dengan butiran tambahan yang berikut:
(a) nama dan alamat pelanggan itu;
(b) nombor pendaftaran cukai perkhidmatan pelanggan itu;
dan
P.U. (A) 398
5
(c) jumlah amaun cukai perkhidmatan pelanggan itu yang
dikecualikan”; dan
(b) dalam subperaturan (2)—
(i) dengan menggantikan perkataan “subperaturan (1),” dengan
perkataan “subperaturan (1) dan (1A),”;
(ii) dengan memasukkan sebelum perkataan “untuk tidak dinyatakan”
perkataan “atau (1A), mengikut mana-mana yang berkenaan,”.
Pindaan peraturan 12
5. Peraturan 12 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “penyata”
perkataan “ atau perisytiharan”;
(b) dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan
yang berikut:
“(1A) Seseorang selain orang kena cukai hendaklah
mengemukakan perisytiharan sebagaimana yang dikehendaki di bawah
seksyen 26A Akta dalam Borang SST-02A.”;
(c) dalam subperaturan (2)—
(i) dengan memasukkan selepas perkataan “Borang SST-02”
perkataan “atau Borang SST-02A”;
(ii) dengan memotong perkataan “hendaklah dikemukakan oleh orang
kena cukai itu dan”; dan
P.U. (A) 398
6
(iii) dengan memasukkan selepas perkataan “penyata” perkataan “atau
perisytiharan”; dan
(d) dalam subperaturan (3), dengan memotong perkataan “kena cukai”.
Pindaan peraturan 14
6. Peraturan 14 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “penyata”
perkataan “atau perisytiharan”; dan
(b) dengan memasukkan selepas perkataan “penyata” perkataan
“atau perisytiharan” di mana-mana jua terdapat.
Pindaan peraturan 15
7. Peraturan 15 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam subperaturan (1), dengan memasukkan selepas perkataan “penyata”
perkataan “, atau mana-mana orang selain orang kena cukai membuat
suatu kesilapan dalam mana-mana perisytiharan,”;
(b) dalam perenggan (2)(a), dengan memasukkan selepas perkataan
“Borang SST-02” perkataan “atau Borang SST-02A, mengikut mana-mana
yang berkenaan”; dan
(c) dalam subperaturan (3), dengan memotong perkataan “kena cukai”.
Pindaan peraturan 16
8. Subperaturan 16(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan
“penyata” perkataan “yang dibuat”; dan
P.U. (A) 398
7
(b) dengan memasukkan sebelum perkataan “surcaj” perkataan
“perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen 26A Akta,”.
Pindaan peraturan 28
9. Peraturan 28 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam subperaturan (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“penyata” perkataan “, perisytiharan”; dan
(b) dalam subperaturan (3)—
(i) dengan memasukkan selepas perkataan “penerimaan penyata”
perkataan “, perisytiharan”;
(ii) dengan memotong perkataan “di bawah seksyen 26 Akta”; dan
(iii) dengan menggantikan perkataan “penyata dan pembayaran itu”
dengan perkataan “penyata, perisytiharan dan pembayaran itu”.
Pindaan Jadual Pertama
10. Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan memasukkan selepas perenggan 3 perenggan yang berikut:
“3A. Perenggan 3 tidak terpakai bagi apa-apa perkhidmatan bercukai
yang diimport yang diperoleh oleh suatu syarikat di Malaysia
daripada mana-mana syarikat dalam kumpulan syarikat yang
sama di luar Malaysia.”;
(b) dengan memasukkan selepas perenggan 9 perenggan yang berikut:
“10. Mana-mana orang berdaftar yang dikecualikan daripada
mengenakan cukai perkhidmatan di bawah seksyen 34 Akta,
P.U. (A) 398
8
nilai perkhidmatan bercukai yang dikecualikan itu hendaklah
diakaunkan dalam pengiraan jumlah nilai cukai perkhidmatan bagi
maksud pendaftaran di bawah Bahagian IV Akta.”;
(c) dalam Kumpulan C, dalam ruang (1), dalam butiran 2, dengan
menggantikan perkataan “yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan
berkenaan atau yang didaftarkan secara sah” dengan perkataan
“sama ada atau tidak berdaftar dengan, atau diluluskan oleh, mana-mana
pihak berkuasa tempatan yang berkaitan”;
(d) dalam Kumpulan G—
(i) dalam ruang (1)—
(A) dengan menggantikan butiran 7 dengan butiran yang
berikut:
“7. Mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan
perundingan, latihan atau tunjuk ajar, tidak termasuk—
(a) syarikat penyelidikan dan kemajuan dan syarikat
penyelidikan dan kemajuan kontrak di bawah
seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986
[Akta 327] dan institut penyelidikan yang
diluluskan di bawah seksyen 34B Akta Cukai
Pendapatan 1967 [Akta 53]; atau
(b) Kerajaan Persekutuan atau Negeri, pihak
berkuasa tempatan atau badan berkanun.;” dan
(B) dengan menggantikan butiran 9 dengan butiran
yang berikut:
P.U. (A) 398
9
“9. Mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan
pengurusan, tidak termasuk—
(a) perkhidmatan pengurusan dan
penyenggaraan berkaitan tanah atau
bangunan semata-mata bagi kegunaan
kediaman yang disediakan oleh mana-mana
pemaju, badan pengurusan bersama,
perbadanan pengurusan atau persatuan
kediaman;
(b) perkhidmatan pengurusan yang diberikan
oleh mana-mana orang yang dilesenkan atau
didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia untuk menjalankan aktiviti terkawal
pengurusan kumpulan wang di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671]; atau
(c) perkhidmatan pengurusan yang diberikan
oleh mana-mana orang, agensi Kerajaan,
pihak berkuasa tempatan atau badan
berkanun bagi maksud perkhidmatan
keagamaan, kebajikan, perkabungan,
perkuburan, tanah perkuburan, pembakaran
mayat, pembetungan, pembekalan air,
kesihatan atau pengangkutan.”;
(ii) dalam ruang (2)—
(A) dengan menggantikan butiran (g) dengan butiran yang
berikut:
P.U. (A) 398
10
“(g) pemberian perkhidmatan perundingan termasuk
perkhidmatan perundingan profesional selain yang
disebut secara khusus dalam Jadual ini, atau
perkhidmatan latihan atau tunjuk ajar dengan atau
tanpa pengeluaran perakuan yang baginya fi
dikenakan, tidak termasuk—
(i) pemberian perkhidmatan perundingan yang
berhubungan dengan perkhidmatan jagaan
kesihatan dan perkhidmatan veterinar;
(ii) pemberian perkhidmatan perundingan,
latihan atau tunjuk ajar berkaitan—
(A) barang atau tanah yang terletak di luar
Malaysia; atau
(B) perkara di luar Malaysia selain
perkara yang dinyatakan dalam (A).”;
(B) dengan menggantikan butiran (h) dengan butiran
yang berikut:
“(h) Pemberian semua jenis perkhidmatan teknologi
maklumat, tidak termasuk—
(i) pemberian atau penjualan barang berkaitan
pemberian perkhidmatan teknologi
maklumat;
(ii) pemberian perkhidmatan teknologi
maklumat berkaitan—
P.U. (A) 398
11
(A) barang atau tanah yang terletak di luar
Malaysia; atau
(B) perkara di luar Malaysia selain
perkara yang dinyatakan dalam (A).”;
(C) dengan menggantikan butiran (i) dengan butiran yang
berikut:
“(i) Pemberian mana-mana perkhidmatan pengurusan
yang berikut:
(i) perkhidmatan pengurusan projek,
sepenuhnya atau sebahagian daripada projek;
(ii) perkhidmatan pengurusan pelancongan;
(iii) perkhidmatan pengurusan logistik;
(iv) perkhidmatan pengurusan penyenggaraan;
(v) perkhidmatan pengurusan penggudangan;
(vi) perkhidmatan pengurusan kutipan dan
hutang;
(vii) perkhidmatan pengurusan tempat letak
kereta;
(viii) perkhidmatan pengurusan kemudahan
sukan;
(ix) perkhidmatan pengurusan kesetiausahaan;
P.U. (A) 398
12
(x) apa-apa perkhidmatan pengurusan selain
yang dinyatakan dalam (i) hingga (ix) yang
dibuat bagi pihak orang lain,
tidak termasuk pemberian perkhidmatan itu
berkaitan—
(xi) barang atau tanah yang terletak di luar
Malaysia; atau
(xii) perkara di luar Malaysia selain perkara yang
dinyatakan dalam (xi).”;
(D) dalam butiran (j), dengan memotong perkataan
“atau membekal pekerja untuk bekerja bagi orang lain bagi
suatu tempoh masa”; dan
(e) dalam Kumpulan I, dengan memasukkan selepas butiran 10 dan
butir-butir yang berhubungan dengannya butiran yang berikut:
(1)
Orang kena cukai
(2)
Perkhidmatan bercukai
(3)
Jumlah nilai
perkhidmatan
bercukai
11. Mana-mana orang
yang mengendalikan
taman hiburan iaitu
tempat yang terdapat
apa-apa bangunan,
premis atau struktur
di atasnya, sama ada
secara sementara
atau kekal, yang
(a) Pemberian semua
perkhidmatan
termasuk bayaran
masuk.
(b) Penyediaan atau
penjualan makanan
dan minuman.
RM 500,000
“
P.U. (A) 398
13
(1)
Orang kena cukai
(2)
Perkhidmatan bercukai
(3)
Jumlah nilai
perkhidmatan
bercukai
terdapat pelbagai
tarikan di dalamnya
termasuk
tunggangan,
permainan, aktiviti
yang
menyeronokkan,
dengan atau tanpa
tema, yang orang
dibenarkan masuk ke
tempat itu dengan caj
kemasukan
dikenakan.
12. Mana-mana orang
yang memberikan
perkhidmatan
berhubung dengan
penggunaan atau
penyediaan
pembrokeran dan
penajajaminan.
Pemberian
perkhidmatan yang
berhubungan dengan
perkhidmatan
kewangan bagi
penggunaan atau
penyediaan
pembrokeran dan
penajajaminan atas
apa-apa fi atau komisen
yang dikenakan.
RM 500,000
13. Mana-mana orang
yang memberikan
Pemberian apa-apa
perkhidmatan
RM 500,000
P.U. (A) 398
14
(1)
Orang kena cukai
(2)
Perkhidmatan bercukai
(3)
Jumlah nilai
perkhidmatan
bercukai
perkhidmatan
pembersihan, tidak
termasuk
perkhidmatan
pembersihan
berhubung dengan
barang, tanah atau
bangunan bagi
maksud keagamaan,
pendidikan,
kediaman atau
pertanian.
pembersihan
berhubung dengan
barang, tanah atau
bangunan komersial
atau industri.
Pindaan Jadual Ketiga
11. Jadual Ketiga kepada Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan memotong “Lampiran A” kepada Borang SST-01; dan
(b) dengan menggantikan Borang SST-02 dengan borang yang berikut:
”; dan
P.U. (A) 398
15
P.U. (A) 398
16
P.U. (A) 398
17
P.U. (A) 398
18
P.U. (A) 398
19
P.U. (A) 398
20
P.U. (A) 398
21
P.U. (A) 398
22
P.U. (A) 398
23
Dibuat 31 Disember 2018 [Perb. R.0.3865/356/8 JLD.2; PN(PU2)752/II]
DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri
yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan
P.U. (A) 398
24
SERVICE TAX ACT 2018
SERVICE TAX (AMENDMENT) (NO. 3) REGULATIONS 2018 IN exercise of the powers conferred by section 91 of the Tax Act 2018 [Act 807],
the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement
1. (1) These regulations may be cited as the Service Tax (Amendment) (No. 3)
Regulations 2018.
(2) These Regulations come into operation on 1 January 2019.
New regulation 3
2. The Service Tax Regulations 2018 [P.U. (A) 214/2018], which is referred to as the
“principal Regulations” in these Regulations, are amended by inserting after
regulation 3 the following regulation:
“Effect of change in taxable service
3A. Where there is a change in any taxable service as specified in the
First Schedule, the effect of the change on service tax shall be as follows:
(a) in the case where the taxable service is no longer specified as a
taxable service in the First Schedule and the provision of such
service is spanning after the change, service tax shall be charged
on the proportion of the service which is attributed to the part of
the period before the date of such change;
(b) in the case where a new service is specified as a taxable service
and the provision of such service is spanning after the change,
service tax shall be charged on the proportion of the service which
is attributed to the part of the period after the date of such
change; or
P.U. (A) 398
25
(c) in the case where a new service is specified as a taxable service
and before the date of such change any payment is received in
connection with such service that will be provided on or after the
date of change, no service tax shall be charged on the payment
received.”.
New Part IIA
3. The principal Regulations are amended by inserting after regulation 4 the
following part:
“PART IIA
PROVISIONS RELATING TO IMPORTED TAXABLE SERVICE
Value of imported taxable services
4A. (1) The value of imported taxable services shall be as follows:
(a) where the imported taxable services are acquired by a
person in Malaysia who is not connected with the person
who is outside Malaysia—
(i) in the case of premium for insurance policy or
takaful contribution for takaful certificate, the actual
premium or contribution paid; or
(ii) in the case of imported taxable services other than
specified in subparagraph (i), the actual value of the
imported taxable services; or
(b) where the imported taxable services are acquired by a
person in Malaysia who is connected with the person who is
outside Malaysia, the value of the imported taxable services
which would have been acquired in the ordinary course of
P.U. (A) 398
26
business by the person who is not connected with the
person who is outside Malaysia.
(2) Regulation 4 shall apply to subregulation (1) for the purpose of
determining a person connected with a person who is outside Malaysia.
Amendment of regulation 10
4. Regulation 10 of the principal Regulations is amended—
(a) by inserting after subregulation (1) the following subregulation:
“(1A) Where a registered person provides any taxable service to
his customer who is a registered person providing the same taxable
service as provided by him, and such customer is entitled for exemption
of service tax under section 34 of the Act in relation to the taxable service
provided by the registered person, the registered person shall issue an
invoice under subregulation (1) with the following additional particulars:
(a) name and address of the customer;
(b) the customer’s service tax registration number; and
(c) the customer’s total amount of service tax that are
exempted;” and
(b) in subregulation (2)—
(i) by substituting for the words “subregulation (1),” the words
“subregulations (1) and (1A),”; and
(ii) by inserting before for the words “not to be stated” the words
“or (1A), as the case may be,”.
P.U. (A) 398
27
Amendment of regulation 12
5. Regulation 12 of the principal Regulations is amended—
(a) in the shoulder note, by inserting after the word “return” the words
“or declaration”;
(b) by inserting after subregulation (1) the following subregulation:
“(1A) A person other than a taxable person shall furnish a
declaration as required under section 26A of the Act in Form SST-02A.”;
(c) in subregulation (2)—
(i) by inserting after the words “Form SST-02” the words
“or Form SST-02A”;
(ii) by deleting the words “shall be furnished by the taxable person
and”; and
(iii) by inserting after the word “return” the word “or declaration”; and
(d) in subregulation (3), by deleting the words “taxable”.
Amendment of regulation 14
6. Regulation 14 of the principal Regulations is amended—
(a) in the shoulder note, by inserting after the word “return” the words
“or declaration”; and
(b) by inserting after the word “return” the words “or declaration”
wherever appearing.
P.U. (A) 398
28
Amendment of regulation 15
7. Regulation 15 of the principal Regulations is amended—
(a) in subregulation (1), by inserting after the word “return” the word
“, or any person other than taxable person makes an error in any
declaration,”;
(b) in paragraph (2)(a), by inserting after the words “Form SST-02” the
words “or Form SST-02A, as the case may be”; and
(c) in subregulation (3), by deleting the word “taxable”.
Amendment of regulation 16
8. Subregulation 16(1) of the principal Regulations is amended—
(a) in the national language text, by inserting after the word “penyata”
the words “yang dibuat”; and
(b) by inserting before the word “surcharge” the words “declaration made
under section 26A of the Act,”.
Amendment of regulation 28
9. Regulation 28 of the principal Regulations is amended—
(a) in subregulation (2), by inserting after the word “returns” the words
“, declarations”; and
(b) in subregulation (3)—
(i) by inserting after the words “receiving returns” the words
“, declarations”;
(ii) by deleting the words “under section 26 of the Act”; and
P.U. (A) 398
29
(iii) by substituting for the words “such return and payment”
the words “such returns, declarations and payments”.
Amendment of First Schedule
10. The First Schedule to the principal Regulations is amended—
(a) by inserting after paragraph 3 the following paragraph:
“3A. Paragraph 3 shall not apply to any imported taxable services
acquired by a company in Malaysia from any company within the
same group of companies outside Malaysia.”;
(b) by inserting after paragraph 9 following paragraph:
“10. Any registered person who is exempted from charging service tax
under section 34 of the Act, the value of the service tax exempted
shall be accounted in computing the total value of service tax for
the purpose of registration under Part IV of the Act.”;
(c) in Group C, in column (1), in item 2, by substituting for the words
“which is approved by the appropriate local authorities or which is
lawfully registered” the words “whether or not registered with, or
approved by, any relevant authorities”;
(d) in Group G—
(i) in column (1)—
(A) by substituting for item 7 the following item:
“7. Any person who provides consultancy, training or
coaching services, excluding—
P.U. (A) 398
30
(a) approved companies with status or definition as
research and development companies and
contract research and development companies
under section 2 of the Promotion of Investment
Act 1986 [Act 327] and approved research
institutes under section 34B of the Income Tax
Act 1967 [Act 53]; or
(b) the Federal or State Government, local
authorities or statutory bodies.;” and
(B) by substituting for item 9 the following item:
“9. Any person who provides management services,
excluding—
(a) the management and maintenance services in
connection with land or building solely for
residential use provided by any developer,
joint management body, management
corporation or residential association;
(b) the management services provided by any
person who is licensed or registered with the
Securities Commission Malaysia for carrying
out the regulated activity of fund
management under the Capital Markets and
Services Act 2007 [Act 671]; or
(c) the management services provided by any
person, Government agency, local authority
or statutory body for the purposes of
religious, welfare, bereavement, burial,
P.U. (A) 398
31
cemeteries, cremation, sewerage, water
supply, health or transport services.”;
(ii) in column (2)—
(A) by substituting for item (g) the following item:
“(g) provision of consultancy services including
professional consultancy services other than
specifically mentioned in this Schedule, or training
or coaching services with or without the issuance of
certificate for which the fees are imposed,
excluding—
(i) provision of consultancy services relating to
healthcare services and veterinary services;
(ii) provision of consultancy, training or coaching
services in connection with—
(A) goods or land situated outside
Malaysia; or
(B) matters outside Malaysia other than
matters specified in (A).”;
(B) by substituting item (h) the following item:
“(h) Provision of all types of information technology
services, excluding—
(i) provision or sale of goods in connection with
the provision of the information technology
P.U. (A) 398
32
services;
(ii) provision of information technology in
relation to—
(A) goods or land situated outside
Malaysia; or
(B) matters outside Malaysia other than
matters specified in (A).”;
(C) by substituting for item (i) the following item:
“(i) Provision of any of following management services:
(i) project management services, full or part of
the project;
(ii) tourism management services;
(iii) logistics management services;
(iv) maintenance management services;
(v) warehousing management services;
(vi) collection and debt management services;
(vii) car park management services;
(viii) sports facilities management services;
(ix) secretarial management services;
P.U. (A) 398
33
(x) any management services other than
specified in (i) to (ix) made on behalf of
another person,
excluding the provision of such services in
connection with—
(xi) goods or land situated outside Malaysia; or
(xii) matters outside Malaysia other than matters
specified in (xi).”;
(D) in item (j), by deleting the words “or supplying employees
to work for another person for a period of time”; and
(e) in Group I, by inserting after item 10 and the particulars relating to it
following items:
(1)
Taxable person
(2)
Taxable service
(3)
Total value of
taxable service
11. Any person who
operates an amusement
park which is a place on
which there is any
building, premises or
structure thereon,
either temporarily or
permanently, in which
there are various
attractions including
rides, games, fun
(a) Provision of all
services
including
entrance fees.
(b) Provision or sale
of food and
beverages.
RM 500,000
“
P.U. (A) 398
34
activities, with or
without themes, where
people are allowed to
enter such place with
admission charges
imposed.
12. Any person providing
services in relation to
the use or provision of
brokerage and
underwriting.
The provision of
services relating to
financial services for
the use or provision
of brokering and
underwriting on any
fees or commissions
charged.
RM 500,000
13. Any person providing
cleaning services,
excluding cleaning
services in relation to
goods, land or building
for religious,
educational, residential
or agricultural
purposes.
The provision of any
cleaning services in
relation to goods,
land or commercial
or industrial building.
RM 500,000
Amendment of Third Schedule
11. The Third Schedule to the principal Regulations is amended—
(a) by deleting “Lampiran A” to Form SST-01; and
(b) by substituting Form SST-02 the following forms:
”; and
P.U. (A) 398
35
P.U. (A) 398
36
P.U. (A) 398
37
P.U. (A) 398
38
P.U. (A) 398
39
P.U. (A) 398
40
P.U. (A) 398
41
P.U. (A) 398
42
P.U. (A) 398
43
Made 31 December 2018 [Perb. R.0.3865/356/8 JLD.2; PN(PU2)752/II]
DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL Deputy Prime Minister
exercising the functions of the Minister of Finance